Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'

*

Author Topic: Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'  (Read 4884 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Habiburrahman

  • *
  • Posts: 1983
  • Boleh Blah
    • View Profile
04 April, 2010, 10:20:46 PM
  • Publish
  • OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB

    Menegakkan Pemerintahan Islam

    Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

    “mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

    Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

    “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

    Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

    Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

    Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

    “Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

    Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

    Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

    Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

    Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

    Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

    Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

    Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

    Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

    “Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

    Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

    Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

    Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

    Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

    Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

    Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

    Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

    Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

    “Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

    Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

    “Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

    Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

    “Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

    Firman Allah lagi, maksudnya:

    “Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

    Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

    “Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

    Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

    “Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

    Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

    Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

    Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

    Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

    “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

    Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

    Kesimpulan dan Penutup

    Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

    Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

    “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.
    Tgh cari butang DELETE AKAUN

    Habiburrahman

    • *
    • Posts: 1983
    • Boleh Blah
      • View Profile
    Reply #1 04 April, 2010, 10:23:38 PM
  • Publish
  • Saya rasa ada baiknya saya bawakan fatwa yang pernah dikeluarkan di Indonesia satu ketika dahulu bekenaan dengan pilihanraya. Mungkin kiranya fatwa atau pendapat yang saya hadirkan di sini daripada alim ulama Pas, kenyataan saya akan dipandang umum sebagai berat sebelah. Saya datang fatwa yang pernah diwartakan di sana daripada buku bertajuk ‘Kewajipan Ummat Islam dalam Pilihanraya’ oleh Muhammad Isa Ansory sebagai renungan bersama.

    Kepada semua pengundi di Malaysia, gunakanlah hak dan tanggungjawab anda untuk melihat sinar Islam makin cerah. Cukuplah kita ditipu dan agam dipermainkan.

    _____________________________________________________________________________________________

    FATWA ‘ALIM ‘ULAMA’ MENGENAI PILIHANRAYA UMUM

    Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

    a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi):

    “ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...”

    (Surah al-Syura: Ayat 13)

    b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”.

    (Surah al-Nisa’: Ayat 144)

    “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

    (Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

    “Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”

    (Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

    Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

    c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah:

    “Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah

    orang-orang yang fasiq”

    .“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

    orang-orang yang zalim”.

    “Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

    orang-orang yang kafir”.


    d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

    “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.


    e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

    “laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”.


    * Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini,

    iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.


    “Karnu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”.

    (Surah ali-Imran: Ayat 110)


    f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

    “Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

    g) Qa’idah Usul yang berbunyi:

    “Hukurn wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”.

    dan:

    “Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wa jib”.


    MEMUTUSKAN:

    Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

    1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

    a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.

    b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

    2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.


    Medan, 30 Rejab 1372

    (14 April 1953)



    KEPUTUSAN MAJLIS SYURA


    1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:


    a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.


    b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.


    c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:


    a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.


    b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.


    c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.


    5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.


    Jakarta:

    10 Jamadilakhir 1372,

    24 Februani 1953.

    MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

    Ketua,

    K.H.A. RAHMAN SYIHAB

    Sekretaris,

    Habiburrahman

    • *
    • Posts: 1983
    • Boleh Blah
      • View Profile
    Reply #2 04 April, 2010, 10:26:11 PM
  • Publish
  • jom pegi mengundi.... (^_^)

    ps: naper ada org cakap tak leh.. hurm...

    Kononnya mereka mendakwa mereka mengikut sunnah rasulullah saw..mereka membaca al quran, tetapi tidak mahu / enggan memahami al quran. Wallahua`lam.

    Habiburrahman

    • *
    • Posts: 1983
    • Boleh Blah
      • View Profile
    Reply #3 04 April, 2010, 10:47:12 PM
  • Publish
  • boleh tolong jelas kan kita semua, apa yang dimaksudkan engan memahami al-quran tu. lagipun diorang cakap, undi nii ikut sistem *****. Tak boleh. Tak ikut sunnah.

    Mereka hanya membaca. Tetapi tidak mahu mengaji / mengkaji al quran. Kita jelas disini, maksud mengaji / mengkaji itu apa ya? Senang kita untuk fahamkan. Seorang proffesor sedang melakukan kajian terhadap kulit tumbuhan. Dia sudah tentu dapat melihat fizikal kulit tumbuhan bukan? Lantas dia menggunakan mikroskop untuk melihat sel-sel kulit tumbuhan tersebut. Nah, sekarang proffesor itu dapat melihat kedua-dua aspek kulit tumbuhan tersebut. Pertama, kulit tumbuhan. Kedua, sel-sel kulit tumbuhan.

