Hukum bersahabat dgn orang kafir

*

Author Topic: Hukum bersahabat dgn orang kafir  (Read 8316 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
25 June, 2007, 03:10:45 PM
  • Publish
  • Firman Allah Taala: "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin.

    Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu."(Ali Imran, ayat 28)

    Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

    Sebab Turun Ayat
    Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

    Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

    Hukum Dari Ayat Ini
    Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:

    Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan?

    Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:

    1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi'i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu:

    Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan.
    Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.

    Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa' dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan.

    2. Mazhab Maliki. Mereka berpendapat bahawa meminta bantuan orang kafir dalam peperangan adalah tidak dibenarkan.

    Alasan mazhab ini ialah, larangan berbuat demikian adalah bersesuaian dengan zahir ayat al-Quran:
    Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

    Mazhab ini juga menggunakan kisah Ubadah bi Shomit yang menyebabkan ayat di atas diturunkan.

    Selain itu, mereka berhujah dengan Hadis Nabi riwayat Aisyah, di mana seorang lelaki musyrik yang gagah dan tangkas datang kepada Nabi Muhamad s.a.w. Ketika itu peperangan Badar sedang tercetus. Lelaki tadi meminta izin dari Nabi untuk ikut serta dalam peperangan tersebut. Nabi bersabda:
    "Kembalilah, aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik."

    Jawapan jumhur ulamak terhadap hujah mazhab Maliki:
    1. Hujah yang digunakan oleh mazhab Maliki telah dinasakhkan oleh perbuatan Nabi sendiri.
    2. Ataupun, boleh jadi hujah tersebut tidak dinasakhkan tetapi ketika itu nabi tidak memerlukan bantuan orang kafir. Atau berkemungkinan tiada kepercayaan terhadap kesetiaan orang kafir berkenaan.

    Hukum Kedua: Taqiyah
    Apakah itu taqiyah yang tercantum di ayat:
    "....kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka."?

    Maknanya ialah bahawa seseorang mengucapkan perkataan dengan lidahnya, sedang hatinya tetap teguh dengan keimanan. Definasi ini diberikan oleh Ibnu Abbas r.a.

    Sebahagian ulamak mengatakan taqiyah ialah memelihara diri dan harta benda dari kemusnahan musuh dengan cara menzahirkan apa yang mereka mahu tetapi tidak dengan keyakinan hati.

    Apakah hukumnya?
    Jelas bahawa ayat di atas membenarkan perlakuan taqiyah demi untuk memelihara diri dari kezaliman. Terdapat ayat lain yang semakna dengannya iaitu:
    Ertinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah, sesudah ia beriman (maka ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dan beriman. (al-Nahl, ayat 106)

    Dan, walaubagaimanapun taqiyah bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan. Ia adalah bentuk keringan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah. Ketika seseorang itu dipaksa (dengan ancaman kemusnahan) untuk menjadi kafir, dia boleh memilih antara berbuat taqiyah (melafazkan kata kufur tetapi hatinya tetap beriman) ataupun tetap tidak berganjak sehingga dirinya terbunuh. Dan yang kedua ini adalah lebih afdhal.

    Hukum Ketiga: Menyerahkan kepimpinan kepada orang kafir, serta mempergunakannya dalam semua urusan kaum muslimin.

    Berdasarkan ayat:
    "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali .." mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau menguruskan urusan kaum muslimin adalah tidak dibenarkan. Begitu juga mengambil mereka sebagai pekerja atau pelayan. Samalah halnya kita tidak boleh menghormati atau memuliakan mereka di majlis, atau berdiri ketika mereka datang. Kerana perbuatan ini merupakan penghormatan kepada mereka. Bukankah kita diperintahkan agar merendahkan mereka, firman Allah Taala:
    "Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." (al-Taubah, ayat 28)

    Hukum Keempat: Hukum berpura-pura dengan menunjukkan kebaikkan/sokongan kepada penjahat. Ini merupakan muslihat dan diplomasi.

    Perbuatan ini adalah dibenarkan. Rasulullah pernah melakukannya sebagaimana yang tercantum di dalam sabdanya:
    "Kami tersenyum manis kepada suatu kaum, padahal hati kami melaknat mereka."

