Amalan Judi Dihalalkan?

*

Author Topic: Amalan Judi Dihalalkan?  (Read 1319 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 May, 2010, 12:55:50 AM
  • Publish
  • KUALA LUMPUR, 7 Mei: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 dilihat "menghalalkan yang haram, demi keuntungan".

    Pemuda PAS Wilayah dalam satu kenyataan memberitahu, alasan kerajaan untuk mengeluarkan lesen kerana pertaruhan haram tetap berlaku, tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.

    "Rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi.

    "Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudin.

    Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein dalam satu kenyataan memberitahu kerajaan sedang mempertimbang akan meluluskan lesen judi tersebut.

    Beliau memberi alasan, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

    Negara Malaysia tambah Herman, tidak boleh disamakan dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan segala kemaksiatan.

    Apatah lagi katanya, perjudian adalah haram bagi semua agama di negara ini.

    "Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara," katanya.

    Mengulas lanjut Herman berkata, rakyat tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampur adukan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak.

    Lebih memalukan katanya, apabila yang mahu meluluskan lesen ini adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam.

    Tindakan itu ujarnya dikhuatiri mengundang musibah dan kemurkaan dari Allah s.w.t.

    "Menteri Agama dan ustaz-ustaz Umno begitu bangga menyebut didepan rakyat bahawa mereka mahu jadikan Malaysia ini sebagai, Baldhatun toyyibah warabbun ghafur atau negara yang makmur serta mendapat pengampunan dan keredhaan Allah.

    "Tetapi dengan dasar dan cara pemerintahan sebegini negara ini akan terus mendapat kemurkaan Allah," tambahnya lagi.

    Sehubungan itu beliau menyeru para Ulama, Majlis Fatwa serta rakyat keseluruhannya bangkit menentang tindakan kerajaan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam ini.

    Reply #1 08 May, 2010, 01:02:06 AM
  • Publish
  • Tu Allah nak tunjuk dah la tu....

    Reply #2 08 May, 2010, 12:20:07 PM
  • Publish
  • salam..manusia akhir zaman

    Reply #3 08 May, 2010, 12:35:54 PM
  • Publish
  • bila urusan agama di pegang oleh yang bukan ahli.....
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Reply #4 08 May, 2010, 12:36:19 PM
  • Publish
  • bila urusan agama di pegang oleh yang bukan ahli.....

    Reply #5 08 May, 2010, 10:12:41 PM
  • Publish
  • Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

    يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

    Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

    Dan juga larangan selanjutnya

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

    petikan dari zaharuddin.net

    http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/

    Reply #6 08 May, 2010, 10:17:17 PM
  • Publish
  • MasyaAllah...apa nak jadi ni...
    "What You Do With Your Life, Is What You Give To ALLAH"

    Reply #7 08 May, 2010, 10:21:00 PM
  • Publish
  • jakim ade komen ke pasal nie?

    Reply #8 08 May, 2010, 11:07:36 PM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Kekayaan dunia lebih kita utamakan berbanding kekayaan di akhirat yang akhirnya kita sendiri jadi papa kedana di SANA kelak..
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    Reply #9 09 May, 2010, 01:12:49 AM
  • Publish
  • Ini yang buat ana takut.
     Sedang Rasulullah pernah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
    1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
    2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
    3. Mereka cinta kepada makhluk.Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
    4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
    5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
    Ya Rabbi, kurniakan hidayah buat kami
    Imam Nawawi berkata:"Beramal kerana manusia adalah riak.Meninggalkan amal kerana manusia adalah ujub(sombong).Ikhlas adalah apabila kamu terlepas kedua-duanya"
    -http://cahayamylife.blogspot.com/

    Reply #10 09 May, 2010, 05:56:51 AM
  • Publish
  • Bile manusia menolak hukum tuhan.. dan bertindak menggunakan akal semata tanpa memahami syariat agama ..

    Cam nie r jadinya....  haih

    Reply #11 09 May, 2010, 06:56:56 AM
  • Publish
  • salam. mkasudnye umno yg beria2 nk kaut untug dri perjudian nie... astagfirah...

    Reply #12 09 May, 2010, 11:41:24 AM
  • Publish
  • Jika pemimpin yang disanjung itu menjurus kepada keduniaan inilah bahananya
    http://www.jutawankertas.blogspot.com

    Reply #13 09 May, 2010, 02:05:28 PM
  • Publish
  • Amar makruf nahi mungkar,

    inilah yang berlaku bila negara dikongsi pemerintahan oleh kaum-kaum kafir...
    Nak tolak, dia bagi alasan demokrasi, itu sebablah kita diharamkan mengundi org BUKAN ISLAM untuk menjadi wakil kita...
    Walaupun untuk bersekongkol menubuhkan kerajaan. wallaua`lam

    Reply #14 09 May, 2010, 05:24:05 PM
  • Publish

  • Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

    Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

    Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

    (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

    Reply #15 09 May, 2010, 10:27:10 PM
  • Publish
  • salam....
    apa nak jadi sekarang niii......tu la sokong lagi BN siapa suruh.....
    nak tunggu bala dari ALLAH sampai ke baru nak insaf
    SEMOGA ISLAM KITE TERUS BERKEMBANG BAk BUNGA YANG MEKAR

    divider3
    halaqahforum4