menyambut kedatangan ahli syurga

*

Author Topic: menyambut kedatangan ahli syurga  (Read 6981 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mei liya

  • *
  • Posts: 32
    • View Profile
27 April, 2010, 03:56:32 PM
  • Publish
  •  berisalam
       Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)
       
       Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
       
       Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)
       
       Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
       
       Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
       
       Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
       
       Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
       
       Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
       
       Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)
    « Last Edit: 27 April, 2010, 04:04:16 PM by mei liya »

    engrfeez

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #1 27 April, 2010, 11:53:07 PM
  • Publish
  • Ada lagi...dengan syarat....iaitu ibu bapa menerima pemergian dgn hati yg rela...dgn hati yg ikhlas...dengan ketaqwaan kpd ALLAH ..yakni anak yg dikandung dan dilahirkan milik ALLAH jua....tidak boleh merungut...contoh " kenapa Tuhan amik anak aku, kenapa tak amik anak org lain"...atau meronta-ronta seperti hilang arah....maka berhati-hati lah dengan rintihan yg menyesatkan ini kerana ia kerja Syaitan ..jika ingin mendambakan syurga seperti di atas maka sentiasalah redha...boleh menangis kerana Nabi juga menangis tetapi jgnlah merintih  atau menyebut perkara yang bukan bukan...
    « Last Edit: 27 April, 2010, 11:55:02 PM by engrfeez »

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #2 28 April, 2010, 12:36:36 AM
  • Publish
  • beriman pada rukun iman yg terakhir...
    sempurna lah akan kehidupan...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    mei liya

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Reply #3 28 April, 2010, 11:42:31 AM
  • Publish
  • Ada lagi...dengan syarat....iaitu ibu bapa menerima pemergian dgn hati yg rela...dgn hati yg ikhlas...dengan ketaqwaan kpd ALLAH ..yakni anak yg dikandung dan dilahirkan milik ALLAH jua....tidak boleh merungut...contoh " kenapa Tuhan amik anak aku, kenapa tak amik anak org lain"...atau meronta-ronta seperti hilang arah....maka berhati-hati lah dengan rintihan yg menyesatkan ini kerana ia kerja Syaitan ..jika ingin mendambakan syurga seperti di atas maka sentiasalah redha...boleh menangis kerana Nabi juga menangis tetapi jgnlah merintih  atau menyebut perkara yang bukan bukan...

    tambahan ilmu yg cukup manfaat..
    terima kasih..

    mei liya

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Reply #4 28 April, 2010, 11:45:44 AM
  • Publish
  • beriman pada rukun iman yg terakhir...
    sempurna lah akan kehidupan...

    iman tak dapat dijual beli..
    sempurna hanya Dia..

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #5 28 April, 2010, 12:30:28 PM
  • Publish
  • alhamdulillah hadis ini menguatkan jiwa pasangan2 yang kehilangan anak,termasuk lah saya....
    http://not allowed to post personal ad link

    mei liya

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Reply #6 28 April, 2010, 02:46:27 PM
  • Publish
  • alhamdulillah hadis ini menguatkan jiwa pasangan2 yang kehilangan anak,termasuk lah saya....
    http://not allowed to post personal ad link

    tiap yg berlaku ada hikmahnya..
    SABAR wahai sahabat..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    2605 Views
    Last post 25 September, 2007, 02:31:41 PM
    by Aaron_Nabil
    2 Replies
    1280 Views
    Last post 18 June, 2009, 05:54:35 AM
    by Shohib Mirbat
    6 Replies
    1532 Views
    Last post 06 February, 2012, 01:21:22 PM
    by Ace Abbas