Ilmu Pelalau @ Ilmu Penghalang Bertemu Jodoh

*

Author Topic: Ilmu Pelalau @ Ilmu Penghalang Bertemu Jodoh  (Read 16721 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

25 June, 2010, 01:28:54 PM
  • Publish
  • Soalan:
    Dato', ada suatu ilmu yang dipanggil pelalau, iaitu ilmu yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Dilakukan ini kadang-kadang ke atas seorang perempuan sehingga tidak bertemu jodoh atau pun ke atas lelaki. Bolehkah dan benarkan adanya ilmu ini? Mampukah manusia melakukannya? Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini?

    TUAN GURU DATO DR HARON DIN MENJAWAB:
    Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Insan hanya mampu berusaha dan Allah akan menentukan segala-galanya.

    Memang berlaku dalam masyarakat Islam, khasnya Melayu, ada beberapa kejadian di mana orang perempuan sukar hendak bertemu jodoh atau bertemu pasangan yang berakhir dengan perkahwinan.

    Ada yang langsung tidak pernah bertemu. Ada yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi bila sampai hendak berkelamin, ada sahaja halangan.

    Inilah kejadian yang diistilahkan dengan ilmu pelalau. Saya khusus saya tidak mengetahui ilmu ini, tetapi itulah yang disebut ramai sebagai pelalau.

    Memang berlaku dalam masyarakat kita, ada orang perempuan yang tiada sebarang cacat cela akhlak serta tubuh badannya, akhlaknya, tetapi ada orang yang menghampirinya. Hal sedemikian memang berlaku.

    Tambahan pula akhir-akhir ini disebutkan bilangan orang lelaki dan perempuan yang sudah berusia tidak berkahwin, begitu ramai.

    Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

    Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

    Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

    Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

    Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

    Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah.

    Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha.

    Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

    Ada pun satu kemungkinan yang boleh berlaku dalam masyarakat, seorang perempuan yang cantik, kaya, keturunan, akhlak dan agamanya baik, mungkin telah dilamar seorang yang sepadan dengannya tetapi ditolak.

    Kadang-kadang penolakan dibuat dengan kata-kata yang menyebabkan si peminang berasa terhina. Atau ditolak dengan alasan yang dibuat-buat, atau tidak boleh menerima lamaran kerana ingin menyambung pelajaran, atau kerana sudah dimiliki orang lain sedangkan semuanya itu tidak benar.

    Mungkin orang yang ditolak pinangannya itu berasa amat berkecil hati dan berasa terhina, barangkali ada sebutan yang menjatuhkan maruahnya.

    Jika dia dizalimi, sebagai orang yang kena hina, maka dia berdoa kepada Allah SWT agar Allah bertindak balas kerana penghinaan yang dilakukan, maka mungkin doa itu dimakbulkan.

    Ada hadis yang menyebutkan, "Takutlah kamu kepada doa orang kerana zalim, kerana doa orang yang kena zalim ini, tiada sekatan di antaranya dengan Allah SWT."

    Takut orang itu merasakan perempuan yang diinginkan, telah melukakan hatinya, diminta Allah supaya jangan memberikan hingga akhir atau atau biarkan perempuan itu menemui jodoh dalam usia yang lanjut. Itulah yang mungkin berlaku sebagai doa.

    Apa yang dinamakan pelalau, mungkin wujud ada dalam bentuk sihir, persoalan sihir ini, pernah saya jawab dalam siri-siri terdahulu.
    Ada sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada yang lain disebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.

    Dalam Surah al-Baqarah, disebutkan bahawa, sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan perceraian melainkan berlakunya benci membenci.

    Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu, ia tidak mengundang kebaikan kepada hati, tetapi mengundang kebencian kepada hati. Inilah yang dinamakan pelalau.

    Sama ada akidah kita rosak atau tidak, ia bergantung kepada pegangan kita. Jika kita kuat berpegang kepada aqidah, kita meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehendak Allah Yang Maha Mengkehendaki.

    Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya mendapat jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah, bukan atas usaha manusia.

    Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang, walhal rezeki dan jodoh adalah ditangan Allah SWT, bukan manusia yang menentukannya. Wallahua'lam.
    Sumber:http://paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1119%3Aapakah-hukum-ilmu-pelalau-iaitu-ilmu-menghalang-bertemu-jodoh-&Itemid=1
    « Last Edit: 25 June, 2010, 03:18:29 PM by Ayuni_Zuhairah »
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    Reply #1 25 June, 2010, 03:56:12 PM
  • Publish
  • mmm.....kalau tanya apa hukum pelalau ni bagi orang yang melakukan nye memang berdosa besar lah.....malahan jatuh syirik kerana perbuatan orang yang melakukan itu ingin mendahului hukum Allah itu.....kan Allah sudah berkata, 3 perkara yang Dia pegang.....jodoh, rezeki dan maut.....dalam kes ni ialah berkenaan jodoh orang lain, bagaimana seseorang yang melakukan perbuatan sihir iaitu ilmu pelalau ni ingin menghalang jodoh atas orang yang lain pula.....

    aiseh.....aku cakap macam perawat darul syifa' pulak..... ceria* org lain la sambung.....



    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    Reply #2 28 June, 2010, 10:28:44 AM
  • Publish
  • macam mane kite nak tahu kalau kite terkena ilmu pelalau @ secara tidak sengaja kite telah menzalimi pihak lain (membuatkan mereka berkecil hati) dan mereka berdoa perkara yg tidak baik terhadap kite....

    Reply #3 16 September, 2010, 11:09:23 AM
  • Publish
  • macam mana kita nak tau yang jodoh kita ni lambat sebab disihir@sememangnya jodoh tu memang belum sampai lg
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Reply #4 18 September, 2010, 09:48:33 PM
  • Publish
  • macam mane kite nak tahu kalau kite terkena ilmu pelalau @ secara tidak sengaja kite telah menzalimi pihak lain (membuatkan mereka berkecil hati) dan mereka berdoa perkara yg tidak baik terhadap kite....
    Selalu berbaik sangka terhadap Allah dan terhadap orang lain. Insya Allah
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #5 18 September, 2010, 10:09:12 PM
  • Publish
  • macam mana kita nak tau yang jodoh kita ni lambat sebab disihir@sememangnya jodoh tu memang belum sampai lg
    Tertulis sudah jodoh seseorang itu di Lauh Mahfuz. Nak tahu macamana? Mari kita cuba rujuk Al Quran. Allah ada berfirman yang maksudnya...Dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar...Insya Allah, jika dikehendaki Allah sampailah nanti masanya. Dan berbaik sangkalah selalu dengan Allah serta berbanyak memohon ampun serta bersolawat ke atas Nabi saw seperti yang dianjurkan Allah dalam firman2Nya dan yang dianjurkan Nabi saw dalam hadis2 baginda saw..

    Reply #6 18 September, 2010, 10:17:48 PM
  • Publish
  • bagaimana pula ada sesetengah orang yang melakukan usaha seperti berubat secara perubatan Islam, mandi bunga dan amalan-amalan ayat tertentu yang dikatakan untuk menaikkan seri dan mempermudahkan jodoh. Adakah usaha ini boleh diterima

    Reply #7 21 September, 2010, 08:33:09 AM
  • Publish
  • bagaimana pula ada sesetengah orang yang melakukan usaha seperti berubat secara perubatan Islam, mandi bunga dan amalan-amalan ayat tertentu yang dikatakan untuk menaikkan seri dan mempermudahkan jodoh. Adakah usaha ini boleh diterima
    Harus tapi jangan sampai syirik pula! Boleh beramal macam istighfar, solawat, hauqalah atau baca quran selalu. Then solat hajat selalu minta Allah mudah dan cepatkan jodoh..Fiqh al-aulawiyyat (fekah keutamaan) kena faham, solat hajat hukumnya sunat jadi solat yang hukumnya sunat muakkad kena juga amalkan, baru tambah tinggi nilai solat sunat hajat dan sunat yang seumpamanya, kan?....Daripada mandi bunga baik buat mandi taubat...

