Hati-hati Tulis Perkataan Yahudi & Israel di FB

*

Author Topic: Hati-hati Tulis Perkataan Yahudi & Israel di FB  (Read 4219 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Duratul_Mujahid

  • *
  • Posts: 608
    • View Profile
21 June, 2010, 08:36:31 PM
  • Publish
  • Hati-hati kalau tulis perataan israel atau yahudi di fb.. automatik masuk di link ini.. mereka perhatikan kita...


    http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

    ~Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah swt...dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah~
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    baby_whiterose

    • *
    • Posts: 84
    • babygurl whiterose
      • View Profile
    Reply #1 21 June, 2010, 10:06:31 PM
  • Publish
  • ish...bahaya ni...:sedihnya:
    RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun
    yang sangat berbisa

    nurrul huda

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #2 21 June, 2010, 10:36:39 PM
  • Publish
  • trimr kasih munawarah..mmg dasat israel ni..

    Haizeel

    • *
    • Posts: 292
    • http://itismedia.com.my
      • View Profile
    Reply #3 21 June, 2010, 11:18:29 PM
  • Publish
  • hooooo! dahsyat3!! ty sebb bkongsi
    kita tidak sempurna. AGAMAlah yang melengkapkan kita. YM: the_akorn

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #4 21 June, 2010, 11:35:37 PM
  • Publish
  • Ni la peluang dia bagi depa nampak..... sapa pandai hebrew dialu-alukan.... pandai english pun x pa....

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #5 22 June, 2010, 12:06:36 AM
  • Publish
  • allah 'memerhati' kita dan mereka.

    tak mengantuk dan tidak lena !!!!

    takut pada allah swt

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #6 22 June, 2010, 12:20:49 AM
  • Publish
  • Ni la peluang dia bagi depa nampak..... sapa pandai hebrew dialu-alukan.... pandai english pun x pa....

    google translate kan ade heheh


    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #7 22 June, 2010, 12:32:11 AM
  • Publish
  • Ni la peluang dia bagi depa nampak..... sapa pandai hebrew dialu-alukan.... pandai english pun x pa....

    google translate kan ade heheh



    tunggu lagi???

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 22 June, 2010, 07:09:49 AM
  • Publish

  • Ummi dah cuba, memang betul, tulis saja perkataan Israel di FB, terus masuk ke laman tu. So sapa yang nak kutuk Israel, tulis di laman FB sendiri, auto masuk ke laman tu tulisan kita...


    DAripada mengutuk di sini, baiklah kutuk di sana....
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    otramen_mebius22

    • *
    • Posts: 598
    • SKYPE: azlan_sadan
      • View Profile
    Reply #9 22 June, 2010, 08:03:16 AM
  • Publish

  • Ummi dah cuba, memang betul, tulis saja perkataan Israel di FB, terus masuk ke laman tu. So sapa yang nak kutuk Israel, tulis di laman FB sendiri, auto masuk ke laman tu tulisan kita...


    DAripada mengutuk di sini, baiklah kutuk di sana....

    kutuk, boleh kutuk mereka, tp ingat....nanti kena block.......

    otramen_mebius22

    • *
    • Posts: 598
    • SKYPE: azlan_sadan
      • View Profile
    Reply #10 22 June, 2010, 08:05:38 AM
  • Publish
  • sy heran , ada org - org HIPOKRIT dlm halaqah ni....................bila tanya ada akaun Facebook tak? merka kata tak ada, mereka kata FB tu dosa, buang masa, melalaikan..........tp bila sy seach nama mrk or email mrk, :senyum:....org HIPOKRIT tu MUNAFIQ, mrk ada sebenarnya join FB, kononnya bila org lain tanya ada join FB tak, mrk kata tak ada.............HIPOKRIT = MUNAFIQ....manusia mcm ni adalah manuasia CELAKA!!

    kapten06

    • *
    • Posts: 132
      • View Profile
    Reply #11 22 June, 2010, 09:13:56 AM
  • Publish
  • Hati-hati kalau tulis perataan israel atau yahudi di fb.. automatik masuk di link ini.. mereka perhatikan kita...


