Musafir dan Bermusafir

*

Author Topic: Musafir dan Bermusafir  (Read 8655 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

jawdan

  • *
  • Posts: 318
    • View Profile
01 May, 2010, 08:46:23 PM
  • Publish
  •  berisalam

    Saya ingin tahu segala perkara tentang musafir @ bermusafir seperti solat,tempoh,syarat,hukum dan sebagainya....saya amat mengharapkan bantuan anda semua.
    « Last Edit: 02 May, 2010, 06:08:59 AM by Ummi Munaliza »
    * nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
    *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
    * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

    hasin

    • *
    • Posts: 885
      • View Profile
    Reply #1 01 May, 2010, 08:49:29 PM
  • Publish
  • solat musafir - digalakkan (sunat) jamak dan qasar.
    tempoh boleh jamak qasar - 3 hari 3 malam.
    jarak boleh jamak qasar - 2 marhalah.. (91km )
    « Last Edit: 02 May, 2010, 06:09:32 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 02 May, 2010, 06:08:13 AM
  • Publish
  • berisalam
    Saya ingin tahu segala perkara tentang musafir @ bermusafir seperti solat,tempoh,syarat,hukum dan sebagainya....saya amat mengharapkan bantuan anda semua


        SEMBAHYANG ORANG YANG BERMUSAFIR


     * Bermusafir adalah suatu yang berbentuk azab. Disebabkan musafir, manusia kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh itu, Allah subhanahu wata‘ala telah memberikan kepada mereka dua bentuk keringanan dalam sembahyang seperti berikut:

    1. Memendekkan bilangan raka‘at yang dinamakan qasar.

    2. Menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.

     * Perjalanan yang membolehkan sembahyang jama‘ dan qasar disyaratkan :

    1. Jarak jauh perjalanan hendaklah sampai dua marhalah iaitu lebih kurang 81 km atau lebih.

    2. Perjalanan hendaklah menuju ke arah tertentu dan diketahui bahawa tempat yang dimaksudkan itu jauh.

    3. Perjalanan itu bukan dengan tujuan maksiat. Bermusafir dengan tujuan berniaga arak, mengambil riba atau menyamun adalah maksiat maka tidak diberi kelonggaran.


    SEMBAHYANG QASAR


    * Ia adalah sembahyang fardhu dengan memendekkan setiap sembahyang empat raka‘at iaitu Zuhur, ‘Asar dan ‘Isya’ menjadi dua raka‘at dalam perjalanan yang diharuskan.

    * Syarat-syarat sah sembahyang qasar seperti berikut :

    1. Sembahyang itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan ketika musafir.

    2. Orang yang bermusafir hendaklah telah sampai ke sempadan bandar atau pekan yang hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut.

    3. Orang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.

    4. Orang yang musafir tidak menjadi ma’mum kepada orang yang bermukim, maka sembahyang wajib ditunaikan dengan bilangan raka‘at yang sempurna.


    SEMBAHYANG JAMA'

    * Sembahyang jama‘ bermaksud menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu.

    * Sembahyang jama‘ terbahagi kepada dua bahagian:

    1. Jama‘ taqdim iaitu menunaikan sembahyang kedua dalam waktu yang pertama. Syarat-syarat jama‘ taqdim adalah seperti berikut :

    a) Ditunaikan secara tertib antara keduanya, iaitu dengan menunaikan sembahyang yang pertama terlebih dahulu kemudian diikuti dengan sembahyang yang kedua.

    b) Hendaklah berniat jama‘ untuk menunaikan sembahyang kedua ke dalam waktu yang pertama sebelum selesai sembahyang yang pertama ketika takbiratul ihram.

    c) Ditunaikan secara berturut-turut (muwalat) iaitu sembahyang yang kedua ditunaikan segera sebaik sahaja selesai daripada salam sembahyang pertama tanpa dipisahkan oleh sesuatu pun sama ada zikir, sembahyang sunat atau lain-lain.

    d) Perjalanan berterusan sehingga dilakukan sembahyang yang kedua.

    e) Sembahyang yang pertama hendaklah diyakini bahawa didirikan dengan sah walaupun sembahyang itu mesti ditunaikan semula kerana mungkin ketiadaan air untuk berwudhu’.

