Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS )

*

Author Topic: Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS )  (Read 7672 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

The Fonz

  • *
  • Posts: 124
    • View Profile
31 March, 2010, 01:45:44 PM
  • Publish
  •  :)
    Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi negara. PKS adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara.
    Sesetengah ekonomi negara-negara yang maju telah berjaya kerana PKS merupakan bahagian utama ekonomi negara itu, mencakupi lebih 98% daripada jumlah perniagaan dan menyumbang lebih 65% kepada pekerjaan serta lebih 50% daripada keluaran domestik negara.
    Meskipun di Malaysia angkanya mungkin lebih rendah, PKS berpotensi membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang ada, untuk pertumbuhan masa hadapan negara.
    PKS membentuk lebih daripada 99% daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia. Oleh itu, penggalakan sektor PKS yang berdaya maju adalah penting dan strategik dalam usaha negara ke arah memperluas sumber pertumbuhan dan mengekalkan momentumnya.

    Semangat " enterprising " sepatutnya sudah mula disemai dalam jiwa setiap anak-anak muda Islam terutama penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi. Mereka-mereka ini mempunyai pemikiran analytical dah boleh ' short cut ' banyak proses-proses menjadi usahawan.

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #1 01 April, 2010, 08:29:07 AM
  • Publish
  • Sebenarnya ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan dan menjadi seorang usahawan. Kerajaan pula bersikap komited dan telah banyak menyediakan bantuan dan bimbingan. Penubuhan ( penjenamaan semula ) SME Corporation dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta dana-dana dan geran-geran yang disediakan menjadi salah satu kuasa penarik kearah bidang perniagaan.
    Ramai yang berminat menjadi ‘ Bos Sendiri ‘ . Tidak kira samada dalam keadaan ekonomi yang baik ataupun ekonomi yang meleset, terdapat mereka-mereka yang boleh kita namakan sebagai Usahawan Pemburu Impian . Mereka mempunyai keghairahan yang membara didalam diri dan menjadi pendorong untuk terus maju kehadapan mengejar impian menjadi seorang usahawan yang berjaya. Bagi mereka, mempunyai perniagaan sendiri adalah segala-galanya. Mereka tidak suka bekerja dibawah arahan orang lain.

    Namun begitu, dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada ekonomi tempatan, terdapat satu situasi dimana sesetengah yang bekerja terpaksa diberhentikan atau mereka sendiri yang membuat keputusan untuk berhenti bekerja atas sebab-sebab tertentu. Golongan seperti ini disesetengah negara dinamakan sebagai usahawan yang teragak-agak kerana mereka seakan-akan terpaksa menjadikan bidang keusahawanan sebagai sesuatu yang mesti mereka lakukan.

    Tetapi yang penting, terutamanya pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi, buatlah persediaan dari awal, ambil tahu mengenai semua ini. Insyaallah tiba masanya nanti, boleh menjadi usahawan yang berjaya.

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #2 17 April, 2010, 04:39:03 PM
  • Publish
  • Sekiranya anda bertanya kepada usahawan-usahawan yang berjaya dan jujur mengenai bagaimana mereka mencapai kejayaan, mereka akan memberitahu anda bahawa kejayaan mereka adalah kerana keghairahan atau passion mereka dan juga nasib. Saya tidak berapa suka sangat menggunakan perkataan ’ nasib ’ , saya lebih gemar menggunakan perkataan keajaiban. Bagi saya, keajaiban adalah sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan kemunculannya. Kemunculannya pula kerana ada sebab-sebab tertentu. Salah satu sebabnya ialah kerana ada usaha gigih seseorang itu.

    Nasib atau keajaiban sahaja tanpa sifat keghairahan dalam melakukan sesuatu untuk berjaya tidak akan membawa kita jauh kehadapan. Namun sifat keghairahan dalam diri semata-mata tanpa sedikit nasib yang menyebelahi kita iaitu keajaiban bantuan dariNya mungkin menyebabkan kita gagal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Anda mungin bertanya, ’ Bagaimana dengan kaum-kaum yang tidak percaya pada Tuhan? ’, tetapi tetap berjaya dalam dunia perniagaan. Jawapan saya, ’ Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ’. Fikirkan Firman Tuhan dalam Surah Ar R’ad Ayat 11: ” .....Allah sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka....”. Kaum yang berusaha mengubah keadaan mereka tidak kira siapa pun, akan mendapat ganjarannya.

