Peranan AKAL, HATI, ROH Dan SIRR

Author Topic: Peranan AKAL, HATI, ROH Dan SIRR  (Read 4138 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

acit

  • *
  • Posts: 703
  • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
    • View Profile
10 May, 2010, 11:45:12 PM
  • Publish Di FB
  • Ulama’ tasauf menyebutkan,” an aqlu lil maqkuulat “ , yakni akal itu untuk menerima
    perkara yang masuk akal.

    Maqkuulat itu pada syariat dan memberi kefahaman seperti pemahaman dalam pembacaan
    Kitab Tauhid,Kitab Tafsir dan seumpamanya.Jadi penerimaan akal itu kita beriman dan kita
    dapat kefahaman.Ia lebih kepada perkara yang zahir.

    Apabila sampai bab hakikat dan makrifat,akal tidak boleh memainkan peranannya.Masa
    itulah gunanya hati,roh dan sirr.Tetapi kita masih tidak dapat membezakan antara
    peranan akal,hati, roh dan sirr itu.Kita hanya tahu dan fikir tentang akal sahaja kerana
    hati,roh dan sirr itu sangat rahsia dalam tubuh kita.

    Anggota jasad kita seperti mata itu untuk melihat,telinga itu untuk mendengar,kaki itu
    untuk berjalan atau lidah itu untuk bertutur ;kita boleh terima dengan mudah.Berbeza
    dengan anggota yang batin itu kerana diri kita mempunyai dua lapisan iaitu ruhhun dan
    jasadun.

    Kata ulama’ tasauf,”Hati itu lil maqluumat”; yang akal tidak boleh masuk akal itu tetapi
    hati boleh terima.Contohnya seperti peristiwa Israk dan Mikraj;dari segi akalnya tidak
    boleh terima Nabi S.A.W naik ke langit tetapi peristiwa itu hanya boleh difahami oleh
    hati.Orang-orang yang beriman sahaja yang gunakan hati boleh menerima dan faham.

     Roh itu pula ”Lil Musyahadah”, untuk menyaksikan perkara-perkara yang maknawi.Kisah
    Imam Abu Hanifah ketika mahu menyelesaikan satu permasaalahan mengenai jenis air
    basuhan pertama dari wudu’ seseorang itu samada ia dikatagorikan sebagai air mutannajis
    atau sebagainya.Dibukakan hijab oleh Allah Ta’ala ,beliau dapat melihat ketika seorang
    sedang mengambil wudu’; ia nampak kotornya air itu dan berbau busuk.Maka dia terus tuliskan
    bahawa air itu mutannajis.Begitulah roh beliau dapat memandang perkara yang maknawi.

    Sirr itu pula adalah lubuk hati,”wa sirr lil tajalliyat”.Tempat simpanan ilmu,kefahaman,iman
    dan apa yang dimusyahadahkan.Terbit niat itu dari sirr,sampai ke otak (akal) kemudian barulah
     ke hati.Hatilah yang membuat keputusannya.

     Semua itu adalah roh sepertimana tangan,kaki,mata itu sebagai jasad.Kata Imam Ghazali,
    ”nurrun latifatun robbaniyyun”,inilah roh yang mana akal itu menerima,hati itu memahami,roh
    itu menyaksikan perkara yang maknawi dan sirrun itu menyimpan rahsia.

    Bagaimana jasad itu ada berbagai nama berdasarkan kegunaannya, maka begitu jugalah dengan
    roh yang dinamakan dengan pelbagai nama berdasarkan kegunaannya.
    « Last Edit: 26 December, 2012, 10:16:04 AM by PenaHalaqah »
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    intizhar

    • *
    • Posts: 623
      • View Profile
    Jawab #1 11 May, 2010, 02:09:20 AM
  • Publish Di FB
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Mengenai perbezaannya aqal, hati, ruh dan Sirr, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani ada menerangkan yang bermaksud:

    "Aqal ialah ketua alam diri manusia. Aqal ialah kotak hati (qalb). Hati ialah kotak fu'ad (sanubari). Fu'ad ialah kotak ruh. Ruh ialah kotak sirr (padanya ada ikhlas)."

    Oleh itu, setiap yang berikut, merupakan tempat mu'amalah batin seseorang manusia. Ia meningkat, peringkat demi peringkat, selaras dengan peningkatan tahap nafsu (diri) seseorang.

    Apabila nafsu dipenuhi syahwat, maka, akal tidak lagi berperanan sebagai pemimpin diri seseorang, tetapi nafsu. Pada ketika ini, nafsu tersebut ialah nafs ammarah (yang menyuruh kepada kejahatan).

