Kesalahan Dalam Solat

*

Author Topic: Kesalahan Dalam Solat  (Read 18371 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
25 June, 2007, 04:57:38 PM
  • Publish
  • SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

    • Meninggalkan sembahyang.
    Hal ini adalah suatu kekufuran berdas arkan Al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4). Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

    • Melengah-lengahkan solat.
    Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

    • Meninggalkan solat berjemaah.
    Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

    • Tidak thuma'ninah dalam solat.
    Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

    • Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

    • Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
    Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    • Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

    • Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
    Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim). "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebina saan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    • Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
    Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

    • Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

    • Melintas di depan orang yang sedang solat.
    Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    • Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
    Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

    • Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
    Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

    • Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

    • Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

    • Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
    Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

    • Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
    Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    ara_taqwa

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #1 27 February, 2008, 10:47:47 AM
  • Publish
  • "SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.


    SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.


    Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:



    1. Meninggalkan sembahyang.


    Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.


    Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
    Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
    yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)


    Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
    solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
    dan lainnya).



    2. Melengah-lengahkan solat.


    Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
    dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)


    Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
    berdosa besar.


    Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
    matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
    (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
    tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).



    3. Meninggalkan solat berjemaah.


    Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
    dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
    seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
    kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).


    Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat43).


    Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
    tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).



    4. Tidak thuma'ninah dalam solat.


    Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
    ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
    sujud.


    Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
    tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.



    5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.



    6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.


    Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
    Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
    kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
    sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
    rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



    7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari
    salam kedua.



    8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
    Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
    daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
    mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).


    "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
    suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)



    9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.


    Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.



    10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
    aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
    tangan.


    Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
    "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
    kedua-dua telapak kakinya."



    11. Melintas di depan orang yang sedang solat.


    Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
    mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
    baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
    Muslim).



    12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.


    Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
    berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.



    13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.


    Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu
    sedang duduk, sujud atau lainnya.


    Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
    maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).



    14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
    televisyen dan bersembang.


    Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
    anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
    demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).



    15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan
    Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.


    Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
    lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
    makruh.



    16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.


    Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
    Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
    dan Muslim).



    17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.


    Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
    anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
    hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)


    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #2 28 February, 2008, 09:54:09 AM
  • Publish
  • macam mana ya....soalt berjemaah bg lelaki?

    adakah Nabi mewajibkan soalt jemaah ke atas lelaki stiap kali wktu solat?

    Sang Pencinta

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #3 28 February, 2008, 10:01:46 AM
  • Publish
  • rujuk di : http://www.pondokcheras.multiply.com

    disana ada video cara2 solat

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #4 29 February, 2008, 05:59:52 PM
  • Publish
  • Siap dgn tunjuk ajar  secara praktikal....
    tapi ilmu diamalkan tak?
    hingga semua terasa Selamat dan diselamatkan...
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    qiraati

    • *
    • Posts: 283
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Reply #5 03 July, 2008, 10:25:13 AM
  • Publish
  • salam alayk, kan bagus kalau ada cerita, kenapa kita sujud ..kena kita mcm ni dan mcm ni dlam solat..sebab bila tahu, barulah ada yang faham dan nak solat..entahlah..ini pendapat dari ana..ke tak elok?
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Reply #6 07 April, 2009, 12:12:53 PM
  • Publish
  • astagfirullah hal  azim.ya tuhan ku,terimalah amalanku,,solatku,,sedekahku,,
    munajatku kpd mu tuhan..
    smile until you cant smile;

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #7 07 April, 2009, 01:06:36 PM
  • Publish
  • ada 3 perkara yang selalu saya perhatikan di kalangan wantita ketika solat berjemaah.

    (1) mengenai 'anak' telekung yang dipakai untuk menutup rambut. ( di zaman saya sekolah dulu, kebiasaannya 'anak' telekung ini dipakai sebelum memakai mana-mana tudung).

    kepada mereka yang memakai 'anak' telekung yang putih, anda sendiri sedia maklum bahawa terdapat lubang-lubang pada anak telekung tersebut. dan, lubang-lubang ini menampakkan warna rambut anda. jadi, barangsiapa yang menampakkannya ketika solat, solatnya itu tidak sah.