    Saya berpendapat, kita memerlukan kedua-duanya. Hal ini berlaku kepada diri saya. Bagaimanakah kita boleh mendapat keajaiban pertolongan Tuhan sekiranya kita awal-awal lagi tidak mahu berusaha kearah mengubah nasib kita? Saya telah ditemukan dengan seorang mentor tanpa diduga. Namun begitu, bukanlah keajaiban itu seperti sesuatu yang turun dari langit. Ianya mestilah dituruti dengan usaha yang gigih.

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #3 16 August, 2010, 11:31:41 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Pernahkahkita terfikir untuk melakukan sesuatu selepas membaca sesuatu, mendengar sesuatu , melihatsesuatu, dll? Tetapi selepas itu kita hilang minat. Kenapa ya?

    Menurut satu kajian yang dibuat oleh Edgar Dale, selepas dua minggu,seseorang itu boleh mengingati:
    •   10% apa yang dibaca. Ianya menerima informasi bersifat pasif.
    •   20% apa yang didengar iaitu mendengar perkataan-perkataan. Ianya juga penerimaan informasi bersifat pasif.
    •   30% apa yang dilihat seperti melihat gambar. Ianya penyertaan bersifat pasif.
    •   50% apa yang didengar dan dilihat seperti menonton wayang atau melihat demonstrasi memasak. Ianya masih juga penyertaan bersifat  pasif.
    •   70% apa yang seseorang itu bercakap mengenainya seperti menyertai diskusi atau memberikan syarahan. Ianya penyertaan bersifat Aktif.
    •   90% apa yang seseorang itu bercakap mengenainya dan melakukannya seperti membuat sesuatu yang sebenar. Ianya penyertaan bersifat Aktif.

    Jadi, setakat menghadiri pelbagai-bagai seminar atau kursus-kursus sahaja tidak memadai kerana ianya masih bersifat penyertaan yang pasif. Sebab itu kita disuruh untuk sentiasa bercakap mengenai impian kita untuk menjadi usahawan.

    Subhanallah.

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #4 16 August, 2010, 12:03:21 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Memang masaalah utama ialah menemui jenis perniagaan yang hendak kita ceburi. Nak berfikir tu malas rasanya. Masa mana ? Tempat mana? Keadaan mana? Macam-macam lagi. Mengikut kajian , tempat-tempat yang menjadi medan utama untuk berfikir menyelesaikan masaalah seperti di pejabat, jarang dapat menghasilkan idea-idea yang kreatif. Patutlah ada orang berkata ” pekerja-pekerja anda sebenarnya sangat kreatif, kecuali dalam masa lapan jam mereka bekerja”. Sekarang barulah saya faham maksudnya.

    Cuba perhatikan hasil kajian ini mengenai tempat-tempat utama mendatangkan inspirasi dan menghasilkan idea-idea yang kreatif :
    1.   Bilik mandi – 57%
    2.   Bilik tidur – 51%
    3.   Ketika memandu – 42%
    4.   Semasa berjalan – 28%
    5.   Semasa bersenam, berlari, berenang – 25%

    Pernahkah kita memberi masa pada diri kita untuk tidak membuat apa-apa tetapi hanya merenung mencari impian ( bukan berkhayal)? Berfikir bagaimana kita boleh mencari sifat kreatif dari dalam diri kita. Cuba kita bersikap komited untuk membuat sesuatu yang kreatif dengan tujuan untuk meningkatkan impian-impian kita.

    Cadangan saya sahaja :-)

    Allahua'lam
    Subhanallah

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #5 16 August, 2010, 12:41:11 PM
  • Publish
  • Salam..

    Saya tengok so far takda response dari halaqian.Saya tertarik dengan tulisan bro fonz. Kita pandai bercakap dari membuat. Ramai bercita cita nak jadi usahawan tetapi hanya tinggal impian. Pergi dah kursus kursus tapi takda memberi impak.Saya setuju perlu ada "passion" untuk berjalankan bisnes. Passion tulah yang akan "drive" diri untuk terus berusaha walaupun kuncundang.Terus mencuba dan mencuba pedulikan apa orang kata. Kalau kita berjaya orang akan puji kata kita pandai, kalau kita flop orang kata kita bodoh.Itu sifat manusia.

