Doa Nurun Nubuwwah

*

Author Topic: Doa Nurun Nubuwwah  (Read 37463 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

11 May, 2010, 08:02:04 AM
  • Publish
  • Saya jumpa sebuah kitab zaman purbakala (taklah purba sangat.. tapi amatlah lusuh) dirumah atuk saya baru-baru ini.

    Jumpa dengan satu doa ni... amatlah mcm baik untuk diamalkan... tetapi last-last saya jadi risau nak amalkan atas sebab-sebab berikut:

    1) Fadhilat dia agak-agak pelik dan 'brutal'.. memang kuasa Allah swt semua tu.. tapi saya tak rasa ada doa yg Nabi S.A.W ajar ada fadhilat yg sebegitu hebat.

    2) Tiada perawi sahih.. cuma dikatakan Jibril a.s datang dan mengajar Baginda S.A.W.

    3) Kandungan doa itu sendiri.

    Sebelum itu... saya ketengahkan dulu doanya disini:

    http://alivewire.wordpress.com/2007/12/19/fadhilat-dan-rahsia-doa-nurun-nubuwwah-%E2%80%93-2/#comment-1004

    Dan ini maksudnya menurut laman web tersebut:

    “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu  Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

    ============================================================

    Soalan saya:

    1) Kita tidak tahu benarkah hadis ini berasal dari Baginda s.a.w. Apa hukumnya jika diamalkan?? Sebab selepas saya dapat kitab tu.. saya banyak bertanya pada rakan-rakan saya di Indonesia dan beberapa orang lain. Rupanya doa yang digelar Doa Nurun Nubuwwah ini mmg terkenal. Saya jumpa dengan seorang usahawan muda ni yg menurutnya.. telah mengamalkan doa ni semenjak mula berniaga.

    Bila pergi Al-Ahkam akan dikatakan...

    "Hadis sahih banyak yang belum diamalkan.. tapi hadis yg belum tentu sahih yang dikejar-kejar."

    Apapun.. saya masih ingin mengetahui pandangan mereka yang lebih berilmu tentang hal ini disini sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

    2) Apabila menyebut al-Ahkam... maka saya juga berketemu dengan komen ini:

    http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=1237:syubhat-doa-nurun-nubuwwah&catid=44:arkib&directory=56

    Saya sentiasa mendapatkan pandangan kedua apabila membaca keterangan2 dari al-Ahkam. Sesiapa pula boleh memberikan pandangan?

    3) Dalam maksud ayat itu.. ada sesuatu yang merisaukan saya. Iaitu merujuk kepada:

    penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq

    Apakah maksudnya Hasan dan Husain disitu?? Benar-benar merujuk kepada cucu Baginda S.A.W atau ada maksud lain??
    Sbb saya agak khuatir dengan makna disitu. Harap sesiapa boleh jelaskan.

    4) Soalan terakhir...

    Bacaan Doa Nurun Nubuwwah tu betul ke??

    Saya cari pulak di beberapa laman web lain.. ada yang baris berbeza2. Saya difahamkan oleh usahawan tersebut.. kalau amal doa ni kena betul2 pastikan barisnya tepat kerana doa ni kalau tersilap baca mengundang padah dan dikhuatiri syirik.

    Minta bantuan dari sesiapa yang lebih berilmu untuk komen...
    Terima Kasih banyak2...

    Reply #1 11 May, 2010, 08:50:59 AM
  • Publish
  • doa tersebut bukan dari nabi lah, dari kalangan selepas nabi yang cintakan hassan dan hussin

    merupakan bacaan , pengucapan, bukan doa permintaan

    “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung,
     yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna,
    dan doa-doa yang mustajab,
    penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin.

    Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.
    Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia,

    panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku,
    perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku,
    cintakanlah semua manusia
    dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,
    orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir.

    Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.
    Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian.

    Maha Suci Allah Tuhanmu  Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir.
    Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

    Reply #2 11 May, 2010, 09:39:16 AM
  • Publish
  • doa nurunnubuwwah ini merupakan doa yang selalu diamalkan oleh guru-guru tua yang beramal dengan tarekat,ramai yang mempertahankannya dan ada yang menentang.akan tetapi sekiranya kandungan nya baik maka tiada salahnya nak amal

    http://www.jutawankertas.blogspot.com

    Reply #3 11 May, 2010, 11:24:20 AM
  • Publish
  •  :)

    boleh ker amalkan doa nie? huhuhuh

    Reply #4 11 May, 2010, 11:31:28 AM
  • Publish
  • Saya asalnya nak jadikan amalan.. tapi kata-kata orang yg saya jumpa tu (dia ni usahawan lembu di kawasan saya.. ada syarikat kayu jugak.. dia belajar dari mana Wallahualam) merisaukan saya.

