Khalifah Umar Abdul Aziz

*

Author Topic: Khalifah Umar Abdul Aziz  (Read 17740 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
25 June, 2007, 10:24:04 AM
  • Publish
  • Kedudukan beliau:
    Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.
    Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

    Kehidupan beliau menuntut ilmu:
    Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

    Pelantikan beliau sebagai Khalifah:
    Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

    Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:
    Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

    Keadilan beliau:
    Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

    Kematian beliau:
    Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2086
      • View Profile
    Reply #1 08 October, 2007, 10:27:46 AM
  • Publish

  • Kesederhanaan
    oleh Syamsu Hilal

    Pada suatu kesempatan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz menunaikan solat Jum’aat di masjid bersama masyarakat dengan baju yang bertampal di sana-sini. Salah seorang jamaah bertanya, ”Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepadamu kenikmatan. Mengapa engkau tidak mahu mempergunakannya walau sekadar berpakaian bagus?” Umar bin Abdul Aziz tertunduk sejenak, lalu dia mengangkat kepalanya dan berkata, ”Sesungguhnya berlaku sederhana yang paling baik adalah pada saat kita kaya, dan sebaik-baik pengampunan adalah saat kita berada pada posisi kuat.”
    Pada Tahun 1986, sewaktu berada di SMA 13, ada seorang teman sekelas dari kalangan orang berada beberapa kali mengenakan pakaian seragam sekolah dengan satu atau dua tampalan di bahagian bahu dan lengan. Beberapa teman lain, sering mengingatkannya agar mengganti seragamnya dengan yang baru. Tapi, sambil tersenyum, teman itu berkata, ”Tanggung ah, sebentar lagi juga lulus!”

    Meskipun mengenakan pakaian bertampal, teman saya ini tidak merasa malu, risih, atau rendah diri. Dan teman-teman yang lain pun tidak memandang rendah atau menganggapnya miskin, karena memang dia bukan orang miskin. Ketika sebahagian besar siswa lainnya berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki, bersepeda, atau naik kendaraan umum, teman yang satu ini mengendarai sepeda motor. Pada waktu itu, hanya beberapa siswa saja yang ke sekolah dengan sepeda motor. Belum ada yang membawa mobil seperti anak SMA sekarang.

    Ceritanya, mungkin, akan lain bila yang mengenakan seragam bertampal itu adalah saya, yang alhamdulillah, berasal dari keluarga sederhana. Barangkali teman-teman lain tidak ada yang berani mengingatkan saya agar membeli seragam baru. Dan mungkin juga teman-teman memaklumi saya, jika waktu itu saya mengenakan seragam bertampal. Dan saya pun, mungkin, akan merasa malu, risih, atau rendah diri.

    Maka benarlah, nasihat Khalifah Umar bin Abdul Aziz di atas. Bahawa gaya hidup sederhana yang ditampilkan orang kaya, sedikit pun tidak akan membuatnya rendah atau hina. Orang-orang pun tidak akan mencibirnya. Bahkan sebaliknya, bisa jadi orang lain kagum melihat gaya hidup sederhana orang kaya tersebut. Seperti komentar raja Romawi terhadap perilaku sederhana Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

    Ketika mendengar khabar Umar bin Abdul Aziz wafat, Kaisar Romawi yang paling sengit memusuhi Islam pada waktu itu berkata, ”Aku tidak hairan bila melihat seorang rahib yang menjauhi dunia dan melulu beribadah. Tapi, aku betul-betul hairan ketika melihat seorang raja yang memiliki kekayaan begitu besar, lalu dibuangnya jauh-jauh, sehingga ia hanya berjalan kaki dan lebih memilih kehidupan seperti layaknya fakir miskin.”

    Umar bin Abdul Aziz adalah cermin yang tidak pernah pudar. Sejarah hidupnya abadi, dan menjadi inspirasi bagi orang-orang yang sentiasa mendambakan kemudahan ketika dihisab di yaumil akhir kelak. Kedudukan, kekuasaan, dan kekayaan yang ada di tangannya tidak membuat dirinya berpenampilan mewah, meskipun pegawai-pegawai lain yang merupakan orang bawahannya banyak yang berpenampilan mewah. Tidak sedikit pun ada di benak Khalifah Umar bin Abdul Aziz kekhawatiran kalau-kalau rakyat, para pegawai, atau kepala negara lain meremehkannya atau menganggapnya hina lantaran berpenampilan sederhana.