    Bagi saya "nasib" itu peluang dan bagaimana kita melihatnya dan pandai mengolahkan kan peluang itu untuk bisnes kita. Banyak peluang / "nasib" ada depan mata dan kita buat dek je atau tak nampak. Lebih bagus (added advantage) kalau ada mentor yang guide kita bagi nasihat dan tunjuk ajar dari "real time" pengalaman yang sememangnya tak di tulis dalam buku.Pada pendapat saya kita perlukan ilmu ilmu sebegini yang berpijak pada bumi nyata dari teori teori buku yang kekadang dah lapuk. Cuba kita tanya pelajar yang belajar "Business studies"/"Business Admin" atau yang buat MBA hatta PHD dalam bisnes ni boleh jadi seorang usahawan yang berjaya? Cuba anda buat kaji selidik.

    Banyak orang cakap dalam bisnes ni.  "Not the product that you have but whom do you know" ertinya "orang dalam"lah tu. entahlah. kekadang betul jugak. Bak kata kawan saya, yang dia quoted directly dari seorang tycoon "You don't have to be a professor do business...You hire a professor to work with you".

    Wasalam

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #6 17 August, 2010, 09:42:54 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Ya Bro Raidoss ( bro kan ? ) memanglah whom you know tu penting tapi dari segi networking yang genuine dan bukan selain dari itu. Quote ini " "You don't have to be a professor do business...You hire a professor to work with you". pun betul tapi mesti faham betul2, banyak professor yang tak boleh buat bisnes :-). Sebaiknya,kita dulu yang buat semua tu pada permulaan perniagaan so that kita yang paling mahir barulah orang yang kita ambil bekerja tak boleh klentong kita. Akhirnya bila dah besar, memanglah kita tak boleh buat semua perkara dan memerlukan orang lain yang pakar tapi at least kita tahu apa yang perlu kita control. Teori dan praktikal selalunya bukan exactly on the dot. Kadang2 bila kita buat satu Plan A, plan yang betol2 berjaya yang optimum mungkin Plan E.

    Allahua'lam.

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #7 18 August, 2010, 09:04:37 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Macamana agaknya proses merealisasikan impian kita untuk menjadi usahawan ? Daripada ramai usahawan-usahawan yang saya pernah bertemu, sesetengahnya berjaya dan setengahnya pula sedang mencari jalan keluar yang terbaik daripada perniagaan mereka sekarang atas sebab-sebab tertentu. Apabila saya bertanya kepada mereka yang berjaya mengenai bagaimana mereka merealisasikan impian-impian mereka, saya dapati mereka melalui proses yang agak sama. Proses tersebut tidak lurus mendatar, A + B = C, tetapi ianya seperti kitaran dan dipengaruhi pelbagai faktor.

    Semuanya bermula dengan keghairahan atau passion untuk mencapai impian-impian mereka. Saya pernah bertanya kepada Tan Sri Mustapha Kamal yang menulis buku ” Building Passion with Mustapha Kamal ” mengenai pengalaman dua puluh lima tahun berkecimpung dan berjaya dalam bidang hartanah. Setelah sekian lama, akhirnya beliau telah merumuskan bahawa keghairahan ( passion ) beliaulah yang menjadi faktor pendorong utama kejayaan perniagaannya. Beliau pernah tersenarai dalam senarai sepuluh orang paling kaya di Malaysia.

    Seorang usahawan tulin berani mencipta dan berusaha merealisasikan impiannya. Ini adalah fasa pertama yang dilalui oleh seorang Pemburu Impian   yang berjaya. Ianya menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mencipta impian. Ya, semua orang impikan sesuatu, tetapi usahawan yang berjaya sentiasa meneruskan mencipta impian mereka walau pun terdapat banyak halangan yang cuba menghancurkan impian-impian mereka.

