© Kisah Akulah Production Manager - Dari Diari Pak RAMPA

*

Author Topic: © Kisah Akulah Production Manager - Dari Diari Pak RAMPA  (Read 21227 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ziarahmenilai

  • *
  • Posts: 1003
    • View Profile
09 April, 2010, 01:49:15 AM
  • Publish
  • .

    © KISAH AKULAH PRODUCTION MANAGER - Dari Diari Pak RAMPA

    1.

    KHAMIS 7 Januari 2010 lebih kurang jam 3.30 petang, sedang aku melayari internet membaca forum tiba-tiba handphone aku berbunyi.... Aku pun melihat skrinnya, hanya nombor HP pemanggil saja yang terpapar.  Aku tidak kenal siapa yang membuat panggilan itu kerana nama dan nombor HP-nya itu tiada dalam simpanan di HP aku. Aku pun terus saja menekan butang menerima panggilan itu.

    "Assalamualaikum.", terus aku dengar suara seorang wanita mengucap salam keagamaan kepada aku.

    "Wa'alaikumsalam warahmatullah.  Ni siapa ni?", aku balas salamnya dan juga aku bertanya siapakah dirinya itu.

    "Ini saya Eli... Saya jumpa di internet laman web yang kata pihak Encik boleh mengajar cara membuat pelbagai produk sabun cucian.  Saya berminat nak datang belajar.  Macam mana kalau saya nak belajar membuat 12 produk, boleh tak bayarannya dikurangkan?", balas suara wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Eli.

    "Itu boleh dirundingkan.  Bila nak datang belajar tu?",  aku tanya pula dia.

    "Kalau boleh pagi Sabtu.  Kalau nak belajar nak belajar semua 12 produk tu hari Sabtu ni, boleh tak?", dia tanya lagi.

    "Mana boleh habis dalam satu hari.  Satu produk pun belajar secara praktikal nak buat tu ambil masa 3 jam atau 4 jam.", balas aku.  "Kenapa yang nak cepat sangat habis belajar tu?  Paling cepat satu hari 3 produk bolehlah sebab bila belajar nanti bukan ambil teori saja tapi kena juga buat, kena praktikal sekali.  Kalau 12 produk, itu kena 4 harilah.",  jawab aku.

    "Kalau boleh kami nak buat production 12 produk tu cepat sebab orang dah order.", jawabnya.

    "Habis selama ini tak buat production ke?", aku tanya lagi.

    "Dah dua minggu kilang kami berhenti production sebab production manager yang tahu formula buat products tu accident kereta, dah dua minggu dia koma.  Lagi pun kami nak make sure yang kilang kami tu boleh buat productions sebab bulan depan kami dah jemput Timbalan Menteri nak rasmikan kilang tu.", jawabnya.

    "Kalau macam tu, ambil sayalah jadi pegganti dia sehingga dia sihat semula.",  jawab aku sekadar bergurau saja.

    "Betul ke begitu?  Nanti saya tanya bos saya.  Memang kami sedang mencari pengganti dia.  Nanti saya call balik.", katanya lalu dimatikan handphone-nya.

    Aku pun terhenti membaca forum di DD.  Aku beri tahu Prima anak sulong aku supaya dia sajalah yang terima tawaran menjadi production manager itu nanti, kalau jadi.  Sebagai production manager tentu ganjinya boleh tahan,  silap-silap kereta kompeni pun dia orang bagi pakai.

    "Macam mana, Prima, kamu mahu tak?  Kamu pun dah tahu formula nak buat banyak produk tu semua... Arah sajalah pekerja kilang tu yang buat.",  kata aku kepada Prima yang kini sudah hampir setahun menganggur.

    "Boleh juga.  Tapi tengoklah dulu letter of offer.  Kalau gaji setakat dua ribu tak payahlah.  Di mana kilang tu?", jawab Prima.

    "Terlupa pula Abah tanya orang tu tadi.  Dia kata dia akan call balik.  Tadi dia kata dia nak tanya boss dia dulu.",  jawab aku kepada Prima.

    Aku pun menunggu.  Aku congak-congak kalau dia belajar 12 produk,  satu produk purata yurannya RM370.00,  bermakna aku boleh dapat empat ribu setelah diberi diskaun.

    Lama juga aku menunggu Eli yang kata nak call aku balik.  Aku terus membaca forum politik.  Tiba-tiba handphone aku berbunyi.  Aku lihat di skrinya nombor yang sama tadi terpapar... Sudah tentu bos Eli bersetuju nak ambil pihak aku ni jadi production manager di kilangnya itu....

    Bersambung ke No. 2.

    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 11:05:51 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #1 09 April, 2010, 01:54:44 AM
  • Publish
  • 2.
    Lama juga aku menunggu Eli yang kata nak call aku balik.  Aku terus membaca forum politik di DD.  Tiba-tiba handphone aku berbunyi.  Aku lihat di skrinya nombor yang sama tadi terpapar... Sudah tentu bos Eli bersetuju nak ambil pihak aku ni jadi production manager di kilangnya itu....
    __________________________________________

    ELI terus memberi salam.  Aku jawab salamnya. Dia pun memberi tahu aku yang bosnya itu bersetuju mengambil aku menjadi pengganti production manager yang sedang terlantar koma di hospital itu.

    “Nanti kami akan datang jumpa Encik pagi esok, kita boleh bincangkan lebih lanjut.”, katanya kepada aku.

    “Tahukah nak ke rumah saya tu?”, aku tanya dia.

    “Tahu.  Dalam website Encik tu ada pelan lokasi, nanti kami datang berdua. Kita jumpa pagi Jumaat, esok.”,  jawabnya.

    “Okay,  bila sampai nanti jika tak jumpa rumah saya, awak call sayalah, boleh saya bagi panduan hala ke rumah saya.”,  aku beri tahu dia.

    “Okay, ... Assalamualaikum.”, jawabnya.  Aku balas salamnya itu.

    “Siapa tu, bang?”, tanya Azi, isteri aku.

    “Entah, orang perempuan, nama dia Eli.  Dia nak datang ke sini jumpa Abang pagi esok nak tawarkan kat Abang ni kerja jadi production manager di kilang buat sabun dia.”, aku beri tahu Azi.

    “Eishhh, dah tua-tua,  larat ke nak bekerja balik tu.  Abang tu bukannya sihat sangat, darah tinggi ada, jantung tu pun Abang kena makan ubat juga.  Tak payahlah, bang!”,  kata Azi.

    “Bukan Abang yang nak pergi kerja tu nanti.  Nanti Abang suruh Prima ambil pergi jadi production manager tu,  tuah dialah tu... Dia pun dah nak hampir setahun menganggur tu, memilih sangat kerja. Dah orang nak bagi kerja, nanti terima sajalah.”, kata aku kepada Azi.

    “Prima tu bukannya dia tahu nak buat macam-macam sabun tu.  Macam mana pulak Abang nak suruh dia?”,  kata Azi.

    “Bukan ke Prima dah buat empat lima jenis sabun tu?  Dia tahulah tu.  Nanti bila dia bekerja,  Abang ikutlah sama bekerja tiap-tiap hari bantu dia,  sambil tu dia belajarlah buat yang mana dia belum lagi tahu tu.”,  jawab aku.

    “Kalau macam tu, tak apa la.  Kat mana kilang sabun tu?  Siapa punya, Melayu ke Cina?”,  tanya Azi lagi.

    “Entahlah... Lupa pulak tadi nak tanya, tak sempat nak tanya tadi.  Tak apalah kalau jauh pun kilang tu nanti asal Prima dapat bekerja, apa salahnya?  Dah puas dia minta kerja, tak dapat-dapat.  Dah orang nak bagi kerja, terima sajalah.”, kata aku kepada Azi.

    Azi menarik nafas panjang.  Aku faham kenapa Azi begitu sebab sudah hampir setahun Prima menganggur.  Dulu dia bekerja di KLIA sebagai eksekutif di sebuah Syarikat yang mengendalikan bahagian kebersihan KLIA itu tetapi tiba-tiba syarikat tersebut tutup (dissolved),  lepas itu ditawarkan kepada semua pekerja yang kena berhenti itu bekerja di sebuah syarikat (vendor) lain di KLIA itu, kepada Prima hendak diberi gaji hanya sebanyak RM900.00 sebulan.  Prima tidak mahu.

    JUMAAT 8 Januari 2010, jam 9.00 pagi, kedengaran oleh aku bunyi kereta datang dan berhenti di halaman rumahku.  Aku pun pergi membuka pintu dan aku lihat seorang wanita berusia 30han datang bersama dengan seorang lelaki yang nampaknya masih muda dalam lingkungan dua puluhan tahun usianya.

    “Assalamualaikum, Pakcik... Saya ni Eli.  Ni Azim.  Ini ke rumah yang boleh mengajar buat sabun-sabun tu.?”, kata wanita itu kepada aku.

    “Wa’alaikumsalam.  Ya, di sini.”, jawab aku.  “Senang je cari rumah saya ni?”, kata aku lagi.

    “Kami tengok map kat Google. Memang nampak atap rumah ni, nama Jalan tu pun ada.”, jawab Azim dengan senyumannya sekali.

    “Masuklah.”, kata aku menjemput mereka masuk ke dalam rumahku.  Isteriku jga datang.  Prima juga sama menyambut kedatangan mereka berdua.

    Aku pun terus menjemput mereka duduk di sofa di ruang tamu.

    “Pakcik ke yang boleh mengajar buat sabun tu?”, tanya Eli kepada aku.  Azi terus pergi ke ruang dapur untuk menyediakan minuman.  Prima pula kembali masuk ke kamarnya.

    “Ya.  Habis macam mana,  nak belajar ke?  Kalau nak belajar hari ni pun boleh mula.”, jawab aku.

    “Tak,  bos saya Dr. Siva, dia Managing Director setuju nak ambil Pakcik bagi gantikan yang accident koma tu.  Oh ya, saya ni nak panggil Pakcik siapa?”, kata Eli.

    “Panggillah Pakcik Rampa.  Kalau nak ambil Pakcik ni sebagai pegganti production manager tu, lebih baik ambil anak saya tadi... Dia pun boleh juga buat sabun tu.  Dia pun muda lagi.  Pakcik ni bukannya sihat sangat.”, kata aku kepada mereka berdua.

    “Tak kisahlah, Pakcik, asal ada cepat pengganti.  Sudah dua minggu kilang kami tu  tak beroperasi.  Kalau boleh bos nak jumpa Pakciklah.  Kalau anak Pakcik, tak apa,  tapi bos nak temuduga dia dulu.”, kata Eli.  Azim hanya diam saja mendengar.

    “Saya ni lebih suka kalau dapat biar anak saya tu yang ambil jawatan tu sebab dia ada pengalaman dalam bab cleaning sebab dia dah pergi kursus.  Dia juga tahu buat produk tu.”,  balas aku.

    “Eloklah tu, Pakcik.  Syarikat kami juga dapat kontrek cleaning banyak tempat juga.  Jadi kalau anak Pakcik tentu dia boleh handle bab cleaning tu sambil buat production. Mana dia anak Pakcik tadi, boleh juga kita bincang.”, balas Eli.

    Aku pun memanggil Prima dan dia pun keluar dari kamarnya terus dia duduk di sofa.

    “Apa nama jawatan yang nak bagi tu?”, tanya Prima.

    “Production manager.”, jawab Eli.

    “Berapa gajinya sebulan.  Apa benefits lagi?”, tanya Prima.  

    “Kompeni akan bagi kereta.  Gaji kami tak tahu.  Dr. Siva nak interview dulu baru bagi letter of offer.  Yang kami tahu kereta memang kompeni bagi.”, jawab Azim pula.

    “Tengoklah,  kalau berbaloi okaylah.  Kalau tak, malaslah. Di mana kilang tu?”, jawab Prima dan bertanya.

    “Di Negeri Sembilan.”, jawab Azim.

    “Ala jauhnya kalau nak berulang pergi balik.  Duit petrol kereta pun dah lebih empat puluh ringgit sehari,  tol lagi.”,  kata Prima.

    “Apa pula jauhnya nak berulang.   Kereta kompeni bagi.  Production manager tentu tinggi gajinya tu.”,  kata aku kepada Prima dengan harapan dia mahu menerima jawatan itu.

    “Tak apa, tak apa... Esok you datang ke kilang jumpa Dr. Siva boleh bincang fasal gaji tu.  Esok pagi Sabtu you dengan Pakcik datanglah boleh bincangkan dengan Dr. Siva tu.”, kata Eli pula.

    “Macam mana production manager you orang accident tu,  samapi koma?”, aku tanya Eli.

    “Begini Pakcik... Dia cuti ke Sarawak dengan bini dia.  Bini dia orang Sarawak.  Di sana kereta yang dia pandu belanggar dengan lori.  Itu yang teruk sampai dia koma tu.  Sudah dua minggu dah.”,  jawab Eli.

    “Orang Melayu kita ke dia?”,  aku tanya Eli.

    “Ya orang Melayu.... Nak buat macam mana dah nak malang.”,  jawab Eli.

    Azi membawa minuman dan karipap lalu menghidangkannya di atas meja dan menjemput mereka minum.  Prima terus bangun dan kembali pergi ke kamarnya, kelihatan bagaikan dia tidak berminat saja dengan tawaran menjadi production manager itu.  Selepas saja minum mereka berdua pun minta diri.  ..... .....

    Bersambung ke No. 3.
    .

    « Last Edit: 26 September, 2010, 09:47:55 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #2 09 April, 2010, 01:57:12 AM
  • Publish
  • 3.
    Azi membawa minuman dan karipap lalu menghidangkannya di atas meja dan menjemput mereka minum. Prima terus bangun dan kembali pergi ke kamarnya, kelihatan bagaikan dia tidak berminat saja dengan tawaran menjadi production manager itu. Selepas saja minum mereka berdua pun minta diri. ..... .....
    _______________________________

    SABTU 9 Januari 2010 Prima yang memandu keretanya, terus pergi ke Nilai bersama-sama dengan aku dan bila sampai aku di Nilai ada berpuluh deret rumah kedai yang tidak berpenghuni malah banyak juga yang sudah pun dinaiki semak-samun di kawasan yang dikatakan telah membangun di Nilai itu.

    “Abah kalau nak tahu, tiadanya orang berniaga, shop lots berderet-deret tutup saja, itulah lambang ekonomi negara kita sekarang ni.  Najib yang kata ekonomi negara okay tapi Abah tengoklah tu buktinya orang tak ada berniaga pun.”,  kata Prima kepada aku.

    “Siapalah yang punya shop lots yang tutup tu semua?  Semuanya macam baru dibina saja,  tak kan tak laku tak ada pembeli?”,  kata aku kepada Prima.

    “Kalau dah harganya tinggi melambung, manalah orang Melayu mampu nak beli.  Itu sebabnya macam tak berorang, sunyi sepi.”, jawab Prima.

    “Dari terbiar saja begitu, kenapa kerajaan tak bagi percuma saja kepada orang Melayu supaya ramai orang Melayu kita memiliki shop lots itu.  Bukankah bagus Petronas ada banyak duit beli semua kedai tu, lepas tu dijual kepada orang Melayu secara sewa beli bayar ansur seratus ringggit sebulan.  Lepas tu kerajaan bagi modal dapatlah orang Melayu berniaga di situ, kan?”,  kata aku kepada Prima.

    Prima tergelak mendengar aku berkata begitu.

    “Kenapa pulak kamu gelak?”, aku tanya dia.

    Prima diam tidak menjab pertanyaan aku itu... kira-kira jam 10.00 pagi aku dan Prima pun sampai ke Nilai dan terus pergi ke kilang yang dimaksudkan itu mengikut alamat yang diberikan oleh Eli kepada aku.

    Aku lihat yang dikatakan kilang itu adalah dalam sebuah shop lot dua tingkat, yang terletak di satu deretan shop lots yang hampir kesemunya tutup juga, kalau ada yang buka pun ada sebuah dua kelihatannya ada semacam orang-orang Indon saja yang menghuninya, kebanyakannya wanita, berpakaian seluar pendek pun ada duduk berborak di hadapan di hadapan dua tiga shop lot di situ.  Hanya di hujung deretan shop lots itu ada sebuah restoran.  Tidaklah jauh kalau nak makan.., kata hatiku.

    Prima memberhentikan kereta di hadapan apa yang dikatakan oleh Eli dan Azim sebagai kilang itu.  Di bahagian hadapan premis itu terbuka di mana di atas lantainya tersusun rapi tong-tong plastik muatan 20 liter, 10 liter dan 5 liter berisi beberapa jenis detergents yang sudah siap untuk dinaikkan ke lori agaknya atau siap untuk dihantar kepada pembelinya.

    Aku pun dijemput masuk oleh Eli dan Azim yang sudah sedia menunggu di situ dan terus dijemput oleh mereka masuk ke sebuah bilik berdinding kaca, iaitu sebuah pejabat berhawa dingin.  Di pintunya bertulis Dr. Siva.... Managing Director.

    Apabila aku dan Prima masuk saja Dr. Siva pun bagun dari kerusinya dan terus bersalaman dengan aku dan juga dengan Prima.

    “Selamat datang, Pakcik.  Saya harap Pakcik boleh bekerja di sini sebab mengikut kata Eli dengan Azim, Pakcik ni pakar membuat produk detergents.”, katanya kepada aku dalam bahasa Melayu dengan begitu  fasih sekali, dan terus menjemput aku dan Prima duduk di kerusi-kerusi yang ada di hadapan mejanya.   Eli dengan Azim juga duduk di kerusi-kerusi yang ada di belakang aku yang juga ada sebuah lagi meja, di atas meja itu ada sebuah komputer.

    “Yang sebenarnya Dr.,  saya ni dah tua, mungkin tak larat nak kerja.  Saya bawa anak saya ni sebab kalau nak buat detergents itu, anak saya ni pun tahu, dia ada pengalaman.”,  kata aku kepadanya.

    “Kalau begitu lagi bagus.  Anak Pakcik ni masih muda lagi ni.  Ada bawa resume?”, kata Dr. Siva dan bertanya kepada Prima.

    “Ada.”, jawab Prima lantas Prima pun beri kepada Dr. Siva resume-nya itu. 

    “Okay, okay... good, good.  You boleh tak mula bekerja di sini on Moday ni?”,  Dr. Siva tanya Prima.

    “Saya nak tengoklah dulu letter of offer macam mana, nak tahu berapa gaji sebulan, apa benefits, ada EPF dengan Socso, apa syarat-syaratnya, apa nature of appoinment-nya saya kenalah tahu dulu.”,  jawab Prima.

    “Ohhh itu mestilah ada, ikut law. Gaji tu RM1800 per month.  Kompeni will give you one car for your own personal use.  Rumah kediaman kompeni akan bayar sewa untuk you and your family.  Okay kan?”, jawab Dr. Siva.

    “How can as a production manager the pay is only RM1800 per month? Lagi pun saya tak mahu tinggal di sini.  Kalau saya terima pun saya akan berulang pergi balik.  Mana cukup gaji banyak itu dari Subang ke sini , petrol kereta, tol lagi...”, jawab Prima.

    Aku hanya diam tak berkata apa-apa.  Aku rasa tidak senang pula terhadap Prima dia berkata begitu sedangkan dia sudah menganggur sudah hampir setahun,  bila orang dah tawarkan bekerja dia jual mahal pula.

    “Listen,  RM1800 itu your basic pay... Kalau you nak berulang datang dengan balik tu, kami bagi you travelling allowance RM400 per month, okay?  Polisi kompeni kami you jangan bimbang, bila ada profit you juga ada share nanti.  Kita bekerja sebagai satu family, ada profit kita share sama rata.”,  kata Dr. Siva kepada Prima.

    “Saya kena fikir dulu.  Lepas saya baca the letter of offer barulah saya berikan keputusan saya.”, jawab Prima.

    “Okay, okay.  Nanti kita beri you the letter of offer tu.”, kata Dr. Siva.

    Lepas itu Dr. Siva pun menjemput aku dan Prima pergi melihat kilang itu,  kelihatannya bersih, semua peralatan tersusun rapi.  Bahan-bahan kimia ada yang dalam bag dan ada juga yang dalam tong deram tersusun rapi.  Seorang pekerja yang berusia 30han tahun sedang mencuci mob lantai, rajin nampaknya.

    Di kilang itu juga ada sebuah bilik yang merupakan sebuah makmal, agak lengkap juga dengan radas-radasnya.  Aku pula yang jadi berminat hendak menerima bekerja di situ jika Prima tidak mahu bekerja.  Gajinya yang tak seberapa itu aku rasa aku tidak kisah sebab aku hendak merasa menjadi seorang Production Manager.

    “Kerjanya tak susah.  You kerja di sini you hanya arah saja ada dua orang pekerja, you control.  Dia orang berdua yang akan buat kerja memproses dengan peking.  You tunjuk ajar saja apa chemicals kena guna masuk dalam mesin, itu saja.  Apa-apa chemicals yang you mahu you order saja, kami akan beli. You order, kami belilah.”,  kata Dr. Siva kepada Prima.

    Prima tidak berkata apa-apa.  Aku pula di dalam hati,  kalau begitu aku pun mahu bekerja di situ.  Yang penting aku boleh dapat pegalaman bekerja sebagai Production Manager setelah sepuluh tahun aku bersara sebagai pensyarah di Maktab Perguruan dulu.  Makmal pun ada, senanglah aku hendak buat R & D.

    Setelah melawat kilang dan makmal di situ aku dan Prima dijemput kembali ke pejabat Dr. Siva tadi.  Dr. Siva mengarahkan Eli supaya dapatkan the letter of offer dari Ibu Pejabat di Senawang rupanya. Kilang itu saja berada di Nilai.  Kepada Azim pula Dr. Siva minta dia supaya segera mencari rumah di taman perumahan yang dekat dengan kilang itu untuk disewa.  Kedua-dua mereka pun pergi.

    “Sebelum ini siapa production manager?”,  aku tanya Dr. Siva.

    “Malang sungguh dia.  Dia accident di Sarawak,  sekarang dia koma di hospitak di sana.”, jawabnya.

    “Dia orang Sarawak ke?”, aku tanya.

    “Bukan,  dia orang India macam saya ni juga.  Dia dengan bini dia bercuti di sana. Accident tu di sana.  Nak buat macam mana, orang Melayu kata malang tak berbau.”,  jawabnya.

    Mendengar kata-katanya itu, aku pun memandang kepaada Prima dan Prima juga memandang kepada aku.

    “You know what Pakcik.  Nasib baik Eli ke hari tu atau Azim ke, ada  jumpa laman web Pakcik hingga boleh dia orang tu contact Pakcik.  Saya harap sangat Pakcik juga boleh datang bantu anak Pakcik di sini, ajar dia buat produk tu nanti sebab Pakcik ni pakar, konsultan.  Kalau kilang ni tak ada pengganti production manager yang koma tu, terpaksalah ditutup saja kilang ni.”,  kata Dr. Siva kepada aku dan Prima.

    Aku tidak berapa memberi tumpuan sangat kepada apa Dr. Siva itu kata sebab dalam kotak pemikiran aku ialah Eli dan Azim kata kepada aku yang accident koma itu orang Melayu..... Tetapi kenapa tadi Dr. Siva kata yang accident koma itu, orang India pula.... ......

    Bersambung ke No. 4.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 09:48:28 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #3 09 April, 2010, 04:12:51 PM
  • Publish
  • 4.
    Aku tidak berapa memberi tumpuan sangat kepada apa Dr. Siva itu kata sebab dalam kotak pemikiran aku ialah Eli dan Azim kata kepada aku yang accident koma itu orang Melayu..... Tetapi kenapa tadi Dr. Siva kata yang accident koma itu, orang India pula.... ......
    _____________________________

    PRIMA minta hendak melihat profail syarikat tersebut.  Dr. Siva pun beri sebuah buku seperti majalah kepada Prima.  Aku yang duduk di kerusi di sebelah Prima dapat juga melihat apa yang terdapat dalam buku itu bila Prima membuka dan melihatnya dari satu halaman kepada satu halaman.  Nampaknya syarikat Induk itu besar juga, ada banyak anak-anak syarikatnya selain daripada mengeluarkan produk detergents di kilang itu.

    SETELAH berbincang dengan Dr. Siva panjang lebar aku dan Prima pun balik.  Dalam perbincangan tadi aku dan Prima diberi tahu bahawa sebelum ini kilang itu telah pun mengeluarkan lapan jenis produk detergents.  Dalam perjalanan balik itu aku lihat Prima yang memandu kereta tidak pun ceria bagaikan dia tidak mahu menerima jawatan sebagai Production Manager itu.

    “Macam mana Prima, bukanlah lebih baik kamu terima saja offer tu.  Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja dengan orang. Lagi pun kamu dah menganggur dah nak hampir setahun dah kamu menganggur.”,  kata aku kepada Prima.

    “Kita kena tengok the letter of offer tu dulu, Abah.  Kalau dia nak bagi basic pay cuma seribu lapan ratus saja, tak payahlah.  Nanti kena potong EPF, Socso, tinggal beraja jer?  Lebih baik Prima buat kerja di rumah macam sekarang ni, dengan [b][color=blue]website[/color][/b] kita tu pun orang datang belajar lebih daripada itu Prima ni boleh dapat.  Prima kerja juga, cuma kerja di rumah, tak bolehlah kata Prima ni menganggur, kan?...

    “Lagi pun Prima nak buat website lain menggantikan website yang ada itu.  Bila siap nanti, Prima nak buat bisnes macam kita di Penang dulu, kalau iklankan dalam Harakah pun memang boleh dapat sambutan ramai orang.”, kata Prima kepada aku.

    “Yalah tu, tapi bisnes begitu Abah ni yang mengajar buat produk tu.  Dulu di Penang Abah yang mengajar duit yang dapat Prima yang terima.”, kata aku.

    “Yalah bah,  nama syarikat tu didaftar Prima yang punya, kan?  Lagi pun anak jantan Abah bukan ke Prima ni seorang saja?”, jawab Prima.

    “Kalau Abah mati mengejut, siapa nak mengajar kalau ada orang nak belajar buat produk tu?”,  aku tanya Prima.

