Apa Punca Anak Derhaka?

*

Author Topic: Apa Punca Anak Derhaka?  (Read 8108 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

angahfarah

  • *
  • Posts: 32
  • Status: Sudah berkahwin
    • View Profile
09 August, 2010, 03:11:53 PM
  • Publish
  •  :)

    Sabda Rasulullah s.a.w.. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan ra pat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditem pat -tem pat yang sensitif... .. itu salah...

    "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sem pat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak ra pat dengan anak-anak kerana sibuk.

    Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "cerdik sungguh., kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

    DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

    Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tem pat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

    BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

    Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
    Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesem pat an buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

    HUBUNGAN DENGAN BAPA

    Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa se pat utnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
    ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

    USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

    Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.. Kalau mereka kecil hati, s amal ah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
    menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
    Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keem pat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami... Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
    ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail .

    Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
    rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
    Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menem pat kan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika di amal kan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpenda pat apa yang membezakan antara winners dan losers

    Adalah mudah iaitu:-

    Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

    1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
    yang baik adalah digalakkan).
    2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
    3..Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
    4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
    5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
    6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
    7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
    8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan da pat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
    9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
    10Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
    11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya...
    Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
    Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
    dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
    12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
    13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
    14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
    15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
    16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
    17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
    18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
    19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
    20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
     
    INSYA-ALLAH

    Hanya padaMu diri hambamu ini bersyukur...

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #1 09 August, 2010, 10:23:11 PM
  • Publish
  • Sesungguhnya dosa derhaka terhadap ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar iaitu 'sebaris' dengan dosa menyekutukan ALlah, membunuh manusia dan menjadi saksi palsu. Anak yang tidak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang selayaknya menerima balasan daripada ALlah.Nauzubillah...
    Wa'ALlahualam..

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #2 09 August, 2010, 10:28:13 PM
  • Publish
  • Jadilah ibubapa yg berhemah dan berilmu = muga muga anak tidak derhaka.

    keju = Mendidik diri dan mendidik anak2 adalah satu t/jawab yg amat besar . Saya sendiri sedang berusaha utk ke dua2nya

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #3 09 August, 2010, 10:38:23 PM
  • Publish
  • Jadilah ibubapa yg berhemah dan berilmu = muga muga anak tidak derhaka.

    keju = Mendidik diri dan mendidik anak2 adalah satu t/jawab yg amat besar . Saya sendiri sedang berusaha utk ke dua2nya
    :)
    Semoga ukht dapat mendidik anak dengan baik yg d syariatkan dalam ISLAM..

    squad izzuddin

    • *
    • Posts: 560
      • View Profile
    Reply #4 09 August, 2010, 10:45:54 PM
  • Publish
  • salam..

    sedari umur 7 tahun hingga umur 9 tahun dianjurkan kita menyuruh anak2 bersolat...
    so pukul rata la.....

    365 hari x 2 tahun x 5 waktu = 3650 kali....

    3650 kali ibubapa menyuruh anak2 bersolat.....
    persoalannya.....
    adakah sebanyak itu ibubapa sekarang menyuruh anak2 bersolat.....

    renung2kan lah

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #5 07 September, 2011, 01:45:25 AM
  • Publish
  • assalamualaikum.

    seringkali anak2 yang disalahkan dalam kes derhaka.
    selalu kita lupa, ada juga salah mak ayah yang membuatkan anak tak tahan dan jadi derhaka.

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #6 07 September, 2011, 05:15:12 AM
  • Publish
  • assalamualaikum.

    seringkali anak2 yang disalahkan dalam kes derhaka.
    selalu kita lupa, ada juga salah mak ayah yang membuatkan anak tak tahan dan jadi derhaka.

     :ws:

    Saya bersetuju dengan pandangan stonez145. Seringkali anak yang dipersalahkan dalam kes derhaka. Namun adakah telah diselidiki yang ibubapa itu telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengikut syariat Islam dan ajaran Rasulullah saw? Kenapa anak melawan seterusnya dikatakan derhaka? Adakah rohani dan emosi anak tersebut telah terdidik dan dibelai dengan elok berlandaskan agama sejak dari kecil?

