Bank Sperma

*

Author Topic: Bank Sperma  (Read 6428 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
26 March, 2010, 07:59:40 AM
  • Publish

  • KUALA LUMPUR:   Berita Harian 25 Jun 2007.
    Satu undang-undang akan digubal khusus untuk menangani perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang yang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma. Malah, mana-mana pasangan di negara ini boleh memilih sperma mengikut cita rasa masing-masing berpandukan latar belakang penderma sperma yang direkodkan pihak hospital untuk rujukan mereka yang berminat mendapatkannya.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 26 March, 2010, 08:01:29 AM
  • Publish

  • Sebelum diulas panjang tentang masalah ini, marilah kita perhatikan Hadith Nabi SAW yang menjelaskan tentang perkahwinan ketika zaman Jahiliyyah. Di zaman Jahiliyyah terdapat 4 jenis perkahwinan yang terdapat percanggahan dengan Syariat Islam kecuali satu yang dipraktikkan oleh masyarakat tersebut, iaitu:

    Satu : Seorang lelaki menemui seorang lelaki lain untuk melamar atau mengahwini wanita dibawah jagaannya. Perkahwinan ini sah sekiranya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam.

    Dua : Seorang suami menyuruh isterinya yang baru suci daripada haid pergi kepada seorang lelaki yang pandai dan tubuhnya gagah. Isteri tersebut hendaklah melayan kehendak lelaki tersebut sehinggalah tanda-tanda hamil nampak pada isteri tersebut. Apabila tanda-tanda kehamilan sudah jelas, isteri tersebut akan kembali ke pangkuan suami. Pernikahan haram (penzinaan) ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keturunan yang cerdik dan gagah. Perkahwinan ini adalah haram kerana menyerupai zina.

    Tiga : Sekumpulan lelaki tidak melebihi 10 orang berzina dengan seorang perempuan secara bergilir-gillir. Apabila bayi tersebut dilahirkan, lelaki-lelaki tadi dipanggil semula oleh perempuan tersebut, lalu dia berhak memilih salah seorang daripada mereka yang dia paling sukai sebagai bapa kepada bayi tersebut. Seterusnya, bayi tersebut dinasabkan dengan lelaki yang dipilih tadi. Perkahwinan cara ini juga diharamkan di dalam Islam.

    Empat : Seorang pelacur wanita meletakkan bendera di pintu rumahnya sebagai tanda persediaan untuk menerima lelaki yang ingin melacurinya. Apabila pelacur tersebut melahirkan anak, semua lelaki yang pernah melacurinya dipanggil lalu seorang pakar pemerhati (saintis DNA di zaman sekarang) menentukan bapa terhadap bayi tersebut berdasarkan lelaki yang paling mirip dengan bayi tersebut. (1)

    Kesimpulannya, keempat-empat perkahwinan di zaman Jahiliyyah yang telah dinyatakan oleh Nabi SAW adalah bercanggah dengan tatatertib perkahwinan dalam Islam, kecuali cara perkahwinan yang pertama, yang biasa diamalkan di merata tempat dan tiada sebarang percanggahan dengan perkahwinan dalam Islam sekiranya mencukupi syarat dan rukun sepertimana yang sudah sedia maklum.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 26 March, 2010, 08:03:53 AM
  • Publish

  • Apa yang ingin dijelaskan di sini, ialah persamaan yang berlaku di seluruh dunia, di mana pengamalan-pengalaman ini telah dilakukan oleh Masyarakat Jahiliyyah yang tiga daripadanya telah diharamkan oleh Allah SWT. Tetapi hari ini Bank Sperma yang telah dilaksanakan oleh hospital-hospital swasta ini seolah-olah mempermainkan pengharaman yang telah dilarang oleh Nabi SAW.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail berkata kepada Berita Harian “Apa yang penting, saya tidak mahu perkara ini mengundang spekulasi yang boleh mencalar imej perubatan di negara ini”


    Petikan Sumber Berita harian di atas  menyatakan lagi,

    Kebanyakan pasangan yang mendapatkan khidmat bank sperma ini biasanya sudah berputus asa untuk mendapat zuriat selepas menjalani pelbagai rawatan termasuk program persenyawaan benih luar rahim (IVF) dan suntikan sperma intracytoplasmic sperm injection (ICSI).

