APA ITU TADARRUJ?

*

Author Topic: APA ITU TADARRUJ?  (Read 2686 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
15 May, 2010, 05:38:35 AM
  • Publish

  • Tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur. Hadis Rasulullah SAW: “Apabila aku perintahkan dengan sesuatu perintah, maka perbuatlah kamu sedaya upayamu, jika aku larang sesuatu perkara, jauhilah ia.” At-Tadarruj (beransur-ansur) juga lebih utama daripada membuat perubahan mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz RA kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan.


    “Jangan tergesa-gesa, ya anakku, sesungguhnya Allah SWT mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekali gus (drastik) maka mereka meninggalkannya juga sekali gus, maka berlakulah fitnah.” Ulama kontemporari mempunyai pelbagai pendapat terhadap isu Tadarruj dalam pelaksanaan hukum. Secara umum, mereka terbahagi kepada dua kumpulan:

    1. Tidak bersetuju dan wajib melaksanakannya segera apa saja yang wajib tanpa tangguh: Ia pandangan Syed Qutb, As-Syahid Abd Qadir Awdah dan Dr Said Ramadhan Al-Buti.


    2. Bersetuju dengan Tadarruj berperancangan ketika tiada atau kurang kemampuan: Mereka adalah Abul A’la al-Mawdudi, Dr Yusof Al-Qaradhawi dan Dr Muhd Abd Ghaffar Syarif. Bagaimanapun, kumpulan berkenaan meletakkan beberapa syarat iaitu: 1. Prinsip akidah tidak termasuk dalam bab Tadarruj ini.



    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/An-Nur_Dramahalalkanharam/Article/index_html
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 15 May, 2010, 05:40:33 AM
  • Publish


  • Contoh mudah   Tadarruj di dalam masyarakat harian ialah kewajiban kepada mualaf.  Seperti orang baru masuk Islam, kita tidak wajar hendak mengharap serta mengarah perubahan diri secara drastik dengan mewajibkan segala penunaian kewajipan agama dalam tempoh sehari. Ketika itu, ia tidak bermakna kita halalkan yang haram tetapi ia satu proses.

    NajkuN

    • *
    • Posts: 71
      • View Profile
    Reply #2 15 May, 2010, 04:39:58 PM
  • Publish
  • Salam..

    ya.. sesungguhnya peraturah dan hukum Tuhan itu sangat indah dan bersistem..
    kerna ia bersesuaian dengan fitrah manusia..

    Tq atas ilmu ini.. ia memberi banyak manfaat..

    Wallahua'lam..
    Memikili Tuhan.. Memiliki segalanya..
    Kehilangan Tuhan.. Kehilangan segala2Nya..

    afiQoh

    • *
    • Posts: 774
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #3 07 June, 2013, 12:53:29 PM
  • Publish
  • Tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur

    mula2 saya ingatkan maksudnya tak terburu2 membuat keputusan...

    bila saya baca “Jangan tergesa-gesa, ya anakku,

     senyum*
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    divider3
    halaqahforum4