Perihal Solat & Penyempurnaannya.

*

Author Topic: Perihal Solat & Penyempurnaannya.  (Read 9514 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mooks

  • *
  • Posts: 801
    • View Profile
Reply #20 11 June, 2010, 04:16:40 PM
  • Publish
  • Saya sedang menulis buku tentang wudhu' dan solat bagi pesakit.

    Setahu saya la...kalau seseorang itu tidak boleh bertayammum atau berwudhu' sekalipun..dia tetap perlu solat untuk menghormati waktu... Dan solatnya wajib diqada' setelah sembuh..

    Perkara solat bukan 1 perkara yang boleh dipermudahkan sesuka hati. Ye, Islam itu mudah..tapi tak boleh sewenang-wenangnya dipermudahkan

    Wau menulis buku ttg ini? boleh2...nanti poskan ke saya satu yer...teringin nak membaca..

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #21 11 June, 2010, 04:20:58 PM
  • Publish
  • Saya sedang menulis buku tentang wudhu' dan solat bagi pesakit.

    Setahu saya la...kalau seseorang itu tidak boleh bertayammum atau berwudhu' sekalipun..dia tetap perlu solat untuk menghormati waktu... Dan solatnya wajib diqada' setelah sembuh..

    Perkara solat bukan 1 perkara yang boleh dipermudahkan sesuka hati. Ye, Islam itu mudah..tapi tak boleh sewenang-wenangnya dipermudahkan

    Wau menulis buku ttg ini? boleh2...nanti poskan ke saya satu yer...teringin nak membaca..


    InsyaAllah.
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #22 11 June, 2010, 04:28:54 PM
  • Publish
  • Jika terpaksa, tak usahlah solat ya

    tiada solat yang terpaksa

    hendaklah Ikhlas dan Redha

    aduh peliklah tuhan, kenapa ya demikian di paksakan, jadi Allah dengan keadilannya, tak ada kesusahanlah, melainkan salah terpedaya dek syaitan

    Astaghfirullah al-Azim.....

    Maksud terpaksa saudara apa disini? solat tetap wajib semampu mungkin dalam keadaan yang berbeza dan rukhshah yang berbeza...tidak ada pendapat ulama yang mengatakan tidak wajib solat bagi org terpaksa kecuali Gila, Hilang akal, dan tidak tau serta masih dalam keadaan kafir.

    Ini merupakan Ijmak, barangsiapa keluar dari ijmak maka dia dihukum kafir...

    So saya harap tuan faham dan tidak sembarangan...

    Allah senantiasa adil, tapi bagaimana manusia saja yg menafsirkan adil yg dimaksud dengan nama Allah.. Contoh, Allah adil, apakah ketika Allah menciptakan manusia dan dia juga mentakdirkan manusia untuk menjadi kafir kita mengatakan bahwa Allah tidak adil?? padahal orang kafir tadi jelas2 akan masuk neraka, ia juga ciptaan Allah dan dia juga kafir kerana takdir dari Allah juga kan?? apakah dalam kasus ini kita berkara Allah tidak adil??

    So saudara dol_bendol tolong ya pakai kaedah2 yg ilmiah...dan Ummi serta moderator tolong tgkkan sikit dol ini, saya dah lama kata dia ni memang pelik....kalau dia tetap konsisten dengan pendapat dia ini, na'uzubillah..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #23 11 June, 2010, 04:34:13 PM
  • Publish
  •  

            SEMBAHYANG ORANG SAKIT

            (Bilangan 123  Bahagian Akhir) 


            Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
            `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

         

        Imam Orang Yang Mendapat Keuzuran


        Menurut pendapat Imam As-Syafie, harus bagi orang yang berdaya untuk berdiri (orang yang tiada keuzuran pada membuat rukun fi‘li sembahyang) berimamkan orang yang bersembahyang duduk. Begitu juga harus bagi orang yang bersembahyang duduk berimamkan orang yang bersembahyang merusuk (seperti kedudukan mayat di liang lahat). Dan orang yang berdaya melakukan rukuk dan sujud berimamkan orang yang berisyarat pada melakukan rukuk dan sujud.

