Umrah dan Kitaran Haid

*

Author Topic: Umrah dan Kitaran Haid  (Read 10170 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

s2s

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
29 April, 2010, 12:51:27 PM
  • Publish
  •  berisalam

    Saya akan ke umrah tak lama lagi. Saya terlupa tentang kitaran haid saya yang berlaku di dalam jangkamasa ibadah umrah tersebut. Kini saya bertawakal. Pesanan dari Agensi Umrah tersebut, tidak menggalakkan saya ambil pil perancang haid. Alasan: ada ketika pil tersebut tidak membantu malah merumitkan keadaan. Dia memberi nasihat dengan meminum air zam2 setiba di sana dan berdoa serta berserah. Di sini (malaysia) saya berdoa dan solat hajat memohon dilewatkan kitaran haid setelah selesai tempoh ibadah umrah.

    Minta pendapat:
    Q1: apakah menggunakan pil itu merumitkan lagi keadaaan? dan bertawakal dgn cara pesanan tersebut? ada cara lain?

    Ini adalah umrah pertama saya dan amat menginginkannya. saya risau...
    « Last Edit: 29 April, 2010, 01:00:15 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 29 April, 2010, 12:59:22 PM
  • Publish
  • berisalam

    Minta pendapat:
    Q1: apakah menggunakan pil itu merumitkan lagi keadaaan? dan bertawakal dgn cara pesanan tersebut? ada cara lain?

    Ini adalah umrah pertama saya dan amat menginginkannya. saya risau...
    :)

    Berdoa dan Bertawakkal kepada Allah dengan penuh tulus. Mohon Allah mempermudahkan urusan. Kerana jika makan pil pun, jika rancangan Allah, kehendaklah Allah, maka tidak menjadi kemujaraban pil itu bertindak.

    Yakin lah dengan doa kepada Allah, berdoa setulus hati dengan penuh mengharap...

    Jangan risau, kerana yakin dengan Allah atau yakin dengan ubat itu? Berdoa dan bertawakkallah kepada Allah...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 29 April, 2010, 01:07:36 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wr.wb
    Ini sekadar sekilas pandangan dari saya.

    Pil untuk menahan dari datangnya fitrah haid tidak digalakakan samasekali kerana memudaratkan diri,tetapi Allah swt Maha Mengetahui segala apa yang baik atas dasar niat yang baik,maka sebaiknya Bersedekahlah kamu dalam membersihkan sesuatu niat yang akan terjadi sebaliknya,kerana sodakah itu sebahagian yang tercatat dalam sunnatullah...membersihkan fitrah diri jua

    sodakah pada Anak-Yatim atau fakir miskin atau Fisabilillah kerana amalan itu seumpama amalan haji dan Umrah,Jika sudah berkahwin maka nafkah dan biaya anak yang masih kecil atau lagi belajar itu lebih utama dari ibadah sunnah tu sendiri,
    Hal ini serupa al-kisah ; seorang yang mahu ke Medan Jihad maka Rasulullah saw bertanya pada sahabat tsb; Ummi/mak kamu masih hidup lagikah,jawab sahabat ;Ya.maka Rasulillah saw perintahkan agar Menjaga Ibu nya yang sudah Tua itu saja dari pergi ke Medan Jihad ..kerana hal biaya keluarga itu sama ibadah yang wajib dan diutamakan  dari Umrah yang sunnat itu..
    Wabitafiq walhidayah
    Wassalam
    « Last Edit: 29 April, 2010, 01:10:36 PM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #3 29 April, 2010, 01:47:41 PM
  • Publish
  • Allah jualah yang mempunyai kuasa..Berserahlah padaNYA semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke akhirnya.. Selamat menjalani ibdah umrah... InsyaAllah..
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    SatuPerjuangan

    • *
    • Posts: 79
    • أنّ الجهاد باب من أبواب الجنّة
      • View Profile
    Reply #4 29 April, 2010, 11:57:47 PM
  • Publish
  • berisalam

    Saya akan ke umrah tak lama lagi. Saya terlupa tentang kitaran haid saya yang berlaku di dalam jangkamasa ibadah umrah tersebut. Kini saya bertawakal. Pesanan dari Agensi Umrah tersebut, tidak menggalakkan saya ambil pil perancang haid. Alasan: ada ketika pil tersebut tidak membantu malah merumitkan keadaan. Dia memberi nasihat dengan meminum air zam2 setiba di sana dan berdoa serta berserah. Di sini (malaysia) saya berdoa dan solat hajat memohon dilewatkan kitaran haid setelah selesai tempoh ibadah umrah.

