Author Topik: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung  (Read 21760 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

muridin

  • *
  • Offline
  • Posts: 199
  • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #40 on: 04 August, 2010, 09:06:04 AM »
Salam ..

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammadin 'Abdika Wa Nabiyyika  
Wa Rosulikan Nabiyyil Ummiyyi Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wa Sallim

Baginda junjungan adalah Nur / Cahaya ..
Nur pada Syariat dan Nur pada Hakikat

Antara hakikat junjungan mulia kita Saiyidina Muhammad putra Abdullah s.a.w
yang ingin pak din kongsikan ialah
baginda kekasihNya  penghulu kita dilindungi awan ...

Selain diri baginda s.a.w yang tidak ada bayang-bayang  seperti manusia biasa jika disuluhi cahaya matahari
Bukanlah awan melindungi baginda s.a.w dari cahaya panas matahari , itu pada pandangan syariat
Tetapi  awan melindungi matahari dari disuluhi oleh cahaya baginda s.a.w dan inilah antara hakikatnya
Jika tidak dilindungi awan nescaya tenggelam cahaya matahari itu dengan cahaya junjungan mulia s.a.w
maka nescaya gelaplah alam ini dari sinaran matahari ....selama adanya baginda s.a.w di dunia ini.
Inilah hakikat kemuliaan yang Allah Taala muliakan kepada baginda s.a.w kekasihNya

Seperti titipan kata as Syeikh Mahmud Marghalani al Hussaini
"Tidak terbit cahaya matahari dibumi Madinah melainkan selawat dan salam
terlebih dahulu pada baginda junjungan s.a.w ..
Setiap perkara itu ada hakikatnya ...apatah lagi pada kekasihNya "


Dan banyaklah lagi hakikat akan diri junjungan  mulia kita ini ...
Lihatlah dengan mata tubuh yang sebenar lihat
Pandanglah dengan mata hati yang sebenar memandang
hentikan sebenar lihat dan sebenar memandang itu pada ruhmu yang menyaksikan  ...
nescaya akan faham dirimu itu akan kenal dirimu itu ...

Bukan bererti kita memuliakan baginda s.a.w hingga kita menafikan pula kemuliaanNya ...
Bukanlah pula kita memuliakan baginda s.a.w hingga kita meletakkan baginda s.a.w pada darjat ketuhanan pula ..
Tetapi selaku ummat maka ada lah tanggungan pada adab ..yakni adab ummat pada penghulu yang merupakan kekasihNya ..
Jalan pintas merebut kasihNya dengan mengasihi kekasihNya  yang dikasihiNya ...

Mudah2an Allah permudahkan
dan menambahkan mahabbah kita kepadaNya dan kekasihNya
Allahumma Amin ya Latiff

Kupasan  Kitab Maulid  
-Al-’Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim
-Al Hafiz Wajihuddin Abdur-Rahman Bin Ali ad-Diba'ei

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 04 August, 2010, 09:11:44 AM oleh muridin »
Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

mohamad zahrawi

  • *
  • Offline
  • Posts: 28
  • أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #41 on: 04 August, 2010, 04:20:31 PM »
‏‎‏‏صلوات تفريجيه

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذى تنحل به العقد وتنفرج الكرب وتقضى به الحواءج وتنال به الرغاءب وحسن الخواتم ويستسق الغمام بوجهه الكريم وعلى اله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

http://mohamadzahrawi.blogspot.com/2010/03/selawat-tafrijiyyah.html

Share this topic on Facebook

أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

http://mohamadzahrawi.blogspot.com/

mohamad zahrawi

  • *
  • Offline
  • Posts: 28
  • أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #42 on: 04 August, 2010, 04:26:37 PM »
‏‎‏‏صلوات تفريجيه

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذى تنحل به العقد وتنفرج الكرب وتقضى به الحواءج وتنال به الرغاءب وحسن الخواتم ويستسق الغمام بوجهه الكريم وعلى اله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

http://mohamadzahrawi.blogspot.com/2010/03/selawat-tafrijiyyah.html

Share this topic on Facebook


muridin

  • *
  • Offline
  • Posts: 199
  • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #43 on: 04 August, 2010, 05:46:10 PM »
Salam ..

"Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad "


Pada bicara selaku diriku seorang Ayah
Bicara-ayah

Wahai anak-anakku ..
Peliharalah akan adab ini
Adab dirimu sebagai ummat kekasihNya ...
Adabmu sebagai anak-anak kesayangan ayah ..

Ayah bicarakan keagungan insan pilihan penghulu dirimu dan diri ayah
Pada bicara hal keadaan bonda junjungan mulia kita s.a.w , Bonda Saiyidatuna Aminah

Sepanjang bulan kehamilannya bonda junjungan Muhammad putra Abdullah s.a.w , bonda saiyidatuna  Siti Aminah melihat di dalam tidurnya akan mimpi-mimpi benar ...Maka bermimpilah akan pertemuan bonda junjungan kita Bonda Saiyidatuna Siti Aminah sewaktu mengandungkan baginda junjungan mulia kita Saiyidina Muhammad putra Abdullah al Hadi s.a.w  dengan 9 nabi Allah pada setiap bulan mengandungkan baginda paduka kita yang mulia ...

Bulan pertama bertemulah Bonda Saiyidatuna Siti Aminah akan mimpi bertemu dengan baginda nabi Allah Adam a.s sambil dikhabarkan pada Bonda Saiyidatuna Siti Aminah akan memberitakan bahawa dia mengandungkan putera junjungan mulia alam maya pada lagi alam buana ....

Di bulan ke-2 datanglah pula baginda nabi Allah Nuh a.s di dalam mimpinya seraya bersabda bahawa engkau wahai Aminah  mengandungkan seorang nabi yang punyai kemenangan yang futuh ( pembukaan ) ....

Di bulan ke-3 datanglah  baginda nabi Allah Ibrahim a.s  di dalam mimpinya sambil mengkhabarkan akan peri kemuliaan dan ketinggian maqam baginda junjungan  kita saiyidina Muhammad putra Abdullah s.a.w.  

Di bulan ke-4 datanglah pula baginda nabi Allah Ismail a.s di dalam mimpinya ibu junjungan mulia kita  Saiyiduna Siti Aminah sambil membawakan berita kegembiraan bahawa puteranya memiliki kehebatan yang tiada terhingga ...  

Di bulan ke-5  datanglah pula baginda nabi Allah Musa a.s di dalam mimpinya seraya bersabda betapa tinggi martabat putera yang di kandungkannya itu serta akan agung tuahnya..

Di bulan ke-6  datanglah pula baginda nabi Allah Idris a.s dalam mimpinya lalu bersabda akan baginda nabi Allah Idris a.s bahawa puteramu ini amatlah cemerlang budi pekertinya ...

Di bulan ke-7  datanglah pula baginda nabi Allah Daud  a.s di dalam mimpinya dengan sabdanya pada bonda junjungan mulia .." Sesungguhnya engkau wahai Aminah mengandungkan pemilik maqam terpuji adanya ".

Di bulan ke-8 datanglah pula akan baginda nabi Allah Sulaiman a.s di dalam mimpinya seraya bersabda bahawa " Sesungguhnya engkaulah hai Siti Aminah  mengandungkan menghamilkan Nabi Akhir Zaman  jua " ..

Di bulan ke-9 datanglah pula baginda nabi Allah Isa a.s di dalam mimpinya sambil bersabda bahawa engkaulah yang terpilih wahai Aminah  ..melahirkan ..pembawa agama yang sohih agamaNya ..

Dan kesemua anbiya' alaihimus solatu wassalam bersabda padanya : " Wahai Aminah jika engkau melahirkan mentari hidayah nan jaya maka namakanlah dia Muhammad yang terpuji adanya.."

" Allahumma Solli WaSallim WaBarikh 'Alaihi Wa'ala alih "

antara petikan dari Kitab Maulid Qudsiyah Saiyidina Muhammad
oleh pemuka-pemuka Thoriqah Syazaliyyah  

Mudah-mudahan
Allahumma Amin ya Lathiff


Share this topic on Facebook

« Last Edit: 04 August, 2010, 05:51:16 PM oleh muridin »

semangka

  • *
  • Offline
  • Posts: 91
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #44 on: 04 August, 2010, 06:12:28 PM »
antara petikan dari Kitab Maulid Qudsiyah Saiyidina Muhammad
oleh pemuka-pemuka Thoriqah Syazaliyyah  


