Seorang suami dengan wanita bukan muhrim

*

Author Topic: Seorang suami dengan wanita bukan muhrim  (Read 5581 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

melati_ungu

  • *
  • Posts: 5
    • View Profile
05 June, 2010, 08:25:59 AM
  • Publish
  • Saya ingin bertanya, bagaimanakah adab hubungan seorang suami dengan wanita bukan muhrim?

    Jika seorang suami suka mencari kenalan wanita, minta nombor telefon, berbalas mesej..tapi katanya dia suka ramai kawan, just kawan biasa je.. bagaimana?

    Jika seorang suami suka menumpang kereta rakan wanita sepejabat, bagaimana?

    Umm Abdul Raouf

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #1 05 June, 2010, 08:46:01 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum..
    Bagi saya seorang suami tidak perlu menjadikan wanita lain sebagai kawan walaupun sebagai kawan biasa. Tidak ada alasan yang munasabah wanita tersebut menjadi kawan, dan tidak ada perkara yang perlu dibincangkan antara mereka kecuali hal2 yang melibatkan kerja. Cukuplah isterinya sahaja teman wanita tempat meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.
    Tentang menumpang kereta wanita lain sebaiknya dielakkan, kalau sisuami tidak mempunyai kenderaan gunakanlah kenderaan awam. Jangan jadikan alasan tidak memiliki kenderaan untuk menumpang dgn wanita bukan muhrim.
    Wallau alam..

    voda

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Reply #2 05 June, 2010, 10:55:06 AM
  • Publish
  • tak salah kalau niat kita elok tetapi harus lihat hukum dan keaadan pada masa itu
    tetapi kalau lihat keadaan skrg lebih baik kita elakkan takut menjadi hal melibatkan orang ketiga syiatan

    medyyna

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #3 06 June, 2010, 12:16:33 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum
    Saya berpendapat dlm hal ini bnyk perkara tk blh dipandang remeh krna kewajipan sbg muslim takkira lelaki @ wanita adalah mnjag kehormatan,maruah
    harga diri demi agama Islam dgn niat krn Allah.Justeru itu apabila berurusan tanyalh pada diri nawaitu adakh krn Allah @ suka2 sbb yg suka2 ni kena ingat
    keburukannya ada 9 dlm 10.Kita bukan sja kena jaga maruah tp juga kena jaga pandangan orang lain spya tdk menimbulkn fitnah.

    Jangan bezakn lelaki dgn perempuan krna sama aje di sisi Allah swt dlm segala urusan.Tidak ada istilah lelaki blh ambil n berkawan dgn wanita sbg kawan
    biasa tp hakikatnya lelaki sendiri  tdk mahu isterinya berbuat demekian.So prinsipnya senang 'jangan buat perkara yang kita taksuka orang lain buat kt kita
    .klu kita rasa sakit hati,cemburu, dsbg tentulah pasangan kita juga demikian.Tegarkah kita setlh mengaku hidup bersama,cinta sehidup semati tp asyik
    melukakan hati pasangan kita.

    So dlm menjalani kehidupan Allahswt maha melihat akan apa kita kerjakan dan setiap perbuatan yg tdk mendpt keredhaannya akn mendapat balasan samada
    atas dunia 2 akhirat kelak.Orang berani buat sebab tak nmpk Allahswt kat mana,suka @tak suka apa kita buat,tak nmpk balasannya macamana.Oleh itu cintailah
    Allah swt,rasa takut dgn Allah dgn beriman dgnNya dan takutkan balasan2 yg Allah janjikan seperti yg disebut dlm Alquran.Klu iman dan taqwa cukup kuat insyallah
    kita akn sentiasa beringat dan dilindungi.

    Kesimpulannya, tkyh lah nk sibuk berkawan dgn yg bkn muhrim,di luar ke,facebook ke,nk tumpang kereta ke,kt mana2 pun takde faedah apapun malahan risikonya
    cukup tinggi.Pengecualian sesuatu itu berlaku hnya dgn niat krn Allah swt spt dlm kecemasan dsbgnya.
    Jangan diikut krn ia bukan 'Budaya Orang Islam Yang Sebenar'.Nauzubillah.Harap dpt beri sedikit panduan n info kpd semua tkkira lelaki mahupun wanita.wasalam

    melati_ungu

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #4 06 June, 2010, 08:38:35 AM
  • Publish
  • si isteri itu rasa tertekan sebab dia sedang usaha menjadi isteri soleheh. Suaminya baik dari segala segi tapi yang tu satu memang dia x boleh tinggalkan. dia memang suka berkawan dengan perempuan. sedangkan si isteri terlalu manjaga pergaulan, menundukkan pandangan dan tidak sewenang-wenangnya memberi no telefon kepada orang lain, tidak menerima lelaki menjadi teman facebook melainkan rakan sekolah dulu yang dikenali sebelum kawin.

