Pengurusan Janin yang Gugur

*

Author Topic: Pengurusan Janin yang Gugur  (Read 14684 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Satu Hati

  • *
  • Posts: 108
    • View Profile
14 July, 2010, 02:57:25 PM
  • Publish


  • Jika sesorang itu melahirkan anak, tetapi anak itu didapati telah meninggal sewaktu di dalam kandungan lagi. Jadi, perlulah jenazah anak tadi dimandikan dan disembahyangkan seperti jenazah yang lain. Kerana ada pendapat mengatakan bahawa jenazah bayi itu hanya dimandikan dan tidak wajib disembahyangkan. Bagaimanakah sebenarnya masalah ini?

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #1 14 July, 2010, 03:06:06 PM
  • Publish

  • Bayi yang gugur atau lahir yang belum berumur empat bulan dalam kandungan, tidaklah dimandikan dan disolatkan. Cukup dibalut dengan kain lalu ditanam. Demikianlah pendapat fukaha tanpa ada perselisihan pendapat.

    Jika telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan dan menunjukkan ciri-ciri hidup, maka menurut kesepakatan fukaha hendaklah dimandikan dan disolatkan. Seandainya tidak menunjukkan tanda-tanda hidup maka menurut golongan Hanafi, Maliki, Auzai dan Hasan tidaklah disolatkan.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika bayi yang gugur itu memiliki tanda-tanda hidup, hendaklah disolatkan dan ia berhak mendapat warisan". (HR Tirmizi, Nasai', Ibnu Majah dan Baihaqi) Menurut Imam Ahmad, Said, Ibnu Sirin dan Ishak berpendapat bahawa ia dimandikan dan disolatkan berdasarkan hadis yang berbunyi: "Orang yang berkenderaan hendaklah berada di belakang jenazah, sedang yang berjalan kaki di depannya, dekat kepadanya sebelah kanan atau kirinya. Sedang anak yang keguguran juga disolatkan dan didoakan keampunan dan rahmat bagi kedua orang tuanya". (HR. Ahmad dan Abu Daud)

    Menurut ulama ini kerana anak itu merupakan manusia yang telah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya sehingga ia harus disolatkan sebagaimana halnya bayi yang mempunyai tanda-tanda hidup. Nabi SAW telah menyatakan bahawa pada usia empat bulan ditiupkanlah roh kedalam tubuh bayi yang ada dalam kandungan ibunya. Menurut pendapat ulama ini, hadis yang dikemukakan oleh pendapat pertama di atas lemah dan kerana bertentangan dengan yang lebih kuat, sehingga tidak dapat diterima sebagai hujjah atau dalil.

    Maka dapat kita ambil kesimpulan jika bayi tersebut belum berumur empat bulan dalam kandungan telah meninggal dunia maka tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Namun jika telah lebih dari empat bulan, maka perlu dimandikan dan disolatkan.


    Sumber : Laman Soal Jawap Agama

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #2 14 July, 2010, 03:11:02 PM
  • Publish


  • Soalan ini secara amnya berkait dengan hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan;

    السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
    “Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

    Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

    Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup.

    Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

    Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;

    إذا استهل السقط صلى عليه وورث
    “Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).

    Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492).

    Perincian hukum di atas adalah khusus bagi janin atau bayi yang berusia sebelum enam bulan sebagaimana dinyatakan. Adapun bayi yang telah berusia lebih enam bulan di dalam kandungan, hukumnya sama seperti orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan jika ia gugur atau mati ketika dilahirkan (sama ada terdapat tanda-tanda hidup atau tidak).

    Kesimpulannya, merujuk kepada soalan di atas; bayi yang berusia empat bulan di dalam kandungan jika keguguran tidak perlu disolatkan mengikut mazhab Syafi’ie. Kecualilah jika ketika gugur itu terdapat tanda-tanda hidup, maka wajiblah disolatkan. Namun hal tersebut tidak pernah kita saksikan.

    Wallahu A’lam.

    Tambahan;

    Apa yang kita huraikan di atas adalah mengikut pandangan di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie. Adapun mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab lain;
    - Menurut Imam Malik; bayi yang keguguran (yakni lahir tidak cukup bulan) tidak perlu disolatkan kecuali jika ada tanda-tanda hidup dan tanda itu hendaklah dalam tempoh yang panjang.
    - Menurut Ibnu Umar r.a., Ibnu Sirin dan Imam Ahmad; hendaklah disolatkan ke atasnya sekalipun tidak bersuara (jika usianya telah sampai empat bulan).

