Ya Allah, Ajarkan Kenapa Saya Tidak Kusyuk Dalam Solat

*

Author Topic: Ya Allah, Ajarkan Kenapa Saya Tidak Kusyuk Dalam Solat  (Read 9712 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

28 April, 2010, 03:42:49 PM
  • Publish

  • Assalamualaikum wr. wb.

    Seorang yang master di dalam ilmu fizik contohnya akan sentiasa meningkat ilmu dan kemahirannya di dalam ilmu fizik tersebut. Namun berlainan dengan solat yang khusyuk. Seorang yang master dalam solat khusyuk pada hari ini, belum tentu dia akan khusyuk pada esok hari ... Itulah suatu istimewanya Solat Khusyuk ini ... Khusyuk dalam solat adalah anugerah dari Allah. Pada hari ini kita sangat khusyuk, esok belum tentu lagi ...

    Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan kefahaman perkara-perkara yang boleh mendatangkan gangguan di dalam solat kita. Terdapat beberapa peristiwa yang ingin saya kongsikan di sini, ada yang telah berlaku suatu waktu yang agak lama dahulu dan ada juga yang baru saja terjadi ...

    Setiap kali saya menghadapi masalah tidak khusyuk dalam solat, saya akan merasa sangat sedih dan gelisah ... hilang rasa kenikmatan solat ... seolah-olah seperti ditarik atau diambil ... Saya sememangnya yakin bahawa kekhusyukan dalam solat adalah anugerah dari Allah maka saya segera beristighfar kepada Allah dengan sungguh-sungguh dan saya bertanya kepada Allah apa kesalahan yang telah saya lakukan. InsyaAllah, Allah akan memberikan jawapannya dan insyaAllah akan ditunjukkan apa yang kita lakukan yang memberi kesan kepada solat kita. InsyaAllah saya ingin berkongsi perkara itu pada penulisan kali ini.

    Pernah terjadi hampir seminggu saya menderita tidak khusyuk dalam solat. Saya bertanya kepada Allah dan Allah memberikan jawapannya ... Ada satu racun telah memasuki jiwa saya dan racun itu begitu sukar untuk dikeluarkan hingga memberi kesan kepada solat saya. Apakah racun itu? Pujian yang saya terima sad.gif Biasanya jarang saya terkesan dengan pujian. Saya merasa gembira dengan pujian itu dan memikirkan perkara itu buat beberapa waktu. Apa yang berlaku kemudian saya tidak khusyuk dalam solat dan saya diilhamkan ke dalam jiwa saya bahawa pujian itu telah meracuni seluruh diri saya. Hampir seminggu saya berusaha untuk mengeluarkannya dengan berterusan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Berhati-hatilah bila kita ingin memuji sahabat kita; kita mungkin sedang meracuni dirinya ...

    Suatu hari yang lain saya menghadapi lagi masalah tidak khusyuk dalam solat dan saya terus memohon ampun dan bertanya kepada Allah apa yang telah saya lakukan. Kemudian Allah menunjukkan kepada saya sinetron indonesia yang saya tontoni sebelum ini; cerita Aqso dan Medina .. laro time pulang ke kampung smile.gif betul ni ... Saya sememangnya tidak minat menonton tv (alhamdulillah setelah disentuh tarbiyah).. Ia telah memberi kesan kepada solat saya ...

    Terdapat juga suatu waktu saya tidak khusyuk dalam solat dan Allah mengilhamkan ke dalam jiwa saya kata-kata yang saya katakan kepada seorang sahabat yang tidak saya sengajakan telah mengecilkan hatinya ...

    Saya yakin kita semua ada mengalami masalah tidak khusyuk dalam solat bukan? Segeralah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Tanyalah kepada Allah kenapa kita tidak khusyuk dalam solat insyaAllah Allah akan menjawab pertanyaan kita. Bagaimana kita tahu itu adalah ilham dari Allah? Ia akan datang tiba-tiba tanpa kita fikirkan ... Bila ia datang, kita akan tahu itu dari Allah ... Contohnya ... kita sedang hendak meninggalkan rumah untuk ke kampus, tiba-tiba tanpa kita fikirkan kita teringatkan sesuatu di almari yang penting untuk di bawa .... pernah kan terjadi macam ni ... tanpa kita fikirkan, tiba-tiba saja perkara itu diilhamkan kepada diri kita ... Nah, itulah dari Allah insyaAllah ...

