JAGA kesihatan KAKI anda

*

Author Topic: JAGA kesihatan KAKI anda  (Read 10296 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
20 June, 2007, 09:55:21 PM
  • Publish
  • Jaga Kesihatan Kaki Anda       

    Anggota yang paling kerap diabaikan ini perlukan penjagaan seperti juga anggota badan yang lain.

    Tahukah anda bahawa satu per empat bahagian tulang pada tubuh manusia adalah pada bahagian kaki. Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan. Sekiranya anda pernah mengalami kesakitan pada pergelangan kaki, lutut, belakang atau bahu, atau kadangkala ketegangan, ia mungkin disebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.

    Jika dilihat pada fenomena hari ini, rekaan kasut lebih kepada nilai komersial, tanpa mengira keselesaan pada kaki. Kasut yang tumitnya terlalu tinggi atau tidak mempunyai sokongan ‘orthotic’ untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.

    Atasi Masalah Kaki

    Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah berkaitan kaki adalah dengan mengunjungi pakar yang menjalankan pemeriksaan, rawatan serta rundingan berkaitan pemilihan kasut yang sesuai. Pakar ini dikenali sebagai pedortist.

    Antara masalah yang dapat dikurangkan oleh pedortist adalah;
    * Kesakitan pada bahagian belakang, tumit, lengkungan kaki, serta lutut.
    * Kesakitan pada tendon pada otot betis ke tumit.
    * Bengkak pada pangkal ibu jari kaki serta kulit kaki mengeras.
    * Lenguh-lenguh serta kesakitan pada bahagian sendi.
    * Komplikasi kepada diabetes.
    * Panjang kedua-dua belah kaki yang berbeza.
    * Tapak kaki yang rata atau keadaan lengkungan kaki yang terlalu tinggi.
    * Kecederaan yang dialami oleh atlit.

    Tips Penjagaan Kaki

    * Basuh kaki anda sentiasa, terutamanya di bahagian jari-jari kaki. Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.

    * Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.

    * Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek. Jangan potong bahagian sudut kuku kerana ia akan menghalang pertumbuhan kuku kaki.

    * Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna. Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama. Berjalan sekali-sekala untuk melancarkan aliran darah.

    * Pilih kasut yang sesuai.

    * Bagaimana Pastikan Kasut Sesuai Untuk Kaki

    * Apabila berhasrat untuk membeli kasut, pastikan anda mengikuti garis panduan berikut bagi mengelakkan tekanan pada kaki.

    * Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.

    * Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.

    * Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.

    * Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.

    * Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.

    Fakta Menarik

    * Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.

    * Kaki manusia secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.

    * Anggota yang paling kerap diabaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.

    * 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk, saiz serta keadaan kaki. Ia boleh menimbulkan masalah yang serius kepada kaki.

    Koleksi ANIS
     
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 03 May, 2009, 05:24:51 PM
  • Publish

  • PENJAGAAN KAKI


    [box title=Mengapa penjagaan kaki penting?]
    # Fungsi penting kaki ialah untuk menampung berat badan

    # Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah

    # Masalah kaki akan mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang [/box]

    [box title=Apakah penyebab biasa masalah kaki anda?]
    # Penyakit

    # Saiz kasut yang tidak sesuai

    # Kaki yang dimamah usia

    # Peredaran darah yang kurang baik

    # Kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul[/box]

    [box title=Bagaimana menjaga kaki anda?]
    # Periksa kaki dengan kerap

    # Amalkan kebersihan kaki yang baik

    # Pilih kasut yang sesuai

    # Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan:

        * Senaman berkala

        * Urutan lembut pada kaki

        * Rendamkan kaki dalam air suam

        * Rehatkan kaki ke paras yang sedikit tinggi selepas lama berdiri atau bila berasa letih

    # Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:

        * Tekanan akibat kasut yang ketat

        * Duduk terlalu lama

        * Duduk bersilang kaki terlalu lama

        * Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat[/box]


    [box title=Bagaimana cara memilih kasut yang sesuai?]
    # Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan

    # Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat dengan usia

    # Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian

    # Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut

    # Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki anda bergerak

    # Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai
       dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki

    # Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan
       semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.[/box]
    « Last Edit: 11 August, 2009, 12:29:08 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 03 May, 2009, 05:28:28 PM
  • Publish
  •               
    [box title=Tips penjagaan kaki]
        * Tips penjagaan kaki yang pertamanya rendam kaki selama 30 minit di dalam air suam yang dicampurkan sedikit garam
           biasa atau garam mandian.
        * Kemudian lap tapak kaki perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran.
        * Tips penjagaan kaki seterusnya sambil rendamkan kaki, bolehlah memasangkan lagu yang lembut untuk terapi diri.
        * Tips penjagaan kaki seterusnya scrub kaki anda atau gukan pimice stone bagi membuang kepingan keras pada kaki.
        * Kemudian keringkan kaki dengn tuala bersih. Urut kaki dengan losen atau krim kaki.
        * Tips penjagaan kaki, pastikan urut sekitar tapak kaki,tumit, celahan jari dan sapukan losyen keseluruhan kaki.
        * Tips penjagaan kaki seterusnya ialah ketika memotong kuku kaki dengan betul ialah dengan
           memotongnya menjadi empat segi. jangan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
        * Kemudian goskkan kuku kaki yang telah dirapikan dengn minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.
    [/box]
    « Last Edit: 11 August, 2009, 12:25:21 PM by Munaliza Ismail »

    radix2u.com

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #3 29 June, 2009, 01:27:43 PM
  • Publish
  • BISMILLAH.

    Perhatikan ketebalan tapak kasut yang telah lama anda pakai jika tidak sama tebalnya bererti anda sedang menghadapi masalah di tulang belakang. Selama ini mungkin anda berjalan dengan memberat sebelah kanan atau kiri. Ini semua bergantung kepada keadaan di tulang belakang anda.

    Namun bagitu keadaan ini boleh diperbaiki perlahan-lahan melalui teknik kiropraktik (manipulasi tulang belakang) dan pengambilan herba yang betul.

    InsyaAllah, terdapat 3 herba yang sangat baik untuk tulang belakang iaitu:-

    1. Habbatus Saudak soft gel - 2 x 3
    2. Minyak zaitun soft gel - 2 x 3
    3. Madu lebah - 1 sudu x 3 kali/sehari.

    Pengambilan secara berterusan selama 3 - 6 bulan akan memberikan banyak kesan kesembuhan. Biiznillah.

    http://radix2u.com

    WALLAHUA'LAM.

    ZHAMORA

    • *
    • Posts: 18
    • Salam Ukhwah semua...
      • View Profile
    Reply #4 11 August, 2009, 12:15:19 PM
  • Publish
  • Kuku yang hitam n rosak
    Bagaimana utk mengubatinya???
     :)
    Sape2 leh bg tips???
    PLZ/..............

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #5 12 August, 2009, 10:30:18 AM
  • Publish
  • kuku yang hitam dan rosak tu disebabkan apa ya saudara zhamora? sebab ada pelbagai causes  yg mnyebabkan kuku mnjadi hitam dan rosak..

    cuba state kan secara terperinci...
    insyaAllah saya cuba bantu....
    kelak kehidupan akan dipertontonkan

    UyunAhmad

    • *
    • Posts: 118
      • View Profile
    Reply #6 12 August, 2009, 11:10:36 AM
  • Publish
  • Salam. Bagaimana pula dengan jari-jari kaki yang menunjukkan tanda-tanda hitam dibahagian ruas kaki? Boleh jadi disebabkan kering atau tidak kerap membasuh kaki?

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #7 12 August, 2009, 11:24:07 AM
  • Publish
  • kebiasaanya, kuku menjadi hitam@hijau@warna2lain  adalah akibat daripada jangkitan kulat (fungi) yg dinamakan Trichophyton rubrum.
    Kulat ini akan memanifestasikan jangkitan itu dengan beberapa cara:

    1. bermula daripada pangkal@hujung (distal) kuku dan menjalar ke ketengah dan ke tapak kuku. Gejala ini dipanggil "distal subungal onychomycosis". Ini adalah gejala jangkitan kulat paling common (90%) dan biasanya berlaku pada jari kaki berbanding jari tangan.