    Inilah kehidupan manusia hari ini yang boleh disaksikan di Negara Malaysia “yang menjadi contoh”. Manusia berputus asa dengan ketentuan Allah SWT, Adakah mereka tidak tahu bahawa di sana terkandung hikmah disebaliknya? Adakah kerana tidak mempunyai anak, Allah dipersalahkan?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 26 March, 2010, 08:07:24 AM
  • Publish

  • Petikan Sumber Berita harian di atas  menyatakan lagi,

    Beberapa hospital swasta yang dihubungi menjelaskan, bank sperma mereka tidak akan melaksanakan kaedah berkenaan kepada pasangan Islam walaupun ramai yang membuat permohonan.Sumber memberitahu, sperma yang dibekalkan kepada pasangan yang berminat adalah daripada jenis ‘terpilih’ dan kualitinya terjamin.

    “Kami memilih sperma daripada individu yang memiliki kriteria ditetapkan. Antaranya berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya ijazah, berwajah tampan, selain mengutamakan jenis warna rambut dan anak mata.

    “Kami juga akan mengesyorkan sperma penderma yang mempunyai iras wajah suami atau isteri misalnya, bentuk muka, mata, bibir dan hidung bertujuan memastikan anak yang bakal lahir mempunyai sedikit persamaan dengan pasangan itu,” katanya.

    Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah,
    > Adakah masyarakat bukan Islam bersetuju dengan Bank Sperma ini?

    Sekiranya perkhidmatan haram ini tidak dibuka kepada masyarakat Islam, adakah ini bermakna masyarakat bukan Islam boleh mengamalkannya? Saya yakin, sekiranya perkara ini berleluasa, walaupun tidak dibuka kepada masyarakat Islam, ia pasti akan menjadi masalah ketika seseorang ingin memeluk agama Islam. Inilah racun yang cuba disuntik bagi memastikan masyarakat Malaysia yang “berbilang bangsa” akan celaru dan rosak.

    Sekiranya masyarakat bukan Islam bersetuju dengan Bank Sperma ini, ini bermakna mereka turut bersetuju dengan ZINA. Adakah mereka sanggup melihat anak yang lahir daripada rahim isteri mereka, bukanlah anak mereka yang sebenar? Perhatikanlah wahai “MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL”

    > Sekiranya tidak berlaku sebarang kecelaruan nasab, adakah Islam boleh melonggarkan pengharaman Bank Sperma?


    Tidak! Pengharaman Bank Sperma bukanlah disebabkan kecelaruan nasab semata-mata, akan tetapi pengharamannya adalah suruhan daripada Allah SWT. Malah, kecelaruan nasab adalah hasil daripada kelakuan tersebut, bukanlah sebab ia diharamkan. Anda jangan terkeliru.

    Adakah daging babi diharamkan kerana virusnya? Tidak! Daging babi tetap DIHARAMKAN walaupun virusnya berjaya dihapuskan. Inilah contoh yang boleh dikaitkan dengan penjelasan Bank Sperma tadi.

    Kesimpulan
    Malaysia sudah penuh dengan kecelaruan dan kebobrokan yang sangat jelas, siapakah yang harus menghalangnya? Adakah hanya tunggu Imam Mahdi di akhir zaman? Perkara yang HARAM semakin diHALALkan, zina hakiki semakin menyelinap di masuk sebagai zina tersembunyi.

    Mengapakah mereka yang berkuasa untuk mencegahnya, kecut  untuk menanganinya? Bank Sperma bukan hanya merosakkan keturunan masyarakat Malaysia, akan tetapi keburukan yang lebih besar akan timbul, samada melalui harta warisan, perkahwinan dan sebagainya yang turut diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.


    Sumber phpUTM

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 26 March, 2010, 08:09:54 AM
  • Publish


  • Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell)

    1. Pengklonan terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syara adalah diharuskan.

    2. Harus menggunakan embrio yang disimpan beku atau lebihan embrio dari proses persenyawaan di luar rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai tahap alaqah(blastocyst).

    3. Penyelidikan ke atas pra-embrio selain dari untuk tujuan terapeutik hendaklah mendapat kebenaran daripada pasangan suami isteri. Praembrio hasil penyelidikan ini, tidak boleh sama sekali ditanam dalam rahim isteri atau mana-mana wanita yang lain.

