Kesalahan Dalam Solat

*

Author Topic: Kesalahan Dalam Solat  (Read 18077 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14526
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Reply #20 30 October, 2009, 05:24:54 AM
  • Publish

  • Perkara dilarang ketika solat

    #  Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

    # Berdiri di atas satu kaki

    #  Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

    # Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

    # Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

    # Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

    # Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

    Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

    Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

    Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

    # Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

    # Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

    # Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

    # Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #21 30 October, 2009, 06:58:48 AM
  • Publish
  • BEBERAPA KESILAPAN YANG MENGAKIBATKAN SEMBAHYANG TIDAK SAH
    (BAHAGIAN PERTAMA)
    بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Dalam sembahyang mempunyai rukun yang wajib dilaksanakan dan perkara-perkara sunat jangan diabaikan. Kecuaian seseorang dalam melaksanakannya boleh menyebabkan sembahyang itu tidak sah atau sekurang-kurangnya tidak sempurna.

    Oleh itu, apa yang ingin dijelaskan di sini ialah berhubung dengan beberapa kesalahan yang sering dilakukan dalam mengerjakan sembahyang yang mana ia boleh mengakibatkan sembahyang itu batal atau tidak sah.

    (1) Membaca Di Dalam Hati

    Jika seseorang mengerjakan sembahyang dengan hanya membaca di dalam hati rukun-rukun qauli atau bacaan-bacaan yang sunat, adakah perbuatan seumpama ini memadai atau ia boleh menjejaskan sembahyang?

    (i) Rukun Qauli (Bacaan-Bacaan Yang Wajib)

    Di dalam sembahyang adalah disyaratkan ketika melafazkan setiap rukun qauli iaitu takbiratulihram, surah al-Fatihah, tasyahhud akhir dan salam melafazkannya dengan suara yang dapat didengar oleh diri sendiri iaitu jika keadaan pendengarannya baik dan tiada halangan untuk
    mendengarnya seperti bunyi bising.

    Namun jika keadaan pendengarannya tidak baik seperti tuli ataupun ada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising, maka tidaklah diwajibkan dia mendengarnya, akan tetapi dia tetap wajib melafazkan bacaannya dengan suara yang sekira-kira boleh didengarnya ketika keadaan pendengarannya baik atau ketika keadaan tidak bising.

    Oleh itu adalah tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengar oleh dirinya sendiri seperti hanya dibaca dalam hati. Ini menyebabkan sembahyang yang dikerjakannya tidak sah.

    (ii) Bacaan-Bacaan Sunat

    Sementara bacaan-bacaan atau zikir-zikir yang sunat seperti doa al-iftitah, at-ta‘awwudz, ayat atau surah dari al-Qur’an selepas al-Fatihah, tasyahhud awal dan seumpamanya adalah dituntut juga untuk melafazkannya dengan suara yang didengar oleh diri sendiri bagi mendapatkan pahala sunat. Jika tidak dilafazkan dengan suara demikian seperti dibaca dalam hati sahaja tidaklah menjejaskan sahnya sembahyangnya, tetapi dia tidak mendapat pahala sunat.

    (2) Mengerjakan Sembahyang Dengan Cepat

    Disebabkan seseorang itu ingin cepat selesai dari mengerjakan sembahyang, kadangkala terabai tuntutan melakukan thuma’ninah di dalam sembahyang itu. Kecuaian dan kelalaian dalam melakukan thuma’ninah ini boleh menyebabkan sembahyang itu tidak sah. Thuma’ninah merupakan salah satu rukun sembahyang. Thuma’ninah bermaksud tetap anggotanya ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang sekurang-kurangnya dengan kadar bacaan zikir: “ سبحان الله ” sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya.