    Dia kata kalau nak amal kena pastikan betul2 faham setiap apa yang dimaksudkan dengan ayat doa-doa ni.. dan baris kena jaga betul2. Sbb banyak versi.. ada baris atas.. ada baris bawah.

    Tu yg jadi risau tu... buat masa sekarang saya x amal. Tapi kalau ada yang boleh beri explanation lebih mendalam.. mmg saya amat2 ingin nak amalkan.

    Syukran untuk semua reply saudara / saudari sekalian.. :)

    Reply #5 11 May, 2010, 12:07:33 PM
  • Publish
  • saya cadangkan saudara bertemu dengan tok2 guru pondok
    http://www.cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com

    Reply #6 11 May, 2010, 03:41:00 PM
  • Publish
  • sy bace juga doa nie...ade ustaz yg bagi ceramah tu bg tuk diamalkan... lame dah sy dapat doa ni sejak dr sekolah menengah lg..

    Reply #7 11 May, 2010, 03:41:06 PM
  • Publish
  • benda yang tidak jelas dari nabi tak payah la nak amalkan....

    "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak."(HR. Bukari dan Muslim)

    Reply #8 11 May, 2010, 03:44:06 PM
  • Publish
  • ooo jadi jgn diamalkan la...:sedihnya:

    Reply #9 11 May, 2010, 03:48:59 PM
  • Publish
  • ye...lebih selamat jangan amalkan....kan banyak lagi doa yang nabi ajar...boleh cari kat hadith2 sahih dari baginda...kita kata kita sayang nabi, tapi takkan benda yang kita tak pasti dari nabi kita nak amalkan....

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #10 19 May, 2010, 10:57:25 AM
  • Publish
  • Salam,

    Doa Nurun Nubuwwah tu ada dalam kitab Majmuk Syarif. Saya adalah salah seorang yang mengamalkan amalan-amalan serta doa-doa yang terkandung dalam kitab tu. Saya masih ingat arwah moyang saya juga menjadi pengamal kitab tu.

    Ilmu Allah tu luas. Dalam mengamalkan sesuatu, saya mengambil pendekatan YAKIN. Jika saya yakin dengan ayat/doa tertentu, insya Allah akan saya buat. Jika ragu-ragu saya tinggalkan. Datangnya keyakinan juga terhasil dari ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis, Ijmak Ulama', Qias, kata-kata dan amalan para sahabat serta para imam muktabar dalam kefahaman Akidah Ahlus Sunnah wal jamaah.

    Dalam kitab Majmuk Syarif tu memang tak banyak tertulis hadis-hadis sebagai sandaran.

    Berkenaan bid'ah, saya lebih suka mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati...."Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak."(HR. Bukari dan Muslim)..Eloklah berguru dengan orang yang 'arif tentang kefahaman maksud bid'ah. Betapa ramai orang zaman hari ini, mengamalkan menonton TV termasuklah penyampaian ilmu, berita dan sebagainya, tapi tak kedengaran ianya bid'ah! Itu belum diteliti lagi, amalan kehidupan sehari-hari dari tidur sehinggalah tidur lagi seterusnya..dihitung-hitung nanti...barangkali banyaknya bid'ah!

    Tidak sedikit orang yang mendapat manfaat, hasil dari amalan-amalan yang yakin dan ikhlas.

    Imam Nawawi mengutarakan pendapat hadis bertaraf daif boleh digunakan dalam hadis-hadis fadhilat amal.

    Berkenaan hadis-hadis, cuba kita renungkan keseluruhan hadis yang terkumpul adalah lebih kurang sebanyak hampir 7 juta hadis!7 juta yang terkumpul melalui Bukhari, Muslim, Abu Daud, An Nasa'i,Tarmizi, Ibnu Majah, Imam Malik, Imam Ahmad b Hanbal dan lain-lain ulama' yang meriwayat dan menulis hadis-hadis termasuk Imam Ghazali dan lain-lain. sudahkah kita teliti semuanya dan sedalam-dalamnya?