    Apa hikmahnya yang saya dapat dari peristiwa-peristiwa ini adalah solat itu insyaAllah akan sentiasa mengajar kita apa yang tidak sepatutnya kita lakukan. Itulah antara banyaknya kehebatan penciptaan solat yang Allah telah anugerahkan kepada kita ... Seperkara lagi yang tidak kurang penting yang saya pelajari adalah sebenarnya banyaknya dosa dan kesalahan yang kita lakukan setiap hari. Teringat saya kepada suatu peristiwa di dalam hadis Rasulullah saw di mana Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari ranting kayu di padang pasir. Pada mulanya sahabat-sahabat bertanya kepada Rasulullah saw bagaimana hendak mencari ranting kayu di padang pasir sedangkan pohonnya pun tidak tumbuh di situ. Namun rasulullah saw bertegas dan meminta mereka mencari ranting kayu. Akhirnya mereka menjumpai satu dua ranting kayu dan terus mengumpulkan. Akhirnya ternyata banyak ranting kayu dapat dikumpulkan. Kemudian Rasulullah saw berkata kepada para sahabat; "Begitulah dosa kamu setiap hari, ternampak seperti tidak ada tetapi di hadapan Allah terkumpul banyak " Peristiwa dan pengajaran yang saya dapati dari tidak khusyuk dalam solat ini telah menyedarkan diri saya betapa banyaknya dosa dan kesalahan yang saya lakukan setiap hari yang tidak saya sedari. Semoga Allah mudahkan kita untuk sentiasa bertaubat kepadaNya ....

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    Sumber

    Reply #1 28 April, 2010, 03:55:48 PM
  • Publish
  • ada caranya nak khusyuk
    kena tahulah apa kita buat tu
    buat untuk siapa
    kena tahulah
    hakikat segalanya yg di lakukan tu, opo?

    Ingat tak
    Ingat itu dengan tetap fokus, ibarat meditasi, tenang hanya ingat yg di ingat sahaja

    solatlah untuk mengingati AKU

    pernah tak try, 10 minit, sebelum solat, ready tunggu masuk waktu solat fardzu
    tunggu dgn zikir dalam hati, badan tetap, tak goyang sana sini, mata celik, ingat Allahu

    pastu tak ingat selainnya
    pastu di qamatkan...........bangkitalah, dirimu sucikanlah, tuhanmu agungkanlah - Allaahu akbar

    semuga ada pelajaran ya

    nak lebih effect, silakan pm, marilah bertamu

    Reply #2 28 April, 2010, 04:00:38 PM
  • Publish

  • nak lebih effect, silakan pm, marilah bertamu

    Thanks dol...
    Mohon copy lah...

    yang last tu yang tak tahan...
    Apa2 pun sebarkan ILMU tu..
    Alhamdulillah...

    Reply #3 28 April, 2010, 06:59:47 PM
  • Publish
  • heee... tul tue jakun...
    mensucikan diri dengan abadikan -menyembah kepada yang maha berkuasa...
    segala ilmu ada berada di dalam rukun sembahyang...yakini lah bahawa kamu sedang berdepan dengan Nya...
    sehingga tertibNya sebuah perjalanan... dan memahami siapa tuhan dan siapa hamba.

    fahami terjemahan solat nie... apa yg di sebalik ilmu...dan di sebalik kejadian...
    amin.

    Takbiratul-Ihram & Takbir
    Allah Maha Besar.

    Doa Iftitah
    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

    Al-Fatihah
    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

    Bacaan ketika rukuk
    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

    Bacaan ketika bangun dari rukuk
    Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

    Bacaan ketika iktidal
    Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

    Bacaan ketika sujud
    Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

    Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
    Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

    Bacaan ketika Tahiyat Awal
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

    Bacaan ketika Tahiyat Akhir
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #4 20 May, 2010, 06:00:50 PM

    Check solat kita selalu adakah termasuk kategori solat yang khusyuk,maka selalu muhasabah..
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #5 20 May, 2010, 06:35:49 PM
  • Publish
  • usaha lagi...
    kalau x jumpa juga...
    itu la kemampuan kita...
    ingat..syurga bukan sebab amalan kita...
    tapi...rahmat dari ALLAH...
    bukankah usah itu lebih baik dari duduk saja?...
    man jada wajjada....