    Walaubagaimanapun ia tidak boleh sampai ke peringkat boleh memudaratkan orang lain atau menyalahi dasar-dasar ajaran Islam.

    Rujukan

    Al-Quran
    Tafsir Ayatil Ahkam -Ali al-Shabuni
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #1 25 June, 2007, 03:33:09 PM
  • Publish
  • benda ni, perbahasan panjang bila kita bahagikan kepada ahli zimmah (kafir zimmi), ahli harbi (orang kafir yang ditentang). Perbahasan ini boleh dilihat pada Ahkam ahlu Zimmah oleh Ibnu Qayyim bagi boleh merujuknya.

    sayele

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #2 14 December, 2007, 04:17:35 PM
  • Publish
  • betullah tu.orang kafir ade 2 golongan.satu boleh dibuat kawan dan satu lagi tidak boleh.

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 14 December, 2007, 04:30:02 PM
  • Publish
  • Orang kafir Zimmi yg tahu ttg Aqidah Islam yg murni dan tidak berlawanan atau menentang aqidah ummat MUhammad saw,malah ia menghurmati dan membela ummat Nabi Muhammad saw =Itulah boleh menjadi Kawan

    Tetapi Kafir Harbi orang kafir yg suka menentang dan berlawan aqidah suci ummat Muhammat saw dan memusuhi sesama sendiri dan memecahkan ummat Muhammad saw maka orang kafir ini= Tidak boleh dibuat kawan
    Wassalm.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #4 14 December, 2007, 09:46:35 PM
  • Publish
  • emm.. hr tuh sy ade bca dlm sebuah paper yg mengatakan bhwa kita xdigalakkn bersahabat dgn org kafir.. kerana jika kta xdpt mengajak mereka memeluk islam..kta akan msk ke neraka.. benarkah dakwaan itu??
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    sayele

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #5 15 December, 2007, 01:00:03 PM
  • Publish
  • emm.. hr tuh sy ade bca dlm sebuah paper yg mengatakan bhwa kita xdigalakkn bersahabat dgn org kafir.. kerana jika kta xdpt mengajak mereka memeluk islam..kta akan msk ke neraka.. benarkah dakwaan itu??
    kalau tolong orang kafir bolehka?

    syah_apium

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #6 15 December, 2007, 02:46:58 PM
  • Publish
  •  :)

    bagi pendapat anala
    tidak salah bersahabat dengan orang kafir,
    tapi yang penting kita pandai jaga diri,
    jgn kita laks terjerumus dgn agama dia dahla,
    tunjukkanlah budi pekerti yang baik
     >:( Allah akan tunjukkan hidayah kepada mereka.

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #7 15 December, 2007, 05:20:50 PM
  • Publish
  • :)

    bagi pendapat anala
    tidak salah bersahabat dengan orang kafir,
    tapi yang penting kita pandai jaga diri,
    jgn kita laks terjerumus dgn agama dia dahla,
    tunjukkanlah budi pekerti yang baik
     >:( Allah akan tunjukkan hidayah kepada mereka.
    Benar itu Ya Akhi!
    matlamat sebenar kita agar dpt menjadi magnet Allah swt.
    agar dpt Menyelamatkan manusia di muka bumi ini kejalan yang luhur lagi Benar Tauhid kpd Tuhan RAbbulIzzati dan Rabbul'alamiin.
    Wassalam.

    Sang Pencinta

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #8 17 December, 2007, 08:43:39 AM
  • Publish
  • :)

    bagi pendapat anala
    tidak salah bersahabat dengan orang kafir,
    tapi yang penting kita pandai jaga diri,
    jgn kita laks terjerumus dgn agama dia dahla,
    tunjukkanlah budi pekerti yang baik
     >:( Allah akan tunjukkan hidayah kepada mereka.

    Pernah dengar tak kisah Nabi SAW memberi makan kepada yahudi buta dengan baginda mengunyah dahulu sehingga lumat dan kemudian menyuapkan kepada siyahudi tersebut?

    ks

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #9 13 April, 2009, 02:59:08 PM
  • Publish
  • slmkm,sumuga para pejuang2 islam berjaya....Firman Allah Taala: "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin.

    Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu."(Ali Imran, ayat 28)

    Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

    Sebab Turun Ayat
    Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

    Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

    UMMIHANI

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #10 13 April, 2009, 03:48:21 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum w.b.t
    Mengenai bersahabat dengan orang kafir tentunya di Malaysia yang ramainya ialah bangsa Cina dan India. Bagaimana jika kita ditugaskan ditempat yang memang dikelilingi orang kafir (bangsa Cina)?  Contohnya, para guru yang mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.  Hendak tak nak, mahu tak mahu, para guru ini tadi memang la terpaksa bersahabat dengna mereka yang tentunya majoriti bangsa Melayu di tempat tersebut boleh bilang dengan jari.  Rasa-rasanya, mereka ini tiada pilihan untuk bersahabat.  Lainlah kalau guru tersebut seorang guru Pendidikan Islam.  Guru tersebut tidak terlibat mengajar yang kafir dan tentunya pergaulan mereka dengan bangsa kafir tadi pun terhad dan terbatas.  Senang cakap, buat hal sendiri.  Bagaimana dengan guru matapelajaran lain yang bukan mengajar Pendidikan Islam?  Ada tak landasan yang perlu diambil untuk berdepan dengan situasi seperti ini? Harap dapat membantu. Terima kasih.

    ks

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #11 15 April, 2009, 03:25:15 PM
  • Publish
  • DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
    FATWA JIHAD TERHADAP KAFIR SIAM LAKNATULLAH
    YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS ULAMA' PATANI (FATHONI)
    1) Orang-orang kafir (kuffar) Siam yang menyerang Negara Patani adalah kafir harbi. Nyawa mereka, hartabenda mereka halal bagi orang Islam Patani, kerana mereka memerangi dan menakluki kita. 

    2) Wajib FARDHU 'AIN diatas rakyat Patani dan JIRAN Islamnya berjihad untuk membebaskan Patani dari penjajahan Siam. 

    3) Orang Islam Patani tidak boleh duduk dibawah pemerintahan orang Kafir Siam. 

    4) Orang Patani satu bangsa dan orang Siam satu bangsa yang berlainan kebudayaan, bahasa dan agamanya. Oleh itu Negara Patani untuk orang Patani dan orang Islam sahaja. 

    5) Setiap bangsa berhak untuk hidup bebas dan merdeka. 

    6) Mati dan hidup milik Allah bukan milik makhluk apatah lagi orang kafir. 

    7) Berjihadlah dengan hartabenda dan jiwaraga di jalan Allah : Akidah, Syariat dan Akhlak. 

    8) Perangilah kaum musyrikin sebagaimana mereka memerangi kamu. 

    9) Islam menyuruh umatnya hidup mulia dan mati masuk syurga. 

    10) Orang-orang meninggal sembahyang adalah hina, samalah juga dengan orang yang meninggal jihad juga hina dan masuk neraka. 

    11) Segala usaha kita, gerakgeri dan tingkah laku kita untuk menguasai manusia, masyarakat dan agama Allah itulah politik saperti mana Rasulullah SAW lakukan. 

    12) Usaha kita untuk menubuh Kerajaan Islam dibumi Patani yang dijajah oleh kafir Siam dan dimana-mana juga adalah jihad dan politik. 

    13) Seteru Allah adalah juga seteru saudara samada kafir Yahudi, Nasrani atau kafir Budzi (Buddha). 

    14) Allah melarang kita menjadikan orang kafir sebagai teman rapat dan bersekongkol dengannya. 

    15) Orang kafir (Siam) sentiasa berniat jahat kepada orang Islam (Patani) dengan berusaha mengusir kita dari tanahair kita secara berterus-terang mahupun dengan cara tipu helah. 

    16) Orang-orang yang menyampaikan rahsia orang-orang Islam kepada orang -orang kafir adalah pengkhianat kepada Allah dan kepada agama Islam. Mereka yang berbuat demikian hukumnya sesat dari Islam. 

    17) Mata gelap orang kafir boleh dibunuh mengikut pendapat Imam Malik. 

    18) Orang Islam atau kafir zimmi yang menjadi mata gelap orang kafir hukumnya boleh didenda sahaja kecuali jika mereka berusaha merosakkan perjuangan orang-orang Islam maka hukumannya dibunuh. 