    4. Harus melakukan penyelidikan ke atas pra-embrio untuk mengetahui penyakit genetik bagi pasangan suami isteri yang berisiko tinggi dan hanya embrio yang dikenalpasti bebas dari penyakit sahaja boleh ditanam dalam rahim ibunya dalam tempoh perkahwinan yang sah. Sebarang penyelidikan yang berunsurkan komersial atau yang tiada kaitan dengan kesihatan ibu atau janin adalah tidak dibenarkan.

    5. Rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian sifat semulajadi seperti rambut, warna rambut,kebijaksanaan, ketinggian dan sebagainya termasuk memilih jantina adalah haram. Bagaimanapun, pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik yang serius yang boleh membawa kematian.

    6. Penyelidikan hendaklah dijalankan secara sah dan proposal penyelidikan mestilah jelas, saintifik dan dikendalikan oleh penyelidik yang benar-benar mempunyai kemahiran, amanah serta bertanggungjawab.

    7. Sel stem daripada sumber-sumber berikut adalah harus digunakan untuk tujuan rawatan perubatan dan kaji selidik:

    a. Daripada seorang dewasa (sel stem dewasa) dengan izin dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat;

    b. Daripada seorang kanak-kanak dengan keizinan ibu bapanya dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat;

    c. Daripada uri dan darah tali pusat bayi dengan keizinan ibu bapanya;

    d. Daripada janin yang gugur secara spontan atau keguguran akibat daripada rawatan perubatan yang dibenarkan syara dengan syarat mendapat keizinan ibu bapanya, bukan janin yang digugurkan secara sengaja atau digugurkan tanpa sebab-sebab perubatan yang dibenarkan oleh syara;

    e. Daripada lebihan embrio (excess embryos) yang disimpan beku daripada teknologi bantuan kesuburan IVF dengan syarat mendapat keizinan daripada ibu bapanya. Sel stem daripada embrio yang dihasilkan secara sengaja (created embryo) dengan teknologi Somatic Cell Nuclear Transfer ( SCNT ) adalah tidak dibenarkan berdasarkan kaedah saddul zaraie iaitu menutup pintu keburukan.

    Sumber      Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan
    Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1322

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 26 March, 2010, 08:10:43 AM
  • Publish

  • Hukum Pengklonan Pembiakan Manusia dan Perubatan Dari sudut Syara'

    Sudut Aqidah

    (i) Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadiakan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;

    "Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikendaki-Nya)."

    (ii) Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada peraturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.

    Firman Allah S.W.T:

    "Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

    (iii) Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya .Kepercayaan seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang akan mebnimpa diri seseorang dari alam rahim sehinggalah hari kematiannya.

    Sudut Syariat

    (iv) Manusia tidak harus dijadiakan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhan-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru, pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan ke atas binatang akan menjadikan manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya.

    (v) Pengklonan manusia akan mengganggu system keturunan dan kesucian system kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih sayang ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan tempat pergantungannya, sebaliknya anak yang dilahirkan daripada pengklonan boleh meruntuhkan system kekeluargaan.

    (vi) Pengklonan juga membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga yang kan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam.

    (vii) Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu tunggal dan menidakkan hak seseorang anak untuk mendapatkan kasih sayang seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada sperma. Perhubungan seksual akan dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.

    (viii) Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut.

    (ix) Dari Segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan. Bagaimanapula hubungannya dengan kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan bukan mahramnya.

    (x) Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama. Anak klon tidak dapat diangkat menjadikan anak sendiri.

    (xi) Dari segi pusaka, kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabat yang sebenarnya tidak berhak memdapat pusaka atau menjadi sebab untuk dia memperolehi warisan. Tidak ada ukuran syarak yang boleh dibuat kepada anak klon bagi membolehkannya memperolehi harta pusaka.



       
    Sumber    Fatwa Negeri Selagor Darul Ehsan
    Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=717


    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #6 26 March, 2010, 09:37:20 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Terima kasih ummi atas info yang sangat bermanfaat. Sebenarnya ilmu berkaitan kejuruteraan genetik seperti pengklonan ini sangat baik. Namun, sayangnya kita telah terpengaruh dengan barat dan telah menyalahgunakannya. Di sinilah saya melihat kepada keperluan dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menimba ilmu dan memanfaatkannya dengan cara yang betul. Masalahnya sekarang, umat Islam ketinggalan dalam bidang ilmu dan ini meyebabkan bidang ini dimonopoli oleh barat. Orang-orang barat pula secara tidak langsung telah menggunakan bidang pendidikan ini untuk menyesatkan umat Islam.

