Hukum Makan Ulat Mulong

*

Author Topic: Hukum Makan Ulat Mulong  (Read 17869 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Satu Hati

  • *
  • Posts: 108
    • View Profile
11 July, 2010, 04:32:16 PM
  • Publish

  •  :)

    Apa  hukumnya makan ulat mulong (ulat sagu)?  Rupanya seperti di dalam bawah ni.

    :jaz:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 11 July, 2010, 04:33:38 PM
  • Publish

  • Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

    Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

    Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

        ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

    Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.



    Sumber : Bahrusshofa
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    hasin

    • *
    • Posts: 885
      • View Profile
    Reply #2 11 July, 2010, 04:45:43 PM
  • Publish
  • mendengar beduk tu apa? pekak badak ke?

    mentaripagi90

    • *
    • Posts: 189
    • senyumlah sokmo
      • View Profile
    Reply #3 11 July, 2010, 04:48:34 PM
  • Publish

  • Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

    Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

    Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

        ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

    Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.



    Sumber : Bahrusshofa

    gelila tengok ulat...
    macammana la dorang makan...
    adakah ia diharamkan kerana dalam kategori najis...???
    ~"semoga hati kita sinarannya bak sinaran mentari di pagi hari,menyuluh dan menerangi alam,tidak pula ia panas lagi memanaskan tapi ianya menenangkan lagi mententeramkan jiwa...  "~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 11 July, 2010, 05:04:58 PM
  • Publish
  • gelila tengok ulat...
    macammana la dorang makan...
    adakah ia diharamkan kerana dalam kategori najis...???

    Firman Allah Taala[65]:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ .إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Semua manusia di mana-mana sahaja bersepakat mengenai kewajipan memelihara tatacara pemakanan, minuman, berpakaian dan lain-lain lagi yang menjadi satu fitrah kepada manusia dalam mengaturnya. Bagi setiap individu ada makanan yang dimakannya dan ada yang perlu ditinggalkannya. Setiap kelompok masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk menilai makanan dan minuman yang memberi manfaat dan membawa kemudaratan kepada mereka. Ada yang menjadikan agama masing-masing sebagai penilai, ada yang menjadikan pengalaman dan kajian, ada yang menjadikan perubatan dan bermacam-macam lagi penilai untuk mencapai matlamat masing-masing untuk mendapat makanan dan minuman yang baik untuk kehidupan masing-masing.

    Segala usaha dan penilaian yang menyibukkan ini akan menjadikan manusia melupai Allah sedikit atau banyak. Kesannya akan menyebabkan hati dicemari dengan kekotoran dan terputus hubungannya dengan Allah Taala. Racun yang memasuki hati ini wajib diubati. Oleh sebab itu maha bijaksana Allah apabila memerintahkan untuk mensyukuriNya selepas memperoleh segala makan minum yang diinginkan. Allah juga mengkhususkan makanan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dimanfaatkan oleh manusia kerana sebahagian daripada binatang-binatang yang dimakan akan memberi kesan kepada akhlak emosi seseorang insan. Perkara tersebut telah diakui oleh tokoh-tokoh perubatan sendiri mengenai akhlak manusia yang memakan khinzir, monyet dan sebagainya. Bagi orang yang beriman, penilaian yang diberikan oleh Allah dan Rasulnya merupakan penilaian yang paling tepat dan wajib untuk ditaati[66].

    Oleh itu, peranan khalifah Allah yang dipertanggungjawab oleh Allah kepada manusia di muka bumi ini bukan hanya semata-mata urusan solat, puasa, haji, zakat dan seumpamanya yang merupakan ibadat itu sendiri akan tetapi menjadikan pelaksanaan setiap inci kehidupan di muka bumi Allah ini mengikut neraca yang Allah inginkan juga merupakan satu kewajipan. Jika hati dan dada kita diberi petunjuk untuk memahami dan menghayati isi dan ajaran Al-Quran itu sendiri. Maha benar apa yang Allah firmankan[67];

    مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ


    Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).


