Login  |  Daftar

Author Topik: LARANGAN WANITA BERHIAS DI HADAPAN LELAKI AJNABI  (Dibaca 394 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Maliki

  • Newbie
  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
 🔴Soalan:
Assalamu Alaikum shaikh,
Boleh bagitau sebab2 wanita di larang berhias diri bila di luar rumah?

🔵JAWAPAN:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setengah dari larangan Allah atas wanita adalah adalah menjauhi semua jenis perhiasan dan menghias diri ketika dia keluar rumah untuk memenuhi keperluannya. (yang harus pada syara')


Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

[Al Ahzab (33) :  ayat 33]

Menurut keterangan Ulama, maksud berhias dan bertingkah laku seperti jahiliah adalah :

(1) Menampilkan diri di hadapan lelaki tanpa sebab yang harus pada syara.  Yang dibenarkan adalah seperti untuk menunutut ilmu, jual beli, perubatan, cari rezeki (jika tiada yang menanggungnya) dll seperti nya.

Selain itu di larang keluar.

(2) Jika wanita perlu tampil di luar rumah, maka di LARANG berhias seperti jahiliah iaitu berpakaian dan berhias yang boleh menarik perhatian lelaki.

(3) Allah melarang wanita berjalan berlenggok2 atau gaya menggoda.


Dalam Firman Allah yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;......  "
[An-Nur (24) : ayat 31]

Menurut Ibn Abbas, yang di maksudkan dengan ayat

 "kecuali yang terlihat darinya"

adalah bermaksud celak dan cincin. 

Maksud Ibn Abbas adalah : cincin dan celak boleh di pakai oleh wanita tetapi  selain dari kedua nya di larang. Larangan ini meliputi :

(1) Dilarang memakai semua macam  make-up pada wajah seperti gincu, pemerah pipi, penghitam bulu kening dll.

(2) Di larang memakai semua jenis warna pakaian yang menonjol serta menarik hati lelaki.

(3) Di larang pamirkan gelang, rantai tangan, gelang kaki dll.  (jika di pakai, wajib di tutup)

(4) Dilarang memakai pakaian yang menambah aksesori yang menarik seperti manik atau lain2 yang kelihatan menarik.

(5) Wanita berkahwin yang memakai inai WAJIB tutup apabila keluar rumahnya.

(6) Wanita yang memakai gelang yang berbunyi, bukan sahaja wajib di tutup tetapi WAJIB pastikan jangan berbunyi.



Soalan yang sering di timbulkan dan jawapan nya:
-----------------------------------------------------

Soalan 1:
Ada wanita membantah,

 "Jika semua tak boleh apa yang boleh?  Kami pun nak kelihatan cantik juga."

Jawapan:

Kecantikan tubuh kamu, wajah kamu, pakaian kamu adalah untuk suami kamu, BUKAN untuk di pamirkan kepada lelaki _ajnabi._

Wanita yang gemar pamirkan segala kecantikan tubuh dan wajah nya  kepada lelaki asing  adalah wanita yang tiada harga diri  sedangkan wanita yang menyelimuti diri nya dari pandangan lelaki asing itulah wanita mulia. 

Tubuh dan perhiasan diri jamu hanya untuk suami kamu.

Soalan 2

Kalau tak pakai make up, muka nampak pucat.  Tak menarik.

Jawapan

Wanita sememang nya di LARANG kelihatan menarik apabila keluar rumah. Ini  kerana daripada pandangan menarik akan membawa kepada zina hati dan zina yang hakiki.  Cukup lah kamu kelihatan menarik pada pandangan suami kamu.

Soalan 3

Saya kerja sebagai penyambut tetamu.  Saya perlu nampak kemas, cantik dan menawan. Jika tidak saya kena buang kerja.

Jawapan

Takutlah azab Allah daripada takut pada manusia.   Manusia TIDAK boleh bawa mudarat apa pun pada  kamu, kecuali dengan izin Allah.  Jangan gadaikan akhirat untuk dunia yang sedikit. 

Bekerja sebagai penyambut tetamu, pelayan dll seperti nya TIDAK sesuai bagi wanita, bahkan terang2 mengundang fitnah, dosa, maksiat yang besar.

Cari lah kerja lain yang halal. Banyak lagi kerja2 halal yang sesuai untuk wanita.

Soalan 4
Ustazah kami pun bersolek dan nampak anggun hebat.  Jadi salah ke ustazah tu?

Jawapan

Ustazah yang TIDAK mengikut hukum TIDAK boleh di contohi.  Kebanyakan ustazah zaman ini TIDAK boleh di contohi, kerana setengah mereka lebih teruk dari wanita2 yang tiada ilmu.

Contohilah Wanita unggul,  penghulu wanita syurga,  Siti Fatimah Az Zahra yang memakai pakaian kasar menutup seluruh  tubuh nya ketika keluar rumah.


Soalan 5

Kami nak buat macam mana ustaz,  kami sudah di besarkan dan di biasakan dari anak dara lagi.  Bukan senang nak ubah.  Lagi pun semua wanita bersolek dan hias diri.

Jawapan

Islam BUKAN ikut ikutan pada manusia. Islam BUKAN kerana kebiasaan. Islam BUKAN mengikut buta kepada manusia walaupun ibubapa sekalipun.

Ajaran Islam adalah Hukum Allah berdasarkan Al Qur'an, Sunnah dan Ulama Mu'tabar.

Sentiasa beringat2 amaran Rasulullah ....

Rasulullah ﷺ bersabda :

 “Sebaik -baik wanita kalian adalah yang memiliki kasih sayang, subur (banyak anak), suka menghibur dan siap melayani, bila mereka bertaqwa kepada Allah. Dan seburuk buruk wanita kalian adalah wanita pesolek dan penghayal,   mereka itu adalah wanita-wanita munafiq, mereka tidak akan masuk syurga kecuali seperti ghurab a’sham.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Semoga anak isteri kita, sadara2 wanita kita memperoleh hidayah.

_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          *MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