        Sekalipun demikian, apabila orang yang sihat melakukan rukun-rukun fi‘li itu mengikuti imam yang ada keuzuran dalam melakukan rukun-rukun tersebut, maka tidak harus bagi makmum yang sihat itu menyamai perbuatan imam yang ada keuzuran pada meninggalkan rukun fi‘li sembahyang seperti berdiri, duduk, rukuk atau sujud. Sebagai contoh, imam yang bersembahyang duduk disebabkan ada keuzuran dan makmum yang berdaya berdiri, tidak boleh duduk sebagaimana imam tersebut duduk.

        Keharusan ini telah pun disebutkan dalam beberapa buah hadis, di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata:

        Maksudnya: "Ketika sakit Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertambah berat, datang Bilal untuk memberitahu Baginda untuk mengerjakan sembahyang.

        Maka Baginda bersabda: "Suruhlah Abu Bakar agar mengimami orang ramai."

        Saya (‘Aisyah) berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu (sembahyang), nescaya tidak akan terdengar oleh orang ramai. Kenapa engkau tidak menyuruh ‘Umar saja?"

        Baginda bersabda: "Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang."

        Maka saya pun mengatakan kepada Hafshah agar dia mengatakan kepada Baginda, kataku kepadanya: "Sesungguhnya Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu (sembahyang), nescaya tidak akan terdengar oleh orang ramai, kenapa engkau tidak menyuruh ‘Umar saja?"

        Baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu adalah (macam) sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang."

        Ketika (Abu Bakar) sudah masuk sembahyang, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merasakan dirinya pulih sedikit. Maka Baginda bangun dengan bantuan dua orang lelaki dan kaki Baginda mengheret ke tanah sehingga masuk ke masjid. Ketika Abu Bakar mendengar bahawa Baginda datang, dia mencuba untuk berundur tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi isyarat kepadanya untuk tetap sembahyang. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Abu Bakar bersembahyang berdiri dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang duduk. Abu Bakar mengikuti sembahyang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan orang ramai mengikuti sembahyang Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu."    (Hadis riwayat Bukhari)

        Menurut pendapat Imam As-Syafie lagi, sunat dan afdhal bagi imam yang tidak berdaya untuk berdiri meminta ganti (istikhlaf) kepada makmum yang berkemampuan untuk berdiri. (Majmuk: 4/161)

        Penutup

         

        Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa sembahyang lima waktu adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Selagi seseorang itu berakal kewajipan sembahyang tetap dituntut sekalipun dalam keuzuran atau masyaqqah atau sakit, dikerjakannya juga mengikut keupayaannya.

         

        Oleh yang demikian itu, kerjakanlah sembahyang fardhu lima waktu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, kerana mengerjakannya adalah suatu kejayaan yang besar. Manakala meninggalkannya pula adalah berdosa besar dan hukumannya amat berat sehingga orang itu boleh dibunuh jika dia enggan mendirikan sembahyang dan tidak mahu bertaubat. Di antara kelebihan sembahyang selain yang dinyatakan terdahulu ialah sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

        Maksudnya: "Sembahyang lima waktu itu telah diwajibkan Allah ke atas hambaNya, maka sesiapa melaksanakannya, sedangkan dia tidak pernah mensia-siakan daripadanya sesuatu pun kerana meringankan kewajiban itu, nescaya baginya di sisi Allah suatu perjanjian untuk memasukkannya ke syurga. Dan sesiapa yang tidak melaksanakannya maka tidak ada baginya di sisi Allah suatu perjanjian. Jika Dia mahu, di azabnya, dan jika Dia mahu, di masukkannya ke syurga."    (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa’i, Malik dan Ibnu Hibban)

         
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #24 11 June, 2010, 04:38:52 PM
  • Publish

  • "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, Oleh itu sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

    Berdasarkan maksud ayat tersebut menunjukkan bahawa sembahyang adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Sekali gus sembahyang merupakan tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

    Dengan bersembahyang juga ia boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan dosa, oleh itu sembahyang lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis maksudnya :

    "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sembahyang lima waktu dan Sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu selama dijauhinya dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Imam Muslim)

    Selain itu, sembahyang juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk dan mengikut segala rukun-rukunnya mencegah orang yang mengerjakannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al 'Ankabuut ayat 45 tafsirnya :

    "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar faedahnya dan kesannya. Dan ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".

