Maksud "as-sulbi" dan "at-tara'ib"

*

Author Topic: Maksud "as-sulbi" dan "at-tara'ib"  (Read 6586 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

30 April, 2010, 11:59:27 PM
  • Publish
  • "...maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim). Yang keluar dari antara "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan." (Surah at-Taariq, ayat 5-7)


    Mohon sesiapa yang arif dapat memberikan pendapat dan hujah tentang tafsir ayat ini. Adakah "as-sulbi" merujuk secara khusus kepada tulang sulbi (coccyx) lelaki, dan "at-tara'ib" kepada tulang dada perempuan?

    Jika ada yg arif dalam bidang sains dialu-alukan memberi pendapat tentang "air" yang terpancar antara "as-sulbi" dan "at-tara'ib" ini.

    Ayat ini menyatakan dengan khusus dari mana datangnya "air" itu, iaitu MIN BAINI (dari antara) "as-sulbi" dan "at-tara'ib", dari segi anatomi dan fisiologinya macam mana?

    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #1 01 May, 2010, 12:02:30 AM
  • Publish
  • Penjelasan  daripada buku Quran Saintifik nukilan Dr Danial Zainal Abidin..
    Bahagian 3: Manusia dan Asak Usulnya
    Bab 50: Benih Terbit antara Sulbi dan Taraib (Antara Sulbi dan Taraib)
     
    Berhubung dengan kenyataan Allah yang bermaksud "Yang keluar di antara tulang sulbi dan tulang dada(taraib)" ia dapat dikaitkan dengan sistem seksusal atau peranakan bagi lelaki dan waniya.

    Berhubung dengan perkataan, sulbi Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata,"Maka berkatalah ahli tafsir dan ahli bahasa, sulbi ialah deretan tulang punggung lelaki." Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic pula, sulbi membawa maksud "vertebral column, loin," iaitu tulang belakang atau kawasan pinggang secara umum. Loin mengikut American Heritage Dictionary, dapat diertikan sebagai 'human reproductive organs' atau 'organ-organ sistem peranakan'. Justeru, sulbi dapat diertikan sebagai suatu kawasan yang menepati kawasan pinggang dan punggung yang terdapat didalamnya sistem seksual dan peranakan. Ia tidak semestinya bermaksud tulang secara khusus.

    Tafsiran-tafsiran ini penting difahami kerana ia menunjukkan perkataan sulbi dalam Quran melambangkan sistem seksual atau peranakan kaum lelaki dan wanita. Daripada sistem ini terpancarlah air atau cecair yang bakal bercantum bagi memulakan proses kejadian manusia.

    Berhubung dengan taraib, dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kathir meriwayatkan sahabat Abdullah bin Abbas pernah berkata, "Inilah dia taraib dan beliau pun meletakkan tangannya diatas dadanya." Berasaskan kenyataan sahabat Abdullah bin Abbas ini, maksud perkataan taraib tidak semestinya dikaitkan dengan dada wanita semata-mata. Demikian juga yang disebutkan dalam Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic. Taraib diterjemahkan sebagai chest, thorax yang membawa maksud dada secara umum.

    Benih lelaki yang terdapat dalam air mani dan benih wanita yang terdapat dalam cecair yang dikenali antrum fluid sememangnya terbit dan terpancar daripada sistem yang terletak antara kawasan punggung(sulbi) dan dada(taraib).

    Benih lelaki iaitu sperma dan benih wanita iaitu ovum dijadikan Allah daripada sel-sel  yang dikenali sebagai primordial germ cells. Buah zakar dan ovari yang mengeluarkan benih-benih ini pula dijadikan daripada genital ridges. Pada peringkat awal kejadian sperma dan ovum, primordial germ cells berada di kawasan dada(taraib) dan berada pada kedudukan antara tulang belakang (vertebral column at the level of T10) dan tulang dada(ribs). Kejadian buah zakar dan ovari daripada genital ridges juga berlaku di kawasan yang sama dalam kawasan dada. Semasa janin berumur enam minggu berlaku percantuman antara primordial germ cells dan genital ridge. Justeru, kejadian sperma, buah zakar, ovum dan ovari berlaku di kawasan dada.