    Thuma’ninah itu diwajibkan ketika ruku‘, i‘tidal, kedua-dua sujud dan duduk antara dua sujud, sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa ketika mana seorang lelaki selesai mengerjakan sembahyang di masjid, kemudian dia memberi salam kepada Baginda dan
    Baginda menjawab salamnya lalu bersabda:

    Maksudnya: “Kembalilah dan kerjakan sembahyang (semula), sesungguhnya engkau belum sembahyang.” Maka lelaki itu pun kembali dan mengerjakan sembahyang seperti sembahyang yang telah dia kerjakan. Kemudian dia datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu memberi salam kepada Baginda. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Dan ke atasmu salam kesejahteraan.” Kemudian Baginda bersabda:
    “Kembalilah dan kerjakan sembahyang (semula), sesungguhnya engkau belum sembahyang.” Sehinggalah dia melakukan yang demikian itu sebanyak tiga kali. Lalu berkata lelaki itu: “Demi Yang Mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan sembahyang yang lebih baik daripada ini, ajarkanlah aku.” Baginda bersabda: “Apabila engkau mengerjakan sembahyang maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang
    mudah bagimu. Lalu ruku‘lah sehingga engkau thuma’ninah dalam ruku‘mu, kemudian bangkitlah sehingga engkau lurus berdiri dengan berthuma’ninah. Lalu sujudlah sehingga engkau berthuma’ninah dalam sujudmu, kemudian bangkitlah sehingga engkau thuma’ninah dalam dudukmu. Kemudian lakukanlah yang demikian itu di dalam sembahyangmu pada setiap rakaat.”

    (Hadits riwayat Muslim)

    Thuma’ninah ketika ruku‘ ialah tetap anggotanya semasa melakukan ruku‘ sebelum bangkit untuk melakukan i‘tidal. Sementara thuma’ninah ketika i‘tidal ialah tetap anggotanya semasa i‘tidal sebelum bergerak untuk melakukan sujud. Adapun thuma’ninah ketika melakukan sujud ialah tetap anggotanya semasa sujud sebelum bangkit daripada sujud.Thuma’ninah ketika duduk antara dua sujud pula tetap anggotanya semasa duduk antara dua sujud sebelum melakukan sujud kedua.

    Jika seseorang itu ruku‘ lalu terus berdiri tanpa thuma’ninah, maka wajib dia kembali semula melakukan ruku‘ berserta thuma’ninah, kemudian baharulah dia berdiri untuk i‘tidal. Maka sembahyang yang dikerjakan dengan cepat atau tergesagesa boleh mengakibatkan tertinggalnya rukun thuma’ninah ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa rukun sembahyang jika tidak ditunaikan menyebabkan sembahyang tidak sah.

    (3) Sujud Dengan Tidak Mengendahkan Kedudukan Jari Kaki

    Kecuaian dalam melakukan sujud juga kadang-kadang terjadi, seperti kedudukan jari kaki yang tergantung-gantung atau hanya meletakkan belakang jari kaki ke bumi. Ketika melakukan sujud diwajibkan meletakkan kesemua tujuh anggota sujud ke bumi. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

    Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud di atas tujuh anggota dan tidak mengikat rambutnya (supaya tidak terburai ketika sujud) serta tidak menyingsing pakaian: (Iaitu) dahi, kedua tangan, kedua lutut dan kedua kaki.”

    (Hadits riwayat al-Bukhari)

    Apa yang dimaksudkan dengan sujud di atas tujuh anggota itu ialah meletakkan sebahagian dahi, sebahagian kedua lutut, sebahagian telapak tangan atau perut jari kedua tangan dan sebahagian perut jari kedua kaki. Oleh itu, tidak sah sujud itu dengan hanya meletakkan belakang
    telapak tangan, hujung-hujung jari atau tepi-tepinya. Begitu juga, tidak memadai sujud dengan hanya meletakkan belakang jari kaki apatah lagi membiarkannya tergantung-gantung.

    Ini berbeza halnya jika ada keuzuran seperti putus tangan atau putus jari-jari kaki, maka gugurlah kewajipan untuk meletakkannya.

    Sumber : Mufti Brunei

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #22 30 October, 2009, 07:12:09 AM
  • Publish
  • BEBERAPA KESILAPAN YANG MENGAKIBATKAN SEMBAHYANG TIDAK SAH
    (BAHAGIAN AKHIR)
    بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    (4)Dahi Tertutup Oleh Sesuatu

    Sebagaimana yang telah dijelaskan, bahawa dahi adalah salah satu anggota sujud. Jika tidak diletakkan sebahagiannya di tempat sujud, maka ia belum dikira sebagai sujud.

    Demikian juga, jika seseorang itu melakukan sujud sedang keseluruhan dahinya tertutup oleh songkok, serban atau tempat sujudnya (tempat ia meletakkan dahinya) dilapiki oleh sesuatu yang bersambung dengannya yang ikut bergerak apabila dia bergerak seperti ekor/hujung serban, tudung atau seumpamanya, maka tidak sah sujudnya itu.