    Mereka bukanlah pemburu impian yang biasa atau pun orang yang suka berkhayal. Manusia biasa mudah mengalah dan meninggalkan impian mereka dan akhirnya mengikut kumpulan ramai yang cepat mengalah. Impian seorang usahawan yang berjaya terus hidup tanpa berhenti.

    Allahua'lam


    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #8 18 August, 2010, 03:50:38 PM
  • Publish

  • kadang-kadang peniaga terlalu berharap kepada pihak tertentu untuk mendapatkan kejayaan sedangkan  ada cara bagaimana untuk memulakan kejayaan itu walaupun bermula sebagai penjual nasi lemak

    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #9 19 August, 2010, 08:55:46 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Ya tu. Bukan tak boleh minta pertolongan, nasihat, bimbingan tetapi hendaklah kita sendiri yang berusaha dahulu. Kita perlu ingat walau pun kerajaan menyediakan agensi-agensi yang membantu peniaga dan usahawan, mereka-mereka yang menjalankan tugas itu adalah manusia juga. Mereka tertakluk kepada kerja mereka seperti yang diamanahkan, diberi gaji , dll. Dari pengalaman saya, memang ada komitmen dari pegawai-pegawai ni tetapi yang akan menerima kejayaan atau sebaliknya adalah siapa? Jika kita gagal atau tidak mencapai matlamat, siapa yang akan merasa kecewa, dll. Jika berjaya pula, siapa yang akan merasa kejayaan?

    Jadi, memang kita digalakkan dengan cara yang betul dan mengikut undagn-undang, pressure mereka ni untuk membantu kita walau pun terpaksa bertebal muka sebab kita yang memerlukan bantuan mereka. Tetapi bukan meletakkan 100% tanggung-jawab kepada mereka kerana matlamat mereka dan kita tak sama :-)

    Allahua'lam

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #10 20 August, 2010, 04:03:51 PM
  • Publish
  • salam..

    Pada pendapat umum kejayan sesuatu bisnes itu di nisbah kan kepada meterial semata mata. Pada saya kejayaan sebenar ialah kepuasan diri yang di perolehi dari bisnes itu.Kejayaan itu bermula sengan diri sendiri. Walaupun dia seorang peniaga nasi lemak ataupun goreng pisang. Dengan iman dan taqwa yang ada campur pulak dengan usaha yang serius dalam berniaga. sifat jujur dan amanah di adun dengan produk yang dijual. Tidakkah kemanisan kejayaan itu dapat di kongsi bersama para pembeli yang memakan atau menggunakan produk itu. Kita boleh katakan yang rahmat Allah ini turun kepada mereka mereka ini penjual dan pembeli. Akan wujud sifat kasih sayang dan silaturahim.Si penjual dapat untung dan bayar zakat dan si pembeli akan terus memberi sokongan. saling redha dan mengredhai.

    Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada orang lain untuk mendapat kejayaan anda. mereka boleh membantu tetapi kadang kadang pertolongan itu datang dengan seribu macam agenda tersembunyi yang akan demotivate kita kelak.Pokok pangkal diri kita dulu dan bertawakal.

    "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.." (surah Ar-Ra'du : ayat 11)

    “Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al Ankabut:1-2)


    Allahua'lam




    rin10

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Reply #11 25 August, 2010, 10:08:27 PM
  • Publish
  • Memang benar kerajaan Malaysia memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan PKS.Perlu diketahui disini, PKS merupakan bahagian terbesar perniagaan dalam ketiga-tiga sektor-pertanian, perkhidmatan dan perkilangan. Secara tidak langsung, PKS menyumbang kepada ekonomi dan guna tenaga negara.

    PKS juga mampu merubah taraf hidup yang lebih senang. Tetapi kita perlu bersiap sedia dengan sifat-sifat semulajadi di dalam alam perniagaan. i.e Risiko, Cabaran, Musibah, Masalah Kewangan, Masalah Pengurusan dan sebagainya.

    Antara perisai yang perlu ada untuk menghadapi isu di dalam alam perniagaan; iaitu, sabar, berani, mempunyai sikap yang inovatif serta kreatif, tidak mudah mengalah dan putus asa. Malah para usahawan PKS perlu memiliki kemantapan dalam bidang teknologi untuk bersaing dalam pasaran global.

