Jika rasa sedih itu adalah....

*

Author Topic: Jika rasa sedih itu adalah....  (Read 7427 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sitikhadijah

  • *
  • Posts: 62
  • ~ Ya ALLAH.bantulah hambaMU ini untuk JUJUR kpd MU
    • View Profile
10 April, 2010, 03:31:42 PM
  • Publish
  • Jika rasa sedih itu adalah AIR, biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
    Semoga ada manfaat kepada yang lain..
    Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
    Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
    Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH..
    Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

    Jika rasa sedih itu adalah ANGIN, biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
    Semoga ada manfaat kepada yang lain..
    Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
    Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
    Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..  
    Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


    Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
    Semoga ada manfaat kepada yang lain..
    TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
    Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
    Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH..
    Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


    Namun,

    Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
    Agar semua dapat merasai  cahaya keindahannya itu..
    Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
    Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
    Yang telah menciptakan segala-galanya ..
    Daripada tiada kepada ada...
    Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
    Kembali sujud kepada MU..
    Kembali menuju ke jalan MU..
    Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...

    « Last Edit: 12 April, 2010, 08:25:43 AM by sitikhadijah »
    ~YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita  ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan  Siksa Neraka MU ~

    aisyahsaaid

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #1 10 April, 2010, 05:40:22 PM
  • Publish
  • nice,,

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Reply #2 10 April, 2010, 06:24:39 PM
  • Publish
  • La Tahzan.

    Jangan menangis atau bersedih. Hilangkan kesedihan itu dengan mengingati nikmat-nikmat ALLAH.
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan mensyukuri nikmat-nikmat ALLAH
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan redha akan ketentuan ALLAH
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan bertawakkal menyerah kepada ALLAH.   sabaar*

    Ya Allah- (Jangan Bersedih-Dr. Aidh al-Qarni)
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    sitikhadijah

    • *
    • Posts: 62
    • ~ Ya ALLAH.bantulah hambaMU ini untuk JUJUR kpd MU
      • View Profile
    Reply #3 10 April, 2010, 10:51:00 PM
  • Publish
  • La Tahzan.

    Jangan menangis atau bersedih. Hilangkan kesedihan itu dengan mengingati nikmat-nikmat ALLAH.
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan mensyukuri nikmat-nikmat ALLAH
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan redha akan ketentuan ALLAH
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan bertawakkal menyerah kepada ALLAH.   sabaar*


    Alhamdulillah..Syukran atas peringatan.  :ins:

    jika sedih itu petunjuk ALLAH, maka haruslah bersyukur...  :syukur:
    « Last Edit: 10 April, 2010, 10:52:34 PM by sitikhadijah »

    anis ashraf

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #4 11 April, 2010, 12:01:00 AM
  • Publish
  • La Tahzan, jangam bersedih. Banyak hal dalam hidup ini yang membuat bersedih. Itu semua dikarenakan bentuk pikiran yang membuat seseorang bersedih. Bebaskan pikiran Mu.
    La Tahzan, sebuah kata-kata yang termuat dalam Al Quran. patutkah kita bersedih? Jangan takut, jangan bersedih, Sesunguhnya Allah bersama kita.
    Ketika manusia membumbung jauh dengan hayalannya, ketika manusia merasa angkuh dengan keberadaannya, itulah yang sebenarnya membuat manusia bersedih. Saat mereka jauh dari Allah. Berfikirlah, bacalah dunia, bacalah hidup, dan temukan tanda-tanda kebesaran Nya
    “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku"...

    syahadah alina

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #5 11 April, 2010, 01:42:30 AM
  • Publish
  • Bismillahirrahmanirrahim..

    Kadangkala Allah mendatangkan kesedihan supaya dengan itu kita dapat kembali mengingatinya.. Mungkin dengan cara itu Allah m'ampuni dosa-dosa  yang telah lalu.. Maha suci Allah Tuhan Yang Menguasai sekalian Alam.. Takkan dibiarkan hambaNya hanyut dengan keseronokan dunia.. Semoga rahmat dan ampunan Allah melingkungi hidup kita semua.. Amin..

    nur shuhada

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #6 11 April, 2010, 05:48:04 PM
  • Publish
  • salam ukhwah semua..terima kasih atas sgla nsihat dan peringtn yg dberi..sungguh..skrg sy sdg bsedih sgt..