    Antara faktor yang mnyebabkan jangkitan kulat ini adalah:

    a)umur tua
    b) swimming
    c) athlete's foot
    d) psoriasis
    c) diabetes
    e)jangkitan daripada Ahli keluarga lain
    f)immunisasi badan menjadi lemah

    2) bermula pada "base@cuticle" kuku dan naik ke atas (distal), jangkitan ini dinamakan "proximal subungal onychomycosis", keadaan ini adalah sama seperti di atas  tetapi ia jarang2 berlaku (3%). Kebiasaannya, ia adalah di sebabkan lemah imunisasi badan.

    3)Yeast onychomychosis: keadaan ini berbeza dengan jangkitan kulat di atas, ia bukan disebabkan oleh tricophyton rubrum tetapi disebabkan oleh kulat bernama Candida. Ia biasa berlaku pada jari tangan berbanding jari kaki. Candida akan menyebabkan kuku mnjadi kekuningan, brownish, putih dan juga mnyebabkan kuku menjadi tebal.


    RAWATAN;

    terapi oral anti-fungal berkesan sehingga 50-75%

    antara yg disyorkan.

    1.Griseofulvin
    2.Terbinafine
    3.Itraconazole
    4.Fluconazole

    ubat2 ini hendaklah mendapat prescription daripada doctor.

    ubatan tradisional...
    cuka@vinegar boleh juga digunakan utk mmulihkan kuku tersebut dengan mnyapunya ke kuku...tetapi masih belum ada lagi pngesahan secara klinikal akan keberkesanannya...

    sebenarnya, perubahan warna pada kuku amatlah sukar utk dikenalpasti sebab2nya walaupun doktor yang mendiagnose.
    kebiasaanya, jangkitan kulat di atas jarang di rawat kecuali anda adalah salah seorang daripada pesakit diabetis atau mempunyai jangkitan kuman di kaki atau anda merasakan sakit dan benar2 tidak selesa.

    cara-cara pencegahan

    1.pastikan kuku sentiasa pendek
    2.jgn potong bahagian corner kuku
    3.jaga kebersihan kaki ,pastikan sentiasa kering
    4.pakai stokin kering dan kasut yang sesuai (tidak ketat)
    5.tukar kasut sukan anda
    6.rawat athlete's foot


    --------------------------------------

    fungal nail juga selalu tersalah diagnose dengan beberapa abnormality kuku yang lain...

    moga soalan saudara zhamora terjawab, insyaAllah..


    Baihaqi,
    fakulti perubatan, university of mansoura.

     





    « Last Edit: 12 August, 2009, 03:14:30 PM by elbaihaqi »

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #8 12 August, 2009, 11:37:11 AM
  • Publish
  • saudari uyun ahmad..
    jika tapak kaki rosak akibat kering (dry skin) , sila dapatkan hydrating cream yg  banyak terdapat di farmasi2...

    kebiasaannya kekeringan adalah berlaku akibat faktor environment..

    insyaAllah, sy akan jelaskan kemudian tntg ini kemudian..

    « Last Edit: 12 August, 2009, 11:41:03 AM by elbaihaqi »

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #9 12 August, 2009, 12:38:35 PM
  • Publish
  • saudari uyun ahmad, jika boleh..
    sila nyatakan detail sket...symptoms lain yg saudari hadapi.....

    because it can be anything..kalau setakat kering dan hitam..

    insyaAllah saya akan cuba jawab yg termampu..

    ZHAMORA

    • *
    • Posts: 18
    • Salam Ukhwah semua...
      • View Profile
    Reply #10 12 August, 2009, 02:23:51 PM
  • Publish
  • Tq bg kerjasama.. elbaihaqi...
    Em kuku rosak... hitam..
    Kalo tumbuh pun still hitam.. n ble da tumbuh 2, die gatal..
    Jadi rosak...
    Mcm mane nak jdkan kuku 2 normal semula.. 1 jari je plak 2..

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #11 12 August, 2009, 03:08:49 PM
  • Publish
  • berkemungkinan besar adalah fungal infection yang saya nyatakan sebelum ni, sbb ia bukan kes pendarahan berlaku dalam kuku.

    dan saudari juga mngalami gatal2 pada kuku tersebut, ia bermakna jangkitan kulat itu telah merebak kepada kulit
    yang dikenali sebagai  dermatophyte.  .

    sila rujuk terus kepada doktor kerana pnyakit2 kronik lain, juga boleh memberi efek kepada appearance kuku.