    Di sini saya ada persoalan, kat sini ummi menekankan aspek pengklonan manusia. Bagaimana pula hukum pengklonan tumbuh-tumbuhan dan binatang? Sebab setakat yang saya maklum, tumbuh-tumbuhan dan haiwan diklon untuk mendapat baka yang lebih baik. Ada juga makanan yang dihasilkan dari teknologi kejuruteraan genetik yang dikenali sebagai "Genetically Modified Food". Jadi kalau boleh dijelaskan hukumnya dan adakah ini juga dikatakan mengubah ciptaan Allah? di sini juga mungkin berlaku kekeliruan jika haiwan yang haram seperti babi diklonkan dengan haiwan yang halal seperti lembu?

    p/s: Maaf jika soalan ini agak lari dari topik asal

    Terima kasih
    « Last Edit: 26 March, 2010, 09:38:52 AM by Nor_207 »
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 26 March, 2010, 10:31:02 AM
  • Publish

  • Kalau melibatkan tumbuhan dan haiwan kita boleh sebut pengklonan untuk dapat hasil yang lebih baik.Berikut fatwa dari Baheis.

    Soalan   :

    Isu pengklonan manusia,haiwan dan tumbuhan mengikut perspektif Islam. Apakah hukumnya,kebaikan dan keburukan dari aspek agama?.

    Jawapan   :

    Pengklonan manusia adalah haram. Tetapi pengklonan tumbuhan dan binatang dibolehkan dan ada kes-kes tertentu bergantung kepada keputusan fatwa dari masa ke semasa. .


    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 26 March, 2010, 10:47:01 AM
  • Publish

  • Perkataan klon berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘ranting’. Ini berasaskan kepada penanaman pokok yang memerlukan ranting bagi membiakkannya. Ranting tersebut mengandungi kandungan gen yang sama dengan pokok asal. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English (1984:197) memberi maksud klon sebagai “thenonsexually-produced descendants of a single plant or animal” iaitu hasil keturunan tanpa seks dari satu tumbuhan atau haiwan.

    Berikut merupakan definisi yang lebih lanjut tentang pengklonan biologi berdasarkan pelbagai sumber:

    * Sekumpulan individu yang sama dari segi genetik dan dilahirkan oleh induk yang sama melalui pembiakan aseks. Banyak tumbuhan menunjukkan ciri ini dengan menghasilkan tuber atau rizom.

    * Sekumpulan sel yang sama dari segi genetik akibat pembahagian mitosis daripada sel induk.

    * Sekumpulan molekul DNA yang dihasilkan oleh satu rantai DNA asal akibat bakteria atau virus yang menggunakan teknik biologi bermolekul. Proses ini lebih dikenali sebagai pengklonan molekul atau pengklonan DNA .

    * Penghasilan haiwan yang sama dari segi genetik akibat “pembahagian embrio”. Keadan ini berlaku secara semulajadi pada tahap dua sel untuk menghasilkan kembar seiras.

    * Penciptaan satu atau lebih haiwan yang sama dari segi genetik dengan memindahkan nukleusnya. Proses ini juga dikenali sebagai Pemindahan Nuklear (Nuclear Transfer) ataupun penggantian sel nuklear sepertimana Dolly dihasilkan).

    Secara ringkasnya, pengklonan boleh dieertikan sebagai Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 26 March, 2010, 10:48:51 AM
  • Publish

  • Pengklonan Menurut Perspektif Islam


    Secara dasarnya, Islam menggalakkan kajian di dalam bidang sains dan teknologi serta menyambut baik perkembangan ilmu pengetahuan dan penelitian ilmiah, bahkan menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam mengetahui dan mendalaminya. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. Islam menyuruh umatnya meneroka alam bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada umat manusia. Walau bagaimanapun, jika kajian yang dilakukan dan produk yang dihasilkan boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam, ia dilarang dan diharamkan oleh Islam.

    Klon yang dihalalkan

    Tidak semua klon diharamkan, namun begitu klon yang dibolehkan mestilah mempunyai syarat-syarat berikut;

    1. Klon janin manusia untuk tujuan kajian, kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari. Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari, janin tersebut masih belum ditiupkan roh.