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #7 11 April, 2010, 06:06:08 PM
  • Publish
  • bismillah ar rahman ar rahim..

    alir-alir air mata
    titisnya bukan suka
    diri yang terpalit calit-calit hitam
    matanya tak rela

    pipi basah dalam pasrah
    mencari terus
    hakikat keampunan
    syahdunya campur baur
    dalam langkah belum teratur

    lemah
    hamba yang belum menghambakan diri
    jauh dari erti
    lalu mengalir,
    menitis lah sedih
    jadi teman
    hati yang bersalah

    ya Allah, Maha Pengampun..jadikanlah air mata yang mengalir adalah titisan yang memohon ampunMu,
    ya Allah, Maha Pemurah, kurniakanlah bahagia lepas rasa derita,
    ya Allah, Maha Penyayang, payungilah hati yang kotor dengan cintaMu, agar ia mampu jadi bersih, biarpun tak sesuci asalnya..
    amin ya Rabbal alamin..

    sitikhadijah

    • *
    • Posts: 62
    • ~ Ya ALLAH.bantulah hambaMU ini untuk JUJUR kpd MU
      • View Profile
    Reply #8 12 April, 2010, 02:31:43 AM
  • Publish
  • Syukran kepada semua atas peringatan dan nasihat semua...jazakumullah khayran..

    " Jika rasa sedih itu adalah AIR, biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
    Semoga ada manfaat kepada yang lain..
    Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
    Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
    Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu menghapuskan api neraka MU..
    Hanya membawa kepada kemurkaan MU.."


    cikgu desa

    • *
    • Posts: 60
      • View Profile
    Reply #9 07 July, 2010, 12:45:16 AM
  • Publish
  •  Jika hari-hari mendatangku dipenuhi  rasa sedih..
     biarlah kesedihan itu kerana mengenang dosaku padaMu...
     Jangan kau biarkan aku menangis kerana cintaku pada dunia...
     hingga kuterlupa besarnya cinta Maha Pencipta....

     
     

    زهرة حلوة

    • *
    • Posts: 59
    • "Tutur Bicara,Muhasabah Diri"
      • View Profile
    Reply #10 07 July, 2010, 09:38:14 AM
  • Publish
  • Bismillah.
    As-Salam..

    Saat ini,
    Jika rasa sedih ini hadir atas kejahilan diri sendiri..
    ku mohon pada Ilahi agar permudahkan diri ini bangkit kembali memperbaiki diri.
    Jika rasa sedih ini hadir dan membebankan teman di sisi..
    ku mohon pada Ilahi agar membantuku untuk menyembunyikan kesedihan ini dan menggantikannya dengan kegembiraan,
    agar teman2 tidak merasa terbeban.
    Jika rasa sedih ini hadir dan membawaku kembali ke jalanNYA..
    ku mohon pada Ilahi agar melembutkan hati ni agar sentiasa teguh dijalanNYA.
    Ingin sekali..
    Ku mohon pada Ilahi,
    agar rasa sedih ini tidak diiringi berburuk sangka padaNYA....
    tetapi rasa kasih sayang yang bercambah, dan cukuplah air mata ini kernaNYA semata..
    menitis atas kekhilafan dan kejahilan diri.

    Astaghfirullah..
    Adakalanya rasa sedih itu hadir saban hari..
    namun, sudi pula Ilahi mendatangkan insani yang menghibur hati.
    indahnya ukhwah saat terjalin di jalan Allah..
    moga ukhwah ini kan berkekalan...........
    "Permata hina yang cuba bersinar dan mencari sinar agar dapat menerangi kehidupan insan tersayang dengan kasih sayang ALLAH.
    Permata hina yang tetap hina di sisi manusia dan berharap agar mampu mencapai tahap mulia di sisi ALLAH tercinta."

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #11 11 September, 2011, 11:19:55 AM
  • Publish
  • La Tahzan.

    Jangan menangis atau bersedih. Hilangkan kesedihan itu dengan mengingati nikmat-nikmat ALLAH.
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan mensyukuri nikmat-nikmat ALLAH
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan redha akan ketentuan ALLAH
    Jangan bersedih. Hilangkan rasa sedih itu dengan bertawakkal menyerah kepada ALLAH.   sabaar*

    Ya Allah- (Jangan Bersedih-Dr. Aidh al-Qarni)


    Hati lagi sedih maka mahu refreshing jap..
    macam-macam anak muda ..
    silakan yok..

    Ya Allah- (Jangan Bersedih-Dr. Aidh al-Qarni)

    [/quote]


    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #12 13 January, 2012, 12:32:18 AM
  • Publish
  • La tahzan usah sedih
    hayya masruran gembira ceria
    hidup iman tiada gundah gulana
    semakin diuji muka muda ceria


    Ya Allah- (Jangan Bersedih-Dr. Aidh al-Qarni)


    Ilmu ditingkat akal tahap tinggi
    syukur dan sabar sifat terpuji
    Ilahirabbi akan tetap diCintai
    hati yang ceria Iman disemadi

    eilah

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #13 13 January, 2012, 06:18:43 AM
  • Publish
  • akhr2 ni kesedihan menyapa dhati..syukur atas perkngsiaan ini...

    Sent from my GT-I8150 using Tapatalk

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1500 Views
    Last post 13 March, 2009, 02:23:43 PM
    by zailina
    4 Replies
    935 Views
    Last post 20 April, 2012, 08:05:12 PM
    by al_ahibbatu
    8 Replies
    1155 Views
    Last post 05 August, 2013, 09:56:49 PM
    by hazanutz