    Inilah yang dimaksudkan. Umat Islam kini sungguh2 memperelokkan bacaan al quran. Tetapi sedikit sahaja yang mendalami isi kandungan al quran. Apa gunanya?

    p/s : teringat kata2 ustazah dulu, suh mengaji alquran. Rupa2nya baru sedar apa itu mengaji dan membaca al quran. Wallahua`lam.


    Habiburrahman

    • *
    • Posts: 1983
    • Boleh Blah
      • View Profile
    Reply #4 04 April, 2010, 10:51:31 PM
  • Publish
  • boleh tolong jelas kan kita semua, apa yang dimaksudkan engan memahami al-quran tu. lagipun diorang cakap, undi nii ikut sistem *****. Tak boleh. Tak ikut sunnah.

    Jika golongan ini mendakwa undi ini iikut sistem KAFIR, tak boleh. Tak sunnah dan berbagai, bagaimana pula mereka menghidupkan dakwah melalui internet? Internet ini sudah tentu dibangunkan oleh orang2 kafir. Sistem OS nya dan berbagai lagi. Semuanya dibangunkan oleh puak kafir. Bukankah ini satu kepelikan? Mereka mendakwa haram, tapi lantas menjilat sehingga licin.

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #5 10 April, 2010, 01:16:22 AM
  • Publish
  • Hukum mengundi di bawah pilihanraya ini tidak qat'ie. Bahkan, ramai ulama' melihat dari pelbagai sudut.  Bahkan, kedudukan "sistem demokrasi" itu sendiri tidak pernah selesai dibahaskan. Ianya juga bersifat zhonni. Jika asas sistem politik itu bersifat "Zhonni", sudah pasti hukum mengundi di bawah sistem politik yg zhonni juga bersifat zhonni (tidak muktamad).

    Seseorang perlu menilai setiap situasi dengan "ilmu" dan kefahaman yang jelas secara terperinci. Hukum umum itu perlu melihat kepada keadaan dan suasana politik di Malaysia secara khusus. Jika dinilai dari sudut politik, ada dua kumpulan yang besar yang mana kedua-dua kumpulan tersebut tidak mempunyai "Asas perjuangan" yang sesuai dari sudut syarak melainkan sebuah parti politik tetapi di dalam sebuah kumpulan yang masih tidak menjadikan "ISLAM" sebagai asas perjuangan (iaitulah PAKATAN RAKYAT).

    Kita perlu jelas melihat kedudukan "Pakatan Rakyat" itu sendiri, sebagai pihak utama yang terlibat dalam pilihanraya, sebagai pencabar kepada Barisan Nasional.Ia bukanlah suatu pakatan yang berkongsi suatu agenda perjuangan yang ditekankan di sisi iaitulah "ingin mendaulatkan dan melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh". Maka, dari sudut ini, timbulllah kesamaran dalam menetapkan hukum sebenar mengundi secara umum di Malaysia. Ia kembali kepada situasi dan bergantung kepada calon.

    Jadi, jika pertembungan politik antara "PAKATAN RAKYAT" dengan "Barisan Nasional" yang mana kedua-duanya tidak mempunyai asas memperjuangkan Islam secara menyeluruh, maka hukum mengundi juga adalah "zhonni" (kesamaran) dari sudut ini. Oleh sebab itulah kita perlu melihat secara lebih terperinci dalam setiap situasi yang dihadapi.

    Jika sesuatu tempat itu: "PKR" bertanding dengan "UMNO" misalnya, maka secara jelas kedua-duanya mengamalkan dasar yang sama iaitulah Sekular. Cuma, "PKR" lebih pada slogan "keadilan". Tetapi, adakah "keadilan" itu menurut Islam atau menurut ukuran deklarasi Hak Asasi Manusia oleh PBB? Jadi, ketika menghadapi situasi begini, tidak timbul hukum wajib memilih salah satu (PKR atau UMNO) kerana kedua-duanya secara ukuran syarak adalah tidak tepat untuk dijadikan pemimpin.