    “Prima pun tahu nak mengajar buat produk tu.  Senang jer.  Bukan ke Prima pernah ada mengajar bila Abah tak ada dulu, masa Abah berkursus di Trengganu dulu.”, kata Prima.

    “Habis, kamu taknak jawatan tu?”, aku tanya Prima.

    “Ada ke patut jawatan production manager basic pay-nya  cuma seribu lapan ratus jer? .... Buat malu jer kalau orang tanya nanti kerja apa?  Kerja sebagai production manager, tapi gaji cuma tak sampai dua ribu  sebulan.  Lagi pun Prima taknak duduk di sana, taknak jauh dengan anak Prima.  Nak berulang ke Nilai tu dengan gaji banyak itu, tak payalah, bah.  At least kalau dia bagi three thousand five hundred atau three thousand, itu berbaloilah, Prima mahulah.”,  jawab Prima.

    Aku pun diam bila Prima sudah berkata begitu.  Prima pun membuka radio di keretanya itu.  Kebetulan pula lagu yang ke udara ialah lagu  [color=blue][b]Suci Dalam Debu[/b][/color] nyanyian Saleem – Iklim.  Sedih hati aku mendengar lagu itu.

    “Dr. Siva tu kata nak offer profit sharing.... Abah percaya ke? Itu semua words of mouth la bah.”, kata Prima lagi.

    “Bukan apa Prima, kita hidup ni kenalah juga lihat dari aspek kita kena menolong orang. Bukankah ada English saying a friend in need is a friend indeed., kan?”,  kata aku kepadanya.

    “Bila pulak Prima ni dah berkawan dengan Dr. Siva tu, bah?”, kata Prima.

    “Betul, memang kita tak kenal pun siapa dia lagi.  Tapi kompeni tu orang Melayu kita yang punya.  Tadi pun ada Prima tengok profail kompeni yang dia tunjukkan.  Prsidennya orang Melayu, business partners-nya pun semuanya Melayu.  Dr. Siva tu cuma Managing Director di Kilang tu saja.  Mungkin sebab dia ada Ph. D dia tu dilantik memegang jawatan itu.  Itu saja.”,  jawab aku.

    “So what?”, tanya Prima kepada aku.

    “Yang penting bila orang dalam keadaan memerlukan kita,  kita kena bantulah jika kita mempunyai kebolehan untuk membantu,  lebih-lebih lagi kalau syarikat itu Melayu yang punya, beragama Islam.  Lagi pun production manager dia orang tu tengah koma tu.  Elok kita tolong.”,  kata aku kepada Prima.

    “Maknanya kalau dia orang offer gaji basicnya banyak itu saja sebulan, Abah mahu?  Kalau Abah hendak, Abahlah terima.  Prima taknak.”, jawab Prima.

    “Kalau dah Prima taknak, tak apalah.  Biar Abah yang terima.  Lagi pun Dr. Siva tu kata sebuah rumah akan diberi, sewanya setiap bulan kompeni yang bayar.  Kereta sebuah pun kompeni bagi.  Profit sharing pulak lagi.  Lagi pun kalau Abah bekerja Abah tentulah banyak bergerak, berjalan; taklah macam duduk di rumah sekarang ni banyak masa dihabiskan mengadap komputer membaca forum saja sampai kaki pun bengkak.  Doktor pun ada cakap Abah ni kena banyak bergerak, berjalan.”, kata aku kepada Prima.

    “Abah kenalah juga ingat, kilang tu melibatkan chemicals.  Abah tu cuma tahu guna apa chemicals nak buat produk saja, tapi kesannya kalau Abah tu tiap-tiap hari main dengan chemicals tu,  Abah tahu apa kesannya pada badan Abah?”,  jawab Prima.

    “Tahu.  Abah tahu, kalau Abah tak tahu masakanlah Abah nak terima jawatan tu.”,  kata aku dengan penuh keyakinan bahawa kalau aku gunakan formula-formula yang aku ada, kesemuanya adalah jenis bahan kimia yang tidak membahayakan dan tidak menjejaskan kesihatan.

    “Walau apa pun,  Abah kena tanya Ida adik tu.  Dia lebih tahu sebab degree dia Bachelor of Chemical Industry?  Kalau dia kata Abah jangan bekerja nanti, Abah tak usahlah bekerja di kilang tu.”,  kata Prima kepada aku.

    “Tak apa kalau Abah bekerja.  Bukannya nanti Abah yang pegang pun chemicals tu,  dua orang pekerja yang semua buat, bancuh.  Kat dalam setor di rumah kita tu pun ada semua chemicals tu, Ida tak kata apa pun, tak melarang pun.”, jawab aku.

    “Whatever-lah Abah.  Kat rumah kita tu sikit jer chemicals tu, tapi di kilang tu bertimbun, bertong-tong deram.”,  jawab Prima sambil dia memandu keretanya dengan laju.

    “Yang sebenarnya Prima,  Abah juga hairan kenapa agaknya Allah offer kepada Abah yang dah tua ni, boleh pula ada orang nak bagi jawatan tu tiba-tiba saja.  Rezeki akan bertambah, mesti ada sebabnya tu.”,  kata aku kepada Prima.

    “Apa sebabnya, bah?”, tanya Prima.

    “Prima tak tahu ke akhir-akhir ni Abah setiap hari solat Dhuha.  Cuba kamu juga buat solat Dhuha tu, insyaAllah hidup kamu senang, rezeki pun murah.”,  kata aku kepadanya.

    Prima diam tak berkata apa-apa.  Aku minta Prima jangan laju sangat memandu keretanya itu.  

    Jauh di lubuk hati aku, aku akan terima jawatan sebagai Production Manager itu kerana aku hendak tahu adakah aku nanti akan dapat memajukan kompeni tersebut, dan jika aku gagal apakah sebab-sebabnya.  Ini adalah kerana aku teringat kepada Firman Allah,  iaitu:
    وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
    “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,  Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.",  yang ada dalam  [b][color=blue][SurahAt-Takwiir: 29].[/b] itu.

    Sampai saja ke rumah,  Azi isteri aku terus bertanya, apakah Prima mahu bekerja.  Prima kata dia tidak mahu sebab gajinya tak sampai pun dua ribu sebulan.  Azi menarik nafas panjang kerana anaknya itu menolak tidak mahu menerima jawatan itu.

    Ida anak aku sudah pun tahu kerana diberi tahu oleh Azi.  Dia ada di rumah, cuti hari Sabtu.  Bila masuk saja aku ke dalam rumah terus dia tanya aku:  “Besar ke kilang tu bah?  Berapa ramai pekerjanya?”.

    “Bukan kilang la, tapi tempat memproses membuat detergents tu dibuat dalam shop lot saja.  Kalau Abah bekerja kat situ cuma ada 2 orang yang bekerja membantu mengikut arahan Abah.”,  Prima yang yang menjawab pertanyaan Ida tu.

    “Kilanglah namanya tu. Kecik jer?.... Whatever-lah Abah,  kalau Abah minat sangat nak kerja tu Abah kena pakai industrial mask tu, kena pakai gloves.  Mata Abah tu kena ada cermin mata khas tu kena pakai.  Ada makmal tak?”, kata Ida kepada aku dengan juga bertanya.

    “Ada. Bilik di situ dijadikan makmal.  Makmal itu ada air-con.”,  jawab aku.

    Aku berasa lega kerana Ida anak aku itu yang lebih tahu hal-hal kimia itu bagaikan dia positif saja, tidak pun melarang aku yag hendak menerima jawatan sebagai Production Manager itu.

    Jam 4.30 petang telefon di rumah aku berdering.   Dr. Siva ingin bercakap dengan Prima.  Lantas aku beri gagang telefon itu kepada Prima.  Dr. Siva minta Prima melapor diri mulai bekerja pada 11 Januari 2010 dan meminta aku juga turut sama datang.  Letter of offer akan diberi bila Prima sampai nanti.  Entahlah, akukah yang akan jadi Production Manager atau Prima……

    Bersambung ke No. 5.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 09:54:11 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #4 10 April, 2010, 01:31:18 AM
  • Publish
  • 5.
    Jam 4.30 petang telefon di rumah aku berdering.   Dr. Siva ingin bercakap dengan Prima.  Lantas aku beri gagang telefon itu kepada Prima.  Dr. Siva minta Prima melapor diri mulai bekerja pada 11 Januari 2010 dan meminta aku juga turut sama datang.  Letter of offer akan diberi bila Prima sampai nanti.  Entahlah, akukah yang akan jadi Production Manager atau Prima……
    __________________________________

    ISNIN 11 Januari 2010, aku dan Prima berdua pun selepas saja Prima menghantar anaknya Tun Hani yang berusia 5 tahun ke Tadika, pada pukul 8.00 pagi bertolak ke Nilai dan samapi ke kilang itu pada kira-kira jam 8.55 pagi.  Dalam hati aku berkata kalau Prima taknak,  akulah yang terima jawatan Production Manager itu nanti...

    Sampai saja aku dengan Prima di kilang itu, bahagian hadapannya memang tertutup dengan dinding kaca dan pintunya juga kaca. Aku pun tolak daun pintu kaca itu dan masuk, tetapi di dalam pejabat Dr. Siva tiada sesiapa pun berada di situ.  Yang ada hanyalah seorang pekerja sedang mob lantai di lokasi memproses pengeluaran produk di kilang itu.

    “Assalamualaikum.”, aku beri salam kepadanya.   Dia pun datang.

    “Wa’alaikumsalam Pakcik.  Dr. Siva belum sampai lagi.  Sekejap lagi dia sampailah tu.”, balas pekerja itu. 

    “Eli dengan Azim mana?”,  aku tanya.

    “Sekejap lagi dia oang tu sampai.  Dia orang berdua tinggal di Seremban.  Pakcik masuklah ke pejabat, duduk dulu.”, jawabnya.

    “Tak apalah, saya nak tengok-tengok dulu kilang tu. Nama awak siapa,  dah lama bekerja kat sini.”,  jawab aku dan bertanya.

    “Saya Hamdan,  dia orang panggil saya Dan jer.  Saya bekerja sebagai buruh am saja di sini sejak kilang ni dibuka dalam bulan Jun tahun sudah. Ni anak Pakcik yang nak gantikan Encik Jamal production manager yang dah berhenti tu, ke?”, katanya pada aku.

    “Belum tahu lagi.  Tengoklah nanti, kalau anak saya ni taknak,  sayalah gantikan,  siapa tadi.. Encik  Jamal?”,  kata aku pula kepadanya.  Prima menggenyitkan matanya kepada aku.  Aku faham apa maksud genyitan mata Prima itu sebab Dan kata production manager yang dulu itu namanya Encik Jamal tadi,  berhenti kerja;  bukannya koma kerana accident kereta.

    “Dia berhenti kerja ke, atau dia accident di Sarawak, sedang koma?”, aku tanya.

    “Dia berhenti mengejut jer, Pakcik.  Mana pulak dia accident, Pakcik.”, katanya kepada aku.

    “Kenapa dia berhenti kerja?”, aku tanya dia lagi.

    “Itu saya tak tahulah nak kata. Hal orang atasan.”, jawabnya.

    “Bukankah production manager tu orang India?”, tanya Prima pula kepadanya.

    “Tak adalah.  Namanya Jamal, orang Melayu.  Masa dia bekerja kat sini dulu dia berulang dari KL.”, jawabnya.

    “Jom kita balik Abah.”, kata Prima kepada aku.  Aku dengan serta-merta faham kenapa Prima ajak aku balik  itu.

    “Tak apa Prima.  Kita tunggulah dulu samapi dia orang tu tiba.”,  jawab aku kepada Prima.

    Aku dan Prima pun masuk ke dalam bilik makmal yang air-connya sudah pun dihidupkan.  Bilik makmal itu aku lihat bersih, semua radas yang ada tersusun rapi. Sampel-sampel produk dalam botol juga tersusun rapi. Di atas lantai di bawah meja ada sebuah laptop.

    “Kenapa laptop tu atas lantai jer?”, aku tanya pekerja itu tadi.

    “Dah rosak, Encik Jamal punya.”, jawabnya.

    “Siapa yang bersihkan makmal ni?”, aku tanya Dan.

    “Sayalah, memang itu juga tugas saya.  Saya yang kena basuh cuci bila Encik Kamal gunakan apa saja barang dalam makmal ni.”, jawabnya.  Aku rasa lega bila dia beri tahu begitu, maknanya hal kebersihan kilang dan membersihkan apa jua peralatan dan radas, tidaklah nanti aku yang kena melakukannya.

    “Awak tinggal di mana?  Awak seorang saja ke kerja kat sini?”, aku tanya Dan.

    “Saya tinggal di Semenyih.  Ada dua orang lagi yang kerja membantu Encik Jamal buat produk tu, tapi dia orang tak datang sebab kilang tak beroperasi.  Dah sebulan kilang tak beroperasi sejak Encik Jamal tu berhenti.”,  katanya kepada aku dan Prima.  Prima pun sekali lagi menggenyitkan matanya kepada aku.  Aku faham kenapa Prima menggenyitkan matanya itu.

    “Jom baliklah, Abah.”,  kata Prima sekali lagi.  Dr. Siva pun sampai bersama-sama Azim dengan Eli.

    “Sorry Pakcik kami lewat sampai.  Kami pergi minum dulu tadi di restoran tu.  Selamat datang our new Production Manager.”,  katanya kepada Prima dan juga kepada aku sambil menghulurkan tangan kananya untuk bersalaman dengan aku dan Prima.

    “Apa khabar Pakcik.”, kata Eli.  Azim juga bersalaman dengan aku dan Prima.

    “Khabar baik.”, jawab aku.

    “Okay jom kita ke office.  Pakcik dah sarapan?”, kata Dr. Siva kepada aku pula.

    “Sudah, sudah.”, jawab aku sambil berjalan menuju ke pejabat Dr. Siva.  Sampai saja ke dalam pejabat, Dr. Siva pun duduk di kerusinya dan terus menjemput kami semua duduk.

    “Okay,  mana letter of offer tu Eli?”, tanya Dr. Siva kepada Eli.

    “Headquaters belum buat lagi la bos.  Hari ini baru dia orang nak buat.”, jawab Eli.

    “Tak apa,  tak apa.  Dalam letter of offer tu biasa sajalah. Gaji macam kami bagi kepada Production Manager yang sedang koma tu... Basic pay dua ribu sebulan.  Ada EPF juga ada Socso.  Rumah kami sediakan, kompeni yang bayar sewanya nanti... Ehh Azim, kau dah dapat ke rumah sewa tu?”,  tanya Dr. Siva kepada Azim.

    “Belum lagi, bos.  Dah cari belum jumpa lagi.”,  jawab Azim.

    “Aiiiseh men.  Tak apa,  hari ini juga you mesti dapatkan rumah sewa tu.”, kata Dr. Siva kepada Azim.

    “Bukankah nak berulang datang ke sini?”, tanya Azim.

    “Berulang ke atau tidak, you kena dapatkan rumah sewa tu.  Production Manager kita ni kita mesti bagi rumah untuk dia bawa family duduk, berehat.”, jawab Dr. Siva.

    “Dr. Siva, thank you very much.  Bukan saya, my father.”,  kata Prima memberi tahu Dr. Siva.

    “Oh my God. Alhamdulillah...  pakar buat detergent yang jadi Production Manager-lah.  Pakcik.... Kita orang jadikan kompeni ini sebagai family business.  I treat you as my own father-lah.  Any problem, I’ll settle them for you. InsyaAllah kilang kita berjaya beroperasi semula.”,  kata Dr. Siva.   Terperanjat aku tadi, bila dia sebut Alhamdulillah dan InsyaAllah itu.

    “Dr. Siva, you beragama Islam ke?”,  terus terang aku tanya dia.

    “No, no... I’m Hindu.  Biasalah saya ni dah lama hidup berasama-sama dengan orang Melayu bergaul dengan orang Melayu.”, katanya dan ketawa.

    “Okay-lah, I’ll accept the job as the Production Manager tu.  Rumah tu saya hendaklah.  Kereta tu juga saya hendak, nanti senang saya nak ke Masjid, nak ke mana-mana.  Lagi pun saya bukan larat nak berjalan kaki ke Masjid tu, agak jauh juga dari sini.”,  kata aku kepadanya.

    “Sure, sure... Takkanlah kami bagi Pakcik berjalan kaki pulak.  No Problem. Kami pun tahu Pakcik dah berumur, mana boleh kami benarkan Pakcik berjalan kaki pulak.  Azim, you must make sure that you get a house for Pakcik.  A car will come tomorrow for Pakcik.  Pakcik will start work tomorow.”,  kata Dr. Siva kepada Azim.

    “Kalau begitu, besok pagilah saya datang mula bekerja.”, kata aku kepada Dr. Siva.

    “Okay,  beres.  Oh ya... Ambiklah ni lima puluh ringgit for your car petrol sudah dua kali you datang ke sini, okay?.”, kata Dr. Siva kepada Prima. Diambilnya wang lima puluh ringgit dari dompetnya lalu diberikannya kepada Prima. Tidak pun Prima mengucapkan terima kasih kepadanya.  Aku dan Prima pun balik ke Subang .... .....

    Bersambung ke No. 6.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 09:55:24 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #5 10 April, 2010, 06:51:04 PM
  • Publish
  • 6.
    “Okay, beres. Oh ya... Ambiklah ni lima puluh ringgit for your car petrol sudah dua kali you datang ke sini, okay?.”, kata Dr. Siva kepada Prima. Diambilnya wang lima puluh ringgit dari dompetnya lalu diberikannya kepada Prima. Tidak pun Prima mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku dan Prima pun balik ke Subang .... .....
    __________________

    SELASA 12 Januari 2010,  selepas saja Prima menghantar anaknya Tun Hani ke Tadika, aku dengannya pun terus bertolak ke Nilai.  Prima memandu kereta dengan agak laju supaya aku boleh sampai ke Nilai sebelum jam 9.00 pagi sebab semalam aku sudah pun dikira sebagai sudah melaporkan diri bekerja di kilang yang mengeluarkan bahan-bahan cucian (detergents) itu.  Yang sebenarnya aku pun belum lagi diberi tahu oleh Dr. Siva jadual waktu bekerja di situ.

    “Abah fikir sendirilah kalau Prima yang terima jawatan tu,  Prima tak mahu tinggal di sana.  Sudah dua kali kita berulang alik, apa Abah yang tak bawa kereta ni,  Abah tak rasa letih, penat tak dah dua kali berulang alik tu?”, kata Prima pada aku.

    “Memangah terasa letih.  Tapi kita kena bekerja.  Buruh tu pun bekerja juga, lagi teruk, lagi penat nak cari nafkah hidup.  Lagi pun bukankah ramai orang yang bekerja  di KL, rumah dia orang tu ada yang di Seremban tu sanggup berulang alik setiap hari bekerja ke KL?”, kata aku kepada Prima. 

    “Itu dia orang bah, tapi Prima ni lain.  Yang penting Prima nak hantar Tun Hani ke Tadika, nak ambil dia; nak jaga dia.   Lagi pun bah, gajinya cuma dua ribu, ya-lah dia bagi travelling allowance empat ratus sebulan, tapi maintainace kereta, tyre kereta kalau semua tu dia bayar okay-lah,  tapi kalau itu semua kena tanggung sendiri, camana?”,  kata Prima.

    “Tak apalah kalau Prima dah taknak.  Biar Abah yang cuba.  Abah pun nak cuba setakat Abah rasa boleh saja,  kalau berat kerjanya nanti, Abah belahlah.”, kata aku kepada Prima.

    “Itulah, nanti Abah jangan terus tenyeh sign saja terima jawatan tu nanti.  Abah baca, tengok baik-baik apa syarat-syaratnya dalam the letter of offer tu nanti.  Sebelum Abah sign tu nanti Abah fax-lah ke rumah the letter of offer tu biar Prima baca dulu.”,  kata Prima mengingatkan aku.

    “Abah tahulah tu.”,  balas aku kepadanya.

    “Nanti bah, kalau ada orang nak belajar buat produk yang Prima tak tahu nak ajar, camana?  Takkan kita nak tolak pulak.?”,  tanya Prima.

    “Buatlah appoinment dengan yang nak belajar tu supaya dia datang belajar pada hari Ahad.  Hari Ahad kan ke Abah ni ada kat rumah?  Abah ni nanti balik tiap petang Sabtu.  Bukannya Abah tak balik. Setiap hujung minggu Abah ada kat rumahlah nanti.”,  jawab aku.

    Prima hanya diam bila aku kata begitu.   Aku pun terfikir juga hal itu.  Bagi aku mudah saja kalau ada orang hendak belajar nanti, aku ambil saja cuti sebab sebagai pekerja sudah tentu ada cuti tahunan diberi.

    Selama ini bila ada orang datang belajar buat produk Prima tidak pun hendak turut sama tengok dan belajar bagaimana aku mengajar.  Kali ini peluang aku hendak suruh dia, bila ada saja orang belajar dia mesi turut sama duduk tengok dan belajar sebab kalau aku tidak ada nanti bolehlah dia  ambil alih mengajar bagaimana hendak membuat semua produk itu.

    Aku terfikir juga, bila aku bekerja bererti hanya pada petang Sabtu hingga pagi Isnin sajalah aku dapat bermian-main dengan Tun Hani cucu aku itu.  Namanya Tun Hani Nadira... Atuk sebelah ibunya keturunan Megat Terawis.   Oleh sebab ibunya Puteri, anak aku Prima orang kebanyakan, itulah cucu aku itu namanya dimulai dengan Tun.

    Hendak memperolehi nama dimulai dengan Tun itu bukannya mudah.  Atuknya dulu terpaksa pergi mengadap Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Di Putrajaya dengan membawa bukti salasilah cucu aku itu juga di sebelah ibunya keturunan Megat Terawis, yang kena ditunjukkan, barulah Timbalan Pengarah itu berikan kelulusan menggunakan Tun itu.

    Jam 8.45 pagi aku dan Prima pun sampai ke Nilai di kilang itu.  Cuma sebuah motorsikal saja yang aku lihat ada parking di hadapan shop lot di mana kilang itu berada.  Mungkin motorsikal itu kepunyaan Dan yang bekerja sebagai buruh am di situ.

    Turun dari kereta aku pun terus pergi ke pintu kaca lalu menolaknya dan masuk.  Prima pula mengambil dua beg berisi pakaian aku di belakang kereta untuk di bawa masuk ke dalam kilang itu.  Dalam beg aku itu sekotak ubat-ubat aku, tidak lupa aku bawa bersama.  Dalam beg itu juga buku-buku dan nota formula membuat detergents itu juga aku bawa.

    “Assalamualaikum Dan.”,  aku beri salam kepada Dan yang sedang mob lantai kilang itu.

    “Wa’alaikumsalam, Pakcik.  Dia orang belum sampai lagilah, Pakcik.  Pakcik duduklah dalam opis tu.  Nak duduk dalam bilik makmal pun boleh juga.”, katanya kepada aku sambil dia datang menghampiri aku.  “Beg Pakcik tu boleh letak kat dalam bilik makmal tu. Makmal tu Pakcik punyalah tu.   Ada telefon di makmal tu juga Pakcik boleh pakai, direct line peribadi untuk Pakcik guna.”, katanya lagi kepada aku.

    “Ada awak dengar tak,  dia orang dah dapatkan  rumah sewa untuk Pakcik ke belum?”, aku tanya Dan.

    “Semalam dia orang pergi cari, masih belum dapat lagi.  Tak apa Pakcik, tak jauh dari sini ada hotel.  Kalau tak dapat rumah sewa lagi, buat sementara Pakcik boleh tidur kat hotel tu.”, jawabnya.

    Prima pun membawa beg-beg pakaian aku itu masuk ke dalam bilik makmal itu.  Aku tanya Dan mana bilik solat?

    “Di sini tak ada Pakcik.”, jawabnya.

    “Hai, sudah buka kilang dah lama dah,  bilik solat pun tak ada, macam mana?  Dulu masa kilang ni beroperasi awak dengan pekerja yang lain-lain tu, solat di mana?”,  aku tanya Dan.

    “Kami tak solat pun Pakcik”,  jawab Dan tersengih-sengih.

    “Astaghfirullahal’aziimmmm.  Mana boleh macam tu. Nak cari rezeki Daripada Tuhan tapi tak solat?”,  kata aku kepadanya.  Prima senyum saja dan dia pun pergi keluar.  Aku rasa bilik itu sejuk sangat kerana air-conya.

    “Tak apalah Pakcik.  Pakcik boleh solat dalam bilik makmal ni.  Nanti saya cuci lantai tu elok-elok.”, jawabnya.  Dia pun pergi mengambil mob dan baldi berisi air sabun lalu dicucinya lantai di bilik makmal itu.

    “Abah, mari sekejap tengok kat luar tu...”, kata Prima yang datang semula ke bilik makmal itu.

    “Ada apa?”, aku tanya dia.

    “Marilah baca.”, katanya.  Lalu aku pun ikut dia ke bahagian hadapan premis itu.

    “Baca tu, bah.”, kata Prima kepada aku sambil ditunjukkannya kepada sebuah frame yang tersangkut di dinding, di dalamnya memaparkan lesen daripada Majlis Perbandaran Nilai.

    “Ini bukannya lesen kelulusan sebagai kilang memproses membuat detergents, bah.  Cuma kelulusan untuk membungkus peking detergents yang dah siap jer, bah.”, kata Prima kepada aku.

    “Alah, tak apa.  Mungkin semua lesen dengan permit lain tu ada dalam simpanan dia orang, cuma yang ini saja dia orang bubuh kat sini.”, kata aku kepada Prima.

    “Tarikh matinya pun 14 Januari 2010 bah.   Tinggal dua hari saja lagi.   Jom bah, kita balik.”,  kata Prima.

    “Tak apalah tu.  Nanti Abah tanya Dr. Siva tu.”, jawab aku.

    “Abah jangan lupa nanti.  Abah minta dari dia nak tengok satu persatu lesen, permit,  termasuk juga yang dikeluarkan oleh JAS.  Juga permit yang memberikan kelulusan menyimpan dengan menggunakan bahan-bahan chmeicals semua tu, nanti Abah minta nak tengok.  Tadi Prima nampak Ammonia pun ada satu beg, boleh buat bom tu, bah.”,  kata Prima.