    Rujukan;

    1. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 209-212.
    2. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 474.
    3. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 1, hlm. 264.
    4. Al-Fiqhul-Islami Wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 506.
    5. Matn al-Ghayah Wa at-Taqrib, ulasan oleh; Syeikh Majid al-Hamawi, hlm. 100-101.
    6. Syarh Soheh Muslim, juz 9, kitab al-Janaiz, bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.


    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 620
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #3 14 July, 2010, 05:46:52 PM
  • Publish


  • Jika sesorang itu melahirkan anak, tetapi anak itu didapati telah meninggal sewaktu di dalam kandungan lagi. Jadi, perlulah jenazah anak tadi dimandikan dan disembahyangkan seperti jenazah yang lain. Kerana ada pendapat mengatakan bahawa jenazah bayi itu hanya dimandikan dan tidak wajib disembahyangkan. Bagaimanakah sebenarnya masalah ini?

    Diringkaskan ..

    Janin tersebut jika telah cukup fizikalnya (contoh dah ada tangan/kepala iaitu atas 4 - 5 bulan)(sudah ditiupkan roh) perlu dilakukan 4 perkara seperti mayat biasa :

    Dimandikan
    Dikafankan
    Disembahyangkan
    dan DiKuburkan.



    Manakala jika janin tesebut belum lagi menyerupai seorang makhluk (belum lagi di tiup roh)(contohnya segumpal daging iaitu kurang dari 4-5 bulan) maka ia hanya wajib :

    Dimandikan
    Dikafankan
    dan
    Dikuburkan.


    wallahualam.

    sumber dari ceramah Ust Azhar Idrus.

    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 14 July, 2010, 06:02:32 PM
  • Publish
  •  BAYI YANG GUGUR DAN SOLAT JENAZAH

    Soalan; Bayi yang gugur ketika berusia empat bulan di dalam kandungan, adakah wajib disolatkan?

    Jawapan;

    Soalan ini secara amnya berkait dengan hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan;

    السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
    “Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

    Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

    Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

    Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;

    إذا استهل السقط صلى عليه وورث
    “Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).

    Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492).

    Perincian hukum di atas adalah khusus bagi janin atau bayi yang berusia sebelum enam bulan sebagaimana dinyatakan. Adapun bayi yang telah berusia lebih enam bulan di dalam kandungan, hukumnya sama seperti orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan jika ia gugur atau mati ketika dilahirkan (sama ada terdapat tanda-tanda hidup atau tidak).

    Kesimpulannya, merujuk kepada soalan di atas; bayi yang berusia empat bulan di dalam kandungan jika keguguran tidak perlu disolatkan mengikut mazhab Syafi’ie. Kecualilah jika ketika gugur itu terdapat tanda-tanda hidup, maka wajiblah disolatkan. Namun hal tersebut tidak pernah kita saksikan.

    Wallahu A’lam.

    Tambahan;

    Apa yang kita huraikan di atas adalah mengikut pandangan di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie. Adapun mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab lain;
    - Menurut Imam Malik; bayi yang keguguran (yakni lahir tidak cukup bulan) tidak perlu disolatkan kecuali jika ada tanda-tanda hidup dan tanda itu hendaklah dalam tempoh yang panjang.
    - Menurut Ibnu Umar r.a., Ibnu Sirin dan Imam Ahmad; hendaklah disolatkan ke atasnya sekalipun tidak bersuara (jika usianya telah sampai empat bulan).

    Rujukan;

    1. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 209-212.
    2. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 474.
    3. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 1, hlm. 264.
    4. Al-Fiqhul-Islami Wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 506.
    5. Matn al-Ghayah Wa at-Taqrib, ulasan oleh; Syeikh Majid al-Hamawi, hlm. 100-101.
    6. Syarh Soheh Muslim, juz 9, kitab al-Janaiz, bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.
    by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    squad izzuddin

    • *
    • Posts: 560
      • View Profile
    Reply #5 14 July, 2010, 06:20:38 PM
  • Publish


  • Jika sesorang itu melahirkan anak, tetapi anak itu didapati telah meninggal sewaktu di dalam kandungan lagi. Jadi, perlulah jenazah anak tadi dimandikan dan disembahyangkan seperti jenazah yang lain. Kerana ada pendapat mengatakan bahawa jenazah bayi itu hanya dimandikan dan tidak wajib disembahyangkan. Bagaimanakah sebenarnya masalah ini?