    2. Klon untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak, klon jenis ini juga diharuskan dalam Islam.

    3. Pengklonan dibenarkan terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan klon yang dilakukan terhadap haiwan juga diharuskan berdasarkan syarat-syarat berikut:

    * Penciptaan tersebut sangat penting kepada kehidupan manusia, bukan hanya kepada sesetengah individu.

    * Tidak menimbulkan kerosakan atau bahaya yang lebih besar daripada manfaat yang diperolehi.

    * Tidak mendatangkan kesakitan atau membahayakan binatang itu sendiri, sekalipun untuk jangka masa panjang. Tindakan menyakiti makhluk di kalangan haiwan, hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 26 March, 2010, 10:50:09 AM
  • Publish

  • Pengklonan Manusia Diharamkan

    Klon yang dilakukan ke atas manusia adalah dilarang di sisi syarak berdasarkan sebab-sebab berikut :

    1. Pengklonan manusia untuk apa tujuan sekalipun adalah haram. Pengharaman ini juga Disokong oleh Mufti Mesir Nasser Farid Wasel dan di dalam Mu’tabar Fiqh ke-10 Academy Fiqh Islami India kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T..

    2. Pengklonan manusia untuk diambil organ-organ tertentu dari tubuh manusia yang telah diklonkan bagi tujuan perubatan hukumnya juga haram kerana pengklonan ini telah melahirkan manusia yang cukup sifatnya walaupun dengan cara pengklonan

    Oleh yang demikian tidak boleh melakukan sesuka hati kepada organ-organ tubuhnya walaupun masih pada peringkat janin, kerana dia telah memiliki hak. Tetapi jika melakukan pengklonan kepada organ-organ tertentu seperti jantung, hati dan lain-lain, bagi tujuan perubatan yang penting dan boleh diterima akal ia dibenarkan dalam Islam kerana ia tidak membahayakan serta tidak mengambil hak sesiapa.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 26 March, 2010, 10:54:33 AM
  • Publish

  • Faktor pengklonan manusia diharamkan


    Perbuatan pengklonan reproduktif manusia dilarang dalam Islam kerana bertentangan dengan hukum-hukum dari aspek akidah, syariah dan kemasyarakatan. Ia bertentangan kerana pengklonan membawa kepada kekeliruan dalam pemberian nafkah, perwalian nikah, nasab keturunan, batas pergaulan dengan ahli keluarga, status muhrim dan hak penerimaan harta pusaka. Apabila pengklonan manusia dilakukan akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara berikut:

    1. Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmat kejadian manusia seperti yang diterangkan oleh Allah S.W.T melalui firmanNya yang bermaksud :
    [box title=( Surah Al-Isra’ ayat 70 )]
    Maksudnya : Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan[/box]

    2. Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat serta terhakisnya ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan undang-undang.

    3. Pengklonan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T seperti yang tersebut di dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
    [box title= ( Surah Ar-Rum ayat 30 )]
    Maksudnya : (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.[/box]

    4. Pengklonan juga menafikan keberagaman atau berbagai jenis. Allah S.W.T menciptakan alam ini berdasarkan kaedah keberagaman. Ini ditekankan lagi oleh Alah S.W.T di dalam Al-Quran melalui FirmanNya yang bermaksud :
    [box title=( Surah Fathir ayat 27-28 )]
    Maksudnya : Tidakkah Engkau melihat Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan Dengan air hujan itu buah-buahan Yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada Yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan Merah, Yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga Yang hitam legam dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [/box]

    Pengklonan jelas bertentangan dengan kaedah keberagaman, kerana teknik ini hanya menghasilkan ramai orang yang sama daripada seorang sahaja, dan ini jelas akan mengakibatkan terjadi banyak kerosakan kepada kehidupan manusia mahupun sistem sosial.

    Secara kesimpulannya, Pencapaian teknologi pengklonan adalah merupakan satu pencapaian teknologi yang mampu meningkatkan taraf kehidupan manusia. Namun dalam kehidupan dunia yang tidak sekular, peranan agama amat penting dalam memandu kehidupan ke arah keredaan Allah. Usaha mencapai kemajuan sains bagi menambah keselesaan kehidupan manusia tidak seharusnya meminggirkan tuntutan agama. Islam menggalakkan penemuan baru yang selaras dengan tuntutan shariah dan sekaligus menafikan sebarang aktiviti yang boleh membawa kerosakan kepada tamadun kemanusiaan walaupun niat pada peringkat awalnya adalah untuk kebaikan manusia.

