Hati...Tabahlah Menerima Dugaan Allah

Author Topic: Hati...Tabahlah Menerima Dugaan Allah  (Read 11166 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mawar 3

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
19 April, 2010, 11:08:54 AM
  • Publish
  • Salam untuk semua...

    Kalau ada yang sudi berkongsi pengalaman, saya perlukan kekuatan semangat dan nasihat dalam menghadapi dugaan hidup kini. saya menghadapi kesedihan yang amat sangat kerana baru gagal dalam rawatan ivf untuk mendapatkan cahaya mata...telah banyak usaha yang telah dilakukan, namun segala usaha saya sia-sia saja. Kesedihan bertambah bila lihat banyak anak yang tidak berdosa yang dibuang dan yang benar-benar memerlukan zuriat tidak kesampaian..
    « Last Edit: 19 April, 2010, 02:35:04 PM by mawar 3 »

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #1 19 April, 2010, 11:21:53 AM
  • Publish
  • cahaya mata adalah urusan Allah,dan Allah tu sentiasa bersama saudari...
    saudari jnglah cepat berputus asa..malahan terus mencuba dan mencuba di samping berdoa memohon restu ke atas ilahi mogaan di kabulkan doa saudari... akan tetapi jikalau saudari sahaja yg berusaha dan berdoa tanpa bimbimgan suami pun tak gunakan juga..

    jng cepatkan salahkan takdir kerana saudari tidak dapat menerima rukun iman yg terakhir.bermakna saudari tak beriman.Ingat sabar.

    Menurut Hadits Qudsi: ALLAH berfirman kepada MalaikatNya: "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana AKU mau mendengar suaranya". (HQR Thabarani yg bersumberkan dari Abu Umamah R.a)

    (Q.S. 29 al-Ankabut:2-3) 2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

     Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan MAha Mengasihani~( "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13)-28

    bacalah zikir nie kerana ianya dapat memberikan saudari apa yg di hajati... beriman lah. Amin.

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #2 19 April, 2010, 12:43:48 PM
  • Publish
  • ...saya menghadapi kesedihan yang amat sangat kerana baru gagal dalam rawatan ivf untuk mendapatkan cahaya mata...telah banyak usaha yang telah dilakukan, namun segala usaha saya sia-sia saja...

     :)
    Mabruk alaik!
    LA TAHZAN, cahaya mata anda ada, DIA tahu bila masa yang paling sesuai untuk anda menerimanya. DIA tahu keupayaan anda pada waktu yang sesuai tersebut. DIA tahu sebanyak mana keinginan anda untuk menerima cahaya mata melebihi anda sendiri. DIA sudah tentukan yang terbaik untuk anda untuk mendapat kegembiraan itu. DIA tahu segala-galanya tentang apa yang anda bisikkan dalam doa anda melebihi anda mengetahui. Sama ada doa diucap atau tidak, DIA sudah tahu apa yang berlagu dalam hati anda.

    Apa yang anda patut buat sekarang?
    1. Istiqamah dengan apa yang anda usahakan
    2. Yakin dengan sepenuh hati dengan pertolonganNya
    3. Ikhlaskan hati dalam meminta
    4. Menerima dengan hati yang betul-betul syukur atas segala keadaan yang mendatang
    5. Kuatkan semangat dengan Quran dan sunnah

    Benar, berkata lebih enak dari melaksana. Saya yang memberi pandangan tidak tahuu realiti anda yang sebenarnya. Hanya anda dan DIA yang tahu. Dan DIA tahu segalanya. Apa sahaja rasa yang terlahir hadir dengan izinNya, dan DIA jadikan itu untuk menguji sejauh mana sayangnya anda kepadaNya. Sayangnya hamba, dia akan memberi segala-galanya kepada insan yang disayang. Namun, sayangnya DIA berlainan. DIA akan memberi dalam bentuk yang cukup indah, jika aqal dapat menilai dengan iman. Moga dapat membantu dan dipermudahkan dalam segala hal. May ALLAH bless and help you always, ALLAHu'alam   
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #3 19 April, 2010, 12:48:46 PM
  • Publish

  • Salam untuk semua...