    Daeng Acan

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #12 27 August, 2009, 01:52:32 PM
  • Publish

  •  :)

             Al-Imran(29)

    " Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "

    kwn nk terangakan cikit,berkwn bole..tp hti kte...nafsu kte..hnye pd ALLAH swt,dan perlahan2 pujuk mereka n kenalkan mereka tentang keindahan Agama mu ini,jika ia tidak mahu dan ingkar..perlahan2,berundur tgglkan nye..ingt!! bukan tkt tetapi Islam bukan paksaan...

             Al-Kaafiruun

             [1]
             Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
             [2]
             "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
             [3]
             "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
             [4]
             "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
             [5]
             "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
             [6]
             "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

    renung2 kan....

     :)

    i'm sorry......
     



    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #13 28 August, 2009, 12:21:12 PM
  • Publish
  • emm.. hr tuh sy ade bca dlm sebuah paper yg mengatakan bhwa kita xdigalakkn bersahabat dgn org kafir.. kerana jika kta xdpt mengajak mereka memeluk islam..kta akan msk ke neraka.. benarkah dakwaan itu??

    Tak betul tu sofia,

    Tugas kita hanya berdakwah sahaja, tetapi bab hidayah adalah kerja Allah. Hak Allah untuk memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kita lihatlah sendiri bagaimana Rasulullah s.a.w pun tak dapat nak mengIslamkan bapa saudara kesayangan baginda iaitu Abi Talib.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #14 28 August, 2009, 12:27:26 PM
  • Publish
  • DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
    FATWA JIHAD TERHADAP KAFIR SIAM LAKNATULLAH
    YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS ULAMA' PATANI (FATHONI)
    1) Orang-orang kafir (kuffar) Siam yang menyerang Negara Patani adalah kafir harbi. Nyawa mereka, hartabenda mereka halal bagi orang Islam Patani, kerana mereka memerangi dan menakluki kita. 

    2) Wajib FARDHU 'AIN diatas rakyat Patani dan JIRAN Islamnya berjihad untuk membebaskan Patani dari penjajahan Siam. 

    3) Orang Islam Patani tidak boleh duduk dibawah pemerintahan orang Kafir Siam. 

    4) Orang Patani satu bangsa dan orang Siam satu bangsa yang berlainan kebudayaan, bahasa dan agamanya. Oleh itu Negara Patani untuk orang Patani dan orang Islam sahaja. 

    5) Setiap bangsa berhak untuk hidup bebas dan merdeka. 

    6) Mati dan hidup milik Allah bukan milik makhluk apatah lagi orang kafir. 

    7) Berjihadlah dengan hartabenda dan jiwaraga di jalan Allah : Akidah, Syariat dan Akhlak. 

    8) Perangilah kaum musyrikin sebagaimana mereka memerangi kamu. 

    9) Islam menyuruh umatnya hidup mulia dan mati masuk syurga. 

    10) Orang-orang meninggal sembahyang adalah hina, samalah juga dengan orang yang meninggal jihad juga hina dan masuk neraka. 

    11) Segala usaha kita, gerakgeri dan tingkah laku kita untuk menguasai manusia, masyarakat dan agama Allah itulah politik saperti mana Rasulullah SAW lakukan. 

    12) Usaha kita untuk menubuh Kerajaan Islam dibumi Patani yang dijajah oleh kafir Siam dan dimana-mana juga adalah jihad dan politik. 

    13) Seteru Allah adalah juga seteru saudara samada kafir Yahudi, Nasrani atau kafir Budzi (Buddha). 

    14) Allah melarang kita menjadikan orang kafir sebagai teman rapat dan bersekongkol dengannya. 

    15) Orang kafir (Siam) sentiasa berniat jahat kepada orang Islam (Patani) dengan berusaha mengusir kita dari tanahair kita secara berterus-terang mahupun dengan cara tipu helah. 

    16) Orang-orang yang menyampaikan rahsia orang-orang Islam kepada orang -orang kafir adalah pengkhianat kepada Allah dan kepada agama Islam. Mereka yang berbuat demikian hukumnya sesat dari Islam. 

