Spaghetti

*

Author Topic: Spaghetti  (Read 21290 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faseh

  • *
  • Posts: 999
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
24 May, 2007, 04:08:00 PM
  • Publish
  • SPAGHETTI BOLOGNESE

    bismillahir rahmanir rahiim...

       :) wbt...

    yeahhh...bertemu lagi kita dalam rancangan resipi halaqah..tajaan kopi habbatus sauda alhaudhie sdn bhd...heheheh...(ustaz..pinjam jenama kopi sat..) pada hari ni datin..ehm..ehm...nak ajar ikhwah sekalian memasak sepageti..ni makanan western..asal usul makanan ni adalah dari italy...oh..malas datin nak membebel banyak..apekate datin teruskan je dengan bahan2 dan cara masaknya...heheh...


    Spaghetti Bolognese


    Bahan-bahan:

    1 bungkus (500g) spaghetti
    300 g daging cincang/ayam
    1 labu bawang besar (cincang)
    6 ulas bawang putih (cincang)
    1/2 tin cendawan butang (hiris) - kalau beli yg fresh lagi best
    1 tin sedang tomato puree (agak2)
    1 tin besar tomato sauce (yg tin punye, bukan botol, selalu pakai jenama SW)
    3 biji buah tomato
    minyak zaitun (olive oil)
    bahan perasa:
    garam, serbuk lada hitam, rempah oregano,
    daun salam (bay leaves)

    Cara-cara membuatnya

    1. Jerang air panas dlm periuk, bila dah mdidih masukn sedikit minyak zaitun (spy xmelekat). Pas2 rebus spaghetti smpi masak. Toskn spaghetti. Utk buat spaghetti tahan lama & xmelekat,lps tosn spaghetti tu, goreng spaghetti tu dlm kuali dgn sikit minyak zaitun. Lepas tu asingkn.

    2. Buah tomato rendam dlm air panas. Tgg 10 minit, lepas tu kopek kulit tomato & lenyek buah tomato sampai hancur.

    3. Dalam kuali, masukkan daging. Jerang daging sampai separuh masak & keluar air. Ketepikn. Air daging jgn buang.

    4. Tumis bawang putih & bawang besar dlm kuali dgn menggunakn minyak mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

    Tambahan: Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

    oleh kerana datin ade appointment lain...biasa la orang busy kan..so takmoh la membebel banyak2..apekate ikhwah cuba je masak..kalau jadi jangan lupakan datin tau...kalau tak jadi..jangan salahkan datin...hehehhe...yaaaa...kerana.....

    "man ashobani min hasanatin faminallah, wama ashobani min sayyi aatin famin nafsi..."

     :) wbt

    ---------------------------------------------------------------

    POSTING ASAL OLEH : UKHTI ZAITIHAMDAN
    « Last Edit: 31 May, 2009, 09:37:40 AM by NoZaBiZz »
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Reply #1 24 May, 2007, 04:11:51 PM
  • Publish

  •  :) wbt

    Spaghetti INUR

    Bahan2:

    1 atau 2 biji bawang besar (ikut citarasa)
    spagethi
    minced meat (banyak mane pon takkisah)
    1 tin cream of mushroom (kalau nak yang perisa chicken mushroom pon bleh)
    1 tin tomato puree (yang kecik dahle...karang masam sgt!!!)
    sedikit tomato & chilli sauce
    garam & gula (mengikut citarasa)
    1 tin button mushroom
    air (ikut kelikatan yang macam mane awk nak)
    cheese serbuk
    Buah tomato(2 biji yang besar ok kot)
    Sedikit serbuk oregano & mix herb

    Cara2:

    1. Rebus spagethi ngan air.tp tuang satu atau dua sudu minyak masak so that spagethi xmelekat antara satu sama lain..bile nak angkat,cepat2 alirkan ngan air paip sejek secara berterusan.
    2. Tumis minced meat ngan bawang besar yang tlh didadukan...
    3. Agak2 dah naik bau, daging pon da separuh masak, tuang cream of mushroom and tomato puree and air sebanyak mane yang awak suke
    4. Kacau...jangan bagi berketul2... pastu masukkan sedikit tomato & chilli sauce (ikut citarasa la)...and garam and gula...
    5. Bila rase da sedap, masukkan button mushroom yg tlh dipotong (ikut suke awkla nak potong macam mane pon)...
    6. Bile agak2 button mushroom tu dah masak, maskkan buah tomato yang telah dipotong dadu....
    7. Kacau2 sampai rata, last skali masukkan sedikit serbuk oregano & mix herb (jangan banyak sgt, tak sedap)..
    8. Pastu kacau lagi....SIAP!!! lagi best kalau serv panas2 dgn serbuk cheese (kalau xde serbuk cheese, pakai cheese biase...nanti dia akan melt sndri)...


    ps: ape2 hal...MULAKAN KERJA DENGAN BISMILLAH..AKHIRI DENGAN ALHAMDULILLAH..     
     