    2. Jama‘ ta’khir iaitu melewatkan sembahyang pertama ke dalam waktu kedua. Sembahyang secara jama‘ ta’khir tidak disyaratkan tertib antara kedua sembahyang bahkan boleh memulakannya dengan mana-mana sembahyang yang dikehendaki. Juga tidak disyaratkan muwalat (berturut-turut) tetapi ia disunatkan. Syarat-syaratnya ialah :

    a) Berniat hendak melewatkan sembahyang pertama ketika dalam waktunya dalam jarak masa yang boleh ditunaikan sembahyang tersebut.

    b) Orang yang bermusafir itu hendaklah terus berada dalam keadaan musafir sehingga kedua-dua sembahyang selesai didirikan.



    Kemudahan Solat bagi sesiapa yang musafir ada 2 iaitu solat Jamak dan solat qasar.   Tajuk ini telah dibincangkan di bawah  tajuk  Permasalahan Solat Jamak dan Qasar Untuk lebih memahaminya dengan lebih jelas, Sila  buat   rujukan ke topik  yang  diberikan. Terima kasih.
    « Last Edit: 02 May, 2010, 07:10:29 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 02 May, 2010, 06:13:53 AM
  • Publish


  • Adab-adab bermusafir

    SESETENGAH di antara kita selalu keluar, sama ada kerana urusan pekerjaan, menziarahi keluarga dan kenalan atau kerana semata-mata bercuti. Ada antara kita tidak ambil kisah mengenai perjalanan, asalkan pasti tempat ditujui. Tetapi dalam Islam ada beberapa panduan yang wajar diberi perhatian, antaranya:

    1. Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.


    Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”



    2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.


    Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”



    3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.


    Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”



    4. Berdoa dalam musafir


    Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”



    5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa


    Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

    Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

    Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)



    6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.


    Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


    [box2 title=]
    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."(Surah An-Nahl, ayat 125)
    [/box2]


    « Last Edit: 02 May, 2010, 06:18:41 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 02 May, 2010, 06:33:06 AM
  • Publish


  • Untuk wanita sila rujuk ke sini   Hukum Seorang Wanita Bermusafir Tanpa Mahram      

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 02 May, 2010, 06:52:24 AM
  • Publish


  • BERMUSAFIR
    (Ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali)

    GOLONGAN MUSAFIR.


    GOLONGAN PERTAMA:

    Bermusafir untuk menuntut ilmu pengetahuan. Ini adakalanya wajib atau sunat, dilihat dari jenis ilmu pengetahuan yang dituntut.
    “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
    (Riwayat Tarmizi)


    Tentang jenis ilmu, dihuraikan bahawa penting untuk menuntut ilmu pengetahuan untuk membaiki perilaku akhlak, kerana seseorang tidak dapat menginsafi keburukan dan sifat tercelanya sendiri apabila perkara itu lazim di tempatnya sekarang kerana ia sudah menjadi tabiat masyarakat.  Tetapi, apabila diuji dengan sesuatu yang asing pada diri kita, barulah kita dapat melihat keburukan pada diri kita sendiri dan berusaha untuk melenyapkannya.

    Ambillah manfaat dari pemandangan dari tempat-tempat yang indah dan berfikirlah tentang ayat-ayat Allah, agar ia menambahkan lagi keimanan kita dan meneguhkan keyakinan kita kepada Al-Khaliq.

    GOLONGAN KEDUA:

    Bermusafir untuk tujuan ibadah seperti menunaikan haji dan peperangan.
    Hadis Abu Hurairah r.a:

    “Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabi, Masjidilharam di Mekah dan Masjidilaqsa“
    (Sahih Muslim)


    GOLONGAN KETIGA:


    Bermusafir untuk menghindarkan diri dari sebab-sebab yang menganggu agama.

    GOLONGAN KEEMPAT:

    Bermusafir untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang membahayakan tubuh, selain lari dari penyakit taun. (Kerana ada hadith yang jelas melarang.)

    Pendeknya, sesuatu tujuan musafir hendaklah difikirkan niatnya. Kerana hatta seseorang itu mahu beribadah menunaikan haji sekalipun, tetapi didorong perasaan riak, maka ia tidak lagi dikira amalan akhirat. Maka, mari kita berfikir sejenak, begitu jauh kita mengembara pulang, tetapi adakah niat kita berada di dalam niat yang diredhai Allah swt. Kerana jika tidak, maka sia-sialah penat lelah kita berjalan, hanya mendapat hasil di dunia sahaja.

    إِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّياتِ

    “Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat.”
    (Sahih Bukhari dan Muslim)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 02 May, 2010, 06:54:44 AM
  • Publish


  • ADAB – ADAB MUSAFIR
    (Ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali)

    Adab – adab ini diterangkan tentang perihal sebelum musafir sehinggalah ia pulang kembali. Diringkaskan dalam bentuk short form.