    (2) telekung sembahyang yang nipis, dan orang yang melihat boleh membayangi bentuk tubuh/warna kulit anda. kalau boleh, guna yang tebal sedikit. panas sikit tak apa.

    (3) berkenaan rapatkan saf.
    ustaz saya selalu pesan untuk merapatkan saf (serapat-rapatnya) kerana di zaman nabi dahulu, sekiranya ada sehelai daun yang jatuh di atas mereka yang solat jemaah, daun tersebut tidak luruh ke tanah. sebaliknya, menimpa bahu-bahu (dan kaki-kaki) orang yang solat.

    nota: ini kerana bukan hanya bahu bersentuh bahu, tetapi, kaki turut bersentuh kaki.

    dan untuk wanita yang berjemaah di belakang saf lelaki -permulaan anda adalah tepat-tepat di belakang lelaki (iaitu di tengah-tengah, bukan di tepi sebelah kanan). jadi bagi merapatkan saf (sontohnya, hanya 10 orang yang solat ketika itu), rapatkan saf kepada kepada makmum perempuan yang berdiri di tengah-tengah itu. maknanya, sekirangan anda berdiri disebelah kanan, rapatkan ke arah kiri. dan anda yang berdiri di sebelah kirinya pula, rapatkan ke sebelah kanan.

    akhir kata -
    sesungguhnya Allah azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal. (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)



    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    hisyam

    • *
    • Posts: 49
      • View Profile
    Reply #8 07 April, 2009, 05:57:27 PM
  • Publish
  •  Solat adalah perkara pertama yg akan dihisab oleh ALLAH.
     ALLAH SWT mempunyai alat ukuran yg khas utk mengukur tahap
     kekhusyukan dalam sembahyang.Kita mau ada sangka baik dengan ALLAH
     mudah-mudahan ALLAH terima senbahyang kito.
     
        :aamiin:

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #9 07 April, 2009, 06:34:27 PM
  • Publish
  • dan,
    perkara kedua yang dihisab adalah tuntutan berkaitan hutang darah.

    ingat, hutang darah, dibayar dengan darah.
    bagi yang sengaja membunuh (dan dia telah diampunkan oleh keluarga si mati), kafarahnya adalah senilai dengan nilai 100 ekor unta betina, dan unta ini dibahagikan kepada 4 bahagian usianya. atau dibayar dengan seribu dinar (wang emas), atau 12 000 dirham (wang perak).

    (boleh merujuk diyat bagi hukum hudud)

    oleh yang demikian, mereka yang pernah berhutang nyawa (langgar-lari, accident, kes buli dan sebagainya) harus meneliti balik hal yang berkaitan dengan hukum nyawa ini. ini kerana, ia adalah perkara kedua yang dihisab selepas solat.

    jangan sampai terpaksa membayar di hadapan Allah di akhirat kelak.
    wallahua'lam.

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #10 07 April, 2009, 06:46:17 PM
  • Publish
  • OK, sebagai tambahan.
    kehilangan anggota badan, atau kehilangan pancaindera seperti pendengaran, penglihatan, bau, dan kecederaan otak (kecederaan berat) dan kecederaan ringan yang lain juga, diambil kira dalam hal ini. (si pelaku wajib membayar diyat)

    jadi, usah memandang ringan hal berkaitan hukum nyawa ini.
    jangan sesekali berlaku zalim, dan mudah menganiaya orang lain.
    segala yang dilakukan akan dituntut di akhirat kelak.

    ella

    • *
    • Posts: 14
    • Manisny ssuatu p'kara itu jika dlakukn krn Allah
      • View Profile
    Reply #11 24 May, 2009, 06:05:48 PM
  • Publish
  • salam, ana ada soalan la..
    kalau nk bca doa tu, dgn melafazkan ke atau bca dlm hati je???
    mana yg lebih baik...
    " Kecantikan wanita tidak akn bererti tanpa akhlak dan perilaku yg mulia....."