Alhamdulillah. Jika Tuan mursyidin seorang Ikhwan Syazaliah, tentu Tuan kenal Ustaz al-Subki di sini:

http://al-ashairah.blogspot.com/

dan Ustaz Raja Mukhlis di sini:

http://mukhlis101.multiply.com/

Share this topic on Facebook


semangka

  • *
  • Offline
  • Posts: 91
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #45 on: 04 August, 2010, 06:12:57 PM »
antara petikan dari Kitab Maulid Qudsiyah Saiyidina Muhammad
oleh pemuka-pemuka Thoriqah Syazaliyyah  


Alhamdulillah. Jika Tuan mursyidin seorang Ikhwan Syazaliah, tentu Tuan kenal Ustaz al-Subki di sini:

http://al-ashairah.blogspot.com/

dan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis di sini:

http://mukhlis101.multiply.com/

Share this topic on Facebook


muthiah

  • *
  • Offline
  • Posts: 20
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #46 on: 25 August, 2010, 09:34:00 AM »
[1]

Muhammad bin Abdullah…

Nabi SAW kesayangan kita ini telah dilahirkan di Makkah al-Mukaramah, berhampiran dengan Bukit Safa yakni rumah Abu Talib (Kini, tempat tersebut telah dijadikan perpustakaan Mekah) pada hari Isnin, (sebelum matahari terbit) bersamaan 12 Rabiulawal tahun ke-53 sebelum Hijrah/ 570 Masihi. Bidan yang menyambut kelahiran Pesuruh ALLAH ini bernama Shifa’ binti Auf (Ummu Abdul Rahman). Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah binti Dzuaib as-Sa’diyah pula dipilih ALLAH sebagai ibu susuannya.

Ayah baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah. Manakala, ibunda Nabi bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah. Nenek sebelah bapanya pula bernama Fatimah binti Umar al-Makhzumiyah. Di sebelah ibunda, neneknya bernama Burrah binti Abdul Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah.

Nabi SAW yang sederhana tinggi dan berdada bidang ini memiliki wajah yang putih berseri bercahaya. Mata serta rambut baginda pula berwarna hitam. Baginda gemarkan warna putih dan hijau.

Bagaimana pula halnya dengan pekerjaan Nabi SAW? Ya. Nabi juga bekerja. Bermula daripada seorang pengembala kambing… seterusnya menjadi seorang peniaga yang berjaya. Siapa tidak kenal dengan Muhammad bin Abdullah yang tersohor dengan sikap amanahnya?

Sehinggalah… baginda diangkat menjadi Nabi pada 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah/ 609 Masihi di Gua Hira’, Makkah al-Mukarramah. Dan… tanda keistimewaan baginda dapat dilihat pada cop kenabian di antara dua bahunya yang sentiasa dinaungi bayangan awan.

Nabi SAW wafat pada hari Isnin, (sebelum tengah hari) bersamaan 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah/ 632 Masihi di Madinah. Sesungguhnya, Nabi junjungan ini adalah RAHMAT sekalian alam. Adakah kita memikirkannya?

-Jom kenal isteri-isteri Nabi pula. Tungguuu….-

Muthiah : Moga-moga, perkongsian yang sedikit ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kalau ada penambahan atau pembetulan, amatlah Muthiah alu-alukan ;)

Share this topic on Facebook


sonidoter89

  • *
  • Offline
  • Posts: 624
  • kn
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #47 on: 10 January, 2011, 06:43:06 PM »
Peristiwa ini berlaku ketika Peperangan khandaq(mulianya Rasulullah s.a.w..menegur dengan hikmah..sayang Rasulullah s.a.w..syafi'una..:-))

sumber:Buku Tafsir Al-Azhar JILID 8 oleh PROF.DR.HAJI ABDULMALIK ABDULKARIM AMRULLAH (HAMKA)

 Dalam peperangan Khandaq itu semua bekerja keras siang malam.Mulanya bekerja menggali parit, sesudah itu berjaga siang dan malam.Besar dan kecil, tua dan muda. Kanak-kanak dan perempuan-perempuan dipelihara dalam benteng(Athaam) dan dikawal.Zaid bin Tsabit yang kemudiannya terkenal sebagai seorang yang dititahkan oleh Khalifah Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan muda,turut sama bekerja keras menggali tanah, memikul pasir, dan memecahkan batu. Rasulullah pernah mengatakan:

                        "Amaa Innahu Ni'mal Ghulaam"("Adapun dia itu sesungguhnya adalah anak yang baik!")

