Masalah Penukaran 'Bin' Untuk Anak Luar Nikah

*

Author Topic: Masalah Penukaran 'Bin' Untuk Anak Luar Nikah  (Read 45915 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

AnakMama

  • *
  • Posts: 9
    • View Profile
Reply #40 09 July, 2012, 04:15:45 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    setuju dgn abumuhammad....
    mestilah buat pengesahan DNA anak siapa itu dan kalau ditakdirkan itu bkn anak si suami, tak boleh sama sekali membinkan dgn nama suami....
    hukum islam ni Allah yg ajar ...dan insyaAllah byk hikmah yg baik dan  tersembunyi walaupun hikmah yg baik itu tersembunyi dan tak "berbalut" dgn bungkusan yang cantik...

    contohnya ttg wali semasa perkahwinan anak tersebut kalau dia seorang gadis....subhanallah..kita tak mahu kerana walinya bukan yang hak (bapanya yg sebenar) seluruh perkahwinan keturunan tersebut tak sah di sisi Allah...
    dosa yang diperturunkan....sesungguhnya Allah itu Maha Halus dan Teliti...Wallahua'lam

    Kalau DNA tu sah anak si suami boleh ke di 'binti' kan dgn nama suami?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #41 09 July, 2012, 04:20:47 PM
  • Publish
  • anak luar nikah, belum sah taraf, tak boleh berbinkan sesiapa kecuali bin abdullah

    walaupun pasangan wanita tu nak bertanggungjawab, begitulah hukumannya

    namun untuk kurang hadapi masalah dalam negara, segera menikahi wanita tersebut itu ada kebaikannya, hanya perlu mohon maaf kepada Allah, dan kepada ibubapa gadis tersebut

    subhanallah, Allah tahu apa yang kalian lakukan, jadi Ikhlaslah kepada Allaah

    inshallah ya


    AnakMama

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #42 09 July, 2012, 04:31:42 PM
  • Publish
  • anak luar nikah, belum sah taraf, tak boleh berbinkan sesiapa kecuali bin abdullah

    walaupun pasangan wanita tu nak bertanggungjawab, begitulah hukumannya

    namun untuk kurang hadapi masalah dalam negara, segera menikahi wanita tersebut itu ada kebaikannya, hanya perlu mohon maaf kepada Allah, dan kepada ibubapa gadis tersebut

    subhanallah, Allah tahu apa yang kalian lakukan, jadi Ikhlaslah kepada Allaah

    inshallah ya

    Maknanya, even dalam hitam putih pon xboleh?
    tapi hakikatnya mmg si bapa ni xkan mewalikan ALN ni?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #43 09 July, 2012, 04:38:40 PM
  • Publish
    • ini ada fatwa dari Dr Asri  mantan Mufti perlis

      Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis
    Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;
    “Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”
    Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

    Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.
    Senario:
    Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
    Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.
    Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.
    Antara Asas Alasan:
    Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
    Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
    Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).
    NAMUN: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
    Kebaikan Fatwa Ini:
    [list=1]
    • Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
    • Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
    • Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.
    Kesannya:
    Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.
    Yang benar,
    Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
    (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #44 09 July, 2012, 04:40:30 PM
  • Publish
  • dengan manusia kita boleh larikan diri dari AIB

    tetapi Allah Maha Mengetahui

    terlepas dari aib dunia, mohonlah ampunan Allaah

    semuga di terimanya

    subhanallah

    AnakMama

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #45 09 July, 2012, 04:49:31 PM
  • Publish
  • dengan manusia kita boleh larikan diri dari AIB

    tetapi Allah Maha Mengetahui

    terlepas dari aib dunia, mohonlah ampunan Allaah

    semuga di terimanya

    subhanallah

    Fatwa Mufti perlis tu blh pkai kt selangor ke? Fatwa tu sah ke?
    Do you have any experience in registering ALN? Or maybe one of your friends?
    do you mind to share if there's any?

    adamazry

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #46 09 July, 2012, 04:59:46 PM
  • Publish
  • :)

    Di Malaysia ini kalau anak yang lahir bukan melalui pernikahan yang sah akan dibinkan dengan AbduLlah, atau nama Allah yang lain.

    tukar nama adik kamu kepada ABDULLAH..