    Reply #6 20 May, 2010, 06:42:11 PM
  • Publish
  • betul kata tuan dol,antara cara nak solat khusyuk kene pastikan kita tidak mengerjakan apa-apa kerja duniawi 15 atau 30 minit sebelum solat insyaallah dapatlah khusyuk tu

    http://www.jutawankertas.blogspot.com

    Reply #7 20 May, 2010, 08:37:35 PM
  • Publish
  • betul kata tuan dol,antara cara nak solat khusyuk kene pastikan kita tidak mengerjakan apa-apa kerja duniawi 15 atau 30 minit sebelum solat insyaallah dapatlah khusyuk tu

    http://www.jutawankertas.blogspot.com

    camner rasa khusyuk...ye...
    sapa yang pernah khusyuk...
    camner rasanya....
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Reply #8 20 May, 2010, 09:21:06 PM
  • Publish
  • betul kata tuan dol,antara cara nak solat khusyuk kene pastikan kita tidak mengerjakan apa-apa kerja duniawi 15 atau 30 minit sebelum solat insyaallah dapatlah khusyuk tu

    http://www.jutawankertas.blogspot.com

    camner rasa khusyuk...ye...
    sapa yang pernah khusyuk...
    camner rasanya....

     berisalam

    ni cerita dari kawan saya. die kata ada satu masa tu, tak ingat masa tu umur die berapa die kata, die solat masa tu sangat lah solat paling best lah die pernah solat. die siap cakap kat mak die, kalau die mati masa tu pun die tak kisah. masa tu die budak lagi la. tak ingat la umur berapa. :sedihnya:. tak pasti la itu apa yang die alami tu akibat khusyuk ke ape.

    Reply #9 21 May, 2010, 08:11:23 AM
  • Publish
  • rasa khusyuk ialah berjaya sentiasa ingat Allah, tidak gundah gulana, dah lagu tu ya Allah, hamba redha,
    selamat diri dengan khusyuk tu tiada ingatan selain Allah, melihat makhluk nampak Allah,

    cara nak khusyuk: qad af lahal mukminun

    khusyuk solat <<<<<< jaga solat - tahu ke berjaga jaga, berawas, maklumlah interview, paling LAST, big shot, koporat, owner of the company,
    tentu bersiap sedia diri tu nak menghadapinya
    maklumlah, dah dekat sangat dah, semuga di terima oleh NYA

    khusyuk tu, pada kebiasaannya, kita ghalib - hilang lapar, dahaga, ketenangan bersama , hidup dan berdiri

    inshallah ya - pastu orang melihat si dia yg khusyuk tadi - tertunduk kerana - wajah yang berseri pemilik solat khusyuk tadi

    macam orang tu kata, selepas solat haritu pada Imam: uih ajih - bercahaya muka hang ......... >> Imam hanya senyum

    Reply #10 21 May, 2010, 09:03:39 AM
  • Publish

  • Assalamualaikum wr. wb.

    Terdapat juga suatu waktu saya tidak khusyuk dalam solat dan Allah mengilhamkan ke dalam jiwa saya kata-kata yang saya katakan kepada seorang sahabat yang tidak saya sengajakan telah mengecilkan hatinya ...

    Saya yakin kita semua ada mengalami masalah tidak khusyuk dalam solat bukan? Segeralah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Tanyalah kepada Allah kenapa kita tidak khusyuk dalam solat insyaAllah Allah akan menjawab pertanyaan kita. Bagaimana kita tahu itu adalah ilham dari Allah? Ia akan datang tiba-tiba tanpa kita fikirkan ... Bila ia datang, kita akan tahu itu dari Allah ... Contohnya ... kita sedang hendak meninggalkan rumah untuk ke kampus, tiba-tiba tanpa kita fikirkan kita teringatkan sesuatu di almari yang penting untuk di bawa .... pernah kan terjadi macam ni ... tanpa kita fikirkan, tiba-tiba saja perkara itu diilhamkan kepada diri kita ... Nah, itulah dari Allah insyaAllah ...

