Bunian

Author Topic: Bunian  (Read 25574 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Qalam Buana

  • *
  • Posts: 65
    • View Profile
Jawab #40 27 March, 2011, 11:34:29 PM
  • Publish Di FB
  • masa berlalu, mereka di ajak manusia membantu Tugasan membuka hutan baru, membina kampong dan ladang

    apabila generasi yang mengambil jin sebagai pekerja tu meninggal dunia, dia pesan kepada jin jin tu, tolong jaga anak cucu aku ya

    itulah permulaan, saka baka

    Manusia tu pesan kat jin-jin tu tolong jaga anak cucu...tapi kenapa akhirnya jin tu buat onar kat manusia? mengganggu dan sebagainya....sepertinya sinonimnya keburukan dengan saka baka....

    generasi yang pertama meminta bantuan jin jin itu, meberi makan kepada jin jin pekerjanya itu,
    sebagai cth, nampak oleh orang akan generasi yg pertama yg ambil bantuan jin jin itu, memakan nasi seperiuk untuk 40 orang dan ayamnya sebanyak 20 ekor
    orang nampak dia sorang saja makan
    tetapi demikianlah dia suap itu, jin jin yang memakannya

    dalam perjanjian jin dgn manusia, tanca cop materinya segitiga mata satu seperti dalam dollar USA
    di cop atas surat perjanjain sebesar kertas suratkhabar
    janji dalam tu:
    satu tahun satu nyawa kena bagi kepada jin jin
    (termasuk janji dalam perbomohan- kamu lihatlah keturunan bomoh satu persatu mati, jiran juga ikut mati, semuanya gara gara janji dgn jin - maaf jika kalian tak mengetahuinya)

    maksudnya, ada janji, manusia kena bagi persembahan kepada jin jin
    adakal di ganti dengan lembu, kambing, ayam
    pulut kuning, bertih, dll siap ada kemeyan

    begitulah, di katakan, sembelihan selain nama allah itu, syirik, haram di makan
    tetapi berapa ramai yang tak mengetahui, termakan kenduri demikianlah jenis perdaya jin bunian - termasuk syaitan

    mau cerita lanjut banyak lagi, sorrylah ya

    kenapa saka baka buat ONAR

    sebab anggota keturunan tu, tak tahu kena buat persembahan kepada jin jin
    lalu tak ada bagi makan kepada jin jin

    maka terjadilah, kemalangan ngeri meragut beberapa ahli keluarga mangsa

    hal ini tidaklah di ketahui ramai orang, harap maaf ya

    jadi persoalan msa tu: sebab kalian tak buat peresembahan kepada jin - itu jin jin saka baka tu marah, makan lah mereka darah kamu, kenalah kamu penyakit berkaitan darah, kerana seboleh bolehnya jin jin itu mahu kamu MATI lebih cepat, mereka pula mahu perkudakan manusia itu di alam JIN

    silakan berjumpa guru guru kalian bagi mengesahkan perkara ini
    jangan suka membangkang jiak belum mengetahui
    kadangkala kena jawab sebab soalan
    maaf jika menyalahi pengajian kalian

    jangan percayalah jin ada kuasa ya, yakinilah Allah

    tetapi manusia tak boleh mungkir janji, itu janji generasi dulu kenalah anak anaknya ambil tahu, atau mahulah putuskan hubungan tu, buanglah saka baka, insjhallah kami boleh bantu,

    subhanllah
    maaf ya termerapu

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Jawab #41 28 March, 2011, 11:34:59 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Bercerita mengenai bunian..dulu pernah seorang kawan saya bercerita mengenai bunian..dia mendakwa dibelakang rumahnya ada bunian..(rumah kawan saya tu kat hujung kampung berhampiran dgn sungai dan dia tidak mempunyai jiran) dia pernah memberitahu bahawa barang-barang dapur seperti beras, gula, garam selalu berkurangan..malah dia pernah mendakwa ternampak bayang-bayang seperti manusia didalam rumahnya..bukan itu sahaja, dia juga pernah ternampak adik bongsunya (ketika itu berumur dlm 3-4 tahun) bermain tetapi seperti bermain dengan seseorang..bila saya tanya apa perasaan dia samada dia takut atau tidak..dia cuma memberitahu asalkan dia tak kacau bunian tu dan bunian tak kacau keluarga dia..kawan saya tu seolah-olah sudah biasa dengan keadaan tu kerana dia beritahu kejadian nie sering berlaku..

