Syeikh al-Habib Abdul Qadir Meninggal Dunia

Author Topic: Syeikh al-Habib Abdul Qadir Meninggal Dunia  (Read 2583 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1293
    • View Profile
04 April, 2010, 11:41:49 PM
  • Publish Di FB
  • Syeikh al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin Abdurrahman as-Saqaaf



    Dunia terkejut dahsyat menyaksikan seorang insani yang soleh telah tidak berada dipangkuannya lagi, alam bersedih ketika melihat seorang ulama yang dicintai telah kembali kepangkuan tuhannya, langit mendung menangisi kepergiannya, bumi bergetar setelah mendengarkan kepulangannya menghadap Allah swt, isak tangis kesedihan para ulama, haba`ib dan pelajar ketika mendengar berita sedih yang membuat mereka meresakan kehilangan yang teramat besar dengan wafatnya Syeikh Sayyid Ahmad Saqaaf, kehikangan ini lebih besar dari kehilangan emas permata, kehilangan ini lebih besar dari kehilangan rumah dan kereta, kesedihan ini lebih dahsyat dari kehilangan para raja dan putra mahkota.

    Nama lengkap beliau adalah : al-Imam al-Qudwah al-`Arif billah al-Uswah al `Amil al-Musnid al-Faqih as-Syeikh al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin Abdurrahman bin Ali as-Saqaaf al-Ba`lawi al-Huseini al-Hadrami Syafi`i al-Asy`ari.

    Beliau di lahirkan pada tahun 1331 hijriyah.

    Beliau dibesarkan dari masyarakat yang kuat beragama, dipelihara oleh kedua orang tua yang soleh, ayahnya seorang ulama yang terkenal sehingga sangat memperhatikan pertumbuhan dan pendidikkan anaknya, dari kecil beliau telah dididik untuk rajin belajar menuntut ilmu agama, penyebab inilah yang mendorong beliau menjadi orang yang berhasil dan berilmu tinggi, beliau telah membaca dan belajar dari ayahnya lebih dari enam ratus kitab, waktunya hanya dihabiskan untuk belajar dan membaca kitab-kitab, sangat wajar jika beliau dapat mengungguli teman-temannya.

    Diantara guru-guru beliau adalah :

    1 - Syeikh al-Habib Ahmad bin Abdurrahman bin Ali as-Saqaaf ( ayahanda beliau ) .
    2 -Syeikh al-Habib Ali bin Muhammad bin Husein al-Habsyi.
    3 - Syeikh Ahmad bin Hasan al-`Atthas .
    4 - Syeikh Habib Muhammad bin Hasan `Aidid.
    5 - Syeikh Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi.
    6 - Syeikh Habin Muhammad bin Hadi Saqaf.
    7 - Syeikh habib Muhammad bin Salim as-Siri.
    8 - Syeikh Abdullah bin `Aidrus al-`Aidrus.
    9 - Syeikh Abdul Baari bin Syikh al-`Aidrus.
    10 - Syeikh Abdullah bin Umar as-Syathiri.

    Dan lain-lain.

    Setelah menimba ilmu sebanyak-banyaknya, mulailah beliau mengajarkan ilmunya kepada umat islam, banyak diantara pelajar yang berbondong-bondong mendatangi beliau untuk belajar ilmu agama, nama beliau menjadi terkenal diantara ulama-ulama, terlebih lagi sifat dan perwatakkan beliau yang menarik perhatian para pelajar ilmu agama, membuat mereka merasa merugi jika tidak belajar dan mengambil ilmu darinya.

    Diantara murid-murid beliau adalah :

    1 - Syeikh Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki.
    2 - Syeikh Habib Zein bin Ibrahim bin Sumith.
    3 - Syeikh Habib Salim bin Abdullah as-Syathiri.
    4 - Syeikh Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiizh .
    5 - Syeikh Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri.
    6 - Syeikh Sayyid Nabil Hasyim Aali Ba`lawi alGhamri.
    7 - Syeikh Abu Bakar Badzib al-Yamani.
    8 - Syeikh Sayyid Ibrahim bin Abdullah al- Ahsa`i .
    9 - Syeikh Husein bin Muammad Hadi Saqaf.
    10 - Syeikh Sayyid Muhammad Jad Badaruddin al-Masri.
    11 - Syeikh Muhammad Nabih bin Najib bin Ahmad Salim al-Halabi.
    12 - Syeikh Majdi Makki al-Halabi.
    Dan lain-lain.

    beliau meninggal dunia pada tanggal 19 Rabi`ul akhir 1431 hijriyah bertepatan tanggal 4 April 2010 masehi.

