Kemusykilan Aurat dengan Saudara Mara

*

Author Topic: Kemusykilan Aurat dengan Saudara Mara  (Read 19936 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Serikandi_88

  • *
  • Posts: 315
  • ISLAM ITU INDAH JIKA DINIKMATI .. ALLAHUAKBAR
    • View Profile
26 April, 2010, 10:40:16 AM
  • Publish

  • Assalamualaikum....
    ana ade kemusykilan tentang aurat dengan bapa saudara & sepupu lelaki...bapa saudara tu adik mak...& ada pula adik ayah ..bagai mana tu ye???..& ana mempunyai ramai sepupu lelaki...bagai mana aurat ana dgn mereaka...makcik & pakcik ana belah mak ramai  anak lelaki..kadang2 ana keliru tentang bab mentup aurat ni...ada sapa2 boleh bantu ana????
    « Last Edit: 22 June, 2010, 07:46:54 PM by Ummi Munaliza »

    yuss28183

    • *
    • Posts: 289
      • View Profile
    Reply #1 26 April, 2010, 11:06:32 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum....
    ana ade kemusykilan tentang aurat dengan bapa saudara & sepupu lelaki...bapa saudara tu adik mak...& ada pula adik ayah ..bagai mana tu ye???..& ana mempunyai ramai sepupu lelaki...bagai mana aurat ana dgn mereaka...makcik & pakcik ana belah mak ramai  anak lelaki..kadang2 ana keliru tentang bab mentup aurat ni...ada sapa2 boleh bantu ana????

     :)

    Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :

    "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

    Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

    Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

    “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

    Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.
    "What You Do With Your Life, Is What You Give To ALLAH"

    NajkuN

    • *
    • Posts: 71
      • View Profile
    Reply #2 26 April, 2010, 10:41:03 PM
  • Publish
  • Salam.. ya.. betul tu.. tapi dari kaca mata ana sendiri..

    ramai wanita termsk yg ada pertalian dengan ana x menutup aurat dengan saudara2 mereka..

    :sedihnya:.. inilah yang susah untuk didik.. tapi jika wanita dapat mengikuti perintah Allah seperti dalam ayat Al-Quran ( An- Nur: 31) dan (Al-Nisa : 23) maka beruntunglah insan tersebut.. sekian.. Wallahua'lam..

    Memikili Tuhan.. Memiliki segalanya..
    Kehilangan Tuhan.. Kehilangan segala2Nya..

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #3 26 April, 2010, 11:58:21 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum....
    ana ade kemusykilan tentang aurat dengan bapa saudara & sepupu lelaki...bapa saudara tu adik mak...& ada pula adik ayah ..bagai mana tu ye???..& ana mempunyai ramai sepupu lelaki...bagai mana aurat ana dgn mereaka...makcik & pakcik ana belah mak ramai  anak lelaki..kadang2 ana keliru tentang bab mentup aurat ni...ada sapa2 boleh bantu ana????

     :)

    Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :

    "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

    Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

    Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

    “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

    Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.

    Bismillahirrahmanirrahim
    Salam

    Maksudnya;

    Aurat dengan bapa saudara (adik/abang kepada ibu): sebagaimana aurat dengan lelaki bukan muhrim
    Aurat dengan bapa saudara (adik/abang kepada bapa): sebagaimana aurat dengan mahramnya (datuk@ayah kepada bapa)
    Sepupu lelaki (anak kepada adik-beradik lelaki bapa): auratnya seperti dengan abang/adik lelaki sebapa (mahramnya)
    Sepupu lelaki (anak kepada adik-beradik lelaki ibu): Sebagaimana auratnya dengan lelaki yang boleh dikahwini

    Mohon perbetulkan jika bercanggah.

    Wallahua’lam

    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    uwis_qarni

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #4 27 April, 2010, 02:15:39 AM
  • Publish
  • shohih................