    Saya hanya mendengar..saya pun tak tahu sama ada cerita ini benar atau dia hanya sekadar mahu bercerita..waahualam..saya tahu jin, iblis tu wujud..hurmm..apa-apa pun Allah lebih mengetahui..

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #42 28 March, 2011, 12:32:43 PM
  • Publish Di FB
  • :)
    Nak tanya la. Ada sape2 kat sini pernah jumpa bunian tak?

    Tak pun pernah dengar cerita-cerita orang-orang tua tentang bunian?

    Minta kongsikan. Ok?

     :jaz:

    Bunian itu pada asalnya ialah, kumpulan Jin Islam, yang nabi benarkan mendiami di tepi atau berhampiran kampong manusia
    lebih luas maknanya, kumpulan jin yang baik baiklah, itu di benar hampir manusia

    masa berlalu, mereka di ajak manusia membantu Tugasan membuka hutan baru, membina kampong dan ladang

    apabila generasi yang mengambil jin sebagai pekerja tu meninggal dunia, dia pesan kepada jin jin tu, tolong jaga anak cucu aku ya

    itulah permulaan, saka baka

    Biasanya yang boleh melihat bunian dan jin itu ialah mereka yang berdampingan dengan jin, yang ada saka baka

    walau demikian, siapa yang di izin Allah, ada miliki ilmu nya, boleh juga melihat

    lama kelamaan, ada manusia mengandung beberapa bulan, kemudian kandungan hilang
    itu di larikan jin ke alam mereka
    ada yg mati di makan darahnya oleh jin
    ada yang hidup sebagai kumpulan jin, dan di kenal sebagai bunian

    ada juga beberapa pemuda manusia menikahi putri jin, keturunan mereka di kenal sebagai bunian

    menikah tu jenis, hanya ruh manusia tu keluar masuk alam jin, jasad tinggal di alam manusia, tidur - adakala di kata mati dan di tanam mayat, maka ruh menetap di alam jin - kes berat, tunggu kiamat lama lagi lah, tersiksa di alam jin, alam bunian

    nak try ke, sila ke kaki gunung ledang, ada kolam tempat mandi puteri bunian, silakanlah jika mahu

    demikian dulu ya, sedikit kisah bunian dan saka baka
    gunung gerai pun boleh berkunjung...(Senyum)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Aribill

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Jawab #43 31 March, 2011, 09:52:16 AM
  • Publish Di FB
  • Alternate version, sekadar berkongsi cerita.
    Orang-orang tua ada bercerita perkataan Bunian berasal dari Bunyi-Bunyian. Masa di kampung2 dulu, orang2 kampung biasa mendengar bunyi2 macam orang kenduri, membaca ayat2 quran, bahkan ada azan tapi bila cari tak nampak apa2. Tu disingkat nama ke bunian.

    Pulau Besar antara banyak cerita dikaitkan dengan bangsa Bunian, bahkan ada pula cerita, seorang guru silat yang digelar 'MahaGuru' dikhabarkan pernah membuat perjanjian dengan bangsa Bunian ni di pulau Besar dengan meminjam selempang kuning kononnya akan mendapat kuasa kesaktian dsbnya tapi lupa pada janji untuk dipulangkan balik pada waktu yang telah dijanjikan, akibatnya disumpah dan dipenjara ke Pulau Jerjak.

    Ada juga yang bercerita ttg kejadian bunian berasal dari kejadian lembaga Adam sendiri walau bagaimanapun tiada dalil yang sahih.
    « Last Edit: 31 March, 2011, 10:01:28 AM by Aribill »

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #44 31 March, 2011, 12:07:18 PM
  • Publish Di FB
  • Alternate version, sekadar berkongsi cerita.
    Orang-orang tua ada bercerita perkataan Bunian berasal dari Bunyi-Bunyian. Masa di kampung2 dulu, orang2 kampung biasa mendengar bunyi2 macam orang kenduri, membaca ayat2 quran, bahkan ada azan tapi bila cari tak nampak apa2. Tu disingkat nama ke bunian.