    17) Mata gelap orang kafir boleh dibunuh mengikut pendapat Imam Malik. 

    18) Orang Islam atau kafir zimmi yang menjadi mata gelap orang kafir hukumnya boleh didenda sahaja kecuali jika mereka berusaha merosakkan perjuangan orang-orang Islam maka hukumannya dibunuh. 



    Diharap dapat berikan sumber. Jangan hanya copy paste sahaja. Artikel yang tiada sumber terutamanya fatwa yang sebegini tidak dapat diterima.

    munyra

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Reply #15 28 August, 2009, 12:35:58 PM
  • Publish
  • erm.... sahabat baik sy orang kafir.. indian girl. dari sy form 1 smp skrg msh ag berkawan baik.. sekarang umur 22 thn..
    kami ok je. xde nak mempengaruhi each others. n kne la hormat menghormati...

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #16 30 October, 2009, 04:34:20 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya rasa yang terbaik adalah kita janganlah berlkawan dengan orang-orang kafir melainkan kita ada hajat atau tujuan yang dibenarkan oleh syarak. Sebab dah ada ayat yang melarang kita dari berkawan dengan orang kafir, jadi adalah lebih patut kita utamakan perintah yang datangnya dari Allah, Tuhan yang menciptakan kita.

    aman_arab

    • *
    • Posts: 220
    • Don't just be all talk, do what you want to do!
      • View Profile
    Reply #17 30 October, 2009, 04:47:05 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya rasa yang terbaik adalah kita janganlah berlkawan dengan orang-orang kafir melainkan kita ada hajat atau tujuan yang dibenarkan oleh syarak. Sebab dah ada ayat yang melarang kita dari berkawan dengan orang kafir, jadi adalah lebih patut kita utamakan perintah yang datangnya dari Allah, Tuhan yang menciptakan kita.

    boleh jelaskan lagi tak?
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #18 30 October, 2009, 04:50:48 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt...
    Saya agak kurang bersetuju dengan larangan untuk tidak berkawan dengan orang kafir. Hal ini akan mengecilkan skop dakwah kita. Jika kita tidak berkawan dengan mereka bagaimana mereka hendak melihat keindahan Islam? Hal ini kerana saya juga pernah menjadi orang kafir dan saya tahu apa perasaan menjadi orang kafir yang dikelilingi oleh orang Islam. Andaikan mereka menyisihkan saya, adakah saya akan melihat keindahan Islam? Mesti saya akan terus kafir sampai sekarang. Tapi alhamdulilah, sahabat saya tidak pernah membeza-bezakan saya dengan orang lain. Malah mereka yang membimbing saya sehingga saya mengucap 2 kalimah syahadah. Alhamdulilah... Dan kini saya menjadi orang Islam yang dikelilingi oleh orang kafir atas tuntutan tugas. Adakah wajar saya menyisihkan diri sendiri? Tidak!!! Adalah tanggungjawab saya kini untuk menyebarkan Islam melalui contoh pergaulan dan perilaku saya yang mencerminkan Islam agar mereka dapat melihat Islam menerusi saya. Insya Allah... Allah tidak pernah membezakan kita. Kenapa kita nak membeza-bezakan manusia? Kalau kita sayang mereka, jadi sedarkan mereka yang agama Allah itu adalah Islam. Bukan dengan menyisihkan mereka dan hidup dalam masyarakat Islam sahaja. Kalau begitu, Islam tak kan berkembang. Wallahualam...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #19 30 October, 2009, 04:51:42 PM
  • Publish
  • Kafir ada 2 jenis. 1 kafir harbi dan satu lagi kafir zimmi.

    Kafir harbi ni  org kafir yg duk dalam pemerintahan islam dan tidak taat pada pemerintahan islam..

    Kafir zimmi pulak org kafir yg duk dalam pemerintahan islam dan taat pada pemeritahan islam..

    Wallahualam..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    5057 Views
    Last post 17 January, 2011, 10:23:27 PM
    by mohdazri
    0 Replies
    1200 Views
    Last post 02 November, 2009, 12:35:59 PM
    by gurutajwid
    18 Replies
    4403 Views
    Last post 08 July, 2013, 10:13:32 AM
    by 5zul