Hukum Pelihara Anak Angkat

Author Topic: Hukum Pelihara Anak Angkat  (Read 16148 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
30 June, 2010, 06:55:47 AM
  • Publish Di FB

  • Laporan Khas: Ibu bapa perlu tahu tanggungjawab, hukum pelihara anak angkat


    IBU bapa angkat perlu faham tanggungjawab memelihara anak angkat terutama perkara berkaitan hukum Islam supaya niat suci untuk melindungi bayi yang dijadikan ahli keluarga itu tidak mendatangkan fitnah.

    Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata selain tidak boleh dinasabkan atau dibin dan dibintikan kepada bapa angkat, soal aurat dan batas hubungan juga perlu dipelihara.

    Katanya, mungkin ada yang tidak arif mengenai hukum serta batas hubungan antara keluarga dengan anak angkat, tidak kurang tahu mengenainya tetapi sengaja mengenepikan hukum kerana ingin menutup perkara sebenar daripada pengetahuan orang lain.


     “Keluarga yang mempunyai anak angkat atau pasangan ingin mengambil anak angkat mesti tahu dan faham hukum agama kerana anak angkat dan keluarga angkat bukan mahram. Melainkan anak angkat yang disusukan ibu angkat, menjadi anak susuan dan hukumnya haram berkahwin.

    “Begitu juga dari segi batasan hubungan, bapa angkat tidak boleh menjadi wali. Anak angkat perempuan perlu menjaga aurat dengan bapa serta abang angkat sementara ibu angkat juga perlu menjaga aurat dengan anak angkat lelaki,” katanya.

    Beliau berkata, perkembangan semasa seperti peningkatan jumlah anak tidak sah taraf yang dilahirkan mendorong kepada proses pengambilan anak angkat terutama oleh pasangan tidak dikurniakan anak.

    Katanya, langkah baik itu memang digalakkan tetapi pada masa sama, perhatian menjaga hukum agama tidak boleh diabaikan kerana matlamat utama dibolehkan mengambil anak angkat adalah demi memenuhi keperluan kedua-dua pihak, anak dan ibu bapa angkat.
    Kes pembuangan bayi yang meningkat hingga ada ditemui dalam keadaan tidak bernyawa mendesak pelbagai pihak mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan bayi tidak berdosa termasuk menubuhkan pusat perlindungan bayi.

    Rumah perlindungan untuk gadis bermasalah turut diwujudkan terutama oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha mengelak daripada terus melakukan kesilapan dan membimbing mereka.

    Krisis sosial yang meresahkan semua pihak itu juga dilihat mempunyai hikmah, memberi peluang pasangan suami isteri tidak dikurniakan anak atau yang memiliki kemampuan memelihara anak angkat.

    Che Mat berkata, ibu bapa yang mengambil anak angkat dinasihatkan menjelaskan perkara sebenar seawal mungkin sebaiknya apabila anak itu sudah boleh berfikir dan memahami, bukan menunggu hingga mereka dewasa atau ketika hendak bernikah.

    Katanya, tindakan itu penting untuk mengelak masalah lebih besar terutama apabila anak angkat mengetahui kedudukan dirinya yang sebenar secara tidak disangka atau daripada pihak tidak sepatutnya.

    Hubungan yang jelas juga dapat membantu anak angkat dan keluarga angkat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni, saling hormat menghormati dan paling utama sentiasa menjaga hukum agama.

    “Ibu bapa angkat tidak perlu rasa malu sebaliknya mereka sepatutnya berbangga kerana menyediakan sebuah keluarga untuk anak itu membesar dan mendapatkan kasih sayang. Oleh itu, biar hubungan itu dibina berasaskan kepada landasan yang betul,” katanya.

    Beliau berkata, masalah membabitkan anak angkat selalunya berlaku apabila anak angkat terutama perempuan ingin melangsungkan pernikahan tanpa mengetahui bahawa bapa yang difikirkan akan menjadi wali tidak layak mewalikan pernikahan itu.

    Ini kerana, bapa angkat sejak awal sudah melakukan perkara menyalahi hukum dan peraturan iaitu mendaftarkan anak dengan berbintikan nama mereka. Hukum Islam jelas, anak angkat tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat tidak kira lelaki atau perempuan.

    Che Mat berkata, ramai bapa angkat datang menemui beliau untuk mendapatkan kebenaran menjadi wali bagi menikahkan anak angkat mereka tetapi beliau tidak boleh berkompromi dalam perkara membabitkan hukum Islam.

    Katanya, bagi kes begitu, beliau akan menasihatkan bapa angkat berterus terang dengan anak angkat mereka seterusnya mendapatkan kelulusan Mahkamah Syariah menjalankan pernikahan menggunakan wali hakim.