    Apabila seseorang itu melawan daya syahwat dalam dirinya, dari menguasai nafs (diri) nya, maka, akal akan kembali memimpin dan pada saat itu, ia dikatakan sebagai nafs al-lawwamah.

    Apabila seseorang itu mampu menjaga nafsnya dari pengaruh-pengaruh syahwat yang tesembunyi, dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, maka pada ketika itu, mu'amalah batinnya terletak pada hatinya. Pada ketika ini, banyak bisikan-bisikan kebaikan dalam dirinya. Ia dikenali dengan nafs mulhamah...Di sini, bermulanya usaha seseorang untuk mencapai tahap muroqobah.

    Apabila seseorang telah sampai ke ahwal fana', di mana dia merasai bahawa, tiada yang wujud melainkan Allah s.w.t., maka pada ketika itu, muamalahnya dengan Allah s.w.t. pada fu'ad (sanubari)nya. Ia dikenali dengan nafs mutma'innnah. Di sini juga bermulanya penghayatan terhadap hakikat muraqabah.

    Apabila telah tetap tauhid khawas dalam dirinya, dari hal fana' kepada maqom fana', maka pada ketika itu, tempat mu'amalah batinnya dengan Tuhannya s.w.t. ialah pada ruhnya. Ia dikenali dengan nafs radhiah. Pada ketika ini, seseorang hamba antara penghujung muraqabah dan awal musyahadah. 

    Apabila meningkat tahap seseorang hamba kepada tahap baqa' atau jam'u jam'in, di mana, tauhid khawasul khawas telah menetap dalam dirinya, maka tempat mu'amalahnya dengan Allah s.w.t. ialah pada sirrnya di mana, di situlah letaknya ikhlas, dan di situlah dia menemui hadrah Allah s.w.t. tajalli dalam dirinya. Ia dipanggil nafs radhiah mardhiyah, takkala Allah s.w.t. menjemputnya ke hadrah-Nya dalam Musyahadah. Mereka inilah yang dikenali sebagai Al-Kummal ( orang-orang kamil ) di kalangan para Nabi a.s. dan khawas para wali Allah s.w.t.

    Sememangnya penerangan sirr, ruh dan sebagainya, terdapat perbezaan dari sudut penerangan para arif billah. Apabila kita perhatikan huraian-huraian tentang maqam, ahwal, perbezaan sirr, qalb dan sebagainya, oleh para arif, kita dapati seolah-oleh terdapat perbezaan.

    Tetapi, perbezaan tersebut bukanlah suatu perbezaan yang bersifat bertentangan antara satu sama lain, tetapi perbezaannya bersifat kepelbagaian jenis, yang lahir dari zauq-zauq yang Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka. Berbeza dari sudut lafdzi ( lafadz ) tetapi sama dari sudut maknawi bagi ahli zauqi yang merasai.

    Apa yang penting, untuk memahami perbezaan yang halus antara hati, sirr dan sebagainya, ia memerlukan zauq dan perasaan. Adapun zauq timbul dari mu'amalah batin kita dengan Allah s.w.t., dalam mentahqiqkan Ubudiyah dalam diri. Bak kata Imam Al-Junaid, ilmu kami dibina atas zauq, bukan atas penulisan. Ilmu kami dipindahkan melalui ahwal, bukan maqal (perkataan)".

    Bermula lafadz Qalbun atau hati dan lafadz Ruh dan lafadz Nafsu dan lafaz Aqal itu walaupun bersalah-salahan mafhumnya(maksudnya) tetapi bersamaan makna pada hakikatnya..

    Kesimpulannya

    Tidaklah bersalahan lafaz yang empat ini melainkan pada "Iktibar Makna" jua..wallahu'alam

       

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    nizar_khan

    • *
    • Posts: 50
      • View Profile
    Jawab #2 11 May, 2010, 06:10:26 AM
  • Publish Di FB
  • pada saya, akal bukan hanya menerima perkara masuk akal

    jikalau demikianlah, akal itu tak mentauhidkan allah, sudah tentu

    akal, dalam pencitaan awalnya, telah di tanya Allah - kau siapa? Akal mengaku Tuhan .........di fine tune oleh Allah, sehinggalah di tanya semula, kau siapa.........dijawabnya, Kau Tuhan, aku hamba,
    barulah selepas itu di berikan kepada manusia

    demikian juga berlaku kepada Nafsu

    diri yg sebenar diri - yang bertaqwa, akan menerima Tauhid - Allah yang Esa, yang menciptakan segala galanya, tiada yang di ciptakannya itu sia sia.

    nabi Israk Mikraj............ tak masuk akal Kuffar dan munafik

    kepada abu bakar siddiq, aku percaya jika ianya daripada Rasulillah - masuk akal, sebab dia al amin, benar, tak pernah menipu ............

