Pengertian TAQWA dan Kewajipannya atas setiap Muslim!

*

Author Topic: Pengertian TAQWA dan Kewajipannya atas setiap Muslim!  (Read 4791 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

03 April, 2010, 11:02:54 AM
  • Publish


  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    DALIL2 PERINTAH BERTAQWA


    Taqwa merupakan perintah yang wajib atas setiap orang Islam. Setiap orang beriman diperintahkan oleh Allah dengan benar2 bertaqwa kepada Allah. Dalil2 Al-Qur'an dan  Hadis Nabi berkenaan “TAQWA”  serta kewajipan “BERTAQWA”   terlalu banyak , diantaranya …….


    Firman Allah :


    يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

    “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya”. [Al-Imran (3) : 102]




    Firman Allah :

    قُل لاَّ يَسْتَوِى الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُواْ اللَّهَ يأُوْلِى الاٌّلْبَـبِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.  
    [Al-Maedah (5) : 100 ]




    Firman Allah :

    إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ

    “….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…”  [alHujurat (49) : 13]





    Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم  :

    Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  sering mengucapkan,  “Ya Allah aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, penjagaan diri dan kecukupan.”  (Muslim)



    Sabda Rasulullah        صلى الله عليه وسلم   :                  :

    Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم   kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah  keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Ahmad, At-Tirmidzi)  



    Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم  

    Dari Abu Hurairah , رضي الله عنه,  Nabi صلى الله عليه وسلم         ditanya tentang penyebab yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga, maka Baginda menjawab, “Bertaqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.  Dan ketika ditanya tentang sesuatu yang paling banyak menjerumuskan orang ke dalam neraka Baginda menjawab, ”Mulut dan Kemaluan.” (at-Tirmidzi,)


    Sabda Rasulullah        صلى الله عليه وسلم                  :
    ” Bahwasanya seorang hamba, tidaklah akan  mencapai derajat ketaqwaan sehingga ia meninggalkan apa yang tidak dilarang (barang yang harus atau halal)  supaya tidak terjerumus pada hal- hal yang dilarang ” ( Hadis  Hasan ; riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Baihaqi ) .


    >>>>>>>>>>

    Perintah Allah dan dalil2 Hadis Nabi menunjukkan Taqwa membawa kepada kejayaan, serta kebahagiaan abadi diakhirat kelak.   Juga menegaskan  kedudukan dan ketinggian seseorang disisi Allah adalah berdasarkan Taqwanya, bukan rupa paras atau keturunannya.


    Semoga Allah menghimpunkan kita bersama2 orang2 yang bertaqwa.



    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Reply #1 03 April, 2010, 11:09:36 AM
  • Publish
  • [

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    MAKNA TAQWA DAN ORANG YANG BENAR2 BERTAQWA


    Para Ulama berbeza pendapat mengenai taqwa dan tentang orang yang benar2 bertaqwa.  

    Didalam kitab Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil  Haqq,  setelah mengemukakan berbagai pendapat Ulama2 dahulu,   Ghawthul A’zham, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani  رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa :

    “Taqwa” adalah tempat berkumpul semua sifat2 kebaikan.   Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”


    Beberapa pendapat Sahabat dan Ulama2 Mu’tabar yang turut di nukil oleh Imam Jailani  رضي الله عنه  didalam kitab tersebut berkenaan Pengertian Taqwa:



    Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata :  
    “Orang bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan keji.”



    Abdullah Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata :
    …..ketika menafsirkan firman Allah surat Ali Imran ayat 102, “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya.” Beliau mengatakan, :  “Hendaklah Dia (Allah) ditaati dan tidak dimaksiati, diingat serta tidak dilupakan, disyukuri dan tidak diingkari.”


    Ibnu Umar رضي الله عنه berkata :
    “ Taqwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih dari orang lain.”



    Imam Hassan رضي الله عنه berkata :
    “Taqwa adalah orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat, “dia lebih baik dariku.”



    Sayyidina Umar Al-Khattab  رضي الله عنه berkata kepada Ka’ab al-Akhbar  رضي الله عنه,
    “ beritahu kepadaku tentang taqwa. Beliau berkata, “Apakah engkau pernah melalui jalan yang berduri?”  “ya” jawab Umar.  “kemudian apa yang engkau lakukan?”   Umar menjawab, “aku akan menghindari dan menjauhinya”  Ka’ab pun berkata, “ Itulah taqwa”


    Shaikh Bakr Bin Abdullah رضي الله عنه berkata :
    “Seseorang tidak disebut bertaqwa sampai dia benar2 taqiyyah (bersikap hati2—pent) dalam makanan dan kemarahan.”