    Apa hikmahnya yang saya dapat dari peristiwa-peristiwa ini adalah solat itu insyaAllah akan sentiasa mengajar kita apa yang tidak sepatutnya kita lakukan. Itulah antara banyaknya kehebatan penciptaan solat yang Allah telah anugerahkan kepada kita ... Seperkara lagi yang tidak kurang penting yang saya pelajari adalah sebenarnya banyaknya dosa dan kesalahan yang kita lakukan setiap hari. Teringat saya kepada suatu peristiwa di dalam hadis Rasulullah saw di mana Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari ranting kayu di padang pasir. Pada mulanya sahabat-sahabat bertanya kepada Rasulullah saw bagaimana hendak mencari ranting kayu di padang pasir sedangkan pohonnya pun tidak tumbuh di situ. Namun rasulullah saw bertegas dan meminta mereka mencari ranting kayu. Akhirnya mereka menjumpai satu dua ranting kayu dan terus mengumpulkan. Akhirnya ternyata banyak ranting kayu dapat dikumpulkan. Kemudian Rasulullah saw berkata kepada para sahabat; "Begitulah dosa kamu setiap hari, ternampak seperti tidak ada tetapi di hadapan Allah terkumpul banyak " Peristiwa dan pengajaran yang saya dapati dari tidak khusyuk dalam solat ini telah menyedarkan diri saya betapa banyaknya dosa dan kesalahan yang saya lakukan setiap hari yang tidak saya sedari. Semoga Allah mudahkan kita untuk sentiasa bertaubat kepadaNya ....

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    Sumber
    berisalam suatu pertunjuk yang berkesan dan menjadi ikutan :ins:

    Reply #11 21 May, 2010, 10:43:13 AM
  • Publish
  • assalamu 'alaikum...

    Maka turunlah Nabi saw dari sidratul muntaha membawa wahyu Allah tentang kewajipan mendirikan solat sebanyak lima kali sehari semalam dalam waktu-waktu yang telah ditentukan untuk umat baginda. Apabila ditanya kepada baginda, “solat itu bagaimana?” maka dijawab Nabi sawsolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat1.” Maka bersolatlah para sahabat sebagaimana fe’il zahir yang ditunjukkan baginda namun dalam keadaan hati yang lalai kerana solat yang ditunjukkan Nabi saw adalah bersifat zahir pada mulanya. Kemudian turunlah wahyu Allah, “neraka wayl bagi sesiapa yang solat dalam keadaan lalai2.” Maka sudah sampai ketikanya Allah nak menyempurnakan solat atas manusia dan diajarNya pula tentang batin solat. Untuk itu diturunkan lagi petunjukNya, “dirikanlah solat dengan mengingatiKu3 (zikri).” Maka ditunjukkanlah oleh Allah bagaimana cara mengingati (zikri) itu, “dan ingatlah Tuhanmu dalam dirimu dengan rendah hati dan rasa takut dan tidak mengeraskan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai4.

    Kemudian terbit pula persoalan dalam benak manusia yang ingin mendapatkan khusyuk, “apa yang nak diingati tentang Allah itu?”. Maka sekali lagi Allah melebarkan rahmatNya bagi sipenanya dengan berfirman, “sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada ilah melainkan Aku5..” maka untuk maksud la ilaha illa ana itu, dibukakan pengenalan tentang zat, sifat, asma’ dan af’alNya dalam Al Quran kepada manusia. Maka dengan itu, Allah telah memberi isyarat agar diriNya dikenali terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan zikri. Kemudian terbit lagi persoalan, “bagaimana caranya untuk mengenal Allah?” maka untuk itu bertanya saidatina A’isyah kepada Nabi saw, “bagaimana hendak mengenal Tuhan?” maka dijawab Nabi saw, “apabila ia mengenal dirinya6.”

    Dari itu wujudlah ilmu Kenal Diri dalam silibus ilmu Tasawuf sebagaimana yang mahsyur diajarkan kepada ahli-ahlinya. Maka bagaimanakah mungkin khusyuk itu akan hadir jika ia tidak menuruti skema Allah dan Rasul yakni mempelajari ilmu mengenal diri untuk mengenal Allah agar kesan dari mengenal Allah itu terbabit ke dalam solat yang mengakibatkan khusyuk. Maka ketahuilah ilmu Kenal diri tidak diajar dalam ilmu Feqah dan ilmu Kalam (usuludin) sebaliknya ia dibicarakan didalam ilmu Tasawuf.

    Sebab itu kaedah-kaedah ilmu tasawuf berbunyi “awal agama mengenal Allah, mengenal Allah dengan mengenal diri”.

    Semoga solat anda khusyuk.