    Kedudukan dan kekayaan pasti akan menjadi ganjalan dan memperlambat hisab pada hari dimana semua manusia harus mempertanggungjawabkan perbuatannya di depan Pengadilan Allah Swt. Pengadilan Allah Swt. sangat berbeza dengan pengadilan manusia di dunia. Di pengadilan dunia masih sering terjadi bias dan kekeliruan, sehingga seseorang dapat lepas dari jerat hukum. Sementara di pengadilan akhirat, tidak seorang pun yang bisa lolos dari hukum Allah Swt.

    Bukti-bukti yang ditampilkan di pengadilan dunia juga kurang detail dan tidak rinci, sehingga seseorang dapat berkilah, berdalih, dan menghilangkan barang bukti. Sebaliknya, di pengadilan akhirat semua perilaku manusia dibentangkan, seperti keping VCD yang sedang menampilkan semua rakaman sepak terajang manusia selama hidup di dunia. Kalau di pengadilan dunia, hitungan angka-angka masih mengenal pembulatan, maka di pengadilan akhirat istilah pembulatan angka itu tidak berlaku. Semuanya ditampilkan secara detail dan terperinci.

    ”Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula” (QS Al-Zalzalah: 7-8).

    Pada sebuah pengajian di Pondok Gede, seorang ustaz mengungkapkan kekhawatirannya melihat penampilan sebahagian kader dakwah yang mengarah kepada – menurut istilah beliau – gaya hidup Qarunisme. Ustaz tersebut mengungkapkan beberapa gejala tanaafus bii al-maal (berlumba-lumba mengumpulkan harta), seperti semangat memiliki rumah baru, kereta baru yang tidak cuma mempertimbangkan fungsinya, handphone canggih meskipun pemanfaatannya tidak optimal, pakaian berjenama, rapat dari hotel ke hotel, dan lain-lain.

    Beberapa di antara mereka, lanjut sang ustaz, mulai berusaha mendapatkan projek dengan memanfaatkan akses politiknya. Alasan mereka, ”Daripada projek itu diambil oleh kaum oportunis dan para petualang politik, lebih baik projek itu diberikan kepada kader dakwah. Pasti akan lebih bermanfaat.”

    Sang ustaz pun menambah, sebahagian di antara mereka, terutama aleg di daerah-daerah, ada juga yang menerima amplop yang semestinya ditolak. Mereka beralasan, ”Daripada ditolak dan nantinya digunakan oleh orang lain untuk foya-foya atau hura-hura, lebih baik diterima dan digunakan untuk kepentingan masyarakat atau untuk dakwah. Bahkan ada aleg di daerah yang ketika ditegur mengapa menerima amplop, ia menjawab, lupa” Di akhir ceramahnya, sang ustaz mengingatkan kepada para jamaah agar tidak malu hidup dalam kemiskinan atau kesederhanaan. Beliau lalu mengkampanyekan penerapan pola hidup sederhana.

    Kekhawatiran serupa diangkat oleh salah seorang ustaz pada pertemuan anggota ahli se-Kota Bekasi di Jati Asih. Sang ustaz yang menjadi pembicara pada waktu itu menengarai adanya gejala tanaafus bii al-maal di beberapa kalangan kader dakwah.

    Sekedar mengingatkan, jikalau dahulu dalam setiap majlis-majlis pertemuan, para ikhwah atau akhawat selalu membawa Al-Qur`an di sakunya. Sekarang Al-Qur`an sering tertinggal di rumah, meski memang dengan perkembangan teknologi, kini Al-Qur`an sudah bisa masuk dalam ponsel. Dulu, sebahagian besar ikhwah mahupun akhawat kerap memanfaatkan waktu rehatnya dengan membaca dan menghafal Al-Qur`an. Sekarang sebahagian ikhwah maupun akhawat sering terlihat sibuk mengutak-atik handphone-nya di saat-saat jeda acara, atau bahkan di saat acara tengah berlangsung.

