Solat untuk wanita sarat hamil. Bagaimana?

*

Author Topic: Solat untuk wanita sarat hamil. Bagaimana?  (Read 39724 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

05 May, 2010, 09:38:53 PM
  • Publish
  • Asalamualaikum...

    Boleh saya minta pandangan anda semua bagaimana cara solat untuk wanita yang sarat hamil?
    Saya kurang pasti tentang tertib solat duduk dan sebagainya.

    Harap dapat membantu, terima kasih.
    « Last Edit: 05 May, 2010, 10:17:46 PM by belangkas »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 05 May, 2010, 10:43:19 PM
  • Publish
  • Asalamualaikum...

    Boleh saya minta pandangan anda semua bagaimana cara solat untuk wanita yang sarat hamil?
    Saya kurang pasti tentang tertib solat duduk dan sebagainya.

    Harap dapat membantu, terima kasih.

    Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri,duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.

    Saya petik dari Laman   Almalakawi's Blog (http://almalakawi.wordpress.com/2010/03/25/rukun-sembahyang-yang-ke-dua/)

    [box2 title=Rukun solat yang Kedua]Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

    * Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu  iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.

    * Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.

    * Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

    * Sunguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.

    * Apabila sesrorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.[/box2]
    « Last Edit: 05 May, 2010, 10:46:06 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 05 May, 2010, 11:06:28 PM
  • Publish
  • Maaf...Mohon penjelasan lanjut....adakah ia bermaksud wajib solat berdiri bagi orang yg mempunyai keuzuran iaitu boleh berjalan, tetapi lututnya sakit untuk bangkit berdiri, rukuk dan sujud? Tidak bolehkah dia solat duduk, walaupun dia masih boleh berjalan?

    Berkenaan dengan wanita sarat hamil, saya pun tertanya2 pasal ni, macam mana cara solat yg betul bagi wanita yg sarat hamil...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 05 May, 2010, 11:31:48 PM
  • Publish

  • Ibu Hamil: Sampai Bila Wajib Solat?

    Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat berkaitan tajuk entri di atas. Memandangkan perkara ini menjadi persoalan dalam fikiran saya sendiri, maka saya telah merujuk kepada sahabat saya, Ustazah Shahidra (tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, API UM), di mana beliau telah memanjangkan persoalan-persoalan saya kepada orang yang lebih 'arif iaitu Prof. Madya Dr. Anisah (Pensyarah di jabatan beliau).

    Di antara persoalan yang telah saya ajukan kepada beliau ialah, apakah status solat ke atas wanita hamil yang mengalami situasi seperti berikut:

    1. Keguguran
    2. Turun darah (bleeding)
    3. Pecah air ketuban
    4. Kontraksi rahim

    Jawapan ringkas yang dapat saya simpulkan ialah:

    Keguguran:
    Bagi wanita yang mengalami situasi ini, kewajipan solat ke atasnya luput dan tidak wajib digantikan solat tersebut. Ini kerana, darah yang keluar ketika gugur tersebut disamakan dengan darah wiladah (melahirkan anak).

    Turun darah, pecah air ketuban dan kontraksi rahim:
    Ketiga-tiga situasi ini merupakan antara tanda-tanda seseorang wanita itu sudah hampir bersalin. Walau bagaimanapun, kewajipan solat ke atas wanita yang mengalami ketiga-tiga situasi ini TIDAK LUPUT, bermakna solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan.

    Apa yang perlu dititik beratkan ialah, kebersihan sebelum menunaikan solat, di mana darah sebagai contoh, perlu dibersihkan terlebih dahulu. Darah yang keluar ini dianggap darah fasad, bukannya darah yang keluar ketika bersalin. Begitu juga dengan air ketuban.

    Walau bagaimanapun, bagi kes wanita yang mengalami kontraksi rahim yang bersangatan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan solat ketika waktunya, bolehlah digantikan solat yang terluput itu pada waktu lain, kerana ketidakmampuan ketika itu.