    Barangkali petua je tu...Bunga menarik kumbang kerana warnanya menarik dan lebah yang nakkan madunya.

    Zaman dulu, Nabi Allah Ayub ada berubat guna air yang diperintah Allah menghentakkan kakinya ke tanah lalu keluar air dari bumi, Lalu Ayub as, minum dan mandi dari air itu...Tapi sekarang mana nak cari air tu? Carilah orang yang arif tentang ilmu penawar air dengan kalam2 Allah, insya Allah..

    Reply #8 21 September, 2010, 11:01:17 AM
  • Publish
  • bagaimana pula ada sesetengah orang yang melakukan usaha seperti berubat secara perubatan Islam, mandi bunga dan amalan-amalan ayat tertentu yang dikatakan untuk menaikkan seri dan mempermudahkan jodoh. Adakah usaha ini boleh diterima

    bagi ana tidak ada masalah..bole di terima dan antara-antara usaha ikhtiar untuk pedekat jodoh di darulsyifa adalah seperti d nyatakan di atas.

    Reply #9 27 October, 2010, 12:26:10 PM
  • Publish
  •  :) Ustaz, kakak saya ada menemui seorang ustaz berkaitan jodoh kawannya yang tidak sampai lagi walaupun sudah berusia 28 tahun. dan ustaz tersebut mengatakan bahawa kawannya itu telah disihir dengan menghantar pelalau oleh jirannya.. dan ustaz tersebut meminta kawannya itu dimandikan dengan air yang telah dijampi dengan memakai kain hitam..bolehkah kita percaya ustaz????

    Reply #10 18 February, 2011, 09:05:34 AM
  • Publish
  •  Macam mane kite nak tau yang diri kita terkena penyakit pelalau...dan macam mana cara merawat penyakit ini?.........

    Reply #11 18 February, 2011, 10:16:35 AM
  • Publish
  • Salah satu tandanya, kita rasa panas (hati) ja bila suami ada di rumah. Antara cara nak elak, dan rawatanya.. Solat fardhu jangan sesekali diabaikan. Sentiasa usaha solat awal waktu. Amalkan bacaan ayat-ayat manzil dengan istiqamah.

    Semua kejadian hanya akan berlaku dengan izin Allah. 

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #12 18 February, 2011, 12:05:15 PM
  • Publish
  • Salah satu tandanya, kita rasa panas (hati) ja bila suami ada di rumah. Antara cara nak elak, dan rawatanya.. Solat fardhu jangan sesekali diabaikan. Sentiasa usaha solat awal waktu. Amalkan bacaan ayat-ayat manzil dengan istiqamah.

    Semua kejadian hanya akan berlaku dengan izin Allah. 

    Wallahua'lam.

    macamane pula kalau si suami bengang dan menyampah je bila tengok isteri kat umah?adakah itu salah satu pentandanye?

    Reply #13 18 February, 2011, 12:28:22 PM
  • Publish
  • :-) boleh jadi juga. Semua gangguan-gangguan yang menyebabkan rumahtangga goyang, suami isteri sama-sama muhasabah ada terkena 'panahan beracun' ka semasa di luar rumah.

    Kita tengok dalam surah an-nur, ayat 30-31.. Perintah tundukkan pandangan bukan pada lelaki beriman semata, tapi juga pada perempuan beriman. Jadi, sama-samalah kita sentiasa berusaha menundukkan pandangan dari memandang yang haram agar jarum-jarum iblis dan syaitan (dari golongan jin dan manusia) tak masuk dalam rumahtangga kita.

    Setelah berusaha sedaya mungkin tetapi masih juga berhadapan dengan gangguan ini, itulah ujian buat orang beriman.

    Wallahua'lam.

     
    « Last Edit: 18 February, 2011, 12:31:18 PM by Ummu Fatimah »

    Reply #14 25 May, 2011, 10:10:24 PM
  • Publish
  • Macam mane kite nak tau yang diri kita terkena penyakit pelalau...dan macam mana cara merawat penyakit ini?.........

