Solat Ghaib

Author Topic: Solat Ghaib  (Read 10796 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
15 May, 2010, 05:16:54 AM
  • Publish Di FB


  • SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.

    Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.

    Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

    Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah:

    1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.

    2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

    Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat yang sama seperti solat jenazah biasa.

    Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan walaupun berlalu masa yang panjang.

    Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan. (Kitab Subulas Salam).

    Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama’ terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan, solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

    Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama’ antaranya:

    1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

    2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk simati.

    3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

    4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

    Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.


    Sumber : Ustaz Zamanuddin Jusoh,  bhagama@bharian.com.my,
    « Last Edit: 15 May, 2010, 05:20:57 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 15 May, 2010, 05:20:07 AM
  • Publish Di FB

  • Soal Jawab Agama: Tak harus solat ghaib bagi jasad tidak ditemui
    Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh
    bhagama@bharian.com.my, 2010/05/14

    Soalan :

    Bagaimana pula mengenai si mati yang hilang dan tidak ditemui jasadnya atau rosak jasadnya. Apakah jasad akan dimandikan dan disolatkan.

    Jawapan :

    Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan seperti jenazah biasa.

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Jawab #2 15 May, 2010, 02:17:50 PM
  • Publish Di FB
  • Bismillah

    Syukran ummi, first time sinar tahu solat ghaib ini. Semoga bermanfaat penyampaian ini.
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    zunita

    • *
    • Posts: 745
      • View Profile
    Jawab #3 06 January, 2011, 12:11:59 PM
  • Publish Di FB


  • SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.


    Rupa-rupanya ada ukuran jaraknya untuk solat ghaib ni.
    لا إله إلا الله

    lislam

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Jawab #4 06 January, 2011, 09:32:21 PM
  • Publish Di FB
  •  :)alhamdulillah sekali lagi ana diberi kesempatan oleh allah untuk mendapat ilmu tentang pengurusan jenazah ini.....time kasih

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    6851 Views
    Last post 30 December, 2012, 11:05:30 AM
    by ayambapok
    Dia Yang Ghaib

    Started by mfz06 « 1 2 » Artikel Agama

    22 Replies
    3533 Views
    Last post 22 January, 2012, 11:07:58 PM
    by nazri0070
    11 Replies
    1187 Views
    Last post 10 November, 2010, 05:13:53 PM
    by 1family