    Seterusnya sembahyang juga memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Sesungguhnya kehidupan orang yang memelihara sembahyang jauh berbeza dengan orang yang meninggalkannya. Orang yang memelihara sembahyang, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mu'minuun ayat 1-2 tafsirnya :

    "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya".


    Sesungguhnya ibadat sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah Subhanahu Wata'ala kerana Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah menerimanya secara langsung daripada Allah Subhanahu Wata'ala di 'Sidratulmuntaha' dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah ibadat sembahyang ini adalah berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain seperti ibadat puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam. Ini menunjukkan bahawa ibadat sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

    Oleh itu, sesiapa yang meremeh-remehkan dan mensia-siakan tentang ibadat sembahyang mereka itu adalah merupakan golongan yang sesat. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Maryam ayat 59 tafsirnya :

    "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat, maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka".

    Abdullah bin Abbas Radiallahuanhuma berkata maksud mensia-siakan sembahyang bukanlah meninggalkan sembahyang sama sekali, tetapi melewatkan dari waktunya umpamanya mereka melaksanakan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar, sembahyang Asar di dalam waktu Maghrib, sembahyang Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta sembahyang Subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama 'Al-Ghai'a di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Jika mengerjakan sembahyang fardu di luar waktu sudah sebegini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersembahyang fardu sama sekali.

    Justeru itu, melaksanakan sembahyang fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan.


    Marilah kita sama-sama mentaati perintah Allah Subhanahu Wata'ala dengan menunaikan sembahyang agar kehidupan seharian kita akan sentiasa aman bahagia kerana dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar. Dan seterusnya akan menyelamatkan negara dari malapetaka dan bencana. Amin Ya Rabbal'alamin.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Kautsar ayat 1-2 tafsirnya :

    "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".




    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #25 11 June, 2010, 04:45:48 PM
  • Publish
  • atas sebab2 yang tertentu kalau dah terdesak dan darurat takde tempat lain nak solat......tak salah pun nak solat dalam bilik air.....asalkan tempat nak solat tu bersih dari najis yang ain (nampak dengan mata kepala fizikal, warna serta bau najis tu).....kalau lantai kering pun takpe.....kalau basah pun okey takpe......yakin saja.....jangan ada was-was lagi.....dan lagi, kalau takde sejadah atau kain nak buat lapik solat.....memadai lapik tempat dahi nak sujud tu dengan sapu tangan atau tisu aje pun boley.....

    lagi satu pasai bacaan Al-Quran tu, baca lah sekadar dengar telinga kita sendiri saja......tak jatuh atas kesalahan kita baca lafaz sebab bacaan tu dah tertanggung atas wajib solat tu.....so wajib la baca.....takkan solat tak baca ayat Al-Quran pula kan.....

    yang dikatakan dibolehkan solat dalam bilik air ni sebab tadi tu la.....SEBAB DAH TERDESAK DAN DARURAT.....takde sebab diri sengaja nak solat bilik air tu......mesti la sebab lain.....seperti macam ummi kata tadi tu......sebab muallaf yang menyembunyikan keislaman nye dari keluarga yang masih belum islam, sebab terkurung dalam bilik air sampai seharian, disebabkan peperangan dan keganasan, disebabkan ketakutan lain etc.....

    bilik air tu memang la ada yang kata tempat makhluk halus seperti syaitan dan jin duduk bertenggek kat situ.....tapi adakah masa kita ada dalam tu, makhluk2 tu ada juge?.....kalau kita baca doa mohon perlindungan dari syaitan jantan dan syaitan betina sebelum dari masuk bilik air tersebut mesti la depa lari keluar dulu atau kita terlindung dari gangguan makhluk2 tu kan......insyaAllah ada perlindungan dari Dia atas doa tu.....so kita pegang pedoman kat situ saja sudah la kan.....

    niat menghalalkan cara?.....tak juge.....dalam kes solat dalam bilik air tu, bukan lah kita sengaja berniat pun nak solat kat dalam situ....bila sudah terpaksa dan darurat.....dah jatuh wajib pada niat dan pada cara.....kena buat juge walau takde cop halal pun.....takkan nak qadha solat pula kan.....sedangkan kita maseh lagi di dalam lingkungan sedar lagi masa tu (bukan tertidur atau terlupa).....kalau ikut hakikat nye pun, kita serahkan dan pulangkan saja KETERPAKSAAN DAN DARURAT itu kepada penilaian Allah itu sahaja.....