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #12 03 June, 2009, 02:29:41 PM
  • Publish
  • Kesalahan dalam solat lantaran ilmu yang kurang teliti dan rasa malas(Lalai)


    "Fawailul-lilmusolliin allazdinahum fi solaatiihim sahuun"=
    'Maka Neraka waillah bagi orang-orang yangmana mengerjakan dalam solatnya cara lalai'

    Begitulah bahawa orang-orang solat juga akan masuk ke Neraka lantaran akal-fikirannya dalam solat tidak aman/tenang...kerana akalny berfikir soal hidup dan hal-hal yang di lalui...umpamanya..."Aku tadi beli Satey/Burger/KFC adohhh habislaah adik/kawanku kebas...maka perbuatan solatnya tak difokus apa yang dibaca/dilafazkan oleh bacaan yang diucapkan dihadapan Allah swt.







    Semoga hal-hal ini tidak akan berlaku jika amaln solat kita mahu dihargai dan diperhitungkan dengan benar..
    kerana kita solat seolah-olahnya kita sedang berkata-kata hadapan Allah swt dan berdoa kepada Allah swt agar Allah faham apa yang kita ucapkan lafazan lidah kita.


    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Reply #13 03 June, 2009, 02:55:29 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....
    mmg banyak kesalahan yang selalu dilakukan dalam solat...
    alhamdulillah sekarang dengan adanya JQAF, jdi diwujudkan kem bestari solat di sekolah2 rendah sekarang...
    semasa jadi fasilitator, saya dapati memang terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh adik2 ni semasa bersolat...moga2 dengan adanya kem bestari solat ni dapat melahirkan generasi yang 'tepat' solatnya... amin
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #14 03 June, 2009, 03:02:14 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....
    mmg banyak kesalahan yang selalu dilakukan dalam solat...
    alhamdulillah sekarang dengan adanya JQAF, jdi diwujudkan kem bestari solat di sekolah2 rendah sekarang...
    semasa jadi fasilitator, saya dapati memang terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh adik2 ni semasa bersolat...moga2 dengan adanya kem bestari solat ni dapat melahirkan generasi yang 'tepat' solatnya... amin

    :ws:
    semoga kita sama tidak melakukan lagi kesalahan ketika solat..

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #15 03 June, 2009, 03:17:18 PM
  • Publish
  • Listed below are the 7 Common mistakes usually we make in prayers
     
    Mistake 1: Reciting Surat al-Fatiha fast without pausing after each verse.
     
     
    The Prophet (SAW) used to pause after each verse of this surah. (Abu Dawood)
    Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo' or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood.
     

    The Messenger of Allah (SAW) said: "Let not one of you support himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on his palms and keep his elbows away from his body." (Sahih Muslim) . The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his body during rukoo' and sujood that the whiteness of his armpits could be seen (Sahih Muslim).







    Mistake 3: Gazing upward during prayer.

     
    This may cause loss of concentration. We are commanded to lower our gaze, and look at the point at which the head rests during sujood. The Prophet (SAW) warned: "Let those who raise their gaze up during prayer stop doing so, or else their sights would not return to them. i.e. lose their eyesight]." (Muslim)
     

    Mistake 4 : Resting only the tip of the head on the floor during sujood.
     
    The Prophet (SAW) said: "I am commanded to prostrate on seven bones the forehead and the nose, the two hands [palms], the two knees, and the two feet." (Sahih Muslim) Applying the above command necessitates resting the forehead and the nose on the ground during sujood.





    Mistake 5 : Hasty performance of prayer which does not allow repose and calmness in rukoo' or sujood.
     

