MURAQABAH

*

Author Topic: MURAQABAH  (Read 7561 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

13 April, 2010, 10:48:53 AM
  • Publish

  • Muraqabah menurut ilmu dan amalan tasawwuf ialah mengingati Allah S.W.T. dengan cara memikir,merenong di samping menilik dan meneliti kebesaran,keagongan serta kekuasaan Allah S.W.T. Penelitian  dan renungan ini dilakukan melalui pandangan matahati atau disebut sebagai al-bashirah. Pandangan matahati yang yakin serta  iringan keiklasan hanya kepada Allah S.W.T.di samping melupakan buat seketika sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T.dengan menumpukan ingatan hanya Kepada Allah S.W.t.sahaja.

    Mengingat Allah S.W.T. ini merangkumi ingatan terhadap Kebesaran serta Keagongan dan Kesempurnaan sifat-sifat-Nya.Dengan mengulang-mengulang di samping merasa-rasakan Keagongan, Kebesaran dan Kesempurnaan tersebut, berusahalah menimbulkan kesedaran rohani diri sendiri sebagai Insan yang tidak mempunyai kuasa, lemah tidak memiliki sifat kesempurnaan,malah sentiasa mengharap pertolongan dan keridaan dari Allah S.W.T.

    Manakala tujuan bermuraqabah pula ialah untuk membersihkan diri/jiwa dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kerana jiwa/diri yang kotor tidak akan dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Kerana Allah S.W.T. berfirman yang antara lain bermaksud :Sesungguhnya berjayalah bagi mereka ynag mensucikan jiwanya(dengan melakukan amal-amal soleh) dan rugilah bagi  mereka yang mengotorkannya (dengan melakukan maksiat).
     
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:16:19 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 13 April, 2010, 11:46:17 AM
  • Publish

  • Kaedah melaksanakan Muraqabah.


    1- Ketika melaksanakan amalan zikrullah dengan menyebut ism zat (Allah) , cubalah melatih  hati dengan mengawal seluruh anggota jasad agar sama-sama berusaha dengan memikirkan hal diri dan hubungannya dengan Allah S.W.T. Keadaan ini akan berkembang memikirkan tentang hubungan diri dengan sekalian makhluk dan dengan alam sekeliling.Dengan latihan ini akan di harap dapat menimbulkan rasa keinsafan  terhadap diri  dengan menjadikan  gerak kerja hidup seharian sebagai ibadah. Secara lang sung akan menjadikan seluruh  kegiatan hidup sebagai pengabdian kepada Allah S.W.T.Seperti mana Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan  untuk mereka beribadah kepada Ku.(al-Zariyat : 56.)
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:15:07 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #2 13 April, 2010, 12:50:15 PM
  • Publish

  • Beberapa bentuk muraqabah:


    1- Muraqabah Ahadiyyah.

    Muraqabah ahadiyyah ialah berzikir kepada Allah S.W.T.bertujuan untuk mentawhidkan  dan mengesakan Allah S.W.T.. Dengan melatih matahati (al-bashirah) agar mengakui dengan sepenuhnya  bahawa Allah S.W.T. itu tunggal iaitu Esa.Tidak beranak dan diperanakkan.Tidak ada sebarang persamaan  dengan apa sahaja yang terdapat di alam maya ini atau makhluk.Disebut dengan lidah di samping memperkukuh di dalam hati bahawa hanya Allah S.W.T. yang Maha Besar, Maha Mengetahui,Maha Pengasih dan Pemurah yang tidak ada tandingannya di dalam alam maya ini.Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Surah Ikhlas:4.  )
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:17:17 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #3 13 April, 2010, 05:36:33 PM
  • Publish

  • 2-Muraqabah Ma'Iyyah.

    Muraqabah ini membawa maksud ingatan dan perasaan di samping merasa-rasakan bahawa Allah S.W.T. itu sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang beriman,yang soleh dan hambanya yang sentiasa ingat kepadaNya.Seperti mana firman-Nya yang bermaksud:Dan Allah bersama kamu di mana saja kamu berada.


    3- Muraqabah Aqrabiyyah .