    Berbeza halnya, jika sesuatu yang bersambung dengannya itu tidak ikut bergerak apabila dia berdiri, duduk atau seumpamanya. Sebagai contoh, hujung kain serban yang dipakainya itu terlalu panjang dan ia menutupi tempat sujudnya sedang hujung kain itu tidak ikut bergerak apabila dia bergerak, maka dalam hal ini sah sujudnya itu.

    Demikian juga, sah sujudnya apabila sesuatu yang menutupi tempat sujudnya itu tidak bersambung dengannya. Sebagai contoh, kain serban yang dipakai oleh orang lain menutupi tempat sujudnya, maka dalam hal ini sah sujudnya itu. Sekiranya seseorang itu tersujud atas permukaan yang tajam dan menyakiti dahinya, bolehlah dia mengalihkan dahinya itu tanpa mengangkatnya. Jika dia mengalihkan dahinya dengan mengangkatnya, maka batal sembahyangnya kerana menambah perbuatan sujud. Akan tetapi jika dia mengalihkan dahinya itu dengan mengangkatnya sebelum thuma’ninah, maka tidaklah membatalkan sembahyangnya.

    (5)Berdaham

    Sembahyang menjadi batal apabila seseorang senghaja atau dipaksa berkata-kata, sekalipun dengan melahirkan dua huruf yang boleh difahami ataupun tidak seperti ‘ahem’, atau berkatakata dengan melahirkan satu huruf yang boleh difahami seperti ‘k’ yang bermaksud okey atau setuju.
    Begitu juga berdaham tanpa keuzuran jika ia melahirkan dua huruf sama ada difahami atau tidak adalah membatalkan sembahyang. Namun jika tidak melahirkan dua huruf, maka tidaklah batal sembahyang tersebut. Adapun jika seseorang itu berdaham sedikit ketika sembahyang kerana tidak dapat ditahan, maka tidaklah membatalkan sembahyangnya itu.

    Demikian juga, jika dia tidak dapat membaca rukun qauli seperti surah al-Fatihah melainkan dengan terpaksa berdaham, maka ia dimaafkan dan tidak membatalkan sembahyangnya kerana terpaksa melakukannya untuk kesempurnaan bacaan al- Fatihahnya.

    Namun jika dia berdaham sedang dia boleh membaca rukun qauli itu tanpa berdaham atau dia berdaham bagi membolehkannya membaca dengan suara jahr (nyaring) atau membolehkannya membaca bacaan-bacaan yang sunat, maka yang demikian itu tidaklah dimaafkan kerana bacaan-bacaan sunat atau membaca dengan suara jahr itu adalah perkara sunat sahaja.

    (6)Salah Bacaan

    Rukun-rukun qauliah (rukun-rukun yang berupa bacaan) seperti takbiratulihram, surah al-Fatihah, tasyahhud akhir dan seumpamanya hendaklah dijaga huruf dan sebutan hurufnya dengan betul dan sempurna. Ini kerana bacaan yang tidak betul itu boleh merosakkan sembahyang.
    Sebagai contoh pada bacaan surah al-Fatihah, jika huruf sin ( (س pada kalimah ( ن  س ت ع ي  ن ) dibaca dengan huruf tsa ( ث) atau bacaan
    yang mengubah makna seperti baris atas pada kalimah (َ ع  م  ت أ ن
    dibaca dengan baris bawah menjadi ( َأ ن ع  م  ت ), maka batal sembahyang jika seseorang itu senghaja berbuat demikian sedang dia tahu perbuatan itu salah.

    Adapun jika dia tidak senghaja berbuat demikian, maka hendaklah dia memperbetulkan bacaan yang salah itu sebelum lagi dia ruku‘ tanpa mengulangi dari awal bacaan al-Fatihah. Itu pun jika waktu dia melakukan kesalahan itu belum lama berlalu. Jika waktu melakukan kesalahan itu sudah lama berlalu, maka hendaklah dibaca dari awal surah al-Fatihah tersebut.