    Saya setuju, tentang cadangan salah seorang yang mencadangkan untuk merujuk guru-guru pondok....Insya Allah akan ada jalan nanti..

    Lagi satu, memang dah maklumkan Hasan dan Husin tu cucu Rasulullah yang sangat Rasulullah sayangi. Telah tersebut banyak hadis-hadis berkenaan kisah yang bakal terjadi kepada mereka berdua, termasuklah hadis tentang kesyahidan Saidina Husin. Memang syurgalah tempat Hasan dan Husin bin Ali b Abu Talib. Fatimah bt Muhammad saw adalah ibu mereka@anak Rasulullah yang sangat baginda kasihi, salah seorang pemuka wanita ahli syurga...Jadi pada saya maksud do'a ni baik.

    Apa-apa pun, dari segi hukum amalan-amalan tu sunat saja. Dibuat berpahala, tak buat tak apa. Buat ada keikhlasan. ada untungnya. Buat dulu, kelak kan datang manfaatnya, yang penting, tulus ikhlas, istiqamah, warak..........

    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    umminadiah

    • *
    • permata hatiku
      • View Profile
    Reply #11 19 May, 2010, 11:54:47 AM

    Didalam majalah i keluaran tahun lepas ade membincangkan ketidaksahihan tentang segala amalan serta doa2 yang dianjurkan didalam majmu' as-syarif..
    antaranya yang saya ingat tiada hadis yang di sandarkan sebagai bukti kesahihannya.

    Tapi allahyarhamah opah saya pun selalu amalkan isi kitab ni...sekarang pun adelagi dijual kitab tu .

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #12 21 May, 2010, 11:30:58 AM
  • Publish
  • Banyak sebenarnya hadis-hadis yang saya temui. Kata-kata sahabat Rasulullah pun banyak. Begitu juga kata-kata imam-imam dan orang-orang 'alim. Sebagai contoh, Do'a Akashah. Do'a ni menjadi amalan 4 sahabat utama Nabi saw (Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali r.anhum), tapi dalam kebanyakan kitab Majmu' As Syarif yang ada di pasaran tiada disertakan nas-nas berkenaan ini..

    Antara jalan selamat yang saya pilih ialah selagi kita belum menjumpai nas-nas tentang amalan sesuatu tu, lebih baik diam dulu, mengaku saja kita kurang atau tak berilmu dalam bab-bab tersebut. Kemudian carilah kebenaran melalui rujukan dan pertanyaan dari kitab muktabar dan orang-orang 'alim sampai ke tahap kita YAKIN ianya boleh diamalkan atau tidak. Guru-guru lama pondok yang saya temui kebiasaannya ada jawapan. Antara yang saya temui (dah arwah tuan guru ni), beliau berguru dengan salah seorang anak murid Tok Kenali.

    Ni ada satu kata-kata hikmah-Anak murid yang pintar, banyak soalannya (yang bermanfaat). Guru yang bijak, banyak jawapannya (yang berhikmah). Temuilah orang-orang 'alim rabbani yang mengamalkan ilmu  dengan tulus (yang sekurang-kurangnya istiqamah tahajudnya), insya Allah akan ada Nur....

    Satu perkara yang agak digemari orang sekarang iaitu banyak kata-kata (termasuk dari ustaz, prof. dr dll), mereka mendakwa banyak perkara tak dibuat. Rasulullah saw dan tiada dalil akan amalan-amalan tertentu, akhirnya masyarakat semakin tidak mahu membuat amal ibadat sunat, justeru itu orang Islam dihantui penyakit ragu-ragu tentang banyak amalan sunat, sampai solat sunat terawih pun dah macam-macam jadinya, seterusnya mereka semakin lari dari agama lalu mencari lain-lain amalan yang lebih lagho ,macam menonton TV yang menyiarkan cerita-cerita yang tak bermanfaat, dah la mendedahkan aurat, lelaki perempuan bukan mahram berlakon pun berpelukan dan tidur sekatil!..Lagi satu mereka menolak hadis daif, tak mau pakai, walhal Imam Nawawi sendiri setuju hadis daif terpakai dalam bab fadhilat amal/pemangkin motivasi untuk menambah amalan sunat. Lain la kalau hadis palsu atau hadis yang direka-reka! Memang boleh reject..