    “Tak apa,  nanti Abah tanya Dr. Siva.  Itu mungkin Ammonium Chloride yang Prima nampak tu, memang bahan itu digunakan untuk buat detergents juga tu.”, kata aku.

    “Boleh juga dibuat smoke bom tu, bah.... Okaylah bah,  Prima nak balik.”, jawabnya.

    “Okay, jangan bawak kereta tu laju-laju sangat.  Jangan lupa selalu berdoa
    رب اغفر لي ولوالدي رب ارحمهما كما ربياني صغيرا
    Ajar Tun Hani tu berdoa setiap hari dengan doa itu.  Sampaikan salam Abah kat Emak kamu dengan Adik kamu, Ida tu.”,  kata aku kepadanya.  Dia pun tunduk bersalam dan terus mencium tangan aku.

    Aku pun kembali masuk ke dalam bilik makmal itu.  Aku duduk di sebuah kerusi yang ada roda di tepi sebuah meja tulis.  Di atas meja itu lengkap ada sebuah telefon dan juga beberapa fail.  Terlintas di pemikiran aku, seandainya masih tidak dapat lagi rumah sewa itu masakanlah aku ini hendak tidur di hotel itu pula, siapa yang hendak bayar?... berapa hari, berapa malam.... Hai entahlah....

    Bersambung ke No. 7.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 09:58:46 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #6 12 April, 2010, 11:09:54 PM
  • Publish
  • 7.
    Aku pun kembali masuk ke dalam bilik makmal itu. Aku duduk di sebuah kerusi yang ada roda di tepi sebuah meja tulis. Di atas meja itu lengkap ada sebuah telefon dan juga beberapa fail. Terlintas di pemikiran aku, seandainya masih tidak dapat lagi rumah sewa itu masakanlah aku ini hendak tidur di hotel itu pula, siapa yang hendak bayar?... berapa hari, berapa malam.... Hai entahlah....
    ________________________

    LEBIH kurang jam 10.00 pagi Eli bersama Azim pun sampai.  Mereka terus menemui aku di bilik makmal itu di mana aku sedang memerhatikan ada banyak botol berisi dengan entah apa benda, aku tidak tahu kerana tidak berlabel.  Hairan juga aku kenapa dalam makmal ada pula benda=benda yang di dalam botol-botol itu tetapi tidak dilabelkan bagi menyatakan apa bendanya yang ada dalam botol-botol itu.

    “Assalamualaikum Pakcik,  Pakcik sihat?”,  kata Eli kepada aku.  Azim terus bersalam dengan aku.

    “Sihat.  Sihat cara orang tua macam saya ni... Dah RTM dah..,  kena makan ubat tiap-tap hari.”,  balas aku setelah aku balas ucapan salamnya.

    “Pakcik dulu kerja di RTM ke?”, tanya Eli.

    “Tak, RTM maksudnya dah bersara, Rehat Tunggu Matilah.”, kata aku kepadanya.  Eli dan Azim ketawa.

    “Jom Pakcik kita ke opis di sebelah tu?”,  kata Azim menjemput aku.

    Aku pun bangun dan terus mengikuti mereka berdua.  Opis itu hanya bersebelahan saja dengan bilik makmal itu, dipisahkan oleh dinding yang ada berdinding gelas.  Melalui gelas itu memang dari bilik makmal boleh dapat melihat ke dalam opis itu dan juga dari opis itu boleh melihat ke dalam bilik makmal di situ.

    Di opis itu aku terus duduk di kerusi di hadapan sebuah meja tulis yang di atasnya ada sebuah skrin LCD komputer dan di bawah meja itu aku nampak ada sebuah PC.  Di atas meja itu juga ada sebuah telefon, dan lengkap dengan peralatan alat tulis, iaitu sebagaimana sebuah meja kepunyaan bos di sebuah pejabat.  Di sebelah meja itu juga ada satu meja kecil yang di atasnya terletak sebuah mesen fax.

    “Pakcik jangan duduk di situ.  Kerusi Pakcik itu dia, kerusi untuk Production Manager, untuk Pakcik-lah.  Meja yang satu lagi tu meja Dr. Siva.”, kata Azim kepada aku.

    Aku pun bangun dan pergi duduk di kerusi Production Manager yang tempat menyandarnya tinggi, sama tinggi dengan kerusi Dr. Siva yang terletak di meja yang satu lagi itu.  Di atas meja Dr. Siva juga ada sebuah telefon dan lengkap juga peralatannya sebagai mana di atas sebuah meja bos di pejabat, tetapi tidak pula ada skrin LCD kompter.

    “Pakcik kalau Pakcik nak guna internet, Pakcik gunakanlah komputer itu.”,  kata Azim lagi.  Seronok benar hati aku sebab komputer di situ boleh akses kepada internet kerana dilengkapi dengan modemnya sekali.

    “Masa kerja mana boleh guna komputer tengok internet, lainlah kalau yang ada berkiatan dengan kerja.”,  kata aku kepada Azim.

    “Sebagai Production Manager, Pakcik bebas di sini,  Pakcik nak gunakan apa pun boleh.  Lagi pun big bos kata dia nak angkat Pakcik yang in-charge kilang ni.  Dr. Siva tu cuma Managing Director bahagian sales saja yang sebenarnya.”,  kata Azim memberi tahu aku.

    “Habis, takkanlah gaji untuk saya ni dua ribu?  Mana letter offer tu?”, kata aku kepada Azim.

    “Letter of offer tu dia orang belum buat lagi, Pakcik. Esok kot siap.  Gaji tu cuma gaji permulaan jer Pakcik, tapi selepas tiga bulan kalau performance kilang ni berjaya, big bos kata dia akan bagi gaji lainlah, lebih besar. Nanti Pakcik juga sebagai Manager Kilang ni.”,  kata Azim kepada aku.

    “Betul ke ni, atau sekadar words of mouth saja, tak?.”, kata aku balik kepada Azim.

    “Big bos tu bapa angkat Azim ni, Pakcik. Itu sebab Azim beri tahu Pakcik macam tu.”,  kata Eli memberi tahu aku. Azim hanya tersengih dan terus merenung Eli.

    “Macam mana dengan rumah sewa, dah dapat?”, aku tanya Azim.

    “Belum lagi, Pakcik.  Ada sebuah tu, tapi kena tunggu 31 haribulan ni baru kosong.  Saya dah booked dah kat tuan yang punya rumah tu.  Sewanya tiga ratus.  Pakcik duduk nanti sewanya  kompeni yang bayarkan.”, balas Azim.

    “Habis malam ni saya nak tidur kat mana?”,  aku tanya.

    “Dr. Siva ada kata kat saya semalam nanti kalau tak dapat rumah sewa hari ini Pakcik boleh tidur di hotel tu, kompeni yang bayarkan sewanya.”, balas Azim. Eli hanya diam saja, hanya mendengar.

    “Awak berdua bekerja sebagai apa dengan kompeni ni?”, aku tanya mereka.

    “Eli ni sebagai sales executive.  Saya sebagai assistant sales executive jer.”, balas Azim.

    “Dr. Siva tu,  dia bos kami berdua bahagian sales.”, kata Eli pula memberi tahu aku.

    Tiba-tiba Dr. Siva pun datang.

    “Selamat pagi Pakcik.  Saya lambat sampai sebab ada banyak urusan tadi.”, kata Dr. Siva kepada aku dan terus dia bersalaman dengan aku.  Dia pun terus duduk di kerusinya.

    “Ehhh Azim, have you got the house for Pakcik today?”,  Dr. Siva tanya Azim.

    “Dah ada, Dr.  .... Cuma boleh masuk duduk pada 1 Februari.”, kata Azim memberi tahu Dr. Siva.

    “Hai say men,... okay no problem.  For to night, you take Pakcik ni ke hotel.  We will pay.”, kata Dr. Siva kepada Azim dan Eli.... “I hope you don’t mind,  Pakcik.”, katanya kepada aku pula.

    “Azim,  you and Pakcik nanti pergi check all the chemicals there and whatever chemicals Pakcik wants use to produce the eight products; you just make a list and then you go and buy.  I’ll give you the money.”,  kata Dr. Siva kepada Azim.

    “Where is the letter of offer?”,  aku tanya Dr. Siva.

    “Ehhh Azim,  you belum beri kat Pakcik lagi?”, tanya Dr. Siva kepada Azim.

    “Dia orang belum buat lagi, Dr.”, balas Azim.

    “Hai say men... apa la dia orang ni.”, kata Dr. Siva bagaikan merungut lalu dia pun terus mengangkat gagang telefon yang terletak di sebelah kiri di atas mejanya itu dan mendail... Aku dengar dia menyebut nama Puan .... Puan.... meminta supaya the letter of offer itu dibuat segera untuk diberi kepada aku esok juga.

    “Okay, any thing that you all want to tell me or ask me?”,  kata Dr. Siva kepada aku dan Azim.

    “Kata ada dua orang pembantu saya bekerja nanti, bila dia orang tu boleh datang?  Saya nak bagi tahu Dr. Siva sekarang, saya ni dah tua tak larat sangat hendak bergerak, nak angkat yang berat-berat bila nak buat production tu nanti, saya tak larat.  Keduanya saya memerlukan seorang personal assistant dalam makmal tu.”,  kata aku kepada Dr. Siva.

    “Pakcikkkk,  don’t worry.  Saya faham Pakcik.  I have told you already I treat you as my own father. Semua yang Pakcik nak itu akan ada.  Dua orang yang bekerja nanti, one of them is your PA-lah.  Pakcik arah saja dia orang berdua tu.  Memang saya nak bagi Pakcik ada PA supaya dia juga sambil kerja dia boleh belajar buat produk tu.  Personal Manager yang dulu tu kedekut, satu formula pun dia taknak bagi tahu.  Bila dia accident, dah koma... kilang pun sampai tak boleh nak beroperasi.”,  kata Dr. Siva kepada aku.

    “Betul, Pakcik.  Saya merayu nak belajar dengan dia, nak tahu camana nak buat dishwash tu, dia tak bagi.”,  kata Eli kepada aku.

    “Itu hak dia, formula tu harta intelek dia, kan?  Itu sebab dia tak bagi.  Habis macam mana dia buat production?”, aku tanya mereka.

    “Dia datang ke sini sebelah petang saja.  Dia sendiri timbang chemicals yang nak digunakan,  lepas itu dia arah Dan tu yang proses, lepas tu dia terus balik tinggalkan Dan seorag yang buat.  Dan yang buat kerja sorang-sorang proses buat produk.”,  kata Eli memberi tahu aku.

    “Okay Azim, you jangan lupa buat list.  Nanti bila rumah sewa boleh masuk, you kena tolong belikan katil, tilam, bantal, semua; furnish the house.  Furniture kerusi meja ruang tamu, meja untuk tv juga, kita mesti beli yang baru.  Kita bagi tv kat Pakcik ni nanti waktu malam dia boleh tengok tv.  Dapur, cerek letrik jangan lupa.”,  kata Dr. Siva kepada Azim. 

    Aku lihat Azim mencatatkannya di dalam buku notanya.

    Dr. Siva pun minta diri, ada banyak urusan; katanya.  Eli juga minta diri.  Tinggalkah aku  dengan Azim bersama dengan Dan saja di situ.  Aku pun terus ajak Azim pergi ke bahagian chemicals yang ada di kilang itu dan dengannya aku menyemak chemicals yang aku perlukan dan yang mana-mana chemicals yang masih tidak ada aku minta Azim liskan supaya dapat dibeli dengan segera.  Setelah selesai Azim pun minta diri.

    Alamak tadi aku terlupa hendak tanya Dr. Siva mengenai lesen dan permit kilang itu.  Tetapi tidak mengapalah, pada adatnya kalau tidak ada lesen dan permit sudah tentu kilang itu dari awal lagi dulu telah pun diserbu oleh pihak berkuasa, kata hatiku sendiri.

    Aku pun terus kembali ke makmal.  Si Dan yang sudah selesai dengan kerjanya masuk ke dalam makmal.  Dia tanya aku apa-apa yang dia boleh bantu aku dalam makmal itu.

    “Dulu dengan Encik Kamal, dia yang suruh itu ini tolong dia juga dalam makmal ni.”,  kata Dan kepada aku.

    Aku pun supaya diri aku ini tidak makan gaji buta, hari itu aku bercadang mahu gunakan sepenuhnya makmal itu untuk membuat samples beberapa produk detergents bagi memastikan produk-produk yang akan dihasilkan nanti adalah berkualiti mengikut spec yang sewajarnya.... Alamak, bila aku minta Dan mengisi air untuk digunakan, dia terus mengambil air dari paip yang ada di singki di makmal itu. Tidak ada filternya pun. .... .....

    Bersambung ke No. 8.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 10:00:28 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #7 12 April, 2010, 11:17:50 PM
  • Publish
  • 8.
    Aku pun supaya diri aku ini tidak makan gaji buta, hari itu aku bercadang mahu gunakan sepenuhnya makmal itu untuk membuat samples beberapa produk detergents bagi memastikan produk-produk yang akan dihasilkan nanti adalah berkualiti mengikut spec yang sewajarnya.... Alamak, bila aku minta Dan mengisi air untuk digunakan, dia terus mengambil air dari paip yang ada di singki di makmal itu. Tidak ada filternya pun. .... .....
    ___________________

    TIDAK mengapalah kalau sudah tidak berfilter air tu,  buat sajalah sampel produk tu dalam keadaan seperti tiada rotan akar pun berguna. Janji kena buat, dan teringatlah aku buku ‘Systems Approach’ yang pernah aku baca dulu yang ada kata kerja mesti dibuat dalam keadaan apa jua pun setakat mana yang boleh, iaitu bukan lepas tangan begitu saja kalau ada halangan atau kekangan.

    Aku pun buatlah samples dishwash iaitu sabun pencuci pinggan mangkuk pekat,  Alhamdulillah jadi dengan elok.  Si Dan lihat saja aku buat sampel itu dia juga berpuas hati, ... Macam sama jer rupanya, pekatnya, warnanya dengan GLO tu, katanya kepada aku sebab aku gunakan warna hijau.

    “Tak sama, mana boleh sama.  Yang GLO tu airnya dia orang guna air suling atau [b]deinonized water[/b].  Air paip kat sini, tak bertapis pun, takkanlah sama kan?”, kata aku kepada Dan.

    “Yang Encik Jamal tu buat dulu tak jernih pun.  Dia punya macam jus buah mangga tu rupanya, warna kuning, pekat.  Banyak yang orang rejek. Bila dah macam-macam produk yang dia buat orang rejak, Big Bos marah.  Itu sebab dia dibuang kerja.”, kata Dan memberi tahu aku.

    “Ohhh macam tu... Bukanlah dia yang berhenti?  Maknanya bukanlah dia accident, koma?”,  kata aku pula.

    “Mana ada dia accident Pakcik.  Siapa cakap dia koma?  Tak adalah.  Itu sebab dia orang cari Pakcik ganti dia.”,  jawab Dan.

    Time rehat jam 1.00 tengah hari aku minta Dan tolong pergi belikan nasi dengan teh ais.  Aku bagi dia sepuluh ringgit untuk pergi beli kerana dia ada motorsikal.  Kalau aku sendiri hendak pergi ke restoran itu agak jauh juga kena berjalan kaki.  Sementara aku menunggu Dan, aku pun pergi ke opis, untuk melayari internet, baca forum kat DD, Utaraonlne, dan Malaysia Today serta Harakah Daily.  

    Bila Dan balik dia beri aku nasi dengan teh ais yang siap dibungkus dalam beg plastik dan dia hulur baki wang.  Aku kata ambillah baki wang itu, pergi makan.  Senyum saja dia dan mengucapkan terima kasih.  

    “Saya lambat balik nanti, Pakcik.  Kerja saya semua dah siap.”,  katanya kepada aku.

    “Takutlah saya nanti  tinggal seorang kat sini.”,  kata aku kepadanya.

    “Takut apa, Pakcik?  Bukannya ada hantu kat sini.  Selama ni saya juga seorang juga kat sini.  Pakcik kuncilah pintu depan tu.   Pintu belakang tu nanti saya tutup, kunci.”, katanya.  Dia pun pergi.

    Tinggalhah aku seorang diri.  Aku pun pergi menukarkan pakain aku di bilik makmal, dan aku ambil tuala dan krim mandian yang aku ada bawa serta berus dan ubat gigi, aku pergi ke tiolet, aku gosok gigi dan mandi serta mengambil wuduk.

    Di bilik makmal itu aku bentang sejadah yang ada kompas,  dapatlah aku tahu arah Qiblat, lalu aku dirikan solat Zohor.  Biasalah,  aku tidak lupa berdoa semasa aku sujud...
    اللَّهُمَّ
    رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
    Selesai saja mendirikan solat aku pun makan tengah hari seorang diri di bilik makmal itu.  Sunyi sungguh. Aku tidak lupa makan ubat yang aku ambil dari dalam kotak ubat yang warnanya merah.  Aku telan Metaprolol tablet, Cozar tablet, Casprin capsule, dan juga Proviton multi-vitamins.

    Kotak ubat aku itu penuh dengan pelbagai ubat termasuk ubat sakit perut Actal, Panadol, Piriton ubat selsema, ubat luka, semua aku sediakan,  Maklumlah bila berada di perantauan, jauh daripada yang tersayang.  Bila aku lihat botol GTN tablets dalam kotak ubat aku itu,  datang pula rasa risau, kalaulah aku ini diserang sakit jantung bila aku keseorangan di siitu, entahlah.... Biasanya banyak kes kena seerang sakit jantung kalau keseorangan akan pergilah buat selama-lamanya.  Lantas aku pun ambil botol GTN tablets itu lalu aku masukkan ke dalam saku seluar aku.

    Jam 2.30 petang,  aku masih keseorangan. Aku hendak buat apa, kalau hendak buat samples produk lagi, Si Dan itu tidak ada hendak aku boleh  suruh dia ambilkan bahan-bahan kimia yang diperlukan.  Hendak terus melayari internet pula, hendak aku taip sambungan [b][color=#119FFF]Kisah Si Bongsu[[/color][/b], masa itu adalah masa bekerja, mana boleh curi pakai masa untuk kegunaan peribadi masa bekerja, berdosa.  Di Akhirat kelak akan ditanya.

    Aku pun ambil fail-fail yang ada dalam rak di opis itu, aku buka dan aku baca.  Fail Production Manager,  Fail Mesyuarat,  Fail Staff, aku baca sajalah.

    Jam 4.00 petang,  Si Dan pun datang.  Dibawanya untuk aku sebungkus teh ais dan karipap.  Dia juga beli Milo ais untuk dirinya. “Pukul 4.00 petang waktu minum, Pakcik sampai jam 4.30 petang.”, katanya kepada aku.

    “Saya ni tak tahu nak buat apalah, masa time kerja kat sini hari ni, sebab kalau kita nak buat production pun, dua orang pekerja tu tak ada datang hari ini nak bantu, tak datang lagi.”, kata aku kepada Dan.

    “Alah, Pakcik nak berkira sangat.  Relek la... Buat jer macam Encik Jamal dulu, dia buat production pun bila dia ada dapat fax dari headquaters order barulah dia buat. Pakcik tunggu kalau ada keluar kat mesin fax tu order, barulah Pakcik buat,  saya boleh tolong.  Dulu masa saya dengan Encik Jamal, saya seorang jer yang buat prouduction, kadang-kadang samapi ke malam, pukul 11.00 malam baru habis, over-time.”,  kata Dan kepada aku.

    “Kamu seorang jer?”, aku tanya Dan.

    “Ya-lah, saya seorang jer.”,  kata Dan.

    “Habis pekerja yang dua orang lagi tu?”, aku tanya dia.

    “Kadang-kadang datang,  tapi biasanya dia orang tak datang.  Kalau ada order banyak, baru dia orang datang.”, jawab Dan.

    “Tadi kamu ada kata banyak produk yang kena rejek, apa pasal?”,  aku tanya Dan.

    “Mula-mula dulu okay jer,  tak ada pun yang orang rejek, tapi dah kemudian ni banyak benar orang rejek.  Produk tu orang komplen tak ada buihlah,  ada pencuci lantai yang namanya stripper tu, bila pekerja gunakan ada yang jadi pitam, pening.”, kata Dan memberi tahu aku.

    “Awak yang memproses buat produk tu, awaklah yang salah masuk bahan kut?”,  kata aku kepadanya.

    “Saya mana tahu.  Bukan saya yang sukat, yang timbang bahan, Encik Jamal yang buat semua tu.  Saya ni dia arah suruh masukkan bahan-bahan yang dia sudah sediakan dalam baldi. Saya ikut saja nombor urutan yang dia bubuh dalam baldi tu, tuang bahan, stir dengan mesin mixer.”, jawab Dan.

    “Sebelum saya datang ni,  ada tak orang lain datang jadi Production Manager yang gantikan Encik Jamal tu.”,  aku tanya Dan.

    “Ada, saya dengar dia orang cakap-cakaplah.  Saya ada juga tengok orang tu datang, orang perempuan, Melayu.  Dia datang dua hari saja,  lepas itu terus tak datang.”, kata Si Dan memberi tahu aku.

    “Kenapa dia tak datang.”,  aku tanya.

    “Entahlah.  Saya dengar cerita,  dia minta gaji lapan ribu sebulan kalau kilang ni nak pakai dia punya formula buat produk tu.  Mungkin dia taknak kut bila kompeni taknak bagi gaji banyak itu kat dia.  Gaji Pakcik berapa kompeni bagi?”, kata Dan dan tanya aku.

    Aku hanya senyum saja bila Si Dan tanya berapa gaji aku yang ura-uranya hendak diberikan kepada aku, iaitu basic pay hanya dua ribu.  Si Dan jadi terpinga-pinga bila aku hanya diam saja begitu dan tindak menjawab.  

    Jam 6.00 petang Si Dan pun menutup kilang.  Eli dan Azim pun tiba.  Eli jemput aku pergi ke hotel tempat aku menginap malam itu.  Azimlah  yang memimbit, menarik beg pakaian aku ke keretanya.  Hotel itu tidak jauh dari kilang itu... ada kelas juga hotelnya... ....

    Bersambung ke No. 9.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 10:09:59 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #8 12 April, 2010, 11:55:44 PM
  • Publish
  • 9.
    Jam 6.00 petang Si Dan pun menutup kilang. Eli dan Azim pun tiba. Eli jemput aku pergi ke hotel tempat aku menginap malam itu. Azimlah yang memimbit, menarik beg pakaian aku ke keretanya. Hotel itu tidak jauh dari kilang itu... ada kelas juga hotelnya... ....
    __________________

    RABU 13 Januari 2010 jam 9.00 pagi Azim dan Eli masih belum datang lagi mengambil aku sedangkan Eli kata sebelum mereka tinggalkan aku di hotel itu semalam mereka akan jemput aku ke kilang itu.  Aku pun call HP dia,  dia jawab, dia memberi tahu aku mereka berdua ada di opis Dr. Siva sedang  bersama dengan Dr Siva, nanti sekejap lagi mereka berdua akan datang ambil aku. 

    Aku pun menunggu mereka.  Risau juga hati aku kerana lewat berada di kilang itu.  Hendak pun aku pergi ke kilang itu dengan berjalan kaki, agak jauh jugalah bagi aku yang sudah tua ini, tidak larat hendak berjalan kaki jauh walau pun hotel itu dengan kilang itu tidak sampai pun 400 meter jaraknya.

    Jam 9.30 pagi, pintu bilik diketuk.  Aku pun membuka pintu.  Hanya Eli seorang saja yang datang.  Dia pun mengucapkan salam keagamaan kepada aku dan aku jawab salamnya.  Alamak,  rasa nak marah juga aku sebab kalau ada siapa-siapa yang mengenali aku nampak,  apa hal?  Lantas aku biarkan pintu bilik itu terbuka.   

    “Mana Azim?”,  aku tanya Eli.

    “Dia pergi bayar di kaunter.  Sekejap lagi dia datang ke sini.”,  jawab Eli.  Lega hati aku.  Seminit lepas itu Azim pun masuk dan mengucap salam kepada aku, lalu aku jawab salamnya.  Rasa lega hai aku. Sungguh sebab kalau ada ex-stuents aku yang begitu ramai nampak seolah-olah aku berdua saja dengan Eli di hotel itu,  apa hal?

    Aku lihat Eli dan Azim tidak ceria saja tetapi aku tidak tanya mereka kenapa.  Mereka diam saja tidak banyak bercakap.  Azim pun mengambil beg-beg pakaian aku dan Eli terus menjemput aku turun meninggalkan hotel itu.  Dengan kereta Azim, aku dan Eli pun kembali ke kilang itu.  Sampai saja ke kilang itu aku minta Azim membawa beg-beg pakaian aku itu kembali ke bilik makmal di kilang itu.  Aku dan Eli terus masuk ke opis Dr. Siva.

    “Good morning, Pakcik.  Okay ke di hotel tu?”,  kata Dr. Siva kepada aku sambil aku melangkah untuk duduk di kerusi aku di opis itu juga.

    “Okay juga.  No problem.”, balas aku.

    “Okay Pakcik,  today I’ll find for you bilik sewa sementara menunggu rumah sewa itu dikosongkan, is it okay, you don’t mind?”, tanya Dr. Siva kepada aku.  Aku pun faham maknanya malam ini dan seterusnya aku tidak akan diberikan kemudahan lagi untuk menginap di hotel itu.

    “Okay no problem, tapi rumah siapa?  Janganlah rumah itu orang ada family.  Kalau rumah orang bujang, okaylah juga.”,  kata aku kepadanya.

    “No, no,  bukan rumah orang yang ada family.  Rumah orang bujang.”, jawab Dr. Siva.  “Petang ni I’ll buy for you katil, tilam, dengan bantal dua biji.”,  katanya kepada aku.

    “Bantal takpayah,saya dah ada dua biji.”,  kata aku pula.  [Sebelum ini aku terlupa hendak ceriatakan yang Azi isteriku sediakan aku dua biji bantal siap dengan sarungnya yang baru.]