    Sumber  : http://Http://Allangkati.Blogspot.Com
    « Last Edit: 04 April, 2010, 11:44:43 PM by IbnuNafis »

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #1 04 April, 2010, 11:49:52 PM
  • Publish Di FB
  • Al-Fatihah ila Hadrah Al-Habib Al-Qudwah Al-Allamah Al-Habib Abd Al-Qadir bin Al-Habib As-Saggaf...

    Semoga Allah s.w.t. membalasi jasa dan usaha beliau dalam bidang tarbiah, ta'lim dan dakwah. Amiin...

    Pemergian beliau adalah kehilangan yang amat besar bagi para pencinta ilmu dan ulama'.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #2 04 April, 2010, 11:55:26 PM
  • Publish Di FB
  • Al-Fatihah.. Moga di tempatkan di kalngan org beriman insyaALlah..  menangiis
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #3 05 April, 2010, 01:22:42 AM
  • Publish Di FB
  • Takziah kepada ahli keluarga dan waris ....

    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    ubaidullah

    • *
    • Posts: 98
      • View Profile
    Jawab #4 05 April, 2010, 04:02:40 AM
  • Publish Di FB
  • BISMILLAH :)
    Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...
    semoga ada yg akan mengganti beliau dan semoga anak2 kita mencontohi keperibadian beliau... :ins:
    dan hari ini juga (4/4/2010) seorang sahabat ana muhd hafizul husna bin salehuddin telah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal.
    beliau adalah pelajar tahun 3 kuliah bahasa arab universiti al azhar kaherah mesir..
    mungkin berita ini akan keluar surat khabar esok..
    semoga beliau di tempatkan bersama2 solihin dan org2 yg memperjuangkan agama ALLAH :ins:..Al-Fatihah :aamiin:

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #5 05 April, 2010, 04:09:01 AM
  • Publish Di FB
  • Al-Fatihah juga buat sahabat saudara.. Moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman..InsyaALlah

    fadhila

    • *
    • Posts: 299
    • ONE GOD"ALLAHUAHAD"ONE ISLAM-MANY MANY MUSLIMS
      • View Profile
    Jawab #6 05 April, 2010, 05:41:44 AM
  • Publish Di FB
  • اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِليهِ رَاجعُون٠
     وَاِنّا اِلى ربّنا لمنقلبون٠
     اللهمَّ اكْتُبْهُ عنْدك في اْلمُحْسِنِيْنَ َوجْعَلْ كِتَابَهُ فِيْ عِلِّيِّيْنَ
     واخْلُفْ فِيْ اهْلِهِ فِي ْاغَابِرِيْنَ٭
    :aamiin:


    Takziah kpd  keluarganya atas kehilangan ini.Salam.
    AL FATIHA  keatas setiap arwah muslimin yg telah meninggal harini mahupun sebelumnya  . Allahummagh fir lahom warhamhom wa 'aafihim wakfu anhom wa akrim nuzulahom wa wassi' madkhalahom wa taqabbal hasanatihim bi rahmatika ya arhamarraahimiin.
    shaion lillah la humul Fatiha...
    « Last Edit: 05 April, 2010, 05:57:17 AM by fadhila »

    ibnuabbas

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #7 05 April, 2010, 10:33:23 AM
  • Publish Di FB
  • انّا لله و انّا اليه راجعون

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2895
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Jawab #8 05 April, 2010, 10:40:34 AM
  • Publish Di FB
  • pergi lagi mutiara berharga untuk dunia islam...sikit demi sedikit ilmu dicabut oleh Allah..makin hampir kita dengan kiamat..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."


    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Jawab #10 05 April, 2010, 12:21:20 PM
  • Publish Di FB
  • Bismillah wa Syukrillah

    Semoga Allah swt merahmati mereka... amiin ya Rabb..
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    fadhila

    • *
    • Posts: 299
    • ONE GOD"ALLAHUAHAD"ONE ISLAM-MANY MANY MUSLIMS
      • View Profile
    Jawab #11 07 April, 2010, 01:12:29 AM
  • Publish Di FB
  •  salam. Setahu ana habib ni dah lama sakit angin ahmar .Lebih kurang hampir 10 tahun d Saudi. Teringat kan ana dgn Almarhum Ahmad Deedat. Beliau juga sakit angin Ahmar pd penghujung kehidupan nya. Ahli ilmu yg bergini susah nak cari ganti. Almarhum Ahmad Deedat mengetahui selok belok Alquran dan Bible cukup cekap takda gandingnya. Hasbiallah wal nik mal wakil.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #12 07 April, 2010, 10:07:38 AM
  • Publish Di FB
  • betui ke cik Fadila?