    Solat itu tiang agama
    Semoga, sedikit ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua. Ramai di kalangan kita yang mengambil ringan soal solat, sedangkan bagi orang yang hampir meninggal dunia sekalipun, masih belum luput kewajipan solat ke atasnya. Namun, Islam memberikan rukhsah (keringanan) untuk menunaikannya berdasarkan kemampuan, sebagai contoh; solat sambil berbaring dan sebagainya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 05 May, 2010, 11:36:14 PM
  • Publish


  •       


                               
                
    AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA HAMIL
       
    Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
    Doanya :          
                   

    "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

                
             

    Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

    Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

    Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

    Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
    Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

    - sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
    - sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
    - jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
    - keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
    - mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
    - Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
    - jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
    - hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
    - bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
    - cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
    - berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
    - bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

    Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
    - menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
    - menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
    - Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
    - jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
    - hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
    - apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
    - berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
    - jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
    - jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
    - jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
    - jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

    Reply #5 05 May, 2010, 11:43:38 PM
  • Publish

  • Apa yang perlu dititik beratkan ialah, kebersihan sebelum menunaikan solat, di mana darah sebagai contoh, perlu dibersihkan terlebih dahulu. Darah yang keluar ini dianggap darah fasad, bukannya darah yang keluar ketika bersalin. Begitu juga dengan air ketuban.


    Adakah air ketuban dikira sebagai najis?

    Reply #6 06 May, 2010, 05:04:19 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah....
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan saya yang masih baru mendalami dan mendekati Islam, tentunya sungguh cetek pengetahuan saya.

    Berbulan lamanya saya mencari informasi bagi topic di atas, pada awalnya sekadar untuk pengetahuan am dan untuk bersedia sekiranya sampai waktu tertentu dalam masa kehamilan, dimana saya tidak lagi dapat sembahyang seperti biasa.

    Tetapi, Allah lebih tahu atas apa yang berlaku... Pada bulan lepas, saya mengalami pendarahan secara tiba tiba jam 2.00 pagi. Di masukkan ke wad kecemasan dan ditahan selama 1 minggu kerana pendarahan masih beterusan dan Dr. mengesahkan saya megalami Placenta Previa (uri jatuh dan menutup pintu serviks) yang boleh memberi risiko ke atas ibu kerana penderahan yang beterusan.

    Sekiranya kandungan sudah masuk trimester ke-3, bolehlah dilahirkan secara pembedahan, malangnya ketika kejadian, kandungan saya baru berusia 24 minggu. Hendak dilahirkan secara pembedahan pun tidak boleh, dan jika pendarahan masih beterusan sehingga uri mejadi pecah, akan memberi risiko kepada saya dan tentulah bayi tidak dapat diselamatkan. Jadi saya perlu memastikan tidak banyak bergerak dan satu satunya cara rawatan yang diberi ialah dengan berbaring dan berehat (Bedrest) sepanjang masa atas nasihat doktor.

    Oleh kerana itulah, saya tertanya tanya bagaimana cara solat yang wajar bagi ibu hamil yang mengalami komplikasi seperti saya.
    Kini setelah hampir sebulan, saya masih lagi berbaring dan berehat secukupnya. Alhamdulillah, pendarahan sudah berhenti dalam seminggu yang lepas dan saya sudah bertenaga untuk berdiri dan berjalan secara perlahan lahan walaupun hanya di dalam rumah, tetapi saya masih ragu ragu untuk sembahyang seperti biasa kerana masih tidak tahu di mana kedudukan uri sekarang. Saya khuatir sekiranya saya bergerak agak aggresif seperti bangun duduk di lantai, akan mendatangkan pendarahan lagi.

    Saya berterima kasih sangat kerana maklumat tentang cara sembahyang yang telah dikongsi bersama.
    Cuma untuk lebih jelas lagi (maklumlah, saya ini amat cetek pengetahuan dan baru mendalami agama), saya ada beberapa soalan berkaitan topik di atas:

    1) Bolehkah saya sembahyang secara duduk di kerusi?
        Selalunya saya bersendirian di rumah, jadi tiada sesiapa yang boleh membantu saya untuk bangun duduk di lantai.