    Apa jawapan kepada persoalan ini?
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #15 25 May, 2011, 10:35:56 PM
  • Publish
  • Macam mane kite nak tau yang diri kita terkena penyakit pelalau...dan macam mana cara merawat penyakit ini?.........

    Apa jawapan kepada persoalan ini?
    aa la,,,nk juga tahu tanda2nya kan
    ~mencAri NuRkaSih~  (^_^)

    Reply #16 25 May, 2011, 11:08:57 PM
  • Publish
  • bagaimana pula ada sesetengah orang yang melakukan usaha seperti berubat secara perubatan Islam, mandi bunga dan amalan-amalan ayat tertentu yang dikatakan untuk menaikkan seri dan mempermudahkan jodoh. Adakah usaha ini boleh diterima


    mandi bunga tu selalu panggil puteri bunian, JIN ya

    sebenarnya dalam diri masing masing ada segalanya, cuma kena cari yg ahli, yang tahu buka, dan tunjuk

    semuga mahu bertanya

    inshallah

    Reply #17 21 June, 2011, 11:20:21 PM
  • Publish
  • saya pernah mendengar seorang muallim dan berpengalaman dalam perubatan tradisional berlandaskan islam yang mengatakan sekiranya kita sering dan kerap kali teringatkan dan berfikir tentang seseorang walaupun sejarah dan pengalaman dilalui telah lama berlalu sehingga kita tidak dapat menerima atau berperasaan terhadap mana2 kaum lawan jenis, maka sangat cenderunglah individu yang menghantui fikiran itulah mengenakan ilmu tersebut.Adakah pendapat ini boleh dipercayai ataupun di ambil kira untuk berjaga2 dan beringat2?

    Reply #18 30 November, 2011, 08:09:28 AM
  • Publish
  • subhanallah.....
    macam-macam ragam manusia didunia...sebab tak redha dgn ketentuan Allah S.W.T.
    tak nak percaya.. tapi benda ini terjadi...
    saya nak bertanya..apa yang perlu dilakukan(ubat) oleh orang yang terkena ilmu pelalau?kalau dah solat hajat, solat fardhu tak tinggal,sentiasa berdoa kepada Allah.. tetapi orang yang dicintai masih tak pulang kerana si perempuan tadi dah terkena ilmu pelalau..dan si kekasih hati benci melihatnya?
    hubungan dah putus..tetapi si perempuan tak pernah putus asa... walaupun dah dinasihat semuanya kuasa Allah S.W.T..

    Reply #19 30 November, 2011, 08:18:51 AM
  • Publish
  • subhanallah.....
    macam-macam ragam manusia didunia...sebab tak redha dgn ketentuan Allah S.W.T.
    tak nak percaya.. tapi benda ini terjadi...
    saya nak bertanya..apa yang perlu dilakukan(ubat) oleh orang yang terkena ilmu pelalau?kalau dah solat hajat, solat fardhu tak tinggal,sentiasa berdoa kepada Allah.. tetapi orang yang dicintai masih tak pulang kerana si perempuan tadi dah terkena ilmu pelalau..dan si kekasih hati benci melihatnya?
    hubungan dah putus..tetapi si perempuan tak pernah putus asa... walaupun dah dinasihat semuanya kuasa Allah S.W.T..
    Ikhlas lah.. selagi ada prasangkaan jiwa kacau sampai bila pun bergitu -
    selalu lah baca 3 kul - dan mohon lah pada ALLAH -

    semua itu Ujian ALLAH - sebagai hambaNya mentaati lah segala perintah Nya Insyallah ALLAH adakan kebaikkan dalam diri kamu
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    2332 Views
    Last post 25 October, 2009, 06:39:27 PM
    by intizhar
    12 Replies
    2999 Views
    Last post 27 June, 2011, 03:27:36 PM
    by maliki
    1 Replies
    632 Views
    Last post 07 February, 2012, 09:24:25 PM
    by al_ahibbatu