    sekian.... ceria*

    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #26 11 June, 2010, 04:46:53 PM
  • Publish

  • Bagaimana dengan hadas besar? Ketika pembedahan dijalankan, dia masih lagi dalam keadaan haid. 2 hari selepas itu, darah haidnya kering, dan dia bertayamum. Bertanyamum kerana keadaan diri yang uzur, tidak boleh bangun, (walaupun untuk duduk) saluran urine masing terpasang, dan kantung plastik urine bergantung disisi katil. Tambahan banyak tiub-tiub masih terpasang ditubuh badan.

    Disebabkan berpegang kepada solat wajib kepada setiap mukalaf, berakal dan sedar, maka dengan bertanyamum mengangkat hadas besar. Setelah itu baru dikerjakan solat. Jika menunggu boleh bangun, katakan 2 minggu terlantar, tidak bersolat, pasti jiwa resah dan gelisah. Diri terasa kotor dan tidak boleh membaca quran. Mohon pencerahan...

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #27 11 June, 2010, 04:51:47 PM
  • Publish

  • Bagaimana dengan hadas besar? Ketika pembedahan dijalankan, dia masih lagi dalam keadaan haid. 2 hari selepas itu, darah haidnya kering, dan dia bertayamum. Bertanyamum kerana keadaan diri yang uzur, tidak boleh bangun, (walaupun untuk duduk) saluran urine masing terpasang, dan kantung plastik urine bergantung disisi katil. Tambahan banyak tiub-tiub masih terpasang ditubuh badan.

    Disebabkan berpegang kepada solat wajib kepada setiap mukalaf, berakal dan sedar, maka dengan bertanyamum mengangkat hadas besar. Setelah itu baru dikerjakan solat. Jika menunggu boleh bangun, katakan 2 minggu terlantar, tidak bersolat, pasti jiwa resah dan gelisah. Diri terasa kotor dan tidak boleh membaca quran. Mohon pencerahan...


    dalam hal ni....pesakit kena tetap solat...untuk menghormati waktu solat. Setelah sembuh, pesakit kena qadha'kan solat tadi... Ini berdasarkan apa yang saya baca dalam buku panduan solat bagi pesakit. Wallahu'alam

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #28 11 June, 2010, 04:52:27 PM
  • Publish
  • Saya sedang menulis buku tentang wudhu' dan solat bagi pesakit.

    Setahu saya la...kalau seseorang itu tidak boleh bertayammum atau berwudhu' sekalipun..dia tetap perlu solat untuk menghormati waktu... Dan solatnya wajib diqada' setelah sembuh..

    Perkara solat bukan 1 perkara yang boleh dipermudahkan sesuka hati. Ye, Islam itu mudah..tapi tak boleh sewenang-wenangnya dipermudahkan

    bagus tu kalau nak tulis buku....

    kalau nak terbit buku....boley contact aku.....buku diterbitkan under UPENA UiTM.....

    kalau sesiapa pun berminat, boley saja....

     ceria*


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #29 11 June, 2010, 04:58:46 PM
  • Publish


  • Solat menghormati waktu ketika kita tidak mampu mengangkat hadas kecil seperti berwuduk atau bertayamum, tidak mengetahui arah qiblat...

    Bagaimana jika kita mampu bertayamum , boleh menghadap qiblat dan boleh mengerjakan solat dengan isyarat mata? Adakah ini dikira solat menghormati waktu?

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #30 11 June, 2010, 05:03:22 PM
  • Publish


  • Solat menghormati waktu ketika kita tidak mampu mengangkat hadas kecil seperti berwuduk atau bertayamum, tidak mengetahui arah qiblat...

    Bagaimana jika kita mampu bertayamum , boleh menghadap qiblat dan boleh mengerjakan solat dengan isyarat mata? Adakah ini dikira solat menghormati waktu?