    ----------------------------------------------------------------

    POSTING ASAL OLEH : UKHTI ZAITIHAMDAN

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #2 08 June, 2007, 09:54:30 PM
  • Publish
  • SPAGHETTI BOLOGNESE

    Bahan-bahan :

    1 bungkus spaghetti size no.5 (the best yg tulis made from "grano semola ~italian made", brand like Barilla, Buitoni, Voiello)
    1 can of peeled tomato (kalau takde boley buat sendiri, rebus 5-8 biji tomato, lepas tu peel kulitnya, then lenyek2 skit)
    400g minced meat (the best is Australian beef, sebab tak banyak lemak, boley dibeli di Carrefour)
    Mixed herbs (boley guna brand Mc Cormick)
    Bay leaves (juga boley guna brand Mc Cormick)
    Fresh chopped Basil leaves (kalau ada)
    1 biji bawang besar (potong dadu kecik2)
    2 biji tomato (potong dadu)
    1 biji terung bulat (potong dadu kecik2) - optional
    1 batang carrot (potong dadu) - optional

    masukkan minced meat, tomato, mixed herbs & bay leaves. Lastly masukkan veges., basil leaves dan garam

    OpTiOn

    1 bungkus spaghetti
    1 tin  tomato puree
    1 tin tomato soup
    1 pek daging buger (daging lembu)
    mixed herb... Oregano &Italian sesoning ...
    1 biji bawang besar (potong dadu kecik2)
    2 labu bawang putih..(makan italian ni banyak guna bawang putih terpulang la nak boh banyak mana lagi banyak lagi sedap...(dadukan kecik kecik ekk kalau malas cincang jer...)

    • Rebus spaghetti dlm air yg mendidih yg dicampur sikit garam & minyak supaya tak melekat sampai spaghetti tu lembut ala ala maggie..
    • Tumis separuh daripada bawang besar dan bawang putih tu sampai naik bau dan agak kekuningan.
    • Masukkan daging buger yang telah lembut dan dilenyek agar tak berkeping... goreng sehingga masak.. agak agak cam masak buger tu la...pas tu masukkan kesemua bawang tadi...
    • masukkan pOlaK tomatO puree tunggu hingga mengelegak...
    • Masukkan pOlaK tOmatO soUp tu n tunggu mengelegak...
    • masuk kan dalam 1 sudu besar italian seasoning tu...
    • masukkan pOlak 2 sudu besar atau lebih Oregano tu... lagi banyak lagi sedap...
    • masuk kan garam mengikut rasa..

     ok tu jerrr menggelegak n bole la dimakan ngan spageti tadi... nak lagi best boh aa chese masa makan tu... sedap insyaLLah...

     nih spageti kegemaran saya ...

    n sos pasta nih bole gak digunakan untuk macaroni bakar dan lasagne.. hemmm untuk macaroni.. just  gaulkan sos ngan macaroni yang dah direbus... pas tu boh lam acuan.. pas tu taburkan ngan chese samada monzeralela atau chedar.. than bakar for few minit... n enak dimakan begitu saja... untuk lasagna plak hemm nanti nita kasik lain okk... ader meeting jab bubai all selamat mencuba..
    « Last Edit: 31 May, 2009, 09:39:25 AM by NoZaBiZz »
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #3 08 June, 2007, 09:57:57 PM
  • Publish
  • SPAGHETTI HOME STYLE

    Bahan – bahan
    • 1 kotak spaghetti (250 gm) - direbus dahulu bersama sedikit minyak masak. Ditapis dan gaul bersama sesudu butter/marjerin)
    • 2 cawan minced beef (nak guna isi ayam pun boleh)
    • 1 tin button mushroom (asingkan dari airnya, dan di belah dua)
    • 1/2 tin kecil tomato paste (or tomato puree)
    • 1/2 tin kecil sos tomato
    • sebiji bawang besar (di cincang halus)
    • 2 biji bawang putih (di cincang halus)
    • sedikit celery (di hiris)
    • serbuk oregano dan mixed herbs (ada di jual di supermarket )
    • sebiji tomato (di belah empat)
    • 4 or 5 keping cheese

    caranya:
    Tumis bawang yg dicincang sebentar saja, dan masukkan minced beef tadi. Kalau suka banyak daging, boleh lebihkan sedikit. Kacau hingga air daging kering. Masukkan sos tomato, tomato puree, oregano dan mixed herbs dan sedikit air. Jangan terlalu cair.