    Diringkaskan ..

    Janin tersebut jika telah cukup fizikalnya (contoh dah ada tangan/kepala iaitu atas 4 - 5 bulan)(sudah ditiupkan roh) perlu dilakukan 4 perkara seperti mayat biasa :

    Dimandikan
    Dikafankan
    Disembahyangkan
    dan DiKuburkan.



    Manakala jika janin tesebut belum lagi menyerupai seorang makhluk (belum lagi di tiup roh)(contohnya segumpal daging iaitu kurang dari 4-5 bulan) maka ia hanya wajib :

    Dimandikan
    Dikafankan
    dan
    Dikuburkan.


    wallahualam.

    sumber dari ceramah Ust Azhar Idrus.


    satu lg
    boleh lah diberi nama bg by yg 4-5 bulan keatas....
    jika tahu jantina namakan dgn nama jantina masing2....
    jika masih tdk tahu jantina namakan dgn  nama yg dibolehkan bg kedua-dua jantina...


    juga sumber dari ceramah Ust Azhar Idrus.

    jejakarimba

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #6 24 August, 2010, 03:21:24 AM
  • Publish
  • Janin yg keguguran perlu ada nama?

     :)
    Nak tanya sket....jika berlaku keguguran janin yg cukup sifat adakah perlu di berikan nama?

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #7 24 August, 2010, 04:04:15 AM
  • Publish
  • Entah laa selalunya tak perlu pun.. tgk juga berapa minggu dan beratnya.. Bagi pihak hospital selalaunya kalau berat lebih 500gm baru kami berikan borang jpn untuk pendaftaran nama (jpn lm 01)& (pendaftaran kematian jpn lm 02). kalau tidak takyah daftar apa2,cukup sekadar permit perkuburan.. wallahhuallalam..
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    jejakarimba

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #8 24 August, 2010, 10:02:59 PM
  • Publish
  • bukan nama dkt pendaftaran tapi nama pada batu nesan?
    begini....wife sy pd bln 4 lps gugur anak kembar.pihak hospital bg tau janin masuk 5 bulan.sy tgk janin tu cukup sifatnya...pihak hospital dlm reportnya jantina 'unknown' tapi saya rasa lelaki sebab ada mcm 'anu' di bawahnya....dan imam yg mandikan janin sy pun berpendapat  yg sama.so pada kubur anak sy tu masih guna kayu lagi menggantikan batu nisan.

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #9 24 August, 2010, 10:30:22 PM
  • Publish
  • bukan nama dkt pendaftaran tapi nama pada batu nesan?
    begini....wife sy pd bln 4 lps gugur anak kembar.pihak hospital bg tau janin masuk 5 bulan.sy tgk janin tu cukup sifatnya...pihak hospital dlm reportnya jantina 'unknown' tapi saya rasa lelaki sebab ada mcm 'anu' di bawahnya....dan imam yg mandikan janin sy pun berpendapat  yg sama.so pada kubur anak sy tu masih guna kayu lagi menggantikan batu nisan.

     :)
    maaf jejaka rimba,kalau dah dikatakan keguguran selalunya tak perlu nama... Tapi saya tak berani nakckp laa,lebih baik tanya yg bijak pandai..imam atau ustaz2 lain...

    jejakarimba

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #10 24 August, 2010, 10:35:15 PM
  • Publish
  • betul la tu....mgkin kena jumpa imam atau ustaz yg boleh explain secara lebih detail dan tepat.

    Mommy

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #11 03 August, 2011, 06:53:33 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum kepada Semua Ahli Halaqah...

    Saya Ima ahli baru Halaqah...

    Saya ada beberapa soalan mengenai Keguguran Janin sebelum usia kandungannya 3 BULAN dari hukum Islam.. Saya harap ahli Halaqah dapat membantu saya memberi jawapan..

    Soalannya ;

    * Apakah yang perlu kita lakukan keatas janin yang telah gugur sebelum usia kandungan 4 BULAN mengikut hukum Islam.

    * Perlukah kita mengafankan, mengebumikan, mensolatkan Janin tersebut....

    * Perlukah kita mengirim Surah Al-Fatihah & membacakan surah Yasin keatas Janin tersebut.