    Kalau keadaan kita ketika itu suci daripada sebarang najis, kantung urine dan sebagainya...maka solatlah...

    yang dikatakan solat menghormati waktu ialah apabila ada anggota wajib wudhu' atau tayammum seperti muka tidak boleh disucikan.. dan pesakit berada dalam keadaan hadas..(akibat beg urine dan sebagainya..

    tapi kalau dah suci daripada najis..dan mampu solat hatta dengan isyarat mata..maka, bolehlah solat seperti biasa.

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #31 11 June, 2010, 05:13:11 PM
  • Publish

  • Bagaimana dengan hadas besar? Ketika pembedahan dijalankan, dia masih lagi dalam keadaan haid. 2 hari selepas itu, darah haidnya kering, dan dia bertayamum. Bertanyamum kerana keadaan diri yang uzur, tidak boleh bangun, (walaupun untuk duduk) saluran urine masing terpasang, dan kantung plastik urine bergantung disisi katil. Tambahan banyak tiub-tiub masih terpasang ditubuh badan.

    Disebabkan berpegang kepada solat wajib kepada setiap mukalaf, berakal dan sedar, maka dengan bertanyamum mengangkat hadas besar. Setelah itu baru dikerjakan solat. Jika menunggu boleh bangun, katakan 2 minggu terlantar, tidak bersolat, pasti jiwa resah dan gelisah. Diri terasa kotor dan tidak boleh membaca quran. Mohon pencerahan...


    dalam hal ni....pesakit kena tetap solat...untuk menghormati waktu solat. Setelah sembuh, pesakit kena qadha'kan solat tadi... Ini berdasarkan apa yang saya baca dalam buku panduan solat bagi pesakit. Wallahu'alam

    suatu kisah, nabi pernah berasa lucu dan senyum sebab ada sahabat yang berguling2 di atas tanah kerana niat mengangkat hadas besar....Nabi kata, cukup sekadar niat mengangkat hadas besar dan bertayamum pada dua anggota iaitu muka dan tangan.....tak payah kena berguling2 untuk meratakan debu2  tanah tu kat keseluruhan badan macam mandi hadas besar pula.....gitu la lebih kureng cerita tu......

    solat itu wajib.....dalam uzur dan sedar, wajib dirikan walau dengan isyarat gerak mata.....keadaan itu (berada dalam hadas besar ketika dalam pembedahan dan masih dalam keuzuran ketika sedar dan terlantar di katil pembaringan)......walaupun begitu, wajib kita dirikan juge solat itu.....step by step.....tetapi sebaik nye, kantung najis tadi tidak terikat pada diri kita.....kerana najis tersebut sudah keluar tubuh badan kita.....masalh ni ada khilaf nye, contoh....seseorang yang bersolat sambil 'memijak' tali yang bersambung dengan kolar anjing.....sah solat nya.....sedangkan, yang tidak boleh nya dan batal solat nya ialah tali tersebut 'terikat' pada kaki org yang bersolat itu.....kerana anjing itu termasuk dalam kategori najis.....

    kesimpulan nye, kantung urine itu boley lah dikatakan terikat kerana, bersambung dengan salah satu anggota kita tubuh badan kita.....begitu juge kantung darah yang keluar dan kantung darah yang masuk.....
     


    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #32 11 June, 2010, 05:19:26 PM
  • Publish

  • Bagaimana dengan hadas besar? Ketika pembedahan dijalankan, dia masih lagi dalam keadaan haid. 2 hari selepas itu, darah haidnya kering, dan dia bertayamum. Bertanyamum kerana keadaan diri yang uzur, tidak boleh bangun, (walaupun untuk duduk) saluran urine masing terpasang, dan kantung plastik urine bergantung disisi katil. Tambahan banyak tiub-tiub masih terpasang ditubuh badan.

    Disebabkan berpegang kepada solat wajib kepada setiap mukalaf, berakal dan sedar, maka dengan bertanyamum mengangkat hadas besar. Setelah itu baru dikerjakan solat. Jika menunggu boleh bangun, katakan 2 minggu terlantar, tidak bersolat, pasti jiwa resah dan gelisah. Diri terasa kotor dan tidak boleh membaca quran. Mohon pencerahan...