    Adab I

    1. Dimulai dengan memulangkan semula semua harta yang diperoleh dengan pinjaman, secara zalim, penganiayaan, penipuan, pencurian dan sebagainya.
    2. Tunaikanlah segala hutang piutang yang masih tertunggak.
    3. Lengkapkanlah persiapan dan nafkah tanggungannya, agar tanggungannya ia tidak menghadapi kesukaran nanti.
    4. Bekalan yang mahu dibawa mestilah dengan cara benar, bukan diperoleh dengan cara haram lagi batil.
    5. Sekiranya, bepergian dengan kumpulan, pastikanlah bekalan mencukupi untuk semua ahli kumpulan.
    6. Dalam bermusafir, usahakanlah selalu mengucapkan perkataan-perkataan manis dan baik, suka beri makan pada orang lain.
    7. Tampilkanlah budi pekerti yang luhur lagi mulia kerana sepanjang musafir, seseorang akan menemui perkara -perkara yang menyakitkan hati, menimbulkan kekeluhan, maka barangsiapa yang masih luhur budi pekertinya semasa musafir, itu adalah tanda kebaikan budi pekertinya.
    8. Berbuat baik kepada sesiapa yang kita sewa bendanya, menolong orang yang tergendala perjalanannya.
    9. Beri sedekah kepada orang yang habis bekalan.
    10. Lebih sempurna, jika dapat bergurau senda dengan kawan-kawan, tetapi jauhilah perkara maksiat dan perkataan kotor. Semua ini dapat meringankan kesukaran dan mengurangkan keluhan hati.


    Adab II

    1. Apabila jauh, hendaklah bermusafir dengan sahabat. Carilah sahabat dahulu, baru bermusafir. Carilah sahabat yang dapat membantu dalam urusan agama, agar ia dapat mengingatkan apabila kita lalai dan lupa.
    2. Angkatlah seorang menjadi pemimpin. Pilihlah yang terbaik akhlaknya, yang selalu mengutamakan kepentingan sahabatnya dari dirinya dan mengutamakan persepakatan.

    “Jika kamu bermusafir bertiga, maka angkatlah seseorang di antara kamu itu sebagai pemimpin.” (Riwayat Thabrani)


    Adab III

    1. Sebelum berangkat hendaklah meminta diri dahulu dari sahabat-sahabat yang masih menetap atau tidak ikut bermusafir. Orang yang meminta diri sebaiknya mengucapkan
    “Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara, dan penutup amalan saudara.” (asal hadith, diriwayatkan Tarmizi)


    2. Setelah itu diikuti dengan berdoa,
    “Mudah-mudahan engkau dibekali ketakwaan oleh Allah, dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan kepadamu di mana sahaja engkau berada.”


    3. Selanjutnya, orang yang mahu bermusafir itu hendaklah beristikharah dan bertawakkal kepada Allah swt sebaik saja melangkah keluar pintu.

    4. Bacalah doa menaiki kenderaan,



    Adab IV


    1. Hendaklah mempunyai sifat belas pada binatang kenderaannya. Jangan sekali dibebani sehingga overload dan jangan dipukul kepalanya sebab kedua tadi sangat dilarang dalam Islam.
    2. Disunatkan sekali sekala turun dari kenderaan untuk merehatkannya.
    3. Hendaklah seseorang tidak membawa suatu yang tidak termasuk di dalam perjanjian ketika sewa menyewa dibuat.



    Adab V

    1. Hendaklah selalu berhati-hati, jika bermusafir bersama kafilah atau rombongan agar tidak tertinggal. Sebaiknya berganti-ganti jaga semasa tidur.
    2. Orang yang bermusafir hendaklah membawa bersamanya alat-alat mengemas diri, pada masa yang sama tidak terlalu menyusahkan dirinya dalam perihal taharah (bersuci), baik berwuduk dan sebagainya.



