Bulan Rejab adalah bulan Allah - Page 1

*

Author Topic: Bulan Rejab adalah bulan Allah  (Read 4425 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

14 June, 2010, 08:49:27 AM
  • Publish
  • KELEBIHAN BULAN REJAB

    Assalam, dan selamat sejahtera. Apa khabar?  Post pada hati ini berlainan sedikit. Alhamdulilah, sudah masuk bulan Rejab, bulan mulia dalam Islam  . Mari sama-sama kita membaca tazkirah di bawah.

    Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
    Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.
    Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.
    Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.
    Ahli Jumaat sekalian,
    Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.
    Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.
    Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.
    Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
    Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
    Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
    Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
    Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
    Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
    Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
    Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
    Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
    Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
    Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya

    http://www.mohdhilmi.com/uncategorized/bulan-rejab/

    Reply #1 14 June, 2010, 11:48:25 AM
  • Publish
  • "Pada malam aku dimi'rajkan, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih harum dari minyak misik, maka saya bertanya kepada Jibril: "Ya Jibril, untuk siapakah sungai ini?" Jibril menjawab: "untuk orang-orang yang membaca selawat untukmu di bulan Rejab."
    (Hadis Sahih).

    selamat beramal di bulan Rajab yang mulia.

    Reply #2 14 June, 2010, 12:32:35 PM
  • Publish
  • Ahlan Wasahlan. Bulan Rejab salah satu bulan yang penuh dengan kesejahteraan dan dikurniakan ALLAH subhanahuwata'ala
    dengan pahala yang melimpah ruah. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan mulia ini dengan keikhlasan beribadat.
    solat sunat, zikir dan puasa , siang dan malam.Semoga amalan-amalan tersebut dapat menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji .
    dan menyinarkan diri dengan peribadi dan akhlak yang lebih baik dari sebelumnya.

    Sabda Rasulullah s.w.a :
    "Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH akan memulikan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat" (Alhadith)
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    Reply #3 14 June, 2010, 03:09:05 PM
  • Publish
  •  :)

    Alhamdulillah.....marilah sama2 beramal di bulan Rejab ini,,,,

    Sambil membaca terjumpa pula maklumat ini....Mohon dapat perbincangan bersama.....

    Oleh Mohd Shukri Hanapi, Berita Harian Online, 17 Ogos 2005: UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang
    ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa
    kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan. Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan
    kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya
    selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

    Reply #4 14 June, 2010, 03:14:53 PM
  • Publish
  • Sambungan.....

    Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan
    ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran.

    Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: "Dalam syurga ada sebuah sungai
    yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan
    Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu." - Hadis ini sebenarnya bertaraf daif.

    Selain itu, hadis berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan,
    sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari,
    nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga." - Taraf hadis ini juga daif.

    Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan
    bulan umatku." Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah
    yang boleh dipertanggungjawabkan.

    Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima
    warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan
    fadilat puasa pada Rejab.







    Reply #5 14 June, 2010, 03:24:28 PM
  • Publish
  • Sambungan petikan dari dapatan maklumat.....

    Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu
    besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan
    dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu.

    Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam
    bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan

    Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang
    dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap
    kedudukannya.

    Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara
    dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.

    Maklumat diperoleh dari:
    MindaSuper.com - Membentuk Kecemerlangan Minda Dengan Al-Quran
    http://mindasuper.com/v2 Powered by Joomla! Generated: 14 June, 2010, 06:41















    Reply #6 14 June, 2010, 03:34:02 PM
  • Publish
  •  berisalam
    Salam 1 rejab..moga ALLAH rapat dengan kita..diantara 5 malam yang mustajab doa,selain malam al-qadar,malam aidilfitri,malam aidil adha,malam arafah,dan malam 1 rejab...jom rebut peluang yang ALLAH kurniakan tuk kita...selamat beribadat sahabat2 sume...gunakan sebaik mungkin peluang yang ada selagi stok nyawa masih ada...jangan sia2kan masa kita untuk beribadat kepada ALLAH walaupon sesaat...ingat tu...masa muda hanya sekali..ni lah masanyer nak tambah amal...nanti tua x larat plak...
    ~"semoga hati kita sinarannya bak sinaran mentari di pagi hari,menyuluh dan menerangi alam,tidak pula ia panas lagi memanaskan tapi ianya menenangkan lagi mententeramkan jiwa...  "~

    Reply #7 14 June, 2010, 04:39:16 PM
  • Publish
  • mudah2 amin.. mari ler sama2 kita brposa sunat eikk :senyum:
    Hidup hari ini untuk impian semalam dan menerus impian esok namun setiap detik berlalu adalah ambang kematian.

