Kelakar dan Ketawa dalam islam..

Author Topic: Kelakar dan Ketawa dalam islam..  (Read 4339 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NajkuN

  • *
  • Posts: 71
    • View Profile
27 April, 2010, 01:32:05 PM
  • Publish Di FB
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !" Riwayat Abu Daud.

    Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

    Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
    a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
    b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
    c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
    d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
    e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
    f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
    g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang Muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

    Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

    Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

    Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

    Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai’e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

    Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan. Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mematikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

    Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerunsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula. Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluangkan untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

    Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan. Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak-ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

    Wallahua'lam...
    Memikili Tuhan.. Memiliki segalanya..
    Kehilangan Tuhan.. Kehilangan segala2Nya..

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #1 04 March, 2011, 03:08:35 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Bergurau dengan kebohongan dan jenis-jenis kufur

     Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 65:

    "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?."

     Mengikut ulama salaf RA: Ayat ini diturunkan kepada suatu kaum yang saling berkata di antara mereka dalam sebahagian perjalanan mereka dengan Rasulullah SAW:

    " Kami tidak melihat orang-orang seperti qari'-qari' kita ini yang lebih gemarkan perutnya, lebih dusta lidahnya dan yang lebih penakut di kala bertemu musuh."

     Maka Allah SWT menurunkan ayat di atas(at-Taubah, ayat 65) pada mereka.Sabda Rasulullah SAW:

    "Kecelakaan itu bagi orang yang bercakap lalu berdusta supaya orang ramai ketawa dengannya. Celakalah untuknya dan kemudian celakalah untuknya."(HR Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dengan sanad yang sahih)



    Oleh itu:
    *Berwaspadalah dalam berbicara

    *Takutlah kepada akibatnya, kerosakan yang disebabkannya.

    *Mohonlah dijaga lidah

    *Elakkan perbualan yang panjang lebar entah kemana

    sumber:Persoalan Mengenai Aqidah Islamiyyah,Samahah Asy-Syaikh Abdul Aziz bi Abdullah bin Baz
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    amfi

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #2 05 May, 2011, 12:02:06 AM
  • Publish Di FB
  •  :) artikel yang bagus....saya mohon untuk share ye.....terima kasih

    norsya

    • *
    • Posts: 83
    • Allahuakbar
      • View Profile
    Jawab #3 05 May, 2011, 10:27:38 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Gelak ketawa dilarang Islam.

    Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh… . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
     
     (1) Kerana memikirkan akhirat
     (2) Kesibukan mencari keperluan hidup
     (3) Risau memikirkan dosa
     (4) Apabila tibanya musibah dan bala.
     
    Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”
     
    Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik.

    Sumber ilmu : http://rezka.multiply.com/journal/item/32
    Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    18969 Views
    Last post 25 June, 2012, 11:04:07 PM
    by Nurul Nawar
    82 Replies
    15049 Views
    Last post 03 August, 2013, 05:43:05 AM
    by mashatul
    1 Replies
    1720 Views
    Last post 09 July, 2011, 03:23:42 AM
    by mertang