    Garis panduan sudah diberikan,kenapa kita sibuk nak tahu lagi kenapa ulat mulong tu diharam kerana apa?  Kita tidak perlulah nak selidiki hingga macam itu kecuali kalau nak tahu kena buatlah kajian dan peyelidikan. Cubalah kita jadi seorang yang 'aku dengar dan aku taat', jangan suka sangat bertanya yang jelas dihukumkan haram oleh para fuqaha.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 11 July, 2010, 05:14:46 PM
  • Publish
  • gelila tengok ulat...
    macammana la dorang makan...
    adakah ia diharamkan kerana dalam kategori najis...???
    [box2 title=Haiwan yang boleh dimakan dan haram dimakan]

    Para Fuqaha memberikan kaedah untuk menilai makanan yang diharamkan untuk dimakan oleh kaum Muslimin. Kaedah ini dikeluarkan daripada firman Allah dan sunah baginda Nabi ;

    1) Makanan memberi mudarat kepada tubuh.

    2) Memberi mudarat kepada akal.

    3) Sesuatu yang jijik pada pertimbangan mereka yang sihat emosinya.


    Berkata Ibn Qudamah: “Apa yang dikata elok oleh Arab maka ianya halal kerana firman Allah[68];

    وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ
    Maksudnya: dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik

    Iaitu apa yang dianggap baik dan elok oleh mereka selain daripada yang telah dihalalkan. Juga beralasan dengan dalil lain[69];

    يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

    Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,

    Jika Allah ingin maksudkan makanan yang telah dihalalkan, maka ayat ini tidak menjadi jawapan kepada persoalan.

    Juga sesuatu yang dianggap jelik oleh Arab hukumnya haram. Berdasarkan firman Allah Taala;

    وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

    Maksudnya: dan mengharamkan kepada mereka Segala benda yang buruk;

    Mereka yang diiktiraf dan diguna pakai untuk diterima tanggapan baik dan jeliknya sesuatu ialah bangsa Arab Hijaz yang tinggal di kota. Ini kerana Al-Quran mula-mula diturunkan kepada mereka dan mula-mula mendapat mendengar hadis Nabi, maka dirujuk setiap ucapan Al-Quran dan Sunah kepada adat dan uruf mereka tidak selain mereka. Tidak boleh menilai perasaan Penduduk Hijaz yang tinggal di kampung-kampung kerana disebabkan darurat atau kelaparan mereka makan apa sahaja yang mereka temui”.

    4) Benda-benda Najis

    5) Daging binatang buas yang berkaki empat dan juga burung

    6) Haiwan jinak yang mempunyai kuku. Seumpama keldai

    7) Haiwan-haiwan yang dituntut oleh syarak untuk membunuhnya

    Ini merupakan tujuh kaedah dalam menentukan sesuatu makanan halal dimakan atau tidak. Berhubung tentang hukum memakan lintah, Imam Dumairi berkata: “Haram memakan lintah”[70]
    [/box2]

    Ulat sagu/sago atau  dinamakan ulat mulong atau ulat hambata. Ia tidak boleh dimakan kerana berdasarkan sebab ketiga yg disenaraikan, yakni jijik di sisi majoriti manusia. Perasaan jijik manusia juga perlu diambilkira. Ulat tersebut selepas itu akan bertukar menjadi kumbang pokok sagu yg berwarna hitam.

    Kenapa ulat bulu tak boleh makan? Ulat bulu tu nanti akan berubah menjadi rama-rama.


    « Last Edit: 11 July, 2010, 05:17:17 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 11 July, 2010, 05:42:43 PM
  • Publish

  • Jijik menurut madzhab syafi'iy :


    1. Menurut selera bangsa arab. maksudnya jika ulat sagu tsb disuakan kepada org arab atau pelancung arab, apakah mereka ada selera memakannya. atau mereka merasa jijik

    2. Jijik menurut standard masyarakat madani atau komuniti manusia yg menetap di kota. Ini kerana selera org kota lebih terjaga, bukannya standard orang dusun pendalaman atau komuniti org asli yg tiada jijik kepada semua perkara...


    azali

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Reply #7 11 August, 2010, 10:19:08 AM
  • Publish
  • Apa hukum memakan haiwan ni..

    waniekecik

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Reply #8 11 August, 2010, 10:44:17 AM
  • Publish
  • Apa hukum memakan haiwan ni..