    Reply #8 09 July, 2010, 11:13:35 PM
  • Publish
  • bulan rejab dah nak meninggalkan kita..masuk bulan syaaban...
    Ya ALLAH ,panjangkan umurku untuk bertemu Rejab lagi pada tahun hadapan...
    "Kurangkan Mencari,Banyakkan Menjadi"-

    Reply #9 10 July, 2010, 04:00:50 AM
  • Publish
  • yup bulan rejab hampir meniggalkan kita..macam mana ye ingin saya terangkan apa itu israk mikraj kepada orang bukan islam..?ilmu saya amat lah tipis..susah untuk saya jelaskan pada mereka..mohon ...
    'it was fun especially when you do it in da name of ALLAH..what ever it is remember study and working is Jihad N Jihad can bring near to Allah N make u feel relief in this world full of stressness..;-)

    Reply #10 10 July, 2010, 04:07:58 AM
  • Publish
  • HADITS-HADITS PALSU TENTANG KEUTAMAAN SHALAT DAN PUASA DI BULAN RAJAB

    Oleh
    Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas


    Allah Yang Mahabijaksana telah mengutamakan sebagian waktu malam dan siang
    dengan menjanjikan terkabulnya do�a dan terpenuhinya permintaan. Demikian Allah
    mengutamakan tiga generasi pertama sesudah diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu
    alaihi wa sallam dan mereka dianggap sebagai generasi terbaik apabila
    dibandingkan dengan generasi berikutnya sampai hari Kiamat. Ada beberapa tempat
    dan masjid yang diutamakan oleh Allah dibandingkan tempat dan masjid lainnya.
    Semua hal tersebut kita ketahui berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan contoh
    yang benar.

    Adapun tentang bulan Rajab, keutamaannya dalam masalah shalat dan puasa padanya
    dibanding dengan bulan-bulan yang lainnya, semua haditsnya sangat lemah dan
    palsu. Oleh kerana itu tidak boleh seorang Muslim mengutamakan dan melakukan
    ibadah yang khusus pada bulan Rajab. Di bawah ini akan saya berikan contoh
    hadits-hadits palsu tentang keutamaan shalat dan puasa di bulan Rajab.

    HADITS PERTAMA
    Ertinya : Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku�

    Keterangan: HADITS INI MAUDHU�
    Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu� (Lihat
    Maudhu�atush Shaghani (I/61, no. 129))

    Hadits tersebut mempunyai matan yang panjang, lanjutan hadits itu ada lafazh:

    Ertinya : Janganlah kalian lalai daripada (beribadah) pada malam Jumaat pertama di
    bulan Rajab, kerana malam itu Malaikat menamakannya Raghaaib…�

    Keterangan: HADITS INI MAUDHU�

    Kata Ibnul Qayyim (wafat th. 751 H): �Hadits ini diriwayatkan oleh Abdur Rahman
    bin Mandah dari Ibnu Jahdham, telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad
    bin Said al-Bashry, telah menceritakan kepada kami Khalaf bin Abdullah
    as-Shanany, dari Humaid Ath-Thawil dari Anas, secara marfu�. (Al-Manaarul
    Muniif fish Shahih wadh Dha�if (no. 168-169))

    Kata Ibnul Jauzi (wafat th. 597 H): “Hadits ini palsu dan yang tertuduh memalsukannya adalah Ibnu Jahdham, mereka menuduh sebagai pendusta. Aku telah mendengar Syaikhku Abdul Wahhab al-Hafizh berkata: “Rawi-rawi hadits tersebut adalah rawi-rawi yang majhul (tidak dikenal), aku sudah periksa semua kitab, tetapi aku tidak dapati biografi hidup mereka.” (Al-Maudhu’at (II/125), oleh Ibnul Jauzy)

    Imam adz-Dzahaby berkata: “ ’Ali bin ‘Abdullah bin Jahdham az-Zahudi, Abul Hasan Syaikhush Shuufiyyah pengarang kitab Bahjatul Asraar dituduh memalsukan hadits.”