    Sungguhpun teknologi pengklonan secara umum boleh membawa manfaat kepada kehidupan manusia namun pengklonan manusia adalah pencapaian yang boleh memberikan lebih banyak impak negatif kepada manusia terutamanya kepada kehidupan beragama. Bagi masyarakat Islam, isu pengklonan manusia akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kekeluargaan Islam. Ini kerana perkahwinan yang sah bagi mendapatkan zuriat adalah merupakan tonggak kepada pembinaan keluarga dan masyarakat Islam yang harmoni dan sejahtera. Kelahiran generasi manusia yang tidak memiliki ibubapa yang ‘sah’ akan menjadi penghalang kepada pembinaan masyarakat madani dan tamadun manusia yang dihormati.

    Selain itu, perbuatan pengklonan manusia ini sangat memberi kesan dalam pelbagai aspek terutamanya aspek aqidah dan syariah. Dari aspek aqidah, ia akan menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa manusia tidak lagi memerlukan adanya Tuhan atau mempercayaai kekuasaan Tuhan. Ini kerana manusia akan mendakwa mereka juga boleh mencipta manusia malah boleh memilih bentuk dan jenis manusia yang mereka kehendaki.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 26 March, 2010, 10:57:12 AM
  • Publish

  • Teknologi Pengklonan kepada tumbuhan dan haiwan
    Teknik Pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya; tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis. Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan sekumpulan klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek; klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk.

     

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 26 March, 2010, 11:00:59 AM
  • Publish
  • Kebaikan Pengklonan tumbuhan dan haiwan:

    *Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan.

    *Bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

    *Klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan cepat.  (Tumbuhan yang ditanam daripada bijih benih mengambil masa yang panjang untuk tumbuh dan menghasilkan buah). Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga untuk penjagaan rapi pada peringkat muda.

    *Menjamin keseragaman baka yang baik; spesis daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman.

    *Pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 26 March, 2010, 11:02:28 AM
  • Publish
  • Keburukan Pengklonan tumbuhan dan haiwan:

    *Klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit  atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesis itu.

    *Pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.

    *Bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.

    *Klon tidak menunjukkan variasi dari segi genetik.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 26 March, 2010, 11:51:09 AM
  • Publish

  • Makan sembelihan binatang klon

    Soalan :

    Apa hukumnya makan binatang yang diklon? Apakah hukum memakan kambing tersebut sekiranya dilakukan penyembelihan mengikut syara'?

    Jawapan:

    Teknik pembiakan binatang dan tumbuhan untuk konsumpsi manusia yg semakin ramai termasuk dalam mafhum hadis sahih " engkau lebih mengetahui urusan dunia kamu." Pengklonan dalam industri pembiakan kelapa sawit sudah lama dilaksanakan iaitu tissue culture, di mana benih kelapa sawit dihasilkan secara pembiakan tissue dari klon yg terbaik.

    Jika manusia mampu mengklon haiwan supaya ia lebih cepat membesar dan dapat memenuhi permintaan pasaran yg semakin pesat, sudah tentu tidak ada sebarang masalah, (Isu sebenar dalam pengklonan yg mendapat bantahan ahli agama dan moralis seluruh dunia ialah pengklonan manusia bukannya haiwan) berbalik pada pengklonan haiwan dan tumbuhan, jika disahkan selamat dan tiada side-effect, maka sudah tentu Islam tidak menghalangnya. (Fatwa Qardhawi, edisi 2001, Jld 3)

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #16 26 March, 2010, 12:32:09 PM
  • Publish

  • Kesimpulan
    Malaysia sudah penuh dengan kecelaruan dan kebobrokan yang sangat jelas, siapakah yang harus menghalangnya? Adakah hanya tunggu Imam Mahdi di akhir zaman? Perkara yang HARAM semakin diHALALkan, zina hakiki semakin menyelinap di masuk sebagai zina tersembunyi.

    Mengapakah mereka yang berkuasa untuk mencegahnya, kecut  untuk menanganinya? Bank Sperma bukan hanya merosakkan keturunan masyarakat Malaysia, akan tetapi keburukan yang lebih besar akan timbul, samada melalui harta warisan, perkahwinan dan sebagainya yang turut diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

    Sumber phpUTM




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Islam sentiasa mencari punca kepada setiap masalah kerosakan 'Aqidah dan Muamalah lalu  mencabutnya dari akar umbinya! 