    Kalau ada yang sudi berkongsi pengalaman, saya perlukan kekuatan semangat dan nasihat dalam menghadapi dugaan hidup kini. saya menghadapi kesedihan yang amat sangat kerana baru gagal dalam rawatan ivf untuk mendapatkan cahaya mata...telah banyak usaha yang telah dilakukan, namun segala usaha saya sia-sia saja. Kesedihan bertambah bila lihat banyak anak yang tidak berdosa yang dibuang dan yang benar-benar memerlukan zuriat tidak kesampaian..

    Bismillah Wa Syukrillah

    “Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan.” (HR At-Tirmidzi)

    Dari Abul Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhuma beliau berkata: Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw lalu Baginda bersabda ,
     “Nak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa patah kata: Jagalah Allah, Nescaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering.” (HR Tirmidzi Dia berkata , “Hadith ini hasan shohih”)

    Kepada akak Mawar, sesungguhnya ujian Allah swt itu tidak akan membebani hambaNya kerana ujian yang diberikanNya itu bersesuaian dengan kemampuan setiap hambaNya. Allah swt Maha Mengetahui bahawa ujian yang akak hadapi sekarang ini adalah ujian yang mampu akak hadapi. Segala usaha yang telah akak lakukan adalah tidak sia-sia. Kerana segala sesuatu itu pasti akan berlaku mahupun tidak berlaku hanya kerana izin Allah swt.

    Tanpa akak sedari, Allah swt yang Maha Pemurah memberikan akak ganjaran di atas segala usaha yang telah dan sedang akak lakukan. Teruskan dengan usaha akak. Jangan mengalah. Kerana sesungguhnya usaha akak itu pasti akan membuahkan hasil. Allah swt tidak akan menghampakan hambaNya yang bersungguh-sungguh meminta kepadaNya. Cekalkan hati akak kerana hasil dari usaha itu akan akak perolehi jika bukan saat ini, esok, atau lusa, atau tulat. Yang pasti apabila saat yang dinantikan akak itu tiba, akak pasti akan mengenang kembali segala kesusahan yang telah akak alami sepanjang ujian yang Allah swt berikan kepada akak.. ^_^ Allahu a'lam.
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    orkid_purple

    • *
    • Posts: 65
      • View Profile
    Reply #4 19 April, 2010, 01:12:39 PM
  • Publish

  • Salam untuk semua...

    Kalau ada yang sudi berkongsi pengalaman, saya perlukan kekuatan semangat dan nasihat dalam menghadapi dugaan hidup kini. saya menghadapi kesedihan yang amat sangat kerana baru gagal dalam rawatan ivf untuk mendapatkan cahaya mata...telah banyak usaha yang telah dilakukan, namun segala usaha saya sia-sia saja. Kesedihan bertambah bila lihat banyak anak yang tidak berdosa yang dibuang dan yang benar-benar memerlukan zuriat tidak kesampaian..

    Assalamualaikum..
    Saya ingin bertanya, mawar pernah tak cuba cara mengurut..?

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #5 19 April, 2010, 01:55:00 PM

    Betul. Cuba pula dengan cara berurut. Insya'Allah memperbetulkan kedudukan yang sepatutnya.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #6 19 April, 2010, 02:36:04 PM
  • Publish
  • segala yang terjadi adalah dalam kekuasaan Allah,saya harap akak teruskan usaha.sy baru sahaja kematian anak sulong.hanya 3 hari sy dapat menatap wajahnye yg comel.apa yg kita perlu ingat ialah Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.

    http://not allowed to post personal ad link

    mawar 3

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #7 19 April, 2010, 02:40:22 PM
  • Publish
  • dah banyak cara sy berubat termasuk berurut, makan air akar kayu dan lain-lain. Cara moden termasuk iui dan ivf pun dah buat...3 hari lepas rawatan ivf gagal... besar sungguh dugaan ini ya Allah..