    Jika dia senghaja ruku‘ sedangkan dia tahu hukum yang dia wajib memperbetulkan bacaan al-Fatihah itu sebelum ruku‘, maka batallah sembahyangnya. Adapun jika dia tidak senghaja ruku‘ misalnya kerana lupa ataupun tidak tahu hukumnya, maka rakaatnya itu tadi tidak dikira.

    (7)Kembali Melakukan Perkara Sunat Yang Tertinggal

    Apabila seseorang itu terlupa melakukan perkara-perkara sunat sembahyang seperti tasyahhud awal, qunut atau seumpamanya
    daripada perkara-perkara yang melibatkan perbuatan sunat, maka dalam hal ini sama ada ia menjejaskan sahnya sembahyang atau sebaliknya dilihat kepada dua keadaan, iaitu:

    Pertama: teringat belum melakukan perbuatan sunat yang tertinggal itu setelah sampai ke perbuatan seterusnya.

    Kedua: teringat sebelum sampai ke perbuatan seterusnya.

    Contoh bagi keadaan pertama; imam atau orang yang bersembahyang sendiri terlupa melakukan tasyahhud awal. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi melakukan tasyahhud awal setelah dia sampai ke paras sekurang-kurang berdiri tegak. Maka dalam hal ini, dia tidak boleh kembali
    duduk untuk melakukan tasyahhud awal. Jika dia senghaja kembali duduk sedangkan dia tahu hukumnya, maka batal sembahyangnya itu kerana menambah perbuatan sembahyang dengan senghaja. Adapun jika dia kembali duduk disebabkan terlupa atau tidak tahu hukumnya, maka tidaklah membatalkan sembahyangnya itu.

    Contoh bagi keadaan yang kedua pula; imam atau orang yang bersembahyang sendiri terlupa melakukan tasyahhud awal. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi melakukan tasyahhud awal sebelum dia sampai ke paras sekurang-kurang berdiri tegak. Dalam hal ini, jika dia kembali duduk untuk melakukan tasyahhud awal tidaklah membatalkan sembahyang, bahkan disunatkan dia melakukannya.

    Demikianlah juga halnya, apabila imam atau orang yang sembahyang sendiri itu terlupa membaca qunut. Jika dia teringat setelah sujud dengan meletakkan semua anggota sujud, maka tidak boleh dia kembali berdiri untuk membaca qunut. Namun jika dia teringat sebelum sampai ke perbuatan sujud, maka sunat dia kembali berdiri untuk membaca qunut.

    Berbeza pula halnya dengan makmum yang mana makmum jika terlupa tasyahhud awal, kemudian dia terus berdiri tegak sedangkan imam duduk melakukan tasyahhud awal ataupun makmum dan imam terlupa tasyahhud awal akan tetapi imam teringat sebelum berdiri tegak, lalu imam duduk melakukan tasyahhud awal sedang makmum telah berdiri tegak, maka dalam kedua keadaan ini, makmum wajib kembali duduk untuk melakukan tasyahhud awal kerana mengikut imam. Jika dia tidak kembali duduk untuk bertasyahhud awal bersama-sama imam, sembahyangnya menjadi batal jika dia tidak berniat untuk mufaraqah yakni berpisah daripada mengikut imam.

    Adapun jika imam dan makmum telah berdiri tegak, lalu imam kembali duduk untuk melakukan tasyahhud awal, maka makmum hendaklah mufaraqah yakni berpisah daripada mengikut imamnya.

    Jika makmum senghaja mengikut imamnya kembali duduk dan dia tahu akan hukumnya (tidak harus kembali unutk duduk tasyahhud awal), maka batal sembahyang makmum itu. Adapun jika makmum itu terlupa atau tidak tahu akan hukumnya, maka tidaklah batal sembahyangnya.

     Sebagai kesimpulan, laksanakanlah ibadah sembahyang itu dengan bersungguh-sungguh dengan menyempurnakan segala rukun dan syaratnya sebagaimana yang dituntut. Sembahyang yang dilakukan sambil lewa dengan tidak melakukan rukun dan syaratnya yang terkandung di dalamnya dengan sempurna akan mengakibatkan sembahyang seseorang itu tidak sah.

    Di samping menjaga rukun-rukun sembahyang, perkara-perkara sunat juga hendaklah dilakukan dengan sebaiknya kerana ia akan menambahkan lagi kualiti sembahyang itu di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dari itu peliharalah sembahyang dan tunaikanlah dengan sebaikbaiknya dan janganlah mengerjakannya bagai melepaskan batuk di tangga.