    “Hari ini, Pakcik boleh buat production tak, buat dishwash 100 liter dulu, Nanti Dan peking 5 tong, satu tong 20 liter?  Nanti Dan tolong.  Pakcik arah saja dia buat semua.”,  katanya kepada aku.

    “No problem.  Nak buat 100 liter tu sekejap saja tak sampai pun 15 minit.  Lepas tu saya nak buat produk apa lagi?”,  aku tanya Dr.  Siva.  Eli dan Azim hanya mendengar saja.

    “Hari ni Azim, you pergi beli chemicals yang Pakcik nak tu, yang you dah senaraikan tu.  H’a ... Azim ambil duit ni seribu... you pergi beli chemicals tu cepat. Pergi dengan Eli.”, kata Dr. Siva kepada Azim.  Aku lihat Dr. Siva keluarkan wang dari begnya, secekak tebal wang kertas lima puluh ringgit, dikiranya seribu ringgit dan terus diserahkannya kepada Azim.   Tiada pun Azim diminta tandatangan apa-apa bila dia menerima wang itu.

    “Pakcik lepas ini buatlah production ikut apa yang headquters order, okay?   Dia orang akan fax pada Pakcik.  Pakcik boleh pakai telefon tu, mesin fax tu juga even Pakcik boleh guna for your own personal matters,  no problem.  Telefon yang dalam makmal tu direct line untuk Pakcik guna.  Kalau Pakcik hendak guna komputer, it is for you, Pakcik boleh tengok internet juga, chatting kat Facebook.”, katanya lagi kepada aku.

    “Masa time kerja boleh saya guna komputer tengok internet?”, aku tanya dia.

    “Boleh-boleh, no problem.  Time kerja kat sini cuma untuk dia orang pekerja am tu saja, dia orang kena ikut time kerja.  Pakcik juga sebagai boss di sini bebas asalkan production berjalan bila ada order dari headquaters.  Kalau tak ada order Pakcik nak pergi ke mana-mana pun boleh sebab Pakcik juga boss kat sini. Actually you can do what you like here.”, kata Dr. Siva.

    Aduuuh, dalam hatiku berkata seronoklah bekerja kat sini kalau macam itu. Boleh aku terus tengok forum kat DD, Utaraonline, Halaqah, Malaysia Tiday.... Bolehlah aku sambung taip, postingkan Kisah Si Bongsu....

    “Pakcik,  ada banyak produk orang rejek kat depan tu,  Pakcik boleh repair tak?”, tanya Azim.

    “Tengoklah macam mana produk tu dulu.  Ada pH meter tak?  Dalam makmal tu saya tengok tak ada ph Meter.  Kalau tak ada susahlah nak repair sebab kita tak tahu produk tu acid ke, alkali ke.”,  kata aku kepada Azim.

    “Dalam laci meja di makmak tu ada pH paper,  Pakcik boleh guna,  kan?”, kata Azim.

    “Boleh memang boleh, tapi as a factory, biarlah ada pH meter, gunakan pH meter.”,  kata aku kepada Azim.

    “Okay Azim, nanti you beli itu pH meter sekali.”,  sambut Dr. Siva.  “Any thing that Pakcik wants, we will buy.”,  katanya lagi kepada Azim.

    Aku pun minta diri kerana hendak memulakan tugas aku di situ.  Dr. Siva ikut aku.  Eli dan Azim pun pergi meninggalkan kilang itu untuk membeli chemicals.   Dr. Siva beri tahu Dan supaya membatu aku dan ikut arahan aku.  Lepas itu Dr. Siva pun pergi meninggalkan kilang itu.  Tinggallah aku dengan Dan saja.

    Aku pun minta Dan mengisi sebanyak 100 liter air ke dalam tong deram yang kosong yang sudah pun dia bersihkan di tempat memproses produk di situ.  Dia pun menarik getah paip panjang dan menyambungkan hujung paip itu ke pili yang ada di dalam toilet.  Alahai gunakan getah paip ambil air dari paip di toilet,  memang lambatlah hendak mengisi deram itu dengan 100 liter air.

    “Macam mana awak nak tahu banyak mana air 100 liter?”, aku tanya Dan.

    “Ikut cara yang Encik Jamal dulu suruh saya buatlah.  Isi saja ke dalam tong 20 liter tu 5 tong.”, jawab Dan.  Aku hanya senyum dan aku pun pergi ke bilik makmal sementara menunggu Dan mengisi air ke dalam tong deram itu.

    Di bilik makmal itu aku duduk di kerusi dan aku gunakan meja tulis di situ untuk aku tuliskan amaun setiap bahan kimia yang perlu digunakan bagi menghasilkan 100 liter dishwash, iaitu pencuci pekat pinggan mangkuk itu.  Lama sungguh rasa menunggu Dan mengisikan air itu, lalu aku keluar dan pergi menemui dia.

    “Dan,  lepas ini awak siap-siap isikan penuh-penuh air dalam tong deram, nanti bila nak gunakan air tak payahlah isi macam itu, lambat;  buang masa menunggu.”,  kata aku kepada Dan.

    “Tong deram yang kosong ada satu saja, Pakcik; yang itu yang kita nak gunakan nanti.”,  jawab Dan.  Aku hanya menarik nafas panjang.

    “Itu tangki yang besar kat atas tu, bukan ke boleh digunakan?”,  aku tanya Dan.

    “Semua tangki tu ada isinya Pakcik.”,  jawab Dan.

    “Apa isinya tu?”, aku tanya.

    “Semua tu dishwash yang belum dipeking yang Encik Jamal tinggalkan.  Saya nak peking Dr. Siva tak bagi sebab yang sudah dipeking dulu tu semua orang rejek.”,  jawab Dan.

    “Itu dalam tangki kon itu apa ada isinya?  Kalau kosong, isikanlah air sampai penuh. Nanti bila kita nak pakai air, kita ambil dari situ saja.”,  kata aku sambil aku tunjuk kepada sebuah tangki berbentuk kon yang digunakan untuk memproses produk yang di dalamnya ada mesin mixer.  Tangki itu boleh memuatkan hingga 3000 liter dan ada paip outletnya yang besar.

    “Tangki itu juga ada isinya, Pakcik ooi.  Saya tak tahu apa benda yang ada di dalamnya, Pakcik.”, jawab Dan.

    “Bukan ke awak yang isi benda itu ke dalam tangki tu dulu?”, aku tanya Dan.

    “Ya, saya.  Tapi saya tak tahu bahan apa bendanya.  Ada tiga benda dalam tu, yang satu tu macam air mani pekat rupanya,  yang satu lagi hitam macam minyak hitam kereta yang terpakai tu, yang satu lagi pula warna kuning.”, kata Dan kepada aku.

    Aku gelak bila Dan kata begitu.  Tapi dari cakap Dan itu aku tahu, yang dia kata macam air mani pekat itu ialah SLES, yang hitam macam minyak hitam kereta yang terpakai itu ialah LABS.  Yang berwarna kuning itu pewrana kuning agaknya. 

    “Tapi itu yang saya bubuh ke dalam tangki tu.  Lepas itu saya ada juga tengok ada benda yang Encik Jamal bubuh sendiri ke dalam tangki tu,  saya tak tahu apa bendanya.  Itulah kali terakhir saya tengok dia.  Lepas itu dia pun dibuang kerja.”, kata Dan kepada aku selepas saja aku gelak tadi.

    Si Dan terus mengisi air lepas satu tong ke satu tong setiap satu 20 liter hingga mencukupi sebanyak 5 tong bagi mengisi tong deram sebanyak 100 liter air.  Lepas saja siap air diisi 100 liter ke dalam tong deram itu, aku pun arah Dan menimbang satu persatu bahan kimia untuk dia masukkan ke dalam air 100 liter itu dan minta dia  menggunakan mesin pemutar bagi melarutkan bahan-bahan itu satu persatu...  Tidak tidak sampai 15 minit dishwah sebanyak lebih 100 liter itu pun siap untuk dipeking.

    Sementara aku menunggu Dan peking dishwash itu ke dalam tong stiap satu muatan 20 liter,  aku pergi ke opis.  Terlintas di fikiran aku kalau tidak ada apa yang hendak aku buat aku hendak melayari internet saja.  Rasa ketagih hendak berforum sudah mulai terasa,  tetapi terfikir pula aku apakah semua bil bila gunakan internet di situ Dr. Siva yang bayar atau Big Boss yang bayar.  Kompnei tu bukan Dr. Siva punya.  Memikirkan hal itu terus aku tak jadi membuka komputer hendak melayari internet itu.

    Tiba-tiba Eli dan Azim datang. 

    “Pakcik, kat Seremab tak ada kedai yang jual chemicals tu.  Ada satu kedai itu dia orang jual aat-alat yang digunakan di makmal saja, macam bikar, silinder tu.  Kat mana nak beli chemicals tu?”, tanya Azim kepada aku.

    “Selama ini ada banyak chemical tu dibeli kat mana?  Cuba tengok alamat kat resitnya.”,  kata aku kepada Azim.

    “Encik Jamal yang beli.  Semua resit ada pada dia.  Dia tak tinggalkan kat opis ni pun.  Kat Headquaters kat  Jami pun dia tak bagi.”,  kata Eli pula kepada aku.

    “Jami tu siapa?”,  aku tanya Eli.

    “Dia akauntan kompeni.”,  jawab Eli,

    Aku pun membuka komputer dan aku buka e-mail aku sebab sebelum ini ada yang meminta aku melalui e-mail hendak tahu di mana boleh dibeli  chemicals itu dan aku beri kepada mereka melalui attachments. Malah ada yang upload paparkan ke siber info kepunyaan aku itu tanpa meminta izin aku pun.  Malahan ada juga aku jumpa info, contohnya  dalam [b][color=#33D6FF]bentuk pdf ini[/color][/b] yang aku punya yang telah diupload orang,  entah siapalah yang uploadkan itu tanpa meminta izin daripada aku pun. ... ...

    Bersambung ke No. 10.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 10:16:44 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #9 13 April, 2010, 03:27:32 AM
  • Publish
  • 10.
    Aku pun membuka komputer dan aku buka e-mail aku sebab sebelum ini ada yang meminta aku melalui e-mail hendak tahu di mana boleh dibeli  chemicals itu dan aku beri kepada mereka melalui attachments. Malah ada yang upload paparkan ke siber info kepunyaan aku itu tanpa meminta izin aku pun.  Malahan ada juga aku jumpa info, contohnya  dalam [b][color=#0099FF]file pdf ini[/color][/b] yang aku punya yang telah diupload orang,  entah siapalah orang uploadkan itu tanpa meminta izin daripada aku pun. ... ...
    ________________________

    DARI laman e-mail aku itu aku klik bagi melihat balik attchment yang aku telah hantar dan dapatlah aku buka semua attachment itu semula.  Aku pun print dan beri kepada Azim.  Aku juga beri tahu Azim dengan Eli, di internet pun ada aku punya [b][color=#0099FF]senarai syarikat[/color][/b] yang telah ada orang uploadkan dalam file pdf.

    “Senanglah kita cari nanti Eli, Pakcik bagi info ni.”, kata Azim kepada Eli bila dia melihat senarai syraikat di mana boleh dibeli bahan-bahan kimia yang hendak dibeli itu. “Tapi Pakcik, kat mana yang Pakcik selalu pergi beli?”, tanya Azim kepada aku.

    “Saya pergi kat Euro-Chemo tu, sebab syarikat tu  tak jauh dengan rumah saya.  Cuba kamu telefon dulu kat Kofa di Jalan Ipoh itu.”,  aku minta Azim.  Dia pun menelefon dan tanya.  Senyum saja Azim bila dia diberi tahu yang bahan-bahan kimia yang hendak dibeli itu memang ada dijual di situ.   Mereka pun terus pergi.  Aku pun off-kan komputer itu.

    “Pakcik, saya dah siap peking 5 tong dishwash tu.”, tiba-tiba Dan masuk ke opis memberi tahu aku.

    “Kalau dah siap jom kita ambil satu tong produk yang orang rejek tu,  awak tolong bawa tong tu ke makmal, okay?”,  kata aku kepada Dan.

    “Dah nak tengah hari dah ni Pakcik.  Saya nak berehat sekejap.  Kita buat petang nantilah, boleh?   Bukan apa, saya ni dah dua minggu sakit pinggang.”, kata Dan memberi tahu aku.

    “Hai muda-muda lagi dah sakit pinggang?  Dah pergi jumpa doktor?”,  kata aku.

    “Belum.”, jawabnya sepatah.

    “Awak kena jumpa doktor.  Jangan buat main, lebih-lebih lagi bila berkerja gunakan bahan-bahan kimia tu, kalau sakit mesti cepat jumpa doktor.”,  kata aku kepadanya.  Dia diam saja.  “Kalau macam itu, pergi belikan saya nasi dengan teh ais,  lauk gulai daging dengan sayur.”, kata aku kepadanya.  Aku beri dia sepuluh ringgit lalu dia pun pergi.

    Aku sekali lagi keseorangan di kilang itu tidak tahu hendak buat apa.  Yang sebenarnya aku sendiri tidak mahu hendak menangkat apa-apa yang berat-berat sebab aku juga ada sakit jantung.  Sejak aku menjalani angioram di Pusat Perubatan Universiti Malaya dua tahun yang lalu memang aku tidak berani hendak angkat benda-benda yang berat.

    Terfikir oleh aku lebih baik aku layar internet saja sebab Dr. Siva tadi sudah beri tahu yang diri aku ini boleh gunakan komputer itu untuk melayari internet sambil aku menunggu Dan tiba membawa nasi dan teh ais untuk aku makan tengah hari.

    Dan pun sampai, dia beri aku beg pelastik yang di dalamnya ada sekotak polystyrene berisi nasi dengan lauk dan sayur; juga sebungkus teh ais yang aku minta dia tolong pergi belikan tadi.  Dihulurnya kepada aku baki wang,  aku kata ambillah.  Dia ambil dan terus saja pergi.

    Pukul 1.00 tengah hari Dan belum balik.  Aku pun pergi mandi dan mengambil wuduk,  bila selesai, waktu Zohor masuk aku pun dirikan solat Zohor di bilik makmal itu.

    Jam 2.00 petang Dan masih belum balik juga lagi.    Aku pun pergi ke bahagian bahan-bahan kimia di kilang itu dan aku senaraikan semua nama bahan kimia yang ada.  Hairan juga aku ada banyak beg berisi kimia tetapi lebelnya sudah tiada.  Begitulah juga ada tong-tong pelastik yang berisi kimia yang sudah tiada berlabel.  Setelah selesai aku senaraikan aku pun gunakan komputer untuk aku senaraikan pula semua bahan kimia yang ada di kilang itu ke dalam komputer itu.  Bila selesai saja aku pun layari internet semula.

    Sehingga jam 4.30 petang Dan masih belum balik.  Aku pun pergi mengambil wuduk dan mendirikan solat Asar di bilik makmal itu.  Selepas saja selesai solat aku pergi semula ke opis.  Aku jadi tidak seronok pula bila keseorangan begitu. Hingga jam 5.00 petang Dan tidak juga balik.  Aku pula terlupa hendak minta nombor HP dia.   Memang terasa sangat aku makan gaji buta saja di situ.  Production Manager apa macam ini?, kata hatiku.

    Tiba-tiba Dr. Siva datang.  Dia tanya aku di mana Dan.  Aku kata dia sudah siap peking dishwash 5 tong itu. Tengah hari tadi dia keluar.

    “Suadah siap dishwash tu?  Okay, good,  very good.”,  kata Dr. Siva.  “Pakcik,  bilik sewa juga saya sudah dapat.  Nanti bila Azim balik,  dia boleh bawa Pakcik pergi ke sana sebab saya sudah call dia tadi beri tahu.  Dia tahu di mana.”,  kata Dr. Siva kepada aku.   Dia pun pergi.

    Jam 6.40 petang baru Azim sampai.  Eli tidak pula bersama-samanya.  Dengan tidak membuang masa Azim pun menjemput aku untuk pergi dengan keretanya, setelah dikuncinya premis-kilang itu.  

    “Mana chemicals pergi beli tadi?”, aku tanya Azim yang sedang memandu keretanya ketika dalam perjalanan pergi ke bilik sewa itu.

    “Esok baru sampai, Pakcik.  Tadi lori kompeni nak pergi ambil tapi tak boleh ambil sebab dia orang ada nak ambil barang di tempat lain dulu.”,  kata Azim kepada aku.

    Azim terus memandu keretanya dan sampai ke hadapan sederet rumah kedai tiga tingkat.  Dia terus park keretanya itu di tempat parking di hadapn sebuah restoran di situ.

    “Kat sini bilik sewa tu, Pakcik.”,  kata Azim kepada aku, dan dia dan aku pun turun dari keretanya.  A langut ke atas, di tingkat atas sekali ada baner bertulis Bilik Untuk Disewa..  Fahamlah aku di situlah bilik yang disewakan untuk aku yang berpangkat sebagai Production Manager akan menginap.

    “Tingkat tiga ke Azim?  Jenuh la saya kena manjat tangga.”, kata aku kepada Azim sambil Azim mengambil beg-beg pakaian dan bantal untuk di bawa ke bilik sewa itu.  Aku ambil dua biji bantal aku daripada Azim, ringan saja,  dan dia terus membawa beg-beg pakaian aku menaiki tangga. Menungap juga aku untuk sampai ke tingkat tiga itu.  

    “Pakcik jalan pelan-pelan, nanti sampai Paakcik masuk ke bilik nombir 12.”, kata Azim memberi tahu aku.

    Azim pergi mendahului aku dan dia terus meletakkan beg-beg pakaian aku di bilik sewa itu dan ditunggunya aku sampai ke bilik itu.   Alamak, semua bilik di situ berdindingkan plywood saja.  Kedengaran pula oleh aku suara orang perempuan ketawa di bilik yang bersebelahan dengan bilik untuk aku menginap itu, seperti suara sedang melayani jantan.  Buruk pula sangkaan aku.

    Aku pun terus masuk ke bilik itu.  Aku lihat lantai hanya bertikar getah saja, tiada pula katil yang Dr. Siva kata dia hendak belikan untuk aku.  Hanya sebuah tilam jenis sponge ringan setebal empat inci yang masih baru terbentang di atas lantai di bilik itu.  Hanya itulah saja yang Dr. Siva belikan untuk aku.

    “Bolehlah bilik ni buat sementara, kan Pakcik?.”,  kata Azim kepada aku.  Aku hanya diam tidak membalas kata-katanya itu.  

    “Ini kunci pintu bilik, Pakcik simpan.  Pakcik ambil nombor HP saya ni,  kalau ada apa-apa Pakcik call saya.  Nombor HP Eli Pakcik ada, kan?”,  katanya kepada aku.  

    “Ada.”, kata aku kepadanya.  Dia pun memberikan Nombor HP-ya lalu aku pun save-kan nombor HP-nya itu ke dalam HP aku.  Dia pun pergi.  

    Bilik itu tidak ada bertingkap.  Hanya sebuah kipas angin dinding yang kecil saja yang ada di bilik itu,  memang aku rasa panas. Hendak tidur macam mana panas macam ni, kata hati aku.

    Aku pula terasa hendak buang air kecil, hendak mandi dan mengambil wuduk untuk mendirikan solat Maghrib.  Aku pun menukar pakaian aku dan pergi ke toilet yang keadaannya adalah diguna oleh ramai.  Kotor saja toitet itu aku lihat.

    Selepas saja aku dirikan solat Maghrib dalam bilik itu,  aku rasa bilik itu panas sungguh walau pun ada kipas angin itu.  Aku pun letakkan bantal dan baring di atas tilam itu.  Aku lihat jam tangan aku menunjukkan pukul 8.00 malam.  Semakin panas aku rasa di bilik itu, berpeluh dahi aku.

    Tidak boeh jadi kalau begini.  Lantas aku pun bangun, aku pakai seluar dan baju.  Kain pelekat yang aku pakai tadi aku masukkan ke dalam beg pakaian aku.  Aku pun gunakan HP aku, aku ambil gambar ... untuk dibuat kenang-kenangan.  Inilah rupanya bilik penginapan dan tilam yang diberi untuk aku menginap dan tidur... iaitu aku sebagai Production Manager. ......


    Aku pun keluar dari bilik itu.  Aku kunci pintunya dari luar dan aku tinggalkan beg pakaian serta kotak ubat aku di dalam bilik itu.... Apa, dia orang ingat aku ni pelarian Vietnam dulu ke,...  Apa aku ni buruh pendatang haram Indon ke?, kata hati aku dan terus aku turun ke bawah.  Aku pun call Eli dengan HP aku.... Terasa hendak menangis pula aku ..... .....

    Bersambung ke No. 11.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 10:27:32 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #10 13 April, 2010, 05:26:18 PM
  • Publish
  • 11.
    Aku pun keluar dari bilik itu. Aku kunci pintunya dari luar dan aku tinggalkan beg pakaian serta kotak ubat aku di dalam bilik itu.... Apa, dia orang ingat aku ni pelarian Vietnam dulu ke,... Apa aku ni buruh pendatang haram Indon ke?, kata hati aku dan terus aku turun ke bawah. Aku pun call Eli dengan HP aku.... Terasa hendak menangis pula aku ..... .....
    _________________________

    AKU beri tahu Eli aku tidak boleh menginap di bilik itu kerana bilik itu tidak ada bertingkap, tiada saluran ventilation pun walau pun ada sebuah kipas angin terpasang  di dinding bilik itu. Panas, macam mana aku boleh tidur di situ. 

    “Alahai Pakcik,  saya tak tahu bilik tu macam tu, Azim yang carikan bilik itu untuk Pakcik.  Dr. Siva yang suruh Azim dapatkan bilik untuk Pakcik, dia juga yang suruh Azim tu belikan tilam tu.  Tak apa Pakcik,  Pakcik tunggu ya,  sekejap lagi saya datang.  Pakcik jangan ke mana-mana ya!  Pakcik kat mana sekarang?”,  kata Eli kepada aku melalui HP.

    “Saya kat bawah, dekat dengan restoran ni.  Tapi saya hendak pergi ke seberang sana kat Restoran Minang tu, di sana orang nampaknya tak ramai.”, jawab aku.

    “Okay Pakcik, nanti saya datang.  Pakcik tunggu kat situ.  Nanti saya call Azim minta dia juga datang sama ke situ.”,  balas Eli.

    Di tingkat bawah ground floor di restoran itu, ramai betul orang makan di situ,  sudah mendirikan solat Maghrib-kah mereka? di dalam hati aku bertanya. Ini Malaysia negara Islam di bawah pemerintahan UBN,  soal orang dirikan solat atau tidak itu bukan urusan negara, kata hati aku lagi.  Sempat pula hatiku membuat komen hingga dapat menghilangkan rasa hendak marah aku kepada Dr. Siva, Azim dan Eli.

    Aku pun melangkah perlahan-lahan menyeberangi jalan raya yang agak sunyi di situ untuk pergi ke Restoran Minang itu.  Sampai saja aku di situ aku terus duduk di kerusi yang mejanya tiada berorang di luar restoran itu,  dan aku order teh ais saja sebab aku tidak rasa lapar hendak makan nasi lagi.

    Agak lama juga rasanya aku menunggu Eli.  Terlintas juga di minda aku lebih baik aku call Prima minta dia ambil aku, belah balik saja.  Terfikir juga aku yang diri aku ini dari awal kata hendak mengalami bekerja sebagai Production Manager sedangkan tugas itu belum sepenuhnya lagi aku alami.  Lagi pun aku boleh terima jika bilik itu tidak panas dan keadaannya tidak seperti di sebuah tempat pelacur mencari rezeki. Biarlah aku tidur di opis tu saja, kata hati aku sendiri.

    Lebih-lebih lagi aku ini bekas pensyarah di Maktab Perguruan dari tahun 1978 hingga 1999, sudah tentu ada beribu-ribu bekas pelajar Maktab yang menjadi guru di seluruh negara, malah di Nilai itu juga mungkin ada yang mengenali aku jika mereka nampak aku jika aku menginap di bilik sewa itu.  Apa hal pula kalau mereka nampak aku yang menyewa bilik di situ, bukan di hotel?

    Eli pun sampai dengan keretanya, dipandu oleh seorang lelaki.  Turun saja dari kereta mereka berdua pun datang menemui aku, lalu duduk.

    “Maafkan saya Pakcik,  saya tak sangka pula Azim bagi Pakcik bilik macam itu.  Jom Pakcik ke rumah saya, ayah saya ada.  Ini adik saya pun ada sama.  Esok saya bagi tahu Big Boss, tak patutlah dia orang buat Pakcik macam ni.”, kata Eli kepada aku lalu dia sebak hendak menagis.

    “Tak mengapalah tu.  Kalau saya tidur di opis tu pun tak apa, ada air-con.  Komputer pun ada boleh saya guna boleh juga nanti saya tengok internet.”, kata aku kepada Eli.

    “Ke mana Azim ni tak sampai-sampai lagi ni ...  Saya ni dari Seremban pun dah sampai dia masih kat sini tak sampai lagi.”, kata Eli.

    “Bukan ke dia duduk di Seremban juga?”, aku tanya Eli.

    “Dia memang duduk di Seremban, Pakcik. Dia anak angkat Big Boss Pakcik,  dia berkeraoke kat sini. Dia minum dengan Dr. Siva tu sekali. Kaki minum tu.”,  jawab Eli.

    “Mana Eli tahu?”,  aku tanya lagi.

    “Saya tahulah, Pakcik.  Saya dah lama kenal dia.”,  jawab Eli.  Aku hanya menarik nafas panjang. Macam manalah aku hendak bekerja di kompeni yang pekerjanya tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an ni. Eli ni pun tidak bertudung menutup auratnya, kata hatiku dan teringat pula aku kepada Firman Allah....
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    Kereta Azim pun sampai.  Turun dari kereta terus saja dia datang dan duduk di kerusi yang masih kosong di meja di mana aku, Eli dan adiknya berada.

    “Apa problemnya, Pakcik?”,  tanya Azim kepada aku.