    Kata para ulama lainnya: “Dia dituduh membuat hadits palsu tentang shalat ar-Raghaa’ib.” (Periksa: Mizaanul I’tidal (III/142-143, no. 5879))

    HADITS KEDUA
    “Ertinya : Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.”

    Keterangan: HADITS INI MAUDHU’

    Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.” (Lihat al-Mashnu’ fii Ma’rifatil Haditsil Maudhu’ (no. 206, hal. 128), oleh Syaikh Ali al-Qary al-Makky (wafat th. 1014 H))

    HADITS KETIGA:
    “Ertinya : Barangsiapa shalat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian shalat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari adzab Qubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa.’”

    Keterangan: HADITS MAUDHU’

    Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal biografinya).” (Lihat al-Maudhu’at Ibnul Jauzy (II/123), al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits Maudhu’at oleh as-Syaukany (no. 144) dan Tanziihus Syari’ah al-Marfu’ah ‘anil Akhbaaris Syanii’ah al-Maudhu’at (II/89), oleh Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Araaq al-Kinani (wafat th. 963 H).)

    HADITS KEEMPAT
    “Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan shalat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)”

    Keterangan: HADITS INI MAUDHU’

    Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.” (Al-Maudhu’at (II/123-124).)

    Menurut al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany, ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah rawi yang lemah. (Lihat Taqriibut Tahdziib (I/663 no. 4518))

    HADITS KELIMA
    “Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab (ganjarannya) sama dengan berpuasa satu bulan.”

    Keterangan: HADITS INI SANGAT LEMAH

    Hadits ini diriwayatkan oleh al-Hafizh dari Abu Dzarr secara marfu’.

    Dalam sanad hadits ini ada perawi yang bernama al-Furaat bin as-Saa’ib, dia adalah seorang rawi yang matruk. (Lihat al-Fawaa-id al-Majmu’ah (no. 290))
    Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.” Dan kata Imam al-Bukhari dalam Tarikhul Kabir: “Para Ahli Hadits meninggalkannya, kerana dia seorang rawi munkarul hadits, serta dia termasuk rawi yang matruk kata Imam ad-Daraquthni.” (Lihat adh-Dhu’afa wa Matrukin oleh Imam an-Nasa’i (no. 512), al-Jarh wat Ta’dil (VII/80), Mizaanul I’tidal (III/341) dan Lisaanul Mizaan (IV/430).)

    HADITS KEENAM
    “Ertinya : Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rajab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rajab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”

    Keterangan: HADITS INI BATHIL

    Hadits ini diriwayatkan oleh ad-Dailamy (I/2/281) dan al-Ashbahany di dalam kitab at-Targhib (I-II/224) dari jalan Mansyur bin Yazid al-Asadiy telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Imran, ia berkata: “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, …”

    Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rajab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189))

    Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany berkata: “Musa bin ‘Imraan adalah majhul dan aku tidak mengenalnya.” (Lihat Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah (no. 1898))

    HADITS KETUJUH.
    “Ertinya : Barangsiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rajab, dituliskan baginya (ganjaran) puasa satu bulan, barangsiapa berpuasa tujuh hari pada bulan Rajab, maka Allah tutupkan baginya tujuh buah pintu api Neraka, barangsiapa yang berpuasa lapan hari pada bulan Rajab, maka Allah membukakan baginya lapan buah pintu dari pintu-pintu Syurga. Dan barang siapa puasa nishfu (setengah bulan) Rajab, maka Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah.”

    Keterangan: HADITS INI PALSU

    Hadits ini termaktub dalam kitab al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits al-Maudhu’ah (no. 288). Setelah membawakan hadits ini asy-Syaukani berkata: “Suyuthi membawakan hadits ini dalam kitabnya, al-Laaliy al-Mashnu’ah, ia berkata: ‘Hadits ini diriwayatkan dari jalan Amr bin al-Azhar dari Abaan dari Anas secara marfu’.’”