    Shaikh Sufyan Ats-Tsauri رضي الله عنه berkata :
    “Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain seperti mencintai kecintaan sendiri.”


    Shaikh Al-Junaid bin Muhammad رضي الله عنه berkata :
    “Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain lebih daripada mencintai kecintaan diri sendiri.”


    Shaikh Sirri Saqthi رضي الله عنه berkata :
    “Orang yang bertaqwa adalah orang membenci diri sendiri”  (membenci segala maksiat, kejahatan dan kelalaian diri -  pent)


    Shaikh Muhammad bin Khafif رضي الله عنه berkata :
    “Taqwa adalah menghindari segala sesuatu yang menjauhkan engkau dari Allah”


    Shaikh Abu Yazid Al-Bustami  رضي الله عنه berkata :
    “Orang bertaqwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”


    Ibnu Athiyyah رضي الله عنه berkata :
    “Orang yang bertaqwa boleh diketahui dari keadaan lahiriah dan batiniahnya. Keadaan lahiriah dengan selalu memelihara hukum2 Allah dan batiniahnya selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.”

    (disini tamat petikan kitab)




    Daripada semua pendapat2 diatas kita dapat menarik kesimpulan bahawa Taqwa adalah himpunan segala kebaikan yang dituntut oleh Allah iaitu:

    i)   Membersihkan hati dari segala macam syirik.
    ii)   Membersihkan hati dari segala sifat mazmumah – ria’, takkabbur, ‘ujub, hubbun-dunya (kasih kepada dunia),  hasad, bakhil dll
    iii)   Menghiasi diri dengan segala sifat kepujian – ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut), roja’ (harap),  tawakkal, redha dan lainya.
    iv)   Mengerjakan segala perintah Allah yang wajib dan banyakkan amalan sunnat.
    v)   Meninggalkan segala yang haram, syubhat, makruh.
    vi)   Mengurangi pada segala yang diharuskan atau dihalalkan atau tidak berlebihan padanya melainkan mengambil sekadar keperluan hidup.
    vii)   Meninggalkan segala sesuatu yang menjauhkan ingatan pada Allah.


    Kadar seseorang dapat melakukan semua perkara diatas adalah ukuran bagi ketaqwaan dan kehampirannya di sisi Allah Ta’ala.  Jika seseorang dapat melakukan semua perkara tersebut tanpa sedikitpun kecuaian, maka mereka itulah yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah.     Sebagaimana ketegasan Allah didalam KalimatNya yang suci :


    Firman Allah :

    إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ

    “….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…”  [alHujurat (49) : 13]


    Maka sudah tentunya mereka2 yang dapat berbuat demikian adalah manusia2 pilihan Allah dari kalangan Rasul2, Nabi2 dan Aulia Allah.   Dengan demikian orang2 yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah adalah Rasul2, Nabi2 dan Aulia Allah.! Kemudian kurang sedikit daripada itu adalah mereka2 yang Mu’minin dan Solihin.



    Wallahu A’lam
    « Last Edit: 03 April, 2010, 11:13:55 AM by PAK ARAB »

    Reply #2 03 April, 2010, 11:17:04 AM
  • Publish



  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    PERINGKAT2 TAQWA DAN JALAN MENUJU TAQWA


    Berkata Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه didalam Al-Ghunyah ….Taqwa mempunyai beberapa peringkat :


    1.   Taqwa Umum (awam)

    Orang yang tidak berbuat syirik kepada Sang Pencipta.


    2.   Taqwa Khusus (khawas);

    Melawan nafsu dengan meninggalkan perbuatan ma’siat dan menahan nafsu dalam segala keadaan.

    3.   Taqwa Khusus dari Khusus (khawasul khawas) :

    Meninggalkan kehendak atas segala sesuatu dan memusatkan diri hanya untuk menjalankan Ibadah yang wajib dan sunnat serta menajalankan semua perintah Allah dengan berpegang teguh kepada hukum yang berlaku.
     



    JALAN-JALAN MENUJU TAQWA:

    PERTAMA :  Melepaskan diri dari tindakan zalim kepada orang lain  dan hak2 mereka.