    http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

    ~Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah swt...dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah~


    bagusla kalau dia kumpul satu tempat....sekurang2nya dia tahu kita memang xsuka..israel dan dapat israel baca komen yang ditulis...
    ALLAH answer PRAYERS in 3 ways..
    1- HE says YES & GIVES u wat u WANT..
    2- HE says NO & GIVES u somthg BETTER..
    3- HE says WAIT & GIVES u da BEST in HIS own time

    otramen_mebius22

    • *
    • Posts: 598
    • SKYPE: azlan_sadan
      • View Profile
    Reply #12 22 June, 2010, 10:49:37 AM
  • Publish
  • nak tanya..........

    out of topik ni, ada sapa2 tau pasal kat Pulau Pinang sebanarnya ada org Yahudi...malah mereka ni mendakwa meraka ni jugak rakyat Malaysia...kalau tak salah mereka dah menetap kat Pulau Pinang sejak zaman perang g...& mereka ni kalau tak silap dr Suku Lewi Israel..

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #13 22 June, 2010, 11:58:26 AM
  • Publish
  • FB hanyalah alat bukan matlamat. Seumpama pisau di dapur, memang bahaya jika diguna untuk membunuh
    tapi tetap bemanfaat untuk memasak dan memotong ikan & sayur. Maka bukan salah pisau, cuma salah
    buat sesiapa yang menyalahgunakannya.

    Jika kerana FB tu ada kaitan dengan Yahudi, maka kita gak kena jauhi Nokia, Intel & sewaktu dengannya.

    FB akan menjadi wadah yang memusuhi kita, bila kita pakat menjauhinya sehingga tiada wakil kita nak
    nak menjawab hentaman dari puak Yahudi. Kita yang dah berada dalam FB ramai-ramai pakat sesakkan
    sever FB dengan artikel-artikel yang bermanfaat agar ianya tak sempat nak menikam Islam.

    Sama saja mudharatnya FB, YM, MSN, blog dan yang sewaktu dengannya jika tidak menjadi alat berjuang.
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2894
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #14 22 June, 2010, 12:06:12 PM
  • Publish
  • DAripada mengutuk di sini, baiklah kutuk di sana....

    nak jugak kutuk kat sini..ISRAEL LAKNATULLAH...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #15 22 June, 2010, 12:10:47 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wr.wb
    Ingatlah bahawa Allah swt memberi nikmat kepada mereka tanda Rahmat Allah swt.
    Allah yang menjadikan biarpun mereka buat kerusakan mukabumi namun Allah swt tidak kutuk mereka
    Tapi apa yang kita duduk mahu mengutuk???
    apalagi sesama darah saudara seislam kita kutuk mengutuk!!!
    Ingatlah Israel itu adalah makhlok Allah swt dan Allah Maha Mengetahui atas kejadian yang dijadikan dimuka bumi ini...
    jika kita suka kutuk-mengutuk apakah kita benar....kot kot kita makhlok terkutuk kerana menyindir penciptaan Allah swt dimuka bumi ini

    Sadarlah kita  semua  ini SIAPA??
    makhlok atau Khaliq berkuasa mahu kutuk mengutuk ??
    mana bab Ihsan dan mana bab Aqeedah Iman

    Jelas Al-kisah nabi Musa dan Israel tu bukankah cara pengajaran yang Allah swt tunjukkan kita semua
    supaya kita berjaga /benteng diri dari segala bencana Alam.Agar Menyelamatkan diri dan ahli keluarga.

    mari kita renungkan kembali pula ;
    Dalam Dialog malaikat dan Allah swt di dalam surah Al-baqorah Asal kejadian Adam yang mahu diturunkan ke Alam Bumi ini...
    maka cukuplah untuk kita ketuk pintu hati kita agar SADAR
    yang akhir kalam  tanda Penyesalan maka Para Malaikat ucapkan ="Subhanaka  La'Ilmalana Illa ma  'Allamtana innaka 'Aleemulhakiim"
    Yang artinya"Maha suciMu (Allah)tiada ilmu/pengetahuan kami melainkan segala-galanya atas Pengetahuan Mu Jua ,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Bijaksana"
    Masya Allah
    Malaikat yang paling bertanggongjawab atas kerja amanahnya dan sembahsujud semata2 kepada Allah tanpa rehat dan balasan baik atau pahala namun masih merendahkan diri dan terasa hina(tawaddhu')
    mentelah kita semua ini siapalah tak sedar ke kita jika  kita rasa lebih mulia dari malaikat yang amanah kepada abdinya Allah swt.