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #5 27 April, 2010, 06:32:55 AM
  • Publish
  • untuk penjelasan yg mudah

    cari kuliyah "anak zina" oleh ustaz mohd IRwan di Kuliyah.net

    adrieyana

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Reply #6 27 April, 2010, 01:04:57 PM
  • Publish
  • thaks for da info

    Syariffah

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #7 27 April, 2010, 01:42:40 PM
  • Publish
  • syukron...

    awik1965

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #8 16 May, 2010, 09:43:03 PM
  • Publish
  • mengenai bab salam kenapa dan mengapa ramai yang tak tahu siapa yg. boleh kita salam dan tak boleh,
    terutamanya pada hari raya, saya perhatikan asal jumpa kawan, saudara, sepupu, makcik/pakcik belah mak/bapa mertua
    semua salam cium tangan, tidakkan ianya haram?
    klu lihat perwatakan dan pakaian macam ust./ustazah
    tolong sesiapa boleh huraikan

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #9 16 May, 2010, 10:17:25 PM
  • Publish
  • Bismillah
    Salam Alaiyk...

    Perkaran ini sememang berlaku dikalangan masyarakat. Majoriti mereka tidak faham akan garis panduan yang telah ditentukan syariatNYA. Ada juga yang menyatakan bahawa.. perkara ini kecil untuk dipandang berat. Waliya'uzubillah...minta kita menjadi antara golongan yang yakin & kuat dalam menegakkan kebenaran yang diberi dalam Islam.

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #10 16 May, 2010, 10:19:35 PM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mengutamakan adat dari syara'. Itu hakikat pada masa kini.
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    abumuhammad

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #11 17 May, 2010, 11:16:40 AM
  • Publish
  • Maksudnya;

    Aurat dengan bapa saudara (adik/abang kepada ibu): sebagaimana aurat dengan lelaki bukan muhrim
    Aurat dengan bapa saudara (adik/abang kepada bapa): sebagaimana aurat dengan mahramnya (datuk@ayah kepada bapa)
    Sepupu lelaki (anak kepada adik-beradik lelaki bapa): auratnya seperti dengan abang/adik lelaki sebapa (mahramnya)
    Sepupu lelaki (anak kepada adik-beradik lelaki ibu): Sebagaimana auratnya dengan lelaki yang boleh dikahwini

    Rasanya sinar kaseh agak sedikit terkeliru dalam bab mahram ni. Jadi dengan rendah hati, saya mohon untuk membuat sedikit pembetulan mengenai kedudukan bapa/ibu saudara dan sepupu lelaki/perempuan.

    1. Bapa/Ibu saudara sama di sebelah bapa atau ibu kita semuanya adalah mahram ( diharamkan berkahwin). Oleh  itu, batasan aurat dengan mereka  ialah sebagaimana aurat antara sesama mahram. Maksudnya, anak-anak saudara dibolehkan menampakkan aurat mereka ketika bersama  bapa/ibu saudara sebagaimana ketika bersama datuk/nenek, adik-beradik seibu sebapa dan lainnya. Namun perlu diingat bahawa  suami/isteri kepada bapa/Ibu saudara merupakan bukan mahram dan batas aurat dengan mereka adalah sebagaimana aurat dengan bukan mahram.


    2. Sepupu sama ada yang terdiri daripada anak-anak bapa/ibu saudara sebelah bapa atau ibu kita, semuanya adalah bukan mahram (boleh berkahwin). Oleh itu, batasan aurat kita ketika bersama mereka adalah sebagaimana aurat dengan orang yang bukan mahram.

    Wallahu A`lam



    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #12 17 May, 2010, 12:27:40 PM
  • Publish
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Salam
    Quote
    Maksudnya;

    Aurat dengan bapa saudara (adik/abang kepada ibu): sebagaimana aurat dengan lelaki bukan muhrim
    Aurat dengan bapa saudara (adik/abang kepada bapa): sebagaimana aurat dengan mahramnya (datuk@ayah kepada bapa)
    Sepupu lelaki (anak kepada adik-beradik lelaki bapa): auratnya seperti dengan abang/adik lelaki sebapa (mahramnya)
    Sepupu lelaki (anak kepada adik-beradik lelaki ibu): Sebagaimana auratnya dengan lelaki yang boleh dikahwini

    Alhamdulillah, syukran

    Quote
    1. Bapa/Ibu saudara sama di sebelah bapa atau ibu kita semuanya adalah mahram ( diharamkan berkahwin). Oleh  itu, batasan aurat dengan mereka  ialah sebagaimana aurat antara sesama mahram. Maksudnya, anak-anak saudara dibolehkan menampakkan aurat mereka ketika bersama  bapa/ibu saudara sebagaimana ketika bersama datuk/nenek, adik-beradik seibu sebapa dan lainnya. Namun perlu diingat bahawa  suami/isteri kepada bapa/Ibu saudara merupakan bukan mahram dan batas aurat dengan mereka adalah sebagaimana aurat dengan bukan mahram.