    Begini ummi, menurut 3 mazhab selain Hanafiyah, tayammum adalah sesuci yang sifatnya terpaksa (بدل ضروري). maka secara hakiki ia tidak menghilangkan hadas besar maupun kecil, tapi hanya membolehkan melakukan sesuatu yg dilarang ketika hadas. misalnya, wudlu menjadi syarat solat. ketika tayamum maka dia boleh solat tapi dia tetap dikira berhadas. sebab itu dalam niat tayamum wajib niat listibahati al-sholat atau lainnya seperti orang yang habis haid nak mandi tak de air, lalu suami ajak melakukan sex. Maka dia boleh bertayamum untuk membolehkan dia melakukan sex.

    Dalam hal solat, mazhab syafi'i solat fardhu hanya boleh bagi satu tayammum. sedangkan sunnat pula boleh berkali2. jadi dia harus bertayamum lagi ketika masuk waktu solat berikutnya. sedangkan maliki hampir sama dgn syafi'i tapi kalau solat fardhu didahulukan dia boleh menyusul dengan satu solat sunnat tanpa mengulang tayamum.

    KHUSUS KASUS DI ATAS

    Bagi kasus ummi, dia dalam keadaan tidak mampu untuk solat karena dua hal yang penting: 1) tidak mampu wudlu atau mandi sebab ada banyak perkara yang lekat ditubuhnya sehingga menghalang terkenanya air pada kulit. 2) tidak mampu menghilangkan najis kerana dia terpaksa membawa semua tube2 yg bercampur dgn darah yg jelas najis misalnya. TAPI apa yang pasti, dia dapat menemukan air.

    So dalam kasus ini ulama majority berpendapat boleh bertayamum. dia termasuk dari orang yang berhak bertayamum, asalkan tanah itu dapat terkena pada kulit yg menjadi bagian wajib tayamum yaitu wajah dan kedua tangan. dan ini tidak wajib mengulang solat dengan tayamum berpegang pada pendapat Malikiyyah dan majority. sedangkan pendapat Syafi'iyyah wajib mengulang solat ketika sehat sebab dia tidak dalam keadaan safar atau tidak adanya air.

    Sedangkan kalau ada infuse yang menghalang terkenanya tanah pada anggota yg wajib ia digolongkan sebagai golongan yang memiliki pembali (صاحب الجبيرة). dalam hal ini, dia cukup mengusap di atas pembalut tersebut atau tube tersebut dan solat. bagi mazhab Hanafi dan Maliki. sedangkan Syafi'i wajib mengulang solat sebab pembalut berada pada anggota tayammum.

    So dalam hal ini secara keseluruhan, saya mengajak memakai mazhab Maliki sebab ia lebih mudah diikuti dalam hal suci ini. Ya boleh bertayammum, dengan niat supaya boleh solat lalu utk satu fardhu, dan tidak perlu mengulang solat.

    Semua ini saya ambil dari al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #33 11 June, 2010, 05:26:52 PM
  • Publish

  • Terima kasih Saudara Mooks, pencerahan yang bagus bagi seseorang yang pernah menghadapinya dan mungkin juga sesiapa yang tidak disangka terpaksa menghadapinya...

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #34 11 June, 2010, 05:36:11 PM
  • Publish
  • Saudara mooks,
    boleh saya tahu apa itu 5 muhafazat syara'? syukron
    ~ Begin with the End in Mind ~

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #35 11 June, 2010, 05:41:22 PM
  • Publish
  • Macam mana nak solat lihurmati waqti ye? apa contoh keadaannya selain tiub urine terpasangn pada badan? adakah solat lihurmati waqti ini boleh dilakukan dalam kes musafir yang tidak menjumpai tempat solat, atau pemandu bas yang tidak mahu berhenti untuk solat? solat lihurmati waqti ini tak perlu untuk wudhu' kan? syukron
    « Last Edit: 11 June, 2010, 05:43:19 PM by msa »

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #36 11 June, 2010, 05:48:22 PM
  • Publish
  • ada ke bas yang tak berhenti melepasi dua solat qasar?....

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #37 11 June, 2010, 05:50:14 PM
  • Publish
  • ada ke bas yang tak berhenti melepasi dua solat qasar?....

    Bas yang tak berhenti untuk solat subuh...berhenti sebelum masuk subuh dan berhenti selepas waktu subuh untuk sarapan...saya pasti ada yang hadapi situasi ini...