Rupanya oleh kerana sangat lelah bekerja dan berjaga, dan hari sangat dingin, dia masuk ke dalam parit itu sampai di sana dia tertidur dan senjatanya terlepas dari tangannya. Datang seorang pemuda lain yang bernama Ammarah bin Hazem, diambilnya senjata yang telah terjatuh itu dan disimpannya. Setelah dia terbangun dari tidurnya dilihatnya senjata tak ada lagi. Dia pucat terkejut dan cemas.Maka tibalah Rasulullah di tempat itu.

Setelah Baginda lihat Zaid baru bangun dari tidurnya, berkatalah Baginda,"Hai Abaa Ruqaad!(Hai Pak Penidur), engkau tertidur dan senjatamu terbang!" Tetapi wajah Baginda tidak membayangkan  marah sedikit juga, sehingga Zaid bertambah takut disertai malu. Lalu Baginda melihat sekeliling dan bertanya,"Siapa yang menolong menyimpan senjatanya?" Ammarah menjawab'"Saya yang menyimpannya, ya Rasulullah!"Lalu Baginda suruh segera kembalikan senjata Zaid dan Baginda bernasihat kepada Ammarah didengar oleh yang lain'"Saya dibuat seorang Muslim jadi cemas dengan menyembunyikan senjatanya sebagai senda gurau."(maksudnya seorang muslim menyebabkan saya cemas kerana menjadikan penyembunyian senjatanya sebagai gurauan)

Suasana memimpin yang seperti itu adalah teladan yang baik kepada Panglima Perang yang menyerahkan tenteranya ke medan pertempuran.Baginda tahu benar Zaid itu seorang anak yang baik. Tertidur kerana sudah sangat lelah, bukannya dapat dilawan kepenatan itu. Sambil bergurau saja beliau menegur, namun kesannya kepada Zaid besar sekali.


Sambil bergurau saja beliau menegur, namun kesannya kepada Zaid besar sekali
     


*Baginda menegur secara berhikmah,bergurau senda dalam masa yang sama menegur,contoh terbaik
*Firman Allah," Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "(al-ahzab:21)

Allahua'lam...Allahummasolli a'la Saiyidina Muhammad...habiballah...Sofiyallah...senyum*         

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 10 January, 2011, 11:12:20 PM oleh sonidoter89 »
Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

sonidoter89

  • *
  • Offline
  • Posts: 624
  • kn
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #48 on: 20 January, 2011, 10:41:54 AM »
:)

Nabi Muhammad SAW hidup tanpa kepura-puraan
  • Bengkak kakinya kerana ibadah.Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah menceritakan, "Nabi bersembahyang malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Aisyah berkata ,"Mengapakah kekanda melakukan ini, ya Rasul Allah, seangkan Allah mengampunkan dosa-dosa kekanda yang terdahulu dan kemudian? Nabi Muhammad menjawab,:Tidakkah sepatutnya aku menjadi hamba yang bersyukur?"
  • Menggantikan solat sunat yang tertinggal.Imam Muslim menceritakan daripada Aisyah, Nabi Muhammad SAW menggantikan solat malam beliau walaupun ia tidak diwajibkan apabila beliau tidak dapat menunaikannya atas sebab-sebab tertentu. Berkata Aisyah,"Nabi Muhammad, apabila beliau tertinggal solat malamnya kerana sakit ataupun seumpamanya, beliau menggantikan pada siang harinya dengan bersolat sebanyak 12 rakaat."