    manjasmile

    • *
    • Posts: 473
      • View Profile
    Reply #8 19 April, 2010, 07:33:56 PM
  • Publish
  • sekadar nak berkongsi. kakak ipar abang saya, kawin 7 tahun baru dapat anak. so..banyak2 kan lah bersabar ye saudari. rezeki blom ada lah tuu. percaya lah yang lambat tu blom beerti tidak baik. mungkin allah lagi merancang sesuatu yang jauh lebih baik.

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #9 19 April, 2010, 07:53:12 PM
  • Publish
  • akak mawar jng amal minum air akar kayu... kerana ubatan itu panas dan boleh membahayakan kandungan...( kandungan tak lekat ).sebab zaman sekarang bukan zaman cam dulu... wanita dulu rajin berkerja di luar....maksudNya berkerja di bawah matahari... wanita sekarang berkerja dengan ikon... so peraliran darah kurang sempurna.

    * akan cuba dan terus mencuba... mungkin kunci pintu belum di berikan kelulusan tue... tunggu dan berusaha.
    akak leh sy tahu , akak masa mula kawen ader buat perancangan keluarga ker...?
    akak mohon restulah kepada Allah,lagi 1 sedekahkan Alfahtihah kepada diri sendiri...ibubapa serta suami..
    mungkin yang dalaman belum bersetuju....sedekahkan Alfahtihah kak...
    * mungkin rezeki lain yang telah di berikkan kepada akak...

    sabar yer... sy akan berdoakan untuk akak...

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #10 19 April, 2010, 08:58:43 PM
  • Publish
  • Salam untuk semua...

    Kalau ada yang sudi berkongsi pengalaman, saya perlukan kekuatan semangat dan nasihat dalam menghadapi dugaan hidup kini. saya menghadapi kesedihan yang amat sangat kerana baru gagal dalam rawatan ivf untuk mendapatkan cahaya mata...telah banyak usaha yang telah dilakukan, namun segala usaha saya sia-sia saja. Kesedihan bertambah bila lihat banyak anak yang tidak berdosa yang dibuang dan yang benar-benar memerlukan zuriat tidak kesampaian..

    Puan boleh ajak suami puan Jumpa kami pula, ada ILMU yang boleh di ambil, boleh mencuba, bagaimana kesannya,
    sepatutnya sesiapa sahaja yang menikah boleh dapat anak, kita lihat yang berzina mudah sahaja dapat anak kenapa, mudah sahaja beranak kenapa, yang menikah sukar pula

    ada salah di manakah itu, boleh sahaja kita buang 'kesalahan' tu, inshallah yakinilah Allah, marilah bertemu kami, kita ceritakan dan puan suami isteri inshallah akan gembira nanti,

    sila puan Pm saya jika mahu tahu bagaimana ya

    sinarhidup

    • *
    • Posts: 224
    • sinarilah hidup kita dengan doa
      • View Profile
    Reply #11 19 April, 2010, 10:02:56 PM
  • Publish
  • akak mawar jng amal minum air akar kayu... kerana ubatan itu panas dan boleh membahayakan kandungan...( kandungan tak lekat ).sebab zaman sekarang bukan zaman cam dulu... wanita dulu rajin berkerja di luar....maksudNya berkerja di bawah matahari... wanita sekarang berkerja dengan ikon... so peraliran darah kurang sempurna.

    * akan cuba dan terus mencuba... mungkin kunci pintu belum di berikan kelulusan tue... tunggu dan berusaha.
    akak leh sy tahu , akak masa mula kawen ader buat perancangan keluarga ker...?
    akak mohon restulah kepada Allah,lagi 1 sedekahkan Alfahtihah kepada diri sendiri...ibubapa serta suami..
    mungkin yang dalaman belum bersetuju....sedekahkan Alfahtihah kak...
    * mungkin rezeki lain yang telah di berikkan kepada akak...

    sabar yer... sy akan berdoakan untuk akak...