    Sumber : Mufti Brunei

    bugis_united

    • *
    • Posts: 21
    • "Usaha Iman & Amal"
      • View Profile
    Reply #23 29 August, 2011, 09:55:36 AM
  • Publish
  • macam mana ya....soalt berjemaah bg lelaki?

    adakah Nabi mewajibkan soalt jemaah ke atas lelaki stiap kali wktu solat?



    Ya.. kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah tetapi kita tidak mengikuti jejak langkahnya maka kita tidak akan berjaya, Orang Alim beritahu kejayaan manusia hanya dalam Agama Allah SWT dengan mengamalkan cara hidup Nabi SAW sahaja dan Nabi tidak pernah solat berjemaah dirumah atau solat bersendirian dirumah walaupun Baginda dalam keadaan Uzur. {Wallahu'alam}

    Syafiq19

    • *
    • Posts: 84
    • Salam Ukhwah Fillilah
      • View Profile
    Reply #24 22 July, 2012, 04:33:05 PM
  • Publish
  • Sesungguhnya yang petama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik, maka baikpula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu."
    (HR. An Nasa'I : 463)
    Banyak orang yang lalai dalam shalat, tanpa sengaja melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak diketahuinya, yang mungkin bisa memubat amalan shalatnya tidak sempurna.
    kami akan paparkan kesalahan yang sering terjadi dalam shalat.

    1. Menunda–nunda Shalat dari waktu yang telah ditetapkan
    Hal ini merupakan pelanggaran berdasarkan firman Allah عزوجل ,
    , "Sesungguhnya shalat suatu kewajiban yang telah ditetepkan waktunya bagi orang-orang beriman". (QS. An-Nisa : 103)


    2. Tidak shalat berjamah di masjid bagi laki-laki
    Rasullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Barang siapa yang mendengar panggilan (azan) kemudina tidak menjawabnya (dengan mendatangi shalat berjamaah), kecuali uzur yang dibenarkan". (HR. Ibnu Majah Shahih) Dalam hadits bukhari dan Muslim disebutkan. "Lalu aku bangkit (setelah shalat dimulai) dan pergi menuju orang-orang yang tidak menghadiri shalat berjamaah, kemudian aku akan membakar rumah-rumah mereka hingga rata dengan tanah."

    3. Tidak tuma'minah dalam shalat
    Makna tuma'minah adalah, seseorang yang melakukan shalat, diam (tenang) dalam ruku'.i'tidal,sujud dan duduk diantara dua sujud. Dia harus ada pada posisitersebut, dimana setiap ruas-ruas tulang ditempatkan pada tempatnya yang sesuai. Tiak boleh terburu-buru di antara dua gerakan dalam shalat, sampai dia seleasi tuma'ninah dalam posisi tertentu sesuai waktunya. Nabi صلى الله عليه وسلمbersabda kepada seseorang yang tergegesa dalam shalatnya tanpa memperlihatkan tuma;minah dengan benar, "Ulangi shalatmu, sebab kamu belum melakukan shalat."

    4. Tidak khusu' dalam shalat, dan melakukan gerakan-gerakan yang berlebihan di dalamnya.
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya, seseorang beranjak setelah megnerjakan shalatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh untuk shalatnya, sepersembilan, seperdelapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setangah darinya. " (HR. Abu Dawud, Shahih) mereka tidak mendapat pahala shlatnya dengan sempurna disebabkan tidak adanya kekhusyu'an dalam hati atau melakukan gerakan-gerakan yang melalaikan dalam shalat.

    5. Sengaja mendahului gerakan iman atau tidak mengikuti gerakan-gerakannya.
    Perbuatan ini dapat membatalkan shalat atau rakaat-rakaat. Merupakan suatu kewajiban bagi mukmin untuk mengikuti imam secara keseluruhan tanpa mendahuluinya atau melambat-lambatkan sesudahnya pada setiap rakaat shalat. Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti keseluruhannya. Jika ia bertakbir maka bertakbirlah, dan jangan bertakbir sampai imam bertakbir, dan jika dia ruku' maka ruku'lah dan jangan ruku' sampai imam ruku' ". (HR. Bukhari)

    6. Berdiri untuk melngkapi rakaat yang tertinggal sebelum imam menyelesaikan tasyahud akhir dengan mengucap salam ke kiri dan kekanan
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Jangan mendahuluiku dalam ruku', sujud dan jangan pergi dari shalat (Al-Insiraf)". Para ulama berpedapat bahwa Al-Insiraf, ada pada tasyahud akhir. Seseorang yang mendahului imam harus tetap pada tempatnya sampai imam menyelesaikan shalatnya (sempurna salamnya). Baru setalah itu dia berdiri dan melengkapi rakaat yang tertinggal.