    Sesetengah bapa angkat bersetuju mendapatkan kelulusan mahkamah dan ada yang enggan kerana tidak bersedia berterus terang dengan anak angkat.

    “Untuk berkahwin di Wilayah Persekutuan perlu ikut peraturan tetapi ada bapa angkat yang berkeras tidak mahu pergi mahkamah sebab tidak mahu orang tahu bahawa anak itu sebenarnya anak angkat.

    “Jika tidak ikut peraturan, kita akan tangkap kerana perkahwinan tidak sah, tidak mengikut peraturan dan tidak membawa kebenaran. Sebenarnya jika perkahwinan tidak sah, akan timbul lebih banyak masalah terutama apabila pasangan mendapat anak nanti,” katanya.


    Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaporanKhas_Ibubapaperlutahutanggungjawab_hukumpeliharaanakangkat/Article
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 30 June, 2010, 06:58:47 AM
  • Publish Di FB


  • Dari laporan khas di atas, apa yang  dapat kita bincangkan ialah :


    1. Kesan dari keengganan ibu bapa berterus terang status anak.

    2. Pergaulan antara ibu bapa  dengan anak angkat dari segi mahram.

    3. Hukum aurat

    4. Pewarisan harta

    5. Anak angkat perempuan akan melibatkan bab wali semasa bernikah.

    CIK NA

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Jawab #2 30 June, 2010, 10:31:54 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualikum...saya ingin bertanyakan sesuatu...makcik saya ingin mengambil anak angkat...ibu bayi ini dijangka akan bersalin pada bulan 10 tahun ini...apakah prosedeurnya? bagaimanakah prosedeur untuk memohon sijil lahir untuk bayi yang dilahirkan di luar nikah? setahu saya bayi ini tidak boleh dibinkan dengan ayah angkatnya....

    florafauna

    • *
    • Posts: 493
      • View Profile
    Jawab #3 30 June, 2010, 12:12:09 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualikum...saya ingin bertanyakan sesuatu...makcik saya ingin mengambil anak angkat...ibu bayi ini dijangka akan bersalin pada bulan 10 tahun ini...apakah prosedeurnya? bagaimanakah prosedeur untuk memohon sijil lahir untuk bayi yang dilahirkan di luar nikah? setahu saya bayi ini tidak boleh dibinkan dengan ayah angkatnya....


    salam. unutk mendapat maklumat lebih lanjut saudari boleh lawati web JKM:

    http://www.jkm.gov.my

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 666
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Jawab #4 30 June, 2010, 12:42:44 PM
  • Publish Di FB
  • sy tlg jwbkan erk, klu ibu tu stuju nk bagi pd keluarga angkat, tak menjadi masalah. Tapi jangan single parent. JKM akan masuk campur. Bila melibatkan JKM ramai pihak yang akan dipanggil, seperti ibu yg melahirkan, ibu bapa kepada si ibu. kira banyak jgk la nk kena layan kerenah JKM ni.. Jangan lupa uruskan bab pesuruhjaya sumpah, bawa siibu pergi tandatangan depan pesuruhjaya sumpah, dan hak penjagaan jatuh kepada keluarga angkat td. Bab surat beranak tak da masalah, ambil ic ibu dan bapa bayi dan pergi daftar ja, sekarang ni banyak hospital ada JPN, so tak la jauh sangat. Jangan sesekali di bin atau di binti kan pada nama ayah angkat!!!! alhamdulillah, semalam org umah saya baru selesai 1 kes pengambilan anak angkat. Dan saya sendiri pun ambil anak angkat, walau pun ada ank sendiri. Syukur, Allah atur amat cantik, isteri boleh bagi penyusuan ibu, so, tak risau lagi pasal anggota aurat yg sepatutnya, dan juga sekali sekala bawa anak angkat ni pergi ziarah ibunya untuk elak kan hubungan terputus.  :ins:
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    CIK NA

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Jawab #5 30 June, 2010, 04:17:35 PM
  • Publish Di FB
  • terima kasih untuk maklumat yang diberikan...harap semua nye berjalan lancar.

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 666
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Jawab #6 30 June, 2010, 04:43:53 PM
  • Publish Di FB
  • sebaiknya semasa proses berbincang dgn ibu bayi tu, jgn lupa pesan/ingatkan supaya mereka bertaubat bersungguh2 tidak akn mengulangi lagi dosa2 besar tersebut..disebabkan kejahilan mereka. :ins:

    mentaripagi90

    • *
    • Posts: 189
    • senyumlah sokmo
      • View Profile
    Jawab #7 30 June, 2010, 06:07:12 PM
  • Publish Di FB

  • nak ambik anak angkat jugak lah nanti dah bersedia esok2..insyaALLAH...bi iznillah...
    ~"semoga hati kita sinarannya bak sinaran mentari di pagi hari,menyuluh dan menerangi alam,tidak pula ia panas lagi memanaskan tapi ianya menenangkan lagi mententeramkan jiwa...  "~

    lilyjasmine

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #8 01 August, 2010, 05:00:21 PM
  • Publish Di FB
  • jika anak angkat yg diambil adalah dr saudara sendiri tetapi  anak luar nikah. apakah hukum dr segi mahram?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 01 August, 2010, 05:15:55 PM
  • Publish Di FB
  • jika anak angkat yg diambil adalah dr saudara sendiri tetapi  anak luar nikah. apakah hukum dr segi mahram?