    AnakMama

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #47 09 July, 2012, 05:24:15 PM
  • Publish
  • :)

    Di Malaysia ini kalau anak yang lahir bukan melalui pernikahan yang sah akan dibinkan dengan AbduLlah, atau nama Allah yang lain.

    tukar nama adik kamu kepada ABDULLAH..

    terima kasih.. idea yg sgt bernas & xleh pkai.. LOL

    AnakMama

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #48 09 July, 2012, 05:50:57 PM
  • Publish
  • anak luar nikah, belum sah taraf, tak boleh berbinkan sesiapa kecuali bin abdullah

    walaupun pasangan wanita tu nak bertanggungjawab, begitulah hukumannya

    namun untuk kurang hadapi masalah dalam negara, segera menikahi wanita tersebut itu ada kebaikannya, hanya perlu mohon maaf kepada Allah, dan kepada ibubapa gadis tersebut

    subhanallah, Allah tahu apa yang kalian lakukan, jadi Ikhlaslah kepada Allaah

    inshallah ya

    Maknanya, even dalam hitam putih pon xboleh?
    tapi hakikatnya mmg si bapa ni xkan mewalikan ALN ni?

    Yer Puan Anak Mami... Kalau saya x silap... kalau zuriat tersebut masih dalam kandungan ibu... jika belum sempurna masih boleh dibinkan kepada Bapa tersebut bagi kes anak di luar nikah... Tetapi jika zuriat itu tersebut sudah pun lahir.. maka tidak boleh dinasabkan kepada nama ayah... tetapi untuk menjaga kehormatan pihak wanita adalah lebih baik jika kedua-duanya dikahwinkan.. cuma perlu diingatkan di sini.. si Ayah tidak boleh menjadi wali kepada anak tersebut dan boleh melangsungkan perkahwinannya dengan anak itu melalui wali hakim.... harap dapat menjawab permasalahan puan...

    Both married already (last year December 2011). The baby was born in late of April 2012.
    Since today, the registration is not made yet due to my brother is working overseas. Now they are trying to register the baby’s name ‘Binti’ my brother’s name. My brother is aware with the ‘hukum’ that the ‘Anak Luar Nikah’ (ALN) cannot be ‘Wali’ by him. If my brother goes for DNA test and he/they admit that the baby is truly from HIM, will he get a chance to name the baby by his name? Is it very wrong/a sin to just over written the black & white BUT in reality he obey the rules (hukum) for ALN?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #49 09 July, 2012, 08:39:50 PM
  • Publish
  • Both married already (last year December 2011). The baby was born in late of April 2012.
    Since today, the registration is not made yet due to my brother is working overseas. Now they are trying to register the baby’s name ‘Binti’ my brother’s name.

    Walaupun telah bernikah, anak tetap tidak boleh didaftarkan dengan bin atau binti ayah zina. Walaupun telah disahkan oleh ujian DNA.

    Sekiranya meninggal ibu dan ayah tu, siapa yang mahu memaklumkan kepada anak itu tentang status dirinya. Dokumen pengenalan diri JPN tidak boleh dipalsukan.

    Untuk mengelakkan anak itu rasa malu, boleh lakukan kaedah lain dengan dokumen anak angkat oleh ayah zinanya. Apabila ayah zina itu telah mengahwini ibunya, setelah 2 tahun, buatlah permohonan anak angkat dari ibunya. Dokumen kelahiran akan ditukar kepada dokumen anak angkat. Di situ tidak ada lagi maklumat mengenai "bapa tidak diketahui".

    Yang ada cuma nama ibu sebenar,ibu angkat dan bapa angkat. Tidak lagi timbul status dirinya anak tak sah taraf. Dan adik beradik pun jelas bahawa kakak atau abang mereka ini tidak bernasab, tidak boleh berwalikan sesiapa,atau mewalikan sesiapa dan tidak layak untuk mewarisi harta.