    2) Bagaimana pula dengan pergerakan mata? Ada yang mengatakan terdapat pergerakan yang tertentu melalui mata bagi Sujud dan Rukuk.

    3) Jika hanya waktu Takbir Ihram (mengangkat tangan sambil menyebut Allahu Akhbar) perlu berdiri, apakah hukumnya jika ketika mahu berdiri,
         pegerakan agak berselerak (seperti terpaksa berpaut pada tempat letak tangan dikerusi, berdiri begitu perlahan sambil menahan sakit atau sebagainya)?

    4) Bolehkan saya duduk dikerusi tanpa merapatkan kedua belah kaki kerana keadaan perut dan ketidakselesaan?








    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 06 May, 2010, 05:30:10 PM
  • Publish

  • 1) Bolehkah saya sembahyang secara duduk di kerusi?
        Selalunya saya bersendirian di rumah, jadi tiada sesiapa yang boleh membantu saya untuk bangun duduk di lantai

    Boleh. Masa takbiratulihram  berdiri dan rukuk rakaat pertama seperti biasa. Selain itu boleh duduk sehingga salam.Perlakuan sujud dengan merendahkan badan lebih dari pergerakkan rokok scara duduk.


    2) Bagaimana pula dengan pergerakan mata? Ada yang mengatakan terdapat pergerakan yang tertentu melalui mata bagi Sujud dan Rukuk.

    Solat pergerakan mata hanya digunakan apabila kita terbaring tidak mampu bergerak langsung .(terlantar)


    3) Jika hanya waktu Takbir Ihram (mengangkat tangan sambil menyebut Allahu Akhbar) perlu berdiri, apakah hukumnya jika ketika mahu berdiri,
         pegerakan agak berselerak (seperti terpaksa berpaut pada tempat letak tangan dikerusi, berdiri begitu perlahan sambil menahan sakit atau sebagainya)?

    4) Bolehkan saya duduk dikerusi tanpa merapatkan kedua belah kaki kerana keadaan perut dan ketidakselesaan?

    Boleh direnggangkan kaki agar diri kita stabil. Jika tidak mampu juga berdiri sewaktu takbiratul ihram, maka duduklah sehingga salam.



    p/s : jika  masih  tidak jelas, boleh hubungi saya melalui telefon 0197799682. Saya juga melakukan solat secara duduk dikerusi sehingga akhir hayat.







    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 06 May, 2010, 05:31:27 PM
  • Publish

  • Adakah air ketuban dikira sebagai najis?

    Ya, air ketuban adalah najis.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 06 May, 2010, 06:01:36 PM
  • Publish

  • Tetapi, Allah lebih tahu atas apa yang berlaku... Pada bulan lepas, saya mengalami pendarahan secara tiba tiba jam 2.00 pagi. Di masukkan ke wad kecemasan dan ditahan selama 1 minggu kerana pendarahan masih beterusan dan Dr. mengesahkan saya megalami Placenta Previa (uri jatuh dan menutup pintu serviks) yang boleh memberi risiko ke atas ibu kerana penderahan yang beterusan.

    Sekiranya kandungan sudah masuk trimester ke-3, bolehlah dilahirkan secara pembedahan, malangnya ketika kejadian, kandungan saya baru berusia 24 minggu. Hendak dilahirkan secara pembedahan pun tidak boleh, dan jika pendarahan masih beterusan sehingga uri mejadi pecah, akan memberi risiko kepada saya dan tentulah bayi tidak dapat diselamatkan. Jadi saya perlu memastikan tidak banyak bergerak dan satu satunya cara rawatan yang diberi ialah dengan berbaring dan berehat (Bedrest) sepanjang masa atas nasihat doktor.


