0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”“Masa lapang” ini maksudnya ialah kekosongan daripada berbagai kesibukan dan perkara-perkara keduniaan yang menghalang dan melarang seseorang daripada melakukan urusan-urusan akhirat.Hal ini tidak bertentangan dengan apa yang dijelaskan dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis berkenaan dengan galakan atau dorongan berusaha dan mencari sumber kehidupan, selagi hal yang demikian tidak menyebabkannya tenggelam dalam gelombang dan tuntutan kehidupan, dan tidak pula menghalangnya daripada melaksanakan peraturan Allah SWT.Istilah atau perkataan “tertipu” yang terdapat dalam sabda Rasulullah di atas pada asalnya digunakan dalam kegiatan jual beli dan perdagangan. Jadi dalam hadis ini seperti yang dikatakan Syeikh Al Manawi:“Seorang mukallaf diumpamakan dengan “peniaga”. Modal utamanya ialah “kesihatan” dan “masa lapang”. Kerana kesihatan dan masa lapang adalah antara faktor penting dalam mencapai keuntungan dan faktor asas dalam menuju “kejayaan”. Sesiapa yang berinteraksi dengan jalan menjunjung segala perintah-Nya, dia akan memperoleh “keuntungan”. Sesiapa yang berinteraksi dengan syaitan dengan memperturutkan kehendaknya, dia telah menyia-nyiakan “modal” perniagaan (yang merupakan anugerah Allah yang tidak dapat dinilai harganya).”Terdapat dalam hadis lain sabda Rasulullah s.a.w:“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”Masa lapang tidak akan tetap kosong buat selama-lamanya. Ia akan tetap diisi sama ada dengan perkara yang baik atau perkara yang tidak baik. Sesiapa yang tidak mencipta kesibukan dirinya dengan perkara yang benar (haq), dia akan memiliki kesibukan yang sia-sia (batil). Justeru itu, beruntunglah orang yang mengisi masanya dengan kebaikan dan amal saleh; dan celakalah orang-orang yang mengisi masanya dengan kejahatan dan kebinasaan.Berkata sebahagian golongan saleh:“Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah; dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”
Dimulakan Oleh Rajawali Dunia Islam
Dimulakan Oleh farhahzaba Sajak & Puisi
Dimulakan Oleh Hj Naim Isu Semasa