    tapi masa dalam gua, kenapa abu bakar, kata takut musuh nampak?  nabi bagitau, Allah ada bersama!

    itulah namanya pelajaran, agar kita yang kemudian, dapat Dengar dan Taat

    Inshallah ya

    perjalanan menuju Allah, tak ada penamat

    ilmu tak ada yg sampai garis penamat, itulah tanda kebesaran Allah, Maha Luas Ilmunya
    « Last Edit: 27 August, 2010, 06:19:04 PM by nizar_khan »

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #3 11 May, 2010, 08:23:06 AM
  • Publish Di FB
  • bagaimana Nya dengan Tertib... dan kenal siapa tuhan dan siapa Hamba....
    maka perjalanan itu lebih terbukti...
    di mana rumahku Ruh bukan ker di Nyawa...
    Dimanakah Ruh berada bukan ke di Jasad ( Adam ).
    akal dan fikiran
    perbuatan dan kelakuan.,,,siapa yg mengusai siapa.
    malaikat mana yg menjaga akal....dan fikiran.
    siapa diri sebenar diri dan mengaku aku adalah hamba ,
    nafus siapa jaga...
    dimana letak nafsu... perbuatan atau kelakuanNya..
    itu semua ilmu sebalik ilmu...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    aman_arab

    • *
    • Posts: 221
    • Don't just be all talk, do what you want to do!
      • View Profile
    Jawab #4 11 May, 2010, 08:31:19 AM
  • Publish Di FB
  • Hakikat Diri
    Album : Jalan Yang Satu
    Artis : Diwani

    Hati, akal, nafsu hakikat dirimu
    Hati, akal, nafsu hakikat dirimu

    Kenallah hakikat diri manusia
    Akal hati dan nafsunya
    Fahami sifat dan peranannya
    Tahu cara mendidiknya


    Hati dikata kalbu juga fuad
    Juga disebut Lathifah Robbaniah
    Raja di dalam kerajaan diri
    Wadah kepada letak hidayah Allah

    Nafsu dan akal sebagai penasihat
    Nafsu terdidik pendorong kebaikan
    Akal tertimpih hati kan berbakti
    Hasilnya menjamin keselamatan diri

    Akal dan nafsu perlu dibersihkan
    Ilmu wahyu jadikan pegangan
    Sunah rosul jadikan ikutan
    Hasilnya hati bahgia dan mulia

    Nafsu mengajak kepada kejahatan
    Musuh diri yang perlu dibuang
    Akal penyebab hidayah dan taufik
    Bedakan yang hak dan batil pendorong kebaikan
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Mei

    • *
    • Posts: 1017
      • View Profile
    Jawab #5 08 November, 2012, 05:06:16 PM
  • Publish Di FB
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Mengenai perbezaannya aqal, hati, ruh dan Sirr, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani ada menerangkan yang bermaksud:

    "Aqal ialah ketua alam diri manusia. Aqal ialah kotak hati (qalb). Hati ialah kotak fu'ad (sanubari). Fu'ad ialah kotak ruh. Ruh ialah kotak sirr (padanya ada ikhlas)."

    Oleh itu, setiap yang berikut, merupakan tempat mu'amalah batin seseorang manusia. Ia meningkat, peringkat demi peringkat, selaras dengan peningkatan tahap nafsu (diri) seseorang.

    Apabila nafsu dipenuhi syahwat, maka, akal tidak lagi berperanan sebagai pemimpin diri seseorang, tetapi nafsu. Pada ketika ini, nafsu tersebut ialah nafs ammarah (yang menyuruh kepada kejahatan).

    Apabila seseorang itu melawan daya syahwat dalam dirinya, dari menguasai nafs (diri) nya, maka, akal akan kembali memimpin dan pada saat itu, ia dikatakan sebagai nafs al-lawwamah.

    Apabila seseorang itu mampu menjaga nafsnya dari pengaruh-pengaruh syahwat yang tesembunyi, dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, maka pada ketika itu, mu'amalah batinnya terletak pada hatinya. Pada ketika ini, banyak bisikan-bisikan kebaikan dalam dirinya. Ia dikenali dengan nafs mulhamah...Di sini, bermulanya usaha seseorang untuk mencapai tahap muroqobah.

    Apabila seseorang telah sampai ke ahwal fana', di mana dia merasai bahawa, tiada yang wujud melainkan Allah s.w.t., maka pada ketika itu, muamalahnya dengan Allah s.w.t. pada fu'ad (sanubari)nya. Ia dikenali dengan nafs mutma'innnah. Di sini juga bermulanya penghayatan terhadap hakikat muraqabah.