Share this topic on Facebook


sonidoter89

  • *
  • Offline
  • Posts: 624
  • kn
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #49 on: 20 January, 2011, 10:58:34 AM »
  • Harta Sepeninggalan yang tidak seberapa.Imam Bukhari meriwayatkan daripada saudara lelaki Ummul Mukminin Juwairiyah binti Harith yang bernama 'Amri Ibn Harith mengenai harta peninggalan Nabi Muhammad semasa baginda wafat.Beliau berkata,"Semasa Nabi muhammad SAW wafat, beliau tidak meninggalkan walaupun satu dirham.Baginda juga tidak meninggalkan walaupun seorang hamba lelaki ataupun perempuan.Beliau sekadar meninggalkan seekor keldai, sehelai pakaian perang dan sebidang tanah kecil yang kemudiannya disedekahkan."
  • Pemimpin yang sederhana.Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abbas mengenai kisah Omar yang memasuki bilik Nabi Muhammad SAW semasa beliau menziarahinya. Omar berkata,"Aku pun duduk dan aku melihat tanda tikar pada badan Nabi Muhammad. Aku ternampak segenggam gandum dan sekeping kulit tergantung...Aku pun terus menangis.
    Terus Nabi Muhammad bertanya,"Wahai Ibn Khattab, mengapa kamu menangis?", Aku menjawab,"Mengapa tidak, ya Rasul Allah. Aku ternampak bekas tikar kasar di badanmu dan aku melihat hartamu hanyalah sekadar apa yang aku lihat sekarang. Bayangkan Maharaja Rom dan Maharaja Parsi yang hidup dalam kelazatan, sedangkan kamu adalah nabi(hidup seperti ini)". Nabi Muhammad bersabda,"Wahai Ibn Khattab, apakah kamu tidak redha bahawa bagi kita akhirat dan bagi mereka dunia?

Disalin daripada buku BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN MUHAMMAD,Dr.Danial Zainal Abidin.

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 20 January, 2011, 11:03:12 AM oleh sonidoter89 »

sonidoter89

  • *
  • Offline
  • Posts: 624
  • kn
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #50 on: 04 February, 2011, 04:23:15 PM »
Belas Kasihan Rasulullah SAW

  • Abu Qatadah bin Harits bin Ribi' RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh aku sedang mendirikan solat dan berkeinginan untuk memanjangkan bacaan pada solat tersebut, tetapi kemudian aku mendengar tangisan seorang bayi, maka aku percepat sedikit solatku kerana aku takut hal itu akan memberatkan ibunya."(HR Imam Bukhari)
  • Abu Hurairah RA berkata ,"Rasulullah SAW pernah mencium Hasan Putra Ali RA ketika ada Aqrak bin Habis." Aqrak berkata,"Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak dan tidak seorang pun yang aku cium."Maka Rasulullah SAW melihat padanya, seraya bersabda,"Siapa yang tidak mengasihani maka tidak akan dikasihani."(HR Bukhari dan Muslim)

Share this topic on Facebook


Iffah Muhsin

  • *
  • Offline
  • Posts: 795
  • my
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #51 on: 04 February, 2011, 04:27:52 PM »
eh,rambut Rasulullah berbelah di tengah la..baru tahu ..(senyum)

Share this topic on Facebook

Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

syidaspongebob

  • *
  • Offline
  • Posts: 1377
  • my
  • maaf zahir batin
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #52 on: 24 September, 2011, 09:46:30 AM »
    Kitab Syamail, Syarah syaikh Fuad... Intipati yang boleh membuatkan kita lebih MENGENALI perihal Nabi s.a.w...

!

Share this topic on Facebook

"Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

Air Mata Kasih

  • *
  • Offline
  • Posts: 946
    • View Profile
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #53 on: 27 January, 2013, 01:46:28 PM »


TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya...

✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.



http://www.facebook.com/pages/Sahaabah/100245510040727

Share this topic on Facebook


alhaudhieTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 1843
  • tg
    • View Profile
    • Forum Komuniti Halaqah
Re: Nabi Muhammad SAW Makhluk Teragung
« Jawab #54 on: 27 January, 2013, 01:50:33 PM »
أيها المبعوث فينا
Wahai Rasul yang diutuskan ke atas kami

جئت باﻷمر المطاع
Engkau datang membawa panduan untuk kami taati

Share this topic on Facebook

ISLAM untuk semua
Bakper: Ustaz cakak ganung pekat.
Jawak: Pasal ghama dok pahang biler cakap standark.


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
0 Jawapan
272 Views
Kiriman Akhir 13 February, 2012, 09:49:44 PM
oleh pakdo liey
45 Jawapan
4970 Views
Kiriman Akhir 09 December, 2012, 09:57:30 PM
oleh Yuzie
7 Jawapan
132 Views
Kiriman Akhir 14 January, 2013, 11:26:43 AM
oleh nazri0070