    Salam... Binatang apakah ini? Macam asam jeruk...Ada orang makan ke?

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #9 11 August, 2010, 10:48:19 AM
  • Publish
  • mendengar beduk tu apa? pekak badak ke?

     =;8) kelakar ustaz hasin...maksud beduk -  mendengar kata.
    لا إله إلا الله

    azali

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Reply #10 12 August, 2010, 02:50:51 PM
  • Publish




  • Salam... Binatang apakah ini? Macam asam jeruk...Ada orang makan ke?

    Beronok..

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #11 12 August, 2010, 03:15:49 PM
  • Publish
  • orang sabah sarawak mamam ulat ni..eeyurkkk..mentah2 lak tu...
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    baby_whiterose

    • *
    • Posts: 84
    • babygurl whiterose
      • View Profile
    Reply #12 12 August, 2010, 03:22:04 PM
  • Publish
  • orang sabah sarawak mamam ulat ni..eeyurkkk..mentah2 lak tu...

    ada yang makan mentah2..sebaiknya direbus atau digoreng tanpa minyak.
    RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun
    yang sangat berbisa

    nurul hana

    • *
    • Posts: 316
      • View Profile
    Reply #13 23 June, 2011, 10:08:43 PM
  • Publish
  •  :)huh..katanya berkhasiat..tak tahulah apa khasiat dia..ada orang makan hidup-hidup lagi tu..masih tengag hidup cacing tu..huh..adoyai...tak sanggup tak sanggup..

    elsanxs

    • *
    • Posts: 899
      • View Profile
    Reply #14 31 January, 2012, 04:09:44 PM
  • Publish
  • Tak rela tengok gambar ulat tu lama-lama.. Apa lagi nak ngunyah..ee..Dah2 la tu makan benda merepek. Banyak lagi makanan berkhasiat dan elok untuk dimakan.
    halaqahforum4

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #15 23 August, 2012, 02:23:34 PM
  • Publish
  •  :msya:

    serius nak termuntah tengok gambar2 ulat2 tu... minta maaf sangat2. terpaksa lajukan view sebab tak mampu nak tengok gambar ulat2 tu especially yang dalam pinggan tu.

     :jaz: untuk ummi atas segala penjelasan berserta dalil dan pandangan yang rajih tentang hukum memakan ulat ini kerana ada ofismate ke sabah baru2 ini makan ulat sagu ni. so, nak kena bagitau dia semula tentang pengharaman memakan ulat ini..

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #16 23 August, 2012, 02:46:14 PM
  • Publish
  • ulat mulong tu bukan kecik ke..warna putih kelabu sikit2...yang dalam gambar ni besar yang amat...sama ke ulat mulong dengan ulat beronok?
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #17 23 August, 2012, 02:48:34 PM
  • Publish

  •  :)

    Apa  hukumnya makan ulat mulong (ulat sagu)?  Rupanya seperti di dalam bawah ni.

    :jaz:


    haa...ulat ni la yang cupp try makan masa gi sarawak dulu...tapi yang dipanggang..ada yang kata hukumnya makruh ada juga yang kata harus...Wallahualam...

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #18 23 August, 2012, 03:22:07 PM
  • Publish
  • cupp makan ke???
    nak tengok gambar ulat tu pun dah rasa geli geleman.... keliru*

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #19 23 August, 2012, 04:15:27 PM
  • Publish
  • aha makan...saja nak dapatkan pengalaman...mencuba sesuatu yang baru...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    3927 Views
    Last post 31 May, 2011, 09:03:52 PM
    by kingpahat
    1 Replies
    2163 Views
    Last post 26 January, 2011, 10:19:13 PM
    by Eyda Aam
    1 Replies
    390 Views
    Last post 07 June, 2012, 04:27:19 AM
    by Ana Tholibah