    Apabila telah tetap tauhid khawas dalam dirinya, dari hal fana' kepada maqom fana', maka pada ketika itu, tempat mu'amalah batinnya dengan Tuhannya s.w.t. ialah pada ruhnya. Ia dikenali dengan nafs radhiah. Pada ketika ini, seseorang hamba antara penghujung muraqabah dan awal musyahadah. 

    Apabila meningkat tahap seseorang hamba kepada tahap baqa' atau jam'u jam'in, di mana, tauhid khawasul khawas telah menetap dalam dirinya, maka tempat mu'amalahnya dengan Allah s.w.t. ialah pada sirrnya di mana, di situlah letaknya ikhlas, dan di situlah dia menemui hadrah Allah s.w.t. tajalli dalam dirinya. Ia dipanggil nafs radhiah mardhiyah, takkala Allah s.w.t. menjemputnya ke hadrah-Nya dalam Musyahadah. Mereka inilah yang dikenali sebagai Al-Kummal ( orang-orang kamil ) di kalangan para Nabi a.s. dan khawas para wali Allah s.w.t.

    Sememangnya penerangan sirr, ruh dan sebagainya, terdapat perbezaan dari sudut penerangan para arif billah. Apabila kita perhatikan huraian-huraian tentang maqam, ahwal, perbezaan sirr, qalb dan sebagainya, oleh para arif, kita dapati seolah-oleh terdapat perbezaan.

    Tetapi, perbezaan tersebut bukanlah suatu perbezaan yang bersifat bertentangan antara satu sama lain, tetapi perbezaannya bersifat kepelbagaian jenis, yang lahir dari zauq-zauq yang Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka. Berbeza dari sudut lafdzi ( lafadz ) tetapi sama dari sudut maknawi bagi ahli zauqi yang merasai.

    Apa yang penting, untuk memahami perbezaan yang halus antara hati, sirr dan sebagainya, ia memerlukan zauq dan perasaan. Adapun zauq timbul dari mu'amalah batin kita dengan Allah s.w.t., dalam mentahqiqkan Ubudiyah dalam diri. Bak kata Imam Al-Junaid, ilmu kami dibina atas zauq, bukan atas penulisan. Ilmu kami dipindahkan melalui ahwal, bukan maqal (perkataan)".

    Bermula lafadz Qalbun atau hati dan lafadz Ruh dan lafadz Nafsu dan lafaz Aqal itu walaupun bersalah-salahan mafhumnya(maksudnya) tetapi bersamaan makna pada hakikatnya..

    Kesimpulannya

    Tidaklah bersalahan lafaz yang empat ini melainkan pada "Iktibar Makna" jua..wallahu'alam

    Disini pun banyak ilmu nya...

    Mungkin boleh menjawab persoalan thread 'jom kita kaji'.-Bukan logikal aqal semata2.

    Tak gitu Tuan Nazri?

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #6 08 November, 2012, 05:38:48 PM
  • Publish Di FB
  • Ya. Dengan zauqi.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    ayambapok

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #7 24 December, 2012, 01:26:56 PM
  • Publish Di FB
  • apa beza antara akal n hati? Cthnya, manusia yg buta katanya melihat dgn hati, maka apa yg dilihat oleh hatinya? apa yg org buta nampak dlm hatinya, tentang alam juga Tuhan?

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 612
      • View Profile
    Jawab #8 24 December, 2012, 03:49:39 PM
  • Publish Di FB
  • apa beza antara akal n hati? Cthnya, manusia yg buta katanya melihat dgn hati, maka apa yg dilihat oleh hatinya? apa yg org buta nampak dlm hatinya, tentang alam juga Tuhan?

    Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?

    yang sebenar buta bila tak ambil pelajaran dan tak mahu buat kebaikan.

    Allah swt menyuruh berbuat baik dan jangan sombong,semuanya ada pengajaran bagi orang yang berfikir,walau pon buta mata tapi masih tahu yang baik Dan yang buruk kalau mahu berfikir,





    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #9 24 December, 2012, 03:53:11 PM
  • Publish Di FB
  • ada akal tak mahu berfikir, sebab tak ada hati

    ada hati tak mahu berfikir sebab terburu Nafsu

    silakan ya

    ayambapok

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #10 24 December, 2012, 05:42:36 PM
  • Publish Di FB
  • ada akal tak mahu berfikir, sebab tak ada hati

    ada hati tak mahu berfikir sebab terburu Nafsu

    silakan ya
    itu bukan jawapan pada persoalan yg ditanyakan ustaz, jgn peningkan org jahil ustaz

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    857 Views
    Last post 20 February, 2011, 09:18:36 AM
    by sonidoter89
    3 Replies
    1104 Views
    Last post 04 March, 2011, 02:48:35 PM
    by sha ira
    3 Replies
    889 Views
    Last post 25 June, 2011, 05:51:32 PM
    by hamimah