    Kaedah ini lebih baik jika tujuan menjaga kemaslahatan anak tersebut.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    aku trauma

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #50 01 October, 2012, 03:19:24 AM
  • Publish
  •  assalamualaikum... :)
    saya bernama mohd helmi.saya ada masalah dalam ber bin kan anak luar taraf ni,ada ke cara lain untuk ber bin kan anak ini keatas nama saya?walaupun tidak dapat bin kan.janji ada nama saya dalam ic atau passport nye suatu hari nanti.saya tahu ini adalah salah saya sendiri.tapi masalah ini buatkan saya tidak tenang,sedih,trauma...yang lebih lagi bila saya melihat anak ini saya menjadi terharu tak terkata.saya ada terima pendapat dari JPN supaya mengangkat kan anak ini ini supaya jadi anak angkat,tapi saya terfikir,dah lah  dosa besar saya buat,ni saya nak angkat kan plak anak sendiri,sedangkan ini anak saya.jadi berilah saya jalan supaya nama saya ada disamping anak saya.tolong la...tujuan saya bukan untuk menutup malu,saya tak nak anak saya dihina suatu hari nanti,jika saya dihina saya boleh terima,sekrang ni pun berbagai cerita yang saya terima,tapi apakan daya,ini semua salah saya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #51 01 October, 2012, 06:30:10 AM
  • Publish
  • assalamualaikum puan... :)
    saya bernama mohd helmi berasal dari selangor.saya ada maslah dalam ber bin kan anak luar taraf ni,ada ke cara lain untuk ber bin kan anak ini keatas nama saya?walaupun tidak dapat bin kan.janji ada nama saya dalam ic atau passport nye suatu hari nanti.saya tahu ini adalah salah saya sendiri.tapi masalah ini buatkan saya tidak tenang,sedih,trauma...yang lebih lagi bila saya melihat anak ini saya menjadi terharu tak terkata.saya ada terima pendapat dari JPN supaya mengangkat kan anak ini ini supaya jadi anak angkat,tapi saya terfikir,dah lah  1 dosa besar saya buat,ni saya nak angkat kan plak anak sendiri,sedangkan ini anak saya.jadi berilah saya jalan supaya nama saya ada disamping anak saya.tolong la puan...

    Memang tak ada jalan, seperti mana bila telah kamu lakukan kesalahan, kamu wajib jalani hukuman. Perkara ini melibatkan nasab. Syariat telah menetapkan mana-mana anak yang laahir sebelum pernikahan yang sah tidak mempunyai nasab sebelah bapa.

    Jadi tidak perlulah mahu memberikan nasab kepada anak itu. Jika telah bertaubat, dan mahu menebus kesalahan, didik dan asuhlah anak itu sebaik-baiknya. Berikan kasih sayang, didikan agama yang sempurna. Jangan abaikan tanggungjawab ke atas anak itu.

    Ikutlah cadangan JPN. Ketetapan agama tidak boleh sesuka hati diubah dan dipadam. Syariat yang agama Islam tetapkan sejak di Lauh Mahfuz, tidak boleh diubah, dipinda atau dipadam oleh manusia. Panduan ini telah dicatat dalam al-quran dan Sunnah.

    Tuan telah lakukan satu dosa besar, jangan lakukan lagi dengan memberi nasab kepada anak itu. Jangan dicemari keturunan seterusnya dengan ksilapan melalui memberikan nasab kepada anak diluar pernikahan yang sah.

    Kenapa?

    Saya tak tahu anak tuan itu atau perempuan. Jika perempuan takut-takut, nanti terlupa dengan tuan mewalikan anak itu. Jika tuan mati, bapa  tuan boleh mewalikannya atau saudara lelakinya juga. Yang tahu hanya tuan bahawa anak itu anak diluar pernikahan, orang lain tak tahu. Maka pernikahan anak itu apabila dinikahkan dengan berwali yang tidak benar, samalah berzina sepanjang hayat.