     

    The Messenger of Allah (SAW) saw a man who did not complete his rukoo' [bowing], and made a very short sujood [prostration ] ; he (SAW) said: "If this man dies while praying in this manner, he would die upholding a religion other than the religion of Muhammad." Abu Hurairah (RA) said:

    "My beloved friend, Muhammad (SAW) forbade me to perform postures of prayer copying the picking of a rooster; (signifying fast performance of prayer), moving eyes around like a fox and the sitting like monkeys ( i.e. to sit on thighs)." (Imam Ahmad & at-Tayalisi) The Messenger of Allah (SAW) said: " The worst thief is the one who steals from his own prayer." People asked, 'Messenger of Allah! How could one steal from his own prayer?' He (SAW) said: "By not completing its rukoo' and sujood." (At Tabarani & al-Hakim).

    To complete rukoo' is to stay in that posture long enough to recite 'Subhana rabbiyal Adtheem' three times, SLOWLY, and 'Subhana rabbiyal-a'ala' three times, SLOWLY, in sujood. He (SAW) also announced: "He who does not complete his rukoo' and sujood, his prayer is void." (Abu Dawood & others)
    Mistake 6 : Counting tasbeeh with the left hand

     
    The Prophet (SAW) used to count tasbeeh on the fingers of his right hand after salah. Ibn Qudamah (RA) said: " The Messenger of Allah (SAW) used his right hand for tasbeeh." (Abu Dawood). The above hadeeth indicates clearly that the Prophet (SAW) used only one hand for counting tasbeeh. No Muslim with sound mind would imagine that the Prophet (SAW) used his left hand for counting tasbeeh. Aa'ishah (RA) said that the Prophet (SAW) used his left hand only for Istinjaa', or cleaning himself after responding to the call of nature. He never used it for tasbeeh. Yasirah (RA) reported: The Prophet (SAW) commanded women to count tasbeeh on their fingers.

    The Messenger of Allah (SAW) said: "They (the fingers) will be made to speak, and will be questioned (on the Day of Resurrection. )" (At-Tirmidhi) . The above Hadeeth indicates that it is preferable to count tasbeeh on the fingers of the right hand than to do so on masbahah (rosary).


    Mistake 7 : Crossing in front of a praying person.

     
    The Messenger of Allah (SAW) warned: "Were the one who crosses in front of a praying person to know the consequences of doing so, he would have waited for *forty better than to cross in front of him." (Sahih Bukhari and Muslim). *The forty in the tradition may be days months or even years. Allah knows best.
    Common Errors in Prayer That MUST Be Avoided - Please inform your near and dear ones to take care of the above.

    Remember Muslim Ummah in your supplications

     
     
    The Messenger of Allah, Muhammad (sallallahu alaihi wa-allehe wa-sallam) said
    "Pass on knowledge from me even if it is only one verse"

    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 275
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #16 09 June, 2009, 10:49:12 PM
  • Publish
  •  :)
    Oleh Ahmad Baei Jaafar

    Suasana pada hari agak menggembirakan sesetengah ibu bapa apabila melihat anak remaja sudah berminat kepada kehidupan beragama. Remaja sudah dilihat mula mahu memenuhi surau dan masjid terutama pada waktu Maghrib dan Isyak.

    Mereka mendapat kesedaran beragama semasa di bangku sekolah dan universiti. Arus kesedaran Islam bertiup kencang melawan arus kemodenan masa kini. Remaja kini sudah tidak malu untuk melakukan solat walaupun di tempat selain surau dan masjid.

    Mereka sanggup melakukan solat kerana mahu menegakkan agama dalam diri mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Solat ialah tiang agama,” (Riwayat Baihaqi).

    Ibu bapa dalam hal ini seharus bersyukur kerana anak mereka tidak lagi seperti terlepas tali, boleh terbang ke mana-mana. Mereka kini sudah boleh dikawal, iaitu dikawal oleh agama.