    apa pasal lah begitu, terjadi kepada mereka

    sedangkan pada nabi dan sahabat, lain pula cerita
    apa sebenarnya yang terjadi, Allah knows best

    berusahalah kita, agar terjauh dari syaitan - musuh yang nyata - yang suka berlari lari dalam darah anak adam - semuga jalan kembali kepada Allah itu, sebagaimana pesanNYa. Jangan kamu mati melainkan ketika berserah kepada Allaah

    semuga yang hidup dan yang mati, di letakkan di sisi Allaah

    SHAH1982

    • *
    • Posts: 40
      • View Profile
    Jawab #13 07 April, 2010, 12:10:13 PM
  • Publish Di FB
  • AL-FATIHAH..

    yoshitsune

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Jawab #14 07 April, 2010, 03:23:24 PM
  • Publish Di FB
  • petanda kiamat hampir menjelang, ilmu semakin hari semakin ditarik... kematian alim ulama yang bertugas menyebar ilmu semakin banyak.  yang tinggal hanyalah manusia yang jahil..ittaqullah...

    sharifah_m

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #15 07 April, 2010, 06:02:43 PM
  • Publish Di FB
  • inalillahiwainalillahiroji'un...
    takziah kepada keluarga waris
    semoga rohnya di cucuri rahmat.

    fadhila

    • *
    • Posts: 299
    • ONE GOD"ALLAHUAHAD"ONE ISLAM-MANY MANY MUSLIMS
      • View Profile
    Jawab #16 08 April, 2010, 12:57:04 AM
  • Publish Di FB
  • petanda kiamat hampir menjelang, ilmu semakin hari semakin ditarik... kematian alim ulama yang bertugas menyebar ilmu semakin banyak.  yang tinggal hanyalah manusia yang jahil..ittaqullah...

    Salam. Sewaktu ana belajar mengenai nya ana d faham kan juga Ashraf pun akan hilang bersama ilmu yg d bawanya .Dan maknusia akan tiba-tiba bertanya eh mana pergi nya Sharifah dan Syed yg dgn ilmunya mencengkam bumi . Maka akan datang lah orang yg bukan dari kaum itu mengaku diri mereka sebagai kaum itu. Manakala bilangan kecil yg tinggal dari kaum Sharifah dan Syed - sharif nya banyak yg sudah tawa . Ana tak ingat pula surah yg mana d petik d huraikan. Malahan tape sessi itu bersama Hbb Abd Qadir (Saudi) , Ustaz Abdillah Aljufry  (Spore),Hbb Syed Ibrahim Altahir Alyamani (Brunei) ,Syed Ahmad Bensemait , Syed Ali Almortadha Altahir (Msia) Syed Hamid Altahir (Brunei) dll personality Islam terkemuka tak tahu mana letaknya sebab maklumlah pindah randah .
    Wallahu Aklam.
    « Last Edit: 08 April, 2010, 12:58:39 AM by fadhila »

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #17 08 April, 2010, 11:43:17 AM
  • Publish Di FB
  • takkan lah ilmu dengan ashraf , saidi sahaja

    zaman nabi pun nabi bagitau, nanti jangan laa alpa, bila hamba jadi tuan

    dulu hamba dengan ILMu menjadi tuan pula

    Ilmu ada dalam kampong sendiri, tapi tak tahu menahu, tu pasl, serata alam mencari

    semuga ada pelajaran

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Jawab #18 10 April, 2010, 02:39:30 PM
  • Publish Di FB
  • tak ada ker foto almarhum??
    maaf..saya tak baper kenal dan tak pernah dengar namanya.
    maklumler...tak ramai mana ulama' dari luar yg saya hampiri.

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #19 10 April, 2010, 03:01:43 PM
  • Publish Di FB



  • Habib Abdul Qadir Al-Saggaf

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1143 Views
    Last post 08 October, 2009, 12:20:07 AM
    by pedang baru 9
    12 Replies
    3888 Views
    Last post 28 May, 2012, 07:19:57 AM
    by Perawat Islam
    1 Replies
    1151 Views
    Last post 29 March, 2011, 12:08:50 PM
    by syidaspongebob