    Walaupun pendarahan berterusan, solat tetap wajib ke atas kita. Darah yang keluar itu dianggap darah penyakit. Kita perlu bersihkan dahulu darah itu , gunakan kapas bersih, sumbat faraj agar ketika solat, darah yang keluar tidak mengotori pakaian solat kita. Selepas faraj disumbat kapas (sekadarnya agar darah tidak meleleh/mengalir) segera berwuduk dan bersolat. Jika darah keluar ketika solat, tidak batal solatnya. Boleh duduk agar tidak banyak darah yang keluar. Wuduk  ini hanya sah untuk 1 solat fardhu dan diiringi solat-solat sunat selepas solat fardhu tadi. ( katakan mahu solat hajat atau taubat)

    Lagi pun jika solat duduk di kerusi, lebih mudah kerana boleh solat di tepi katil  sahaja atau atas katil di wad. Tidak perlu ke surau. Kewajiban solat tidak gugur walaupun berlaku pendarahan tanpa henti.

    Sekiranya telah berlalu, dan tidak mengerjakan solat ketika itu,  maka ambik lah masa ini untuk  qada solat-solat yang tertinggal. Wuduk untuk  1 solat  fardhu tadi boleh digunakan untuk solat qada juga selain solat sunat.  Jika mengerjakan solat zohor, selepas  salam,  buat terus solat qada zohor. I solat qada beriringan solat fardhu  pada waktunya.(jika solat subuh, qada solat subuh, jika waktu asar , qada solat asar dan begitu seterusnya mengikut hari yang kita tinggalkan solat. Samada Allah terima atau tidak, itu urusan Allah,anggap saja kita membayar hutang.


    Semoga puan dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk melaluinya dengan sabar dan tabah.


    p/s:  saya juga pernah mengalami kandungan previa plasenta. Maka beginilah solat yang saya lakukan. 

    Reply #10 08 May, 2010, 11:12:56 PM
  • Publish
  • Salam....

    Ummi, terima kasih kerana berkongsi secara terperinci dan saya bersyukur kerana Ummi mahu membantu secara mendalam dengan memberi number telefon. Saya terharu dan Insyallah, saya akan hubungi juga satu masa nanti..

    Berbalik kepada cara solat duduk... Alhamdulillah...sudah pun saya lakukan/cuba.
    Namun, saya masih tidak pasti kalau betul.


    Quote
    1) Bolehkah saya sembahyang secara duduk di kerusi?
        Selalunya saya bersendirian di rumah, jadi tiada sesiapa yang boleh membantu saya untuk bangun duduk di lantai

    Boleh. Masa takbiratulihram  berdiri dan rukuk rakaat pertama seperti biasa. Selain itu boleh duduk sehingga salam.Perlakuan sujud dengan merendahkan badan lebih dari pergerakkan rokok scara duduk.


    Biar saya huraikan cara saya melakukannya kepada Ummi, semoga Ummi dapat gambaran yang betul dan juga dapat menegur kiranya ada kesilapan.

    - Selepas wuduk, saya memakai telekung dan berdiri dehadapan kerusi yang mengadap kiblat.
    - Saya baca niat solat dan mengangkat tangan sambil menyebut "Allahu Akhbar", kemudian baru saya duduk.
    - Tangan diletakkan dipinggang dan baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan satu surah lain.
    - Untuk rukuk, saya angkat kedua tangan (saya masih dalam keadaan duduk) sambil menyebut "Allahu Akhbar" dan membongkokkan bahagian badan (sedikit) serta menundukkan kepala (sedikit). Ketika ini keadaan tangan saya letakkan di atas paha.
    - Setelah selesai rukuk, saya angkat kedua belah tangan lagi sambil menyebut "Allahu Akhbar" untuk sujud pula.
    - Bagi posisi sujud, saya membongkokkan badan lebih dari rukuk dan benar benar menundukkan kepala ke bawah sehingga dagu hampir cecah ke dada. Tangan diletakkan semula ke atas paha.
    - Untuk duduk sujud pertama, saya hanya menaikkan kepala dan apabila sujud ke dua saya menundukkan semula kepala.
    - Selesai sujud, saya mengangkat kedua tangan lagi sambil menyebut "Allahu Akhbar" dan diletakkan dipinggang untuk meneruskan rakaat ke-2 sambil menegakkan badan dan mengangkat kepala.
    - Begitulah seterusnya untuk kesemua rakaat.


