Hukum menulis ayat Al-Quran dalam tulisan rumi

Author Topic: Hukum menulis ayat Al-Quran dalam tulisan rumi  (Read 13667 times)

0 Halaqian and 4 Guests are viewing this topic.

yuss28183

  • *
  • Posts: 289
    • View Profile
28 March, 2010, 05:00:31 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya ingin bertanya soalan...

    bolehkah menulis ayat Al-Quran dalam bahasa rumi?
    apakah hukumnya?

    terima kasih
    "What You Do With Your Life, Is What You Give To ALLAH"

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #1 28 March, 2010, 05:23:40 PM
  • Publish Di FB
  • Apakah hukum menulis dan membaca al-Qur’an dengan huruf rumi ?

    Sayugia diingat bahawa Allah Subhânahu wa Ta’âlâ menurunkan al-Qur’an itu dengan lisan bahasa Arab. Ini tersebut dalam banyak ayat, firman Allah Subhânahu wa Ta’âlâ: Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu, iaitu al- Qur’an yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
    (Surah Fushshilat: 3)

    FirmanNya lagi:
    Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai al-Qur’an yang dibaca dengan bahasa Arab.
    (Surah Yusuf: 2)

    Dan agama telah memerintahkan supaya al-Qur’an itu dibaca menurut kaifiyyah lafaznya,
    sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta’âlâ : Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartîl (dengan bacaan yang terang jelas dan betul segala hurufnya menurut ilmu tajwid).

    (Surah al-Muzzammil: 4)

    Berkata ulama, bahawa Allah Subhânahu wa Ta’âlâ telah menzahirkan al- Qur’an itu dalam Lauh Mahfûzh dengan bahasa Arab, dan telah dibacakan oleh malaikat dengan bahasa Arab, dan diterima oleh Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam dengan bahasa Arab sementara umat Islam pula telah ijmâ‘ dan sekata yakni tiada khilaf (tiada bertelingkah) antara mereka bahawa wajib
    ditulis dan dibaca al-Qur’an itu dengan lisan bahasa Arab.

    Pendapat Mazhab-Mazhab

    Telah sekata ulama mazhab-mazhab pada menegah dari membaca dan menulis al-Qur’an dengan bacaan dan tulisan yang lain dari bacaan dengan lisan Arab dan tulisan al-Qur’an. Di bawah ini ialah pendapat-pendapat mereka itu:

    1. Berkata Syeikh al-Islam Abu al-Hasan al-Marghinani al-Hanafi yang bermazhab Hanafi: Ditegah membaca dan menulis al-Qur’an dengan bahasa dan tulisan Farsi dengan ijmâ‘ umat Islam, kerana membaca dan menulis dengan lisan dan tulisan lain dari lisan dan tulisan al-Qur’an itu boleh
    membawa rosak makna dan lafaznya…

    2. Al-Imam Ibnu Hajar asy-Syafi‘e dalam Syarh al-‘Ubab pula berkata: Bahawa menulis al-Qur’an al-‘Azhim dengan huruf Arab itu menyebabkan orang dapat menentang dan melawan lafaz al-Qur’an, yakni huruf yang bukan huruf Arab itu boleh membawa tiada i‘jaz (tiada dapat melawan penentangpenentang al-Qur’an), bahkan membawa pada pelat dan kacukan, serta rosak susunan nazham (aturan) al-Qur’an.

    3. Menurut Mazhab al-Imam as- Syafi‘e: Tidak harus (haram membaca al- Qur'an dengan bacaan lisan yang lain dari lisan Arab di dalam sembahyang sama ada dia dapat membaca dengan bahasa Arab atau tidak dapat membaca dengan bahasa Arab. Begitu juga haram membaca al-Qur'an dengan lisan ‘ajam (lain dari lisan Arab) di luar sembahyang sepertimana kata al-Imam Ibnu
    Hajar dalam fatwanya.

     4. Mazhab Hanbali pula menggariskan: Bahawa sembahyang jadi rosak dengan membaca al-Qur'an dengan lisan ‘ajam, sama ada orang itu lemah dari membaca dengan bahasa Arab atau tiada lemah. Mazhab ini memberi erti bahawa adalah ditegah sama sekali (haram) menulis dan membaca al-Qur'an dengan bahasa lain dari bahasa Arab.

    5. Dan Mazhab Maliki: Adalah tidak harus sama sekali (haram) membaca al- Qur'an dan menulis al-Qur'an dengan lisan dan tulisan lain dari lisan dan tulisan Arab.

    Demikian menurut al-'Allamah asy-Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf dalam kitabnya Manhaj al-Yaqin fi Bayan ‘an al-Waqfa al-Ahliyya min ad-Din. Asy-Syeikh Muhammad Hasanain ialah seorang ulama besar yang terkenal di al-Azhar, Mesir.

    Pendapat ini merupakan sokongan kuat kepada pendapat al-Imam an-Nawawi seorang tokoh dan jaguh ulama Syafi‘eyyah dalam Syarh al-Muhadzdzab, katanya: Tiada harus membaca al-Qur’an dengan bahasa lain dari bahasa Arab sama ada dia boleh membaca Arab atau tiada boleh membaca Arab, sama ada dalam sembahyang atau di luar sembahyang.