    Minta pendapat:
    Q1: apakah menggunakan pil itu merumitkan lagi keadaaan? dan bertawakal dgn cara pesanan tersebut? ada cara lain?

    Ini adalah umrah pertama saya dan amat menginginkannya. saya risau...
    ada doa khusus untuk dibaca supaya dapat tahan haid dari keluar untuk sementara waktu..amalkan doa tersebut dan tawakkal...mudah2an dapat menjalani ibadah dengan baik..
    selamat menjalani ibadah umrah...
    moga mendapat umrah yang maqbul aminnnnn....

    Bismillahirrahmanirrahim, assalamua'laikum warahmatullah. Ya, saya perhatikan buku mengenai perlaksanaan Haji atau Umrah itu ada terkandung dalam isi kandungannya mengenai do'a yang boleh diamalkan untuk menghadapi masalah ketidakpastian, ketidaktentuan kehadiran darah haid. Jangan putus berdo'a kepada Allah Subhanahu Wataala, dan teruskan berserah kepada Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan setiap kejadian yang berlaku, dan Allah Subhanahu Wataala Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hamba-Nya. Jika hadirnya haid, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, dan berdo'a supaya Allah Subhanahu Wataala mempermudahkan urusan kita dalam menghadapi situasi tersebut. Mohon do'a pada Allah Subhanahu Wataala, supaya Allah memberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah Umrah walaupun sekali dalam tempoh 2 minggu tersebut. Maafkan saya di atas pandangan ini, daripada yang jahil lagi hina, Allah Subhanahu Wataala lebih Maha Mengetahui.
    بسم الله الرحمن الرحيم، أن شاء الله، بوليه لاوتي لامن سساوغ اين أياءت: http://Http://satuperjuangan2011.blogspot.com. دغن دعاء كفد الله سبحانه وتعالى، مليندوغي كيت درفد فركارا2 يغ تيدق برمنفعت، والله أعلم

    s2s

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #5 01 May, 2010, 07:31:23 AM
  • Publish

  • Alhamdulillah,

    Bersyukur saya dapat menjadi sebahagian ahli halaqah.  Untuk tatapan semua, selain halaqah saya juga ada bertanya Pakar Sakit Wanita Islam dan orang yg telah mengerjakan Haji dan Umrah.  Mereka memberi jawapan yang sama dan ada menggalakkan pil.  Tetapi, yang berpengalaman (majoriti) lebih mengutamakan agar saya Memohon Doa/solat hajat dan Yakin kepada Allah daripada mengambil pil.  Ye! spt quote ummi munaliza... [box2 title=Ummi Munaliza]"yakin pada Allah atau yakin kepada pil?" memberi kesedaran besar kepada saya...[/box2]

    Untuk balasan yang lain juga, saya baru tahu ada doa tersebut 'Doa menghadapi masalah ketidakpastian'. saya akan cari dan amalkan. Begitu dengan amalan sedekah sebagai menyucikan fitrah. Ya, ada kebenarannya.Terima kasih banyak2...
    « Last Edit: 01 May, 2010, 08:23:06 AM by Ummi Munaliza »

    anazahra

    • *
    • Posts: 922
      • View Profile
    Reply #6 27 September, 2011, 09:19:21 PM
  • Publish
  • Umrah : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu

    Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak dapat beramal semasa berada di sana.

    Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.

    Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

    Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.



    Caranya:

    1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

    2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

    3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

    InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

    Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.



    Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.

    sumber

    CITRA

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #7 28 September, 2011, 09:27:17 AM
  • Publish
  • saya ingin kongsi pengalaman saya...sewaktu mengerjakan umrah tempoh hari..saya terpaksa makan ubat kerana kitaran period saya tak menentu..saya telah berjumpa dngan doktor & doktor mencadangkan saya mengambil ubat...dengan izin allah tempoh saya disana wpun tanda2 awal nak datang seperti skit pinggang & sebagainya period saya tidak datang dan sekembalinya ke tanah air saya stop makan ubat terus datang.disamping itu saya berniat & sentiasa beroa kepada allah moga period saya tidak datang semasa dia sana...terasa amat rugi kalau tidak dpat beribadat sepenuhnya disana...dan alhamdulliah dengan izin allah kitaran haid saya kembali normal sekembali dari sana  :syukur:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    1701 Views
    Last post 25 August, 2012, 07:10:07 AM
    by Sejadah_Usang
    0 Replies
    1112 Views
    Last post 09 July, 2012, 08:06:45 AM
    by Aliahzakaria
    9 Replies
    1982 Views
    Last post 05 October, 2012, 05:50:00 PM
    by elsanxs