    Walau bagaimanapun kita agak sedih apa melihat sesetengah ibu bapa yang masih liat untuk mendirikan solat. Mungkin seminggu sekali untuk solat Jumaat atau mungkin sesekali melakukannya sewaktu balik ke rumah pak mentua. Mereka lakukannya bukan kerana Allah tetapi kerana malu kepada mentua.

    Ingatlah berdasarkan hadis di atas, sesiapa yang mendirikan solat bererti mereka telah mendirikan agama dan sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia meruntuhkan agama. Mahukah ibu bapa ini digelarkan sebagai yang meruntuhkan agama?

    Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam agar tidak mengabaikan solat lima waktu kerana itulah identiti umat Islam. Kurang dari lima waktu, kuranglah keislaman mereka. Malah dengan jumlah yang kurang itu hampir-hampir menyamatarafkan mereka dengan orang bukan Islam.

    Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan solat suka saya senaraikan di sini beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh umat Islam dalam ibadah. Kesalahan tersebut walaupun yang tidak disengajakan, kalau tidak diperbetulkan akan menjadi kebiasaan yang sukar dibetulkan semula. Oleh sebab itu perhatikan senarai kesalahan berikut:

    Sebelum solat – dalam azan muazzin atau lebih dikenali sebagai bilal, mereka melakukan dua kesalahan secara tidak sedar. Walaupun tidak sedar, lafaz azan itu sudah tidak memberi makna dan maksud yang sebenar.

    1. “Asy-hadu an la ilaha illah” – mungkin kerana mereka membacanya berdasarkan huruf rumi maka dibunyikan “Asyhadu” dengan assyadu. Perkataan ini tidak memberi apa-apa makna dan tidak menepati lafaz syahadah yang wajib dibaca.

    2. “Lailaha illallah” dipanjangkan “ha” pada perkataan “ilaha” menjadi ilahaa. Perkataan ini juga tidak memberi apa-apa makna.

    Jadi, semua bilal dan orang yang hendak mengalunkan azan, eloklah membuat latihan menyebutnya agar tidak terus tersilap. Ingatlah azan mengajak orang ramai kepada solat, tetapi kalau tersalah sebut, panggilan itu tidak dinilai oleh Allah.

    Selain itu suka diingatkan juga bahawa, waktu untuk azan adalah ditentukan oleh muazzin manakala untuk melakukan solat hendaklah ditentukan oleh imam. Maka dalam hal ini bilal perlu memastikan iman bersedia dan mendapat keizinannya.

    Waktu solat – terdapat beberapa orang susah hendak masuk niat untuk memulakan solat. Kadang-kadang dia terpaksa mengangkat takbir berkali-kali untuk membolehkan niatnya masuk pada waktu itu. Sikap atau tabiat itu menjadi sebab terlambatnya dia mengikut imam. Padahal niat adalah kerja hati yang datangnya bagaikan angin lalu sahaja, tidak perlu mengambi masa yang panjang.

    Mengikut hukum fiqah, apabila seseorang itu mengangkat takbir dengan niat yang betul, takbir dan niat itu sudah diterima. Maka kalau dia mengulangi kali kedua, maka takbir kedua itu menyebabkan solatnya terbatal. Jadi, apabila dia meneruskan solat dengan takbir itu, solatnya tidak dikira oleh Allah. Oleh sebab itu dia perlu ulangi takbir dan niat baru, yang ketiga.

    Selain itu takbiratul ihram iaitu dengan menyebut “Allahu Akbar". Lazim yang berlaku dalam kalangan umat Islam ialah mereka memanjangkan “baar” pada perkataan akbar. Dengan memanjangkan “akbar” itu tidak lagi memberi makna “Allah Maha Besar”. Jadi berhati-hati menyebutnya.