    =)

    « Last Edit: 12 August, 2009, 03:10:21 PM by elbaihaqi »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 12 August, 2009, 03:43:04 PM
  • Publish


  • Apa kaitan kuku dengan masalah jantung?  Ada simpton sakit jantung yang boleh ditunjukkan oleh kuku?

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #13 12 August, 2009, 04:29:57 PM
  • Publish
  • ya, ummi...

    penyakit jantung akan menyebabkan cyanosis pada jari dan juga bawah kuku.

    cyanosis adalah dimana jari kita menjadi  kebiru-biruan akibat kekurangan oksigen.

    antara sebab yg menyebabkan berlaku cyanosis adaalah daripada masalah jantung iaitu...

    1.abnormal haemoglobin levels
    2.congenital heart disease
    3.heart failures
    4.myocardial infarction
    5.tetralogy of fallot.

    semoga soalan umi terjawab :)

    ZHAMORA

    • *
    • Posts: 18
    • Salam Ukhwah semua...
      • View Profile
    Reply #14 12 August, 2009, 05:17:26 PM
  • Publish
  • Tp xteruk lar sgt gatal nye 2...
    Just kejap jek..
    Yg pelik nye kuku stil itam wlpn tumbuh baru..
    Bgaimana nak kembali normal?
    n jari nie seolah2 bengkak@besar berbanding jari lain... tp xsakit just besar dr jari lain..
    plz elbaihaqi..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 12 August, 2009, 06:03:36 PM
  • Publish


  • Terima kasih elbaihaqi, terjawap soalan itu, cuma term Inggeris tu ummi kurang jelas. Tidak mengapa.

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #16 12 August, 2009, 07:55:16 PM
  • Publish
  • maaf ummi,

    saya tak berapa biasa nak translate istilah2 medical kepada bahasa melayu...
    takpe umi,

    saya cuba terangkan..

    1. level haemoglobin yg abnormal, biasanya berlaku kepada pesakit anaemia. iaitu kekurangan darah merah.
    2. kecacatan pada jantung sejak lahir.
    3. heart infarction adalah dimana berlakunye death tissue yang boleh mnyebabkan blood supply kurang ke seluruh badan
    4. tetralogy of fallot ni adalah ketidaksempurnaan jantung ketika lahir..(masih belum sempurna).

    *ini adalah antara jenis2 pnyakit jantung*


    kecacatan2 di atas boleh mnyebabkan oksigen *hypoxia* tidak mengalir dengan betul ke seluruh anggota badan, lalu menyebabkan cyanosis pada kulit dan kuku akan kelihatan kebiru-biruan...=)

    harap penjelasannya jelas..



    « Last Edit: 12 August, 2009, 09:31:58 PM by elbaihaqi »

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #17 12 August, 2009, 07:57:02 PM
  • Publish
  • kepada saudari zhamora..

    maaf sebab detail yang diberikan agak terbatas dan saya tak dapat melihat keadaan kuku saudari sebenarnya..
    saya cadangkan saudari terus berjumpa kepada pihak hospital ,

    jangan segan2 jumpa je...takut akan timbul pnyakit yg lebih mmudaratkan jika ia bukan fungal infection.

    salam=)

    ---
    ohye, sy masih bpegang pada fungal infection ..yang terkena pada kuku saudari..
    « Last Edit: 12 August, 2009, 09:28:54 PM by elbaihaqi »

    rocksrule17

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #18 13 August, 2009, 10:52:51 AM
  • Publish
  •  :)

    saya slalu dengar pendapat kalo kita hadapi apa2 penyakit kronik,kaki kita yang pertama sekali akan memberi klue..especially kuku

    betul ke?make sense jugak

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #19 13 August, 2009, 07:19:13 PM
  • Publish


  • kpada saudari zhamora, adakah kuku hitam anda berupa begini?

    jika kuku anda berupa ini...sila terus ketemu doktor, kerana ia agak berbahaya...
    « Last Edit: 13 August, 2009, 07:55:19 PM by elbaihaqi »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    6224 Views
    Last post 18 January, 2012, 08:44:59 AM
    by asri85
    4 Replies
    1328 Views
    Last post 17 August, 2009, 12:35:20 PM
    by UyunAhmad
    23 Replies
    3022 Views
    Last post 14 September, 2012, 04:19:11 PM
    by Sha_ampang