    Macam mana pulak dengan Kopi Radix yang mengandungi herba-herba tu? ada kesan ke agak-agaknya bagi orang perempuan yang belum kawin atau yang sedang mengandung? Saya suka minum.
    "robbi yasser wala tu'assir"

    akhie

    • *
    • Posts: 37
      • View Profile
    Reply #12 20 April, 2010, 12:23:51 AM
  • Publish
  •  :)

    salam ukhuwwah

    pertamanya...tahniah atas kesabaran kak mawar3

    Allah maha pengasih lagi penyayang..sedia memahami dan membari rahmah..

    izinkan ana bg sedikit perkongsian...

    ana ada sahabt yg belum dapat zuriat setalah 10 tahun berkahwin.,pelbagai usaha..gagal

    ana cadangkan beliau ambil anak anggkat..

      :syukur: syukur..setelah setahun ambil anak angkat...beliau dapat zuriat...

    kak mawar boleh cuba..ok..

     :)

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #13 20 April, 2010, 12:45:24 AM
  • Publish
  • yer betul tue... jumpa uncle Dol... dia boleh membantu...dengan keizinan Allah.

    * kopi radix memang best kalau minum... tapi lebih elok jng amalkan... leh jadi  habit...saya bukan nak komdem peniaga, tapi selok nya elak..
    efek makan tahun ... bukan sekarang..( maksudNya kesan ).kalau minum tue bilas lah ngan air masak..
    8 gelas sehari..heee.

    engrfeez

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #14 20 April, 2010, 10:58:11 AM
  • Publish
  • dah banyak cara sy berubat termasuk berurut, makan air akar kayu dan lain-lain. Cara moden termasuk iui dan ivf pun dah buat...3 hari lepas rawatan ivf gagal... besar sungguh dugaan ini ya Allah..

    Sedih kan. Tak apa lah bersabar lah lagi. Mmg berat ujian bila ALLAH sedang berbicara secara indirect. Pada masa yg sama, iktiar la mana yg mampu.

    miss_cahaya

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #15 20 April, 2010, 02:10:33 PM
  • Publish
  •  :)
    man jadda wa jadda... yg penting usaha n lps 2 br doa n tawakal...  :ins: yakin... sesunggunya dalam kesukaran ada kesenangan..
    " Semoga Islam Dijulang Tinggi "

    qaniah

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Reply #16 20 April, 2010, 05:27:10 PM
  • Publish
  • Salam. mawar3, InsyaAllah rezeki drpd Allah akan ada buat hamba yg sentiasa berdoa kpdNya. tabahkan hati, sandrkan permintaan enti kpd Allah d smping berusaha. Rabbana hab lana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun wa ja'alna lil muttaqiina imama. amin.

    mawar 3

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #17 20 April, 2010, 09:05:56 PM
  • Publish
  • Terima kasih atas nasihat dan kata semangat anda semua yang sedikit sebanyak telah memulihkan kedukaan saya.
    Terima kasih banyak-banyak buat 5zul, khaira Umaira, Orkid purple dan lain-lain yang sudi meringankan bebanan saya.

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #18 21 April, 2010, 02:18:39 AM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan dugaannya?" Nabi Saw menjawab, "Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Andai agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Bukhari)

    itachi

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Reply #19 21 April, 2010, 07:29:26 AM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan dugaannya?" Nabi Saw menjawab, "Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Andai agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Bukhari)

    Tanye... nak tanye ape maksud ayat nie... kat hadis tadi :
    Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    3632 Views
    Last post 03 July, 2011, 04:29:35 PM
    by hamimah
    39 Replies
    6832 Views
    Last post 17 June, 2012, 02:04:48 PM
    by halawah
    31 Replies
    3422 Views
    Last post 11 September, 2011, 10:39:28 AM
    by hada_islamic