    Merasakan bahawa Allah S.w.T itu sangat hampir dengan mereka yang soleh dan mereka yang sentiasa ingat yakni zikir kepada-Nya.Hampirnya lebih dekat dari anggota jasadnya sendiri Justeru segala gerak laku manusia zahir dan batin sentiasa dalam pengetahuan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami lebih dekat kepada manusia itu dari urat lehernya. "(surah Qaf : 16)
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:14:19 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #4 14 April, 2010, 12:10:04 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya.Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

    Syukran ustadz al-Banjari..begitu bermakna..teruskan dalam bicara mengindahkan Dzat Maha Agung, Maha Mengetahui segala-galanya.

    sedikit renungan, mudahan mendapat keredhaanNya...mengapa diadakan " MURAQABAH "..?? tentunya ialah supaya dapat Ittishal..apa pula maksud ittishal itu.?? Di atas IzinNya dan RahmatNya itulah berhubungan dengan Tuhan...itulah puncaknya kelazatan, kepuasan

    Sebenarnya metode yang se akan sama juga yang di gunakan oleh ajaran Taoisme, Buddha dan sehinggakan bukan sedikit orang-orang atheis sekarang ini mampu melakukan latihan konsentrasi kpd benda, titik, pembayangan wajah guru, mantra-mantra khusus yang luar biasa tanpa harus beragamapun..kaedah sama keberangkalian tak serupa...berlainan pegangan kepercayaan agama..

    Didalam kaedah yoga, ada juga disebut cakra, moksa dan sebagai mantra Krishna dan mesti diterima dari seorang guru kerohanian yang dapat memberi tunjuk ajar dalam garis panduan dari turun temurun dari sri Krishna sendiri agar mantra itu manjur ( dlm istilah tareqat sebagai guru Mursyid dan memiliki sanad atau silsilah langsung dari Rasul ) Hanya dari dan kurnia dari seorang guru kerohanian yg memiliki kualiti spt itu...seseorang dpt bebas dari peredaran dan kelahiran dan juga kematian.. rujukan " sri srimad ac bhaktivedanta swami prabhupada".

    Alhamdulillah syukur yang di atas limpah kurniaNya Ilmu dari Engkau Ya Allah memberi pengertian iaitu bermulanya dari satu titik lalu mencorakkan huruf dan huruf-huruf itu adalah rumus yang pada asal dan mulanya tidak memiliki erti dan maksudnya apa-apa, sehingga kemudian dengan izinMu tersusun menjadi sebuah kata dan lagi susunan kata di olah menjadi pula sebuah kalimat (Ilmu) dan dari sebuah kalimat itu terkandungnya sebuah pengertian (mesti faham) ...dan seterusnya pengertian itu sebenarnya bukanlah sebuah kalimatpun ( mesti nampak ), dan untuk (merasa) jangan lagi pandang dan tilik pada titik tersebut tapi teruskan pada di sebalik titik itu.. Luasnya dan dalamnya Ilmu di dalam Ilmu dari Allah tidak terhingga..Ya Allah, Ya Allah, Allah, Allah Muhammad RasulAllah.....

    Firman Allah swt " Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. " ( QS Ali Imran : 191 )..dan yakinlah sepenuh hati...

    Pandang pada satu lukisan, janganlah kita terpedaya dan terjebak pada gambar dan warnanya yang ada pada kain kanvas ataupun kertas, tetapi pandanglah sebelum adanya gambar,potret dan warna itu..itulah makrifat..Mahasuci Allah... mudahan kita diberi Pertunjuknya dan HidayahNya.

    " Man lam yadzawq lam yadri " siapa yang tak rasa tak tahu....wallahu'alam.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    shaniza

    • *
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Reply #5 14 April, 2010, 12:20:23 AM
  • Publish
  • Dari sudut ilmu telah dibicarakan. Bagaimana nak buat sehingga mencapai apa yang dikatakan? Carilah guru sebagai penunjuk jalan supaya tidak tersesat di hari kemudian.
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    acit

    • *
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #6 14 April, 2010, 11:04:10 AM
  • Publish
  • Dari sudut ilmu telah dibicarakan. Bagaimana nak buat sehingga mencapai apa yang dikatakan? Carilah guru sebagai penunjuk jalan supaya tidak tersesat di hari kemudian.
    Betul tu..Dari segi bahasanya mudah tetapi dari segi praktikal dan amalannya bagaimana ?
    Kena lah ada pemimpin yang boleh membimbing melakukannya.Jika tidak,tentulah akan berlaku
    dibuat kadang-kadang dan jarang-jarang.Lama-lama tak buat langsung..muraqabah maiyyah,ahadiah
    dan seumpamanya itu hendaklah dijadikan "pemakaian"   di dalam kehidupan harian.Barulah matlamat
    kerohanian itu dapat dicapai dengan cepat dan sempurna.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Reply #7 14 April, 2010, 11:21:08 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

    Asnaf-asnaf para pencinta keruhanian ( ahli ma'rifat )..