    Apa pendapat Ummi?
    Pada awalnya, ketika solat fikiran saya agak terganggu kerana ragu ragu dengan cara solat duduk saya.
    Apakah hukumnya jika rukuk yang pertama saya lakukan dalam posisi duduk di kerusi?

    Dan Ummi... jika saya sudah lebih mampu, bolehkah saya duduk di kerusi hanya ketika sujud, maknanya saya solat seperti normal tetapi untuk sujud - saya duduk dikerusi, membongkokkan badan dan menundukkan kepala seperti tertib yang saya lakukan sekarang. Adakah cara solat ini diterima?

    Terima kasih Ummi. Hanya Allah yang tahu betapa lega saya rasa setelah dapat panduan yang terperinci sebegini.
    Semoga Allah mencurahkan rezeki, memberi kesihatan dan kebahagiaan kepada Ummi dan keluarga. Amin..


    Note: Ummi, Insyallah saya akan hubungi Ummi sekurang kurangnya untuk mengucapkan terima kasih. Cuma waktu ini saya belum bersedia kerana terlalu banyak tekanan yang saya hadapi.

    Reply #11 08 May, 2010, 11:15:47 PM
  • Publish
  • Maaf Ummi, bagaimana pula niat solat qada?

    Reply #12 13 June, 2011, 10:50:43 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum ... saya ragu 2 .... saya nak tanya jika seseorang itu hamil.... jika dia masih mampu berdiri cuma susah untuk sujud boleh ke... wanita hamil itu solat secara duduk di atas kerusi ... ? boleh tak cuba jawab soalan saya ....

    Reply #13 13 June, 2011, 11:32:07 PM
  • Publish
  • Kalau darurat sesangat tu boleh bersolat atas kerusi dalam perkara yang daif.

    SElagi mampu berdiri, rukuk = maka wajib buat yg mampu tu.

    Kalau sujud = badan nak tumbang = tak perlu sujud, sekadar isyarat jer sambil duduk atas kerusi.

    Atau kalau sujud tak boleh nak bangun

    Atau tak mampu duduk antara 2 sujud... ambil jer isyarat sujud dan duduk antara 2 sujud atas kerusi.

    Selain dari itu pesakit darah tinggi contohnya : yang di nasihatkan doktor duduk tidur atas katil = maka

    wajib ia mematuhi nasihat doktor sambil sembahyang tidur atas katil.


    Reply #14 23 June, 2011, 03:43:02 PM
  • Publish
  • selalunya org yg solat duduk atas kerusi ialah org yg sakit lutut.

    bagi org pregnant yg dah sarat, elok duduk terus atas lantai. kdg2 nak cari kerusi pun payah.

    mcm mana pun yg pentingnya, bagi org yg mampu berdiri (w/pun bertongkat/bersandar pd dinding) i.e dia masih berjalan guna kaki luar solat, wajib masa dia mengangkat takbir (yg pertama tu) dlm keadaan berdiri.

    kalau tak mampu sujud sampai cium tanah, buat saja pergerakan selagi ia menampakkan perbezaan antara rukuk dan sujud. sebabnya mcm org yg perut boyot dia membesar, kdg2 rasa mcm tak boleh bernafas bila sujud. rukuk pun kalau dlm keadaan normal amatlah tidak selesa, silap2 boleh tertonggeng. nak bangun pun jenuh, esp kalau yg kaki dah membengkak semacam. rasanya org yg perut kemas takde masalah ni.
    « Last Edit: 23 June, 2011, 03:56:53 PM by jen »

