0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
eerrmm...baru-baru ini saya ada menegur dan pada hikmat saya cuma mahu ingatkan..yakni ingat mengingati...tapi disebabkan 'beliau' adalah pelajar al azhar di mesir..(masih tahun pertama)..'beliau' minta saya mengemukakan dalil dan nas dari saat itu..saya dah tak contact, tanya kabar dia melalui apa sahaja media (FB ke, YM ke, email ke)..sbb bg saya dia dah tak boleh ditegur..dan dia bg peringatan pd saya kalo hndk bercakap dgnnya atau bersoal jawab dengannya sila kemukakan dalil dan nas...sebab dia hanya berpegang pada dalil dan nas...(saya bukan produk al azhar...sekolah agama pun setakat darjah enam je...mungkin pdnya saya tak layak untuk menegurnya..tapi yang pasti tanggungjawab saya dah lepas..saya dah tegur dan bagi ingatan)jadi humairah...hati-hati...boleh tegur tapi hendaklah bersedia dengan feedback mereka...
assalammualaikum...kadang kala kita hendak menunjukkan teladan yang baik dengan menegur orang jika berlaku benda itu atau perkara itu tidak baik tetapi disalah tafsir...pernah terjadi...saya melihat satu situasi dimana A cuba nasihatkan B bab agama kemudian tiba-tiba ternampak si A pergi dating jadi si B mula la herdik kepada si A tadi...si A memang ingin menegur kearah kebaikan tetapi melakukan maksiat jadi ibarat ia meludah ke langit...pandangan....
Salam alaik....Saya adalah ahli baru di sini.Semoga anda semua dapat membimbing saya. Saya ada sedikit masalah yang saya inginkan pendapat dari sahabat halaqian.....Saya mempunyai beberapa orang sahabat di tempat saya belajar yang mana saya rasakan sahabat2 saya ini sangat baik. Tutur kata xpernah menyakitkan hati, bertudung labuh, pandai, hafizah manakala saya hanya biasa2 sahaja. Masalah saya, saya telah melihat beberapa perubahan kepada sahabat2 saya ini. Sahabat2 saya sudah mula keluar malam, balik lewat dan kadang2 overnight di rumah saudara mara mereka di luar. Saya mula mengetahui semua ini apabila saya pernah ikut mereka keluar pd waktu malam.Mulanya mereka bgtau saya pergi jalan2 tapi kami pergi tengok wayang & overnight diluar sebab selepas pukul 12 pintu pagar dah dikunci. Saya lgsung x menjangka. Kalau dulu saya cukup xsenang kalau ada kawan2 saya yang balik lewat tp sekarang saya pun buat.Itulah kali terakhir saya ikut mereka keluar malam.Saya tidak senang dengan keadaan ni tapi saya tdk tahu cara terbaik untuk saya menegur kerana mereka lebih baik dari saya.Walaupun sesama perempuan tetapi saya rasa agak tidak manis kalau begitu.Tambah pula, dengan keadaan mereka yang bertudung labuh, berjubah dan berbaju kurung.Boleh menimbulkan fitnah. Saya ingin menegur tapi dalam keadaan saya yang hanya selalu bertshirt, xberjubah, xbertudung labuh saya rasa tidak layak untuk menegur. Tapi saya sayangkan sahabat2 saya.Jadi sya harapkan jasa2 baik sahabat2 halaqian untuk membantu saya.....Jazakallah...
Dimulakan Oleh azizi Ad-Da'wah
Dimulakan Oleh Satu Hati Kekeluargaan
Dimulakan Oleh hada_islamic « 1 2 » Luahan Hati