    “Kepala hotak kamu Azim,  sampai hati kamu cari bilik sewa untuk Pakcik bilik macam tu.  Pakcik ini bekas pensyarah tahu tak?  Sudah la begitu Pakcik ni Production Manager kita, dia bukan Indon pendatang haram tu.”, kata Eli kepada Azim dan terus dia menangis.

    “Sudahlah tu,  tak apa.  Saya boleh tidur kat opis tu.  Jom kita makan.”, kata aku kepada Eli dan Azim. Semua mereka kata mereka sudah makan.  Lantas aku pun pergi beli nasi, lauknya ikan keli goreng bersambal dan sayurnya gulai lemak rebung,  serta sebungkus teh ais.

    “Jom Pakcik saya hantar Pakcik ke opis.”, kata Eli kepada aku.  “Kamu,  Azim kamu pergi ambil beg Pakcik dengan tilam bantal tu sekali bawa ke opis.”,  kata Eli kepada Azim pula.

    Aku pun beri kunci bilik itu dan terus pergi ke kereta Eli duduk di sebelah hadapan. Eli duduk di kerusi belakang dan adiknya itu yang memandu kereta.  Azim pergi dengan keretanya untuk mengambil beg-beg pakaian aku, kotak ubat dan juga tilam dan bantal di bilik sewa itu tadi.

    Sampai di kilang itu sunyi sepi.  Terasa takut pula aku kalau hendak tidur seorang diri di opis di situ.  Terfikir oleh aku kalaulah aku diserang sakit jantung seorang diri di opis itu, bagaimana?

    Azim pun sampai dan turun saja dari kereta dia terus meminta adik Eli membantunya membawa beg-beg pakaian aku itu ke dalam opis.  Kotak ubat aku yang berwarna merah itu Azim beri ke tangan aku dan dirinya sendiri membawa tilam bersama dengan dua biji bantal kepunyaan aku yang ringan saja itu.  Setelah diletaknya tilam dan bantal itu, dia pun membuka penutup hadapan kilang itu dan juga membuka pintu jenis gelas dengan kunci yang ada pada dia.

    Masuk saja ke dalam premis itu Eli terus memasang lampu.  Eli juga yang memetik suis memasang lampu di opis dan menghidupkan air-con.  Aku pun terus duduk di kerusi Production Manager di situ.  Aku letak kotak ubat aku di atas meja di hadapan aku. Beg-beg pakaian aku dibawa masuk ke opis itu oleh adik Eli, tilam dan bantal pula Azim yang bawa masuk.  Aku pun minta mereka semua duduk sebab aku hendak bercakap kepada mereka.

    “Dengar sini Eli, Azim.  Pakcik ni datang ke sini sebab kamu berdua yang pergi ke rumah Pakcik mahukan Pakcik terima jawatan Production Manager tu.... Dari awal lagi kamu dah berbohong kata Production Manager yang dulu tu kononya accident, koma.  Kenapa kamu bohong, pada halnya dia kena buang.”,  kata aku kepada Eli dengan Azim.

    “Itu Pakcik,  Dr. Siva yang suruh kami kata kat Pakcik yang Production Manager yang dulu tu accident, koma.”,  jawab Eli.

    “Nak apa bohong begitu?  Apa motifnya buat macam tu?  Kita kalau hendak bantu syarikat di mana kita bekerja jangan sekali-kali kita berbohong.  Bila pekerja berbohong, Managing Director berbohong itulah yang menyebabkan Allah lingkupkan bisnes Big Boss kamu itu. Gaji yang kamu terima pun jadi haram.  Macam-macam masalah syaitan akan bagi datangkan kepada Big Boss tu nanti...

    “Dengan Pakcik ni tak payah bohonglah.  Malam ni juga Pakcik boleh belah, balik ke rumah Pakcik, tau tak?  Pakcik tak boleh bekerja dengan orang cakap bohong.”, kata aku kepada Eli dan Azim.

    “Tolonglah Pakcik.  Kami nak Pakcik hidupkan kilang ni semula.  Tolonglah, Pakcik janganlah balik.”, jawab Eli merayu kepada aku.

    “Tengok ubat Pakcik ni.”, jawab aku dan terus aku buka kotak yang berwarna merah, kotak ubat aku penuh dengan berbagai-bagai ubat yang aku letak di atas meja itu tadi. “Pakcik ni darah tinggi ada, sakit jantung ada, kamu nampak tak ubat-ubat ni?  Kalau kamu berdua dengan Dr. Siva nak buat Pakcik macam buruh kasar,  cakap kata nak bagi itu, ini, nak bagi keretalah, tapi bilik sewa di tempat macam sarang pelacur tu yang dibagi untuk Pakcik menginap,  any time Pakcik boleh belah, balik ke rumah.  Dah berapa hari dah,  mana letter of offer tu?”,  kata aku lagi.

    “Esok saya bawa.”,  kata Azim kepada aku.

    “Ingat,  kalau esok tak ada letter of offer tu,  esok juga saya call anak saya suruh dia ambil saya.”, kata aku kepada Azim.

    “Mana kereta, kata nak bagi saya kereta kompeni?  Esok saya nak kereta tu sebab saya nak ke masjid, solat Maghrib dengan Isya di masjid.  Ni dah berapa hari dah saya tak berjemaah di masjid ni...”, kata aku kepada Eli dan Azim.  Adik Eli hanya tunduk saja mendengar.

    “Kereta itu pekerja lain gunakan, Pakcik.   Dia kata nak pulangkan tapi dia belum pulangkan lagi.”,  jawab Azim.

    “Okay,  besok kamu Azim mesti bawa kereta itu ke sini.  Satu lagi perkara Eli, Azim.  Kamu pergi cakap kat Big Boss kamu tu yang saya nak seorang PA untuk membantu saya di makmal, juga dia kena duduk dengan saya di rumah sewa nanti.   Malahan dia kena temankan saya waktu malam di sini.  Saya ni dah tua, ada sakit jantung pula, darah tinggi, kalau saya seorang diri diserang sakit jantung, siapa nak panggilkan ambulan?”,  kata aku kepada mereka berdua.

    “InsyaAllah, Pakcik.  Nanti saya bagi tahu kat Big Boss.”, kata Eli kepada aku.  “Kamu Azim, Big Boss tu bapa angkat kamu, sepatutnya kamulah kena cakap juga kat dia apa yang Pakcik nak tu.”,  kata Eli pula kepada Azim. 

    Aku pun tidak ada apa lagi yang hendak aku cakapkan dan terus aku kata kalau mereka hendak balik bolehlah mereka balik.  Lantas mereka bertiga bersalam dengan aku dan tinggalkan aku keseorangan di opis itu.... Aku terus menyalin pakaian, pakai kain pelekat dan baju lalu aku pergi mengambil wuduk untuk mendirikan solat Isya... Aku tidak lupa dalam waktu aku sujud, aku berdoa....
    اللَّهُمَّ
    رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
     
    Bersambung ke No. 12.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 10:41:48 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #11 14 April, 2010, 03:45:39 AM
  • Publish
  • 12.
    Aku pun tidak ada apa lagi yang hendak aku cakapkan dan terus aku kata kalau mereka hendak balik bolehlah mereka balik. Lantas mereka bertiga bersalam dengan aku dan tinggalkan aku keseorangan di opis itu.... Aku terus menyalin pakaian, pakai kain pelekat dan baju lalu aku pergi mengambil wuduk untuk mendirikan solat Isya... Aku tidak lupa dalam waktu aku sujud, aku berdoa....
    اللَّهُمَّ
    رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

    _________________________

    KHAMIS,  14 Januari 2010,  selepas saja aku mendirikan solat Subuh pagi itu, aku terus melayari internet membaca forum.  Hingga jam 7.30 pagi Si Dan masih belum datang pada hal Si Dan itu datang awal membuka pintu kilang dan mob lantai seawal jam 7.30 pagi.

    Hingga jam 8.00 pagi masih tiada siapa pun yang datang.  Perut aku ni sudah terasa lapar kerana masih belum sarapan pagi.  Hendak pun aku pergi ke restoran di situ berjalan kaki kira-kira 400 meter dari kilang itu pintu kilang yang di depan dan di belakang tutup dan dikunci dari luar.   Anak-anak kuncinya dia orang bawa pergi.

    Tiba-tiba aku dengar pintu kilang itu dibuka orang, kemudian masuk Dr. Siva.

    "Good morning.", kata Dr. Siva kepada aku.  Aku jawab Good morning juga.  Dia pun memberi aku beg plastik berisi sebungkus nasi lemak dengan teh ais.

    "Today holiday, Pakcik. Yang DiPertuan Negeri Sembilan's birthday.", kata Dr. Siva kepada aku.

    "Ye ke... Ala, I don't know.  Kalau I tahu yesterday petang I suruh my son ambil I.", kata aku kepadanya.

    "You call your son ambil you-lah.", jawabnya.

    "Tak apalah.... Cuti pun sehari saja.  Kalau ada kereta tu, lainlah.  Mana kereta, kata nak bagi I kereta?", jawab aku.

    "Your Kancil... Nanti dia orang bawa ke sini.", jawabnya.

    "Jangan lambat sangat kereta tu. I bukan larat berjalan nak pergi ke restoran tu bila I nak makan.", kata aku pula kepadanya.

    "Itu sebab I hantar nasi lemak untuk Pakcik pagi ni.  Are you okay sleeping here last night?", dia tanya aku pula.

    "Ada air-con, tak apa.  Ada komputer boleh tengok internet.", jawab aku.

    "Azim tu so stupid la.  How could he find for you bilik macam tu.  I gave him money for you to stay kat hotel.  Okay-lah Pakcik kalau you okay staying here,  ni kunci pintu depan kalau you nak keluar.  I want to go now, ada banyak kerja, nak pergi Putrajaya.", jawab Dr. Siva.  Dia pun pergi meninggalkan aku di situ.

    Aku pun makan nasi lemak berlaukkan daging dan minum teh ais yang Dr. Siva bawa untuk aku tadi. Selesai saja aku makan, aku kembali melayari internet. 

    Terfikir pula aku, masakanlah Zaim itu sanggup lakukan begitu sedangkan Dr. Siva kata dia sudah beri duit untuk aku menginap di hotel.  Malah Zaim sendiri pernah berkata kepada aku yang dia anggap aku ini macam bapanya sendiri.  Dr. Siva pun ada begitu yang aku ini dia anggap macam bapanya juga.  Entahlah .... Yang penting bagi sekarang aku hendak jadi production manager.

    Jam 10.00 pagi.  Tiba-tiba aku telefon aku berdering....

    “Assalamualaikum Bah.  Abah kat mana?”,  suara anak aku Ida bertanya.

    “Wa’alaikumsalam.  Abah kat opis ni.”,  jawab aku.

    “Ida dengan Emak ada kat luar, kat depan ni.”,  kata Ida lagi kepada aku.

    “Tunggu,  nanti Abah buka pintu.”, jawab aku lalu aku bergegas bangun pergi membuka pintu gelas di bahagian depan shop lot kilang itu.  Lepas itu aku angkat sliding door yang menutup shoplot itu.... boleh terangkat hanya sedikit,  berat benar rupanya.  Au pun minta Ida tolong angkat dari luar dan sliding door itu pun terbuka.  Ida dan isteri aku Azi pun masuk.

    “Kenapa tak pasang lampu, Bah.  Gelap jer.”,  Kata Ida.

    “Buat apa membazir letrik,  Abah sorang-sorang jer kat sini.  Lagi pun hari ini cuti, kalau guna apa letrik orang punya, berdosa.”, jawab aku.

    “Eleh Bah.  Bukan ke Abah production manager kat sini.  Selama mana Abah ada kat sini itu dikira Abah bekerja, tak kiralah hari ni cuti ke atau cuti ke, Bah.”, jawab Ida, lalu dia pergi memetik suis memasang lampu.  Aku dan mereka berdua pun masuk ke dalam opis dan duduk di kerusi.

    “Dah makan ke?”, tanya Azi isteri aku.

    “Dr. Siva datang tadi, dia yang bawa nasi lemak dengan teh ais.”, jawab aku.

    “Baik orangnya Dr. Siva tu. Tak payahlah Abang susah-susah nak berjalan kaki pergi ke restoran tu.”,  kata Azi kepada aku.

    “Baik...?  Baik ada makna tu... Jom Bah, Azi nak tengok makmal Abah tu.  Nk tengok kilang tu sekali.”, sampuk Ida.

    “Pergilah tengok,  bukan ada orang lain kat sini.”, kata aku kepada Ida. Tetapi aku bangun dan terus bawa mereka ke bilik makmal.

    Ida anak aku itu terus memeriksa dengan cara memerhatikannya saja semua peralatan dan radas serta sampel-sample bahan kimia yang ada dalam bekas-bekasnya di bilik makmal itu. Ida anak aku itu ada degri di bidang chemical industry.  Risau juga aku kalau dilihatnya nanti keadaan di bilik makmal itu dan juga bahan-bahan kimia yang ada di luar tidak menepati piawan dan prosedur yang melayakkan premis itu sebagai sebuah kilang yang menggunakan bahan-bahan kimia.

    “Nampaknya makmal ni okay... Tapi itu ada banyak benda dalam botol-botol tu apa bendanya, tak berlebel pun?  Kalau dah tak berlebel Abah buanglah... Jangan Abah nak cuba-cuba hidu nak tahu apa bendanya chemicals dalam botol tu.  Abah tu bukannya chemist.  Nanti tak pasal-pengsan.  Tak ada penyakit, cari penyakit pulak.”,  kata Ida kepada aku.

    “Abah tahulah... Nanti Abah suruh dia orang tu buang.”, jawab aku.

    “Jom Bah, kita tengok chemicals kat luar tu.”, kata Ida.

    Aku dan Azi pun ikut Ida.  Aku tidak risau sangat sebab Si Dan memang rajin bekerja.  Bahagian kimia yang ada macam-macam jenis itu meamng bersih dan tong-tong dan beg-beg yang berisi bahan-bahan kimia pula tersusun rapi.  Azi memerhatikan satu demi satu.

    “Tengok tu, yang tu... Tu lagi... Yang sana tu, tak ada lebel pun.  Abah tahu apa bendanya tu?  Bahaya, Bah.  Suruh dia orang tu buang.”,  kata Ida.

    “Membazir la kalau dibuang pulak.”,  kata aku.

    “Bukan soal membazir tak membazir,  Bah.  Soal prosedur, peraturan.  Itu semua chmecicals, Bah.  Bukannya beras, tepung gandum.  Ni mata Ida pun dah rasa pedih ni... Udara ni dah tercemar pun, tu sebab mata ni pedih.... Laaa, tengok tu... beg-beg chemicals tu terbuka, mana boleh macam tu, Bah?  Orang kalau dah beg tu dibuka chemical tu kena disimpan dalam tong yang tertutup.  Mana boleh terdedah macam tu jer.... Abah ni nak mati cepat ke?”, kata Ida kepada aku.

    “Nantilah, esok Abah suruh dia orang beli banyak tong.”, jawab aku.

    “Tengok tu, beg ammonia tu, terbuka tak ditutup balik.  Jomlah Bah, kita balik.  Abah tak boleh bekerja kat sini kalau macam ni... Sudahlah begitu nanti kalau JAS datang, dah pasti Abah yang akan kena diheret ke mahkamah...

    ”Lagi pun, Bah... Ini shoplot,  buakannya kilang yang boleh gunakan chemicals macam tu.... Abah tau tak, kalau ada orang sakit hati buat laporan polis kata kilang ni buat bom pun boleh.  Tu ammonia ada tu.  Jom kita balik, Bah.”,  kata Ida kepada aku lagi.

    Apabila anak aku itu sudah berkata begitu,  aku pun ikut dia dan Azi isteri aku itu balik ke rumah aku di Subang .... Namun di hati aku, aku ingin terus bekerja, kalau tidak lama pun setakat sebulan dua lagi pun jadilah. 

    Aku nak tengok sejauh manakah di pihak pengurusan syarikat, pentadbiran dan pengoperasian kilang itu mengikut lunas-lunas Islam.  Ini adalah kerana lunas-lunas Islam itu adalah pengajaran dari Al-Qur’an.  Jika tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, padahnya ada termaktub di dalam Al-Qur’an...
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    Bersambung ke No. 13.
    .
    « Last Edit: 26 September, 2010, 10:57:33 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #12 14 April, 2010, 04:11:19 AM
  • Publish
  • 13.
    Aku nak tengok sejauh manakah di pihak pengurusan syarikat, pentadbiran dan pengoperasian kilang itu mengikut lunas-lunas Islam.  Ini adalah kerana lunas-lunas Islam itu adalah pengajaran dari Al-Qur’an.  Jika tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, padahnya ada termaktub di dalam Al-Qur’an...
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
    ____________________________

    BIASALAH,  bila aku berada di rumah aku, aku habiskan masa lapang aku lebih banyak kepada menghadapi komputer, melayari internet berforum.  Kali ini aku  terus melayari internet melepaskan rasa ketagih aku mengikuti perkembangan politik UBN yang [b]folly[/b] di tanah airku sendiri, iaitu folly dari segi perjuangannya, folly dari segi sikapnya yang tidak mengendahkan banyak perkara dari pengajaran Al-Qur’an mahu pun folly dari segi mematuhi perlembagaan negara bagaimana setengah-setengan mereka bila berpolitik.  

    Bagi mereka politik itu ialah dengan pihak pembangkang mesti dimusuhi dengan cara apa jua sekalipun sedangkan negara memerlukan adanya parti pembangkang dan negeri-negeri yang dimenangi oleh pihak parti pembangkang dalam PRU kerajan-kerajaan negeri-negeri itu juga adalah juga kerajaan negeri dalam Malaysia. Tetapi apa yang berlaku ialah sikap UBN memusuhi kerajaan-kerajaan negeri tersebut dari segi politik mereka.  Tidakkah bersikap begitu adalah mengkhianati perlembagaan negara?

    Dari segi agama Islam pula sejak merdeka lagi sikap mereka terhadap hukum hudud, iaitu pengajaran Al-Qur’an mengenai hukum hudud itu bagaikan ia bukannya agenda pihak Umno itu untuk negara melaksanakannya sebagai undang-undang bagi rakyat yang beragama Islam.  Adalah jelas dalam hal hukum hudud ini pihak Umno tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.... Apakah orang-orang Umno tidak pernah menemui Firman Allah ini di dalam Al-Qur’an...
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    Dari segi memajukan negeri pula yang paling aku hairan sekali ialah menteri dan timbalan menteri dari Umno anak-anak kelahiran negeri Kelantan sendiri mereka yang berkenaan itu sendiri tidak mahu Kelantan diberikan wang royalti Petronas itu kepeda kerajaan Negeri Kelantan malah bagaikan menentang agar kerajaan negeri Kelantan itu tidak diberikan wang royalti tersebut;  sedangkan bukankah kerajaan Negeri Kelantan itu sendiri adalah juga merupakan sebuah kerajaan yang diiktiraf oleh perlembagaan negara?

    Nampak sangatlah Umno adalah sebuah parti politik perjuangannya sudah lari daripada apa yang terdapat di dalam Fasal 3 dalam [b]Perlembagaan Umno[/b] sendiri iaitu asas dan tujuan Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.,  di sebaliknya pelaksaannya bila  berpolitik mereka mengikut apa yang dimaksukan politik yang pernah diungkapkan oleh Hendry Adams,  iaitu:
    “Politics as a practice,  whatever its profession;   has always been the systematic organisation of hatred.”  [Hendry Adams (1838 – 1918)].

    Bila sudah begitu maka Al-Qur’an,  pengajarannya sudah dalam banyak perkara tidak diendahkan. Entah bilalah orang-orang Melayu khususnya generasi muda boleh betul-betul memahami maksud Firman Allah di dalam Al-Qur’an itu tadi,  iaitu:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    Ida datang menghampiri aku lalu dia mengambil kerusi.  Diberikannya kepada aku satu print-out, lalu aku pun membacanya...

    Quote
    General Chemistry Lab Safety

    The chemistry laboratory can be a place of discovery and learning. However, by the very nature of laboratory work, it can be a place of danger if proper common-sense precautions aren't taken. While every effort has been made to eliminate the use of explosive, highly toxic, and carcinogenic substances from the experiments which you will perform, there is a certain unavoidable hazard associated with the use of a variety of chemicals and glassware. You are expected to learn and adhere to the following general safety guidelines to ensure a safe laboratory environment for both yourself and the people you may be working near. Additional safety precautions will be announced in class prior to experiments where a potential danger exists. Students who fail to follow all safety rules may be asked to leave the lab or suffer grading penalties.

    Attire
    1.   Safety goggles must be worn at all times while in the laboratory. This rule must be followed whether you are actually working on an experiment or simply writing in your lab notebook. You must wear safety goggles provided by the chemistry department.
    2.   Contact lenses are not allowed. Even when worn under safety goggles, various fumes may accumulate under the lens and cause serious injuries or blindness.
    3.   Closed toe shoes and long pants must be worn in the lab. Sandals and shorts are not allowed.
    4.   Long hair must be tied back when using open flames.
    Conduct
    4.   Eating, drinking, and smoking are strictly prohibited in the laboratory.
    5.   No unauthorized experiments are to be performed. If you are curious about trying a procedure not covered in the experimental procedure, consult with your laboratory instructor.
    6.   Never taste anything. Never directly smell the source of any vapor or gas; instead by means of your cupped hand, waft a small sample to your nose. Do not inhale these vapors but take in only enough to detect an odor if one exists.
    7.   Coats, backpacks, etc., should not be left on the lab benches and stools. There is a hook rack along the back wall at either end of the lab. There are coat racks just inside the each entrance to the balance room at the back of the lab. Beware that lab chemicals can destroy personal possessions.
    8.   Always wash your hands before leaving lab.
    9.   Learn where the safety and first-aid equipment is located. This includes fire extinguishers, fire blankets, and eye-wash stations.
    10.   Notify the instructor immediately in case of an accident.
     
    Proper Handling of Chemicals and Equipment
    11.   Consider all chemicals to be hazardous unless you are instructed otherwise. Material Safety Data Sheets (MSDS) are available in lab for all chemicals in use. These will inform you of any hazards and precautions of which you should be aware.
    12.   Know what chemicals you are using. Carefully read the label twice before taking anything from a bottle. Chemicals in the lab are marked with NFPA hazardous materials diamond labels. Learn how to interpret these labels.
    13.   Excess reagents are never to be returned to stock bottles. If you take too much, dispose of the excess.
    14.   Many common reagents, for example, alcohols and acetone, are highly flammable. Do not use them anywhere near open flames.
    15.   Always pour acids into water. If you pour water into acid, the heat of reaction will cause the water to explode into steam, sometimes violently, and the acid will splatter.
    16.   If chemicals come into contact with your skin or eyes, flush immediately with copious amounts of water and consult with your instructor.
    17.   Never point a test tube or any vessel that you are heating at yourself or your neighbor--it may erupt like a geyser.
    18.   Dispose of chemicals properly. Waste containers will be provided and their use will be explained by your TA. Unless you are explicitly told otherwise, assume that only water may be put in the lab sinks.
    19.   Clean up all broken glassware immediately and dispose of the broken glass properly.
    20.   Contact the stockroom for clean-up of mercury spills.
    21.   Never leave burners unattended. Turn them off whenever you leave your workstation. Be sure that the gas is shut off at the bench rack when you leave the lab.
    22.   Beware of hot glass--it looks exactly like cold glass.


    “Abah baca faham baik-baik.  Itu baru kat dalam makmal, Bah.  Abah kena check ada ke tidak dia orang tu mendapat kelulusan daripada banyak pihak berkuasa.... Majlis Perbandar, JAS, Bomba, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia, itu dan ini ada banyak lagi.  Orang Melayu ni kalau Ida tengok kat kilang tu, buat kerja take for granted jer...

    “Selama ini Abah yang suka sebut-sebut Ayat 29 dalam Surah At-Takwiir tu..
    وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
    Yang maksudnya …“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,  Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam... Tapi Abah sendiri jadi production manager Abah biarkan saja dia orang tak ikut apa yang Allah Aturkan….”, kata Ida kepada aku.

    “Nantilah dulu, bukan ke Abah ni baru beberapa hari jer kerja kat situ?... Pelan-pelanlah, nanti Abah tahulah nak buat macam mana.”, jawab aku.

    “Bukan saja bab solat, puasa, zakat, haji jer yang Allah Aturkan kita kena ikut, Bah… Tu, chemicals tu pun Allah dah Aturkan molikulnya,  bahayanya, kesan buruknya dari segi kesihatan, jangan dia orang nak buat main-main, kena juga ikut peraturan.   Abah mesti pastikanlah  pihak pengurusan syarikat tu patuhi segala prosidur.  Semua permit mesti ada.  Kalau tak ada, Abah jangan nak bekerja kat situlah.”,  kata Ida.

    “Abah tahu la…  Lagi pun niat Abah bekerja tu pun nak tengok camana dia orang ikut tak maksud Ayat 29 dalam Surah At-Takwiir tu dengan Ayat  36 dalam Surah Al-Zukruf tu…
    وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬
    Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya....  

    “Abah tu tengok internet asysik forum, forum, forum,... buang masa jer.  Dah ketagih pun dah.  Cuba Abah tengok kat Google tu, taip ammonium chloride + hazard, chemical tu terdedah saja kat kilang tu. Abah bacalah tengok, bahaya ke tidak...”,  kata Ida lagi kepada aku.

    Aku pun pun taip di Google sebagaimana yang Ida kata itu dan dia minta aku klik salah satu daripada links [b][color=#0000EE]yang terpapar[/color][/b] di skrin LCD komputer aku...

    “Abah tengok tu...  Bukan ke ada dia kata Wear safety glasses. Ensure that powdered ammonium chloride does not get into the air... tu?  Kat kilang tu dah berapa lama dah begnya tu terbuka get into the air?  Setiap hari Abah tu hidu udara tu di situ.”, kata Ida kepada aku lagi.

    “Abah dalam formula Abah punya tak ada satu pun gunakan ammonium chloride tu, Ida.  Chemical tu Jamal tu yang punya kat situ.  Nanti Abah suruh dia orang buang.”,  balas aku.