    Jika lelaki...  sambungan....

    Dia boleh menikahkan adik -adik perempuannya jika tuan telah mati sedangkan dia TIDAK boleh menjadi wali kepada sesiapa pun kecuali anaknya sendiri suatu masa nanti. Ini yang dikuathiri,akan menyebabkan saudaranya bernikah tetapi tidak sah pernikahan disebabkan tuan beriya-iya nak MEMBERI nasab nama tuan kepada anak.

    zianna

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #52 04 October, 2012, 07:31:20 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    saya ingin bertanya...
    saya ada sedara yang mempunyai anak luar nikah..
    mereka telah berkahwin pada hujung bulan 28 april 2012 yg lalu..
    dan pada 2 oktober 2012 isterinya telah melahirkan anak lelaki..
    dan masalah sekarang... boleh kah anak tersebut di binkan nama bapanya..
    yakni mengaku anak tersebut adalah anaknya....
    diharap persoalan saya ini boleh dirungkai...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #53 04 October, 2012, 09:13:48 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    saya ingin bertanya...
    saya ada sedara yang mempunyai anak luar nikah..
    mereka telah berkahwin pada hujung bulan 28 april 2012 yg lalu..
    dan pada 2 oktober 2012 isterinya telah melahirkan anak lelaki..
    dan masalah sekarang... boleh kah anak tersebut di binkan nama bapanya..
    yakni mengaku anak tersebut adalah anaknya....
    diharap persoalan saya ini boleh dirungkai...

    Tidak boleh mengaku anak itu anaknya. Mengaku anaknya dengan menizinkan berbin kepada namanya sama seperti memberi nasab sebelah bapa kepada anak itu. Kenapa tak boleh ?

    Ia melibatkan nasab, harta pusaka dan pewalian dalam urusan pernikahan. Walaupun anak itu lelaki. Sekiranya ayahnya mati, anak itu tidak tahu dia anak diluar pernikahan yang sah, bermakna, dia boleh menikahkan adik -adik perempuannya sedangkan dia TIDAK boleh menjadi wali kepada sesiapa pun kecuali anaknya sendiri suatu masa nanti. Ini yang dikuathiri,akan menyebabkan saudaranya bernikah tetapi tidak sah pernikahan disebabkan ayahnya beriya-iya nak MEMBERI  bin nama ayah kepada anak.

    Orang jarang memikir jauh kehadapan. Adakah mahu diteruskan kehidupan dalam status perzinaan pada zuriat akan datang semata-mata mahu menutup aib sekarang ini.

    Miss Anon

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #54 19 December, 2012, 04:54:31 PM
  • Publish
  • Salam.

    Saya bakal berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak yang tidak sah taraf.Bolehkah kami mendapat hak penjagaan ke atas anak perempuannya kerana baru baru ini saya mendapat tahu abang kepada bekas isteri bakal suami saya datang menuntut hak supaya bakal suami saya menanggung perbelanjaan sekolah anak nya?Setahu saya,anak perempuan nya terabai di bawah penjagaan ibunya.Sekian

    KuliyyahToDeath

    • *
    • Posts: 158
    • hablumminALLAH wa hablumminanNAS
      • View Profile
    Reply #55 19 December, 2012, 05:41:58 PM
  • Publish

  • BELI BUKU ini untuk belajar.
    Saya beli buku ni sebab saya belajar.
    Permasalah dijawab sehabis baik!
    Majalah Al-Ustaz Edisi ke-3..

    Dapatkan di pasaran!!

    ====================


    Ringkas. Like A boss~
    « Last Edit: 19 December, 2012, 05:44:59 PM by KuliyyahToDeath »
    *-Sayangi ISLAM, kembali ke negeriku-*

    KuliyyahToDeath

    • *
    • Posts: 158
    • hablumminALLAH wa hablumminanNAS
      • View Profile
    Reply #56 19 December, 2012, 05:48:46 PM
  • Publish
  • Ustaz Tuan Saripudin - WACANA ANAK TAK SAH TARAF DI MALAYSIA


    AAM - WACANA ANAK TAK SAH TARAF DI MALAYSIA


    ni dua wacana tentang isu anak tak sah taraf.
    terbaik!