    Tulisan ini hanya sekedar untuk mengingatkan tentang fitnah harta, jawatan, dan kekuasaan sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Qur`an al-Karim dan Hadits Rasulullah Saw. Harta, jawatan, dan kekuasaan itu pasti akan menyibukkan seseorang dan menyita waktu dan pikirannya, sehingga akan mengurangi kekhusyu’an dalam beribadah kepada Allah Swt.

    Alternatif SolusiIbnu Qayim Rahimahullah dalam kitabnya ”Al-Fawaid” menjelaskan tentang jebakan-jebakan kehidupan dunia. Beliau menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia, selalu diawali oleh lintasan-lintasan (khawatir) atau gagasan. Faktor inilah yang mengundang munculnya tashawur (gambaran). Dari sini kemudian muncul iradah (kemauan) yang selanjutnya mendorong kehadiran perbuatan (’amal). Apabila perbuatan itu terjadi berulang kali, maka ia akan menjadi kebiasaan.

    Oleh karena itu, Ibnu Qayim menegaskan, ”Lawanlah setiap lintasan buruk. Karena jika dibiarkan, ia akan berubah mejadi fikrah (gagasan) buruk. Singkirkanlah fikrah buruk itu, karena jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi iradah atau ’azimah (tekad) yang buruk. Perangilah tekad yang buruk itu, karena kalau dibiarkan, ia akan berubah menjadi perbuatan buruk. Dan jika perbuatan buruk itu tidak dilawan, bahkan dilakukan secara berulang-ulang, maka ia akan berubah menjadi kebiasaan buruk. Bila perbuatan buruk itu sudah menjadi kebiasaan, maka kita akan sulit untuk meninggalkannya.”

    Setiap tahapan dalam perbuatan, yaitu khawatir-tashawur-iradah-’amal tidak akan meningkat ke tahapan berikutnya sebelum mencapai kestabilan. Misalnya, khawatir tidak akan berubah menjadi tashawur sebelum khawatir itu mencapai kestabilan dan kematangan. Ketika seseorang berada pada level kestabilan dan kematangan baru, umumnya mereka tidak merasakan adanya perubahan yang signifikan pada dirinya. Artinya, perubahan perilaku atau gaya hidup yang terjadi pada seseorang seringkali tidak atau kurang dirasakan oleh dirinya, akan tetapi orang lain melihat perubahan itu secara mencolok.

    Maka, agar tidak terbawa arus pusaran gaya hidup Qarusnisme – meminjam istilah ustadz Pondok Gede – maka setiap kader dakwah yang sering bersentuhan dengan pola hidup kalangan atas atau kaum elit, apakah itu di legislatif, eksekutif, atau yudikatif harus sering-sering turba (turun ke bawah) menemui kader-kader dakwah yang beraktifitas di kalangan grass root.

    Idealnya seperti Khalifah Umar bin Khathtab yang keliling kampung untuk melihat secara langsung kehidupan rakyatnya. Penting juga untuk para kader dakwah yang saat ini mendapatkan amanah dakwah di lingkungan elit untuk mencari tahu tentang kader-kader dakwah di grass root yang masih bermasalah dalam ma’isyah. Atau menanyakan ke sekolah-sekolah tempat para ikhwah menyekolahkan anak-anaknya tentang siapa saja yang sering menunggak SPP. Atau solusi lain yang membuat para kader dakwah di kalangan elit tidak ”melambung terus ke angkasa” sehingga melupakan yang di bawah. Wallahu a’lam bishshawab.

    http://dakwah.info/?p=26
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2086
      • View Profile
    Reply #2 08 October, 2007, 11:50:39 PM
  • Publish

  • Khalifah Umar Abdul Aziz

    Umar Abdul Aziz (khalifah rasyidin kelima)

    Oleh: Ibad Ahmady
    Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

    Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

    Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

    Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

    Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

    Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

    Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

    Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

    Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

    Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

    Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

    http://dakwah.info/?p=77

    almulk

    • *
    • Posts: 209
      • View Profile
    Reply #3 19 October, 2007, 10:02:21 AM
  • Publish
  • Contoh pemimpin yang adil dan tidak mementingkan diri sendiri..
    Kembara MencariNYA