    Adab VI

    1. Apabila Rasulullah saw selesai berperang atau menunaikan haji / umrah, baginda sentiasa bertakbir di tempat tinggi sebanyak 3 kali.
    2. Rasulullah saw melarang mengetuk pintu rumah keluarganya sewaktu malam, seolah begitu mendadak kedatangannya agar tidak mengejutkan.
    3. Baginda mengajar apabila sampai, menuju ke masjid dan menunaikan solat 2 rakaat, kemudian barulah baginda masuk ke rumah.
    4. Bawalah buah tangan untuk keluarga mengikut kemampuan. Ini adalah kerana kita disunatkan, memberikan kegembiraan dengan membawa buah tangan. Tambahan, ini adalah tanda mereka tetap diingati apabila bermusafir.
    5. Apabila berada di negeri, bertemulah dengan ilmuan, ulama, hukamak dan mempunyai peribadi yang baik. Niatkanlah untuk mendapat faedah dan manfaat daripada mereka.
    6. Jika mahu menziarahi sahabat, elakkanlah melebihi 3 hari menetap di rumahnya, kerana memang itulah hadnya seseorang perlu dilayan sebagai tetamu. Kecuali orang yang diziarahi sangat berat untuk ditinggalkan, atau sangat rindu kerana lama tidak berjumpa.
    7. Janganlah melakukan perkara yang tiada manfaat, kerana ini akan melenyapkan keberkatan perjalanannya.

    Alhamdulillah, telah selesai kita membaca adab-adab bermusafir. Semoga ini menjadi titik untuk kita berfikir kembali tentang perjalanan kita dan mendapat pahala yang besar daripada Allah swt.

    Wallahu’alam.


    « Last Edit: 02 May, 2010, 06:56:36 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 02 May, 2010, 07:02:29 AM
  • Publish


  • Hikmah bermusafir

    i)                    Dapat mencergaskan akal,jiwa dan anggota badan.orang yang bermusafir memerlukan kepada kekuatan, kecergasan badan dan kecekalan hati untuk bergerak menepati masa.Dengan bermusafir juga dapat mempertajamkan akal fikiran utama tentang alam .masyarakat.suasana dan persitiwa dalam tempuh perjalanan.fikiran kita akan di latih untuk mencari hikmah dari perkara-perkata tersirat sekaligus dapat di jaikan teladan dalam menjalani kehidupan kita seharian.  Pemandangan dan perubahan suasana dapat memberi ketenangan dan kerehatan pada jiwa.  Bila kita merenung pada nasib manusia yang ditemui semasa musafir, akan timbullah rasa simpati, rasa syukur dan semangat untuk lebih berusaha untuk memperjuangkan hidupnya.


    ii)                   Menguatkan jiwa.  Segala kesusuhan dan masalah yang timbul semasa musafir dapat melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan.  Semasa musafir kita terpaksa menghadapi berbagai marenah manusia dan peristiwa yang tidak kita duga dan kita sukai.  Ini akan melatih kita agar bersifat reda.


    iii)                 Membuang sifat mazmumah (keji).  Kesusahan dan ujian sewaktu bermusafir merupakan didikan terus dari Allah yang dapat mencabut sifat-sifat mazmumah seperti terburu-buru, pemarah, tidak sabar dan sebagainya.


    iv)                 Menghilangkan sifat malas dan lembab.  Jika akal dan jiwa tidak dicergaskan melalui musafir maka akan timbullah sifat malas dan lembab yang akan membantutkan dirinya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 02 May, 2010, 07:04:57 AM
  • Publish


  • Doa buat yang dikasih apabila di dalam musafir



    فِيْ حِفْظِ اللهِ ، وَفِيْ كَنَفِهِ ، وَزَوَّدَكَ اللهُ التَّقْوَى ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، وَوَجَّهَكَ فِيْ الْخَيْرِ حَيْثُ تَوَجَّهْتَ

    Maksudnya : “Dalam penjagaan Allah, dan perhatianNya, muga Allah memberikan kepadamu ketaqwaan dan diampuni dosa-dosamu , dan muga Allah menunjukkan kepadamu arah kebaikan dimana sahaja engkau berada.


    Petua beramal
    Apabila seseorang itu memberitahu tentang perjalanannya, maka mohonlah kepada Allah untuknya seperti yang terdapat dalam doa ini.Ini selaras dengan amalan Nabi yang mendoakan untuk sesiapa sahaja yang memaklumkan kepada Nabi tentang permusafirannya. ( Riwayat Ibnus Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no 502, al-Khara`itiy dalam Makarim al-Akhlak no 762 )

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 02 May, 2010, 07:23:01 AM
  • Publish

  • HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

     
    Kategori : IBADAH Akidah  
    Tajuk     : Kemudahan Dalam Bermusafir
    [box2 title=Hadith]Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah suka (redha) supaya rukhsah-rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.”(Ahmad)

      
    Huraian
    1. Orang yang bermusafir dengan meninggalkan rumahtangga dan kampung halaman diberikan kelonggaran dan kemudahan dalam mengerjakan perintah-perintah syarak yang tertentu (seperti sembahyang fardhu dan berpuasa pada bulan Ramadhan) dengan dikenakan beberapa syarat yang tertentu.