    * Bagaimana pula jika Janin tersebut perlu dicuci & perlukan kita mengebumikan Janin yang telah dicuci (Abortion).

    Saya ada 2 situasi keatas soalan diatas, dimana seorang ibu yang mengalami keguguran sebanyank 2 kali  seperti berikut ;-

    Situasi 1: seorang ibu telah mengalami keguguran ketika usia kandungannya 8 MINGGU (2 BULAN). Keguguran berlaku  apabila darah keluar sedikit demi sedikit dan selang  dua hari darah keluar secara banyak. Doctor telah mengesahkan bahawa kandungan  tersebut telah gugur dan tidak perlu dicuci kerena darah telah keluar sendiri.. Ibu tersebut telah memananam 1 gumpalan darah  tersebut.

    Situasi 2 : Ibu yang sama telah mengandung lagi dan telah mengalami pendarahan (Bleeding) semasa kandungan masuk 12 MINGGU (3 BULAN).
    Setelah menjalani pemeriksaaan Doctor dan Doctor telah mengesahkan bahawa Janin yang dikandungnya telah tiada duyutan jantung. Ini bermakna Janin tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Pihak Clinic telah menasihatkan Ibu tersebut supaya mencuci Janin tersebut kerana Janin tersebut memang sudah tiada deyutan jantung lagi untuk kebaikan dan kesihatan Ibu tersebut. Akhirnya, Ibu tersebut telah menjalani abortion (cuci) seperti yang di nasihatkan oleh Pakar.
    [/i]

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #12 03 August, 2011, 11:07:15 PM
  • Publish
  •  :)rumitnya persoalan...sy pernah belajar bab ni dulu tapi lupa sbb tak praktikkan...lain bidang ngan kerjaya skrg...ustadznya pula dah kena gam oleh k'jaan kerana muslihat politik...awak kena tanya muftilah senang skit...sy syorkan mufti P.Pinang Tuan Hassan Ahmad sbb adiknya guru kami dulu. OK? Nak memandai takut salah pula maklumlah kita ni kira juhala' juga dgn bab yg kita tak mahir....kekadang belajar tapi tak jadi ariff...kuasa Allah dia tak beri semuanya pada cuma seorang saja.  :ws:

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #13 03 August, 2011, 11:25:31 PM
  • Publish
  • Dalam menguruskan jenazah janin ni, maka ada beberapa perkara yg perlu diberikan perhatian.
    1. Ada tanda2 kehidupan pada bayi tersebut.
    Jika wujud tanda2 seperti janin itu bernafas.. atau bergerak2 sedikit sebelum meninggal dsb, maka hendaklah disempurnakan seperti mana jenazah biasa iaitu perlu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan (disembahyangi) dan ditanam.
    2. Tiada tanda2 kehidupan, tetapi sudah membentuk lembaga manusia.
    Dalam keadaan ini, jika telah membentuk tubuh manusia (ada 2 kaki, 2 tangan, jari jemari, muka, hidung dsb), maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan terus dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.
    3. Tiada tanda kehidupan dan tak membentuk lembaga manusia.
    Dalam keadaan ini, mungkin ianya sekadar berbentuk ketulan daging dsb.. maka yang perlu dilakukan hanyalah membersihkannya daripada darah dan kekotoran (membasuhnya), kemudian dibungkus dan ditanam.. sama mcm basuh uri gak.. tak perlu nak letak paku ke, pensel ke, kalkulator ke..
    Harap dapat membantu


    Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/06/soal-jawab-pengurusan-janin-yang-gugur/#ixzz1TymIv84C
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Mommy

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #14 05 August, 2011, 02:42:15 PM
  • Publish
  • tq for your answer...

    bagaimana pula jika janin tersebut terpaksa dicuci (abortion) disebabkan janin telah tiada denyutan jantung & ia perlu dikeluarkan dengan cara mencuci untuk membersihkan rahim seorang ibu untuk mengelakkan sebarang penyakit.

    Persoalannya, apabila dicuci janin tersebut telah hancur & tidak lagi berbentuk segumpal darah...

    bagaimana kita hendak menguruskan janin tersebut ?..


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    4761 Views
    Last post 13 May, 2009, 02:16:08 PM
    by hairilnua
    6 Replies
    2669 Views
    Last post 14 July, 2010, 08:43:33 PM
    by hasin
    0 Replies
    423 Views
    Last post 21 December, 2012, 06:49:02 PM
    by Abi Naim