    Pulau Besar antara banyak cerita dikaitkan dengan bangsa Bunian, bahkan ada pula cerita, seorang guru silat yang digelar 'MahaGuru' dikhabarkan pernah membuat perjanjian dengan bangsa Bunian ni di pulau Besar dengan meminjam selempang kuning kononnya akan mendapat kuasa kesaktian dsbnya tapi lupa pada janji untuk dipulangkan balik pada waktu yang telah dijanjikan, akibatnya disumpah dan dipenjara ke Pulau Jerjak.

    Ada juga yang bercerita ttg kejadian bunian berasal dari kejadian lembaga Adam sendiri walau bagaimanapun tiada dalil yang sahih.
    (senyum)-
    wawaualam.....

    pada zaman Nabi s.a.w sekeluarga manusia minta dihilangkan daripada pandangan manusia disebabkan dia telah melakukan satu kesalahan terhadap Nabi s.a.w.Mereka minta dihilangkan agar masyarakat tidak dapat melihat mereka serta kesalahan mereka.......lalu ghaib lah

    ada yg menyatakan lari peperangan lah ... ada yg menyatakan keluarga tersebut menyebelih binatang kesukaan nabi lah...
    semua itu di luar pengetahuan.. kalau ada pun cuma pengetahuan dan bukan Ilmu....wawaualam...
    kalau ada yg zahir hadis silakan...(senyum)-

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #45 31 March, 2011, 12:42:59 PM
  • Publish Di FB
  • sumber darul syifa kliklah..
    http://darussyifa.org/SJ007.php

    hjzulkifli

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Jawab #46 03 April, 2011, 02:31:41 AM
  • Publish Di FB
  • Assalammualaikum...sya dah baca dari awal topik ni tapi malangnya pendapat yang diberikan berdasarkan andaian dan sama sekali tidak tepat  ..beginilah sesuatu perkara jika kita tidak mengetahui lebih baik  diam  maaf jika saya berkata agak kasar..untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua rahsia disebalik alam nyata ni begitu luas begitulah kehebatan Allah mengaturnya, Dari pengalaman saya rata-rata yang saya jumpa bila bercerita tentang bunian ramai yang terdaya dengan jin yang kononnya disangka bunian . Saya perbetulkan salah angap ini bunian adalah manusia biasa yang tidak berjasad dimana kehidupan mereka lebih advnced dari kita. Hijap bunian dilapis ketiga hingga kelima untuk meneroka alam disebalik tabir ni perluah Kasaf Billah..kalau setakat kasaf jin memang sentiasa kena tipu oleh bangsa Jin...orang bunian ni berugama islam dimana mereka amat taat,,saya bercerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya berharaf jika sahabat2 tidak arif dalam hal ni janganlah menambah-nambah cerita yang kita tak tau silap-silap buat fitnah sesaja..sekian wasalam

    Qalam Buana

    • *
    • Posts: 65
      • View Profile
    Jawab #47 03 April, 2011, 06:38:27 AM

    siapa yang buat andaian ya?

    apakah manusia namanya yang tidak berjasad?

    ramaikah seperti -  Khidir?

    atau - ramaikah seperti wali wali Allah - tuk kenali sebagai contoh.

    maaf ya tuan - pengetahuan kita berbeza kot

    baguslah ada pengalaman dengan Bunian

    semuga tidak di sesatkan oleh syaitan ya

    dalam hubungan sesama manusia - yang ada jasad pun kerap tertipu, inikan pula yang tak berjasad, maaflah, perentah Allah ada dalam al Quran

    kebenaran juga ada dalam al Quran, sempurna, melengkapi. subhanallah

    macamana boleh manusia tidak berjasad?
    di Puchong, belum sampai 5 tahun lagi kisah ni. jasad bapa yang kaku, doktor cek tak ada nyawa. orang kampong bantu, mandikan , kapankan, tanamkan

    malam harinya, anaknya telefon someone, .....soalannya, takkan kita nak korek semula kubur yang baru siang tadi ni
    jika di korek, hiduplah semula jasad tadi
    itu akan menimbulkan Fitnah yang melampau

    maka, anak telah redha, bapanya termasuk ke alam Bunian
    kerana bapanya memang ada isteri bunian
    ada anak bunian

    anak anak bunian tu, boleh saja berjasad, masuk ke alam manusia

    kita akan percaya - apabila kita alami - bolehkah, tengok saja, tanpa di sedari mereka - semuga adalah izinnya, semuga terhindar dari andaian, persangkaan