    Seterusnya dalam membaca surah al-fatihah, mereka terlalu sangat hendak membetulkan sebutan makhraj sehingga jadi berlebih-lebihan. Antaranya ialah membaca “alhamdulillah” ditekankan bacaan pada alham sehingga berbunyi seperti alkham atau alhom. Ini juga telah merosakkan makna al-Fatihah yang asal.

    Semasa iktidal juga terdapat kesilapan menyebut pada membaca “samiallahu liman hamidah”. Selalu juga kita dengar sesetengah orang membaca dengan memanjangkan bacaan haamidah. Dengan memanjangkan perkataan pada “ha” memberi erti wanita yang memuji - isim fail muannas. Padahal yang asalnya “hamidah” ialah feil madhi yang memberi erti memuji-Nya.

    Panduan ini penting untuk diamati supaya solat yang dikerjakan setiap hari dinilai oleh Allah dengan sebaiknya.

    Wallahu a’lam

    al-maududi

    • *
    • Posts: 157
    • iluvislam
      • View Profile
    Reply #17 09 June, 2009, 11:40:56 PM
  • Publish
  • :)
    Oleh Ahmad Baei Jaafar

    Suasana pada hari agak menggembirakan sesetengah ibu bapa apabila melihat anak remaja sudah berminat kepada kehidupan beragama. Remaja sudah dilihat mula mahu memenuhi surau dan masjid terutama pada waktu Maghrib dan Isyak.

    Mereka mendapat kesedaran beragama semasa di bangku sekolah dan universiti. Arus kesedaran Islam bertiup kencang melawan arus kemodenan masa kini. Remaja kini sudah tidak malu untuk melakukan solat walaupun di tempat selain surau dan masjid.

    Mereka sanggup melakukan solat kerana mahu menegakkan agama dalam diri mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Solat ialah tiang agama,” (Riwayat Baihaqi).

    Ibu bapa dalam hal ini seharus bersyukur kerana anak mereka tidak lagi seperti terlepas tali, boleh terbang ke mana-mana. Mereka kini sudah boleh dikawal, iaitu dikawal oleh agama.

    Walau bagaimanapun kita agak sedih apa melihat sesetengah ibu bapa yang masih liat untuk mendirikan solat. Mungkin seminggu sekali untuk solat Jumaat atau mungkin sesekali melakukannya sewaktu balik ke rumah pak mentua. Mereka lakukannya bukan kerana Allah tetapi kerana malu kepada mentua.

    Ingatlah berdasarkan hadis di atas, sesiapa yang mendirikan solat bererti mereka telah mendirikan agama dan sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia meruntuhkan agama. Mahukah ibu bapa ini digelarkan sebagai yang meruntuhkan agama?

    Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam agar tidak mengabaikan solat lima waktu kerana itulah identiti umat Islam. Kurang dari lima waktu, kuranglah keislaman mereka. Malah dengan jumlah yang kurang itu hampir-hampir menyamatarafkan mereka dengan orang bukan Islam.

    Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan solat suka saya senaraikan di sini beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh umat Islam dalam ibadah. Kesalahan tersebut walaupun yang tidak disengajakan, kalau tidak diperbetulkan akan menjadi kebiasaan yang sukar dibetulkan semula. Oleh sebab itu perhatikan senarai kesalahan berikut:

    Sebelum solat – dalam azan muazzin atau lebih dikenali sebagai bilal, mereka melakukan dua kesalahan secara tidak sedar. Walaupun tidak sedar, lafaz azan itu sudah tidak memberi makna dan maksud yang sebenar.

    1. “Asy-hadu an la ilaha illah” – mungkin kerana mereka membacanya berdasarkan huruf rumi maka dibunyikan “Asyhadu” dengan assyadu. Perkataan ini tidak memberi apa-apa makna dan tidak menepati lafaz syahadah yang wajib dibaca.

    2. “Lailaha illallah” dipanjangkan “ha” pada perkataan “ilaha” menjadi ilahaa. Perkataan ini juga tidak memberi apa-apa makna.