    Apabila janin berumur antara tujuh ke lapan minggu, buah zakar dan ovari terbentuk. Pembentukan buah zakar ataupun overi ditentukan oleh kromosom seks lelaki yang dikenali sebagai kromosom Y. Kewujudan kromosom Y merangsang  pembentukan buah zakar dan tanpanya menyebabkan ovari terbentuk. Buah zakar lelaki (testis) dan ovari wanita kemudiannya turun ke bawah menuju ke tempat yang sepatutnya. Tempat ini berada di sulbi iaitu kawasan pinggang bersetentangan dangan paras punggung. Pembentukan dan perjalanan buah zakar adalah lebih mencabar sekiranya dibandingkan dengan ovari sebelum memasuki kerandut ataupun scrotum. Tiga peratus daripada kanak-kanak mengalami keadaan buah zakar mereka gagal memasuki kerandut semasa dilahirkan. Keadaan ini dikenali sebagai undescended testicle.

    Justeru penjelasan Allah yang bermaksud " Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan  daripada air yang terpancar, yang keluar diantara tulang sulbi dan tulang dada(taraib)  ditafsirkan sebagai "Maka manusia perlu memerhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air (yang mengandungi benih) yang terpancar (daripada alat jantina lelalki dan wanita), yang keluar (daripada sistem yang proses kejadian berlaku) antara sulbi(iaitu kawasan pinggang) dan taraib iaitu dada"
    « Last Edit: 01 May, 2010, 12:42:45 AM by gadis_skru »
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Reply #2 01 May, 2010, 12:06:53 AM
  • Publish
  • Penjelasan Allah yang bermaksud " Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan  daripada air yang terpancar, yang keluar diantara tulang sulbi dan tulang dada(taraib)  ditafsirkan sebagai..
    "Maka manusia perlu memerhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air (yang mengandungi benih) yang terpancar (daripada alat jantina lelalki dan wanita), yang keluar (daripada sistem yang proses kejadian berlaku) antara..
    sulbi (iaitu kawasan pinggang) dan taraib iaitu dada
    "

    Boleh detailkan lagi penerangan tentang proses yg berlaku, mungkin dari segi fisiologi dan anatominya? syukron

    Reply #3 01 May, 2010, 12:53:09 AM
  • Publish
  • Penafsiran terbaru ini diharap dapat diterima oleh umat Islam.
    Al-Quran tak pernah menyalahi fakta sains.
    Dulu kebanyakan ulamak menafsirkan sulbi lelaki dan taraib perempuan. Itu tahap ilmu sains di zaman mereka.

    Reply #4 01 May, 2010, 01:06:34 AM
  • Publish
  • Al-Quran tidak mungkin bercanggah dengan sains...
    Sains yang bercanggah dengan al-Quran adalah sains yang tidak tepat...
    Ia memerlukan kajian yang lebih teliti...
    Setiap penemuan sains yang akan membuktikan kebenaran Al-Quran
    Sesunggunhnya al-Quran adalah kitab yang lengkap untuk sepanjang zaman...

    Harap penerangan kat atas tu dapat membantu menjawab persoalan msa..
    Maaf... ini saja yang mampu saya bantu... ilmu terlalu cetek dalam bidang ini...
    kalau nak penerangan lebih lanjut.. kena tanya orang dalam bidang ni la...
    « Last Edit: 01 May, 2010, 01:16:51 AM by gadis_skru »

    Reply #5 02 May, 2010, 07:03:46 PM
  • Publish
  • Kedudukan tulang sulbi:


    Reply #6 02 May, 2010, 07:10:59 PM
  • Publish
  • yg bawah skali ka msa kompius plak bila tgk gmbar

    Reply #7 02 May, 2010, 07:12:13 PM
  • Publish
  • yg bawah skali ka msa kompius plak bila tgk gmbar

    yup...sulbi = coccyx

    Reply #8 02 May, 2010, 09:34:14 PM
  • Publish
  • ... Justeru, sulbi dapat diertikan sebagai suatu kawasan yang menepati kawasan pinggang dan punggung yang terdapat didalamnya sistem seksual dan peranakan. Ia tidak semestinya bermaksud tulang secara khusus...


    Hmm...tapi saya rasa as-sulbi disitu memang merujuk kepada tulang, iaitu tulang sulbi/koksik. Begitu juga at-taraib, merujuk kepada tulang, iaitu tulang dada. Sebab itu ayat itu menyebut "min baini" iaitu "dari antara", iaitu kawasan di sekitarnya...wallahu 'alam.