    subhanallah

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #48 03 April, 2011, 07:53:26 AM
  • Publish Di FB
  • Bunian boleh jaga kita manusia biasa ni ke? Maksud saya, boleh melindungi kita ke? Saya dengar ada orang yang mengubat orang dengan minyak bunian. Katanya akan ada bunian yang menjaga orang yang sakit itu.
    Ini ibarat meminta pertolongan selain Allah.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    bidah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #49 04 April, 2011, 12:31:50 AM
  • Publish Di FB
  • Bunian ni kalau dlm tanah melayu kira jin islam..xramai yg blh jumpa..org2 tertentu sahaja yg dapat berjumpa..selalunya kalau org2 alim..org baik2, bunian minat utk berkawan..tambah2 lg jika org itu berilmu..kita kena ingat..Dlm bangsa jin tiada nabi dan rasul, jadi jin2 islam menuntut, belajar dengan manusia...

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #50 04 April, 2011, 07:11:14 AM
  • Publish Di FB
  • Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. `Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;  "  [72:1-4]
    « Last Edit: 11 May, 2011, 10:39:37 AM by Ace Abbas »

    umminadiah

    • *
    • Posts: 158
    • permata hatiku
      • View Profile
    Jawab #51 05 October, 2011, 03:42:44 PM
  • Publish Di FB

  • assalamualaikum..
    ana hanya ingin menceritakan pengalaman jiran ana yang mengalami pengalaman yg boleh dikatakan berkait dengan org bunian.. jiran ana ni tidak mempunyai anak. dan sekarang beliau mengambil 3 orang anak angkat yang terdiri dari jiran2 kami jugak. dikatakan beliau pernah mengandung suatu ketika dulu.. namun dalam suatu mimpinya, bunian ingin mengambil anaknya..  Apabila sudah tiba waktu pagi, beliau merasakan perutnya sudah kempis dan bila di periksa oleh bidan, anaknya sudah tiada dari dalam kandungan.( al maklumlah waktu itu tiada khidmat scan)..
    dan ...sampai hari ni, beliau tidak mengandung lagi..

    wallahua'lam..

    kakak saya turut mengalami benda yang sama.Selalu seorang lelaki yag menyerupai suaminya datang .
    masa perut dia kempis tu dia pecah ketuban.Muka bayi yang lahr macam muka anak ke-2 dia.
    Orang yang sambut bayi adalah seorang perempuan yang katanya pakaian dia macam sheila rusly dlm drama anak betong.
    Dikatakan,bayi tu ditumpangkan..wallhu'alam

    biasanya lelaki menyerupai suami tu adalah di berinama, Hantu Raya
    dampingan suami, adakala atas nasb keturunan terdahulu, iaitu saka baka

    tak ramai mengetahui, sebab tu tak ramai menyakini cerita wa

    tau tu...memang suami dia ade masalah saka.

    MEL linna

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #52 28 October, 2011, 03:50:54 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf jika orang kurang ilmu ni mencelah sikit,saya tak mahu cerita tentang kehidupan bunian,,biar la itu jadi rahsia saja...ni kisah benar,keluarga saya sendiri,,masa mak saya mengandung,,semua bidan kerajaan n bidan kampung yg check kta kembar dua(masa tu scan x de lagi,,tp bidan kerajaan yg pakai skirt tu dh ada)..mmg confirm mengandung kembar..masa mak sy mengandung 7 bulan,dia mimpi ada seorang nenek berpakaian serba putih datang ambik salah seorang,bila mak saya tersedar,perut dia tak macam sebelum ni,bila check balik,baby dah tinggal seorang,arwah ayah sy pun mimpi nenek tu minta izin nak ambil baby(yg nenek tu dah ambil)...masa tu mak saya kata isnin malam selasa,..bunian tu bagitahu(dlm mimpi mak & arwah ayah),kedua-dua bayi adalah perempuan,seorang akan dia jaga di alam sana,seorang lagi akan dijaga oleh ibu bapa saya di alam manusia..

