POPIA BASAH

*

Author Topic: POPIA BASAH  (Read 9878 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dol_bendol

  • *
  • Posts: 1663
  • http://al-merapu.blogspot.com
    • View Profile
04 August, 2010, 08:55:34 PM
  • Publish


  • Kulit Popia
    150 g tepung gandum
    1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
    sedikit garam
    2 biji telur Gred A, dipukul
    400 ml water
    1/2 camb minyak

    Bahan Inti
    60 ml minyak
    8 ulas bawang putih, ditumbuk
    2 camb taucu
    300 g udang, dibersihkan
    2 kg sengkuang, dihiris halus
    2 camb kicap cair
    1 camt kicap pekat
    2 camb gula
    sedikit garam
    2 liter air
    110 g tauhu, dihiris memanjang & digoreng
    Bahan Sampingan
    20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
    4 ulas bawang putih} ditumbuk
    3 camb cili merah }
    1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
    140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
    200 g isi ketam, jika suka
    3 tangkai daun ketumbar
    1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
    100 g bawang merah goreng
    100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk

    Bahan Sos
    200 g tepung gandum
    200 g gula melaka, dihancurkan
    330 ml air
    sedikit garam
    2 camt gula pasir
    1 camt kicap pekat

    Untuk membuat kulit.
    Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

    Bahan Inti.
    Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang, kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit. Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.

    Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas dan hiris sebelum disajikan.

    Bahan Sos.
    Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak bergentel

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #1 04 August, 2010, 08:58:01 PM
  • Publish

  • POPIAH SAYUR-SAYURAN
    Sumber: Mami Asmah Laili

    Bahan-bahannya
    1 paket kecil su'un, direndam dan ditoskan
    1 cawan kacang tanah, digoreng, buang kulit dan ditumbuk halus
    15 ekor udang hidup, direbus – kemudian dibuang kulit dan kepalanya

    DIHIRIS
    20 helai daun pudina
    20 helai daun kesum
    20 helai daun selasih
    ½ cawan daun ketumbar
    20 helai daun kucai
    25 helai daun salad Cina

    DIHIRIS & DIPARUT
    1 batang karot
    1 biji sengkuang
    25 helai kulit popiah (rice paper)

    Cara Cara
    Rendam kulit popiah sehingga lembut. Bentang diatas tuala lembab. Atur diatasnya daun salad Cina, kucai dan udang. Hempap diatasnya dedaun dan sayur-sayuran lain dan tabur rata satu sudu teh kacang tanah. Gulung perlahan-lahan popiah. Popiah ini boleh digoreng atau disajikan tanpa digoreng dan dimakan dengan sosnya.

    BAHAN UNTUK SOS POPIAH (DIKISAR HALUS)
    2 biji lada merah, dihiris
    3 biji bawang putih, dihiris
    ½ jari halia, dihiris
    2 sudu makan gula
    1 sudu makan plum sos
    2 sudu makan perahan air limau kasturi
    1 sudu teh sos ikan
    100 ml air panas
    2 sudu makan kacang tanah

    Alihkan bahan kisar kedalam mangkuk. Masukkan kacang tanah dan gaul rata. Rasa, dan tambah apa yang kurang. Sos ini boleh dituang diatas popiah semasa menghidang.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #2 04 August, 2010, 08:58:41 PM
  • Publish
  • POPIAH
    Sumber: Mumtaj Begum

    Bahan “A”
    5 batang lada kering
    1 biji bawang putih
    1 biji bawang besar
    1 sudu makan udang kering (atau 1 kiub stok ikan bilis)

    Bahan “B”
    2 batang karot, diparut kasar
    1 biji sengkuang, dipotong panjang seperti lidi mancis
    ½ biji kobis yang kecil, dirampai
    Sedikit taugeh (jika mahu)
    Beberapa ekor udang hidup direbus dan diddau
    2 biji telur, didadar dan dirampai
    2 keping tahu, digoreng dan didadu
    Garam secukup rasa
    Minyak untuk menggoreng
    Kulit popia

    Bahan Sos
    15 batang lada kering (direndam dalam air panas selama 15 minit)
    2 biji bawang putih
    5 cm gula Melaka, cairkan dengan air dan tapis
    1 sudu makan kicap manis ataupun masin
    2 biji limau nipis, ambil jusnya
    Garam secukup rasa (jika guna kicap masin letak sedikit sahaja garam)

    Cara-caranya
    Kisar halus Bahan “A” Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan karot, sengkuang, kobis, taugeh, dan garam. Goreng cepat diatas api yang besar.