    Reply #15 30 June, 2011, 05:04:12 PM
  • Publish
  • Salam;
    Saya masih nak bertanya lagi soalan ttg solat utk wanita sarat ni.
    Saya menggunakan surau awam dan tiada kerusi utk digunakan.
    Kalau solat terus duduk atas lantai, maknanya saya akan duduk selepas rukuk & sujud pertama hingga akhir la kan.. sbb takbir pertama saya perlu/mampu berdiri.
    Tp kemusykilan, mcmana kalau saya nak betulkan kedudukan duduk, kain sedangkan saya sudah dlm solat.
    Dan kedudukan duduk mcmana yg sepatutnya / ikut keselesaan tu? Bersila sesuai atau tidak? Duduk bertimpuh @ spt duduk antara 2 sujud agak menyakitkan.
    Kalau saya mampu sujud maka saya perlu duduk spt antara 2 sujud la kan.

    Reply #16 30 June, 2011, 05:17:22 PM
  • Publish
  • buatlah yang termampu oleh dirimu
    jangan memaksa diri takut Ikhlas yang lari

    Allah tahu apa terkandung di hatimu
    macamana duduk yang selesa, berubah aksi wajib dan sunat, boleh dengan gerak mata sahaja, boleh dengan gerak anggota yang mampu

    sebab tu solat terbaik wanita, dalam bilik dalam rumahnya, inshallaah

    sujudlah bathin mu, solatlah untuk mengingati AKU

    jika mereka bertanya kamu tentang AKU
    katakan,
    AKU tersangat hampir
    AKU lebih dekat dari urat nadi kamu
    AKU yang menghidupkan kamu

    AKU makbulkan sesiapa yang meminta kepadaKU

    ya Allah berilah kekuatan kepada hamba, agar boleh dengar dan taat kepada MU

    subhanallah

    Reply #17 15 November, 2011, 10:04:34 AM
  • Publish
  • Solat tak boleh ditinggalkan walau dalam apa sekalipun sehinggakan di wajib bersolat dengan hati namun roko' dan sujud boleh ditinggalkan. Apa perbezaan di antara sembahyang yang tak boleh ditinggalkan itu dengan rokok dan sujud? maksudnya roko' dan sujud itu bukanlah solat itu sendiri kerana kalau roko' dan sujud itu solat, wajib tidak boleh ditinggalkan. Jangan risau untuk meninggalkannya jika tidak mampu kerana ianya tiada kaitan dengan aqidah.

    Persoalannya sekarang ialah apakah aqidah di dalam solat? Aqidah letaknya di hati sebab itu wajib solat dengan hati dan tidak boleh ditinggalkan. Persoalannya bagaimana bersolat dengan hati yang tiada roko' dan sujud. Apakah hukumnya seandainya didalam solat seharian kita yang ada roko' dan sujud itu tiada pula solat dengan hati di mana tempatnya aqidah? Solat, wajib berkaitan dengan aqidah yakni solat hati wajib ada didalam roko' dan sujud. solat yang hanya roko' dan sujud adalah solat orang islam tetapi bukan solat orang beriman.

    Reply #18 15 November, 2011, 11:16:00 AM
  • Publish
  • rokok ke ruku' tak boleh di tinggalkan, begitu juga sujud

    sebagai abid yang mengetahui, selamanya kena sujud hanya kepada Allah, itulah tauhid
    Ruku' dan sujud dalam kehidupan, iabrat bagi diri mukmin, yang tidak keluh kesah dengan dunia, tidak keluh kesah dengan wanita/lelaki, dan tidak berkata yang sia sia

    apabila tidak mengetahui, mulalah, tidak mahu masuk ke islam keseluruhannya

    maka tertanggal lah ruku dan sujud bersama oarng yang ruku' dan sujud
    hidup berantakan, tuduh menuduh, kerana merasa aku lebih baik dari mereka
    parti partisan, politik sempit, demokrasi, dan sebagainya
    sementara menyokong team sukan mereka dengan bernafsu sahaja
    jadilah assobiah

    sebab itu senantiasalah Ruku' dan sujud bersama orang yang rukuk, kekallah di dalam Jamaah, inshallah
    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4