    Sebelum menjawap,perlu tahu anak saudara luar nikah itu sabit belah siapa? Belah dengan ibunya atau bapanya?

    Jika sebelah ibu,semua adik beradik sebelah ibu menjadi mahram dengan anak luar nikah itu. Jika adik beradik sebelah bapa (katakan lepas anak lahir ibu berkahwin dengan bapa biologi anak itu) mereka menjadi mahram.

    Perkahwinan ibu anak tadi dengan ayah biologi anak itu menjadikan status mereka seperti anak tiri dengan bapa tiri.

    Jika kurang jelas,sila bertanya semula.

    fatimahazzara

    • *
    • Posts: 87
      • View Profile
    Jawab #10 02 August, 2010, 08:24:12 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum,jika di ambil anak angkat lelaki dan di susui oleh adik belah isteri
    di segi aurat adakah anak lelaki itu di kira seperti anak sendiri?kerana ia telah di susui
    se hingga beberapa bulan.

    waniekecik

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Jawab #11 02 August, 2010, 11:28:05 AM
  • Publish Di FB
  • Salam... Cuma nak tahu, macam mana nak cari anak angkat? Sesiapa tahu ke kat mana nak cari. Just nak cari sikit info.. Terima kasih.

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #12 02 August, 2010, 12:12:06 PM
  • Publish Di FB
  • Salam... Cuma nak tahu, macam mana nak cari anak angkat? Sesiapa tahu ke kat mana nak cari. Just nak cari sikit info.. Terima kasih.
    :ws:
    Kalau berminat nak ambil anak angkat saudari boleh ke rumah kebajikan anak2 yatim..
    Tak salah juga nak ambil anak yatim sebagai anak angkat..lagi bagus.. :-)

    waniekecik

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Jawab #13 02 August, 2010, 01:23:18 PM
  • Publish Di FB



  • Terima kasih Saudara Awit1910

    lilyjasmine

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #14 02 August, 2010, 10:25:21 PM
  • Publish Di FB
  • anak angkat yg diambil tu adalah lelaki dan sabit sebelah ibu. ibu angkat tersebut adalah ibu saudara kepada  ibu  bayi itu.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 03 August, 2010, 07:52:32 AM
  • Publish Di FB
  • anak angkat yg diambil tu adalah lelaki dan sabit sebelah ibu. ibu angkat tersebut adalah ibu saudara kepada  ibu  bayi itu.

    Anak angkat itu menjadi mahram kepada ibu angkatnya.

    aimanMH

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #16 03 August, 2010, 08:11:18 AM
  • Publish Di FB
  • kalu mencari anak angkat ni mmg susah kan...kdg2 jeles tgk org lain sng je dapat anak angkat...dari dulu aku pasang impian nak bela anak angkat terutamanya anak yatim...tp biar lah dari baby...namun sehingga kini belum kesampaian...:sedihnya:...

    Mizah Azkiya

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #17 18 December, 2010, 02:37:22 PM
  • Publish Di FB
  • Salam..macam mana pulak hukum mengambi saudara angkat yg berlainan jantina? Adakah ia dibenarkan dlm Islam?

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1058
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Jawab #18 18 December, 2010, 02:57:37 PM
  • Publish Di FB
  • Boleh ke kawin dengan anak angkat? boleh pulak bini dia meninggal,, anak angkat dia pulak umo 18 taun.. boleh jwbkan..?
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    Satu Hati

    • *
    • Posts: 108
      • View Profile
    Jawab #19 11 December, 2011, 02:53:57 PM
  • Publish Di FB
  • Boleh ke kawin dengan anak angkat? boleh pulak bini dia meninggal,, anak angkat dia pulak umo 18 taun.. boleh jwbkan..?

    Boleh berkahwin.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    52 Replies
    6234 Views
    Last post 17 April, 2011, 02:53:25 PM
    by anasameen
    6 Replies
    1770 Views
    Last post 29 September, 2012, 03:39:15 PM
    by imanhunter
    1 Replies
    952 Views
    Last post 26 May, 2012, 11:35:32 AM
    by Ummi Munaliza