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Reply #4 28 November, 2007, 03:58:58 PM
  • Publish
  • Umar cetus era pemodenan pentadbiran Islam


    Khalifah kedua bersifat inovatif lakukan pembaharuan dari segi kepemimpinan serta perluasan wilayah

    UMAR ibn al-Khattab, penyandang pertama gelaran Amir al-Mu'minin (ketua kaum beriman) dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pentadbiran Islam. Pengalaman luas sebagai hakim, duta dan penasihat pada zaman Rasulullah SAW dan Abu Bakr al-Siddiq menjadikannya pentadbir unggul ketika menduduki posisi puncak sebagai khalifah kedua. Ini ditambah pula dengan keistimewaan lain yang dimilikinya termasuk keberanian, ketajaman akal dan kepetahannya.

    Antara dipelopori 'Umar ibn al-Khattab dalam bidang pentadbiran dan pengurusan termasuk apa yang kini disebut 'Pengurusan Turun Padang' dan ketika ini disebut sebagai Management by Walking Around (WO) dan sentiasa bersiap sedia. Ketika menjadi khalifah beliau sering meninjau sendiri keadaan kehidupan rakyat dengan menyamar diri.



    Dengan demikian, beliau mendapat gambaran secara langsung mengenai realiti sebenar seterusnya beliau membuat keputusan serta mengambil langkah penyelesaian dengan serta-merta.

    Dasar pentadbiran yang mementingkan kerja kuat, cekap dan cepat demi kebajikan serta kesejahteraan rakyat, 'Umar berjaya memberi contoh terbaik bagaimana pentadbiran berasaskan tindakan dan mementingkan pelanggan itu dilaksanakan.

    Selain itu, 'Umar terus mengekalkan dan mengembangkan gaya pengurusan partisipatif menerusi institusi dan amalan syura yang memberi ruang seluasnya kepada semua pihak terbabit (terutama gabenor, panglima tentera dan pegawai) untuk berperanan dalam proses membuat keputusan, nasihat-menasihat dan ingat-mengingat.

    Dalam sejarah tamadun Islam, era Khalifah 'Umar dicatat sebagai era pembaharuan sistem pentadbiran. Beliaulah yang mula-mula membentuk pelbagai dewan. Institusi formal pentadbiran itu diilhamkan daripada sistem jabatan gaya Parsi dan Romawi. Umar memang seorang yang inovatif dan memiliki kemampuan istimewa mencipta pembaharuan khususnya dalam bidang pentadbiran.

    Di samping itu, beliau juga seorang yang bersikap akomodatif seperti terbukti daripada kesediaannya menyerap unsur baik dan bermanfaat daripada tamadun asing (Parsi dan Romawi). Sikap 'Umar menggambarkan semangat ajaran Islam yang melihat segala yang baik dan bermanfaat (al-hikmah) adalah barang hilang milik orang beriman, maka di mana saja ditemukan ia harus diambil.

    Dengan demikian beliau berjaya melakukan pelbagai pembaharuan meliputi gaya kepemimpinan, struktur organisasi, persekitaran dan budaya kerja.

    Zaman pemerintahan 'Umar dilihat sebagai babak sejarah cukup mengagumkan. Pada zaman itulah gerakan perluasan wilayah Islam terlaksana dengan pesat dan jaya hingga meliputi Syria, Iraq, Mesir dan Parsi.

    Wilayah seluas itu berjaya ditadbir dengan baik dan ini tentu saja berkait dengan pembaharuan pentadbiran Umar yang meliputi pelbagai bidang termasuk ketenteraan (sistem tentera bergaji), kehakiman (pemisahan daripada eksekutif) dan perkhidmatan awam.

    Keseluruhannya, tidak banyak perubahan pentadbiran berlaku pada zaman kedua-dua khalifah selepasnya. Mereka hanya mengekalkan dasar dan sistem diwarisi daripada khalifah terdahulu khususnya Umar.

    Hujung pemerintahan Uthman dan sepanjang era pemerintahan Ali, Khalifah Islamiah dilanda krisis berat termasuk perang saudara yang berlarutan hingga tidak banyak masa dapat ditumpukan kepada pembangunan pentadbiran.