    sekarang isteri itu rasa fed up kerana dia seorang yang berusaha tetapi suaminya tidak..sejak dulu sampai sekarang, memang begitu..selalu bergaduh sebab ini. dulu rakan perempuan jenis yang hantar email dan mesej rindu (rindu kawan2), padahal x penah jumpa, member chat... kalau tegur, jadi bergaduh sbb suaminya tuduh dia tegur sebab cemburu semata2, padahal isterinya memang niat nak tegur kerana Allah..


    melati_ungu

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #5 06 June, 2010, 08:40:00 AM
  • Publish
  • sekarang isterinya rasa malas dah nak usaha jadi solehah. jadi biasa je lah..

    nak jugak bagi no tepon kat orang (kawan biasa je).

    kepimpinan melalui teladan.

    mukminwannabe

    • *
    • Posts: 24
      • View Profile
    Reply #6 06 June, 2010, 10:04:43 AM
  • Publish
  • sekarang isterinya rasa malas dah nak usaha jadi solehah. jadi biasa je lah..

    nak jugak bagi no tepon kat orang (kawan biasa je).

    kepimpinan melalui teladan.

    hmmh...jadilah soleh dan solehah kerana Allah.... Mengapa pilih untuk berputus asa, .... usahalah untuk istiqamah dalam mentaati Allah...
    peringatan terutamanya buat diri saya dan juga peringatan buat sahabat2... :8)


    khairuddin

    • *
    • Posts: 219
      • View Profile
    Reply #7 06 June, 2010, 10:09:15 AM
  • Publish
  • Berhijrahlah kerana ALLAH S.W.T.. Bukan kerana manusia. Bawa pasangan kita untuk sama-sama mendalami ilmu agama
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    "Berusahalah kamu seperti mana kamu akan hidup untuk selama-lamanya. dan beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati pada keesokan hari."

    melati_ungu

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #8 06 June, 2010, 11:45:06 AM
  • Publish
  • suaminya itu sebenarnya seorang yang kuat agama juga..selalu ke masjid dan tidak meluangkan masa dengan benda tidak berfaedah. cuma hobinya yg satu ini lah yg dia tak boleh tinggal..suka tambah kenalan wanita. lps dpt no telefon, add kat facebook pula. kemudia dpt la tgk wajah wanita2 itu..ok ke mcm tu..niat nak berkawan sahaja, tapi si isteri pula tak boleh buat begitu.


    melati_ungu

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #9 06 June, 2010, 11:47:17 AM
  • Publish
  • jika anda seorang isteri di sini, yg sgt jaga diri untuk suaminya, apa rasanya jika suami begitu?

    jika anda seorang suami pula, adakah anda rasa tindakan suami itu betul dan berfaedah?

    bukankah kita kena tinggalkan perkara2 yg tidak berfaedah?

    florafauna

    • *
    • Posts: 487
      • View Profile
    Reply #10 06 June, 2010, 11:55:30 AM
  • Publish
  • salam.
    lorr..niat nak berkenalan??hemmm..matlamat tidak menghalalkan cara. apa pekdahnya menambahkan kenalan wanita?kenalan lelaki tak boleh ke?..
    tak boleh la macam tu. nak tambah kenalan tak semestinya perempuan. si suami boleh cari kenalan lelaki. tabiat apa ni?

    batu laut

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #11 06 June, 2010, 01:10:48 PM
  • Publish
  • salam..
    mm..rumit jugak hal macam ni bila kena pada batang hidung sendiri..agaknya lah

    lelaki bersama dengan wanita bukan muhrim..
    kenapalah nak melenting dan melatah cepat sangat..

    bagaimana kita tukar 'isteri bersama dengan lelaki bukan muhrim pulak..'

    dalam hidup berumahtangga bukan lagi 'harus' tapi mesti..
    mempercayai dan menghormati antara satu sama lain..tolak ansur dan terus terang..
    cemburu itu juga mesti..tapi biar bertempat dan kukuh sebabnya..