    Dalam sanad hadits tersebut ada dua perawi yang sangat lemah:

    (1). ‘Amr bin al-Azhar al-‘Ataky.
    Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.” Kata Imam Ahmad: “Dia sering memalsukan hadits.” (Periksa, adh-Dhu’afa wal Matrukin (no. 478) oleh Imam an-Nasa-i, Mizaanul I’tidal (III/245-246), al-Jarh wat Ta’dil (VI/221) dan Lisaanul Mizaan (IV/353))

    (2). Abaan bin Abi ‘Ayyasy, seorang Tabi’in shaghiir.
    Imam Ahmad dan an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits (ditinggalkan haditsnya).” Kata Yahya bin Ma’in: “Dia matruk.” Dan beliau pernah berkata: “Dia rawi yang lemah.” (Periksa: Adh Dhu’afa wal Matrukin (no. 21), Mizaanul I’tidal (I/10), al-Jarh wat Ta’dil (II/295), Taqriibut Tahdzib (I/51, no. 142))

    Hadits ini diriwayatkan juga oleh Abu Syaikh dari jalan Ibnu ‘Ulwan dari Abaan. Kata Imam as-Suyuthi: “Ibnu ‘Ulwan adalah pemalsu hadits.” (Lihat al-Fawaaidul Majmu’ah (hal. 102, no. 288).

    Sebenarnya masih banyak lagi hadits-hadits tentang keutamaan Rajab, shalat Raghaa’ib dan puasa Rajab, akan tetapi kerana semuanya sangat lemah dan palsu, penulis mencukupkan tujuh hadits saja.

    [Disalin dari kitab Ar-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Abdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M]
    _________
    Foote Note
    [1]. Zaadul Ma’aad (I/375) cet. Muassasah ar-Risalah.


    Reply #11 10 July, 2010, 04:10:34 AM
  • Publish
  • Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
    Soalan:
    Banyak kami dengari dari khatib Jumaat - terutama pada awal bulan Rejab - hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: "Rejab bulan Allah, manakala Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?
    Jawapan:
    Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: "Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan)."(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya'ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: "Kerana Sya'ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan."Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: "Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku."Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu ...  iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala ... semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:
    Maksudnya: "Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. "Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: "Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. "Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya):  "Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta."(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu. Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya...terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah "oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba ', kitab Kasful khafa ' wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith 'ala alsinati al-Nas oleh al-'Ajluni...dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya. Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.
    Wallahu a'lam
    KEPALSUAN HADIS REJAB
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Seluruh pujian hanya kepada Allah semata. Salam sejahtera kepada Nabi dan ahli keluarga beliau.
    Setiap amalan dalam Islam mesti berdasarkan kepada sumber yang sahih sahaja iaitu al-Quran dan sunnah Nabi yang asli. Umat tidak dibenarkan mengambil sebarang hadis palsu dalam urusan agama. Sebaiknya umat dapat mengenali hadis palsu mengenai amalan bulan Rejab. Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga. Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari 'Ashura' . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat  Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)
    Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)
    Rasul Allah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan. Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup. Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)
    Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.
    Wallahu a'lam.

    Sumber: Idris, Abdul Ghani Azmi, Himpunan Hadis Dha'if Dan Maudhu', jilid 1, (Kuala Lumpur, al-Hidayah: 2006).

    Reply #12 21 May, 2013, 11:53:07 AM
  • Publish
  •  :ws:
    Walaupun ada hadis yang Dhoif namun isi(matan hadis)cerita berkisar apa yang dikatakan dan dibuat oleh Nabi saw Sendiri,maka boleh diamalkan kerana Iktikad hati kita ikut sunnah cara Nabi saw..kerana kasihkan Allah dan Rasul saw...Perintah yang diikuti dan dipatuhi!!!!

    bukan yang bukan-bukan...Dhoifnya hadis  hanya pada perawi dan sanad nya..kerana sesuatu sebab -musabab tidak jelas diketahui...
    Apalah salahnya jika hal itu semua masih sekitar berkisahkan hal pribadi dan amal mulia dari Nabi saw menunjukkan Patuh Thoat pada Perintah Allah swt semata-mata...
    Koereksi/periksa diri sendiri(Hasibuu Qablaa Antuhaasabuu; Kirakanlah dirimu sebelum kamu diperkirakan/dihitung/dipersoalkan!!!) baikdiam
    Bukan macam kita macan akhir zaman pandai mengata tak serupa bikin...pekehelnyee...terkehel hati perasaan orang jeeer  pe betuul ke??? menangiis

    KELEBIHAN BULAN REJAB

    Assalam, dan selamat sejahtera. Apa khabar?  Post pada hati ini berlainan sedikit. Alhamdulilah, sudah masuk bulan Rejab, bulan mulia dalam Islam  . Mari sama-sama kita membaca tazkirah di bawah.

    Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
    Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.
    Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.
    Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.
    Ahli Jumaat sekalian,
    Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.
    Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.
    Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.
    Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
    Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
    Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
    Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
    Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
    Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
    Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
    Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
    Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
    Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
    Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya

    http://www.mohdhilmi.com/uncategorized/bulan-rejab/
    « Last Edit: 21 May, 2013, 11:55:03 AM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #13 21 May, 2013, 12:13:44 PM
  • Publish
  • hadith dhoif ngan hadis palsu same ker? lain kan??

    hadith doif boleh diguna (sebagai rujukan) jika bawa nilai2 yang baik..

    mohon pencerahan
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    Reply #14 21 May, 2013, 02:24:27 PM
  • Publish
  • cik faa 

    Hadits Mardud (Tertolak)

    Hadits yang tertolak adalah hadits yang dhaif dan juga hadits palsu. Sebenarnya hadits palsu bukan termasuk hadits, hanya sebagian orang yang bodoh dan awam yang memasukkannya ke dalam hadits. Sedangkan hadits dhaif memang benar sebuah hadits, hanya saja karena satu sebab tertentu, hadis dhaif menjadi tertolak untuk dijadikan landasan aqidah dan syariah.

    2.1 Definisi:

    Hadits Dhaif yaitu hadits yang kehilangan satu syarat atau lebih dari syarat-syarat hadits Shahih atau hadits Hasan.

    Hadits Dhaif merupakan hadits Mardud yaitu hadits yang tidak diterima oleh para ulama hadits untuk dijadikan dasar hukum.

    2.2. Penyebab Tertolak

    Ada beberapa alasan yang menyebabkan tertolaknya Hadits Dhaif, yaitu:

    2.2.1 Adanya Kekurangan pada Perawinya

    Baik tentang keadilan maupun hafalannya, misalnya karena:

        Dusta (hadits maudlu)
        Tertuduh dusta (hadits matruk)
        Fasik, yaitu banyak salah lengah dalam menghafal
        Banyak waham (prasangka) disebut hadits mu’allal
        Menyalahi riwayat orang kepercayaan
        Tidak diketahui identitasnya (hadits Mubham)
        Penganut Bid’ah (hadits mardud)
        Tidak baik hafalannya (hadits syadz dan mukhtalith)

    2.2.2. Karena Sanadnya Tidak Bersambung

        Kalau yang digugurkan sanad pertama disebut hadits mu’allaq
        Kalau yang digugurkan sanad terakhir (sahabat) disebut hadits mursal
        Kalau yang digugurkan itu dua orang rawi atau lebih berturut-turut disebut hadits mu’dlal
        Jika tidak berturut-turut disebut hadits munqathi’

    2. 2. 3. Karena Matan (Isi Teks) Yang Bermasalah

    Selain karena dua hal di atas, kedhaifan suatu hadits bisa juga terjadi karena kelemahan pada matan. Hadits Dhaif yang disebabkan suatu sifat pada matan ialah hadits Mauquf dan Maqthu’

    Oleh karenanya para ulama melarang menyampaikan hadits dhaif tanpa menjelaskan sanadnya. Adapun kalau dengan sanadnya, mereka tidak mengingkarinya

    2.3. Hukum Mengamalkan Hadits Dhaif

    Segenap ulama sepakat bahwa hadits yang lemah sanadnya (dhaif) untuk masalah aqidah dan hukum halal dan haram adalah terlarang. Demikian juga dengan hukum jual beli, hukum akad nikah, hukum thalaq dan lain-lain.

    Tetapi mereka berselisih faham tentang mempergunakan hadits dha'if untuk menerangkan keutamaan amal, yang sering diistilahkan dengan fadhailul a'mal, yaitu untuk targhib atau memberi semangat menggembirakan pelakunya atau tarhib (menakutkan pelanggarnya).

    Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim menetapkan bahwa bila hadits dha'if tidak bisa digunakan meski hanya untuk masalah keutamaan amal. Demikian juga para pengikut Daud Azh-Zhahiri serta Abu Bakar Ibnul Arabi Al-Maliki. Tidak boleh siapapun dengan tujuan apapun menyandarkan suatu hal kepada Rasulullah SAW, sementara derajat periwayatannya lemah.

