WARKAH SEPI UNTUK EMAK....................

*

Author Topic: WARKAH SEPI UNTUK EMAK....................  (Read 766 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nur_ezah189

  • *
  • Posts: 114
    • View Profile
20 May, 2010, 04:02:46 PM
  • Publish
  • Emak...
    Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari. Sudah hampir sepuluh bulan emak pergi tapi rasanya baru semalam emak peluk Alang dan sejuk syahdunya masih terasa lagi. Emak andainya emak tahu itu lah pertama kali emak peluk anak emak yang nakal ni sejak Alang semakin dewasa dan itu juga kali terakhirnya.

    Rupanya emak dah tahu yang emak ingin pergi jauh, hendak tinggalkan anak-anak emak, hendak tinggalkan dunia yang fana ini.  Emak seperti sudah bersedia. Seminggu sebelum emak pergi, emak sudah menganyam tikar mengkuang sebanyak tiga helai. Akak beritahu sampai ke pagi emak menganyam tikar tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih sehingga akak pun berasa hairan.

    Emak tidak pernah seperti itu. Semasa menganyam emak pasang radio kecil di sebelah emak tetapi emak seolah-olah tidak menyedari bahawa rancangan radio itu siaran siam dan kadang-kala siaran indonesia. Emak terus tekun menganyam. Rupanya tikar yang telah mak siapkan itulah yang di gunakan untuk mengiringi emak ke kuburan.

    Emak juga sapu sampah sekeliling rumah sehingga bersih, emak jemur permaidani-permaidani, emak ubahkan sofa ke tempat lain dan emak biarkan ruang itu kosong. Rupanya, di situlah jenazah emak diletakkan.

    Emak turut berpesan di mana semua duit dan barang kemas emak diletakkan. Ada yang dekat dalam almari, dekat dalam dalam beg, ada dalam ASB, ada dekat dalam Tabung Haji dan emak cakap kalau tidak berapa cukup lagi emak ada simpan dekat dalam gulungan tikar. Pada masa itu emak sedar tak Alang gelak apabila emak beritahu duit dalam gulungan tikar. Alang kata emak ni memang "fesyen" lama dan emak cuma gelak sahaja. Bahagianya saat itu.


    Emak.....
    Hari itu, hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang emak tiba-tiba sakit perut. Apabila malam itu apabila Alang sampai dari Kuala Lumpur emak sudah dalam kesakitan. Akak dan abang dekat kampung semua dah pujuk tetapi emak tetap tidak mahu ke hospital dan cuma tinggal giliran Alang sahaja yang belum pujuk emak.

    Emak kata emak tidak mahu duduk di hospital tapi Alang berkeras juga pujuk emak. Alang cakap nanti di hospital ada doktor, ada ubat untuk emak tetapi dekat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut sahaja. Emak tetap tidak bersetuju tetapi akhirnya apabila melihat keadaan emak makin teruk sampaikan nak sentuh perut emak pun sakit, kami adik beradik sepakat hantar juga emak ke hospital.

    Emak...
    Ampunkan kami semua. Kami hendak emak sihat. kami sayang emak. Kami tidak mahu emak sakit sebab itulah kami terpaksa juga hantar emak ke hospital. Ampunkan kami emak.

    Emak...
    Malam itu abang bawa emak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir kalinya emak naik kereta Alang. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya emak apabila Alang cakap hendak membeli kereta. Emak asyik tanya duit cukup atau tidak. Dan Alang cakap kalau tidak cukup kan emak banyak duit. Emak gelak sahaja.

    Bila Alang sudah mempunyai kereta emak buat kenduri kesyukuran dan masih ingat lagi apabila Alang terlanggar Ah-Chong naik motor.  Kerana takut Alang 'warning' kakak supaya jangan sesekali beritahu dekat emak. Bila balik sahaja kampung Alang cepat-cepat simpan kereta dalam garaj tetapi emak perasan juga 'bumper' depan kemek.

    Emak tanya kenapa dan Alang jawab terlangar pokok bunga. Emak bukan tujuan Alang untuk  menipu tapi cuma tidak mahu emak risau. Maafkan Alang kerana sampai emak pergi emak tidak tahu hal yang sebenar. Emak, Alang menipu emak, ampunkan Alang.

    Emak...
    Jam 4.30 pagi 19/08 /2006. Apabila tiba sahaja di hospital, jururawat tengah balut emak dengan kain putih. Emak mesti nampak Alang jatuh terduduk di lantai hospital. Mesti emak nampak abang cium dahi emak. Mesti emak nampak akak baca doa untuk emak. Mesti emak nampak adik terduduk dekat kerusi dekat sudut itu. Mesti emak nampak semua kan?

    Emak...
    Pagi itu balik dari hospital jam 5.20 pagi, Alang memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik dekat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama emak berputar dalam kepala ini. Jalan di hadapan terasa makin kelam, airmata dah tidak mampu di tahan. Masa itu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu Alang rela. Namun alhamdulillah, akhirnya Alang sampai juga di rumah. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya. Terasa syahdu dan sayu.