    1. al hadith
    2. al ma ‘un:4 dan 5
    3. toha:14
    4. al ‘araf:205
    5. toha:14
    6. al hadith

    Reply #12 21 May, 2010, 05:00:35 PM
  • Publish
  • klu nk khusyuk, mesti faham setiap makna ayat-ayat yang kita baca semasa solat..insyaallah khusyuk...

    Reply #13 21 May, 2010, 09:36:10 PM
  • Publish
  • benarkah apa yang di katakan itu adakah "KHUSYUK"

    Reply #14 22 May, 2010, 12:12:45 AM
  • Publish
  • assalamualaikum semua..
    maaflah tumpang lalu..
    maklumlah orang baru..

    nak kongsi sikitlah bab khusyuk ni..

    cuba tanya diri kita 'apa yang dimaksudkan khusyuk?'

    khusyuk itu tidak mengingati sesuatu yang lain, selain allah dengan penyerahan diri zahir dan batin sepenuhnya?
    errr..penah ke kita cuba buat mcm tu? berapa lama boleh dapat tiap kali kita solat? 1 saat? 2 saat?

    selebihnya khusuyk tu pg kat mana ya??? oh.. pg shopping mall la, kedai makan laa..banyak lagi lah masa kita solat tu kan...
    semua orang alami..termasuk saya..:senyum:

    jadi..sejenak sebelum kita solat..seperti kata en dol bendul..kita cuba berinteraksi dengan diri kita sejenak..

    cubalah pejamkan mata..cubalah kita bebaskan fikiran...biarkan kosong seketika..jangan pikir apa..
    kemudian..bila dah rasa tenang..tanya diri kita..aku mengerjakan solat ini kerana apa?

    kerana aku ini hamba yang menurut perintah? atau kerana takut seksaan dan dosa, atau kerana suruhan agama?
    kerana pahala atau syurga? kerana apa???

    errr..:senyum:..sebab tadi saya suruh tanya diri sendiri..jadi jawapan yang dapat sendiri lah yang tahu..keh keh keh

    "tersebut sebuah kisah, didalam kita menunaikan ibadat solat, 5 kali sehari semalam sepanjang umur hidup kita,
    hanya satu waktu sahaja yang di kira..dan didalam 1 waktu tadi, hanya 1 rakaat yang akan dihitung, dan didalam 1 rakaat tadi 1 rukun sahaja yang akan dipertimbangkan..
    begitulah seterusnya..hingga yang tinggal hanyalah 1 detik sahaja dari keseluruhan amalan solat seumur hidup tadi yang akan diterima"

    :senyum:..kalau ada yang tersilap tu..maaf lah ya..

    Reply #15 22 May, 2010, 02:25:14 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    "Kusyuk Dalam Solat"
    Bab Kusyuk Dalam Solat ini amat susah untuk kita semua pelajari. Baik orang alim sampailah kepada tahap biasa-biasa sahaja. Ini semua kerana "kita sendiri pun tidak tahu adakah sembahyang kita itu diterima ataupun tidak". Orang mungkin boleh memberitahu kepada kita, tetapi adakah org yang memberitahu itu benar2 khusyuk dalam solatnya? wallahualam.

    Dalam bab ini kita perlu kembali belajar bab solat. Adakah solat kita itu cukup syarat2 sahnya?. MAkna solat itu perlu difahami secara mendalam. Adakah kita bersolat kerana perlu bersolat atau pun kita bersolat kerana kita ini hamba Allah s.w.t.
    Secara detail bagi seorang islam solat itu mudah dilakukan tetapi amat berat. Bagaimana ianya terjadi bergitu. Ternyatalah mereka yang masih merasakan solat itu amat berat adalah kerana nikmat dan keseronokkan solat itu masih belum dirasai. Untuk lebih memahami bab Khusyuk Dalam solat ini anda bolehlah mendengar kuliah dari Ustad Ismail Kamus dan Ustad Ustaz Rasyid Abdul Ghani di Blog Manusia dan Islam
    Rahsia Khusyuk Dalam Solat

    Semoga kita semua beroleh Nikmat Dan Hidayah dari Allah.
    « Last Edit: 22 May, 2010, 02:30:12 AM by mohdrizalembi »

    Reply #16 22 May, 2010, 03:34:19 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

    Saya begitu menghormati khususnya yg mulakan topik ini dan amnya kepada semua sahabat dan saudara yg sama-sama menyumbangkan sedikit pengetahuan berhubung kait serta menambah lagi apa yg ada..mudahan mendapat keredhaan Allah swt..