    7. Melafadzkan niat.
    Tidak ada keterangan dari nabi صلى الله عليه وسلم maupun dari para sahabat bahwa meraka pernah melafadzkan niat shalat. Ibnul Qayyim rmh menyatakan dalam Zadul-Ma'ad "Ketika Nabi صلى الله عليه وسلم berdiri untuk shalat beliau mengucapkan "Allahu Akbar", dan tidak berkata apapun selain itu. Beliau صلى الله عليه وسلم juga tidak melafalkan niatnya dengan keras.

    8. Membaca Al-Qur'an dalam ruku' atau selama sujud.
    Hal ini dilarang, berdasarkan sebuah riwayat dari Ibnu Abbas رضي الله عنه, bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, "saya telah dilarang untuk membaca Al-Qur'an selama ruku' atau dalam sujud." (HR. Muslim)

    9. Memandang keatas selama shalat atau melihat ke kiri dan ke kanan tanpa alasan tertentu.
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Cegalah orang-orang itu untuk mengangkat pandangan keatas atau biarkan pandangan mereka tidak kembali lagi". (HR. Muslim)

    10. Melihat ke sekeliling tanpa ada keperluan apapun.
    Diriwayatkan dari Aisyah رضي الله عنها, bahwa ia berkata, "Aku berkata kepada Rasulallah صلى الله عليه وسلم tentang melihat ke sekeliling dalam shalat Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, "Itu adalah curian yang sengaja dibisikan setan pada umat dalam shalatnya". (HR. Bukhari)

    11. Seorang wanita yang tidak menutupi kepala dan kakinya dalam shalat.
    Sabda Rasulallah صلى الله عليه وسلم, "Allah tidak menerima shalat wania yang sudah mencapai usia-haid, kecuali jiak dia memakai jilbab (khimar)". (HR. Ahmad)

    12. Berjalan di depan orang yang shalat baik orang yang dilewati di hadapanya itu sebagai imam, maupun sedang shalat sendirian dan melangka (melewati) di antara orang selama khutbah shalat Jum'at.
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Jika orang yang melintas didepan orang yang sedang shalat mengetahui betapa beratnya dosa baginya melakukan hal itu, maka akan lebih baik baginya untuk menunggu dalam hitungan 40 tahun dari pada berjalan didepan orang shalat itu".(HR. Bukhari dan Muslim). Adapun lewat diantara shaf orang yang sedang shalat berjamaah, maka hal itu diperbolehkan menurut jumhur bedasarkan hadits Ibnu Abbas رضي الله عنه : "Saya datang dengan naik keledai, sedang saya pada waktu itu mendekati baligh. Rasulallah صلى الله عليه وسلم sedang shalat bersama orang –orang Mina menghadap kedinding. Maka saya lewat didepan sebagian shaf, lalu turun dan saya biarkan keledai saya, maka saya masuk kedalam shaf dan tidak ada seorangpun yang mengingkari perbuatan saya". (HR. Al-Jamaah). Ibnu Abdil Barr berkata, "Hadits Ibnu Abbas ini menjadi pengkhususan dari hadits Abu Sa'id yang berbunyi "Jika salah seorang dari kalian shalat, jangan biarkan seseorangpun lewat didepannya". (Fathul Bari: 1/572)

    13. Tidak mengikuti imam (pada posisi yang sama) ketika datang terlambat baik ketika imam sedang duduk atau sujud.
    Sikap yang dibenarkan bagi seseorang yang memasuki masjid adalah segera mengikuti imam pada posisi bagaimanapun, baik dia sedang sujud atau yang lainnya.