     :msya:  sungguh meruncing masalah ini terutamanya pada masa sekarang, zaman yang kita lalu sekarang... Kenapa dan apakah punca2nya? Maka pada saya, sudah tiba masanya kajian serius dibuat, satu pendedahan perlu dilakukan, yang memerlukan keterlibatan golongan pemikir dan pendakwah agama, para ustaz dan ustazah, kerana mereka ini lazimnya menjadi sumber rujukan dalam agama.

    Masyarakat terutamanya para ibubapa perlu didekati, melalui seminar2, ceramah2, hatta khutbah Jumaat, bahawa peranan ibubapa itu sangat besar bagi mengelakkan anak menjadi derhaka, seterusnya menimbulkan komplikasi yang lebih besar seperti masalah sosial dalam masyarakat, serta komplikasi dalaman anak2 tersebut.

    Ibu bapalah yang mencorakkan anak2, melalui tarbiyah dalam institusi kekeluargaan, amalan agama yang diterapkan dalam keluarga. Jika anak2 dibesarkan dalam suasana yang 'destructive' atau yang membantutkan pertumbuhan rohani dan emosi yang sihat, maka anak2 itu berpotensi besar menjadi anak derhaka, dengan segala sikap dan keinginannya untuk memberontak. Ada anak2 yang dibesarkan dengan tengkingan, jerkahan, maki hamun, sumpah seranah, tuduhan melulu dan pukulan tak sepatutnya dari ibubapa sejak kecil....maka adakah dalam hal ini anak itu disalahkan 100% apabila dia menjadi anak derhaka dan seorang pemberontak ketika usianya menginjak remaja dan dewasa? Adilkah begitu hukumannya?

    Tetapi jika sebaliknya berlaku, anak2 itu telah dididik dengan seeloknya oleh ibubapa dengan menjadikan agama sebagai landasan hidup, namun anak itu akhirnya menjadi anak derhaka....maka dalam hal ini layaklah anak itu dipanggil anak derhaka dan umum mengetahui, hukumannya amatlah berat di sisi Allah.

    Ya...memang terdapat ibubapa yang jahil dalam agama, yang tidak hidup berlandaskan syariat yang telah ditetapkan, yang tidak mendirikan solat dan seumpamanya. Itulah yang ingin saya highlightkan di sini....bahawa perlunya usaha berterusan oleh pihak tertentu dilakukan bagi mendekati ibubapa sebegini supaya penyakit ini tidak terus-terusan membarah di dalam masyarakat kita....


    Wahai ibubapa.....janganlah membuka peluang dan ruang untuk anak-anakmu menjadi anak derhaka...


    "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)
    ~ Begin with the End in Mind ~

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #7 07 September, 2011, 06:59:39 AM
  • Publish
  • anak anak dudk di bawah Ibu Bapa

    isteri isteri duduk di bawah Suami

    Suami ialah anak, kena khidmat IBU bapa, kena Hormat ibubapa, walaupun ibunya seorang pelacur, perempuan Joget, atau keji sekalipun

    Anak anak, di sekolahkan oleh ibubapa, penjaga mereka

    selepas tu, anak anak tu dah rasa Terlebih Bijak ke
    itu yang duk rasa ibu bapa mereka SALAH

    demikian juga, manusia yang hidup, tidak mengenal Allah
    mendurhakai Allah tanpa SEDAR

    jika dengan Allahu Taala, kita di suruh Tunduk, rukuk dan sujud kepadaNya, mengabdikan diri kepadanya
    mahukah kita Fikir
    lalu kita sediakan diri kita, untuk Khidmat ibubapa kita
    bagaimana sekalipun mereka
    patut bagi anak, memberi Khidmat kepada Ibubapa, hatta, berkata, aaah, satla, sudah pun derhaka

    cubalah amati

    taklayak bagi anak men derhakai ibubapa
    memang kesalahan tetap kepada anak anak

    bagi anak gadis , kaum wanita
    berubah keadaan apabila menikah
    tak boleh derhaka kepada suami
    biar bagaimana sekalipun keadaan suami