    Ucapan penghurmatan yg dimaksudkan disini, kerana sahabat kita memulakan tajuk topik dengan sebuah do'a.. Ya Allah, Ajarkan Kenapa Saya Tidak Kusyuk Dalam Solat..sememangnya begitulah hendaknya kita sentiasa mendahulukan Yang Maha Mencipta segala-galanya..

    Topik "khusyuk " sebelum ini pun sudah ada..InsyAllah akan ada sampai bila-bila selagi manusia menyembahNya...

    Pada persoalan dan jawapan yg ada disini semuanya benar belaka..masing-masing punyai peruntukan ilmu yg dianugerahkan dari Ilahi, dan dapat dikongsi bersama-sama...inilah Kebesaran, Kehebatan Allah sediakan ilmuNya buat setiap hambaNya..

    Keindahan ciptaan Ilahi dlm menterjemahkan pratik perbuatan di dalam solat ( Asolatu fa'ilun ) melalui Baginda RasulAllah saw amat menakjubkan, tiada siapa dapat mempertikaikan kebenarannya, bermula dari mengambil wuduk sehingga memberi salam..

    Sabda RasulAllah saw, " Banyak orang yang mendirikan solat, sementara ia hanya mendapatkan rasa penat dan payah." (HR. Abu Dawud ).

    Khusyuk bukan boleh di reka atau di cipta..malah ia telah siap sedia dan ada, seperti perasaan rindu, kasih dan cinta.. kita cuma di kehendaki untuk memasukinya sahaja...

    Perasaan khusyuk payah dirasakan, jika kita tak miliki rasa kesedaran yang haqiqi, kepercayaan dan keyakinan tinggi bahawa sebenarnya di saat solat kita sedang menuju serta berhadapan dengan Allah Dzat yang Maha Agung, Terpuji dan Maha Mengetahui ( Ihsan ).

    Jadikan solat itu sebagai satu meditasi yang tinggi..dan sebelum memulakan perjalanan solat samada yg wajib mahupun sunat rasakan se olah-olah ia adalah solat yg terakhir buat kita..tunduklah, sujudlah dengan kerendahan hati...

    Rasakan setiap dari rukun qalbi, qauli dan fi'li itu dalam perhatian, pendengaran dan penglihatan Allah...Firman Nya " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri ( untuk solat ) dan ( melihat pula ) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).

    Kesedaran ini buat kita terpaku, sebenarnya kita tiada miliki apa-apapun melainkan sdg menyaksi akan IzinNya dan RahmatNya yg mengalir terus,... syahid ( saksi ) di atas af'al Allah segala-segalanya..dan manusia yg selalu sedar akan dirinya, " man arafa nafsahu faqad araf rabbahu " akan sentiasa bersyukur,tunduk dan bersujud dalam segenap keadaan.

    Bagaimanapun beradalah dalam satu keadaan haqiqi, sentiasa memohon Pertunjuk dan HidayahNya, jujur dan ikhlas dalam menuju Ketuhanan, sempurnakan etika keadaan sebenar dari setiap perbuatan solat itu, maka diamlah sehingga benar-benar terasa kita telah menyerahkan dan berserah secara mutlak, bukan lagi dengan kesimpulan intelektual, tetapi sebuah rasa yang perlu di masuki..dirasai..InsyAllah.

    Wahai saudara dan sahabatku, mudahan kita tidak lagi mensia-siakan solat..perhebatkan solat menjadi sempurna dan lebih sempurna dari 1 saat ke 1minit, dari 1 minit ke 1 rakaat,..dan seterusnya, kerana solat merupakan jalan termudah menuju Allah..di atas IzinNya dan RahmatNya, kita mampu berkomunikasi dan memohon..

    " Waktu sangat berharga, di atas Rahmat Allah ia menjadi adil sesama manusia, jangan habiskan kecuali untuk sesuatu yang bermakna "...

    Sambil itu cari dan kenal Allah dan bergantunglah hanya kepadaNya..Allah tidak akan membuat kita hina dgn permintaan kita, Allah juga tidak akan mengeciwakan serta mendzalimi, kendati kita berkali-kali mengecewakan serta mendzaliminya...