    Menulis Hadits Dengan Huruf Rumi

    Demikian juga menulis hadits dengan huruf rumi sama hukumnya dengan menulis al-Quran dengan rumi itu, kerana huruf-huruf rumi itu tiada lengkap dan boleh mengubah dan meminda bunyi lafaz Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam, dan membawa salah serta bertukar erti dan tujuannya. Sedangkan memperkatakan sesuatu yang tiada datang daripada Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam itu adalah suatu bohong dan dusta ke atas Baginda Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam, dan membuat bohong dan dusta ke atas Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam itu adalah menempah dosa dan azab api neraka, sebagaimana hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim:
    Ertinya: Barangsiapa berbuat dusta ke atasku dengan senghaja, maka
    hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka jahanam.

    Berkata al-Imam al-Ubbiyyu : Misal berbuat dusta itu ialah menuturkan hadits-hadits Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam dengan salah dan lahan (salah baris, huruf dan perkataan).

    Jadi berdasarkan al-Qur'an sendiri, hadits dan ijmâ‘ umat Islam seperti yang disebutkan di atas, maka nyatalah menulis al-Qur'an dengan tulisan lain dari lisan Arab, seperti menulis dengan rumi yang tiada mempunyai huruf-huruf: غ , ع , ظ , ط , ض , ص , ش , ذ , خ , ح , ث dan ق pada hal lisan Arab mempunyai semua huruf tersebut itu. Cubalah bayangkan jika surah aIFatihah sahaja di tulis dengan huruf rumi itu, sudah pasti, tidak boleh tidak, ayat al-Qur'an ini akan cedera dan berubah, dan mengubah huruf al-Quran pada bacaan dan lafaznya itu adalah haram berdasarkan perintah Allah Subhânahu wa Ta’âlâ : Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartîl (dengan bacaan yang terang jelas dan betul segala hurufnya menurut ilmu tajwid).
    (Surah al-Muzzammil: 4)

    Adapun menulis dan membaca al-Qur'an itu dengan lain dari tulisan dan bacaan lisan Arab, pasti pada suatu masa kelak akan melemahkan pengetahuan al- Qur'an, khasnya pengetahuan praktis di bidang penulisan dan pembacaannya sebagaimana yang diperintahkan oleh syara‘. Lama kelamaan orang mungkin tidak akan berminat lagi dan bahkan tidak mahu mengaji dan belajar jawi,
    belajar tulisan dan bahasa al-Qur'an, cukup dengan bergantung semata-mata kepada tulisan dan bacaan yang lain dari lisan Arab, seperti tulisan rumi atau Iain- Iain, sebagaimana hal ini sudahpun berlaku di Turki pada masa Mustafa Kamal Atartuk, siapa yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan beraja atau bersultan di Turki, dan sekaligus membawa malap cahaya Islam di
    sana, iaitu suatu jenayah dan dosa yang amat besar. Barang dijauhkan kita oleh Allah Subhânahu wa Ta’âlâ dari pekerjaan-pekerjaan dan perbuatan-perbuatan yang merosakkan agama Islam dan umat Islam itu. Wallahu alam…

    Nota Kaki Cinta Agung:
    *Fatwa 1/1994- (MENULIS QUR’AN DENGAN HURUF RUMI)
    Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    msa

    • *
    • Posts: 1577
      • View Profile
    Jawab #2 28 March, 2010, 09:07:35 PM
  • Publish Di FB
  • Bila kita baca al-Quran menggunakan tulisan rumi, lafaz/sebutan/makhraj huruf mungkin berubah....begitu juga dengan tajwid seperti bilangan harakat  dan  sebagainya...bila dah gitu, makna kalimah dan ayat akan berubah...bahaya tu! sebab tu kena baca ikut arab, berpandukan tulisan arab...tak pandai kena belajar la sampai pandai...salah dalam proses belajar tak apa, dimaafkan...saya ada tengok org yg tak pandai baca ikut arab, diorang baca tulisan rumi...banyak salah woo!
    ~ Begin with the End in Mind ~

    issyah

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #3 28 March, 2010, 10:59:40 PM
  • Publish Di FB
  • bila tulisan arab kita tukar kepada bahasa rumi,ianya juga boleh mengubah makna sesuatu perkataan tersebut..
    p/s:buat para halaqian,hati2 dlm penggunaan sesuatu perkataan @ ayat2 dalam al-quran,perhatikan betul2 kerana kadang2 terjadi kesilapan kita ketika membaca..takut2 makna tersebut sebenarnya baik,kita ubah baris perkataan itu maka ia akan membawa sebaliknya..jadinya,ilmu itu penting untuk dipelajari..=)
    ~..I was married to the Dunya but we have divorced. I am now engage to Akhirat, but my desire to marry Jannah remains..~

    yuss28183

    • *
    • Posts: 289
      • View Profile
    Jawab #4 29 March, 2010, 12:19:27 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih diatas jawapan yang diberi

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #5 02 September, 2012, 10:26:50 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Shukran dengan peringatan ini.. :syukur:   :ins:

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #6 02 September, 2012, 10:36:30 PM
  • Publish Di FB
  • Kalau ayat yang macam Zikir-tahmid,tasbih, tu? lagi satu sebutan Innalillah... ? Masa saya zaman sekolah dulu ada saya perhatikan banyak juga pelajar yang hafal dengan translate dalam merumikan dahulu..sesetengah mereka katanya lagi senang ingat...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    1751 Views
    Last post 28 January, 2010, 11:10:26 AM
    by aku kecil
    2 Replies
    5852 Views
    Last post 12 March, 2012, 08:07:48 PM
    by jaafarudin
    74 Replies
    9043 Views
    Last post 22 February, 2011, 07:59:49 PM
    by Nur Mariam