    14. Seseorang bermain dengan pakaian atau jam atau yang lainnya.
    Hal ini mengurangi kekhusyu'an. Rasulallah صلى الله عليه وسلم melarang mengusap krikil selama shalat, karna dapat merusak kekhusyu'an, Beliau صلى الله عليه وسلم bersabda, "Jika salah seorang dari kalian sedang shalat, cegahlah ia untuk tidak menghapus krikil sehingga ampunan datang padanya". (Hadits Shahih Riwayat Ahmad)

    15. Menutup mata tanpa alasan
    Hal ini makruh sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, "Menutup mata buka dari sunnah rasul صلى الله عليه وسلم". Yang terbaik adalah, jika membuka mata tidak merusak kekhusyu'an shalat, maka lebih baik melakukannya. Namun jika hiasan, ornament dsn sebagainya disekitar orang yang shalat atau antara dirinya dengan kiblat mengganggu konsentrasinya, maka dipoerbolehkan menutup mata. Namun demikian pernyataan untuk melakukan hal itu dianjurkan(mustahab) pada kasus ini. Wallahu A'lam.

    16. Makan atau minum atau tertawa.
    "Para ulama berkesimpulan oragn yang shalat dilarang makan dan minum. Juga ada kesepakatan diantara mereka bahwa jika seseorang melakukannya dengan sengaja maka ia harus mengulang shalatnya.

    17. Mengeraskan suara hingga mengganggu orang-orang di sekitarnya.
    Ibnu Taimuiyah menyatakan, "Siapapun yang membaca Al-Qur'an dan orang lain sedang shlat sunnah, maka tidak dibenarkan baginya untuk membacanya dengan suara keras karean akan mengganggu mereka. Sebab, Nabi صلى الله عليه وسلم pernah meninggalkan sahabat-sahabatnya ketika merika shalat ashar dan Beliau صلى الله عليه وسلم bersabda, "Hai manusia setip kalian mencari pertolongan dari Robb kalian. Namun demikian, jangan berlebihan satu sama lain dengan bacaan kalian".

    18. Menyela di antara orang yang sedang shalat.
    Perbuatan ini teralarang, karena akan mengganggu. Orang yang hendak menunaikan shalat hendaknya shalat pada tempat yang ada. Namun jika ia melihat celah yang memungkinkan baginya untuk melintas dan tidak mengganggu, maka hal ini di perbolehkan. Larangan ini lebih ditekankan pada jama'ah shalat Jum'at, hal ini betul-betul dilarang. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda tentang merka yang melintasi batas shalat,"Duduklah! Kamu mengganggu dan terlambat datang".

    19. Tidak meluruskan shaf.
    Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, "Luruskan shafmu, sesungguhnya meluruskan shaf adalah bagian dari mendirikan shalat yang benar"(HR. Bukhari dan Muslim).

    20. Mengangkat kaki dalam sujud.
    Hal ini bertentangan dengan ynag diperintahkan sebagaimana diriwayatkan dalam dua hadits shahih dari Ibnu Abbas رضي الله عنه, "Nabi صلى الله عليه وسلم telah memerintah bersujud dengan tujuh anggota tubuh dan tidak mengangkat rambur atau dahi (termasuk hidung), dua telapak tangan, dua lutut, dan dua telapak kaki." Jadi seseorang yang shalat (dalam sujud), harus dengan dua telapak kaki menyentuk lantai dan menggerakan jari-jari kaki menghadao kiblat. Tiap bagian kaki haris menyentuk lantai. Jika diangkat salah satu dari kakinya, sujudnya tidak benar. Sepanjang dia lakukanutu dalam sujud.

    21. Melatakkan tangan kiri dia atas tangan kanan dan memposisikannya di leher.
    Hal ini berlawanan dengan sunnah karena Nabi صلى الله عليه وسلم meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkan keduanya di dada beliau. Ini hadits hasan dari beberapa sumber yang lemah di dalamya. Tapi dalam hubungannya saling menguatkan di antara satu dengan lainnya.