    Ok, sinar faham yang ini, maknanya isteri/suami kepada ibu/bapa sauadara ibu&ayah adalah sepertimana dengan bukan mahram.  Seperti mana antara ipar. Sinar keliru bahagian aurat dengan bapa saudara sebelah ibu, sebab ada pendapat ustaz.. bapa saudara sebelah ibu (terkecuali dari bapa sauadara/adik beradik lelaki sebelah bapa perlu dijaga sepertimana dengan bukan mahram). Ada yang boleh bantu terangkan..

    Quote
    2. Sepupu sama ada yang terdiri daripada anak-anak bapa/ibu saudara sebelah bapa atau ibu kita, semuanya adalah bukan mahram (boleh berkahwin). Oleh itu, batasan aurat kita ketika bersama mereka adalah sebagaimana aurat dengan orang yang bukan mahram.
    Semuanya bukan mahram? maknanya abang/adik saudara sebelah adik-beradik lelaki bapa tak boleh jadi wali? batasan aurat wajib jaga.. bukan ye adik/abng saudara, anak kepada bapa saudara sebelah bapa boleh jadi wali? dan saudara lelaki sebelah adik-beradik lelaki ibu dan dari adik-beradik perempuan ayah yang dikatakan bukan mahram?

    Betulkan ana jika salah..

    abumuhammad

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #13 17 May, 2010, 04:46:31 PM
  • Publish
  • Semuanya bukan mahram. maknanya abang/adik saudara sebelah adik-beradik lelaki bapa tak boleh jadi wali? batasan aurat wajib jaga.. bukan ye adik/abng saudara, anak kepada bapa saudara sebelah bapa boleh jadi wali? dan saudara lelaki sebelah adik-beradik lelaki ibu dan dari adik-beradik perempuan ayah yang dikatakan bukan mahram?

    Maaf ya Sinar Kaseh, begini kalau dapat dijelaskan..

    Persoalan menutup aurat dan wali adalah dua aspek hukum mempunyai asasnya masing-masing. Asas hukum kepada wali ialah hubungan kerabat yang berdasarkan kepada nasab sebelah bapa. Sebab itu, bapa saudara sebelah ibu  tidak tersenarai sebagai wali bagi anak saudara perempuannya. Begitu juga sepupu disebelah ibu, juga tidak tersenarai sebagai wali bagi sepupu perempuannya.

    Manakala asas hukum aurat pula ialah hubungan mahram. Sebab-sebab mahram terjadi ada tiga, iaitu mahram dengan sebab keturunan (nasab), mahram dengan sebab susuan dan juga mahram dengan sebab perkahwinan. Diantara orang yang jadi mahram dengan sebab perkahwinan sebagai contohnya ialah bapa mertua. Namun bapa mertua tiada kaitan langsung dengan soal perwalian. Begitu juga dengan anak susuan, meskipun dia  menjadi mahram kepada anak-anak kandung ibu susuannya, namun ia tiada kaitan dengan soal perwalian. Apa yang dapat dikatakan, mahram bukanlah merupakan asas kepada sabitnya perwalian dalam konteks perkahwinan.

    Berbalik kepada persoalan adakah abang/adik saudara sebelah adik-beradik lelaki bapa tak boleh jadi wali. Mereka semua adalah tersenarai sebagai wali tetapi hubungan mereka dengan sepupu perempuan adalah bukan mahram. Ertinya mereka tetap boleh berkahwin dengan sepupu yang perempuan. Oleh itu jika sepupu lelaki (anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa) hendak berkahwin dengan sepupunya yang perempuan, padahal ia juga merupakan wali kepada perempuan tersebut, maka pada ketika itu hendaklah orang yang sedarjat dengannya menjadi wali. Jika tiada, maka berpindahlah kepada wali hakim/sultan.