    Emak...
    Alang masih ingat lagi, Alang membaca Al-Quran dekat tepi emak dan temankan emak. Jam 11.00 pagi emak sudah di mandikan. Anak-anak emak yang pangku emak semasa emak dimandikan. Emak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh emak. Alang gosok kaki emak perlahan-lahan. Emak perasan tak...?

    Makcik yang mandikan emak memujuk Alang. Mak cik tu kata;

    "Dik...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."

    Bila makcik itu cakap macam itu lagi laju airmata ini mengalir tetapi Alang kawal supaya tidak menitis di atas emak.

    Emak...
    Sampai sini surat ini Alang tulis. Alang menangis ni tapi dekat dalam bilik. Baru pukul 4.00 pagi tiada orang yang bangun lagi. Alang dengar nasyid tajuk "anak soleh", Alang sedih, Alang rindu dekat emak! Nanti bila Alang selesai sembanyang subuh, Alang baca Yassin untuk emak. Emak tunggu ya!


    Sebelum muka emak di tutup buat selamanya semua anak-anak emak mengelilingi emak. Menatap wajah emak buat kali terakhirnya. Semua orang kata emak seolah-olah senyum. Masa itu Alang sentuh dahi emak, Alang rasa dahi emak sejuk sangat. Alang tidak mampu hendak cium emak. Alang tidak berdaya. Alang tuliskan kalimah tauhid kat dahi emak dengan air mawar dan airmata mengalir tanpa boleh ditahan.

    Emak mesti ingat kan yang anak emak ini jadi imam solat jenazah untuk emak tetapi Alang suruh tok imam bacakan doa sebab Alang sebak. Jam 12 tengahari emak diusung keluar dari rumah, Akak pula sudah terkulai dalam pelukan makcik. Badan akak terasa panas.

    Emak..
    Anak emak yang seorang itu demam. Cuma akak sorang sahaja anak emak yang tidak mengiringi emak ke tanah perkuburan.

    Emak.....
    Hari-hari yang Alang lalui tanpa kewujudan emak terasa begitu kehilangan. Setiap malam selepas maghrib anak emak ini mesti berendam airmata. Sampai satu tahap waktu itu malam jumaat selepas maghrib. Selesai Alang baca yassin dengan kawan-kawan, Alang keluarkan gambar-gambar emak dekat dalam bilik. Semakin Alang tenung terasa semakin sayu dan tangisan tidak dapat dibendung.

    Emak...
    Alang cuba bertahan dan memujuk diri sendiri tetapi tidak juga reda. Alang rasa ingin telefon emak, hendak cakap dengan emak. Anak mak yang ni dah tak betul kan???? Dan akhirnya dalam sedu-sedan itu Alang telefon ke kampung, Alang cakap dengan akak. Alang nangis lagi, puas akak memujuk Alang, akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk emak.." . Dan akhirnya akak juga menangis.

    Emak...
    Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati, rasa pilu sangat. Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit di dalam dada ini. Sampai sekarang apabila kerinduan itu menjelma hanya sedekah Al-Fatihah yang mampu Alang berikan.

    Emak...
    Cukuplah sampai sini dahulu. Kawan Alang dah ketuk pintu bilik ni. Kejap lagi kami hendak pergi solat subuh kat masjid. Selalunya, Alang yang bawak emak naik motor tetapi kali ini Alang jalan kaki dengan kawan. Esok Alang ingat hendak tulis surat dekat ayah pula. Mula-mula Alang tidak tahu hendak hantar ke mana surat ni tetapi kawan Alang cakap simpan sahaja buat kenangan.

    Akhir kata untuk emak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan Alang dan memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah, sampai masuk universiti, sampai Alang boleh rasa naik kapal terbang, boleh rasa duduk dekat negara orang. Sampai akhir hayat ini jasa emak tidak akan mampu Alang balas.

    Sekian terima kasih,

    Yang Benar,
    Alang
    Indah nya DIuji...~~aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN~~

    nur_ezah189

    • *
    • Posts: 114
      • View Profile
    Reply #1 20 May, 2010, 04:03:27 PM
  • Publish
  • Sekadar perkongsian dan renungan bersama.....

    faiz_zah

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #2 20 May, 2010, 04:50:04 PM
  • Publish
  • sedihnye..:sedihnya:
    lpas baca ni trus call mak...rinduu...
    sayang sangat bonda saya...


    erm..ni cite betul ek? papepon, doakan Alfatihah buat bonda beliau..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman...

    nur_ezah189

    • *
    • Posts: 114
      • View Profile
    Reply #3 20 May, 2010, 04:56:39 PM
  • Publish
  • nie cerpen yang kawan satu bacth izzah...dia kehilangan ummi dia dua tahun lepas...then masa nak dekat hari ibu baru2 nie....dia ada anta cerpen nie kat izzah.....dan dia luahkan yang dia teramat merindui ummi nya.......bersyukur masih ada ummi lagi.....YA ALLAH BERKATILAH KEDUA IBUBAPA KU....aminn

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    3825 Views
    Last post 02 November, 2010, 11:23:40 AM
    by satriabiru
    14 Replies
    1783 Views
    Last post 13 July, 2012, 11:50:50 AM
    by robhunhayati
    8 Replies
    1143 Views
    Last post 13 December, 2013, 07:01:41 AM
    by afiQoh