    Sekarang kita perhatikan di mana punca segala kepincangan ini....!     Siapa yang berkuasa untuk menghapuskan kebatilan ini?  Bahkan kita bertanya siapa sebenarnya yang memberi lesen membenarkan perkara2 kufur ini berlaku?   Siapa yang meluluskan undang2 menghalalkan barang yang diharamkan oleh Allah?   


    Mereka yang berkuasa untuk hapuskan kebatilan dan perkara2 yang mencabar kekuasaan Allah, terlena dan terleka didalam plan pembangunan duniawi yang menyesatkan!   

    Berdasarkan pengalaman, apabila kita membuat teguran begini, ramai pegawai2 kerajaan akan terasa dan bangkit dengan kesombongan!  Janganlah begitu!  Di antara tanda2 orang beriman ialah menerima kebenaran dan mengakui kesalahan diri sendiri.   Sebaliknya tanda2 mereka yang mengikut Iblis dan Fir'aun ialah mereka bangkit dengan kesombongan walaupun mereka tahu dan sedar mereka di jalan yang salah!


    Ini amaran Allah kepada penguasa2 yang menyombongkan diri:

     وَجَحَدُواْ بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْماً وَعُلُوّاً فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَـقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

    Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. 
    [An-Naml (27) : 14]



    Ye...perhatikanlah bagaimana kesudahan mereka2 yang diberi kekuasaan oleh Allah, tetapi mereka engkar dan kufur!   Perhatikan Fir'aun! Perhatikan Qarun!   Perhatikan juga kepada penyokong2 mereka!   Adakah anda akan insaf?  Adakah mereka akan bertaubat?  Belum lagi sampai masa untuk bertaubat?


    Allah Ta'ala hanya memberi petunjuk kepada mereka2 yang ingin menundukkan dirinya!!!


    Wallahu A'lam

    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #17 26 March, 2010, 12:47:32 PM
  • Publish

  • Kesimpulan Bank Sperma bukan hanya merosakkan keturunan masyarakat Malaysia, akan tetapi keburukan yang lebih besar akan timbul, samada melalui harta warisan, perkahwinan dan sebagainya yang turut diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

    Sumber phpUTM
      :)
    adakah bank sperma sama dengan penyimpanan sperma oleh pesakit testicular dan germ cell tumor cancer yang menyimpan sperma mereka untuk kegunaan mereka sendiri bila mereka berkahwin? ini kerana mereka sudah tidak dapat menghasilkan sperma lagi setelah menjalankan rawatan, jadi biasanya sebelum rawatan mereka akan menjalankan prosedur menyimpan sperma mereka.


    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #18 26 March, 2010, 04:37:54 PM
  • Publish

  • Klon yang dihalalkan

    Tidak semua klon diharamkan, namun begitu klon yang dibolehkan mestilah mempunyai syarat-syarat berikut;

    1. Klon janin manusia untuk tujuan kajian, kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari. Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari, janin tersebut masih belum ditiupkan roh.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Klon janin untuk tujuan kajian...!

    Oleh kerana Ummi tak sebut rujukan fatwa ini,  Pak Arab ingin tahu rujukan fatwa tersebut.  Kalau boleh penjelasan "tujuan kajian".   Maksudnya apa maslahat yang memerlukan kajian tersebut. (dari sumber fatwa berkenaan)

    Syukran!

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #19 26 March, 2010, 05:47:12 PM
  • Publish
  • Apa yang difahami...pengklonan adalah proses pembiakan tanpa memerlukan sperma.
    Apa pulak kaitan isu antara bank sperma dan pengklonan ?
    Macam ada dua isu yang berbeza kat sini keliru*

    Memang isu yang berbeza kak Long. Tetapi saya menjawap soalan Nor_207 yang bertanya di tempat ini...

    Kak Long kena tanya Nor_207, kenapa bertanya di rumah ini....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    6922 Views
    Last post 27 October, 2010, 12:30:47 PM
    by Zach
    CIMB BANK

    Started by ibnusina Ilmiah~Lucu

    6 Replies
    1943 Views
    Last post 02 August, 2012, 05:18:44 AM
    by Saya Hamba
    7 Replies
    3405 Views
    Last post 05 August, 2010, 03:25:58 PM
    by Ummi Munaliza