    “Abah ingat senang-senang nak buang?  Nak buang kat mana?  Abah baca tu,  bukan ke ada dia sebut tu..... Small amounts of ammonium chloride can be disposed of with normal laboratory waste, unless local rules prohibit this. ...  Kat kilang tua dua beg Ida nampak.  Yang dalam tong drum tu ada satu tong.  Nanti JAS dengan Abah-Abah tu sekali dia orang cekup, keluar pulak gambar Abah dalam paper... Buat malu saja,  satu Malaysia ex-students Abah boleh tahu bila dia orang tu baca nanti.”,  kata Ida.

    “Dr. Siva tu nanti tahulah dia nak buang kat mana.”, kata aku kepada Ida.

    “Kalau Abah nak bekerja juga kat situ, itu hak Abah-lah... Tapi nanti kalau Abah rasa jadi tak sihat, selalu pulak batuk,  sakit pinggang tak pasal-pasal... deman, selsema saja... Abah mesti kena berhenti kerja.  Bila ada tanda Abah asyik tak sihat jer nanti,  itu hak kami anak-anak Abah pergi tarik Abah dari sana  bawa Abah balik ke sini.”, kata Ida kepada aku, serius saja mukanya.

    Aku rasa hendak tergelak pula bila aku bayangkan,  bagaimanalah anak-anak aku hendak tarik aku, bila hendak bawa balik aku juga-juga seandainya aku tidak mahu balik... Tetapi aku tahu,  kalaulah nanti lebih banyak mudaratnya daripada kebaikkan,  lebih banyak pula mereka tidak mempedulikan Firman-Firman Allah dalam Ayat 29 Surah At-Takwiir dengan Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf semasa aku sebagai production manager di Syarikat itu,  aku sendiri yang akan belah balik tinggalkan saja kilang itu nanti ..... .....
     
    Bersambung ke No. 14.
    .
    « Last Edit: 02 May, 2010, 11:32:49 AM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #13 14 April, 2010, 10:39:22 PM
  • Publish
  • 14.
    Aku rasa hendak tergelak pula bila aku bayangkan,  bagaimanalah anak-anak aku hendak tarik aku, bila hendak bawa balik aku juga-juga seandainya aku tidak mahu balik... Tetapi aku tahu,  kalaulah nanti lebih banyak mudaratnya daripada kebaikkan,  lebih banyak pula mereka tidak mempedulikan Firman-Firman Allah dalam Ayat 29 Surah At-Takwiir dengan Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf semasa aku sebagai production manager di Syarikat itu,  aku sendiri yang akan belah balik tinggalkan saja kilang itu nanti ..... .....
    ________________________

    JUMAAT 15 Januari 2010...  Prima menghantar aku balik ke Nilai.  Di kilang itu masih tiada siapa,  masih tutup.  Aku yang ada anak kunci, aku minta Prima membuka sliding door kilang itu dan membuka pintu gelasnya sekali.  Setelah aku masuk aku minta Prima menutup sliding door itu, dan setelah ditutpnya dia pun balik ke Subang.

    Aku pun masuk ke bilik opis itu.  Tidak tahu hendak berbuat apa-apa, aku ambil print-out yang Ida bagi kepada aku itu,  aku tampalkan di didinding di bilik makmal itu. Nanti aku akan terjemah bacakan pada Si Dan, Rozai dan Hakimi, kata hati aku.

    Aku pun pergi pula ke bilik opis itu. Sunyi.... Aku buka komputer, aku layari internet... Tiba-tiba aku dengar bunyi orang membuka pintu di hadapan kilang itu.  Aku tahu itu mesti Dan yang membukanya dari luar sebab dia juga ada kuncinya.  Aku lihat jam di skrin LCD komputer sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Awal sungguh Dan sampai.

    Dia pun terus masuk menemui aku di dalam opis bila dilihatnya aku melalui cermin dinding opis itu aku berada di dalam opis itu.

    “Assalamualaikum Pakcik.”, katanya kepada aku.

    “Wa’alaikum salam.  Awal awak sampai.”, kata aku kepadanya.

    “Ini teh untuk Pakcik dengan nasi lemak.  Saya tahu Pakcik tidur di sini sebab Eli call saya malam tadi.  Dia yang beri tahu saya,  dia minta saya datang ke sini awal bawakan nasi lemak dengan teh ini untuk Pakcik.”, kata Dan kepada aku.

    “Terima kasihlah Dan.”, jawab aku sambil aku mengambil beg pelastik yang mengandungi sebuah bungkusan polystyrene nasi lemak dengan sebungkus teh susu daripada tangannya. Dan pun duduk di kerusi di hadapan aku.

    “Kenapa kelmarin awak tak datang sebelah petang bekerja?”,  aku tanya Dan.

    “Saya balik Pakcik.  Tengah hari tu selepas saya hantar nasi saya pergi makan kat restoran tu.  Lepas saja makan di situ tiba-tiba jer pingang saya sakit sangat, itu sebab saya balik.”,  kata Dan.

    “Dah pergi jumpa doktor?”, aku tanya dia.

    “Sudah.  Kat kelinik dia orang ambil darah.  Doktor bagi ubat jer.  Lepas tu saya terus balik.”,  jawab Dan.

    Tiba-tiba Dr. Siva pun sampai. Dia bagaikan tidak terkejut pun yang aku sudah pun berada di opis itu begitu awal pagi lagi.  Sudah tentu Azim memberi tahu dia yang diri aku ini malam tadi telah enggan menginap di bilik sewa itu.

    “Okay Pakcik... hari ini semua chemical yang Azim pergi beli tu akan sampai.  Hari ini juga Ruzai dengan Hakimi datang ke sini.   Ruzai itu dia orang susah.  Elok Pakcik jadikan dia PA Pakciklah.”,  kata Dr. Siva kepada aku.

    “Bila dia orang tu datang?  Kalau datang awal bolehlah saya buat kerja nak repair produk yang orang rejek tu.”,  kata aku kepadanya.

    “Mungkin pukul 2.00 petang nanti dia orang datang.  Pak Hamdi yang bawa dia orang ke sini nanti.”, jawab Dr. Siva.  “Saya ada urusan kat Putrajaya, saya nak pergi sekarang.”,  katanya kepada aku,  lalu dia pun pergi.

    “Kalau Pakcik nak tahu,  memang kelmarin Dr. Siva tu marah-marah kat Eli dengan Azim sebab dia orang bagi Pakcik tidur di hotel tu.  Dia suruh Azim bagi Pakcik tidur kat bilik sewa yang murah tu.  Itu sebab Azim pergi sewa bilik tu.”,  kata Dan kepada aku.

    “Haiiii entah Dan ooi.  Kilang ni tak la besar sanngat tapi kerenahnya macam-macam sampai begitu pula.  Awak tahu apa sebabnya?”, kata aku kepada Dan.

    “Entahlah, Pakcik.  Saya sekarang ni pun tengah cari kerja lain.  Dia orang bagi gaji kat saya bekerja di sini cuma sembilan ratus saja sebulan.  Lagi pun saya bukan larat sangat, selalu saja saya sakit pinggang.”, kata Dan kepada aku.

    “Awak Dan,  awak kena makan multi-vitamin ni tiap hari,  lebih-lebih lagi kerja tu mainkan dengan bahan kimia tu.  Yang boleh jadi macam-macam kerenah tu ni dia,  tengok ni... ”,  kata aku kepadanya lalu aku tunjukkan di skrin LCD komputer itu Ayat Al-Qur’an dengan maksudnya sekali, iaitu:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    “Eisssh, Pakcik.  Macam itu ke kita ni, kalau kita tak endahkan pengajaran Al-Qur’an Allah bagi kita syaitan.?”, tanya Dan kepada aku.

    “Ehh takkanlah awak tak percaya itu Ayat Qur’an tu.”,  kata aku kepadanya.  “Bila kamu tak solat, maknanya kamu tak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an laaaa.  Kalau kita bekerja dengan orang yang tak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kita kena jaga-jaga sebab dia orang tu bersyaitan.  Cakap pun asyik nak bohong saja.  Mengumpat pula macam dah jadi hiburan.”, kata aku kepadanya.

    “Encik Jamal itu dibuang kerja sebab dia tipu Big Boss, Pakcik.  Kalau Pakcik nak tahu nanti Pak Hamdi datang, Pakcik tanya dia.”,  kata Dan kepada aku.

    “Takkanlah saya nak tanya dia pula... Saya ni kalau orang tak cerita, saya tak akan tanya benda-benda macam tu.  Pak Hamdi tu siapa?”, kata aku kepada Dan.

    “Pak Hamdi itu kawan baik Big Boss.  Dia baik orangnya, peramah.”, jawab Dan.

    “Okay sudah pukul 8.30 pagi ni, jom kita bekerja.  Awak bawalah dengan trolly dua jenis produk yang kena rejek tu ke makmal, jom kita repair kalau boleh direpair.”,  kata aku kepada Dan.  

    Aku pun bangun menutup air-con dan terus pergi ke bilik makmal.  Si Dan pula pergi mengambil trolly dan mengikut arahan aku.  Di bilik makmal itu aku cuba menguji apa kandungan yang ada dalam kedua-dua tong itu dengan menggunakan kertas pH untuk aku mengetahui [b][color=#0033FF]nilai pH[/color][/b] sama ada ia asid atau alkali.... Pelik pula bila aku tengok nilai pH cecair yang ada dalam tong yang berlabel Degreaser itu adalah 7... Cecair yang ada dalam tong yang berlebal Floor Cleaner itu juga nilainya juga 7..... ....


    Bersambung ke No. 15.
    .
    « Last Edit: 02 May, 2010, 11:34:13 AM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #14 15 April, 2010, 04:00:27 AM
  • Publish
  • 15.
    Aku pun bangun menutup air-con dan terus pergi ke bilik makmal.  Si Dan pula pergi mengambil trolly dan mengikut arahan aku.  Di bilik makmal itu aku cuba menguji apa kandungan yang ada dalam kedua-dua tong itu dengan menggunakan kertas pH untuk aku mengetahui [b]nilai pH[/b] sama ada ia asid atau alkali.... Pelik pula bila aku tengok nilai pH cecair yang ada dalam tong yang berlabel Degreaser itu adalah 7... Cecair yang ada dalam tong yang berlebal Floor Cleaner itu juga nilainya juga 7..... ....
    _________________________

    AKU gelak terbahak-bahak hingga berair mataku.... Astahgfirullahal’aziiiiiim, kata aku bila menyedari yang ketawa aku itu adalah ketawa yang terlampau tadi. Teringat aku pula kepada guru aku Mr. Theodor Hansch yang banyak mengajar aku membuat produk di makmal kepunyaan Mr. Ong itu dulu; yang ada aku kisahkan dalam kisah hidupku ketika aku di Penang 20 tahun yang lalu, iaitu dalam [b]Kisah Si Bongsu[/b].  Dia masa bekerja serius saja, tidak pernah pun mahu ketawa.  Habis-habis sangat dia hanya senyum saja.

    “Kenapa Pakcik ketawa teruk sangat?”, tanya Dan.

    “Hei Dan, dalam dua-dua tong ni air paip biasa la... Tengok kertas pH ni,  warnanya kat 7 tu,  sama dengan pH air biasa.”,  kata aku kepada Dan.

    “Maknanya yang dijual kat orang tu air paip tu saja la... Tak hairan la orang rejek, Pakcik.  Camana boleh jadi macam tu?”,  kata Dan pula kepada aku.

    “Itu saya tak tahu la Dan... Yang saya tahu, ingat tak tadi apa yang saya tunjuk pada awak di komputer tu tadi Ayat Al-Qur’an yang maksudnya Allah bagi syaitan kat orang yang tak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an tu?”, jawab aku.

    "Tak faham saya, Pakcik. Ada apa kaitannya pulak?",  tanya Dan.

    "Tak apalah kalau tak faham.  Nanti bila senang-senng saya bagi tahu.",  jawab aku.

    “Habis kita nak repair macam mana, Pakcik?  Ada banyak lagi yang belum di bawa ke sini, masih ada banyak kat headquaters sana.”, tanya Dan pula.

    “Nak repair apa, air?  Tapi jangan buanglah tau?  Itu pun kita kena test tiap-tiap tong nanti, sebab mungkin tak semuanya air.  Mana-mana yang memang air nanti kita boleh gunakan semula air tu, jangan dibuang pulak, tau?”, balas aku.

    “Okay, okay.  Saya faham.”, kata Dan.

    “Pergi ambil tong tu lagi, bawa ke sini.”,  kata aku kepadanya.

    Si Dan pun pergi menolak trolly itu untuk mengambil tong-tong yang berisi cecair yang telah direjek orang itu.  Bila dia bawa masuk ke bilik makmal dua tong itu lagi, aku lihat satu tong labelnya Dishwash, rupanya  berwarna kuning pekat, yang satu tong lagi pada labelnya ialah Stripper.  Si Dan terus membuka tong yang berlebal Stripper itu lalu dituangnya sedikit cecair dari tong itu ke dalam bikar.  Aku pun terus menguji pH cecair di dalam bikar itu.  Nilainya 0.  Aku beri Dan tengok kertas pH itu.

    “Kosong, zero, Pakcik.  Apa bendanya tu?”,  tanya Dan.

    “Entahlah.  Bukan ke awak yang buat, awak yang isikan ke dalam tong tu dulu.  Awak juga yang melekatkan label pada tong itu, Stripper, kan?”, kata aku kepada Dan.

    “Eissh, saya manalah tau.  Saya tukang bubuh bahan, stir saja, lepas tu peking.  Yang sediakan bahan-bahannya Encik Jamal.”,  kata Dan.

    “Apa orang komplen pasal Stripper ni?”, aku tanya Dan.

    “Dia orang cakap bila guna Stripper tu di lantai, ada yang sampai nak pitam, Pakcik.  Ada juga pulak yang sampai termuntah.”,  kata Dan.

    “Itu kat luar tu ada Ammonium Chloride kan?  Masa kamu bancuh tu, tak berasap ke, ... tak terasa nak muntah ke?”, aku tanya Dan.

    “Kalau Stripper, bukan saya yang bancuh.  Encik Jamal buat sendiri dia yang bancuh.  Saya peking saja, dia tak bagi saya bancuh.”, jawab Dan.

    “Okay, Stripper ni saya taknak repair sebab dia guanakan Ammonia tu. Saya taknak guna Ammonia.  Nanti kita tanya Dr. Siva, saya cadangkan dibuang sajalah.  Tapi nak buang kat mana,  salah tau?  Kalau JAS tahu, nahas nanti kita.”, kata aku kepada Dan.

    "JAS tu apa, Pakcik?",  tanya Dan.

    "Jabatan Alam Sekitar.", jawab aku.

     “Itu pandai Dr. Siva nantilah Pakcik.”, jawab Dan.

    “Ambil sedikit dishwas dalam tong tu, Dan.   Kita uji pH-nya pula.”,  aku suruh Dan.  Dia pun mengangkat tong yang bermuatan 20 liter itu lalu dituangkannya sedikit isiannya ke dalam bikar.  Aku pun menggunakan kertas pH lalu mencelupkan kertas itu ke dalam cecair pekat kuning yang ada dalam bikar itu. Nilainya 9.  Aku beri tahu Dan kalau nilainya 9, itu alkali, okay kalau Dishwash.

    “Tapi Pakcik orang komplen bila pakai tak ada buih.  Tentu orang marah pencuci pinggan mangkuk bila dia orang guna, tak berbuih pun.  Dahlah begitu, pekat kuning keruh pula tak jernih macam Sunshine tu.”,  kata Dan.

    “Kenapa awak tak masukkan foaming agent masa awak buat bancuh dulu?  Kalau awak tak bubuh SLS foaming agnet-nya, memanglah tak banyak buih.”, kata aku.

    “Oh ya baru saya teringat.  Masa Encik Jamal tu suruh bancuh dulu SLS tu dah habis, Pakcik.  Dia kata tak payah guna SLS.  Saya ikut saja apa dia arah.”,  kata Dan memberi tahu aku.  “Tapi yang jadi keruh tak jernih tu pasal apa, Pakcik?”,  tanya Dan.

    “Masa kamu masukkan Lemon Lime Oil itu ada tak, dia suruh kamu bancuh terlebih dahulu dengan apa-apa?”, aku tanya dia balik.

    “Tak ada pulak.  Dia suruh saya tuang saja Lemon Lime Oil tu, lepas tu stir.  Bila stir saja, terus Dishwash tu jadi keruh.”, kata Dan.

    “Lemon Lime Oil tu minyak,  Dan.  Sedangkan Dishwash tu air.  Minyak dengan air kalau distir laju,  dah tentu jadi keruh.  Dengan sebab itu kenalah ada bahannya yang kita kena bancuh dengan Lemon Lime Oil tu terlebih dulu sebelum dituang, distir.”, kata aku kepada Dan.

    “Patutlah semua Dishwah tu keruh, tak macam Sunshine punya tu.”, kata Dan.

    “Okaylah, semua Dishwah yang orang rejek tu kita tak boleh pulihkan supaya nampak jernih,  cuma kita boleh bagi banyak buihnya saja.  Tapi Dan, siapalah yang nak beli kalau Dishwash tu keruh, kan?”, kata aku kepada Dan.

    “Keruh tak apa sangat Pakcik,  yang gunakan Dishwash tu syarikat catering yang Big Boss punya juga.  Yang dia orang komplen lagi pasal Dishwash tu tak berapa nak cucikan pinggan mangkuk yang berminyak.”, jawab Dan.

    “Kalau macam tu kita repairlah, saya tahulah nak buat macam mana nanti.”,  kata aku.

    “Pakcik,  saya nak pergi mob lantai.  Saya belum mob lagi lantai kilang ni.  Opis dengan makmal ni pun belum saya mob lagi.  Saya ditugaskan kena mob tiap-tiap hari.”, kata Dan kepada aku.

    “Pergilah buat kerja awak tu.”, kata aku.  Dia pun pergi.  Kasihan hati aku melihat Dan, gajinya cuma sembilan ratus saja sebulan. Dia sudah ada isteri, ada anak dua orang. Minyak motor berulang alik dari Semenyih ke Nilai itu bagi dirinya tentulah membebankan.  Tetapi bila bekerja nampaknya memang rajin sungguh.

    Taraf pendapatan buruh di Malaysia ini dari segi gaji [b]memang amat rendah.[/b].  Tetapi siapalah aku,  sedangkan gaji aku sebagai Production Manager di kilang ini pun cuma hendak diberi kepada aku ini hanya dua ribu ringgit saja sebulan.... Entahlah, apa hendak jadi dengan Malaysia-ku ini..... Aku harap pemerintahan Malaysia ini tidak lama lagi akan berubah, buat kata peribahasa... sekali air bah sekali pasir berubah.....

    Bersambung ke No. 16.
    .
    « Last Edit: 01 May, 2010, 10:29:29 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #15 15 April, 2010, 10:50:32 PM
  • Publish
  • 16.
    Taraf pendapatan buruh di Malaysia ini dari segi gaji [b]memang amat rendah.[/b].  Tetapi siapalah aku,  sedangkan gaji aku sebagai Production Manager di kilang ini pun cuma hendak diberi kepada aku ini hanya dua ribu ringgit saja sebulan.... Entahlah, apa hendak jadi dengan Malaysia-ku ini..... Aku harap pemerintahan Malaysia ini tidak lama lagi akan berubah, buat kata peribahasa... sekali air bah sekali pasir berubah.....
    ________________________

    KHAMIS, 14 Januari 2010 jam 2.30 petang itu barulah datang lori membawa bahan-bahan kimia yang dibeli oleh Azim.  Kata Si Dan kepada aku lori itu kepunyaan kompeni Big Boss juga dan pekerja-kerja itu berja dengan kompeni Big Boss.  Aku hanya lihat saja pekerja-pekerja  yang mengikuti lori itu menurunkan bahan-bahan kimia itu dan membawanya masuk ke dalam kilang.  Si Dan yang mengarahkan mereka mahu diletakkan bahan-bahan kimia itu di kilang itu.  Tidak lama lepas itu Azim pun sampai.

    “Kata nak bagi saya ni pakai kereta,  mana keretanya?”,  aku terus tanya Azim.

    “Kereta tu ada kat bengkel, Pakcik.  Tadi baru dia orang hantar kereta tu ke Bengkel. Bos suruh kereta KIA itu diservis dulu sebelum serahkan kat Pakcik.  Hari Isnin ni baru siap, ananti saya bawa kereta tu ke sini.”, jawab Azim, kemudian dia senyum.

    “Mana the letter of offer tu?”,  aku tanya dia.

    “Ada.”,  katanya, lalu dia pun mengambil satu sampul surat dari dalam begnya dan diberikannya kepada aku.  Aku pun mengeluarkannya dari sampul suratnya itu lalu aku baca.......

    “Aziiim,  apa ni, Aziiim!  Nama jawatan dalam the letter offer untuk saya ni sebagai Chemist.  Kanapa tukar pula.  Saya bukannya Chemist, ahli kimia laaaa.  Jangan main-mainkan saya, Aziiiim. Mana saya ada sijil sebagai ahli kimia?  Saya bukan ahli kimia laaaa.  Nak jadi ahli kimia kena ada sijilnya, tau tak, kena ikut syarat [b]Akta Ahli Kimia.[/b], tau tak?.  Saya nak baliklah kalau macam ini.”, kata aku lalu aku beri balik kepadanya the letter of offer itu.

    “Nanti saya fax surat ni pada dia orang minta dia orang tukar kepada Production Manager.”, jawab Azim.

    “Satu lagi saya nak tanya ni,  kilang ini beropersi ada tak permit dengan semua lesen-lesen mengikut undang-undang buat production kat sini?”,  aku tanya Azim.

    “Itu saya tak tengok, Pakcik.  Dr. Siva kata semua dah ada,  ada pada dia.  Dia yang pegang simpan.”,  jawab Azim.

    “Okay, Dr. Siva kata dua orang pekerja yang jadi pembantu saya Pak Hamdi yang bawa ke sini petang ini.  Tapi sampai sekarang tak tiba lagi, macam mana ni, cakap jer dia orang datang hari ni tapi tak jadi kenyataan?”, aku tanya Azim.

    “Nanti saya call Pak Hamdi.  Saya pun tak tahu hal itu.”,  jawab Azim lalu dia pun menggunakan telefon di opis itu membuat panggilan kepada Pak Hamdi.  Aku dengar dia tanya Pak Hamdi bila nak datang sebab Dr. Siva kata nak datang hari ini?  ... Lepas itu aku dengar Azim tanya balik: Hari Isnin?....  Fahamlah aku hanya pada hari Isnin, empat hari lagi barulah mereka akan tiba.

    “Beginilah Azim, senang cerita.... Petang ini juga saya nak balik sebab pertamanya saya dah tak ke masjid berjemaah dah bayak hari.  Malam ni malam Jumaat.  Keduanya, Azim order dari headquater nak buat production apa tu pun belum ada lagi.   Kalau nak repair produk yang orang rejek tu pun, yang dua orang nak bantu saya ni, hari Isnin baru dia orang nak datang, jadi saya kat sini pun,  nak buat apa?”, kata aku kepada Azim.

    “Pakcik repairlah tu, ada banyak tong produk-produk di depan tu.... Bukan ke Dan boleh tolong?”, jawab Azim.

    “Saya taknak Dan yang tolong,  dia sakit pinggang.  Lagi pun saya tak boleh buat kerja selagi the letter of offer tu yang betul-betul ada sebut jawatan Production Manager tu belum saya terima.  Kamu tengok balik dalam the letter of offer tu, tidak sebut pun adanya EPF dengan Socso.  Macam tak reti nak buat the letter of offer pulak. Siapa yang buatkan the letter of offer tu, folly sangat?”,  kata aku kepada Azim.

    “Puan Jami, dia akauntan.”, jawab Azim.  Aku rasa hendak tergelak tetapi aku tahan, hanya senyum sinis saja kepada Azim.

    “Okay-lah,  saya nak baliklah.”,  kata aku pula.

    “Tak bolehlah balik, Pakcik.  Chemicals dah pun dibeli tu.”,  balas Azim.

    “Saya tahu dah dibeli.  Tapi saya ni siapa selagi the letter of offer tu saya tak terima dengan betul menyatakan siapa saya kat kilang ni. Kamu sedar tak dari segi realitinya saya ni dah dijadikan sebagai jaga tidur di sini pulak?”, balas aku pula, rasa geram pun ada.

    “Pakcik tunggulah saya fax kat headquaters nanti Puan Jami perbetulkan the letter of offer ni, nanti dia orang fax ke sini yang betul punya, Pakcik boleh baca.”,  kata Azim kepada aku.

    “Itu nanti kamu boleh minta dia fax ke rumah saya.  Kat rumah saya ada mesin fax.  Saya datang ke sini pagi Isnin nanti bila saya terima fax tu nanti kalaulah the letter of offer tu lengkap.  Jom hantar saya balik.”,  kata aku kepada Azim.

    “Saya hantar Pakcik kat KLIA, boleh?  Lepas tu Pakcik naik ERL ke KL, boleh?”, Azim tanya aku.

    “Okay-lah. Nanti kat sana saya boleh call anak saya tu ambil saya.”, jawab aku.  Lantas dengan tidak membuang masa aku pun hanya mengambil kotak ubat aku sahaja dan terus melangkah pergi keluar meninggalkan kilang itu menuju ke kereta Azim.  Si Dan terpinga-pinga melihat tindakan aku itu.  Namun kepadanya aku beri tahu insyaAllah saya akan datang balik pada pagi Isnin nanti. ....

    Dalam perjalanan ke KLIA itu aku tanya Azim dia belajar setakat mana dan berapa usianya..  Dia kata dia ada degree di bidang Science Politics, usianya 25 tahun. Aku juga tanya berapa gajinya bekerja sebagai salesman di bawah Dr. Siva?  Dia kata seribu dua ratus saja.