    Allah pesan, tak boleh Taat, jika di suruh maksiat

    bagaimanakah cara hendak mengelak dari bermaksiat

    subhanallah, akhlak yang mulia
    sebagai contoh tauladan

    inshallah

    abdulbarie

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #8 07 September, 2011, 08:18:09 PM
  • Publish
  •  :)
    Jadilah ibubapa yang baik untuk anak yang baik.
    Jangan buka pintu kederhakaan depan anak.
    Saling redha meredhai.
    Maaf memaafi.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #9 08 September, 2011, 10:48:14 AM
  • Publish
  • bnyak sebab mengapa anak derhaka dengan kita,antaranya mungkin ibu bapa itu sendiri pernah derhaka. faktor lain makanan yang diberikan kepada anak-anak adakah ianya benar-benar halal dari segi punca pendapatan atau unsur dalam makanan itu sendiri

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #10 08 September, 2011, 04:03:45 PM
  • Publish
  • saya teramat setuju dengan pendapat msa:

    Perkara macam ini memang ade berlaku di persekitan saya. Punca utama yang jelas adalah daripada hasil ibu bapa yang tidak sembahyang langsung malah sembahyang ikut angin(mood). DI mana ibu bapa tidak menerapkan nilai-nilai agama. Bila anak telah besar mulalah ibu bapa kecewa sebab melawan kata-kata dan lebih daripada itu. Bila saya tengok depan mata sendiri memang seperti hancur luluh hati seorang ibu dan bapa. Anak-anak pula seperti tiada perasaan bersalah langsung dan berdosa. Jika diberi nasihat mulalah berkata-kata kubur berbeza-beza. Allah Maha Besar saya yang mendengarnya Naik PANAS je.

    Pendekkan cerita teruskan kepada kesimpulan:

    Saya ada membaca tentang... barang siapa yang minum/makan hasil daripada air tangan orang tak sembahyang akan menggelapkan hati sebab kotor dan lebih jijik. Ade satu cerita pada zaman nabi Muhammad SAW kot(saya tak ingat) ade seorang hamba Allah dia bernazar jika dapat seorang anak dia akan minum air kencing anjing hitam. Bila Allah dah makbulkan doa dia, hamba Allah ini tak sanggup minumnya dan dia terasa berdosa so dia bertemu baginda lalu berceritakan hal itu. Jadi baginda memberitahu dan menyuruhnya pergi minum air hujan yang jatuh ke atas atap rumah orang yang tidak solat...nak cakap kat sini air atap  orang tak solat lebik jijik daripada air kencing anjing hitam. Inikan pula air tangan dan hasil rezekinya. Subhanallah

    Jika kebaikan ibu bapa 50% maka anak mungkin lebih lagi daripada ibu bapa mereka




    Jika ade kesalahan dan kekurangan perbetulkan..

    « Last Edit: 08 September, 2011, 04:06:18 PM by Yuzie »
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1052
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #11 08 September, 2011, 05:52:47 PM
  • Publish
  • punca anak derhaka cuma ada 1 je yang dapat aku pk.. sebab anak tu bodoh bijaksana sungguh biol x guna otak,, cube kalo dia guna otak,, mesti dia x derhaka.... heee.......
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    daisy

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #12 13 September, 2011, 01:37:07 PM
  • Publish
  • salam...

    punca anak derhaka...rasanya ibu & bapa belum cukup ilmu untuk mendidik..
    belajar ilmu2 keibu bapaan dulu sebelum kahwin.. setakat buat anak pastu bagi makan & pakai semua org boleh...