    FirmanNya " Setiap kami melainkan mempunyai kedudukannya yang tertentu. " ( As-Shaffat : 164 )..

    Para arif itu tergolong kepada beberapa asnaf, caranya berlainan dan tingkatan maqamnya pun tidak sama..diatas IzinNya dan RahmatNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kudratNya, lalu dia merasa takut kepadaNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kelebihanNya, lalu dia menyangka baik terhadapNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn muraqabah, lalu dia merasa yaqin kpd kebenaranNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kebesaranNya, lalu dia merasa bimbang terhadapNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kifayahNya, lalu dia menunjukkan kefakiran kepadaNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn sifat keesaanNya, lalu dia bergantung kpd sifat kesucianNya..

    - diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn sifat ketuhananNya, lalu dia berpegang kpd pertalian ( perhubungan ) dirinya dgn Allah..

    Al-Junaid pernah berkata; bilakah boleh kesampaian siapa yg tidak ada serupanya atau tidak ada samanya dgn siapa yg punyai serupa dan sama, ini adalah suatu dugaan yg luar biasa, kecuali jika diperlembutkan oleh Tuhan yang Maha Pelembut dgn cara tidak ada bantuan, tidak ada waham, tidak ada liputan, kecuali dgn isyarat keyaqinan dan hakiqat keimanan semata..

    Maka bila Allah mahu memberikan sesuatu ilmu kpd hambaNya, maka yg demikian itu akan berlaku tanpa perlu bantuan sesiapapun, tidak ada waham yg akan menggangguinya dan tidak ada liputan apa pun, hanya dgn tercetusnya keyakinan didlm hati, lalu diteguhkan dgn keimanan yg semakin hari semakin bertambah..

    Mulakanlah dgn berusaha sungguh-sungguh menunaikan yg fardhu agar lebih sempurna, kemudian ikutkanlah dgn sunnat-sunnat nawafil sekadar yg termampu..InsyAllah dari situlah kita akan mencapai apa yg selama ini kita mencarinya, mudahan kita akan sampai kepadaNya dgn selamat, dan sebagaimana yg diredhai Allah dan RasulNya...wallahu'alam.

    Reply #8 15 April, 2010, 03:42:45 PM
  • Publish

  • 4- Muraqabah Mahabbah Dairat al-Ula.


    Muraqabah ini adalah bertujuan untuk menyedarkan manusia  supaya sentiasa ingat dan berhusn al-zan billah (sentiasa bersangka baik kepada Allah S.W.T.)Kesedaran untuk bersangka baik kepada Allah S.W.T. ini adalah selaras dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah S.W.T. yang Maha Agong,Maha Pengasih dan Maha Adil sesuai dengan nama-nama Allah di dalam asma al-Husna. Allah S.W.T sentiasa mengurniakan apa sahaja yang terbaik kepada hamba-Nya yang sentiasa ingat kepada-Nya.Setiap sesuatu yang berlaku kepada hamba-Nya mempunyai hakikat yang tersendiri yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya.Oleh yang demikian sebagai seorang hamba hendaklah sentiasa mensyukuri segala pemberian yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ke atasnya. Atau dengan kata lain hendaklah sentiasa rida dengan apa yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, bahagi atau pun derita.
     
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:13:00 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #9 15 April, 2010, 03:59:07 PM
  • Publish

  • 5-Muraqabah Mahabbah Dairat al-thaniyah.


    Iaitu dengan cara mengingati Allah S.W.T. yang Maha  Kuasa lagi Maha Memelihara dan Melindungi  manusia yang sentiasa ikhlas dan berserah hanya kepada-Nya. Meyakini hanya Allah S.W.T. yang berkuasa dan hamba hanyalah sekadar berusaha dan berikhtiar sedang yang menentukan segala-galanya hanyalah Allah S.W.T.Untu lebih jelas pelajarilah sifat-sifat ma'ani dan ma'nawiyyah agar lebih jelas muraqabah di peringkat ini.


    6-Muraqabah Mahabbah fi dairat al-Qaus.