    .   اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِـكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ،  وَمِنْ شَرِّ كُـلِّ دَابَّـةٍ أَنْتَ آخِـذٌ بِنَا صِيَتِهاَ، إِنَّ رَبِيِّ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.    *
          Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan segala yang melata yang ubun-ubunnya berada dalam genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku selalu berada di atas jalan yang lurus.
    « Last Edit: 22 June, 2010, 12:12:50 PM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #16 22 June, 2010, 12:26:33 PM
  • Publish
  • Kita ni selalu keliru antara Yahudi/Israel sebagai satu bangsa manusia dengan regim Zionist.

    Jika kutukan/melaknat sekadar antikan bangsa memanglah satu kesilapan tapi jika atas
    dasar aqidah/deenullah tiada masalah. Jika tidak masakan Allah melaknat Abu Lahab dalam
    surah al_Masad.

    Kita sebagai muslim kena merasa 'izzah dengan kemusliman kita, bukan 'izzah dengan perkauman.

    "izillah alal mu'minin' - mereka berkasih sayang sesama mukmin
    "a'izatul alal kafirin' - tegas terhadap golongan kafir

    Jadi bila melaknat tu kena faham terhadap bangsa atau terhadap kekufuran yang memerangi kita.
    « Last Edit: 22 June, 2010, 01:09:36 PM by RS^ »

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #17 22 June, 2010, 12:52:46 PM
  • Publish
  • Allah dok mengutuk pada sifat-sifat yang tercela bukan kejadiannya(makhlok)
    maka sifat yang serupa Abu lahab /Abu jahal /Fir'aun wa hamman Israel/yahudi/nasrani  
    tu memang selayaknya Terkutuk dan dibenci semuanya atas Hak Allah swt yatas Ciptaannya..
    itu gambaran untuk kita agar renungkan dan fikir-fikirkan
    tapi apakah kisah nabi khidir dan Nabi Musa berilakuan terkutuk???
    fikir2kan
    Malah kisahnya cukup memusingkan/peningkan kepala dan migrain buatnya-
    Hikamh Rahasia yang tersirat/terkandong Pengajarannya itu-bagaimana?
    Bukan Amazing Ajaib luar biasa sedang kepala bingar-bingar...
    Inilah Kejahilan Kedhoifan kita akan Ilmu Allah swt.
    maka usah hampa terus dan terus ber-Taqarrub/mendekati diri kepada Allah swt

    jika kau punya persoalan maka Soal-lah Allah maka Allah akan menjawab segala persoalan kamu!(problem solving so nice)
    Kerana Allah Maha Mengetahui
    Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
    « Last Edit: 22 June, 2010, 12:56:07 PM by halawah »

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #18 05 July, 2010, 11:39:11 AM
  • Publish
  • “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Khaibar…Khaibar Ya Yahud, Khaisu Muhammad Saufa Yahud…”

    Saya tertanya-tanya kenapa sebahagian halaqian sensitif  bila bab Yahudi disentuh, saya menemukan sebahagian
    jawapannya kerana  saya terus mencari tafsir ulama-ulama muktabar. Kesimpulan saya setakat ini adalah untuk
    memahami sesuatu itu perlu berilmu & bersumber, bukan main ikut saja terutama dalam dunia siber.
     

    Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

    October 13, 2009 by abidfana http://abidfana.com/2009/10/13/mengenali-musuh-yahudi-bani-israel-atau-zionisme/

    Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

    Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

    1. Israel

    Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

    Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

    2. Yahudi

    Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

    Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

    Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

    Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

    Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78:

    لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)

    Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

    Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

    3. Hebrew

    Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

    4. Zionisme
    Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa

    Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa

    Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

    Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini.

    MENGENALI MUSUH SEBENAR

    Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

    Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.

    zionismeYang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

    anti zionistItulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel.
    Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.

    ejal

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #19 05 July, 2010, 06:03:44 PM
  • Publish
  • umat islam  harus mengkuburkan yahudiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dan sekutuntaaaaaaaaaaaa

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    56 Replies
    13177 Views
    Last post 09 June, 2010, 11:48:27 AM
    by cnor
    36 Replies
    13086 Views
    Last post 29 September, 2012, 08:27:25 AM
    by cheksue89
    48 Replies
    23111 Views
    Last post 13 January, 2011, 07:52:02 AM
    by Ummi Munaliza