    nak jadikan amanah Allah itu berilmu & beramal itu payah..

    kalau dah berusaha jadi ibu & bapa acuan dari al Quran & Sunnah tapi masih diuji oleh Allah dengan anak derhaka...itu memang ujian dari Allah (kata ustazah dalam tanyalah ustazah)

    maliki

    • *
    • Posts: 621
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #13 13 September, 2011, 02:43:07 PM
  • Publish
  • Apa2 dosa yang kita lakukan didunia ini,tak kira la dosa besar ke dosa kecil ke,kadang2 Allah swt akan tangguh hukuman dosa itu ke akhirat semata-mata nak bagi peluang pada kita untuk menginsafi segala kesalahan yang dilakukan..
    tapi apabila kita melakukan dosa terhadap ibubapa kita,derhaka pada ibubapa kita,menguriskan hati ibubapa kita,maka didunia ini juga la Allah akan segera menurunkan balasanNya..wallahualam
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    maliki

    • *
    • Posts: 621
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #14 13 September, 2011, 02:47:07 PM
  • Publish
  • paling benci orang yang cakap kasar dengan mak ayah mereka,tak hormat,ego dan tak tahu bersyukur

    sepatutnya orang2 macam ni dibuang negara sampai dia betul2 insaf dan tahu erti penyesalan..tengok camne hidup tanpa ibubapa..terutama ibu yang selalu mencurahkan kasih sayang walau teruk manapun keadaan anaknya..tapi apa anak tu balas??????mungkin kena tunggu balasan Allah dulu baru nak sedar...maaf

    daisy

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #15 14 September, 2011, 10:45:30 PM
  • Publish
  • salam...

    tanggungjawab anak memang kena patuh & taat pada ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan peraturan Allah..

    tapi siapa yang perlu memberi didikan kepada anak itu?ibu bapa.....
    kalau tidak mampu hantarlah anak ke tempat yang boleh membentuk sahsiah anak.
    nak anak menghormati ibu bapa tapi ibu bapa itu sendiri tidak mengajar cara untuk menghormati.
    nak anak bercakap lemah lembut tapi ibu bapa sendiri bercakap tengking2.

    tunjukkan kasih sayang bukan dengan wang ringgit semata2.

    kata Dr.Rubiah, peluklah anak dengan akhlak yang mulia, peluklah anak dengan al Quran & sunnah.

    kata sorang ustaz, kalau kita tak solat mungkin Allah tak bagi balasan yang teruk2 tapi dapat anak yang degil..menyakitkan hati...

    anak degil jugak mungkin sebab masa bersama dengan isteri tidak mula dengan nama Allah...

    macam2 sebab boleh jadi anak tu derhaka..

    mungkin orang dulu tak berapa ada ilmu untuk mendidik anak, jadi kita yang punya banyak cara untuk menuntut ilmu jangan lepas peluang...

    tv ada, radio ada, internet pun ada.... macam2 ada...

    daisy

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #16 14 September, 2011, 10:53:34 PM
  • Publish
  • lagi satu...
    doa ibu bapa tu penting...

    cuba tengok macam mana wardina, cattriona ross, malik noor & ramai lagi yang boleh berubah & balik ke pangkal jalan... sebab mak dorang tak penah jemu untuk berdoa untuk anak dorang balik ke pangkal jalan...

    masa tu saya baru tingkatan 1, ustaz saya cakap, kita perlu mula berdoa kepada Allah agar kita dijodohkan dengan jodoh yang baik & dikurniakan anak2 yang soleh solehah....


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    3840 Views
    Last post 29 May, 2013, 04:48:45 PM
    by ana_muna141
    0 Replies
    857 Views
    Last post 13 February, 2012, 01:16:25 PM
    by dini
    5 Replies
    1194 Views
    Last post 25 October, 2012, 12:41:44 PM
    by fatihah arumi