    Aku tanya juga Azim sejak kilang itu dibuka, berapa orang yang buat sales.  Dia kata tiga orang, Dr. Siva, Eli dan dirinya sendiri juga.  Aku juga tanya dia produk-produk detergens tu dijual siapa-siapa pembelinya.  Dia kata ada dapat tender, polis, tentera, .. tapi yang banyak produk itu kompeni guna sendiri sebab kompeni Big Boss juga dapat kontrek cleaning;  banyak guna floor cleaner, stripper dengan toilet bowl cleaner.  Big Boss juga ada syarikat catering service, banyak pakai dishwas, ktanya.

    Aku tidak tanya kenapa Encik Jamal itu diberhentikan sebab aku sudah tahu Azim sendiri adalah anak angkat Big Boss,  jadi tidak mahulah aku nak tanya-tanya hal itu.  Walau bagaimana pun aku tanya juga dia gaji Eli berapa sebulan.   Dia kata sama saja dengan gaji dia iaitu seribu dua ratus, tapi setiap sales dapat komisyen 40%.

    Sampai saja di KLIA Azim park keretanya.  Dia iringi aku hingga tempat membeli tiket ERL itu,  dia yang bayar.  Lepas itu dia pun iringi aku hingga ke tempat menunggu ketibaan train itu.  Dia terus bersalam dengan aku dan pergi meninggalkan aku di situ.  Rasa kasihan pula hati aku melihat dia pergi.

    Sedang aku menunggu ketibaan train di situ HP aku berbunyi.  Nombot HP Ezany artis yang sudah polular dikenali ramai itu terpapar di skrin HP aku.  Dia ucapkan salam keagaaman kepada aku, dan aku jawab salamnya itu.

    “Pakcik, maafkan saya dah lama tak kontek Pakcik.  Saya nak jumpa Pakcik sebab ada hal sikit.  Bila agaknya Pakcik senang,  saya nak gi ke rumah Pakcik.”,  katanya kepada aku.

    “Esok pun boleh,  hari Sabtu ni pun boleh.  Ahad ini pun boleh.  Saya ada kat rumah. Ada hal apa?”, kata aku ingin tahu dengan segera.

    “Kalau boleh Pakcik, saya nak lantik Pakcik jadi Production Manager, saya nak buka kilang kicap sekali dengan kilang sos tomato, sos cili tu. Kalau boleh, esok petang saya gi ke rumah Pakcik, okay tak?”,  katanya kepada aku.

    “Datanglah saya tunggu.”, jawab aku.  Dia pun mengucapkan terima kasih dan salam kepada aku.  Aku jawab salamnya... Huhhh, Production Manager buat kicap, buat sos pulak dahhh!  Rezeki Allah Bagi... Tokeh aku seorang artis pulak dahhhh... Alhamdulillah., kata hati aku. 

    Ezany pernah dua kali datang ke rumah aku bersama-sama dengan isterinya.  Dibawanya dua paket belacan.  Dia beri aku lalu aku lihat pada labelnya Belacan Ezany ada gammbar dirinya sekali pada label itu.  Kedatangannya itu dia hendak belajar membuat sos tomato, sos cili, sos tiram.  Membuat sos itu bukannya susah sangat lalu aku pun bagi saja dengan percuma resipinya kepada dia.
    الْحَمْدُ للّهِ
     “شكرا ، جزاكم الله خيرا كثيرا
    , katanya kepada aku.  Aku lihat bergenang air matanya, ..... barang kali amat terharu hatinya mendapat resipi-resipi itu daripada aku.

    Kali kedua dia datang kerana dia hendak bertanya kepada aku di mana hendak beli botol untuk sos-sos itu.  Dia datang bersama-sama dengan isterinya juga.  Aku pun beri tahu dia ada banyak syarikat dengan kilang yang jual botol-botol itu... Antaranya.... LABPLAS SDN BHD,  Lot. 1563 Kg. Jaya Industrial Area, Off Jalan Kusta,  P. O. Box 22,  47000 Sungai Buloh, Selangor DE. Tel. 03-6157 5555. Fax: 03-6157 6651./ 6157 3943
    Website: http://www.labplas.org

    Esok petang aku akan dikunjungi oleh artis iaitu Ezany, insyaAllah.  .... ......

    Bersambung ke No. 17.
    .
    « Last Edit: 01 May, 2010, 10:32:07 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #16 18 April, 2010, 12:47:36 AM
  • Publish
  • 17.
    Kali kedua dia datang kerana dia hendak bertanya kepada aku di mana hendak beli botol untuk sos-sos itu.  Dia datang bersama-sama dengan isterinya juga.  Aku pun beri tahu dia ada banyak syarikat dengan kilang yang jual botol-botol itu... Antaranya.... LABPLAS SDN BHD,  Lot. 1563 Kg. Jaya Industrial Area, Off Jalan Kusta,  P. O. Box 22,  47000 Sungai Buloh, Selangor DE. Tel. 03-6157 5555. Fax: 03-6157 6651./ 6157 3943
    Website: http://www.labplas.org

    Esok petang aku akan dikunjungi oleh artis iaitu Ezany, insyaAllah.  .... ......
    ________________________

    JUMAAT  15 Januari 2010 kira-kira jam 5.00 petang, Ezany dengan isterinya pun datang.  Dia memberi salam keagamaan kepada aku dan aku jawab salam, lalu aku jemput mereka masuk.  Aku persilakan mereka ke meja yang berhampiran dengan meja komputer aku lalu aku jemput mereka duduk di kerusi di situ.

    “Pakcik sihat?”, tanya Ezani kepada aku.

    “Pakcik ni macam itulah, dah tua kan?  Makan ubat, makan multi-vitamins, begitulah.  Sekarang ni makan sayur bayam dengan tauge banyak-banyak, nasi sama banyak dengan sayur bayam dengan tauge tu,  tambah lagi dengan ulam daun salad mentah.”, kata aku kepada mereka berdua.

    “Hari-hari makan sayur bayam dengan tauge tu?”, tanya isterinya, orang Sabah.

    “Ya, sebab dalam bayam dengan tauge tu ada khasiat [b]Alpha Lipoic Acid[/b], ada anti-oxidant.  Kalau kamu nak awet muda kenyangkan perut tu dengan sayur bayam dengan tauge tu.”, kata aku kepada mereka, lalu mereka pun ketawa.

    “Ezany sekarang ni macam mana?”,  aku tanya Ezany.

    “Sibuk la, Pakcik.  Belacan saya tu dah masuk ke Giant dah lama dah. Permintaan banyak sangat.  Sibuk dengan shooting drama lagi.  Nak jaga bisnes lagi.”, balasnya.

    “Kenalah Ezany ada time management skills kan?  Agama kita dah ada pun bagi time management, waktu solat tu setiap hari tu untuk kita manage time kitalah tu.”,  kata aku kepada mereka.

    “Ya Pakcik, walau pun saya ni artis Pakcik, tentang solat tu saya jaga.  Emak dengan Abah saya memang saya dari kecik dulu lagi pantang kalau saya ni tak solat, tak solat je kena tibailah saya ni.”,  kata Ezany.

    “Okay, apa cerita nak yang jumpa dengan Pakcik ni?”, aku tanya Ezany.

    “Begini, Pakcik.  Saya nak belajar buat kicap dengan Pakcik, nak buka kilang kicap sekali dengan sos cili, sos tomato, sos tiram juga.  Nak buat sendirilah.  Saya fikir saya nak lantik Pakcik juga yang jadi Production Manager-nya.”, kata Ezany kepada aku.  Isterinya hanya diam saja mendengar penuh minat.

    “Apa khabar?”,  tanya Azi kepada kedua-dua mereka yang keluar dari bilik setelah dia selesai solat Asar.  Cucuku Tun Hani Nadira sedang tidur di biliknya.  Prima anak aku pula entah pergi ke mana keluar tadi.  Ida bekerja di Putrajaya masih belum balik lagi.

    “Khabar baik, Makcik.  Makcik apa khabar?” bagaikan serentak mereka berdua membalasnya dan isteri Ezany pun bangun bersalam dengan Azi.

    “Khabar baik.  Duduklah ya,  Makcik nak ke dapur.”,  kata Azi.  Lalu dia pun pergi.

    “Bukan ke Ezany dah pun pasarkan kicap?”,  aku tanya dia sebab aku tahu memang kicapnya Kicap Ezany ada aku lihat di Giant.

    “Menyampah betullah, Pakcik.  Mula-mula kicap tu okay.  Saya tempah kicap tu orang Melayu yang buat, laku sungguh.  Lepas tu akhir-akhir ni duit tempahan dah dibayar, kicapnya berubah-ubah, kejap pekat kecap cair, kekadang berbuih.  Susahlah macam tu.  Itulah, saya fikir-fikir nak buat kicap sendirilah.”,  kata Ezany memberi tahu aku.

    “Buat bisnes ni Ezany,  dapat untung banyak, zakat kena bayar.  Bukan ke zakat tu pengajaran Al-Qur’an?  Bila tak bayar zakat maknanya kita tidak endahkan pengajaran Al-Qur’an, Ezany.  Betul tak?”, kata aku kepadanya.

    “Saya bab zakat tu, saya bayar, Pakcik.  Saya tahu.  Abah saya juga pesan hal itu.”,  kata Ezany kepada aku.

    “Orang yang buatkan kicap tu la dia tak bayar zakat kut,  itu sebab dia buat kat Ezany begitu.  Duit Ezany dah bayar tempah kicapnya,  tapi dia bersyaitan buat hal pulak, kan?... Ni Ezany tengok ni, baca...”, kata aku, lalu aku klik fail rujukan aku dalam komputer aku, dan aku paparkan di skrin LCD....
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]”.

    “Betul-betul tu...  Walau pun dah saya bayar deposit pun, boleh pulak dia buat hal.  Kalau saya tak bayar tu, mungkinlah dia nak khianat lagu tu, tak heran. Ini ....”,  kata Ezany tak habis ayatnya.

    “tulah sebab saya dah kata kat Abang ni,  lebih baik kita buka kilang buat kicap tu.   Belacan tu Mak Abang terus buatlah.”,  sampuk isteri Ezany.

    “Pakcik, kami lantik Pakcik jadi Production Manager, okay kan?”,  kata Ezany kepada aku.

    “Untuk pengetahuan Ezany Pakcik ni dah pun jadi Production Manager, kat Nilai di Negeri Sembilan sana, buat production detergents.”, kata aku kepadanya.

    “Ala-mak,  macam mana ni?”,  kata Ezany kepada isterinya.

    “Tak apa... Buat kicap tu bukannya susah sangat, nak kontrol kualitinya pun tak teruk macam mana nak buat detergents tu.  Ikut saja sukatan resipi tu, setiap batch productions jangan ubah.  Kalau detergen  ya, kena ada Production Manager yang pantau sebab bila tersilap sikit jer, produk jadi rosak.  Buat kicap, senang.  Suruh jer pekerja yang buat,  dengan peking sekali.  Isteri Ezany pun boleh pantau masa buat kicap tu di kilang.  Tak apa,  nanti setiap hari Ahad Pakcik cuti hujung minggu,  Pakcik bolehlah pergi tengok-tengok.  Pakcik pergi  melawat seminggu sekali.”,  kata aku kepadanya.

    “Kalau macam itu, okay-lah juga, Pakcik.  Ni kami datang ni nak belajar buat kicap tu.”, kata Ezany.

    “Eishhh, tak payah belajarlah.  Ambil saja resipinya.   Nak buat kicap pekat manis;  nak pekat, nak cair jenis kicap karamel tu,  ikut saja dalam risipi, ikut langkah-langkahnya bila memprosesnya...  Nanti Pakcik print resipinya.”,  kata aku.

    Lantas aku pun membuka folder di komputer aku, lalu aku buka fail Cara Membuat Kicap Segera.  Aku print, aku beri kepada Ezany.  Dia pun membacanya.

    “Senang juga cara buat kicap ni, ya Pakcik.  Tak payah nak rendam kacang soya berbulan-bulan, pakai soy protein yang dah siap jer dengan hitamkan gunakan karamel, pekatkan dengan tepung gandum jer. 
    الْحَمْدُ للّهِ
    شكرا ، جزاكم الله خيرا كثيرا

    Terima kasihlah, Pakcik.”, kata Ezany. 

    Nota cara membuat kicap itu pun diberikannya kepada isterinya lalu isterinya juga membacanya.

    “Betul ya, bang.  Senang saja nak buat ni.”,  katanya kepada Ezany.

    “Yang paling senang tapi susah orang nak betul-betul buat,  apa dia?”,  aku tanya mereka berdua.  Istri aku Azi pun datang membawa teh susu dan kuih pau.

    “Yang paling senang tapi susah orang nak buat tu Ezany, nawaitu tu.  Niat tu mesti Kerana Allah.”, kata Azi isteri ku yang menjawabnya sambil dihidangkannya teh susu bersama dengan Kuih Pau itu di atas meja.

    “Makcik buat air pulak dahhh. Susah jer Macik ni.”,  kata Ezany kepada Azi.

    “Tak susah mananya... Tadi yang Pakcik tanya tadi tu... Ezany nak jadi usahawan ke, nak kaya ke, nawaitu mesti kerana Allah. Jangan lupa pesan Makcik tu.", kata Azi lagi. 

    Tiba-tiba kedengaran suara orang perempuan memberi salam di muka pintu hadapan.  Aku kenal, itu suara Yah yang suaminya telah digoda oleh perempuan Indon lalu Yah ditinggalkan oleh suaminya begitu saja.   Azi pun menjawab salamnya lalu dia menjemput Yah masuk.  Dan Azi bersama Yah pun berbual-bual di ruang tamu, agaknya Yah malu hendak jumpa Ezany.

    “Ezany faham tak apa yang Makcik tadi cakap?”,  kata aku kepadanya.

    “Faham, Pakcik.  Kalau kita tak bernawaitu kerana Allah apa-apa yang kita nak buat, di saat itu jugalah syaitan masuk campur, kan?”, tanya Ezany kepada aku.

    “Ha’a, faham pun. Tahu tak apa.”, jawab aku.  “Okay Ezany, kam tahu ke di mana nak beli bahan-bahan buat kicap tu?”, kata aku kepadanya.

    “Tahu,  dulu Pakcik dah bagi kat saya alamatnya  Di Meilun Food Chemical Sdn Bhd di Kelang sana tu.”,  jawab Ezany sambil dia minum dengan makan kuih Pau itu.  Isterinya juga turut minum dan makan.

    Tiba-tiba HP aku berbunyi.  Dari nombor HP pemanggil itu aku tak tahu siapa.  Dia beri salam aku jawab salamnya.  Bunyi suaranya seperti orang India, mamak agaknya.  Dia kata dia call dari Penang.  Dia tanya aku boleh atau tidak aku mengajar cara membuat 8 produk detergents esok hari Sabtu.  Aku jawab boleh, kalau 8 jenis kena dua hari, Sabtu dengan Ahad.  Dia kata dia akan datang pagi esok juga.  Aku pun meminta dia beri tahu apa 8 jenis detergent itu,  lantas dia beri tahu aku.  الْحَمْدُ للّهِ, rezeki anak aku Prima yang masih menganggur lagi itu.

    “Tak apalah Pakcik,  kami ni menganggu Pakcik jer.  Pakcik pun busy nampaknya.  Kami minta dirilah dulu.  Apa-apa nanti saya kontek Pakcik-lah.”, kata Ezany.

    Ezany bersalam dengan aku dan aku minta hendak bergambar dengannya.  Aku beri HP aku lalu isterinya itu tolong ambilkan gambar aku dengan Ezany.....


    Setelah aku bergambar dengan Ezany,  dia dengan isterinya pun hendak berangkat balik.  Aku iringi mereka hingga ke pintu.  Aku lihat Yah tersipu-sipu tetapi seronok kerana dengan mengejut saja boleh dapat melihat Ezany dengan matanya sendiri, iaitu dapat melihat  pelakon drama TV yang memang dia minati lakonanya.... ...

    P/S.  Terima kasih kepada wakjeng kerana sudi uploadkan gambar-gambar dalam 'Kisah Akulah Production Manager', ini.

    Bersambung ke No. 18.
    .
    « Last Edit: 01 May, 2010, 10:34:13 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #17 18 April, 2010, 09:28:32 PM
  • Publish
  • 18.
    Setelah aku bergambar dengan Ezany,  dia dengan isterinya pun hendak berangkat balik.  Aku iringi mereka hingga ke pintu.  Aku lihat Yah tersipu-sipu tetapi seronok kerana dengan mengejut saja boleh dapat melihat Ezany dengan matanya sendiri, iaitu dapat melihat  pelakon drama TV yang memang dia minati lakonanya.... ...
    ________________________

    SABTU 16 Januari 2010,  jam 8.00 sebuah kereta parking di hadapan rumah aku.  Aku pun menjenguk ke luar di pintu, aku lihat dua orang pemuda Indian Muslims, kedua-duanya memakai ketayap putih turun dari kereta.  Salah seorang terus memberi salam keagamaan kepada aku lalu aku jawab salamnya.

    “Kami dari Penang ni nak belajar buat 8 produk detergents tu, Pakcik.”, kata yang seorang lagi lalu dia pun bersalam dengan aku.  Lantas kedua-dua mereka memperkenalkan diri mereka, seorang bernama Mohd Rafiq bin Saleem dan yang seorang lagi itu Hassan bin Maideen.

    “Pukul berapa bertolak dari Penang?  Macam mana tahu di sini boleh mengajar buat detergents?”, aku tanya dia.  Aku pun menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

    “Malam tadi kami tidur di hotel kat Subang Permai tu.  Dalam [b][color=#0000FF]website[/color][/b] yang kami jumpa di internet tu ada pelan lokasi ke sini.”, katanya kepada aku.

    Malam tadi aku sudah pun memberi tahu Prima yang ada orang hendak belajar buat 8 produk detergents itu.  Malam tadi juga Prima sudah siap print Nota Pelajaran 8 produk itu dan semua bahan kimia yang diperlukan juga Prima sudah sediakan awal pagi tadi di bawah meja.  Peralatan seperti penimbang eletronik, bikar, silinder bersenggat, gelas, sudu, besen semuanya sudah siap disediakan oleh Azi isteri aku diletaknya di atas meja.

    “Pakcik, kami ambil 8 subjek ni,  tentu ada diskaun kan?”,  tanya Mohd Rafiq kepada aku.

    “Diskaun 10 persen bolehlah.”,  jawab aku.

    “Bagilah diskaun 20 persen, Pakcik. Kami datang dari jauh ni.”, kata Hassan pula.

    “Kalau ikut, jika 8 subjek, satu subjek RM370, maknanya kena bayar RM2960. Kalau dua orang belajar jadi RM5920-lah.  Ini yang nak belajar ni seorang ke berdua?”,  kata Prima kepada mereka.  Lantas mereka berpandangan antara satu sama lain bagaikan teperanjat.

    “Tak apalah tu Prima, kita bagi dua-dua belajar, bayar kira seorang.  Kita bagilah diskaun 10 persen tu.  Jadi yuran setelah diskaun 10 persen, cuma dia orang bayar kat kamu RM2664 sajalah.  Itu pun dah kalah gaji Abah sebulan gaji jadi Production Manager kat Nilai tu.”, kata aku kepada Prima. 

    Prima diam saja.  Aku lihat kedua-dua mereka yang hendak belajar itu bagaikan berasa lega kerana aku sendiri yang bagi dua orang boleh belajar tetapi dikira yurannya sebagai seorang yang belajar.

    Jam 9.00 pagi Prima sendiri yang mula mengajar mereka berdua itu.  Aku hanya memantau saja sambil aku melayari internet membaca forum politik.

    Macam-macam juga yang mereka berdua tanya Prima, tetapi mana-mana yang Prima tidak berapa boleh hendak memberikan jawapannya, akulah yang sambar menjawabnya.  Bukanlah susah sangat mengajar membuat produk kerana yang belajar itu sendiri yang kena buat, duduk dan bangun menyukat dan menimbang serta membacuh bahan-bahan kimia itu untuk dijadikan produk-produk itu.

    Kira-kira jam 11.00 pagi   telefon di rumah aku berbunyi.  Aku angkat gagangnya dan aku dengar bunyi ada fax hendak masuk.  Aku pun menekan butang di mesin fax aku itu untuk ia menerima fax yang dikirimkan itu.  Fax itu rupa-rupanya adalah The Letter of Offfer untuk aku sebagai Production Manager yang dihantar oleh Azim.  Aku pun membacanya.....

    Lega juga aku bila aku lihat nama jawatan ialah Production Manager,  bukannya Chemist.  Salary: RM2,000 (within 45 days, the amount will be changed prior to company’s consideration.  Benefits: (a) EPF and SOCSO contributon,  (b) Company Car for your own use; and (c) Rental House paid by the company.  Selain itu dalam surat yang difax kepada aku itu juga ada menyatakan ....You will be receiving addtional information from our Managing Director, Dr. Siva regarding your specific job....

    Aku pun beri Prima membacanya.

    “One page jer, bah?  Tak ada pun sebut yang Dr. Siva tu kata ada sales profit sharing 40%.  Mana ada?  Itulah bah, bila Prima tengok muka dengan body language dia pun Prima dah tahu, cakap dia tu cuma words of mouth jer... Bila on papar, nothing.  Abah nak terima ke?”,  kata Prima kepada aku.

    “Abah rasa Abah terimalah dulu, nak dapatkan pengalaman.  Kalau Abah tak terima, tak dapatlah Abah nak merasa macam mana jadi Production Manager tu.”,  balas aku. 

    Aku kata begitu sebab aku tetap memegang pada prinsip yang Pak Lebai Johan profesor idola aku dulu ada beri tahu aku yang kata-katanya itu aku jadikan sebagai falsafah hidupku.  Katanya... "If you do it, you will get it, insyaAllah, but if you don't do it definitely you will never get it, or you still can get it, but what you get is you will be getting nothing!". ... 

    Teringatkan kepada kata-kata Pak Lebai Johan itu lantas di hatiku aku bacakan [b][color=#002FEE]Surah Al-Fatihah[/color][/b] yang aku niatkan sebagai  menghadiahkannya kepada arwah guruku itu.

    Mengenai Prima, aku tidak risau sangat yang dirinya itu masih menganggur sudah hampir setahun itu kerana dia sudah pun boleh mengajar mebmuat pelbagai produk.  Katanya dia pun sekarang ini sedang membina website yang baru dan hendak buat semula bisnes macam masa di Penang dulu, bisnesnya itu kerap diiklankanya di dalam Harakah dan juga di beberapa media lagi.  Prima  juga kata dia hendak tukar nama syarikat kepada nama baru, iaitu Rampa Enterpise kalau nama itu masih lagi belum ada orang lain yang telah daftarkan di SSM.

    Justeru aku telah serahkan kepadanya semua CD formula pembuatan pelbagai produk pengguna itu kepadanya.  Untuk anak aku Ida, adik Prima juga aku serahkan salinan CD itu. Walau bagaimana pun masih banyak lagi produk seperti jenis makanan dan minuman yang Prima belum lagi cuba menghasilkannya kerana katanya mudah saja membuatnya bila dilihat resipi-resipi yang lengkap dengan langkah-langkah bagi memproses untuk menjadikan produk-produk itu.

    AHAD,  17 Januari 2010,  Prima meneruskan pengajarannya kepada Mohd Rafiq dan Hassan,  iaitu membuat 4 produk detergents lagi hingga selesai kesemua 8 jenis detergents itu dipelajari oleh Mohd Rafiq dan Hassan berdua,  iaitu Dishwash, Heavy Duty Floor Cleaner, Liquid Laundry Detergent, Car Shampoo, Window Glass Cleaner, Toilet Bowl Cleaner, Waterless Hands Cleaner dan Powdered Laundry Soap.  Senyum saja Prima bila dia menerima bayarannya.

    “Ingat Prima, bayar zakat pendapatan.”, kata aku kepadanya. ....  ......

    Bersambung ke No. 19.
    .
    « Last Edit: 01 May, 2010, 10:39:56 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #18 19 April, 2010, 06:57:37 PM
  • Publish
  • 19.
    AHAD,  17 Januari 2010,  Prima meneruskan pengajarannya kepada Mohd Rafiq dan Hassan,  iaitu membuat 4 produk detergents lagi hingga selesai kesemua 8 jenis detergents itu dipelajari oleh Mohd Rafiq dan Hassan berdua,  iaitu Dishwash, Heavy Duty Floor Cleaner, Liquid Laundry Detergent, Car Shampoo, Window Glass Cleaner, Toilet Bowl Cleaner, Waterless Hands Cleaner dan Powdered Laundry Soap.  Senyum saja Prima bila dia menerima bayarannya.

    “Ingat Prima, bayar zakat pendapatan.”, kata aku kepadanya. ....  ......
    _______________________

    ISNIN 18 Januari 2010, selepas saja Prima menghantar Tun Hani Nadira anaknya yang juga cucu kesayangan aku itu ke Tadika, dia pun terus menghantar aku balik ke kilang di Nilai.  Jam 8.50 pagi aku dan Prima pun sampai.  Si Dan sudah pun ada di dalam kilang itu. Prima pun terus balik.

    “Assalamualaikum Dan.”, kata aku kepada Dan mengucap salam.

    “Wa’alaikumsalam.”, jawab Dan, lalu dia pun datang menghampiri aku.  Aku lihat 5 tong dishwash yang aku dan dia buat tempoh hari sudah pun tiada.  Aku tanya Dan ke mana perginya tong-tong yang berisi Dishwash itu.

    “Dia orang dah ambil, Pakcik.  Dia orang bawa dengan lori ke Senawang kot.”,  Aku pun masuk ke opis lalu aku rekodkan dalam borang yang aku buat di dalam koputer.

    “Dan jom kita repair produk yang dalam tong tu.  Ada banyak tong lagi tu.”, aku ajak Dan.

    “Saya ni sakit pinggang lagi la, Pakcik. Malam tadi saya tak berapa nak dapat tidur, sakit sangat.  Saya datang ni pun boleh buat kerja-kerja yang ringan mob lantai ni jer.”, kata Dan kepada aku.  Kasihan rasa hati aku kepada Dan.

    “Pergilah ke kelinik.  Jangan awak buat main-main lambat jumpa doktor.  Bahaya nanti kalau dah lambat doktor pun payah nak ubat bagi sembuh.”,  kata aku kepada Dan. 

