Adab menziarahi orang sakit

Author Topic: Adab menziarahi orang sakit  (Read 6315 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
25 June, 2007, 03:14:51 PM
  • Publish Di FB
  • Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan silatul rahim sesama Islam.

    Amalan ziarah di kalangan orang-orang Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar dalam masa sakit sahaja. Amalan ziarah ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kaum keluarga, yang tua, bujang dan lain-lain. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:

    “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi)

    Antara adab menziarahi orang sakit ialah:

    1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.

    2.Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

    3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).

    4.Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

    5.Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

    6.Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

    7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
    “Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    alyani

    • *
    • Posts: 212
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Jawab #1 25 June, 2007, 07:13:09 PM
  • Publish Di FB
  • ::) ::) ::)

    Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.

    ::) ::) ::)
    KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #2 17 February, 2011, 01:21:54 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Menjenguk Orang Sakit

    Sabda Rasulullah SAW:

    "Barang siapa yang menjenguk orang sakit, maka ia akan selalu berada dalam kebun syurga."Orang-orang bertanya,"Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kebun syurga itu?"Rasulullah menjawab,"Buah-buahnya."(HR Muslim)


    Disebutkan dalam ash-Shahihain dari Abu Hurairah,

    "Aku mendengar Rasulullah SAW mengatakan, "Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya ada lima:menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantarkan jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang bersin."

    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    29 Replies
    14525 Views
    Last post 12 September, 2011, 09:42:17 PM
    by sonidoter89
    19 Replies
    9495 Views
    Last post 06 July, 2009, 10:36:44 AM
    by Ummi Munaliza
    7 Replies
    7097 Views
    Last post 17 August, 2009, 09:41:38 PM
    by Ummi Munaliza