    Permulaannya, kita perlu mengetahui apakah jenis/corak perniagaan yang ingin dimulakan, bagaimana kita ingin memulakan perniagaan dan bagaimana ingin memohon pinjaman.

    Yang paling penting adalah ketika proses memohon pinjaman, para usahawan PKS perlu mengukuhkan pelan perniagaan. Ia adalah satu rencana bertulis yang memaparkan wawasan sesebuah perniagaan dan mengandungi maklumat asas (i.e unjuran kewangan, strategi pernigaan dan etc) yang ringkas tetapi padat.

    Secara keseluruhannya, walaupun PKS adalah daripada industri yang berlainan, semua perusahan tetap mempunyai faktor kejayaan yang sama,
    iaitu;pengurusan kewangan yang berhemat, strategi pemasaran yang kukuh, produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan sebagainya.














    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #12 26 August, 2010, 08:20:31 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Betul tu Rin10. Dalam bisnes ada dua perkara utama iaitu Produk/Perkhidmatan dan Pemasaran. Dua-duanya penting. Tapi perhatikan sekiranya produk/perkhidmatan terbaik sekali pun tanpa pemasaran yang efektif, produk/perkhidmatan tidak akan sampai kepada pelanggan. Pemasaran paling efektif sekali pun sehingga pelanggan membelinya, tapi produk/perkhidmatan tidak berkualiti dan tidak menepati kehendak pelanggan, mungkin itulah kali pertama dan terakhir pelanggan membelinya. Lebih teruk lagi jika pelanggan memberitahu orang ramai bahawa produk/perkhidmatan syarikat itu indah kabar dari rupa.

    Sebelum menceburi bidang perniagaan, usahawan mesti menepati ciri-ciri seorang usahawan seperti ada Kemahiran, Pengetahuan dan Kemahuan yang Kuat. Bila sudah ada ciri-ciri ini, syarikat yang ditubuhkan itu pula mesti mempunyai ciri-ciri : Syarikat dipercayai, Membuat keuntungan dan mempunyai keghairahan untuk berdaya maju dan berdaya saing. InsyaAllah walau pun ciri-ciri ini senang cakap dari buat, tapi itulah dia, mau tidak mau. ( dari pengalaman saya ).

    Pelan perniagaan memanglah penting tapi kita mesti tau tujuan sebenar pelan perniagaan. Ianya adalah untuk KITA, bukan untuk bank sangat. Memang bank perlu melihat pelan perniagaan sebab bank nak pastikan perniagaan itu berdaya maju sehingga mampu menjana pendapatan untuk membayar hutang bank. Jika kita mencari pelabur, pelan perniagaan bagi pelabur untuk mereka tahu setakat mana pelaburan mereka menghasilkan pendapatan/keuntungan pada mereka. Pada kita, pelan perniagaan untuk kita merancang hala tuju perniagaan supaya ianya berdaya maju ( ada untung maa ) dan berdaya saing ( kekal beroperasi selama mungkin ). Sebab itu, dalam pelan perniagaan ada analisa untung/rugi untuk melihat ianya berdaya maju atau tidak dan bisnes itu boleh diteruskan ( viable business kata orang putih ). Tapi, kita kena sedar bahawa nyawa perniagaan adalah aliran tunai ( cash flow ) yang MESTI diurus dengan betul. Untung banyak mana pun tapi duit tak boleh collect, aliran tunai sangkut, tak lama gulung karpet.

    Sekarang ini, semua bidang perniagaan amat mencabar. Pelan perniagaan saja tidak cukup. Kita perlu mencari satu Model Perniagaan atau Business Model yang betul. Business model ialah satu model untuk kita berjaya menjana keuntungan, sesuatu yang luar biasa dari kebiasaan. Bukan soal materialistik atau mata duitan tapi ini memang penting sebab keuntungan/wang adalah alat/tool perniagaan. ( Jangan lupalah menjaga hukum-hukum Ugama, bukan redah semua ya )

    Dalam situasi apa sekali pun, kemelesetan ekonomi, krisis politik, dll, peluang perniagaan tetap ada. Yang menjadi masaalah ialah kurangnya pengetahuan untuk mengintai peluang-peluang ini.