    Jika sesuatu tempat itu: "DAP" bertanding dgn MCA atau sebagainya (calon orang kafir), maka sudah diketahui dasar DAP yg tidak pernah setuju (sehingga hari ini) dengan dasar Islam secara menyeluruh. Jadi, hanya kerana "DAP" bersahabat dgn "PAS" tidak menyebabkan seseorang tidak boleh melihat "hakikat sebenar" DAP itu sendiri dalam menilai kerana biarpun dalam satu pakatan, tetapi masih mempunyai prinsip yang berbeza bahkan sebahagiannya saling bercanggah. Begitu juga dgn parti2 lain yang menjadi lawan, juga tidak memperjuangkan Islam. Jadi, dalam situasi ini juga, tidak mewajibkan untuk memilih (mengundi) mana-mana pemimpin berdasarkan ukuran syarak.

    Jika kita baca sendiri fatwa alim ulama' Indonesia di atas menyebut: "WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara".

    Jadi, dalam dua situasi di atas, tidak membawa kepada "kewajiban" ini berdasarkan apa yg difahami daripada dasar parti2 politik yang terlibat. Mungkin, hanya PAS sahaja dilihat hampir kepada apa yang dimaksudkan sebagai mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran Islam". Ini kerana, banyak bukti dan situasi menunjukkan dasar mendaulatkan Islam hanya merupakan dasar suatu parti, bukan "pakatan" secara umum. Bahkan, sehingga hari ini, "pakatan rakyat" tidak menyatakan Islam sebagai perjuangan mereka. Maka, perjuangan Islam hanyalah perjuangan satu parti daripada keseluruhan pakatan tersebut.

    Jika dilihat secara terperinci juga dalam PAS, maka pemilihan pemimpin perlu mengambil kira siapakah calon yang diletakkan oleh PAS bagi sesuatu tempat. Apa pegangan aqidahnya dan sebagainya. Ini kerana, dasar aqidah Islam yang murni adalah asas dalam pemilihan calon. Siapa pun calon dari mana-mana parti sekalipun, jika berpegang dengan aqidah yang bercanggah dengan aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, maka tidak boleh pilih jika khuatir dia akan sebarkan kepincangan aqidahnya. Jika kita tahu misalnya, ada seorang calon  yang berfahaman syiah dan berpegang dengan aqidah syiah atau sebagainya yang bercanggah dengan aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, dari mana2 parti sekalipun, maka tidak menyebabkan kita "Wajib" mengundinya.

    Jadi, masalah undi ini adalah suatu "hak" bagi seseorang individu tetapi tidak sampai kepada "wajib" secara umumnya, walaupun ada situasi2 khusus yang wajib jika sekiranya "calon yang bertanding bercita-cita untuk memperjuangkan dan mengamalkan ajaran Islam". Jadi, ukuran kewajipannya hanya jelas berdasarkan "Calon" yang bertanding itu sendiri. Jadi, kesimpulannya, kedudukan hukum mengundi itu sendiri berdasarkan calon yang terlibat dalam sesuatu pilihanraya tersebut.

    Wallahu a'lam...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #6 19 November, 2011, 08:22:23 AM
  • Publish
  • MABUK?

    demikianlah keadaannya

    tegak Islam, perlu bai'ah - kepada ketua - kepada Imam - kepada Pemimpin
    berdasarkan, bai'ah kepada abu bakar, satelah wafatnya Rasulullah

    kemudian, cuba di bawa ke dalam sistem demokrasi pilihanraya!

    bahawa demokrasi pilihanraya itu adalah ALAT menyesatkan UMAT ISLAM

    IRONY - dulu umat sedikit, kekuatan mengalahkan, jahiliah yang ramai
              - kini umat yang ramai, tak dapat mengalahkan kejahilan

    SUBHAN Allah

    ALAT - jika umat islam mengabaikan, semuga dapat benar benar YAKINI Allaaah

    Jika kamu tidak mahu kepada ISLAM, KAMI akan ganti dengan umat yang lain

    cubalah amati

    KAMI akan ganti.............. semuga Umat Islam bersatu hati

    agar dapat mengalahkan THAGHUT

    inshallah

    Hidup ini ialah PILIHAN, satelah memilih jadilah ia TAKDIR mu

    inshallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2672 Views
    Last post 16 July, 2011, 06:54:47 PM
    by hawa84
    13 Replies
    4273 Views
    Last post 26 October, 2011, 08:39:39 PM
    by al_ahibbatu
    2 Replies
    970 Views
    Last post 19 August, 2012, 02:35:38 AM
    by Ana Tholibah