    KEDUA :     Menjauhi segala kema’siatan dan segala dosa besar maupun yang kecil.

    KETIGA :      Menyibukkan  diri dengan mengusir dosa2 dalam hati yang merupakan induk dosa.

    KEEMPAT :    Menyibukkan diri dengan nmeninggalkan hasrat. Sehingga dia tidak lagi memilih  hal lain selain Allah.


    (Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil  Haqq)

    "Ya Allah masukkanlah kami kedalam hamba2Mu yang benar2 bertaqwa"


    Wallahu A'lam

    Reply #3 03 April, 2010, 11:19:28 AM
  • Publish
  • syukran pak arab....

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 03 April, 2010, 11:26:42 AM
  • Publish
  • Taqwa itu di dalam DADA sebagaimana di tunjukkan nabi waktu di tanya akan dia, kerana bertempat dalam dada, Fuad, maka sentiasalah Ingat Allaahu, dan Ingatan tu menyebabkan sihat afiat dirinya, tak ada keluh kesah, tak ada tergesa gesa, tak ada sangsi. dia selalu Ingat diri nya, dia Ingat kebesaran Tuhannya, no complaint, bersyukur adanya. dan ada kebaikan padanya, di mana pun berada dapatlah menyelamatkan orang lain sama.

    Hebat, sakti, karomah, maunah, semua boleh hadir pada yg bertaqwa - sebab tu ayat seribu dinatr tu, jika kamu bertaqwa kepada Allah............ Allah akan beri jalan keluar yang tak di sangka sangka

    NorSaidaH

    • *
    • "Islam itu mudah..tetapi tdk boleh dipermudahkan"
      • View Profile
    Reply #5 03 April, 2010, 08:19:48 PM
  • Publish
  • mohon copy utk blog ye =)
    :: Apabila Allah s.w.t lekas memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu..Pabila Dia lewat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu..Pabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.. ::

    mualli

    • *
    • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
      • View Profile
    Reply #6 04 April, 2010, 01:38:19 AM
  • Publish
  • Terima k pak Arab di atas keterangan di atas..
    Semoga kita semua dimasukkan dalam  golongan  hamba yang bertaqwa..InsyaAllah....Aminn...
    « Last Edit: 04 April, 2010, 01:52:53 AM by kenari_07 »
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    ikwanRasullah

    • *
    • PEACE LOVE HARMONY UNITE
      • View Profile
    Reply #7 04 April, 2010, 03:04:35 AM
  • Publish
  • SALAM

    dari keterangan2 diatas..... apa yg memudahkan sy erti TAQWA= patuh segala perintahNYA(+rasul)  N tingal segala laraganNYA(=rasul) (HARAM,keji, munkar,maksiat... -{pekara yg menjeremus mu kedalam kebinasaan} )

    Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…”  [alHujurat (49) : 13}
    YEHA....
    so nak mulia(PALING) ...tengoklah KEMAMPUAN kamu sebanyak mana BOLEH---> mematuhi n meninggal laranganNYA

    PEACE LOVE HARMONY UNITE...Generasiku3..

    Reply #8 05 April, 2010, 10:41:59 AM
  • Publish



  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    mohon copy utk blog ye =)


    Insya Allah. Alhamdulillah.  Segala kepujian tertentu bagi Allah. 

    Dipersilakan kepada semua ahli mengambil manfaat daripada penulisan ini atau mana2 penuisan Pak Arab.  Samada mengambil manfaat terus atau dengan mengebahkan kebaikannya kepada hamba2 Allah yang lain.   

    Jika ada kekeliruan atau kesilapan harap sama2 kita menasihati!



    Terima k pak Arab di atas keterangan di atas..
    Semoga kita semua dimasukkan dalam  golongan  hamba yang bertaqwa..InsyaAllah....Aminn...


    Afwan.   Alhamdulillah segala puji bagi Allah, seru sekalian Alam.  Insya Allah moga2 kita semua termasuk hamba2Nya yang bertaqwa.  Semoga kita semua menjadi hamba2 yang mendapat keredhaanNya!



    Reply #9 05 April, 2010, 12:31:46 PM
  • Publish
  • lahamdulillah syukran kepada Pak Arab yang penuh dengan mutiara-mutiara ilmu



    http://kedaisauda.blogspot.com

    divider3
    halaqahforum4