Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

*

Author Topic: Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid  (Read 1035 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

najwa_hamali

  • *
  • Posts: 749
  • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
    • View Profile
04 May, 2010, 07:16:00 PM
  • Publish
  • Pengadu menyatakan:-

    Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

    Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

    Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

    Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

    Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

    AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

    Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

    Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

    Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

    Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

    Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

    Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

    Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...




    http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html

    http://tintaduat.blogspot.com/2010/04/kenyataan-media-gabungan-mahasiswa.html

    http://zainulfaqar.blog.com/?p=567
    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    manjasmile

    • *
    • Posts: 473
      • View Profile
    Reply #1 04 May, 2010, 07:30:37 PM
  • Publish
  • :) takziah untuk keluarga mangsa. semoga arwah adik AMINUL RASHID dicucuri rahmat. well, kes ni masih dalam siasatan pihak berkuasa. Dan semoga hasil siasatan tu adil dan telus.tapi semoga kes ni tak lah disensasikan hanya semata2 untuk mencari salah pihak polis atau di politikan. sebab kalo untuk tujuan itu saya rasa sia2 aje. kerana bukan 1 konklusi yang kita akan padat, tapi percanggahan pendapat dan mungkin akan menjerumus kepada perbalahan sesama sendiri.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 04 May, 2010, 07:47:38 PM
  • Publish

  • Apa yang sepatutnya ialah mengambil iktibar dari kejadian itu. Biar yang telah berlaku di putuskan oleh mahkamah.  Jangan diulangi. Iktibarnya kepada

    a)  Remaja

    1.Jangan keluar lewat malam
    2.Jangan memandu kereta tanpa izin dan tanpa lesen memandu yang sah.
    3.Keluar rumah tanpa izin ibu bapa.

    b) Ibu bapa

    1. Kawal aktiviti anak-anak
    2. Jangan izinkan anak-anak pandu kereta tanpa lesen yang sah.
    3. Jika tahu anak-anak sukapandu kereta tanpa pengetahuan, jangan letak sebarangan kunci kenderaan merata-rata.

    Remaja itu merasa takut dan pandu laju kerena tahu diri memandu tanpa izin ibu bapa, tanpa memliki lesen memandu dan keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.

    Polis memang akan kejar apabila terdapat kecurigaan terhadap sesuatu demi menjaga keamanan masyarakat. Mana polis tahu siapa yang memandu kereta dan pemilik kereta tersebut.


    p/s  : Ummi sendiri pernah dikejar polis  disubuh  hari , sewaktu memandu laju keluar dari kawasan perumahan menuju ke lebuh raya. Polis mungkin sangka ummi lepas pecah masuk rumah... Bila lihat kereta kita dikejar polis, tindakan sebaiknya ialah berhenti dipinggir jalan sahaja, jangan cuba-cuba meneruskan perjalanan  , nanti tayar akan ditembak. Beri kerjasama dan keterangan yang jujur agar tidak didakwa.
    « Last Edit: 04 May, 2010, 08:25:05 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #3 04 May, 2010, 08:06:39 PM
  • Publish
  • meragukan dalam persoalanNya..nyk yg timbul..
    *di pukul beramai ramai dan masih melepaskan diri...( polis boleh tembak jer masa melarikan diri )
    hmmm apa pun tunggu sisatan...lanjut
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    timunlaut

    • *
    • Posts: 38
      • View Profile
    Reply #4 28 October, 2010, 04:56:04 PM
  • Publish
  • aduuuiihh...
    jangan mahu salahkan pihak polis sahaja...
    kalau tidak membuat kesalahan,, tak der sebab polis tu nak tembak sesuka hati.. polis juga manusia biasa,.. membuat kesilapan..
    bagi saya.. adik aminulrashid ni.. berada pada situasi yang salah, disamping tempat dan masa y salah,, juga pada atingkah laku y salah...
    pihak polis pula,, berada pada emosi dan anggapan yang tidak tepat..

    al-fatihah buat adik aminulrashid.. semoga ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman..

    fatimahazzara

    • *
    • Posts: 87
      • View Profile
    Reply #5 28 October, 2010, 06:23:19 PM
  • Publish
  • Takziah pada keluarga adik amirul rashid.....moga-moga keluarga nya bersabar atas apa yang menimpa pada arwah.Jadikan teladan dan renungan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.Apa yang timun laut kata kan adalah benar tapi kita tunggu dan lihat.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    697 Views
    Last post 10 July, 2012, 02:23:03 PM
    by Hj Naim
    7 Replies
    869 Views
    Last post 05 August, 2013, 04:59:55 PM
    by saiyidina_osman
    3 Replies
    624 Views
    Last post 07 October, 2013, 11:38:51 AM
    by afiQoh