    masa mak saya bersalin,ada 2 uri,tapi hanya seorang anak.Tapi Kuasa Allah maha Besar,,mak saya,arwah ayah n kembar perempuan pada bayi yg diambil bunian tu selalu jumpa bayi perempuan mereka setiap mlm selasa & malam jumaat...sampai arwah ayah meninggal pun,bayi (dh dewasa) yg diambil bunian datang melawat,sama2 membaca tahlil & mengiringi jenazah semasa nak dikebumikan.Kembar kepada bayi yg diambil itu juga pernah dibawa melawat ke alam bunian.Nenek yang mengambil bayi perempuan itu adalah bidan di alam sana..Arwah nenek saya juga adalah bidan di raja...Walau tahu bagaimana kehidupan & alam bunian,si kembar di alam manusia dilarang bercerita tentang mereka pada orang lain..sampai hari ini,,kembar masih berhubung antara satu sama lain.....Ilmu Allah maha luas,tak terjangkau di fikiran kita. Walau setinggi mana ilmu kita,apa yg kita tahu sebenarnya amat sedikit. Maaf jika ada yang tak setuju,,tapi bagi saya bunian bukan jin,,macam kata salah seorang dari mereka,,Allah mengetahui apa yg manusia tidak tahu,tidak nampak bukan beerti tiada,Ilmu sebenarnya banyak lapis,,jangan cepat menjatuhkan hukum jika ilmu kita cuma sejengkal sahaja..Allah boleh menjadikan benda mustahil menjadi nyata..

    MEL linna

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #53 28 October, 2011, 04:08:57 PM
  • Publish Di FB
  • Assalammualaikum...sya dah baca dari awal topik ni tapi malangnya pendapat yang diberikan berdasarkan andaian dan sama sekali tidak tepat  ..beginilah sesuatu perkara jika kita tidak mengetahui lebih baik  diam  maaf jika saya berkata agak kasar..untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua rahsia disebalik alam nyata ni begitu luas begitulah kehebatan Allah mengaturnya, Dari pengalaman saya rata-rata yang saya jumpa bila bercerita tentang bunian ramai yang terdaya dengan jin yang kononnya disangka bunian . Saya perbetulkan salah angap ini bunian adalah manusia biasa yang tidak berjasad dimana kehidupan mereka lebih advnced dari kita. Hijap bunian dilapis ketiga hingga kelima untuk meneroka alam disebalik tabir ni perluah Kasaf Billah..kalau setakat kasaf jin memang sentiasa kena tipu oleh bangsa Jin...orang bunian ni berugama islam dimana mereka amat taat,,saya bercerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya berharaf jika sahabat2 tidak arif dalam hal ni janganlah menambah-nambah cerita yang kita tak tau silap-silap buat fitnah sesaja..sekian wasalam

    Assalamualaikum,sy bukan orang yg arif,jadi jgn marah yer...sy setuju dgn sedara tentang kasyaf jin berbeza dgn kasyaf Billah.saya bukan org yang pandai tentang alam mereka,sebab saya dilarang bercerita banyak tentang mereka,saya juga bukan ada kasyaf Billah..tapi terusterang saya bagitahu(maaf jika silap).Ini dari mulut 'mereka' yg di alam sana,Bunian tak semua alim & taat agama,mereka juga macam manusia,,ada yang Islam tapi berhati busuk,ada juga yang kafir,,tapi bilangan mereka tak banyak..ada kalangan mereka yg jenis sedikit nakal,suka ambil/pinjam barang manusia tanpa minta terlebih dahulu,bukan semua bunian ni berilmu tinggi,,ada juga yg biasa2 sahaja..maaf jika tersilap..

    umi hani

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #54 28 October, 2011, 04:39:07 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...maaf,saya pernah mendengar ceramah dari ustz Ismail Kamus,mungkin saya boleh betulkan statement yang mengatakan bunian bukan jin...apa yang ustz Ismail Kamus ceramahkan bunian itu adalah dari golongan jin cuma orang melayu sahaja yang kerap menggunakan istilah bunian tersebut.dan bunian itu tidak semestinya beragama islam...

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #55 28 October, 2011, 07:33:21 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...maaf,saya pernah mendengar ceramah dari ustz Ismail Kamus,mungkin saya boleh betulkan statement yang mengatakan bunian bukan jin...apa yang ustz Ismail Kamus ceramahkan bunian itu adalah dari golongan jin cuma orang melayu sahaja yang kerap menggunakan istilah bunian tersebut.dan bunian itu tidak semestinya beragama islam...
    bila di katakan diri seumpananNya.. Insyallah yer  -
    dalam alam jin pun sama seperti alam manusia..
    ada yang kafir dan ada yg islam dan ada yang pelbagai bagai....
    mereka jua ada penghulu ada bandar ada apa serupa dengan alam jin lah..