    Muraqabah ini merangkumi maksud mempercayai bahawa Allah S.W.T. sangat mengasihi hamba-Nya yang saleh yang sentiasa berusaha di samping berserah kepada-Nya. Sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam semua situasi mahupun perkara dunia lebih-lebih lagi untuk bekalan di hari akhirat. Sentiasa menjaga hati dan jasad dari tersasar dengan arahan Allah.Hendaklah yakin bahawa Allah akan membalas apa sahaja yang dilakukannya .Allah berfirman bermaksud:Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarrah nescaya akan diberikan balasannya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarrah akan juga diberikan balasannya. (Zilzalah :7-8. )
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:12:26 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #10 15 April, 2010, 06:26:29 PM
  • Publish


  • Muraqabah nombor Satu  hingga muraqabah nombor enam adalah menjadi asas serta tonggak hubungan manusia dengan Allah S.W.T. Iaitu usaha manusia mengenali Allah S.W.T sebagai Pencinta-Nya.

    Asas dan pokok muraqabah ini ialah mentauhidkan Allah S.W.T. seperti firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad Bahawa Allah itu Esa."( Surah ikhlas:1. )
    « Last Edit: 15 April, 2010, 08:19:44 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #11 16 April, 2010, 12:23:14 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

    Banyak manusia terpaksa diajar dan dibimbing oleh yg berilmu, guru mursyid dsbgnya untuk mengenal Tuhan. Diberikan kpdnya ilmu, amalan tertentu beserta dalil-dalil, contoh-contoh yg logika demi utk membuktikan kebenaran segala sifat-sifat Allah itu. Maka dari situlah sidia meningkat setangga demi setangga sampai kekemuncaknya. Ada yg sampai cepat, ada yg lambat, dan ada yg tidak kesampaian..semuanya diatas IzinNya dan RahmatNya.

    Namun ada juga manusia yg lain yg diberikan Allah Taufik dan hidayahNya utk mengenal Allah secara mendadak, atau didorong oleh sebab sesuatu hal dan peristiwa yg terus membenam dan mengelubungi kebatinannya ( bashirah ), maka pengenalannya kpd Allah menerusi bashirah yg di atas IzinNya dan RahmatNya..tidak perlu lagi kpd proses dan seperti sistem anak-anak disekolah...keseluruhan hidupnya utk berkhidmat kpd Allah, dan semua yg ada didlm pemikirannya ialah Allah, dpd Allah, kpd Allah, dgn Allah, disisi Allah dan seterusnya dan seterusnya, dan tidak ada yg selainNya.

    Firman Allah " Di antara mereka ada yang menganiaya dirinya, dan diantara mereka ada yang pertengahan ( sederhana ) dan diantara mereka ada yang cepat menuju kepada kebaikan dengan izin Allah. " ( Fathir : 32  ).

    wallahu'alam.

    Reply #12 16 April, 2010, 08:44:07 PM
  • Publish
  • 7- Muraqabah Wilayat al-'Ulya.

    Muraqabah ini merenung  hakikat kejadian Para Malaikat yang dikurniakan dengan sifat-sifat yang luhur.Seperti sifat menerima,ikhlas, menurut dan patuh terhadap segala perintah Allah S.W.T.Tidak pernah sesekali menentang perintah Allah ke atasnya. Sentiasa tunduk, sujud dan beribadah dengan penuh ketaqwaan kepada Nya.Jauh dari takabbur,riya', hasad dengki,malah seluruh hidupnya terarah kepada pengabdian kepada-Nya. Semua hal tersebut hendaklah dirasa-rasakan , dihayati dan dijadikan pengajaran dan iktibar kepada diri manusia agar bersungguh-sungguh untukmencuba menerapkan sifat-sifat tersebut ke dalam diri manusia.

    Reply #13 16 April, 2010, 09:02:34 PM
  • Publish
  • 8- Muraqabah Kamalat al-Nubuwwah.

    Muraqabah di peringkat ini adalah merujuk kepada hakikat kemuliaan kejadian Para Nabi Allah.Muraqabah ini adalah untuk meyakinkan diri bahawa Allah S.W.T. telah menciptakan sekumpulan manusia yang telah diberikan dengan tugas-tugas kerasulan dan kenabian untuk sampaikan kepada masing-masing.

    Reply #14 16 April, 2010, 09:02:58 PM
  • Publish

  • 8- Muraqabah Kamalat al-Nubuwwah.

    Muraqabah di peringkat ini adalah merujuk kepada hakikat kemuliaan kejadian Para Nabi Allah.Muraqabah ini adalah untuk meyakinkan diri bahawa Allah S.W.T. telah menciptakan sekumpulan manusia yang telah diberikan dengan tugas-tugas kenabian untuk sampaikan kepada masing-masing.
    « Last Edit: 16 April, 2010, 09:58:49 PM by al-Banjari »

    Reply #15 16 April, 2010, 11:28:16 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

    Pernah suatu ketika, Rabi'ahtul Al-Adawiyah bertanya hal ini kpd Zin-Nun, muga Allah merahmati keduanya, tanya Rabi'ah..Bagaimana engkau mengenali Allah..??