    Jadi, semua bilal dan orang yang hendak mengalunkan azan, eloklah membuat latihan menyebutnya agar tidak terus tersilap. Ingatlah azan mengajak orang ramai kepada solat, tetapi kalau tersalah sebut, panggilan itu tidak dinilai oleh Allah.

    Selain itu suka diingatkan juga bahawa, waktu untuk azan adalah ditentukan oleh muazzin manakala untuk melakukan solat hendaklah ditentukan oleh imam. Maka dalam hal ini bilal perlu memastikan iman bersedia dan mendapat keizinannya.

    Waktu solat – terdapat beberapa orang susah hendak masuk niat untuk memulakan solat. Kadang-kadang dia terpaksa mengangkat takbir berkali-kali untuk membolehkan niatnya masuk pada waktu itu. Sikap atau tabiat itu menjadi sebab terlambatnya dia mengikut imam. Padahal niat adalah kerja hati yang datangnya bagaikan angin lalu sahaja, tidak perlu mengambi masa yang panjang.

    Mengikut hukum fiqah, apabila seseorang itu mengangkat takbir dengan niat yang betul, takbir dan niat itu sudah diterima. Maka kalau dia mengulangi kali kedua, maka takbir kedua itu menyebabkan solatnya terbatal. Jadi, apabila dia meneruskan solat dengan takbir itu, solatnya tidak dikira oleh Allah. Oleh sebab itu dia perlu ulangi takbir dan niat baru, yang ketiga.

    Selain itu takbiratul ihram iaitu dengan menyebut “Allahu Akbar". Lazim yang berlaku dalam kalangan umat Islam ialah mereka memanjangkan “baar” pada perkataan akbar. Dengan memanjangkan “akbar” itu tidak lagi memberi makna “Allah Maha Besar”. Jadi berhati-hati menyebutnya.

    Seterusnya dalam membaca surah al-fatihah, mereka terlalu sangat hendak membetulkan sebutan makhraj sehingga jadi berlebih-lebihan. Antaranya ialah membaca “alhamdulillah” ditekankan bacaan pada alham sehingga berbunyi seperti alkham atau alhom. Ini juga telah merosakkan makna al-Fatihah yang asal.

    Semasa iktidal juga terdapat kesilapan menyebut pada membaca “samiallahu liman hamidah”. Selalu juga kita dengar sesetengah orang membaca dengan memanjangkan bacaan haamidah. Dengan memanjangkan perkataan pada “ha” memberi erti wanita yang memuji - isim fail muannas. Padahal yang asalnya “hamidah” ialah feil madhi yang memberi erti memuji-Nya.

    Panduan ini penting untuk diamati supaya solat yang dikerjakan setiap hari dinilai oleh Allah dengan sebaiknya.

    Wallahu a’lam
    salam....
    sykran....
    memg bagos artikel nih.....
    memg kesilapam ini la yg sering dlakukan
    tanpa d sedari.....
    ana pon x lari dari nye....

    syukran skali lagi...
    "Yang ku harapkan adalah
      rahmat dan keredhaan ALLAH swt"
    Kejayaan yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH swt.....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #18 26 September, 2009, 07:50:11 AM
  • Publish




  •      
      Khusyuk dalam solat
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #19 26 September, 2009, 09:21:05 AM
  • Publish
  • ana nak tanya bagi wanita yang bertelekung jika hidung dan tapak tangannya tidak terkena tempat sajadah ,hanya terkena terlekung sahaja...apa hukumnya sah ke x sah solatnya????????????????
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2638 Views
    Last post 02 March, 2011, 07:58:08 PM
    by Aku_Anak_Mak
    47 Replies
    18214 Views
    Last post 25 April, 2011, 02:33:47 PM
    by lailaafeesha
    2 Replies
    3478 Views
    Last post 26 April, 2009, 10:30:20 AM
    by assiddiq