    Aku masih tidak dapat hendak membuat buat kerja production.  Kalau ikutkan dalam the letter of offer itu Dr. Siva yang akan bagi info mengenai specifik job aku.  Dia pun belum datang lagi.  Azim dengan Eli juga belum datang. Aku hendak memandai-mandai buat production itu pun,  Dr Siva belum cakap-apa lagi apa bidang tugas aku.

    Jam 9.00 pagi barulah Dr. Siva, dan Eli sampai juga sampai lalu mereka  terus masuk ke opis.  Dr. Siva duduk di kerusinya,  aku di kerusi aku untuk Production Manager di opis itu.  Eli pula duduk di kerusi di hadapan aku dan juga Dr. Siva.

    “Mana Azim tak sampai lagi ni?”, tanya Dr. Siva kepada Eli.

    “Sekejap lagi dia sampai, Doktor.”, jawab Eli.

    “Kita tunggu Azim.”, kata Dr. Siva.   Tiba-tiba Azim pun sampai.

    “Pakcik, kereta KIA Pakcik tu dah sampai, ada kat depan tu, saya bawa ke sini tadi.”, kata Azim kepada aku.

    “Eh, KIA ke?  Bukan kita bincang dengan Big Boss nak bagi Pakcik ni pakai Kancil?”, tanya Dr. Siva kepada Azim.

    “Big Boss kata bagi kat Pakcik KIA.”, jawab Azim.

    Aku berasa lega bila aku dengar Azim kata kereta KIA itu sudah pun sampai untuk aku.  Namun aku lihat wajah Dr. Siva bagaikan tidak berpuas hati.

    “Okay,   pagi ini kita bincangkan hal kerja di kilang ini.  Time bekerja seperti biasalah, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.  Tengah hari lunch hour jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang.  Pakcik uruskan hal production mengikut yang ada order dari headquaters. Kerja ikut time office hours-lah.  Puan Jami akan fax ke sini order itu dari headquaters tu. 

    "Azim uruskan kilang ini dari aspek raw materials, beli apa saja yang Pakcik mahu kita order.  Juga mana-mana chemicals yang nak habis cepat-cepat pergi beli, jangan tunggu dah habis baru nak pergi beli.  Apa-apa lab appratus yang Pakcik nak, kita kena belilah.  Duit nak beli chemicals, apa-apa yang Pakcik nak nanti, saya akan bagi....

    "Sementara menunggu order dari headquaters, Pakcik repair-lah products yang kena rejek tu, nanti bila Pak Hamdi datang dia akan bawa dua orang pekerja, Rozai dengan Hakimi. ...

    Saya cadangkan Pakcik ambil Ruzai tu jadi PA Pakcik di makmal.  Nanti bila dah boleh masuk ke rumah sewa tu,   I hope you don’t mind Rozai can stay with you too sebab rumah dia di Semenyih, dia tak ada transport nak datang ke sini.  Boleh ke, Pakcik?”,  tanya Dr. Siva.

    “Tak ada masalah.  Saya pun nanti duduk seorang saja, isteri saya tak ikut ke sini sebab dia kena jaga cucu saya.  Kalau Rozai tu mahu,  eloklah juga, bolehlah juga saya minta tolong apa-apa kat rumah tu nanti.  Kalau saya tiba-tiba jatuh sakit tidaklah saya seorang diri saja.”, kata aku kepada Dr. Siva.

    “Very good, .... now solve Rozai's problem tempat tinggal.   Oh ya,  dia jadi PA Pakcik.  Dia budak baik,  dulu masa dia kerja kat Giant semua gaji dia dapat setiap bulan, dia bagi kat emak dia, cuma dia ambil untuk tambang transport naik bas saja dengan untuk belanja makan.  Keluarga dia orang susah, Pakcik.  Kalau boleh nanti Pakcik ajarlah dia semua formula buat produk tu... Manalah tahu dia boleh jadi macam Pakcik satu hari nanti, kan?”,  kata Dr. Siva kepada aku.

    Mendengar kata-kata Dr. Siva itu, aku teringat kepada Prima yang ada berpesan kepada aku, yang aku kena jaga-jaga dengan Dr. Siva itu.  Aku tidak jawab apa yang Dr. Siva itu kata tadi.  Lagi pun tempoh hari Dr. Siva ada kata pada aku yang time kerja aku ini juga sebagai bos di kilang itu, tidak perlu ikut time kerja kerana time kerja itu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang itu untuk pekerja buruh itu; yang penting production berjalan lancar.  Tetapi sekarang sudah lain pula bunyinya, aku ini sebagai Production Manager kena kerja ikut office-hours pula.

    “Dr. Siva,  saya hendak beri tahu ni,  bahawa saya terima bekerja di sini saya bukan sebagai Chemist tapi sebagai Prduction Manager.  Explicitly and categorically I want you to take note and know that sebab saya sudah pun dapat the letter of offer yang menyatakan jawatan saya ialah Production Manager, bukannya Chemist.”,  kata aku kepada Dr. Siva.

    “Aisey men.... Eh Azim, bukan ke kita sudah bincang dengan Big Boss, jawatan untuk Pakcik ni Chemist?  Apa pasal bertukar pulak?”, tanya Dr. Siva kepada Azim.

    “Pakcik tak nak, Doktor.... Itu sebab for Pakcik the letter of offer tu Big Boss signed dah, as a Production Manager, not as a Chemist.”,  jawab Azim.

    “Okay, never mind about that.  Can we all start our work today?  You Eli and Azim kerja macam biasalah.  I will do my part and both of you buat kerja masing-masing dapatkan order.”,  kata Dr. Siva kepada Eli dan Azim.

    Aku pun terus bangun hendak pergi ke makmal.  Dr. Siva minta Si Dan membawa empat biji tong produk yang orang sudah rejek itu ke bilik makmal untuk aku uji kalau boeh diperbaik-betulkan.  Kasihan aku lihat Si Dan tetapi  tidak pula dia beri tahu Dr. Siva yang dia sakit pinggang, tetapi aku lihat cara Si Dan berjalan memang dia sakit pinggang.

    “Dan,  nanti awak kerja ikut arahan Pakcik ya!  Saya tahu awak memang rajin.  Kerja baik-baik nanti boleh naik gaji bila kita boleh jual banyak produk.  Awak nanti boleh dapat share,  profit sharing juga.”,  kata Dr. Siva kepada Si Dan, lalu dia pun terus beri tahu aku dengan Si Dan yang dia ada urusan, sekarang juga dia hendak pergi keluar.   Azim menyerahkan kunci kereta KIA itu kepada aku,  lepas itu dia dengan Eli pun pergi keluar juga.

    Aku pun pergi menjenguk keluar hendak melihat kereta KIA itu... Dan aku lihat nombor plat-nya NBA.....  Kerata itu dah berusia 15 tahun agaknya ..... Kereta itu macam sudah dipolish, berkilat.  Aku tak kisahlah asalkan aku ada diberi kereta, nanti senanglah aku hendak bejemaah di Masjid setiap malam.... Tetapi di hati aku tertanya-tanya ..... Kenapa Dr. Siva tadi macam tak puas hati saja yang aku ini diberi kereta KIA... Entahlah,  ... nanti aku akan tanya Azim ..., kata hati aku.

    Aku pun terus pergi ke bilik makmal kerana Si Dan sudah pun membawa 4 biji tong berisi cecair yang ada label di rong-tong itu sebagai produk Floor Cleaner ke dalam bilik makmal itu, ditolaknya dengan trolly.  Aku minta Dan yang ujikan dengan kertas pH, dan dia pun mengujinya;  kesemuanya didapatinya nilai pH adalah 7.

    “Kat luar sana ada lagi 12 tong, Pakcik.”, kata Si Dan kepada aku.

    “Okay, awak pergi uji kat sana sajalah, mana yang pH tu 7, tuangkan air di dalam tong tu ke delam deram. Nanti kita boleh gunakan air tu semula,  jangan buang membazir.”,  jawab aku.

    “Heiii Pakcik oooi.  Saya nak tuang ke dalam deram tu macam mana,  saya tak larat angkat tong tu, berat.  Saya sakit pinggang la, Pakcik.”, jawab Si Dan.

    “Ada tak kat sini pam yang pakai motor tu.  Kalau ada gunakanlah, tak payahlah angkat tong tu.  Pam saja air dari tong tu masukkan ke dalam deram.”, kata aku pula.

    “Ada, Pakcik.  Tapi dah rosak.   Nanti saya ambil.”, kata Si Dan.

    “Kalau dah rosak, nak apa pergi ambil. Tak payahlah.”, jawab aku.

    “Bukan apa,  saya ambil nak tunjuk kat Pakcik jer..  Harganya seribu lima ratus lebih.”, jawab Si Dan.

    “Eishhh pam air yang kecil tu harga sampai macam tu. Awak mengarutlah.”, kata aku kepadanya lalu dia pun pergi mengambilnya juga.

    “Ini ha’a... kecil jer ni.  Mahal ni.”, kata Si Dan lalu diberinya kepada aku.  “Encik Jamal yang beli ni.”,  katanya lagi.

    “Manalah sampai mahal sangat macam tu, habis sangat dua tiga ratus saja harganya ni.”, kata aku kepadanya.

    “Semua barang kat kilang ni Encik Jamal tu yang beli,  Big Boss tu bagi jer dia duit tak kira berapa pun haragnya, dia bayar jer.   Pakcik tahu tak, [b]mesin stir tu[/b] ada dua, berapa harganya?... Lima ribu.”,  kata Si Dan memberi tahu aku.

    “Ehhh Dan, awak jangan nak temberang sayalah.  Saya ni dah tua, hormatlah sikit.  Jiran saya tu pun ada mesin macam tu, dulu dia beli cuma empat rastus lebih saja satu.  Kalau sampai lima ribu, maknanya dua ribu lima ratuslah satu!  Menagrutlah awak ni!”,  balas aku.

    “Alaaa, Pakcik kalau Pakcik tak percaya nanti Pak Hamdi datang, Pakcik boleh tanya dia.”, kata Si Dan kepada aku.

    Susah aku hendak mempercayai cerita Dan itu.  Takkanlah Big Boss itu tidak tahu, main bagi saja duit, bayar, kata hati aku.

    “Okay la Dan kalau awak tak larat nak buat kerja angkat tong tu.  Nak buat macam mana?  Nanti dia orang datang kita minta dia orang buat kerja angkat tong-tong tu tuangkan air ke dalam deram.”,  kata aku kepada Si Dan dengan harapan Rozai dan Hakimi akan segera datang.

    Si Dan lepas itu menceritakan kepada aku yang Big Boss sudah banyak rugi kerana ditipu oleh Encik Jamal orang kepercayaannya itu berpuluhan ribu ringgit.  Tetapi susah aku hendak mempercayai cerita Si Dan itu.  Dia hanya buruh am di situ, manalah pula dia boleh tahu?  Lagi pun kalau beli apa-apa tentu ada resitnya, ada juru auditnya... Enlahlah pula. ....

    Bersambung ke No. 20.
    .
    « Last Edit: 01 May, 2010, 11:15:09 PM by Ziarahmenilai »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #19 28 April, 2010, 03:01:20 AM
  • Publish
  • 20.
    Si Dan lepas itu menceritakan kepada aku yang Big Boss sudah banyak rugi kerana ditipu oleh Encik Jamal orang kepercayaannya itu berpuluhan ribu ringgit. Tetapi susah aku hendak mempercayai cerita Si Dan itu. Dia hanya buruh am di situ, manalah pula dia boleh tahu? Lagi pun kalau beli apa-apa tentu ada resitnya, ada juru auditnya... Entahlah pula. ....
    ___________________

    TIDAK ada apa lagi yang hendak aku buat bila Si Dan sakit pinggang dan aku pula tidak mahu hendak memaksanya dengan mengarah-ngarahnya pula, walau pun tadi Dr. Siva ada memberi tahu Si Dan yang dia kena ikut arahan aku.  Takut aku hendak mengarah-ngarah orang walau pun aku telah diberi kuasa mengarah sebab aku sedar bahawa di kilang itu ada pelbagai bahan kimia termasuklah asid dua tiga jenis.   Kalau silap-silap haribulan jika tersilap berkomunikasi yang boleh menyakitkan hati,  manalah tahu dia dengan mudah saja boleh disimbahnya aku dengan asid itu!  Di Maktab Perguruan dulu lainlah, dalam hal kerja aku memang suka mengarah students suruh buat itu dan buat ini.

    Jam 1.00 tengah hari aku ajak Si Dan pergi makan. Dia kata tidak mengapalah sebab dia hendak keluar pergi ke tempat lain sekejap.  Aku pun membawa kunci kereta KIA untuk pergi ke Masjid yang tidak berapa jauh dari kilang itu.

    Aku buka pintu kereta itu,  menjenggau rasa panas tetapi harum wangi baunya dari dalam kereta itu, agaknya baru saja disembur dengan air refreshner.  Aku pun masuk dan terus membuka tingkap cermin kereta supaya haba panas itu keluar, dan aku freekan gear untuk hendak start enjinnya. Alamak longgar saja tombol gear itu.  Aku pun start enjin kereta,  okay;  air-con juga okay.  Radio, juga okay... aku buka radio siaran Kelasik Nasional.... Lagu nyanyian M. Bakri kebetulan sedang ke udara... [b][color=blue][color=#3300FF]Kenang Daku Dalam Doa Mu.[/color][/color][/b]....

    Bila aku mendengar lagu itu teringatlah aku [b][color=#002FEE]kembali kepada Apoi - Entry No. 288[/color][/b],  apakah dia ingatkan diri aku ini,  atau pun bagi dirinya diri aku ini sudah pun tiada lagi di dalam minda dan di dalam hatinya.... Entahlah .... Aku pun memandu kereta itu menuju  ke Masjid yang berhampiran. Di Masjid itu aku sempat solat Zohor berjemaah. Semasa aku sujud aku tidak lupa berdoa...
    اللَّهُمَّ
    رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
    Setelah selesai solat berjemaah itu aku pun bergegas terus pergi ke restoran.  Aku beli nasi dan kari daging, sayur serta teh ais.  Aku minta semuanya itu dibungkus lalu selepas aku bayar,  aku terus saja balik ke kilang itu.

    Si Dan tiada di kilang.  Pintu kilang itu tidak pun dikunci.  Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang.  Aku pun terus ke opis, makan nasi seorang diri, minum teh ais itu dan juga aku makan ubat-ubat yang aku kena makan di situ.  

    Terfikir oleh aku bagaimanalah aku hendak berkerja dengan Si Dan itu kerana dia nampaknya hingga jam 2.00 petang pun dia tidak balik ke kilang.  Dia pula bukan sihat, selalu saja mengadu sakit pinggang.  

    Lepas saja makan tengah hari itu terfikir oleh aku hendak melayari internet, membaca forum tetapi tidak jadi sebab lebih baik aku buat satu jadual waktu untuk Si Dan dan juga dua orang pekerja yang Dr. Siva kata mereka berdua akan Pak Hamdi bawa hari ini ke kilang itu.
    Jam 2. 45 petang,  tiba-tiba tiga orang datang,  seorang lelaki berusia 60han dan bersama-samanya juga ada dua orang pemuda berusia 20han mengiringinya.  Mereka terus masuk ke dalam opis mengucap salam kepada aku.  Aku jawab salam mereka dan aku pun bersalaman dengan mereka.

    “Saya Hamdi, bebudak ni panggil saya Pak Hamdi.  Yang dua ni, yang ni Rozai,  yang seorang lagi ni Hakimi.”,  kata lelaki berusia 60han itu memperkenalkan diri.... “Ini bos kamu berdua. Nanti kamu ikut arahan bos kamu ni, kerja rajin-rajin.”, katanya pula kepada dua pemuda itu.  Aku pun turut memperkenalkan diri aku kepada mereka.

    Pak Hamdi bagaikan sudah biasa datang ke kilang itu.  Dia memberi tahu aku bahawa dialah yang menahan Big Boss yang mahu menutup terus kilang itu bila Encik Jamal iaitu Production Manager yang lalu itu “buat taik” hingga merugikannya.

    “Kenapa dia diberhentikan.”,  aku tanya Pak Hamdi seorang yang memang peramah orangnya itu.

    “Si Jamal tu buat taik.  Yang Si Big Boss itu pulak dia percaya sangat kepada Si Jamal tu.... Perangai Si Big Boss tu, kalau dia sudah percayakan pada satu-satu orang, dia boleh percaya habis.  Dia ada duit, orang hendak berapa banyak pun senang saja dia bagi bila dia dah percaya.  Macam itulah kat Si Jamal tu, sitirring machines tu dua biji dia cakap harganya lima ribu pun, Big Boss bagi senang saja lima ribu kat dia.  Pada halnya satu harganya baru empat ratus lapan puluh saja ...

    “Yang boleh akhirnya Big Boss hendak tutup saja kilang ni bila kilang ni dah rugi sampai dekat tiga ratus ribu.  Tambah pula produk-produck Si Jamal buat dulu yang pada mulanya okay tetapi lepas itu tiba-tiba macam-macam jadi, semua orang rejek.  Pembeli dah tak percaya, taknak beli.  Barulah Big Boss tu sedar yang Si Jamal tu dah mainkan dia.”,  kata Pak Hamdi bercerita kepada aku.  Rozai dan Hakimi hanya mendengar saja.  Mungkin mereka juga sudah tahu kisahnya.

    “Kenapa pula dia buat produk tu orang rejek?”,  aku tanya Pak Hamdi.

    “Panjang ceritanya ni....  Big Boss itu syarikat utama dia ada dua, cattering services, dengan cleaning servises.  Syarikat Cleaning services tu memang kena banyak guna detergents kena dibeli. Sebelum ada kilang ni dibeli dari Cina-lah.  Dia dapat banyak juga tender cleanings, jadi memang banyaklah kena beli detergents, floor cleaner, stripper, toilet bowls cleaner, air refreshner, hands cleaner, macam-macam cleaner  lagilah.....

    Si Jamal ni dia approach Big Boss, dia beri tahu ada orang hendak jual kilang yang buat detrgents yang hendak ditutup.  Si Jamal ni pulak dia ni tahu jugalah sedikit sebanyak buat production, jadi Big Boss tu terus setuju beli semua peralatan, termasuklah chemicals, tangki besar, tangki kecil,  itu dan ini di kilang yang dah nak tutup dah tu.  Semua tu dibawa pindah ke sini....

    “Si Jamal itu juga Big Boss bagi autoriti penuh setup-kan kilang ni. Berapa Si Jamal itu nak guna duit,  dia bagi saja.  Dia jugalah yang beli sendiri chmeicals, Big Boss bagi saja duit bila kilah tu beroperasi.”,  kata Pak Hamdi panjang lebar.

    “Eishhh, takkan-lah Big Boss macam itu.  Sudah tentu dia sebagai Big Boss dia semak, sudah tentu dia ada akauntan, ada juru audit, kan?”,  kata aku kepada Pak Hamdi.

    “Orang banyak duit la, Pak Rampa. Kalau dia dah percayakan pada satu-satu orang tu, cakap orang lain pun dia tak mahu dengar.  Cakap saya ni pun dia tak peduli sangat.  Yang pandai mengampu dia,  dia dengarlah.   Big Bos ni memang pemurah orangnya,  baik sangat.  Bila dah beratus ribu dia rugi, bila orang rejek produk dari kilang ni,  barulah dia sedar yang Si Jamal dah mainkan dia, tipu dia.  Barulah dia nak buka mulut kat saya ni kata dia nak tutup kilang ni....

    “Saya pun kata kat dia jangan tutup.  Bagi saya chance 3 bulan untuk boleh saya hidupkan operasi kilang ni.  Bila dah 3 bulan kalau saya gagal, dia nak tutup,  tutuplah.  Dia kata okay,  dia setuju.  Saya pun terus jumpa Dr. Siva sebab Dr. Siva ni dia member saya;  dia ada banyak cables.  Dia orang politik, aktif dalam parti politik dia;  kira-kira senanglah juga boleh dapat tender.  Dr. Siva pun pergi jumpa Big Boss...

    “So, Big Boss serahkan kepada Dr. Siva sepenuhnya dengan saya ni supaya dapat dihidupkan kilang ni semula.  Mengikut perancangan Dr. Siva semua staff termasukllah pekerja, production manager, Azim, Eli dan juga saya ada share sama rata; ada profit sharing.  Tiba pula masalah hendak mencari pengganti Jamal, siapa, di mana nak dicari.  Bukan senang nak cari orang yang tahu, yang boleh buat macam-macam detergents tu...

    “Hari tu dah pun dapat seorang perempuan, orang Melayu kita ni, dia pandai buat products tu tapi dia hendak gaji lapan ribu sebulan... Big Boss taknak.  Entah macam mana Eli ke, Azim ke baru-baru ni cari dalam internet,  itulah yang dia orang jumpa website Pak Rampa, ... Lepas itulah dia orang berdua terus boleh dapat jumpa dengan Pak Rampa..... Alhamdulillah. ....”, kata Pak Hamdi.

    “Jadi, bukanlah Production Manager yang dulu tu accident, koma; yang menyebakan saya ni diambil bagi menggantikan dia?”,  aku tanya Pak Hamdi.

    “Eishhh, siapa pulak yang kata begitu? Tak adalah... Si Jamal taik tu hidup lagi tu, tapi saya tak tahulah dia di mana sekarang ni.  Siapa yang kata dia accident, koma tu?”, kata Pak Hamdi kepada aku.

    “Eli dengan Azim.”, jawab aku berterus terang kepada Pak Hamdi.

    “Eishhhh bebudak tu la.:,  jawab Pak Hamdi.

    “Bukan apa Pak Hamdi, cuma pada hemat saya inilah; bila sesuatu tu tak betul dari awalnya, akan jadi tak betullah sampai ke akhirnya nanti.  Mula-mula lagi dah bohong kata Production Manager tu kononnya accident, koma... Entahlah... Saya rasa saya ni tak akan lama bekerja kat sini, sebab saya memang tak suka bekerja dengan orang yang berbohong.”,  kata aku kepada mereka bertiga.

    “Janganlah you kata begitu,  Pak Rampa.... Kita sama-samalah berusaha,  You tolonglah gunakan kepakaran you tu, insyaAllah kilang ni boleh beroperasi semula.”,  jawab Pak Hamdi.

    “Okaylah... Saya ni boleh bekerja jika ada seorang yang akan jadi pembantu saya,  sebagai PA saya.    Bukan apa, saya ni kalau nak bergerak bangun duduk nak ambil itu ini, nak angkat yang berat,  saya dah tak larat sangat,  lambat.  Lagi pun saya bila dah tua ni, saya ni  bukannya sihat sangat.”,  kata aku kepada mereka.

    “Itu no problem.... Ni Rozai ni ada.  Dr. Siva pun dah bagi tahu dia boleh duduk dngan you jadi PA you.  You buatlah dia macam anak you sendiri, kalau you ambil dia jadi anak angkat you pun lagi elok, kan?.”, kata Pak Hamdi.   Mendengar kata-kata Pak Hamdi begitu, Rozai hanya tersnyum. ....

    “Yang Hakimi ni dia bekerja nak temankan Rozai ni saja, tak lama.  Hakimi ni nak sambung belajar bulan Mac ni.  Dia orang berdua ni dah sejak kecil berkawan rapat tak pernah berenggang,  tinggal pula setaman.  Dengan Azim tu juga dia orang ini sejak bebudak dah berkawan rapat juga.”,  kata Pak Hamdi memberi tahu aku.

    “Rozai boleh bawa kereta?”, aku tanya dia.

    “Boleh tapi belum ada lesen lagi.”,  jawabnya.

    “Saya ada lesen.”, kata Hakimi pula.

    “Okay boleh tak, kamu tolong saya pergi ke restoran tu, tolong belikan untuk kita minum petang ni...”, kata aku kepada Hakimi, lantas aku ambil wang lima puluh ringgit sekeping dari dompet aku.... “Untuk saya teh ais dengan mi goreng.  Pak Hamdi nak makan apa, minum apa?”, kata aku kepada Pak Hamdi pula.

    “Saya Milo ais sajalah.  Saya ni memang tak makan sangat waktu siang.  Tengah-tengah malam nanti baru saya makan nasi.”, katanya.

    “Okay,  awak berdua nak makan apa awak belilah apa-apa yang awak nak.”, kata aku kepada mereka berdua dan terus aku beri wang lima puluh ringgit itu kepada Rozai dan kunci kereta KIA itu kepada Hakimi.  Seronok benar nampaknya mereka, lalu mereka pun pergi.

    Pak Hamdi dengan aku terus berbual-bual.  Si Dan masih juga belum kembali ke kilang.  Pak Hamdi tanya aku Si Dan ke mana, aku kata Si Dan itu pagi tadi dia ada datang, dia tu sakit pinggang. Tengah hari tadi dia keluar sampai sekarang belum balik lagi.  Dia balik kot, sakit pinggang.”, jawab aku.

    Pak Hamdi menceritakan kepada aku hal dirinya, juga mengenai bagaimana hubungan peribadinya dengan Big Boss itu dan juga menceritakan kepada aku macam-macam masalah yang dihadapi oleh Big Boss yang sudah banyak kali ditipu oleh orang..... Sudah hendak hampir sejuta Big Boss rugi orang tipu dia, katanya.... Aku yang mendengarnya di dalam hati aku berkata... Why???...  Terus aku teringat kepada Firman Allah.....
    وَمَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٍ۬
    yang maksudnya...."Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.", iaitu maksud Ayat 30 dalam Surah Asy-Syura. ......  .......

    Bersambung ke No. 21.
    .
    « Last Edit: 02 May, 2010, 12:08:29 PM by Ziarahmenilai »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    4532 Views
    Last post 17 April, 2011, 06:59:34 AM
    by Ummi Munaliza
    692 Replies
    138094 Views
    Last post Today at 01:05:37 AM
    by Ziarahmenilai
    1 Replies
    1303 Views
    Last post 26 October, 2010, 12:16:20 PM
    by Ummu Fatimah