    Zin-Nun terus menjawab, Dia telah mengurniakan sifat malu, dan mengelubungiku dengan sifat Muraqabah ( mawas diri ), maka setiap kali aku ingin mendatangi maksiat, aku teringat kepada Allah, lalu aku merasa malu kepadaNya..

    Kosongkanlah ( hatimu ) dpd ingatan kpd kedua-dua rumah ( dunia dan akhirat ), dan bermesra-mesralah saja kepada Tuhan semesta alam...wallahu'alam.

    Reply #16 17 April, 2010, 09:54:08 AM
  • Publish
  • 9- Muraqabah Kamalat-al-Risalah. (Hakikat kejadian dan Kesempurnaan Para Utusan-Rasul-)

    Muraqabah di peringkat ini pada hakikatnya ialah dengan cara merenung dan merasakan betapa Allah telah mencipta dan melantk  serta memberikan pangkat kemuliaan sebagai seorang Rasul daripada Allah S.W.T.Pangkat yang lebih tinggi dari kedudukan seorang Nabi. Sebagai Rasul Allah mereka dipertanggungjawabkan untuk menegakkan segala hukum-hakam dari Allah S.W.T.Hubungan Rasul dengan manusia adalah sebagai memberi rahmat keseluruh alam. Allah berfirman yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutuskan kamu melainkan untuk memberikan rahmat kepada sekelian alam. al-Anbiya':107.Maka sebagi seorang mukmin wajib mentati arahan Rasul s.a.w. untuk menjadi seorang mukmin yang soleh. Janganlah menjadi seorang yang ingkar kepada Rasul_Nya. Kerana perutusan Muhammad itu adalah umat yang terbaik di atas muka bumi  ini.


    Reply #17 17 April, 2010, 10:36:56 AM
  • Publish
  • 10- Muraqabah Kamalat Ulu al-'Azmi.

     Hakikat Allah S.W.T. menciptakan sifat-sifat mulia  kepada Para Rasul di samping mereka dibekalkan dengan sifat-sifat kesempurnaan yang lain seperti yakin, sabar,tawakkal dan sebagainya.Sebagai mewarisi sifat-sifat kerasulan mereka akan beramal ibadat dan hidup dalam keadaan sabar dan ikhlas di samping menjadikan unsur-unsur yang baik sebagai prinsip kehidupan demi mencari keredaan Allah S.W.T. Oleh yang demikian jadikanlah kehidupan Para Rasul dengan sifat-sifat ulu al-'azmi sebagai contoh dan ikutan bukan dikalangan mereka yang dimurkai oleh Allah S.W.T.Rasa-rasakanlah betapa indah dan luhurnya sifat-sfat mereka untuk dicontoho.

    Reply #18 17 April, 2010, 06:07:39 PM
  • Publish
  • 11- Muraqabah al-Ka'bah.(Hakikat kejadian Ka'bah)

    Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah tempat suci untuk manusia berhimpun dan beribadah sujud kepada Allah S.W.T.Manusia di seluruh pelusuk alam akan datang menziarahi Ka'bah. Manusia sewajarnya berfikir untuk berkorban dan berusaha untukmenjadi seorang yang saleh dengan datang untuk bersujud di hadapan Ka'bah dengan penuh ketakwaan dan keinsafan.

    Reply #19 23 April, 2010, 06:27:54 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

    Abu Uthman Said ibn Ismail al Hiri r.a. pernah berkata " Hendaklah kamu berdamping dgn Allah dgn adab yg indah, sentiasa merasakan kehebatanNya dan muraqabah kepadaNya ( sentiasa merasakan pengawasan Allah ). Hendaklah kamu berdamping dengan RasulAllah saw dgn mengikut Sunnahnya dan melazimi ilmu yg dzahir ( syariat ). Hendaklah kamu berdamping dgn para wali Allah dgn menghormatinya dan berkhidmat kpdnya. Hendaklah kamu berdamping dgn ahli keluarga dgn akhlaq yg baik, berdamping dgn saudara dgn sentiasa memberikan khabar gembira selagi ia tidak menjadi dosa dan berdamping dgn orang jahil dgn doa dan kasih sayang kpd mereka ".

    Ibnu Qayyim al Jauziyyah Madarij al Salikin Jld 2 H: 353.

    divider3
    halaqahforum4