    mesti juga ada sikit dalam hati jika tak mampu banyak, sifat redho..
    jika berani hilang sesuatu yang kita paling sayang, kita tidak akan kehilangan
    jika kita betul-betul sayangkan suami atau isteri..kita kena berani lepaskan..
    lepaskan dengan sepenuh hati dan ikhlas..pasti kita akan tenang

    tapi..ada tapinya..
    cakap memang senang..:senyum:

    cuba kita jangan terlalu menekan diri dengan wasangka..
    jiwa atau batin kita juga yang rosak

    tenang aja..
    bagi aje keizinan jika suami atau isteri nak berkawan..
    cuma kita kenalah pandai-pandai membataskan
    kalau over lain ceritalah..

    entah betul ke apa saya cakap ni..:senyum:

    IsmiMar

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Reply #12 06 June, 2010, 04:28:39 PM
  • Publish
  •  :)

    berkawan mmg tak salah..dlm konteks environment skrg dimana suami isteri bekerja, mmg tak dpt nak elakkan situasi pergaulan antara lelaki dan wanita yg bukan muhrim terutama nya di pejabat. tapi kena lah ada batasannya bukan. seorg suami atau isteri patut tahu batas pergaulan dgn rakan2 yg bukan muhrim. sampai boleh selalu bebalas msg dan menumpang kereta, itu bukan cth yg baik. bermsg hanya bila ada keperluan. begitu juga jika perlu menumpang kereta jika hanya ada kecemasan.


    salam.
    lorr..niat nak berkenalan??hemmm..matlamat tidak menghalalkan cara. apa pekdahnya menambahkan kenalan wanita?kenalan lelaki tak boleh ke?..
    tak boleh la macam tu. nak tambah kenalan tak semestinya perempuan. si suami boleh cari kenalan lelaki. tabiat apa ni?

    setuju dgn florafauna.
    knp perlu cari kenalan wanita? tidak cukup ke isteri sebagai teman hidup? kawan2 yg sedia ada pun, kekalkan je la ukhwah tapi knp mesti tambah kenalan wanita?spmething not right here.

    yg penting si isteri jgn putus asa untuk terus menjadi isteri solehah kerana inginkan keredhaan Allah. betulkan niat, jgn buat kerana manusia krn manusia mmg boleh berubah. tapi buatlah Lillahitaala. teruskan berdoa supa Allah bukakan hati suami untuk meninggalkan hobi nya itu. mungkin boleh berbincang atau minta tolong kpd org yg suami lebih hormat untuk menegur perbuatan nya itu. mgkin bg dia masalah yg kecil jer tapi yg salah tetap salah kan...

    secebis pandangan sahaja.
    waallahua'lam



    the one who can bow down to Allah, can stand up for anything..

    medyyna

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #13 06 June, 2010, 06:29:12 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum
    saudr melati ungu
     Saya berpendpt pendekatan terbaik adalah melalui perbencangan memandgkn si suami seorng yg baik tahu tntg agama.Berbincanglh dl situasi yg tenang di tempat
    yg tenang n selesa yg blh menimbulkn mood yg baik.Isteri ada hak bersuara krn itu adalh haknya demi mencapai kebahagiaan dlm perkhwnn spt yg dituntut dlm
    Islam.Luahkan rasa tidak puashati n beritahu apa perasaan apabila terpksa hidup melalui saat2 melihat suami ada hobi yg tdk berfaedh.Hati wanita sememangnya
    lembut,sensitf n ingin dimanjai ttp apabila tahap kesabaran sampai di kemuncak tk musthl kelembutan td akn lenyap,lembut mnjd keras ..itu sbbnya knp kesilpn
    suami kdg2 merugikn mrk sendiri apabila hati dh tk terusik olh kata2 manis lg.Sekali hatinya terluka.kesannya cukup meningglkn impak membuatkn perasaan
    pd si suami tdk sama seperti dulu walaupn msh mahu bersama.Hanya kesabaran krn Allah swt sj yg mengiringi perjalanan wanita ini dgn harapan ada sinar
    kebahagiaan menanti...

    Jika si suami tdk suka bawa bincang gunakn kemudhn email/sms sbb kdg2 wanita ni klu berbincang sami nk menang je,isteri asyik mengs last2 apa nk cakap tk dpt
    cakap.Kalau susah2 juga gunakan artikel sya ni sebagai tatapan si suami mudahn dia nmpk n sedar.Ingat lelaki yang tdk blh bermuzakarah adlh mrk yg tinggi
    egonya mungkin org ketiga blh membantu.wallahualam

    Di sini saya juga nk tmbah buat renungan semua tkkira lelaki/perempuan,
    Banyak perkara sebenarnya dlm kehidupan kita tlh lari n trpesong dr jalan yg Allahswt nk kita ikut.Sesungguhnya car hidup/budaya yg kita ikut skrg ini 70-90%
    'Bukan Budaya Islam Yang Sebenar'.Bukan nk menghina 2 mengutuk sesiap tp itu adlh hakikatnya..Banyak yg kita lakukan sekarang inilah yg menjurus kpd
    banyak gejala2 negatif @ perkara2 yg tk sepatutnya ada dlm budaya orang Islam.