    Di dalam kitab Matla`al Badrain, ada dinyatakan; Tidak sah mengahwin seumpama anak bapa saudara akan dirinya sendiri. Jika diwakilkan kepada orang lain sekalipun bahawa memerintah (melaku) ia atau dua wakilnya akan dua taraf akad itu, atau dia memerintah (menjalankan) satu taraf akad dan wakilnya akan satu taraf akad lagi.

    Orang yang layak mengahwininya ialah orang yang satu darjat dengannya, jika tidak ada Qadhilah yang mengahwinkannya berdasarkan wilayah am.

    Wallhu A`lam

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #14 17 May, 2010, 05:02:19 PM
  • Publish
  • ok, faham..maksudnya pergaulan samaada percakapan & tatatertib kita dengan sepupu sebelah adik-beradik lelaki bapa pun kena perhatikan juga la ye. Syukran atas perkongsian ilmu.

    *****Dalam juga nak fahami ni, kalau tak bertanya & nak tahu lagi boleh jadi takat itu sahaja kefahaman yang ada. Mungkin ada lagi yang nak bertanya silakan. Semoga dapat menfaat bersama .

    adibahzubir

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #15 21 June, 2010, 05:25:14 PM
  • Publish
  • salam,
    sya ade sepupu lelaki yg sebaya ngn sya.Dia rapat ngn sya dan die jgk sering tidur di umah sya dan apabila sya brsama die di rumah,sya tdk bertudung kdg2 tu die msuk bilik slamber je klau nk mntak brg. Adakah sya berdosa sbb sya tdk menutup aurat bile dgnnye???

    yuss28183

    • *
    • Posts: 289
      • View Profile
    Reply #16 22 June, 2010, 04:02:24 AM
  • Publish
  • salam,
    sya ade sepupu lelaki yg sebaya ngn sya.Dia rapat ngn sya dan die jgk sering tidur di umah sya dan apabila sya brsama die di rumah,sya tdk bertudung kdg2 tu die msuk bilik slamber je klau nk mntak brg. Adakah sya berdosa sbb sya tdk menutup aurat bile dgnnye???

    Siapa muhrim wanita?

    · Suami

    · Ayah

    · Bapa mertua

    · Anak lelaki

    · Anak-anak suami (anak tiri)

    · Saudara kandung lelaki (Adik beradik yang Lelaki)

    · Anak daripada saudara lelaki (Anak saudara daripada adik beradik lelaki)

    · Anak lelaki daripada saudara perempuan (Anak lelaki daripada adik beradik perempuan)

    · Perempuan yang beragama islam

    · Budak (hamba sahaya)

    · Lelaki yang tidak mempunyai syahwat

    · Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita

    · Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 22 June, 2010, 06:45:43 AM
  • Publish


  • Cuba baca ini :  Beza erti Muhrim dan Mahram
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Edna

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #18 14 April, 2014, 04:10:57 PM
  • Publish
  •  :)

    bagaimana aurat saya dengan anak saudara yang bukan islam? Contohnya saya telah menganut agama Islam, jadi bagaimanakah aurat saya dengannya yang masih non-muslim?

    amru

    • *
    • Posts: 382
      • View Profile
    Reply #19 14 April, 2014, 05:18:24 PM
  • Publish
  • :)

    bagaimana aurat saya dengan anak saudara yang bukan islam? Contohnya saya telah menganut agama Islam, jadi bagaimanakah aurat saya dengannya yang masih non-muslim?

    Aurat muslim dengan bukan muslim adalah, sekadar yang terbiasa di lihat, jika kamu wanita dengan lelaki, adalah muka tapak tangan, dengan wanita boleh nampak lengan, silakan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1558 Views
    Last post 29 May, 2011, 10:53:03 PM
    by nalsor_07
    9 Replies
    2486 Views
    Last post 31 December, 2011, 01:06:11 PM
    by KuliyyahToDeath
    3 Replies
    1634 Views
    Last post 13 July, 2012, 08:21:24 PM
    by Ummi Munaliza