    Allahua'lam

    rin10

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Reply #13 31 August, 2010, 06:59:27 PM
  • Publish
  • Saya bagi contoh mengenai sikap usahawan PKS. Mempelbagaikan perniagaan amat bagus tetapi jangan dilakukan secara drastik tanpa sebarang pengetahuan mengenai satu-satu perniagaan yang baru. Para usahawan PKS perlu memahami selok-belok perniagaan yang baru tersebut terlebih dahulu dan seelok-eloknya perlu ada "relate" atau hubungan dengan perniagaan yang asal. Ada sesetengah para usahawan PKS, bersikap ingin "cepat kaya" sehingga lupa menguruskan kewangan secara teratur. Ini akan menyebabkan perniagaan atau syarikat tersebut gagal untuk beroperasi seperti biasa.

    Kegawatan ekonomi negara juga merupakan satu keburukan atau "demerit" untuk sesebuah perniagaan. Contohnya, untuk sektor keluli atau besi, turun naik harga bagi produk ini berpaksikan kepada harga ekonomi dunia. Apabila keadaan ini berlaku, akan menyebabkan berlakunya kerugiaan dan megurangkan jumlah jualan (sales). Jadi para usahawan PKS perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan situasi ini. Untuk pengetahuan, keadaan ekonomi dunia belum mencapai kestabilan yang maksima.










    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #14 01 September, 2010, 03:28:57 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Secara umumnya, usahawan boleh melihat dari beberapa sudut untuk mempelbagaikan/membesarkan perniagaannya. Sebelum tu, ini satu pesanan dari seorang usahawan yang berjaya yang pernah saya dengar, " never put all the eggs in one basket ". Maksudnya, kalau boleh, pelbagaikan perniagaan anda sebab anda tidak tau apa mungkin berlaku pada perniagaan anda yang satu saja itu :-) Kang basket tu tetiba terjatuh, pecah semua telur, tak ada lagi yang tinggal.

    Mempelbagaikan perniagaan :

    1. Produk/servis yang sedia ada dalam pasaran sedia ada dinamakan penembusan pasaran yang berpotensi ( market penetration )
    2. Produk/servis yang sedia ada tetapi mencari pasaran baru dinamakan pembangunan pasaran ( market development )
    3. Produk-produk yang baru untuk pasaran sedia ada dinamakan pembangunan produk ( product development )
    4. Produk-produk yang baru untuk pasaran-pasaran yang baru dinamakan Kepelbagaian ( Diversification )

    Jadi, kita kena bertanya pada diri sendiri, dimana kita sekarang ? Arah mana yang patut ditujui ?

    Sebelum itu, sebelum nak buat apa sekali pun mengenai kepelbagaian, apakah Teras Kecekapan ( Core Competency ) perniagaan kita ? Dari situ kita boleh lihat apa tindakan yang kita perlu ambil.

    Allahua'lam


    The Fonz

    • *
    • Posts: 124
      • View Profile
    Reply #15 04 September, 2010, 07:41:19 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Usahawan = Usaha dan Melawan :-)

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1642
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #16 04 September, 2010, 07:57:13 AM
  • Publish
  • Kita sama-sama tunggu dan lihat setakat mana 'kekebalan' dan kebijaksanaan para pelabur cepat kaya ineternet ini.

    Sehubungan itu, bagi memastikan para pelabur dilindungi undang-undang sekuriti, orang ramai yang ingin terus membuat pelaburan dinasihatkan supaya hanya melabur dengan pihak yang mempunyai lesen dikeluarkan SC.

    Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC dan senarai amaran boleh diketahui menerusi laman web suruhanjaya itu http://www.sc.com.my/

    terlalu banyak website yang tukar server..pelik betul..kenape mereka tukar server?itulah.ianya rahsia..
    « Last Edit: 04 September, 2010, 08:04:33 AM by azrinkun »
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1732 Views
    Last post 31 March, 2010, 03:35:01 PM
    by mohdazri
    4 Replies
    1076 Views
    Last post 09 September, 2012, 07:12:35 PM
    by al_ahibbatu
    2 Replies
    497 Views
    Last post 28 October, 2012, 09:37:59 PM
    by deuteromalay