    Keluarkan sayur yang digoreng dan letak didalam tapisan dan toskan sehingga kering. Tentukan sayurnya betul-betul kering sebelum digulung dengan kulit popia.

    Cara membuat Sos
    Lada kering dan bawang putih dikisar halus. Masukkan dalam periuk, masukkan sedikit air dan masak sehingga ia menjadi pekat dan hampir kering. Sos mesti dikacau selalu. Masukkan gula melaka dan masak sehingga sosnya menjadi pekat. Matikan api dan masukkan kicap, garam dan jus limau. Sos ini harus pekat, jika tidak kulit popia mudah pecah bila digulung.

    Cara membuat Sos untuk hidangkan bersama Popiah
    Ambil sedikit sos yang telah disediakan tadi, campurkan dengan sedikit air panas, kicap manis dan jus limau nipis. Sos ini tidak boleh terlalu cair, dan hidangkan dengan Popiah.

    Cara membuat Popia
    Ambil sehelai kulit popia. Sapukan sedikit sos, kemudian letakkan sayur goreng, udang dadu, telur rampai dan tahu. Gulung popiah dan hidangkan dengan sosnya.

    ningonly

    • *
    • Posts: 204
    • yang sedang-sedang saja
      • View Profile
    Reply #3 04 August, 2010, 09:05:28 PM
  • Publish
  • Popia memang sodap.
    dol penah test resepi ni ke..?
    dah test tu, bagi la kami rasa.. :senyum:
    itulah aku...padamu

    chit_ana

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #4 04 August, 2010, 10:07:36 PM
  • Publish
  • selalu beli yang goreng tu..suka sangat.ada resepi popia goreng tak :senyum:
    salam ukhuwah

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #5 04 August, 2010, 10:19:15 PM
  • Publish
  • nah, ambillah

    Popiah Goreng dan Basah.
    Popia Goreng

    Bahan Inti
    400 g sengkuang, dihiris halus
    200g lobak merah, dihiris halus
    100g taugeh, dibuang ekor
    130g kacang panjang, dicincang
    100g cendawan (jika suka), dicincang
    2 camb sos tiram
    3 ulas bawang putih, dicincang halus
    3 camb minyak
    garam, gula dan serbuk lada sulah

    Campuran pelekat
    3 camb tepung gandum
    5 camb air

    Bahan Sos(1)
    4 camb sos cili
    2 camb sos tomato
    1-2 camb jus limau/lemon
    garam secukupnya
    1-2 camb bijan bakar

    Untuk inti. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul rata kemudian bubuh kacang panjang dan cendawan. Kacau hingga empuk. Bubuh taugeh dan sos tiram. Bila taugeh layu, tambah sos tiram, garam, gula dan serbuk lada sulah. Isi ke dalam pinggan (jangan ambil airnya) kemudian biar sejuk.

    Sudukan inti ke atas popia, gulung dan sapu campuran tepung pada hujungnya supaya kemas bila digulung. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Angkat dan sajikan dengan cili sos. Untuk sos, gaul sebati semua bahan dan taburkan bijan ke atas sos.

    Anda juga boleh memilih di antara sos berikut:
    SOS (2)
    2 camb mayonis
    1 camb gula pasir
    4 camb sos cili
    30 ml air
    serbuk lada hitam/sulah & garam
    Satukan semua bahan hingga sebati.
    Sos (3)
    2 camb minyak
    2 camb pes cili
    1 camt serbuk belacan
    2 camb asam jawa + 125 ml air (air asam jawa)
    3-4 camb gula merah/melaka (dicincang halus)
    2 camb petis udang + 1 camb air panas
    sedikit garam

    Panaskan minyak, tumis pes cili hingga wangi. Masukkan semua bahan lain, kacau atas api perlahan hingga mendidih dan pekat. Biar sejuk sebelum digunakan sebagai sos sapu pada kulit popia basah.

    haniko

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #6 09 March, 2011, 12:26:09 AM
  • Publish
  •  :)
    favourite ni popia basah.... boleh try nanti... :)

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Reply #7 09 March, 2011, 09:48:55 AM
  • Publish
  •  :)

    saya pon suka makan popia..sedapnyer...ptg nanti g pasar cari la..hikhikhik.. senyum*


    resepi popia mini pedas

    http://resipimamaleza.blogspot.com/2008/09/popia-mini-pedas.html

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    POPIA BASAH

    Started by munyra « 1 2 » Resepi

    25 Replies
    6136 Views
    Last post 26 December, 2009, 12:47:13 AM
    by khalila
    8 Replies
    2885 Views
    Last post 11 July, 2013, 02:59:02 PM
    by Nurfarizan