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #57 19 December, 2012, 05:50:36 PM
  • Publish
  • Salam.

    Saya bakal berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak yang tidak sah taraf.Bolehkah kami mendapat hak penjagaan ke atas anak perempuannya kerana baru baru ini saya mendapat tahu abang kepada bekas isteri bakal suami saya datang menuntut hak supaya bakal suami saya menanggung perbelanjaan sekolah anak nya?Setahu saya,anak perempuan nya terabai di bawah penjagaan ibunya.Sekian

     Tidak boleh.Hanya keluarga sebelah ibu sahaja yang ada hak ke atas Anak tidak sah taraf kecuali mereka dengan sukarela menyerahkan.

    tiadanama

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #58 24 December, 2012, 05:50:50 PM
  • Publish
  • Assalam,

    Saya baru saja mengetahui saya anak tidak sah taraf, tapi di dalam I/C, saya berbinti kan dia.
    Saya bertemu dengan dia disebabkan mahu dia menjadi wali. Dia menjawab dia tidak boleh, dan saya terus tahu status saya. Dia berkata mereka berkahwin setelah si ibu itu mengandung 3/4 bulan, dia tidak ingat. Selepas saya dilahirkan mereka bercerai. Dia tiada langsung dokumen sokongan, nikah dan cerai mereka. Saya diserahkan kepada keluarga angkat. Si ibu pun saya tak pernah lihat. Surat beranak dan buku merah semua tercatat alamat akhir bapa saja.

    Soalan saya:

    1. Perlukah saya menukarkan binti saya kepada Abdullah / Asmaul Husna, sebelum bernikah?
    2. Mereka berkahwin setelah si ibu mengandungkan saya, boleh kah dia menjadi wali, atau masih perlu mengetahui si ibu sudah hamil berapa bulan sebelum nikah, dan perlu menggunakan wali hakim?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #59 24 December, 2012, 06:13:41 PM
  • Publish
  • Assalam,

    Saya baru saja mengetahui saya anak tidak sah taraf, tapi di dalam I/C, saya berbinti kan dia.
    Saya bertemu dengan dia disebabkan mahu dia menjadi wali. Dia menjawab dia tidak boleh, dan saya terus tahu status saya. Dia berkata mereka berkahwin setelah si ibu itu mengandung 3/4 bulan, dia tidak ingat. Selepas saya dilahirkan mereka bercerai. Dia tiada langsung dokumen sokongan, nikah dan cerai mereka. Saya diserahkan kepada keluarga angkat. Si ibu pun saya tak pernah lihat. Surat beranak dan buku merah semua tercatat alamat akhir bapa saja.

    Soalan saya:

    1. Perlukah saya menukarkan binti saya kepada Abdullah / Asmaul Husna, sebelum bernikah?
    2. Mereka berkahwin setelah si ibu mengandungkan saya, boleh kah dia menjadi wali, atau masih perlu mengetahui si ibu sudah hamil berapa bulan sebelum nikah, dan perlu menggunakan wali hakim?

    Bawa bapa yang kamu bintikan itu ke pejabat agama. Mereka akan memberikan nasihat apa yang sepatutnya kamu lakukan. Oleh kerana tiada sebarang dokumen sokongan, maka dia wajib hadir untuk memberi pengakuan bersumpah. Ajaklah dia dengan lembut dan kasih sayang.
     :ins: Allah akan memudahkan segala urusan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    113 Replies
    51420 Views
    Last post 18 May, 2014, 07:11:00 PM
    by Ummi Munaliza
    40 Replies
    6683 Views
    Last post 14 August, 2010, 11:52:40 PM
    by dol_bendol
    7 Replies
    3031 Views
    Last post 25 November, 2011, 11:11:42 AM
    by bulan madu