Khurafat Menurut Islam

*

Author Topic: Khurafat Menurut Islam  (Read 13199 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

12 June, 2010, 08:17:13 AM
  • Publish


  • KHURAFAT MENURUT ISLAM:
    PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM

    PENDAHULUAN

    Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya.

    DINAMISME

    Kepercayaan adanya tenaga yang tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan kata-kata.

    Tenaga yang tak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya, Kulit Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dll.

    ANAMISM

    Kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia

       1. Ruh atau anasir halus yang mempunyai kekuatan dan kehendak .

       2. Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara.

       3. Ruh org mati,gunung,sungai,batu dll.

    HINDU


    Kepercayaan kepada dewa-dewa


       1. Dewa lebih berkuasa, lebih tinggi & mulia.

       2. Penyembahan dewa lebih umum

       3. Mempunyai pekerjaan-pekerjaan tertentu

    DEFINISI KHURAFAT


    Kamus Bahasa Arab:

    (al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta

    (al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

    Kamus Dewan:

    KHURAFAT

    Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

    Kesimpulannya

    KHURAFAT

    Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

    Khurafat adalah bidah akidah

    Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

    CIRI-CIRI KHURAFAT

       1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.

       2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.

       3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.

       4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.

       5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.

       6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus .


    Sumber : Kementerian hal Ehwal Agama Brunei Darussalam
    http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_artikelislam&pg=bm_info_islam&ac=76
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 12 June, 2010, 08:20:12 AM
  • Publish

  • BENTUK-BENTUK KHURAFAT


    Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

    KERAMAT

       1. Perkara yang luar biasa.

       2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.

       3. Terjadi daripada orang salih.

       4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.

       5. Bukan dari orang fasik.

       6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.

       7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya

    TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM


    Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

    Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial.

    Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)

    JIN

       1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.

       2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini.

       3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.

       4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud

    Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas.

    Firman Allah:

    وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا

    Maksudnya

    Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)

    Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.

    Rezeki Pemberian Allah

    Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud : 6)

    Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah

    Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.

    Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.

    Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.

    Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

    Sabda Rasulullah s.a.w

    Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat.

    Reply #2 12 June, 2010, 08:22:49 AM
  • Publish

  • HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT


    Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah

    من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

    Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.


    Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

    ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمين

    Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)


    أوسحر أو سحر له

    Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.


    Sabda Rasulullah

    إن الرقى والتمائم والتولة شرك

    Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.


    من علق تميمة فقد أشرك

    Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.



    Reply #3 12 June, 2010, 10:30:35 AM
  • Publish

  • KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM

       1. MEROSAKAN AKIDAH

       2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH

       3. HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR

       4. HILANG SIKAP BERUSAHA

       5. MUDAH BERPUTUS ASA

    TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH


    Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.

    Reply #4 07 December, 2010, 11:34:50 AM
  • Publish
  •  :)
    Ummi, dalam banyak2 mimpi, mimpi yg macam mana kita nak percaya? terlalu banyak website2 tafsir mimpi..
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Reply #5 07 December, 2010, 11:52:44 AM
  • Publish
  • Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya Ar-Ruh...

    Pembahagian mimpi.

    Adapun mimpi-mimpi itu terbahagi tiga jenis:-
    1. Mimpi daripada Allah.
    2. Mimpi daripada syaitan.
    3. Mimpi daripada bicara diri.

    Dan mimpi-mimpi yang benar pula ada banyak macam-macamnya; di antaranya:
    - Suatu ilham yang dilemparkan Allah swt ke dalam hati seorang hamba, dan itu adalah suatu bicara yang diperkatakan Tuhan kepada hambaNya dalam tidur. Ini pendapat Ubadah bin Ash-Shamit dan lain-lain lagi.
    - Suatu misalan yang dirancangkan oleh malaikat mimpi yang diserahkan tugas ini.
    - Pertemuan roh seorang yang tidur dengan roh-roh  orang-orang yang sudah mati dari kaum keluarganya dan para sahabatnya, ataupun yang lain dari itu, sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini.
    - Peningkatan roh orang yang bermimpi kepada Allah swt serta pembicaraannya kepada Tuhannya.
    - Kemasukan roh orang yang bermimpi itu ke dalam syurga dan penyaksiannya terhadap taman-tamannya.

    Panjang huraiannya. Elok beli satu.

    Salah satu usaha ikhtiar nak dapat mimpi yang benar sebelum tidur, berwuduk terlebih dahulu. Elok tidur mengiring mengadap kiblat. Kemudian ada wirid-wirid dan ayat-ayat tertentu serta doa yang perlu dibaca.
    « Last Edit: 07 December, 2010, 11:54:59 AM by nazri0070 »
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #6 10 January, 2011, 03:29:48 PM
  • Publish
  • Jelasnya perkara khurafat ini membawa kearah dosa syirik yang merosakkan akidah umat islam..kerana ia melibatkan `kepercayaan'..

    Reply #7 10 January, 2011, 04:59:13 PM
  • Publish
  • contoh kurafat:

    1. tangkal azimat (pakai lilit kat pinggang, ikat di pergelangan tangan, ikat di leher, gantung di depan pintu, alang rumah, )
    selalu juga saya tengok bayi2 dipakaikan dgn benang hitam yang dijampi di pergelangan tangan atau leher (kononnye utk menghalau roh jahat)
    2. gagak bertenggek di rumah, maknenye ada petande buruk. (mempercayai haiwan tertentu membawa sial)
    3. membuang ancak rumah utk menghalau hantu
    4. mengunjungi kubur yang dianggap keramat
    dll..

    Reply #8 10 January, 2011, 06:48:32 PM
  • Publish
  • jika memakai azimat yang ada ayat quran bagaimana?dengan niat benda tersebut tidak ada apa-apa kuasa melainkan Allah s.w.t sahaja yang berkuasa.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    4655 Views
    Last post 07 February, 2013, 04:53:41 PM
    by Muhammad Ali
    4 Replies
    9424 Views
    Last post 09 January, 2010, 11:39:31 AM
    by wansiti
    8 Replies
    4300 Views
    Last post 22 June, 2014, 11:20:08 AM
    by al-baab