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #38 11 June, 2010, 05:58:14 PM
  • Publish
  • wajib kita pi cakap dengan driver jahil murakab tu....."encik, kami nak solat Subuh jap".....

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #39 11 June, 2010, 06:11:41 PM
  • Publish
  • Saudara mooks,
    boleh saya tahu apa itu 5 muhafazat syara'? syukron

    Agama, jiwa, akal, nasab, harta.

    Macam mana nak solat lihurmati waqti ye? apa contoh keadaannya selain tiub urine terpasangn pada badan? adakah solat lihurmati waqti ini boleh dilakukan dalam kes musafir yang tidak menjumpai tempat solat, atau pemandu bas yang tidak mahu berhenti untuk solat? solat lihurmati waqti ini tak perlu untuk wudhu' kan? syukron

    perlu saudari tau apa itu solat li hurmati al-waqti dulu..banya org salah faham dan menuduh syafi'iyyah mengadakan solat baru dan menuduh ini bid'ah. sebenarnya solat li hurmati al-Waqti adalah bermakna solat yg dilakukan untuk menghormati waktu. ini bukanlah solat baru atau sebuah praktek baru dan lain2. tapi ia adalah sebuah solat yg dilakukan dengan alasan menghormati waktu. disebabkan itu ada huruf "lam" yang berarti kerana.

    Yang dimaksud secara bentuk solatnya ia adalah apapun solat yang dilakukan ketika syarat dan rukun solat ini ada yang tidak dapat dipenuhi secara tamam maupun bukan bagian dari rukhshah (keringanan) menurut mazhab syafi'i. Akan tetapi, melihat solat itu wajib pada waktunya, apakah karena kita tidak dapat melakukan solat lalu kita otomatis tak solat sebagaimana DOl-Bendol katakan?? jawabnnya tidak. Kita tetap wajib solat dan disebut lihurmati al-waqt. demi menghormati waktu solat. nanti kita mengulang kembali ketika sudah dalam keadaan normal.

    Secara praktek kalau ada orang naik kapal terbang pi UK 14 jam flight. di situ dia susah nak wudlu bukan karena tak de air tapi dia anggap susah. dan dia tidak dapat bertayamum sebab mana nak cari debu atas plane. dalam hal ini, mazhab syafi'i berpendapat solat dia tidak akan sah kecuali dia solat tamam. tapi dia merasa susah dan susah ini bukanlah bagian dari yg diperkenankan dapat rukhshah. maka dia tetap solat semampunya, seperti tanpa wudlu, cukup duduk, tidak menghadap kiblat. nanti ketika sudah sampai di London Maka ulangilah solatnya. (tapi perlu saya warn kalau orang WAHABI tak suka ketentuan ini dan berpendapat bahwa ini bid'ah). Agar menghilangkan salah faham dari puak wahabi ini, perlu anda tau bahwa solat ini bukan berarti kita membuat solat baru. tapi ia hanya sebagai alasan. oleh itu, ada ulama berpendapat tidak perlu dimasukkan dalam niat seperti li hurmati al-waqti.

    Keuntungan solat lihurmati al-Waqti adalah menurut mazhab Syafi'i, seumpama dia meninggal sebelum sampai London, tapi dia sudah solat li hurmatil waqti maka dia dianggap sudah melakukan solat dihadapan Allah dan dia tidak ada hutang solat. tapi kalau dia selamat maka dia wajib mengulang solat.

    Rujukan buka kitab2 furu' syafii macam tuhfah..

    ( قضى ) أي : ثبتت في ذمته وإنما يعيد بالفعل عند ظهور الصواب فلو لم يظهر له الصواب وضاق الوقت صلى لحرمة الوقت كالمتحير شوبري ا هـ بجيرمي قول المتن
    « Last Edit: 11 June, 2010, 06:14:20 PM by mooks »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    21 Replies
    9972 Views
    Last post 18 November, 2009, 02:42:40 PM
    by HambaHina
    32 Replies
    13907 Views
    Last post 13 December, 2011, 03:54:37 PM
    by amar alKhatab
    1 Replies
    1156 Views
    Last post 05 July, 2009, 01:20:09 AM
    by dol_bendol