    Mudahan Allah mencatatkan kita semua sebagai hamba-Nya yang mengimani-Nya,bertaqwa, bertaubat, bersyukur, taslim, tunduk serta patuh kepadaNya..Amin Ya Rabbal A'lamin..

    wallahu'alam.

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Reply #17 22 May, 2010, 03:58:48 PM
  • Publish
  • Khusyuk di dalam solah adalah pemberian dari Allah s.w.t . Perkara ini ada tersimpan di dalam khazanah Allah s.w.t yang maha luas.

    Marilah kita belajar untuk meminta dari-Nya. Apa2 ikhtiar hanyalah jalan bagi seorang Hamba. Sedangkan yang meletakkan kesan bagi setiap ikhtiar adalah Allah s.w.t.

    Kita kena belajar meminta dari Allah s.w.t sepertimana seorang peminta sedekah yang benar2 berhajat. Mintalah dalam keadaan mengangis yang bersungguh-sungguh.

    Apapun Khusyuk ini berkadaran dengan Iman. Sekuat mana Iman maka sebaik itulah zahirnya khusyuk di dalam solah. Mencari kesempurnaan di dalam Agama itu adalah satu perjalanan yang panjang. Ia perlukan pengorbanan dan mujahadah.

    Manusia boleh bersolah ... sebanyak manapun ... tapi amat sukar untuk mendatangkan yakin kepada Solah.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Reply #18 22 May, 2010, 06:23:51 PM
  • Publish
  • Saya pernah bertanya pada GURU saya macam mana jika saya dah cuba KUSYUK SOLAT tetapi saya tetap tidak mampu untuk KUSYUK..

    Jawab GURU saya..

    "BERSYUKURLAH dengan semua KEHENDAK ALlah.. Yang penting sentiasa berusha dan mencuba dengan JUJUR dan IKHLAS .. InsyaALlah, ALlah akan permudahkan JALAN bagi kita"

    Lalu di suruh nya saya beramal ayat ini..

    "JADIKAN LAH KAMI SENTIASA MENGINGATI MU, SENTIASA MENSYUKURI SEGALA PEMBERIANMU DAN PERELOKKAN LAH IBADATKU YA ALLAH" ..

    Jika lupa atau lalai segera membaca nya..Dengan hati yang TULUS IKHLAS bersungguh2 untuk menjadi hambaNya yang merasa LAZAT dalam beribadat kepadaNya..

    InsyaALlah
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #19 22 May, 2010, 11:14:42 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

    Selain dari segala haqNya dlm menentukan sesuatu, maka keyakinan buat hambanya mesti ada dlm mempraktikkan setiap amal ibadahnya..

    Keyakinan termasuk sebahagian dari ilmu juga, berkait dgn pengertian kesedaran yg tinggi ( Ihsan ) malah lebih atas dari pengetahuan biasa dan pendapat fikiran sahaja..

    Suatu ketika Nabi Ibrahim a.s, Allah swt telah menganugerahkan pengetahuan mengenai alam, langit dan bumi..dan Beliau telah mencapai keyakinan yg penuh dlm mengEsakan Allah swt. Keyakinan melalui ilmu pengetahuan yg dimiliki oleh Beliau itulah keyakinan yg kuat dan teguh dan tidak hanya keyakinan, kepercayaan mengikut secara buta tuli, sebagaimana keyakinan yg terdapat pada kaum-kaum Nabi Ibrahim a.s, yg mana masih menyembah berhala kerana mengikut apa yg sudah diyakini oleh nenek moyang mereka termasuklah ayahnya Nabi Ibrahim a.s dan Raja Namrudz itu sendiri...

    Firman Allah " Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim kerajaan langit dan bumi, supaya ia menjadi orang yang Yakin ". ( Al An'am : 75 )..

    Sebenarnya tidaklah menjadi halangan bagi org yg kuat keyakinannya dan benar pengetahuannya..kerana yg sukar dan payah akan menjadi mudah diatas IzinNya dan limpahan RahmatNya..

    Tegas sekali, dlm Islam mewajibkan “ niat “ di dahulukan kerana Allah,... sebagai tanggungjawab penghambaan kepada Khaliq-nya..Hanya kpd Allah kita semua menyerah diri dan mengharapkan KeredhaanNya, mudahan kita semua di beri Petunjuk dan Hidayah-Nya...amin...

    wallahu'alam.

    divider3
    halaqahforum4