    Bagaimanapun, di tengah situasi seperti itu sempat juga Saidina Ali memberikan sumbangan cukup bererti. Sesuai dengan kekuatannya sebagai seorang ilmuwan, beliau meletakkan dasar falsafah, garis panduan dan kod etika pentadbiran Islam seperti didokumenkan dalam surat dan perutusan kepada gabenor wilayah.

    Selepas zaman al-Khulafa' al-Rashidun (Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali) sistem pemerintahan Islam mengalami perubahan drastik sistem khalifah (berasaskan syura) kepada sistem warisan (kelompok eksklusif keluarga tertentu).

    Implikasi terbesar daripada perubahan itu, lemahnya institusi dan amalan syura dalam pentadbiran Islam. Perkembangan pentadbiran zaman itu ialah penubuhan dan penyusunan semula jabatan ketenteraan, percukaian, persuratan, cap mohor dan kewangan pada peringkat pusat dan jabatan ketenteraan, persuratan dan kewangan pada peringkat wilayah.

    Pada zaman kerajaan 'Abbasiah diwujudkan beberapa jabatan baru seperti Jabatan Pengaduan Awam (al-mazalim), Jabatan Pengawasan Harta Khalifah dan Jabatan Kelengkapan Perang.

    Zaman itu juga dianggap sebagai zaman pertembungan tamadun Islam dengan tamadun asing khususnya Parsi dan Rom. Dialog ketamadunan yang pesat ketika itu memperkayakan tamadun Islam termasuk bidang pentadbirannya dengan penyerapan lebih banyak pengaruh Parsi dan Rom.

    Perkembangan itu berlaku ekoran pentadbiran wilayah bukan Arab yang memang sudah sedia memiliki tradisi pengurusan pentadbiran tersendiri. Dengan demikian bahasa Parsi dan Yunani turut digunakan sebagai bahasa pentadbiran wilayah di samping bahasa Arab.

    Dasar pengekalan unsur tradisi pentadbiran tempatan ini menyebabkan sebilangan peneliti berkesimpulan bahawa dalam banyak segi pentadbiran Islam zaman itu berasaskan model pentadbiran Bizantina dan Sasan (al-Buraey).

    Antara institusi penting pentadbiran zaman itu ialah institusi dewan dan hisbah yang ditubuhkan di semua peringkat pusat, wilayah dan daerah. Dewan diperkemaskan hingga dapat berfungsi sebagai jabatan dan kementerian.

    Antaranya, Jabatan Percukaian/ Perbendaharaan, Jabatan Ketenteraan, Jabatan Mohor dan Jabatan Persuratan. Hisbah adalah institusi penegak kemakrufan dan pencegah kemungkaran. Ketua Hisbah (muhtasib) dipertanggungjawabkan mengawal ketertiban dan kesusilaan rakyat khususnya di persekitaran pasar.

    Wilayah pemerintahan Dar al-Islam ketika itu meliputi daerah cukup luas dan keadaan ini membawa implikasi pentadbiran yang menjadi bertambah kompleks. Keadaan itu mendorong usaha penulisan buku, risalah dan surat arahan mengenai pentadbiran dan tatanegara.

    Pada zaman itu, pelbagai karya dijelaskan sebagai genre siyasah shar'iyyah oleh ulama besar seperti al-Ghazali dengan kitabnya Nasihatu 'l-Muluk (Nasihat untuk Raja-raja), al-Mawardi dengan al-Ahkam al- Sultaniyyah (Hukum-hukum mengenai Pemerintahan) dan Abu Yusuf, Kitab al-Kharaj (Buku mengenai Percukaian).

    INFO
    Pembaharuan era pemerintahan Umar


    Pertubuhan institusi dan sistem Majlis Syura (Majlis Perundingan) terdiri daripada dua peringkat utama (Majlis Syura Tertinggi (Khalifah) dan Majlis Syuara Am).


    Penubuhan Baitulmal bagi menyimpan khazanah negara pada peringkat pusat dan wilayah.


    Penubuhan jabatan awam (dewan) untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai seperti Jabatan Ketenteraan, Jabatan Pengaduan Awam dan Jabatan Dokumentasi.


    Pembinaan bandar seperti Kufah, Basrah, Fustat dan lain-lain.