    Bertanya pd diri anda knp berlaku bnyk kes buang bayi,knp bnyk berlaku pembunuhn kejam,meragut utk wang n dadah ,merempit n melepak di jalan2 ,pasaraya
    ,bohsia-bohjan,maknyah,kegiatan gay,rogol ,sumbg mahram,melayari gambr lucah2 sbg hobi n macaam2 lg tk terkata bnyknya kt sini....tapi satu yang pasti
    SEMUA itu berlaku pada orang2 MELAYU yg beragama ISLAM.

    Dimana anda berada n buat ketika isteri,anak2 menunggu di rumah,di mana anda berada n buat  ketika suami,anak2 menunggu di rumah, di mana ada berada n
    buat ketika ibubapa sdg menunggu di rumah.Bayangkan soalan2 ini yg Allah swt sedang tanyakn apa jawapan anda? Adakh sedang lepak minum kopi di warung
    bersma2 selps penat kerja sehari suntuk,adkh sdg sibuk memancing sampai ke subuh,adkh sedang sibuk berniaga mencari duit sehingga ank2 melelapkn
    mata2 tk jumpa ibubp seharian,adkh suami istri sibuk melayan kekasih gelap dsbgnyasedng melayari facebook dgn rakan2 tkkira jantina/sms/email dsbg..
    Adakah jawapan yang sama kita berikan di hadapan Allahswt di akhirat kelak....

    Allah pernah berfirman dlm Surah Al-Asr ayat 1-3,
    Bismillah hirrahman nirrahim," Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,yang berpesan
    dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"......

    Bermakna apa yang berlaku sekarang ini Allahswt telah lama mengetahuinya dan turunkan ayat ini sebagai amaran dan peringatan spya kita tdk menyesal
    di kemudian hari.Yang pasti Allah menjanjikn apabila sampai saat n ketikanya kita akan merayu menangis,sujud,berdoa dan memohon diberikan kesmptn
    n lebih masa utk mengubah apa yg tlh kita lakukn..dan apa yg kita khuatirkn kala itu semua mungkn  sudh terlambat..wallahualam.

    Oleh itu saya berseru kpd semua umat Islam yg Mengaku Islam,Allah swt Tuhanmu,Nabi Muhammad saw nabimu , Al-quran n Hadis itu pedoman hidupmu,saudara
    Islam adalah saudaramu, berjanilh pd diri sendiri utk belajar sedikit demi sedikt apa yg patu ditinggalkn,carilah kebahagiaan yg tlh terpampang di hadapan kalian
    carilah apa yg dikatakan budaya hidup Islam yg sebenar spy kita tdk disamakan dgn golongan kafir di hadapan Allahswt kelak.Nauzubillah

    Takutkn Allah dgn membayangkn penyeksaan di alam barzakh,hari kiamat dan seterusnya di padang Masyhar.Jangan biarkan diri kita dihanyutkan oleh budaya
    yg dibawa oleh DAJJAlL Laknatullah di akhir zaman ini.Marilah sama2 kita berdoa n membantu saudra2 kita yg terseksa di GAZA bumi palestin.....

    Sekira ada yg menyinggung @ kesilapan kt mana hrp maaf krn sya juga hnya insan kerdil yg ingin berkongsi ilmu dgn anda semua..Moga kita semua mendpt hidayah
    dariNya.wallahualam..

    Terima kasih.Wasalam

    khairuddin

    • *
    • Posts: 219
      • View Profile
    Reply #14 07 June, 2010, 11:42:53 AM
  • Publish
  • Berbicanglah dengan pasangan anda. Itu lebih baik. Cari suasana yang damai, elak dari perasaan marah ketika berbincang. Insya-ALLAH kata sepakat akan terhasil.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    53 Replies
    16106 Views
    Last post 06 July, 2009, 11:28:44 AM
    by assiddiq
    30 Replies
    5991 Views
    Last post 15 August, 2013, 06:31:50 AM
    by al_ahibbatu
    7 Replies
    1340 Views
    Last post 01 March, 2012, 12:32:14 PM
    by tiara609