    Nabi pun ada pesan....Islam kembali dagang, beruntunglah.......ilmu agama semakin terhakis.....iman semakin nipis....umat Islam banyak kuantitinya tapi kualinya umpama buih-buih di lautan..

    Reply #13 21 May, 2010, 12:52:08 PM
  • Publish
  • benda yang tidak jelas dari nabi tak payah la nak amalkan....

    "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak."(HR. Bukari dan Muslim)

    salam...sy x rasakan itu perkara baru yang dibuat2...
    bagaimana pula ianya menjadi perkara baru?
    perkara itu adalah doa...
    dan doa bukan perkara yang baru...
    dan doa pula bermacam2 doa...
    isi kandunannya yang baik2...tidak mensyirikkan...
    jd adakah salah?
    sy rasakan tidak...
    mohon tunjuk ajar dr yang dhaif...
    « Last Edit: 21 May, 2010, 12:54:29 PM by mujahid89 »

    umminadiah

    • *
    • permata hatiku
      • View Profile
    Reply #14 21 May, 2010, 07:13:47 PM
  • Publish
  • benda yang tidak jelas dari nabi tak payah la nak amalkan....

    "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak."(HR. Bukari dan Muslim)

    salam...sy x rasakan itu perkara baru yang dibuat2...
    bagaimana pula ianya menjadi perkara baru?
    perkara itu adalah doa...
    dan doa bukan perkara yang baru...
    dan doa pula bermacam2 doa...
    isi kandunannya yang baik2...tidak mensyirikkan...
    jd adakah salah?
    sy rasakan tidak...
    mohon tunjuk ajar dr yang dhaif...

    ae sorang ustaz tu bgtau . doa yang bukan dr rasullullah..tapi memberi maksud yg baik masih boleh diterma sebab ia adalah 'bidaah hasanah'
    wallhu'alam

    Reply #15 21 May, 2010, 07:16:55 PM
  • Publish
  • peliknya kalian, sunnah ialah kebaikan, maka di kenal amalan itu yang baik adalah di benarkan, kenapa limitkan kebai8kan hanya berdasarkan  yang nabi amal sahaja? kehidupan kamu, kamulah amalkan

    semuga sentiasa di dalam kebaikan

    Reply #16 21 May, 2010, 08:35:12 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    cadangan saya, kalau bab-bab tarekat atau ilmu tassawuf ni, wajib hanya belajar daripada guru yang mursyid sahaja (pesanan ustaz-ustaz dari ceramah-ceramah yang saya hadiri)

    Reply #17 22 May, 2010, 01:46:08 AM
  • Publish
  • nurbuwwah atau nurun nubuwwah..sama aja..mm pandangan dan pengalaman saya..tak payah lah di amalkan..
    walaupun niat mempelajari dan mengamalkan semata-mata mencari keampunan, keredhoan, kasih sayang dan makrifat.
    diamalkan untuk masuk ke alam jin, untuk berdamping dengan jin dan seterusnya akan jadi khadam jin. untuk pelbagai tujuan.
    maaf kenyataan kasar. saya tak bermaksud menahan kebaikan..tapi terpulanglah.
    anggap ini cuma kenyataan peribadi semata-mata dan jangan terpengaruh ya..maaf..undur diri.

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #18 22 May, 2010, 08:41:20 AM
  • Publish
  • Ya saya setuju, niat memainkan peranan. Segalanya bermula dengan niat. Jadi nak amal, amallah kerana Allah, lillahi ta'ala. Segala sesuatu tu batil melainkan untuk mencari mardhatillah. Amal ilmu tarikat atau tasawuf pun, sama aje. Niat tu pokok. Allah memandang hati dan amalan seseorang.

    Reply #19 22 May, 2010, 09:44:47 AM
  • Publish
  • nurbuwwah atau nurun nubuwwah..sama aja..mm pandangan dan pengalaman saya..tak payah lah di amalkan..
    walaupun niat mempelajari dan mengamalkan semata-mata mencari keampunan, keredhoan, kasih sayang dan makrifat
    .
    diamalkan untuk masuk ke alam jin, untuk berdamping dengan jin dan seterusnya akan jadi khadam jin. untuk pelbagai tujuan.
    maaf kenyataan kasar. saya tak bermaksud menahan kebaikan..tapi terpulanglah.
    anggap ini cuma kenyataan peribadi semata-mata dan jangan terpengaruh ya..maaf..undur diri.

    apa maksud tuan?

    divider3
    halaqahforum4