    (Senyum)-

    alam bunian ini lebih sama dengan alam manusia..
    “Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,”

    asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
    “Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
    Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
    “Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
    Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
    “Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
    “Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa merawat, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
    Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu>>

    FAKTA
    - Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
    - Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
    - Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
    - Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
    - Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
    - kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

    petikan sahabat -

    Insyallah ...

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #56 28 October, 2011, 07:35:06 PM
  • Publish Di FB
  • petikan jawapan dari salah 1 sahabat -

    salam

    bunian ni senang saja nak mengecamnya mereka tiada alur atas bibir mcm kita.dan mereka sering masuk ke alam kita utk membeli belah dan menggunakan duit kita ,cuma kita sahaja tak perasan.

    mereka juga menggunakan kenderaan mcm kita, mereka solat dan berbuat amal kebajikan sama spt kita.

    mereka juga menjawab salam seperti kita.cumanya mereka ini amat seni titah lakunya.bersopan santun jika yg islamnya.

    mereka juga mempunyai ilmu yg tinggi.mereka mempunyai ilmu hikmah yg hebat2.kerana itu pelbagai2 barangan alam mereka yg pelik2 kalau kita terjumpa.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #57 28 October, 2011, 08:49:36 PM
  • Publish Di FB
  • Bunian tu asalnya, JIn Islam, yang nabi benarkan mendiami kawasan berhampiran manusia

    sekitaran Gunung ledang tu memang ada Istana bunian, memang ada tempat mandian puteri bunian, dekat kuburan panglima hitam tetapi kuburan panglima hitam ada lagi satu di pulau besar dan banyak lagi tempat adanya

    di pulau besar pun ramai, duduk sekeliling kubur sultan ariffin tu berjubah serban merah ada, hitam ada
    sebab tu pi doa di kubur sana, cepat dapat makbulnya, jin menyampaikan

    pastu korban kambing, persembahan pada jin
    antara sedar dan idak

    subhanallah

    ada juga Bunian menikahi lelaki manusia, ada juga menikahi wanita manusia

    maslah menimpa wanita manhusia yag menikahi bunian

    jika lelaki menikahi wanita bunian, tu adakala, isteri manusia tu hilang kandungan
    tetapi sang suami tak tahu menahu dia hanya pak tirut tanpa ilmu

    ramai juga tarikat yang bersandiwara dengan bunian
    ada tadah duit, katanya puteri santubong kasi

    ya, berjalanllah serata langat semenyih, inshallah akan jumpa apa yang saya perkatakan
    atau ke gunung ledang
    atau ke pulau besar

    "banyak lagilah tempat bunian.................:"dol said" pun boleh muncul di temerloh

    subhanallah

    MEL linna

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #58 29 October, 2011, 02:49:57 PM

    Subhanallah,sy pernah ke pulau besar,kemudian nampk sendiri,org2 melayu kita ni tgh memuja,siap sembelih kambing hitam,x baca doa pulak tu,kemudian baling ke laut..syirik sungguh,,dgr dr ckp2 mereka,permintaan raja jin nama Sultan Zainal Abidin,haiii,,membebel2 geng2 ekspedisi kami,,tapi mana mereka ni nak kisah,,berbuih je mulut kami ni,,,sedih tgk terpesong terus,,kata mereka ada kaitan dgn bunian,padahal yg sy namapak mmg puak2 jin yg mereka tu dok puja,,zaman sekarang pun ada yg macam tu,,Nauzubillah

    Perawat Islam

    • *
    • Posts: 61
      • View Profile
    Jawab #59 01 June, 2012, 06:58:34 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum,
    tumpang tanya sedikit,
    apa benar makhluk bunian yang sering diceritakan itu sebenarnya menceritakan tentang pada zaman dahulu ada sekumpulan manusia yang lari daripada medan perang lalu Allah menutup pandangan manusia yang lain daripada melihat mereka.?
    lalu membesarlah mereka menjadi sebuah keluarga dan kekal sehingga ke hari ini?

    (ada orang cerita hari tu, nak tahu benar atau tidak)
    syukran.

    Waalaikumussalam,

    Itu semua cerita karut. Sebenarnya orang bunian ini adalah jin belaka.
    Saya menyediakan perkhidmatan merawat masalah berkaitan gangguan.Maklumat lanjut, layari blog saya:http://gangguanjin.com

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    4869 Views
    Last post 05 February, 2014, 09:20:49 AM
    by amru