    Reply #9 02 May, 2010, 09:40:57 PM
  • Publish
  • Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasul saw bersabda, "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang darinya ia mulai diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan." (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwattha’).

    Abu Huraira narrated, that the Prophet (pbuh) said:
    "All of the Sons of Adam (men) will decay except for the bone of coccyx (tailbone). From it he (man) was created and by it he will be reconstructed."


    Diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasul saw bersabda, "Ada satu tulang pada anak Adam yang tidak dimakan tanah." Mereka bertanya, "Apa itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Tulang sulbi." (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dalam kitabnya al-Musnad, and Malik dalam kitabnya al-Muwattha’).

    Abu Huraira narrated, that the Prophet (pbuh) said:
    "There is nothing of the human body that does not decay except one bone; that is the little bone at the end of the coccyx of which the human body will be recreated on the Day of Resurrection."

    Reply #10 02 May, 2010, 09:45:21 PM
  • Publish
  • Nas hadis tu sebut : 'ajzub zanab.. tulang terakhir dari tulang sulbi. sedangkan tulang sulbi dalam surah at-taariq di atas sebut: as-sulbi.

    Reply #11 02 May, 2010, 09:57:28 PM
  • Publish
  • Nas hadis tu sebut : 'ajzub zanab.. tulang terakhir dari tulang sulbi. sedangkan tulang sulbi dalam surah at-taariq di atas sebut: as-sulbi.


    yup....tak silap saya deretan tulang sulbi ada 3...yang paling hujung adalah yang paling kecil. Saya letak hadis tu dalam thread ni sebagai tambahan info kepada tulang sulbi...

    Reply #12 02 May, 2010, 10:15:53 PM
  • Publish
  • [box title=Surah at-Taariq, ayat 5-7]"...maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim). Yang keluar dari antara "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan." (Surah at-Taariq, ayat 5-7)[/box]


    Sulbi dan taraib dalam ayat ini dijelaskan oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik sebagai tempat di mana keluarnya salur darah yang membekalkan darah kepada testis (kilang sperma) dan ovari (kilang telur) terletak antara tulang sulbi dan tulang dada. Iaitu saluran darah testicular artery dan ovary artery bermula dari satu tempat antara tulang sulbi dan tulang dada. Ini dibuktikan benar oleh sains moden bahawa saluran darah ke testis dan ovari berasal daripada abdominal aorta dan renal artery bukannya berasal dari salur darah setempat.

    Sumber: http://www.papisma.org

    Reply #13 23 November, 2010, 02:45:29 PM
  • Publish
  • surah al-a'raf,ayat 172
    "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

    manusia sebenar secara fitrahnya beragama(tauhid)
    "(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Reply #14 23 November, 2010, 04:22:17 PM
  • Publish
  • tapi kenapa ada non-muslim dan muslim...?
    sabda Rasulullah s.a.w..."setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah.Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi,NAsrani atau Majusi."(hadis riwayat Bukhari)

    setelah berlaku penyelewengan yang bermula daripada sentuhan dengan ibu bapa..seterusnya menerima didikan,kepercayaan,tingkah laku dan sebagainya...
    oleh itu Rasul diutus untuk mengembalikan manusia kepada fitrah...allahua'lam..:-)

    Reply #15 23 November, 2010, 07:47:16 PM
  • Publish
  • Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.

    http://wansyu.blogspot.com/2010/06/rahsia-keajaiban-tulang-sulbi.html

    Reply #16 23 November, 2010, 07:55:36 PM
  • Publish
  • Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.

    http://wansyu.blogspot.com/2010/06/rahsia-keajaiban-tulang-sulbi.html


    :)
    :sedihnya:..terima kasih untuk perkongsian...ye..ada hadis yang pasal tulang sulbi ni, tapi tak jumpa sumber..masih mencari..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    60 Replies
    14504 Views
    Last post 05 October, 2012, 10:21:59 AM
    by elsanxs
    8 Replies
    4997 Views
    Last post 21 November, 2012, 04:04:46 PM
    by IbnuNafis
    9 Replies
    1761 Views
    Last post 17 November, 2011, 04:19:46 PM
    by shearazi