    Penubuhan Dana Wakaf (Dar al-Daqiq) dengan tujuan mengumpul sumbangan (sedekah, derma) yang kemudian diagihkan kepada pihak memerlukan.


    Pembaharuan dasar berkaitan sistem percukaian, tanah dan taraf kaum hamba.


    Pengenalan sistem kalendar Islam.


    Penubuhan pasukan polis.


    Pembinaan intelektual: memperbanyak pembinaan sekolah.


    Perumusan kod etika bagi pemimpin, hakim dan tentera.


    Pengemasan syarat perlantikan jawatan utama dalam pentadbiran seperti Gabenor (Wali), Pengarah Perbendaharaan (Sahib Bayt al-Mal), Pemungut Cukai (Sahib al-Kharaj), Ketua Polis (Sahib al-Ahdath) dan Hakim (Qadi).

    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    shaiful_ahmad

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #5 06 February, 2008, 03:11:30 PM
  • Publish
  • SALAM...

    Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.

    Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahasianya. Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.

    Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.

    Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

    Perempuan itu bertanya lagi dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya.

    "Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang keruk pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.

    Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.

    Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah keduaibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur heran.

    "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.

    "Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya."

    Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.
    kekadang hati mrintih derita,jiwa mnangis sedih,akal mgeluh letih..namun hakikat hidup xkan berubah,yang perlu d'ubah adlh diri yg mhadapinye...hatimmilih jln,akal mmulakan lngkh dan iman meluruskan arah...moga kasih ALLAH bersamamu..

    m_husna

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Reply #6 24 June, 2008, 10:18:06 PM
  • Publish
  • mulia nya tokoh2 kpimpinan Islam dlu...jauh skali ngn kpimpinan ngara kita .nauzubillah.

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Reply #7 25 June, 2008, 12:09:15 AM
  • Publish
  • sebelum menyuruh org lain meniru gaya hidup orang2 yg hebat ini....apa kata kita sendiri cuba buat dulu

    ibnusina

    Reply #8 08 May, 2009, 08:43:18 PM
  • Publish
  • mulia nya tokoh2 kpimpinan Islam dlu...jauh skali ngn kpimpinan ngara kita .nauzubillah.

    kepimpinan negara kita yang tidak amanah..

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 275
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #9 16 June, 2009, 04:29:04 PM
  • Publish
  •  :)
    1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

    Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

    2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

    Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."

    3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

    Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."
    Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..."
    Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"

    Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

    Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.

    Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."

    Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."

    Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

    Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 07 July, 2009, 11:07:32 AM
  • Publish

  • Kehidupan Umar bin Abdul Aziz penuh kesederhanaan: Bandingannya dengan pemimpin sekarang.

    1. Yunus bin Abi Syabib berkata:

    “Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.”

    Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:

    “Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

    Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia.”


    2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”

    Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”

    Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”

    Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”


    Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:
    ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر

    “Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.”
    (1-2 at-Takasur)

    Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat. Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.


    3. Maslamah bin Malik berkata:

    Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”

    Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

    Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.


    4. Amru bin Muhajir telah menyebut:

    “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

    Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan.
    Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:
    كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

    “Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

    5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:
    هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم

    “Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”


    Komen: Umar tidak ada elau makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya
    . Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:
    لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

    “Setiap ummatk mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.”
    Hr Tirmizi

    Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta

    Kesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.


    sumber:http://dakwah.org/blog/
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #11 07 July, 2009, 11:19:38 AM
  • Publish
  • Ini lah dia sebuah negara yg makmur..~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Qishashul

    • *
    • Posts: 125
    • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
      • View Profile
    Reply #12 15 October, 2009, 05:31:32 PM
  • Publish
  • 1. Yunus bin Abi Syabib berkata:

    “Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.”

    Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:

    "Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

    Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."


    2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”

    Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”

    Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”

    Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”

    Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:

    ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر

    “Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 at-Takasur)

    Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat. Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.

    3. Maslamah bin Malik berkata:

    Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”

    Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

    Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.

    4. Amru bin Muhajir telah menyebut:

    “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

    Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:

    كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

    “Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

    5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:

    هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم

    “Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

    Komen: Umar tidak ada elau makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:

    لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

    “Setiap ummat mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi

    Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta

    Kesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.

    Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet.

    Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!

    muhammad naim

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #13 14 November, 2009, 10:13:10 PM
  • Publish
  • Contoh pemimpin yang adil dan tidak mementingkan diri sendiri..dan
    berjuang atas nama Islam

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #14 14 November, 2009, 11:36:27 PM
  • Publish
  • Sewaktu menjadi Khalifah. Umar Abd Aziz RAH tidak pernah menunaikan haji. Beliau pernah mengumpulkan duit untuk berhaji namun duit itu diberikan kepada orang-orang yang pernah dizalimi pemerintah terdahulu. Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) pernah mengambil contoh keperibadian Beliau dalam ucapannya. Orang bukan Islam pun dapat melihat kebaikan Islam.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #15 13 April, 2010, 02:29:51 PM
  • Publish
  • najib tun razak adalah umar abdul aziz era masa kini!
    hehehehe...

    manjasmile

    • *
    • Posts: 473
      • View Profile
    Reply #16 13 April, 2010, 02:37:48 PM
  • Publish
  • kalo babitkan nama nik aziz soal khalifah umar lain ah bunyi..pe tah yang istimewa sangat ngan menteri pulau pinang tu...uekkkkkkkkkkkk.......

    beruang

    • *
    • Posts: 1352
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #17 13 April, 2010, 02:50:22 PM
  • Publish
  • kalo babitkan nama nik aziz soal khalifah umar lain ah bunyi..pe tah yang istimewa sangat ngan menteri pulau pinang tu...uekkkkkkkkkkkk.......

    Mai sini cheq orang Pualau Pinang nak habaq bagi pejelas buang... Ketua Menteri Pulau Pinang sudah menjadi satu kewajipan dia mestilah orang cina. Ini kerana ianya melambangkan kaum majoriti di negeri ini. Ops, tetapi ingat kami orang Melayu sini redho ke?? Nak tahu sapa yang tetapkan peraturan ini? Tu dia lah orang yang hampa kata nak kena berterima kasih t... yang kata bawak mai kemerdekaan tu... hah terima kasihlah banyak2 kat depa sampai kami di bawah jajahan penyembah berhala... Hang buat la berapa banyak pilihan raya pun, lagi mana Islam x naik kat Malaysia ni... lagi tu la Pulau Pinang di ketuai penyembah berhala....

    manjasmile

    • *
    • Posts: 473
      • View Profile
    Reply #18 13 April, 2010, 03:00:04 PM
  • Publish
  • suka dengar bila saudara beruang bilang MB P.P tu penyembah berhala....jadi kesimpulannya tak payah lah nak bangga sangat dengan tindak tanduk penyembah berhala.bukan dia faham pun islam macam kita faham. kalo dah lagu tu, saye mewakili kerajaan sekarang yang menguasai malaysia susun 10 jari ja lahh...

    beruang

    • *
    • Posts: 1352
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #19 13 April, 2010, 03:12:54 PM
  • Publish
  • suka dengar bila saudara beruang bilang MB P.P tu penyembah berhala....jadi kesimpulannya tak payah lah nak bangga sangat dengan tindak tanduk penyembah berhala.bukan dia faham pun islam macam kita faham. kalo dah lagu tu, saye mewakili kerajaan sekarang yang menguasai malaysia susun 10 jari ja lahh...

    Ya mungkin anda gembira dan senang hati bila dengar pernyataan sedemikian kerana anda tidak berpeluang untuk merasai bagaimana rasanya berada di bawah pimpinan penyembah berhala. Memang tidak dibanggakan malah tidak bersetuju pun. Dia tidak faham Islam kerana kera-jaan perwakilan andalah yang menyebabkan dia tidak faham Islam sebagaimana kita faham Islam. Tak guna nak susun sepuluh jari atau ambil segala tangan rakyat kera-jaan anda susun kalau Islam tak di angkat tinggi menjulang.

    p/s : ingatlah puncanya ialah kera-jaan sendiri.....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    31 Replies
    12386 Views
    Last post 29 December, 2011, 04:25:17 PM
    by huzzda
    6 Replies
    2157 Views
    Last post 18 June, 2010, 12:03:02 AM
    by guaMulu
    5 Replies
    929 Views
    Last post 18 October, 2010, 09:59:19 AM
    by nazri0070