    2. Mengenai sembahyang, dibenarkan mengerjakan ‘sembahyang Qasar’ iaitu memendekkan bilangan rakaat dari empat rakaat kepada dua rakaat sahaja seperti yang dihuraikan dalam hadith sebelum ini.

    3. Namun begitu sembahyang qasar bukanlah suatu perkara yang wajib bagi orang yang dalam musafir tetapi ia lebih merupakan suatu rukhsah bagi mereka. Oleh itu ia lebih afdhal bagi orang yang musafir untuk melakukannya.

    4. Rukhsah ertinya ialah “suatu hukum syarak yang memberi kemudahan atau kelonggaran untuk mengerjakan suatu hukum syarak yang berat dan ia diberikan hanya kepada orang-orang yang ada keuzuran syar’ie seperti musafir, sakit atau sedang menghadapi sesuatu kesusahan yang tidak dapat dielakkan.[/box2]

    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 02 May, 2010, 08:16:16 AM
  • Publish
  • Remaja dan pelancongan Islam
    Utusan Malaysia Online 1/4/2010



    Menjadikan masjid sebagai salah satu destinasi pelancongan
    adalah antara cara mengurangkan salah tanggapan
    bukan Islam tentang agama Allah ini
    .


    TERIMA kasih atas cetusan yang menarik itu.
    Ya, sememangnya Allah telah menciptakan bumi ini untuk diterokai supaya minda manusia berkembang dan sentiasa mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan. Terutama ilmu yang berkaitan dengan tafsiran al-Quran dan sebagainya. Sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Nabi Adam lagi bermusafir, mengembara dan merantau untuk mencari ilmu tentang kehidupan.

    Allah telah menciptakan bumi dan isi kehidupannya dengan penuh hikmah dan bijaksana. Allah menjadikan manusia berpasang-pasang dan pelbagai bangsa supaya manusia melakukan lita'arafu (saling kekenalan).

    Pepatah Melayu juga ada menyebutkan 'Jauh berjalan, luas pemandangan'. Dengan kata lain, bermusafir dan mengembara sememangnya menambah ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara, menjadikan manusia lebih dewasa, berfikiran lebih luas dan terbuka.

    Sejak zaman Nabi Muhammad dan mungkin juga zaman terdahulu daripadanya, bermusafir, mengembara atau merantau menjadi satu amalan yang baik kepada setiap orang terutama umat Islam.

    Ia memang digalakkan untuk sentiasa mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan terutama ilmu yang berkaitan tafsiran al-Quran dan sebagainya.

    Lihat sahaja tokoh ulama yang terkenal seperti Hujjatul Islam Al-Ghazali yang merantau dan mengembara ke pelosok negara Arab seperti Jerussalem, Damascus dan Hijaz untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang .

    Begitu juga ulama-ulama lain yang terkenal sehingga kini kerana kekayaan ilmu pengetahuannya hasil daripada pengembaraan yang tiada hujungnya seperti Imam Tarmizi, Abu Raihan al-Biruni, Ibnu Hanbal, Imam Syafie dan ramai lagi.

    Malahan, Nabi SAW sendiri mengembara dan merantau ke setiap pelosok negeri untuk menyebarkan Islam kepada umatnya.

    Mengenai soalan saudara tentang lawatan ke binaan atau kawasan sejarah yang menjadi bekas tinggalan jajahan, kerosakan ataupun kekejaman manusia, sesungguhnya ia adalah terpulang kepada orang yang melawat untuk menafsirkannya.

    Adakalanya ia adalah sebagai peringatan kepada manusia tentang kesilapan umat masa lampau dan peluang untuk kita menginsafi dan mempelajari sesuatu daripada sejarah.

    Dalam al-Quran ada diceritakan mengenai kisah-kisah umat yang dibinasakan terdahulu dan tempat-tempat yang dikatakan itu kini dijadikan sebagai tempat pelancongan.

    Kawasan-kawasan tersebut bukanlah sekadar tempat melancong, tetapi tempat untuk menginsafi akan kekuasaan Allah dan betapa pentingnya mengamalkan hidup berdasarkan hukum syariat Allah.

