Hukum amalan seseorang yang tidak menutup aurat

Author Topic: Hukum amalan seseorang yang tidak menutup aurat  (Read 4747 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 June, 2010, 05:55:20 PM
  • Publish
  • SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?

    JAWAPAN:

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

    Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

    Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

    Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    Reply #1 10 June, 2010, 11:23:59 AM
  • Publish

  • Allah s.w.t akan membalas dosa kamu walaupun seberat zarah dan Allah s.w.t juga akan membalas kebaikan kamu walaupun seberat zarah...

    Reply #2 08 November, 2012, 12:38:15 PM
  • Publish
  • SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?

    JAWAPAN:

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

    Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

    Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

    Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.


    Ermm,saya pun sama macam fayah... :-(

    Reply #3 07 January, 2016, 02:45:50 PM
  • Publish
  • Menutup Aurat, dan berpakaian Taqwa itu lebih baik, adalah Fardhu Ain
    Berdiam dalam Rumahmu lebih baik wahai ahli rumah -(Q33:33)

    Semua itu lebih utama daripada lain lain amalan, kerana itu apabila hendak melakukan, atau mendirikan Ibadah, wajib lah menutup aurat, sedar diri dan Islam,

    Diseru agar setiap peribadi, masuklah ke Islam secara Keseluruhan, berserah dirimu bulat bulat kepada Allah, fahamilah, bukan waktu tertentu saja kena , sebaliknya sepanjang masa lah berpakaian taqwa, subhanAllah

    divider3
    halaqahforum4