    Setelah memdidih, masukkan mushroom, tomato dan sedikit garam, kacau sebentar dan padam api.
    Masukkan cheese dan celery, gaul hingga sebati.

    Bolehlah di makan bersama dengan spaghetti yg dah di rebus dahulu.
    Selamat mencuba.

    « Last Edit: 31 May, 2009, 09:33:29 AM by NoZaBiZz »

    akuime

    • *
    • Posts: 222
    • sayabudakbarubelajar
      • View Profile
    Reply #4 17 March, 2009, 02:55:19 AM
  • Publish
  • err..ada org ckp jgn taruk bwng merah dlm kuah dia..nnti bau x sedap..guna bwg putih saje..

    klu ktorg masak taruk je semua yg ada kat dapur..
    bawang merah+bwg putih+halia..suma taruk dlm..:senyum:
    sama itu daging cincang cket..
    kalu rajen wat meat ball..
    tapi sbb x reti nak wat kuah sndiri, ktorg guna prego (traditional) je..
    bujang2 aje..



    "it is not about 'money'..it is about sending a message"

    najwa_hamali

    • *
    • Posts: 749
    • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
      • View Profile
    Reply #5 21 April, 2009, 09:22:35 PM
  • Publish
  • SPAGHETTI DAGING

    :) Mari mencuba..

    Bahan-bahan:

    ½ paket spaghetti
    500 gram daging cincang
    250 gram tomato puri
    250 gram bawang besar dipotong dadu
    1 tin cendawan yang dipotong kecil
    10 biji cili padi yang ditumbuk
    Garam secukup rasa

    Cara memasak:

    Spaghetti direbus. Apabila sudah lembut, toskan airnya. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan cili padi yang ditumbuk. Kemudian masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk.Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.Kemudian masukkan cendawan. Biar hingga mendidih.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.Dan hidangkan....

    Selamat mencuba...


    « Last Edit: 31 May, 2009, 09:30:15 AM by NoZaBiZz »
    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    anonymous

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Reply #6 22 April, 2009, 12:46:44 AM
  • Publish
  • ni sos spaghetti eh lebih enak jika kita tambahkan bawang putih, lobak merah dan celery yang sudah diparut halus. kemudian tumis dengan bawang merah hingga layu.

    elsanxs

    • *
    • Posts: 899
      • View Profile
    Reply #7 11 January, 2013, 10:00:40 AM
  • Publish
  • -salam-

    Just untuk info..Makanan-makanan western ni biasanya yang menggunakan bawang besar tu, mereka menggunakan bawang yang warna kuning. Bawang kuning tu kurang berbau sikit.. (Apa entah nama bawang tu. Lupa pulak..)

    Kalau masakan melayu kan guna bawang besar yang merah tu.. baunya kuat dans edap jugak.. sesuai dengan resipi masakan melayu
    halaqahforum4

    elsanxs

    • *
    • Posts: 899
      • View Profile
    Reply #8 11 January, 2013, 03:22:31 PM
  • Publish
  • -salam-

    Just untuk info..Makanan-makanan western ni biasanya yang menggunakan bawang besar tu, mereka menggunakan bawang yang warna kuning. Bawang kuning tu kurang berbau sikit.. (Apa entah nama bawang tu. Lupa pulak..)

    Kalau masakan melayu kan guna bawang besar yang merah tu.. baunya kuat dans edap jugak.. sesuai dengan resipi masakan melayu


    -jawabsalam-

    Bawang nie... kan...



    Nie nama dia Bawang Holland.... Mahal sket daripada Bawang Besar yang Merah tue... Biasanya Bawang Holland nie untuk sajian mentah... pakai Bawang nie laa.....


    Yer Encik Awit.. Bawang yang tu.. Lepas ni boleh lah Awit stat masak spaghetti

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1348
      • View Profile
    Reply #9 11 January, 2013, 06:58:41 PM
  • Publish
  •  :syukur: panjang umur spagheti nie....baru ja semalam dok masak dia...buat cara sendiri....hasil nya sedap...dan bukti kesedapan nya sebab saya makan sampai habis...aha...
    Spageti nie memang megenyangkan....makan satu pinggan ja dah ok....simple present la...agak mudah.. i like it..
    Selalu saya makan dgn sos tomato utk spageti....pastu pie tambah pulak kicap(jangan sebarangan kicap ya)...boh pulak sos cili...perah sket ngan limau kecik tu...huu..best....



    ni sos spaghetti eh lebih enak jika kita tambahkan bawang putih, lobak merah dan celery yang sudah diparut halus. kemudian tumis dengan bawang merah hingga layu.
    Untuk saya...saya tak suka letak bawang...dan boleh cuba dengan kreativiti tersendiri...ahaa

     baguss
    "The spirit of knowledge is action"..

    divider3
    halaqahforum4