    Ajaran Islam tidaklah membataskan pergerakan manusia untuk bermusafir mencari pengalaman dan ilmu, tetapi mestilah disertai dengan niat yang baik untuk mempelajari sesuatu dan bukannya berbuat maksiat.

    Hal ini menjadikan perjalanan bermusafir seseorang itu sebagai satu ibadah.


    Malah dalam al-Quran, Allah berfirman (maksudnya): Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (al-Hajj: 46)

    Begitu juga apabila kita melawat suatu kawasan yang cantik dan indah, adalah menjadi fitrah manusia untuk mengaguminya.

    Lantas, sebagai remaja Islam, kita faham bahawa kejadian tersebut adalah ciptaan Allah yang Maha Agung dan tiada yang setanding dengan kekuasaan-Nya.

    Batas-batasnya

    Walau bagaimanapun, berkenaan melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam, adalah lebih baik kita berusaha mengelakkannya kerana dibimbangi kita dianggap menganut agama tersebut, dan dikhuatiri menggugat akidah serta mengganggu perasaan kita sendiri.

    Namun, jika rombongan pelancongan yang disertai membawa kita ke kawasan sedemikian tanpa pengetahuan kita, sebaiknya kita berusaha untuk keluar dari kawasan tersebut atau jika tidak mampu, kita hendaklah berusaha menunggu di luar kawasan tersebut tanpa memasukinya.

    Begitu juga kita harus berhati-hati agar tidak terjebak dengan menyertai sebarang adat resam atau upacara masyarakat tempatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah kita.

    Situasi sedemikian dapat kita elakkan dengan mendapatkan pengetahuan awal tentang latar belakang tempat dan masyarakat yang hendak kita lawati.

    Di samping itu, interaksi dengan pemandu pelancong, rakan rombongan serta penduduk setempat juga membolehkan kita mendapatkan maklumat lanjut tentang tempat yang dilawati.

    Soal makanan halal juga isu penting terutamanya apabila kita mengembara ke kawasan di mana bukan Islam merupakan majoriti.

    Hal ini bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam mengenal pasti kehalalan sesuatu makanan.

    Apa yang penting, sebagai Muslim kita perlu berusaha mendapatkan makanan halal dan toiyiban walau di mana kita berada, kecuali dalam sesuatu situasi darurat yang tidak dapat dielakkan.

    Kesimpulan

    Remaja Islam memahami bahawa Islam adalah satu cara hidup. Ini bermakna, ruang lingkup kehidupan tidak boleh lari daripada landasan Islam. Begitu juga dengan konsep pelancongan, mestilah mengikut batas-batas syariat dan tiada unsur-unsur maksiat. Ini meliputi peraturan seperti mengenai etika pemakaian dan adab. Ia tidaklah bermaksud menafikan kebebasan dan hak seseorang, tetapi ia adalah sebahagian daripada adab dan akhlak seseorang Muslim itu walau di mana ia berada.

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #11 02 May, 2010, 08:36:15 AM
  • Publish
  • Banyak ilmu pasal musafir kat sini... terima kasih ummi...
    saya paling tertarik dengan petikan yang ummi tulis ni

    Quote
    Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”

    sama dengan yang dipelajari dalam subjek sains... bahan akan mengembang apabila dipanaskan (siang) dan bahan akan mengecut apabila sejuk (malam). mungkin sebab bumi mengecut pada waktu malam yang dingin menyebabkan perjalanan lebih singkat. Ini kerana dalam keadaan sejuk molekul berada lebih rapat berbanding pada waktu panas. besi rail kereta api pun ada disediakan ruang untuk dia mengembang pada waktu panas (siang). dan tali elektrik pun  dipasang agak kendur supaya ia tidak terlalu tegang pada waktu malam kerana ia akan mengecut di waktu sejuk (malam)....

    (maaf, out topik la plak..)
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 02 May, 2010, 08:38:33 AM
  • Publish


  • Bagus gadis_skru kerana mengadaptasikan apa yang dipelajari di dalam sains secara rasional tanpa bertentangan dengan syariat.

    kasba

    • *
    • Posts: 244
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #13 20 December, 2012, 12:07:37 PM
  • Publish

  • Bagaimana pula dengan solat sunat musafir? Adakah ianya sunnah nabi?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    2599 Views
    Last post 26 September, 2012, 04:10:19 PM
    by Nurul Nawar
    1 Replies
    624 Views
    Last post 09 May, 2010, 11:39:03 AM
    by mohdazri
    1 Replies
    1460 Views
    Last post 07 August, 2011, 10:56:37 AM
    by jen