    Ketegasan sikap kalangan ini berangkat dari karakter dan peran mereka sebagai orang-orang yang berkonsentrasi pada keshahihan suatu hadits. Imam Al-Bukhari dan Muslim memang menjadi maskot masalah keshahihan suatu riwayat hadits. Kitab shahih karya mereka masing-masing adalah kitab tershahih kedua dan ketiga di permukaan muka bumi setelah Al-Quran Al-Kariem.

    Senjata utama mereka yang paling sering dinampakkan adalah hadits dari Rasulullah SAW:

    Siapa yang menceritakan sesuatu hal dari padaku padahal dia tahu bahwa hadits itu haditsku, maka orang itu salah seorang pendusta. (HR Bukhari Muslim)

    Sedangkan Al-Imam An-Nawawi rahimahulah di dalam kitab Al-Adzkar mengatakan bahwa para ulama hadits dan para fuqaha membolehkan kita mempergunakan hadits yang dhaif untuk memberikan targhib atau tarhib dalam beramal, selama hadits itu belum sampai kepada derajat maudhu' (palsu).

    Namun pernyataan beliau ini seringkali dipahami secara salah kaprah. Banyak yang menyangka bahwa maksud pernyataan Imam An-Nawawi itu membolehkan kita memakai hadits dhaif untuk menetapkan suatu amal yang hukumnya sunnah.

    Padahal yang benar adalah masalah keutamaan suatu amal ibadah. Jadi kita tetap tidak boleh menetapkan sebuah ibadah yang bersifat sunnah hanya dengan menggunakan hadits yang dhaif, melainkan kita boleh menggunakan hadits dha'if untuk menggambarkan bahwa suatu amal itu berpahala besar.

    Sedangkan setiap amal sunnah, tetap harus didasari dengan hadits yang kuat.

    Lagi pula, kalau pun sebuah hadits itu boleh digunakan untuk memberi semangat dalam beramal, maka ada beberapa syarat yang juga harus terpenuhi, antara lain:

        Derajat kelemahan hadits itu tidak terlalu parah. Perawi yang telah dicap sebagai pendusta, atau tertuduh sebagai pendusta atau yang terlalu sering keliru, maka haditsnya tidak bisa dipakai. Sebab derajat haditsnya sudah sangat parah kelemahannya.
        Perbuatan amal itu masih termasuk di bawah suatu dasar yang umum. Sedangkan sebuah amal yang tidak punya dasar sama sekali tidak boleh dilakkan hanya berdasarkan hadits yang lemah.
        Ketika seseorang mengamalkan sebuah amalan yang disemangati dengan hadits lemah, tidak boleh diyakini bahwa semangat itu datangnya dari nabi SAW. Agar kita terhindar dari menyandarkan suatu hal kepada Rasulullah SAW sementara beliau tidak pernah menyatakan hal itu.


    sila klik, ibnunafis ajak faham  http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/hadith-dhaif.html

    juga di sini  http://ansarul-hadis.blogspot.com/2010/12/maksud-istilah-hadith-mursal.html


    Reply #15 21 May, 2013, 04:01:24 PM
  • Publish
  • Ewah ewah suluk sangatlah mu ni ya! panggil cik fa jer mu kunun mau tegur dan tegar
     kerana mu tahu fa tu kurang arif lah tu...

    Wali -wali Allah pun tak de sepah seranah tang Hadis-hadis ..
    .mau pakai guna silakan jika tak mau pakai guna ADAPkan..
    bukan dipersoalkan atau hentam kromoh je...semua orang...serkap jarang!!!

    akhlak mu sulukmu dalam tuntut cara penyapaian dan kuasai ilmu itu dipertikaikan!!! :'(

    Tubnaa Ilallaaah Warajaknaa Ilallah...
    Faham dan ambil Pengajaran taak? senyum*

    bukan tutuplah alalala,
    terlajak sapelalaala

     :msya:
    Lahaula WalaQuwwataillah Billahil'Aliyyil'Aziim...
    Astaghfirullahal'Aziim 100x
    La ilaha illah hantook kepalamu ke mana???  :ins: Allah swt berikan Pencerahan... :msya:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    14009 Views
    Last post 22 July, 2007, 04:04:59 AM
    by alhaudhie
    7 Replies
    1709 Views
    Last post 25 June, 2009, 10:47:32 PM
    by azim_94
    1 Replies
    1805 Views
    Last post 26 August, 2009, 10:16:59 AM
    by Ummi Munaliza