    22. Tidak berhati-hati untuk melakukan sujud dengan tujuh angota tubuh(seperti dengan hidung, kedua telapak tangan, kedua lutuk dan jari-jari kedua telapak kaki).
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Jika seorang hamba sujud, maka tujuh anggota tubuh harus ikut sujud bersamanya: wajah, kedu telapak tangan kedua lutut dan kedua kaki". (HR. Muslim)

    23. Menyembunyikan persendian tulang dalam shalat.
    Ini adala perbuatan yang tidak dibenarkan dalam shalat. Hal ini didasarkan pad sebuah hadits dengan sanad yang baik dari Shu'bah budak Ibnu Abbas yang berkata, "Aku shalat di samping Ibnu Abbas dan aku menyembunyikan persedianku." Selesai shalat di berkata, "Sesungguhnya kamu kehilangan ibumu!, karena menyembunyikan persendian ketika kamu shalat!".

    24. Membunyikan dan mepermainkan antar jari-jari (tasbik) selama dan sebelum shalat.
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم , "Jika salah seorang dari kalian wudhu dan pergi kemasjid untuk shalat, cegahlah dia memainkan tangannya karena (waktu itu) ia sudah termasuk waktu shalat." (HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi)

    25. Menjadikan seseorang sebagai imam, padahal tidak pantas, dan ada orang lain yang lebih berhak.
    Merupakan hal yang penting, bahwa seorang imam harus memiliki pemahaman tentang agama dan mampu membaca Al-Qur'an dengan benar. Sebagaimana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم "Imam bagi manusia adalah yang paling baik membaca Al-Qur'an" (HR. Muslim)

    26. Wanita masuk ke masjid dengan mempercantik diri atau memakai harum-haruman.
    Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, "Jangan biarkan perrempuan yang berbau harum menghadiri shalat isya bersama kita." (HR. Muslim)

    27. Shalat dengan pakaian yang bergambar, apalagi gambar makhluk bernyawa.
    Termasuk pakaian yang terdapat tulisan atau sesuatu yang bisa merusak konsentrasi orang yang shalat di belakangnya.

    28. Shalat dengan sarung, gamis dan celana musbil melebihi mata kaki).
    Banyak hadits rasulallah صلى الله عليه وسلم yang meyebutkan larangan berbuat isbal diantaranya :
    A. Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda : sesungguhnya allah tidak menerima shalat seseorang lelaki yang memakain sarung dengan cara musbil." (HR. Abu Dawud (1/172 no. 638)
    B. Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda : Allah عزوجل tidak (akan) melihat shalat seseorang yang mengeluarkan sarungnya sampai kebawah (musbil) dengan perasaan sombong." (Shahih Ibnu Khuzaimah 1/382)
    C. Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sarung yang melebihi kedua mata kaki, maka pelakunya di dalam neraka." (HR.Bukhari : 5887)

    29. Shalat di atas pemakaman atau menghadapnya.
    Rasulallah صلى الله عليه وسلم berabda, "Jangan kalian menjadikan kuburan sebagai masjid. Karena sesungguhnya aku telah melarang kalian melakukan hal itu." (HR. Muslim : 532)

    30. Shalat tidak menghadap ke arah sutrah (pembatas).
    Nabi صلى الله عليه وسلم melarang perbuatan tersebut seraya bersabda :"Apabila salah seorang diantara kalian shalat menghadap sutrah, hendaklah ia mendekati sutahnya sehingga setan tidak dapat memutus shalatnya. (Shahih Al-Jami' : 650)
    Inilah contoh perbuatan beliau صلى الله عليه وسلم "Apabila beliau صلى الله عليه وسلم shalat di temapt terbuka yang tidak ada seorangpun yang menutupinya, maka beliau menamcapkan tombak di depannya, lalu shalat menghadap tombak tersebut, sedang para sahabat bermakmum di belakangnya. Beliau صلى الله عليه وسلم tidak membiarkan ada sesuatu yang lewat di antara dirinya dan sutrah tresebut." Shifat Shalat Nabi صلى الله عليه وسلم, karya Al-Albani (hal : 55)

    Dirangkum dari
    "40 Kesalahan Shalat oleh Syaikh Muhammad Jibrin & Al Qaulu Mubin fi Akhthail Mushallin, Syaikh Mansyhur Hasan Salman.
    Dan Diterbikan Oleh Al-Amin Publising

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2620 Views
    Last post 02 March, 2011, 07:58:08 PM
    by Aku_Anak_Mak
    47 Replies
    18051 Views
    Last post 25 April, 2011, 02:33:47 PM
    by lailaafeesha
    2 Replies
    3450 Views
    Last post 26 April, 2009, 10:30:20 AM
    by assiddiq